Monday, 2 June 2014

e-novel : Pearl Special Entry 2



Assalamualaikum... Hye!

Pearl Special Entry part 2 in da house! late night present. :D. SELAMAT MEMBACA! :D. pendek ja tau. lately, busy sangat nak sambung. maybe esok and lusa CIA tak boleh nak post entry. ada family day. :(. lepas tu, CIA sambung update balik. trying hard to post something. :D.

*********************************
SPECIAL ENTRY
Setelah memastikan Chiya betul-betul lena, Fariz kembali ke ruang tamu. Hampir terhambur tawanya melihat Adelin bukan main kusyuk lagi pandang skrin televisyen. Patutlah isterinya itu meminati drama-drama yang berunsurkan keadilan negara, rupanya Adelin juga seorang polis. Tetapi, sekaran ini sudah berubah status; bekas polis.
“Apa yang seronoknya cerita ni?” Fariz henyakkan punggung di sebelah Adelin. Ditarik tubuh Adelin yang bersandar di sofa itu dan membiarkan kepala isterinya melentok di dadanya pula.
“Macam biasalah kalau cerita gini, story line pun hampir sama. Cuma, kebanyakan drama-drama Korean ni kreatiflah. Dia orang blend semua benda dalam satu cerita, so it’s make the story became double triple best. It’s also getting more complicated,” Fariz terangguk-angguk.
“Dia orang blend apa?” Naaa, blur pula suami Adelin Annisa malam ini. Adelin membetulkan duduknya. Dilunjurkan kaki, kepala masih di dada bidang Fariz.
Waktu sebeginilah mahu bermanja dengan encik suami memandangkan Chiya sudah tidur. Boleh berborak secara bebas. Tak perlu menjaga tatasusila. Heh, tatasusila apalah gamaknya? Iyalah, Chiya mana boleh mendengar perkara yang tidak baik. Tidak elok untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur Chiya, bahaya. Ketika umur sebeginilah, mereka selalu mengikut perbuatan orang yang lebih tua. Jadi, sebagai ibu bapa, Fariz dan Adelin haruslah berhati-hati dalam percakapan mereka.
“Aduh, awak ni. Blurlah. Itulah, jangan asyik tengok romance movie aje,” Adelin tolak dagu encik suami di kepalanya lembut.
“Alah, romance movie best hapa. At least, I noted something value,” Dengan bangganya dia tersengih.
Something value? Apanya? Better you do it naturallylah, Mr Ian. I love the real you, not the copy paste or you’re cloning someone,” Fariz senyum lebar.
Oh, wifey. Do you want me? Do you adore me? Do you like me? Do you love me?” Adelin mendongak. Bibir diulas senyuman.
I love the way you are. I want you, only you. I adore you every time. I’ll always love you. Are you?” Penuh kelembutan Adelin meluahkan rasa cintanya pada Fariz Ian, si pemilik degupan jantungnya. Ahah.
Fariz menarik tubuh Adelin agar lebih rapat dengannya. Dicium ubun-ubun Adelin lembut.
I love you more than you love me. Every second, I only thinking of you. Never doubt me ya, Mrs Ian? I’ll always love you, forever,” Melebar senyum Adelin.
Alright, daddy teddy,” Dihadiahkan ciuman di tangan Fariz yang berada di dalam genggamannya.
Oh, hati. Sejak bila kau pandai bergurindam lagu-lagu romantik ni? Maksudnya, Fariz Ian milik aku selamanya? Yeah, sorak Adelin di dalam hati.
So, when our Chiya will have her partner? Mean that, our junior,” Adelin tergamam seketika. Kemudiannya, dia senyum manis.
Nah, your junior,” Ditekapkan tapak tangan Fariz ke perutnya yang masih kempis itu. Here is our junior, daddy.
What?” Fariz kerut dahi, pelik. Tak faham! Adoyai, daddy ni. Blur sungguh dia malam ni.
Our baby. Two months,” Adelin angkat dua jari, peace.
Serious?” Ish, Fariz ni. Adelin bingkas duduk. Dia memegang kedua belah pipi Fariz. Wah, bercahaya nampak. Sukalah tu, kan.
Serious, I’m pregnant. Chiya nak dapat adik. Daddy’s junior on the way. Puas hati?” Ditelengkan kepala Fariz ke kanan dan ke kiri.
Akhirnya Fariz senyum lebar. Dia membawa Adelin ke dalam pelukan. Inilah berita paling gembira yang pernah dia dengar sepanjang hidupnya. Bahkan, kewujudan Chiya juga sudah menggembirakan hatinya. Haih, jiwa kebapaan semakin meresap ke dalam dirinya ketika ini.
Congratulation to us. Tapi, mummy dukung Chiya slumber aje tadi. Chiya beratlah, mummy,” kata Fariz sambil mengusap bahu isterinya.
Adelin bermain dengan jemari Fariz.
I love her, daddy. Tak bolehlah nak biarkan aje permintaan dia tu. Chiya dah macam soul mummy. Tak pernah sekali pun, Chiya tanya pasal diri dia, pasal mama dia dalam keadaan sedar. Setiap kali pandang Chiya, hati mummy ni automatik tak boleh nak tegas,” luah Adelin, tulus.
Kasih sayangnya pada Chiya tidak pernah berkurang. Setiap masa yang diluangkan bersama Chiya membuatkan dia mahu kanak-kanak itu sentiasa berada di sisinya.
I love her too, mummy. Bagi daddy, Chiya umpama mutiara. Susah untuk dijumpai, tapi… its worth when we have it,” Adelin mengangguk faham.
Pearl junior, huh.
“Agak-agak Chiya suka tak bila tahu dia nak dapat adik?” soal Adelin tiba-tiba.
Fariz tergelak kecil.
Come onlah, mummy. Oh, lupa pulak. Mummy kan tak tahu secret kami,” Hah? Rahsia?
Adelin menjarakkan sedikit tubuhnya yang melekat di tubuh Fariz sejak tadi.
“Rahsia apa, daddy? Baik cerita. Kalau tak…”
“Kalau tak apa?” potong Fariz, dengan riak mengusik.
Adelin cubit perut Fariz.
“Aloh, rahsialah. Nama pun rahsia kan, mana boleh bagitahu,” Loyar buruk pula si daddy Chiya ni. Adelin peluk tubuh, merajuk! Huh!
Fariz gelak lagi. Namun, tangannya pantas memaut pinggang ramping Adelin. Hampir terjerit Adelin dek tindakan pantas itu.
“Chiya pun nak adik jugak. Nampaknya daddy kenalah kabulkan request Chiya, she want her own bicycle,” Adelin senyum.
Daddy bet with her eh? Tak eloklah ajar anak benda macam tu,” Ditampar lengan Fariz di pinggangnya.
“Bukanlah. Mummy, let’s move to… your house. Papa mama pun suggest suruh kita pindah,” cadang Fariz.
“Boleh aje. Tapi, daddy okey ke? Rumah tu bukannya besar mana pun,” Fariz cuit hidung Adelin lembut.
Rumah dua tingkat Adelin tu berkali ganda besar daripada apartment dia ni kot. Lagipun, dia sudah biasa tinggal di situ. Memang selesa kerana mempunyai jiran tetangga yang meriuhkan kawasan. Tidaklah Chiya kebosanan. Kebetulan, di kawasan berdekatan mempunyai sebuah taska. Boleh juga mereka mendaftarkan Chiya ke situ nanti.
“Mana-mana rumah pun sama aje. Asalkan sayang-sayang daddy ada dengan daddy, setiap hari…”
Oh, sweet. I love you even more. Bila nak pindah?”
“Esok?”
Adelin senyum senang. Sudah tentu suaminya itu bercuti jika begitu gayanya. Chiya, your daddy gonna play with you tomorrow. Setiap kali Fariz ke tempat kerja, Chiya akan meminta Adelin untuk menemaninya di jendela. Dia akan merenung tasik sehingga puas, barulah dia boleh bermain dengan senang hati. Mungkin, itu caranya Chiya melepaskan rindunya pada Fariz. Anak manjalah katakan.


to be continued...

7 comments:

  1. Suwettttnyaaaa....thank u....muahh2.... tetap sabar tggu next n3..... swettt....swettttt...... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. sweetla sangat. hahaha. muah2 balik. :). sabar ya. hehe

      Delete
  2. Hahahahahaha sweetnya...nak part Fariz cemburu plak...hihi ..i'm waiting for the next part plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tak boleh bayang Fariz cemburu. :D. haha. keep on waiting ya, besday girl.

      Delete
  3. Nak lagi akak ♥
    Bagi lagi ptg ni or mlm ni.. Hagagaga, minta mcm2 sungguh kan Akak :)
    Serius Best ;)

    ReplyDelete