Wednesday, 4 June 2014

e-novel : Pearl Special Entry Full



SPECIAL ENTRY
Daddy, Chiya want milk, please,” minta Chiya sambil berdiri di sisi kaunter dapur dengan muka innocent sangat. Bukannya Adelin tidak menyediakan susu untuknya. Cuma, sengaja ingin mendera daddynya kerana sibuk seharian, tidak melayan kerenahnnya.

What?”
Milk. Don’t you hear that?” Chiya angkat keningnya, ala-ala Ziana Zain.
Fariz mencari kelibat isterinya. Tiada pula di ruang tamu atau dapur. Pasti di bilik. Melihatkan muka cemberut Chiya, dia pantas mencapai tin milo di almari bahagian atas. Botol susu besar Chiya yang tersusun di rak khas untuk peralatan makan anak itu diambil. Nasib baiklah dia pandai membancuh air juga. Tidaklah Chiya mentertawakannya.
Daddy buat apa?” tanya Adelin sambil menyanggul rambutnya. Mukanya juga masih basah dengan air wudhuk.
“Susu,” jawab Fariz sepatah.
Chiya sengih. Adelin menggeleng kepala perlahan sambil senyum pada Chiya. Kasihan Fariz dibuli anak sendiri malam ini. Sebelum bersolat isya’ tadi, dia sudah pun menyediakan susu untuk Chiya. Kembung perut budak ni nanti minum banyak sangat susu. Tetapi, Fariz bukannya membancuh susu. Tetapi, milo?
“Susu?”
Fariz memberikan isyarat agar Adelin tidak menyebut milo. Ingat dia buta ke? Bekas air kepunyaan Chiya masih di sinki. Itu tandanya anaknya sudah minum susu dan ternyata bau mulut Chiya juga adalah susu. Kurang asam punya anak. Balik-balik kerja sudah dibuli. Tak sempat pun hendak menghilangkan penat bekerja seharian. Nasib baik, dia tidaklah penat sangat kerana hari ini dia tidak ke mana-mana lokasi.
Mummy, dukung,” pinta Chiya masih menarik sengihannya.
“Ohoi, sudah gedek mahu didukung lagi? Aduh, pengsan,” seloroh Adelin dalam loghat Indonesia. Gara-gara menonton cerita Indonesia petang tadi, lidahnya pula tersasul.
Namun, diangkat juga tubuh Chiya.
“Milo? Daddy cheat me,” Kantoi! Mata Chiya sudah menangkap milo yang dibancuh Fariz.
Fariz picit hidung penyet Chiya. Geram!
“Habiskan milo ni. Esok pulak minum susu. Kembung perut nanti, daddy tak nak tolong,” kata Fariz, sekadar mengusik.
Nak tak nak, Chiya ambil juga botol susu gedabaknya itu.
Daddy pergilah mandi dulu. Busuk dah ni,” Adelin kerut hidung. Chiya bersorak kerana dia ada geng untuk mengenakan daddynya.
“Nakal eh. Yelah, kita ni busuk. Manalah ada orang nak dekat. Tapi, ada orang tu pernah cakap dulu. Setiap kali daddy balik kerja, nak hug daddy,” Fariz mengetuk meja.
“Alah, daddylah pulak hug,” Tanpa lengah, Fariz mendepangkan tangannya dan memeluk Adelin dan Chiya serentak.
Chiya ketawa kegelian kerana Fariz menggeselkan kumis nipisnya ke pipi anak itu. Kesibukan menguruskan kes terbarunya membuatkan dia sering sahaja kelam kabut meninggalkan rumah dan terus ke IPD. Sebaik sahaja doktor mengesahkan dia sudah boleh bekerja seperti biasa, tak menyempat dia menghubungi Lukman untuk mengetahui kes selanjutnya. Workaholic juga si Fariz ni pun. Tidak reti hendak duduk diam, ada sahaja perkara yang dia hendak lakukan.
*****
Adelin menepuk tubuh Chiya yang berbaring di pangkuannya. Diselak rambut panjang Chiya yang menutup wajahnya. Pertama kali dia melihat Chiya dipangkuan Soffi dulu, hatinya sudah memberikan isyarat agar menerima sahaja tawaran Soffi dan Ren. Syukur Alhamdulillah, Chiya kini sudah berada di sampingnya. Mungkin firasat seorang isterinya agaknya, seperti ada magnet yang menarik untuk memujuk Fariz mengambil Chiya sebagai anak angkat.
“Ehem, jauh menung. Dah balik kampung ke?”
“Tak adalah. Tersesat lagi di sini,” Adelin menalakan matanya pada Chiya yang sudah lena itu. Seperti biasalah habit Chiya itu, di mana dia berbaring di situlah dia akan tidur.
Fariz melabuhkan punggung di sebelah Adelin. Tangannya mengusap kepala Chiya lembut. Tiba-tiba, rindu pula ingin berborak panjang dengan Chiya. Sejak dia kembali bekerja, susah sungguh untuk menghabiskan masa dengan anak kesayangannya itu. Ketika dia keluar bekerja, Chiya masih belum bangun. Selepas pulang pula, pasti Chiya sudah lena. Huh!
Sorry mummy for troubling you these days. I can’t stop doing my work…”
Workaholic. Tapi, janganlah sibuk sangat. Chiya asyik tanya pasal daddy aje. Alasan apa lagi yang mummy nak bagi? Bukannya daddy tak tahu perangai Chiya. She will keep asking until she get what she want. Kes apa yang daddy sibukkan tu?”
Fariz menyandarkan badannya yang keletihan ke sofa. Dipandang syiling kosong.
“Kes Sofea,” Adelin tenung Fariz tajam. Sofea? Perempuan itu lagi.
Sudah dijemput ke majlis resepsi mereka pun masih mahu mengganggu suaminya lagi? Melampau betul.
“Sofea? Kes apa pulak, kena tipu dengan sugar daddy dia atau saja nak menggatal dengan daddy?”
“Hey, janganlah cemburu, sayang. Kes keluarga dialah. Bekas kekasih dia hantar surat ugut kat family dia. Itu yang dia cari daddy, cuma nak mintak tolong aje. Mummy jangan fikir bukan-bukan eh,”  Adelin cebik. Boleh percaya ke?
Of courselah mummy jealous, dah dia sibuk-sibuk kacau suami mummy tu kenapa? Macamlah daddy seorang aje polis kat dunia ni,” bidas Adelin.
Fariz pandang isterinya sekilas. Bibirnya mengulas senyuman. Bukan main serius lagi wajah Adelin ketika ini. Macamlah si Sofea tu bawa lari suami dia.
“Polis yang dia kenal daddy seorang aje. Alah, small matter ajelah. Daddy dekat dengan dia dulu pun sebab nak settlekan kes aje, bukannya ada niat lain. Mummy cool aje,” Hai, hilang sudah sikap sweet dia tu?
Selalunya, pantang Adelin merajuk… pasti tidak senang duduk lelaki itu. Siap menempah suite lagi sebagai tanda meminta maaf. Uhuh!
“Malaslah cakap dengan daddy,” Adelin mengangkat tubuh Chiya untuk dibawa ke bilik. Hilang sudah mood mahu berbual dengan suaminya.
Padahal tadi dia sendiri yang menyoal tentang kes Fariz. Alih-alih, dia yang makan hati. Haih, payah juga mempunyai suami yang hotstuff ni. Semua perempuan nak dekat. Benci!
“Dah, biar daddy angkat,” Fariz mengambil Chiya dari dukungan isterinya sebelum berlalu ke bilik.

*****
Setelah memastikan Chiya betul-betul lena, Fariz kembali ke ruang tamu. Hampir terhambur tawanya melihat Adelin bukan main kusyuk lagi pandang skrin televisyen. Patutlah isterinya itu meminati drama-drama yang berunsurkan keadilan negara, rupanya Adelin juga seorang polis. Tetapi, sekarang ini sudah berubah status; bekas polis.
“Apa yang seronoknya cerita ni?” Fariz henyakkan punggung di sebelah Adelin. Ditarik tubuh Adelin yang bersandar di sofa itu dan membiarkan kepala isterinya melentok di dadanya pula.
“Macam biasalah kalau cerita gini, story line pun hampir sama. Cuma, kebanyakan drama-drama Korean ni kreatiflah. Dia orang blend semua benda dalam satu cerita, so it’s make the story became double triple best. It’s also getting more complicated,” Fariz terangguk-angguk.
“Dia orang blend apa?” Naaa, blur pula suami Adelin Annisa malam ini. Adelin membetulkan duduknya. Dilunjurkan kaki, kepala masih di dada bidang Fariz.
Waktu sebeginilah mahu bermanja dengan encik suami memandangkan Chiya sudah tidur. Boleh berborak secara bebas. Tak perlu menjaga tatasusila. Heh, tatasusila apalah gamaknya? Iyalah, Chiya mana boleh mendengar perkara yang tidak baik. Tidak elok untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur Chiya, bahaya. Ketika umur sebeginilah, mereka selalu mengikut perbuatan orang yang lebih tua. Jadi, sebagai ibu bapa, Fariz dan Adelin haruslah berhati-hati dalam percakapan mereka.
“Aduh, awak ni. Blurlah. Itulah, jangan asyik tengok romance movie aje,” Adelin tolak dagu encik suami di kepalanya lembut.
“Alah, romance movie best hapa. At least, I noted something value,” Dengan bangganya dia tersengih.
Something value? Apanya? Better you do it naturallylah, Mr Ian. I love the real you, not the copy paste or you’re cloning someone,” Fariz senyum lebar.
Oh, wifey. Do you want me? Do you adore me? Do you like me? Do you love me?” Adelin mendongak. Bibir diulas senyuman.
I love the way you are. I want you, only you. I adore you every time. I’ll always love you. Are you?” Penuh kelembutan Adelin meluahkan rasa cintanya pada Fariz Ian, si pemilik degupan jantungnya. Ahah.
Fariz menarik tubuh Adelin agar lebih rapat dengannya. Dicium ubun-ubun Adelin lembut.
I love you more than you love me. Every second, I only thinking of you. Never doubt me ya, Mrs Ian? I’ll always love you, forever,” Melebar senyum Adelin.
Alright, daddy teddy,” Dihadiahkan ciuman di tangan Fariz yang berada di dalam genggamannya.
Oh, hati. Sejak bila kau pandai bergurindam lagu-lagu romantik ni? Maksudnya, Fariz Ian milik aku selamanya? Yeah, sorak Adelin di dalam hati.
So, when our Chiya will have her partner? Mean that, our junior,” Adelin tergamam seketika. Kemudiannya, dia senyum manis.
Nah, your junior,” Ditekapkan tapak tangan Fariz ke perutnya yang masih kempis itu. Here is our junior, daddy.
What?” Fariz kerut dahi, pelik. Tak faham! Adoyai, daddy ni. Blur sungguh dia malam ni.
Our baby. Two months,” Adelin angkat dua jari, peace.
Serious?” Ish, Fariz ni. Adelin bingkas duduk. Dia memegang kedua belah pipi Fariz. Wah, bercahaya nampak. Sukalah tu, kan.
Serious, I’m pregnant. Chiya nak dapat adik. Daddy’s junior on the way. Puas hati?” Ditelengkan kepala Fariz ke kanan dan ke kiri.
Akhirnya Fariz senyum lebar. Dia membawa Adelin ke dalam pelukan. Inilah berita paling gembira yang pernah dia dengar sepanjang hidupnya. Bahkan, kewujudan Chiya juga sudah menggembirakan hatinya. Haih, jiwa kebapaan semakin meresap ke dalam dirinya ketika ini.
Congratulation to us. Tapi, mummy dukung Chiya slumber aje tadi. Chiya beratlah, mummy,” kata Fariz sambil mengusap bahu isterinya.
Adelin bermain dengan jemari Fariz.
I love her, daddy. Tak bolehlah nak biarkan aje permintaan dia tu. Chiya dah macam soul mummy. Tak pernah sekali pun, Chiya tanya pasal diri dia, pasal mama dia dalam keadaan sedar. Setiap kali pandang Chiya, hati mummy ni automatik tak boleh nak tegas,” luah Adelin, tulus.
Kasih sayangnya pada Chiya tidak pernah berkurang. Setiap masa yang diluangkan bersama Chiya membuatkan dia mahu kanak-kanak itu sentiasa berada di sisinya.
I love her too, mummy. Bagi daddy, Chiya umpama mutiara. Susah untuk dijumpai, tapi… its worth when we have it,” Adelin mengangguk faham.
Pearl junior, huh.
“Agak-agak Chiya suka tak bila tahu dia nak dapat adik?” soal Adelin tiba-tiba.
Fariz tergelak kecil.
Come onlah, mummy. Oh, lupa pulak. Mummy kan tak tahu secret kami,” Hah? Rahsia?
Adelin menjarakkan sedikit tubuhnya yang melekat di tubuh Fariz sejak tadi.
“Rahsia apa, daddy? Baik cerita. Kalau tak…”
“Kalau tak apa?” potong Fariz, dengan riak mengusik.
Adelin cubit perut Fariz.
“Aloh, rahsialah. Nama pun rahsia kan, mana boleh bagitahu,” Loyar buruk pula si daddy Chiya ni. Adelin peluk tubuh, merajuk! Huh!
Fariz gelak lagi. Namun, tangannya pantas memaut pinggang ramping Adelin. Hampir terjerit Adelin dek tindakan pantas itu.
“Chiya pun nak adik jugak. Nampaknya daddy kenalah kabulkan request Chiya, she want her own bicycle,” Adelin senyum.
Daddy bet with her eh? Tak eloklah ajar anak benda macam tu,” Ditampar lengan Fariz di pinggangnya.
“Bukanlah. Mummy, let’s move to… your house. Papa mama pun suggest suruh kita pindah,” cadang Fariz.
“Boleh aje. Tapi, daddy okey ke? Rumah tu bukannya besar mana pun,” Fariz cuit hidung Adelin lembut.
Rumah dua tingkat Adelin tu berkali ganda besar daripada apartment dia ni kot. Lagipun, dia sudah biasa tinggal di situ. Memang selesa kerana mempunyai jiran tetangga yang meriuhkan kawasan. Tidaklah Chiya kebosanan. Kebetulan, di kawasan berdekatan mempunyai sebuah taska. Boleh juga mereka mendaftarkan Chiya ke situ nanti.
“Mana-mana rumah pun sama aje. Asalkan sayang-sayang daddy ada dengan daddy, setiap hari…”
Oh, sweet. I love you even more. Bila nak pindah?”
“Esok?”

Adelin senyum senang. Sudah tentu suaminya itu bercuti jika begitu gayanya. Chiya, your daddy gonna play with you tomorrow. Setiap kali Fariz ke tempat kerja, Chiya akan meminta Adelin untuk menemaninya di jendela. Dia akan merenung tasik sehingga puas, barulah dia boleh bermain dengan senang hati. Mungkin, itu caranya Chiya melepaskan rindunya pada Fariz. Anak manjalah katakan.
*****
Leher Fariz dipeluk Chiya erat, jari jemari Adelin digenggam erat. Biarpun masih kecil, wajah itu tetap begitu menakutkan. Tersedu sedan anak kecil itu di bahu daddynya. Puas sudah si mummy memujuk, namun dia masih begitu. Dia masih tidak mahu menatap wajah ibu kandungnya.
“Dahlah. Dia takut dengan aku. Baik bawa dia balik,” kata Mutia perlahan. Ah, lemahnya hati tatkala melihat reaksi Chiya sebentar tadi. Anak perempuannya meraung mahu pulang, tidak mahu bersua dengannya.
“Kau bagi dia masa, Mutia. Kenangan menakutkan bersama kau dulu, dia masih ingat. Tapi, sampai bila-bila dia tetap anak kau,” ujar Fariz. Tangannya mengusap belakang Chiya untuk menenangkan anaknya itu.
“Chia tak pernah dirogol. Aku cuma minta jantan tu takut-takutkan dia aje,” Adelin senyum nipis.
“Dr Raihani?”
Mutia pandang Adelin sejenak.
“Aku suruh orang bunuh dia. Dia terlalu banyak tahu pasal aku. Dia tamak, doktor sebegitu tak patut hidup. Sanggup langgar etika kerja semata-mata sebab duit,” jawab Mutia dengan riak tegang.
“Kau sendiri tahu apa akibatnya membunuh kan? Kenapa kau buat juga? Kau tak takut dengan hukuman sebab bunuh orang?”
“Buat apa aku nak takut, Ian. They deserve it. Tapi, sayangnya. Aku tak sanggup nak bunuh kau, orang yang dah rosakkan hidup aku,” Fariz melarikan pandangannya.
Kelihatan polis yang sedang menjaga di satu sudut bilik perjumpaan itu menahan tawa. Aduh, senget punya guard. Aku pancung kepala baru dia tahu, omel Fariz.
Adelin merenung Mutia. Wanita itu tampak ceria walaupun terpaksa berada di sebuah tempat begini. Percakapan Mutia juga normal, kenapa dia diletakkan di pusat ini? Sepatutnya, Mutia perlu berada di dalam penjara bukannya di hospital gila. Dia masih ingat apa yang berlaku, pandangannya juga positif.
“Jomlah balik. Chiya dah mengantuk ni,” ajak Adelin, memecah kesunyian.
“Eloklah tu. Korang bawalah budak ni balik. Selepas ni, tak payah lagi dah datang cari aku kat sini. Apapun yang terjadi pada aku, korang tak payah ambil tahu. I have my own life, you guys too… should live your life normally. Don’t even including me in your happy life. Past is past,” Fariz dan Adelin angkat kening serentak.
Mutia bangun. Isyarat diberikan kepada polis wanita itu agar membawanya pergi dari situ. Sebelum keluar, Mutia sempat menatap wajah Chiya yang turut memandangnya itu. Senyuman diulas. Chiya kembali membenamkan muka ke bahu Fariz, takut melihat senyuman itu.
*****
Adelin menuruni anak tangga dengan raga pakaian kotor di tangan. Fariz dan Chiya sibuk bermain game di ruang tamu. Satu rumah bising dengan suara mereka. Alang-alang, Fariz bercuti… masa diluangkan sepenuhnya untuk Chiya. Senyuman meniti di bibir Adelin, bersinar terus wajah Chiya hari ini.
“Chiya, can I borrow your daddy for a while?” soal Adelin sambil meletakkan raga yang penuh dengan pakaian kotor itu ke lantai.
“Boleh,” jawab Chiya dengan sengih comel.
Fariz pandang Adelin dengan sebelah kening terangkat.
“Kenapa?” Fariz bangkit berdiri.
“Tolong masukkan ni dalam washing machine dan basuhkan sekali, boleh? Mummy nak masak,” Senyum paling manis diukir. Hendak lembutkan hati suami kononnya.
“Boleh. Tapi, ada syaratnya ya, sayang,” Adelin mencebik. Syarat pula. Bantai sajalah. Sudah suami mahu menolong kan.
“Apa dia?”
Fariz melangkah menghampiri isterinya di pintu dapur.
Kiss me first,” Ceit, penumbuk nak, ASP Fariz? Adelin menjeling. “Alah, sayang. Kiss aje pun, bukannya benda lain,” Fariz senyum nakal.
“Eii, awak ni mianglah. Perangai tu… macam budak-budak. Tak payahlah, biar mummy buat,” Raga di lantai diangkat kembali.

“Apa yang miangnya? Kiss aje kan. My cheeks ni haus mummy kisseslah,” Erk, kerutan seribu di dahi Adelin semakin bertambah. Senget punya suami. Haus konon, ceh. Fariz menyambut raga itu dan diletakkan kembali ke lantai.
“Alolo, sini. Haus ye?” Bertalu-talu ciuman di kedua belah pipi Fariz diberikan. Haus kan? Karang tak bagi, ‘mati’ pula pipi tu. Eheh!
Melebar senyuman Fariz. Haish, tua-tua pun merenyam.
Thank you, sayang. Sekarang barulah boleh buat kerja. Chiya, let’s do our laundry,” Laju Chiya melangkah ke pintu dapur.
“Tak nak. Chiya nak cook,” Terhambur tawa Adelin melihat wajah sememeh Fariz.
“Alah, tak acilah. Hari-hari pun Chiya berkepit dengan mummy, hari ni daddylah pulak. Please, my love Chiya,” Fariz menunduk sedikit.
Chiya mengetuk dahinya perlahan berulang kali. Nak ikut siapa ya?
“Okeylah,” Yeah, daddy’s daughter.
Adelin menggelengkan kepala perlahan. Macam-macam sungguh kerenah dua beranak ni. Fariz mendukung Chiya dan turut membawa bakul berisi pakaian kotor itu ke bilik basuhan di belakang dapur. Puan Mummy pula berlalu ke fridge untuk mengeluarkan barang-barang masakan.
*****
Buaian kayu dihayun perlahan. Mata dibiarkan menjamah bintang-bintang yang bertaburan di langit. Tenang rasanya hati ketika ini. Suasana riuh di dalam rumah kedengaran damai. Ah, betapa indahnya jika saat kekal selamanya. Tiada lagi keadaan yang menggoyahkan kegembiraan ini. Kesibukan di tempat kerja juga hilang sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
“Fikir apa?” Pandangan ditala pada wajah si isteri. Senyuman diukir.
Adelin melabuhkan punggung di sisi suaminya. Fariz mencapai jari jemari isterinya dan digenggam erat.
Positive thinking. Chiya buat apa?”
“Buat apa lagi, main dengan grandparents dialah. Bukan selalu papa mama, baba ibu nak berkumpul macam ni. Biarlah dia orang main dengan si cucu yang banyak mulut tu,” Fariz tergelak.
So, is this our time?”
Maybe. Can we talk informally?”
Fariz angguk.
As you wish…”
Kepala dijatuhkan ke bahu Fariz.
May I know about that locked room? Is it true the room is for your case evidence?”
Setelah sekian lama, baru kini Adelin mendapat peluang untuk bertanyakan tentang bilik berkunci dia apartment Fariz itu.
That room? Emmm, promise me… kau tak boleh marah-marah dulu. Dengar aku explain sampai habis,” Adelin mengangguk. Fariz tarik nafas dan dilepaskan perlahan. “Bukan Pearl yang culik aku, tapi sebaliknya. I locked her in that room. Hari-hari dia cuba provok aku dengan bukti-bukti kerja haram papa dulu. Sampai satu tahap aku hilang sabar. Demi Allah, aku tak berniat nak perkosa dia, aku cuma main-main aje. Entah macam mana, aku…”
Rambut yang mula mencecah ke dahi, diselak ke belakang.
“Apabila nafsu menguasai akal, semua bukan lagi di bawah kawalan awak. Kan?”
“Hmmm. The incident happened just like that. Selepas hari jahanam tu, aku lepaskan Pearl. Aku hantar dia ke LA, sekadar untuk beri pengajaran. Aku tutup semua kes pasal Pearl. Aku tipu papa dan mama. Tapi, aku tak sangka dia datang balik dan merancang untuk jatuhkan aku,” Adelin peluk Fariz erat.
“Papa dan mama tahu tak, Pearl dan Mutia adalah orang yang sama?” Fariz geleng.
“Tak pasti. Biarlah dia orang tahu pun, aku dah tak kisah. Sekurang-kurangnya, kita tahu di mana Mutia. Soffi dan Ren sudi nak jenguk dia selalu. Apa-apa yang berlaku, dia orang akan beritahu kita,” ujar Fariz tenang.
“Okey. Awak, esok saya ada date dengan Carl tau,” Sepantas kilat, Fariz memandang Adelin yang terlentok di bahunya.
“Carl? Buat apa?” Senada sahaja Fariz bertanya. Cemburulah tu.
“Lah, kami kan kawan baik. Lagipun, masa bertugas di LA, Carl yang banyak bantu saya. Daripada tak tahu apa-apa, saya berjaya mendapatkan kepercayaan orang atasan saya. Semuanya sebab Carl tau,” Fariz mencebik.
I’ll follow,” Yek, gilos. Tak ada privasi langsung.
It’s okay. Carl won’t harm me, daddy. Please, be nice to me. Lusa ni Carl dah nak balik sana. Bolehlah,” Lengan Fariz digoncangkan perlahan. Muka comel ditayangkan.
No. Aku ikut,” tegas Fariz. Dia bangkit berdiri.
Adelin buat muka.
“Perut dah macam ni pun, nak cemburu ke? Awak bukannya tak kenal Carl tu. Saya bawa ibu sekalilah. Ibu pun teringin nak jumpa Carl. Bolehlah, abang,” pujuk Adelin lembut. Tangan Fariz ditarik agar duduk kembali di buaian itu.
Dengan malasnya, Fariz kembali duduk.
“Bawa ibu boleh pulak,” Adeh, merajuklah pula. Adelin peluk pinggang Fariz, kepala di dada suaminya.
“Yalah, Carl selalu jadi tukang intip ibu. Hari-hari dia orang bergayut sebab Carl nak report kat ibu apa yang saya buat. Carl dah nak balik sana, ibu nak jugaklah jumpa Carl… in person. Kalau awak rasa tak secure sangat, awak boleh ikut jugak,” Fariz menghembuskan nafas berat.
Inilah padahnya apabila hati sudah sayang.
“Anak daddy kat dalam ni, jaga mummy baik-baik tau. Kalau uncle Carl nak mengurat mummy, cepat-cepat pukul mummy eh. Nanti daddy bagi upah,” Adelin menampar tangan Fariz di perutnya. Kurang asamlah encik suami ni. Siap deal dengan baby lagi. Uish, ini tak boleh jadi ni.
“Apalah awak ni. Saya sayang awak aje tau. Ada pula pakat dengan baby,” Cebik Adelin.
“Alah, baby sayang daddy kan. Cuba tendang sikit…”
Mendengar kata sungguh anak mereka ini, pantas sahaja dia menendang perut mummy dia.
“Adoi! Jahatlah daddy ni. Nasib baik perlahan aje,” Bahu Fariz ditampar kuat. Fariz ketawa.
Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Adelin. Tangan masih dilekap di perut isterinya. Lagi sebulan, keluarlah seorang lagi puteri mereka ini. Nampak gayanya, kena cuba lagilah untuk mendapatkan anak lelaki. Ahaks!
“Dah nak masuk tiga tahun kita kahwin kan. Tahun ketiga, dah ada anak dua. Wah, hebat,” Adelin ketawa kecil. “Sayang, aku sukalah dengar kau panggil abang tadi. Lembut aje,” kata Fariz.
“Iya ke? Awak tu yang bercakap kasar dengan saya, tak kisah pulak,” tebak Adelin. Fariz sengih.
“Bukanlah. Kau yang nak cakap informal tadi. Keluar habislah aku-kau tu. Dua tahun lebih kot lidah ni berkau-aku. Considerlah sikit…”
“Banyaklah awak punya consider. No more informal talking after this, okay?”
“Alah, tak bestlah, dear. Formal talking… tak boleh nak manja-manja,” Eeuuww, merenyam sungguhlah Fariz Ian ni.
“Oh, gitu. Tapi, tak payahlah guna kau-aku tu. Kalau saya seorang yang dengar, okelyah. Buatnya Chiya pandang kita dengan mata laser dia tu, macam mana? Informal talking in appropriate way should be the best. For example, I’m calling you, awak or abang?”
Agree. Abang suka,” Adelin menekup mulutnya, menahan tawa.
Kelakar pula sebutan abang itu. Ish, geli telinga dia ni.
“Lawaklah. Tak masuk dengan jiwa awak langsung. Sesekali guna tu bolehlah eh,” Fariz cubit pipi Adelin lembut. Nakal!
“Apa-apa pun boleh, my dear wife also known as my lover till Jannah,” Dipeluk Adelin erat.
“Hah, daddy mummy Chiya. Buat apa kat luar ni? Mummy oi, awak tu mengandung. Jangan lama-lama sangat di luar. Angin malam tak elok untuk awak. Masuk, Fariz, Adel,” bebel Puan Aida di muka pintu.
“Iyalah,” Fariz dan Adelin bangun serentak dan masuk ke dalam rumah, menyertai keluarga mereka.
*****
“Mummy, you know that I love you. No matter what I say or do, I can never thank you. Oooh, mummy… you know that I love you,” Comel suara Chiya menyanyi lagu Irfan Makki yang berjudul Mamma itu.
Adelin memeluk tubuh Chiya di sisi kanannya.
“Chiya, adik Chiya ni nama apa?” soal Fariz yang sedang mendukung seorang bayi perempuan di sisi kiri Adelin.
“Emmm, daddy… Chiya dah choose dengan semua orang,” Amboih, semangat sungguh kak Chiya kita ni. Siap berdiri lagi di katil yang Adelin berbaring itu. Jangan dipijak perut Adelin sudah.
“Iya? Jadi, apakah namanya, kak Raisya?”
Fariz dan Adelin pandang Chiya penuh semangat. Mereka sepakat untuk membiarkan Chiya memberi nama untuk puteri kedua mereka ini.
“Nur… Rania…”
“Nur Rania, sedapnya nama adik dia. Kenapa Chiya pilih Nur Rania, sayang?” Adelin menarik tangan Chiya agar dia duduk.
“Sebab Chiya suka nama Rania. Adik Nia, suka tak?” Tangan Chiya cuba mencapai pipi tembam adiknya.
Fariz mendekatkan sedikit bayi yang baru lahir itu dengan Chiya.
“Chiya nak pegang tak? Meh sini, daddy tolong,” Fariz bergerak ke kanan Adelin, senang sedikit Chiya hendak pangku Rania.
Penuh hati-hati, Fariz meletakkan Rania dipangkuan kakaknya itu. Bukan main suka lagi Chiya ketika meriba adiknya.
Daddy, adik Nia comel. Chiya sayang adik Nia,” Dicium ubun-ubun Rania lembut.

Fariz duduk di sebelah Chiya, jemarinya menggenggam erat jemari Adelin. Akhirnya, selamat juga puteri mereka melihat dunia. Alhamdulillah, Nur Rania binti Fariz Ian dilahirkan sihat dan mudah. Sepanjang Adelin mengandungkan Rania juga, isterinya itu tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma, muntah-muntah biasa saja.
I love you,” ucap Fariz dengan senyuman.
I love you too,” balas Adelin, juga dengan senyuman manis terukir. Penat bersalin langsung tidak sempat menjengah tatkala matanya menjamah wajah-wajah orang kesayangannya ini.
Fariz Ian-Adelin Annisa-Nur Raisya-Nur Rania, lengkap sudah keluarga bahagia mereka. Keluarga yang diibaratkan seperti Mutiara aka Pearl oleh Fariz; susah dijumpai, namun sinarnya bukan sebentar cuma.
*****
Dua tahun kemudian
Daddy, Chiya nak pegang,” Fariz mendukung Chiya. Dia mendekatkan Chiya dengan kanggaru yang sedang berbaring di atas kawasan berumput.
Di, want,” Rania didukungan Adelin mendepakan tangannya untuk didukung Fariz.
“Kak Chiya dulu ya, baby,” kata Adelin lembut. Dia menghampiri Fariz. Takut juga dia jika kanggaru itu menerkamnya.
Daddy, adik nak jugak,” Fariz meletakkan Chiya di bawah. Wah, berani pula Chiya menghulurkan rumput kepada kanggaru di hadapan itu.
Ketawa sakan Rania, suka sangat daddy dia dukung. Adelin hanya menggelengkan kepala. Dua-dua orang ikut perangai Fariz, lasak. Dia pun apa kurangnya, cuma sekarang ini sudah tidak selasak dulu. Adakalanya, Adelin terima juga tawaran kerja dari unit jenayah siber Malaysia untuk kes-kes yang tertentu. Itupun, di atas keizinan encik suamilah.
Sesekali bercuti ke Australia, tidak sahlah jika tidak ke Sydney Wildlife World. Bukan setakat kanggaru sahaja, malah terdapat juga haiwan-haiwan di sini; koala, butterfly tropics. Sudah tentu kanak-kanak menyukai tempat ini.

*****
“Budak-budak dah tidur?” tanya Fariz yang sedang bersantai di balkoni bilik hotel mereka.
Adelin mendapatkan Fariz, dipeluk pinggang suaminya itu.
“Lena dah. Penat kot,” jawab Adelin sambil memandang laut. Segarnya.
“Hmmm, kisah kita happy ending kan, sayang. Harapnya, semua ni kekallah,” kata Fariz. Matanya turut merenung laut yang luas terbentang.
“Insha Allah. Asalkan daddy behave, semua okey aje,” Fariz kerling Adelin, dicuit hidung Adelin.
“Perli nampak…”
“Bukanlah, tapi kenyataan. Esok dah nak balik Malaysia, daddy dah sibuk. Apa kata daddy kerja aje kat Eclipe’s, tak adalah sibuk sangat,” Adelin mendongak. Tangannya cuba menarik wajah kacak Fariz agar memandangnya.
Sound good, but my career more interesting,” Fariz mematikan pandangan pada wajah Adelin yang sudah memuncung itu.
“Okeylah. Apa nak buatkan? Redha ajelah,” Ayat pasrah sungguh.
“Tugas abang as polis adalah untuk menjaga keamanan negara, sayang. Mulia kan kerja tu. Boleh juga dijadikan contoh untuk anak-anak. Apa tujuan sayang pilih jabatan jenayah siber dulu?”
Adelin senyum nipis. Kiranya sekarang ini mereka sedang berbicara secara tidak rasmilah ni. Heart to heart.
“Saya suka karier tu, plus saya kagum dengan baba. Dia hero saya dari kecil sampailah besar. He was the one who make me want to be a police officer,” Fariz senyum.
“Abang jugak macam tu. Ayah tu idola abang, I want to be like him. Tak mustahil Chiya dan Nia akan ada pemikiran yang sama. Let us protect them from this cruel world…”
Wah, semakin matang pemikiran Fariz sekarang.
“Insha Allah. Abang, you talk like the older. We proud of you,” Pelukan dieratkan.
I’m proud of you too, mummy,” Ubun-ubun Adelin dicium lembut. Namun, sebaik hidung menghidu wangian Adelin, dia terus berlari ke bilik air.
Adelin terpinga-pinga. Dia turut melangkah bilik air. Senyuman terukir di bibir tatkala mata menyapa si suami yang memuntahkan segala isi perut.
You love me a lot, huh,” kata Adelin sambil mengusap belakang Fariz yang membongkok itu.
Penangan anak ketiga pula. Peace.


~THE END~
p/s : yeah, tamat sudah enovel Pearl. Happy ending seperti yang semua nak. Thank you pada yang sanggup menunggu ending Pearl. Terima kasih semua! Nak habiskan cerpen and enovel yang lain pulak. Hope happy ending jugak. J. SELAMAT MEMBACA! :D


16 comments:

  1. Best sangat2... Tq akak ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. sama-sama. love love love. haha

      Delete
    2. yg ni je ka akak untuk mlm ni ;)
      Hehehe.... New cerpen xde ke?

      Delete
    3. insha Allah ada. :D. tapi lambat sikit. ada kerja nak buatlah. hehe. :D

      Delete
  2. akhirnya hepi ening.....Besttttttttttttttt sangat.......bahagianya....thank u...muahhhhhh3..... senyum sampai telinga...xsabar lak tggu sambungan cerpen n enovel....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mona. :D. muahhhhh3 balik. hehe. inshaAllah akan diupdate sambungan cerpen n enovel yg tergendala. :). sama-sama jugak.

      Delete
  3. apa nama betul chiya tu ehh?? *bukan dalam novel*

    ReplyDelete
    Replies
    1. chiya? lauren hanna lunde. hello baby mblaq.

      Delete
  4. Penangan anak ketiga yg syok tu. Anak lelaki keee anak perempuan ye agaknya hahhahaha

    ReplyDelete
  5. Wow..nice ending..but kadang2 keliru dgn dialog diorg..igt kan ayt adelin tp rupanya fariz pnya dialog dan sebaliknya..apepon sgt best..tahniah writter..

    ReplyDelete
  6. Apa nama fariz tu eh? In real ? Hee

    ReplyDelete
  7. Comelnye chiya..geram tengok..akak I really likesss police officer.so handsome bile bayangkan pic laki tu pakai uniform polis.argh!!! cantik je akak jdikan aisyah sbg adelin annisa tu.saye sokong akak punye cerpen/e-novel.sentiase gempak arrr...cite ni best sangat.

    ReplyDelete