Sunday, 29 June 2014

enovel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 12


Assalamualaikum... Hye!

Salam Ramadhan, semua. hihi. AmarDini for the first of Ramadhan. Sorry sebab lama tak hapdet. huhu. Otak tingtong dua tiga hari ni. Idea menghilang begitu saja. haha. SELAMAT MEMBACA! :D. pendek ja nah.


Nur Dini menghulurkan segelas air kosong kepada Puan Sri Syifa. Dilabuhkan punggung di sebelah ibu mertuanya itu. Wanita itu kelihatan sugul.
Mummy, ceritalah dengan Dini. Apa yang berlaku?”
Puan Sri Syifa meneguk air perlahan.
“Entahlah. Daddy dah tak macam dulu. Mummy tahu mummy bukan isteri yang baik, tapi mummy sayangkan daddy. Tak pernah terniat pun di hati mummy ni nak menduakan daddy. Tapi, kenapa daddy sanggup curang dengan mummy?” rintih Puan Sri Syifa.
“Oh, jadi sebab tulah mummy menangis?” Puan Sri Syifa angguk. “Mummy, janganlah menuduh dulu. Entah-entah mummy salah faham ke? Mummy tanyalah daddy dulu pasal tu,” Belakang Puan Sri Syifa diusap lembut.
“Terima kasih, Dini. Mummy bukanlah seorang mummy yang baik. Betul cakap opah, mummy lebih pentingkan orang luar berbanding keluarga sendiri. Mummy terlalu sibuk dengan persatuan sana sini. Kayla dan Amar pun dah jarang-jarang tegur mummy…”
“Dini tak buat apa pun, mummy. Kadang-kadang, kesilapan tu yang mengajar kita. Cuba bayangkan kalau hidup kita terlalu sempurna, kita takkan tahu apa salah kita. Jadi, macam mana kita nak betulkan dan berubah ke arah lebih baik? Mummy beruntung sebab mummy masih diberi peluang untuk sedar kesilapan mummy sebelum terlambat,” hujah Nur Dini, sekadar mahu menyedapkan hati Puan Sri Syifa.
“Dini tahu tak, kenapa mummy tak setuju Amar berkahwin?” Nur Dini menggeleng laju. “Sebab mummy takut. Mummy takut anak-anak mummy tinggalkan mummy seorang diri. Daddy dah tak sayangkan mummy macam dulu, mummy tak nak anak-anak mummy pun tak sayangkan mummy,” jelas Puan Sri Syifa.
Nur Dini senyum.
“Amar berkahwin dengan Dini bukan sebab sayang, mummy. Kami berkahwin atas rasa tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menutup aib masing-masing. Mummy patut berbangga sebab mummy dah lahirkan seorang anak lelaki yang bertanggungjawab. Dia berani berjumpa dengan keluarga Dini sendiri…”
“Kenapa Dini sanggup terima Amar sedangkan Dini tahu keluarga Amar tak setuju?”
“Hati manusia lembut, mummy. Setiap manusia ada kelemahannya. Janji kita tekad, kita akan dapat apa yang kita nak. Dini cuma harapkan restu mummy dan daddy. Restu orang tua itu penting, mummy. Kami masih muda, perlukan tunjuk ajar. Lambat laun mesti mummy dan daddy boleh terima Dini jugak, kan?”
Nur Dini tergamam tatkala Puan Sri Syifa tiba-tiba memeluk tubuhnya. Teresak-esak dia menangis di bahu menantunya itu. Entah mengapa, hatinya terasa lapang. Setiap ujaran Nur Dini matang. Gadis itu pandai bermain dengan kata-kata. Dia sendiri lebur mendengar setiap kata-kata itu. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai hidayah Allah. Subhanallah.
*****
Pintu bilik ditutup perlahan. Mug berisi milo panas diletakkan di atas meja belajar. Amar memandang Nur Dini sejenak. Dia kembali menatap iPadnya. Bukan main lama lagi Nur Dini turun ke bawah. Takkanlah berborak dengan jembalang kot. Ish, nak tanya ke tak nak? Tak tanya, fikir bukan-bukan pula nanti.
“Ehem… apasal lama sangat dekat bawah? Susah sangat ke nak buat air tu?”
Nur Dini tergelak kecil.
“Memang susah pun, Encik Amar oi…”
Sengaja Nur Dini mahu berloyar buruk. Amar buat muka. Debik juga budak ni karang, omel Amar.
“Sejak bila kau pandai loyar buruk ni? Takkan baru berkawan dengan Pija si mulut lancang tu, kau dah terikut?”
“Ish, ada pulak salahkan Pija. Dah memang saya begini pun. Awak aje yang tak tahu. Lain kali, pastikan ya… selidik sikit perangai-perangai isteri awak ni dekat adik-adik ipar awak tu. You’ll know, who am I?” Giat Nur Dini mengenakan Amar.
Namun, dia sememangnya begitu. Cuma orang luar sahaja tidak mengetahui sifat degil dan main-main dia itu. Di rumah keluarganya, bolehlah dia main sakat-sakat dengan Mikael dan Anabella. Dia tahu adik-adiknya itu tidak akan mampu membalas selagi tidak mencapai usia yang sepatutnya. Dewasalah. Elok hendak membalas, Nur Dini pasti akan menghalang dengan kata-katanya.
Budak kecil tidak boleh melawan orang dewasa. Berdosa.
Itu sahajalah modalnya untuk mengelak daripada dikenakan kembali. Sabrina dan Ikhwan tidak pula mempunyai sifat itu melainkan Nur Dini yang pandai membawa mereka berdua untuk sama-sama meloyar buruk dan mengusik. Sabrina, kakak yang baik dan penyayang. Ikhwan pula, abang yang tegas dan jarang bersosial selain menghabiskan masa dengan kerja-kerjanya. Selagi otak dia masih berguna, selagi itulah soal kerja yang menjadi kepentingan kecuali masa bersama keluarga.
“Eleh, hebat sangatlah tu sampai aku kena korek pe’el kau dengan dia orang. Ceh,” Nur Dini mencebik.
At least, awak boleh kenal saya. Sikit pun jadilah. Tak adalah nanti awak jadi jakun bila segala kerenah saya yang luar alam tu awak nampak dengan mata awak sendiri. Masa tu, awak jangan banyak soal pulak ya,” Amar membuat gerakan mulut, meniru Nur Dini membebel.
“Patut ke aku tahu?”
“Ya, wajib. Untuk pengetahuan awak ya, Encik Amar… eh… tak masuk pulak nak berencik-encik. Muhammad Amar, isteri awak ni kuat cemburu tahu. Saya tahu saya nampak aje baik tapi tidak. Jahat jugaklah. Gitar awak saya dah humban masuk stor,” Membulat mata Amar mendengarnya.
Amar bingkas berdiri. Dihampiri Nur Dini yang sedang berdiri di sisi meja belajar.
What did you said just now, Nur Dini Datuk Mubin?” Kening Amar sudah terangkat. Menahan marah di dada.
Your guitar. Disebabkan awak asyik sangat dengan gitar awak tu, saya dah masukkan dalam stor. Kenapa?”
Berani pula Nur Dini menentang Amar yang dua kali ganda besar darinya itu.
“Nur Dini, kau tahu tak apa valuenya gitar tu pada aku? Kalau kau tahu value gitar tu, kau takkan senang-senang… apa? Humban dalam stor? Kau takkan pernah nak sentuh pun benda tu tahu…” Suara Amar sudah naik seoktaf.
Dadanya berombak dek terlalu marah.
As I said, I’m quite jealousy girl. Ya, gitar tu ada value bagi awak sebab bekas kakak angkat awak yang kasi kan? Betul tak?”
Amar melepaskan nafas kasar. Sungguh, dia cuba menahan dirinya agar tidak memukul Nur Dini. Itu dayus namanya.
Jealous? Who are you to put my beloved guitar in that store? Even my family also… tak pernah tahu tak, nak ambil tahu pasal dunia aku. Tapi, kau? Sesedap sup bunjut aje letakkan gitar aku dalam stor tu,” Nur Dini menahan tawa.
Sesedap sup bunjut?
That’s your family. But, I’m your wife… again… your wife. Patut ke awak simpan dan biar saya nampak hadiah dari bekas kakak angkat awak tu… which is your ex-girlfriend?”
Kedua belah tangan Amar yang agak kekar itu mengepung tubuh kecil molek Nur Dini. Gabra juga Nur Dini dibuatnya. Tadi bukan main dia cuba mencari pasal, kini takut pula dengan tindakan luar alam si Amar itu. Isk.
“Kau suka sangat kan korek cerita pasal aku? Patutlah kau asyik berkepit aje dengan Pija. Rupanya kau sengaja nak korek rahsia aku sebelum kau datang sini. Hebat, Nur Dini. Such a brave girl, huh. Tadi apa? Kau mengaku yang aku ni suami kau kan? Kononnya nak jadi isterilah, cemburu bagai ni. So, where is your respect towards your husband, Nur Dini? Mana? You have nothing. Tak guna bertudung labuh, baju longgar kalau perangai kau macam ni,” Terkedu Nur Dini dibuatnya.
Birai matanya mula basah. Pertama kali dia diasak sebegini. Salahkah untuk dia cemburu? Terang-terang Amar masih punya perasaan pada perempuan lain. Patutkah dia hanya mendiamkan diri sedangkan dia nampak sendiri Amar bersama dengan perempuan itu? Memanglah dia masih tidak punya apa-apa perasaan pada Amar, tetapi naluri seorang isteri yang membuatkan dia berasa cemburu apabila Amar tiba-tiba rapat dengan perempuan lain.
I saw you and your ex-girlfriend, Amar. Saya cuma nakkan kepastian. Pijalah satu-satunya harapan saya. If yes, my eyes saw the right thing… I need your explanation. If not, you don’t have to worry. Buat apa kita teruskan semua ni sedangkan awak bukannya serius dengan saya. Tak guna, kan…” Tebak Nur Dini.
Amar meraup rambutnya.
So, you saw it? Yes, I’m still berhubung dengan dia. Puas?”
“Siapa kata aku tak serius? Jangan pernah nilai aku sebelum kau kenal aku sedalamnya. Don’t make any judgement, Nur Dini. You’ll get hurt. Kau lupa? Kita kahwin sebab aku dah cium kau tanpa hubungan yang sah walaupun sekadar pertolongan. Aku boleh ingatkan kau selalu, honey. Setiap kali aku pandang kau, aku terbayang yang bukan-bukan tentang kau…”
Jari telunjuk dilarikan pada wajah putih berseri Nur Dini.
“Kau nak ke kalau satu hari nanti, aku tarik kau masuk mana-mana bilik kuliah sebab aku teringinkan kau?” Nur Dini menggeleng laju.
Sungguh, dia terlalu takut ketika ini. Entah mengapa butiran permata yang mampu melemahkan kaum lelaki itu tidak mahu menitis.
“Tahu pun kau. Now, go! Pilihlah mana-mana bilik pun, aku nak kau keluar dari bilik ni. I don’t want to see this innocent face anymore. Go!” Terhenjut bahu Nur Dini dek jerkahan Amar.
Sepantas yang boleh Nur Dini meninggalkan kamar Amar.
Sebaik sahaja pintu bilik tertutup, Amar melepaskan keluhan berat. Langsung tiada rasa bersalah kepada Nur Dini ketika ini. Hatinya bagai tersiat saat Nur Dini mengungkit tentang Aleeya, bekas kakak angkat dan juga bekas kekasihnya. Aleeya yang mahu mereka berpisah apabila tersedar mereka tidak sesuai bersama. Gadis itu lebih tua empat tahun daripada Amar dan merasakan itu adalah penghalangnya. Tan Sri Riduan dan Puan Sri Syifa sendiri tidak mahu hubungan itu berkekalan.
*****
Pintu bilik tetamu dibuka perlahan. Nur Dini menghempaskan tubuh ke tilam sebaik sahaja kakinya tiba di kati bersaiz Queen itu. Pertama kali dia melihat Amar naik angin sebegitu rupa sehingga menghalaunya. Keluhan terbit. Salah dia juga kerana mengungkit soal itu.
I’m sorry, Amar. I didn’t mean to hurt you. Tapi, awak yang buat saya rasa macam ni. Kenapa awak lamar saya sedangkan hati awak pada orang lain. Tak adil,” Tumbukan dilepaskan ke tilam empuk itu.

Dalam sibuk memikirkan tentang kejadian tadi, terlena pula Nur Dini di situ. Harapnya esok kemarahan Amar sudah berkurangan. Mahunya dia mati kutu. Selalunya lelaki itu yang melayannya di banglo yang besar ini, tidaklah sukar dia mahu membiasakan dirinya.

to be continued...

p/s : kesian dini kena marah dengan amar. huhu. dia jugak cari penyakit. tiba-tiba gi ungkit pasal Aleeya. haha. new character coming soon. :)

24 comments:

  1. Waa....suda ada...tenkiu2.... suka2... best2.... pasni update selalu la yer...hehe;)... selamat berpuasa bt cik writer yg disayangi.....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhi. makaseh. InshaAllah if idea kembali. haha. :). selamat berpuasa jugak, mona kesayangan. :D

      Delete
  2. Lepas ni mr La pla akak :) hehe

    ReplyDelete
  3. xsbar nak tggu ending novel tu..jln ceta nvel ni best sgat..trbaik la..

    ReplyDelete
  4. cpat smbung smpai tamat akak..pleaseee...best sgt!

    ReplyDelete
  5. Bile nak smbung crte ni ..aduii lme nye kena tggu .best i like

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sis bila nak update amardini..best sangat2

    ReplyDelete
  8. update lahhh please . update lahhhhhhhh 😢

    ReplyDelete
  9. update lahhh please . update lahhhhhhhh 😢

    ReplyDelete
  10. update lahhh please . update lahhhhhhhh 😢

    ReplyDelete
  11. best sangat cerita nie...tapi lagi best kalau dipanjangkan cerita biar nampak menarik gitu...haha...
    apa-apa pun syabas saya ucapkan atas usaha anda..good job

    ReplyDelete
  12. Best sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...

    ReplyDelete
  13. Best sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...

    ReplyDelete
  14. Best sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...

    ReplyDelete
  15. Best sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...

    ReplyDelete
  16. Best sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...

    ReplyDelete
  17. Best cerita ni....kak sambung lah.......

    ReplyDelete
  18. akk... bile nk sambung cite nie... akk sambung lahh akk...

    ReplyDelete
  19. Lmenye xupdate please update rugi sgt story best mcm nie klu xde ending.... please please please.

    ReplyDelete
  20. Best crita ne.. Bila sis nk updte.. Daa lma sngat hambaa menanti... Haha

    ReplyDelete