Sunday, 15 June 2014

Cerpen : Aku Bukan Pembunuh! Last



Ayyana menjemput tetamu yang datang masuk ke rumah. Melebar senyumnya kerana ada yang sudi menemaninya ketika ini. Kehadiran wanita yang dikenalkan Lutfil ketika majlis akad nikah mereka hari itu menyenangkan Ayyana. Dia tahu, wanita itu sangat hebat. Tengoklah siapa suaminya. Pernah terdetik di hati Ayyana, suami wanita itu sangat easy-going person.
“Jemputlah duduk. Kenapa tak bawa anak-anak sekali?” soal Ayyana kepada tetamunya itu.
“Hmmm, Mya tahulah Fariz tu. Risau sangat. Semalam lagi dia hantar anak-anak balik rumah keluarga dia. Kebetulan, ibu dan baba kak Adel datang sini. Alang-alang, biar ajelah dia orang tinggal di rumah keluarga Fariz sekejap,” jelas Adelin ramah.
“Elok jugak tu. Kak Adel okey ke tinggal kat sini? Manalah tahu, tak selesa ke?” Adelin senyum.
“Kak Adel okey aje, Mya. Arahan suami, kita perlu ikut. Lagipun, kak Adel boleh tolong tengokkan Mya. Tak adalah Luth risau, Mya seorang di rumah…”
“Mya bukannya apa, kak Adel. Mya lebih risaukan Luth. Dia bukannya truly police, terlibat pulak dengan kes Mya ni. Imran tu bukannya sembarangan orang, kak,” Ayyana meluahkan kerisauannya.
“Mya, tahu tak pasal three-friend forever?”
“Hah? Apa tu, kak Adel?”
“Fariz, Luth dan Hadi. Selepas dah bertahun kahwin dengan Fariz, barulah kak Adel tahu. Itupun, Fariz yang buka cerita. Pasal Luth pun kak Adel tak tahu. Kak Adel kenal Luth masa Luth datang melawat kak Adel di hospital, kak Adel admit ward untuk lahirkan Raykal. Emmm, six months ago,” Ayyana mula menunjukkan minat.
“Mya pun kenal abang Ian dan abang Hadi masa hari kita orang akad nikah hari tu. Luth tak pernah pun bercerita pasal three-friend forever dia orang tu,” Adelin tergelak kecil.
“Mungkin Luth masih nak sesuaikan diri dengan Mya kot. Kalau Mya nak tahu, perangai three-friend forever ni sama. Mya tahu kan dia orang punya prinsip?” Ayyana angguk laju.
We do what we want…”
Exactly. Dia orang ni memanglah kita nampak macam kaku atau mungkin tak ada perasaan. Tapi, Mya. Dalam hati ada taman. Sekali dia orang keluar aura romantik, serius… Mya pun tak jangka. I’ve experienced that, Mya. It was so fun since I know that Fariz won’t cheat behind me,” Bersemangat Adelin menceritakan pe’el ketiga-tiga mereka.
“Insha Allah. Mya dah kenal Luth sebelum kahwin, boleh dikatakan rapat jugaklah. Mya selesa dengan Luth, tapi tulah. Mya macam janggal sikit bila dah kahwin ni. Luth pun macam jaga batas dia dengan Mya. Nak bergurau pun, Mya dah tak reti even Luth cuba nak talk informal dengan Mya,” Adelin usap bahu isteri sahabat baik suaminya itu.
“Luth pun tengah sesuaikan diri. Mya cubalah berterus terang dengan Luth apa yang Mya rasa. Insha Allah, you both will know each other deeply. Sebelum kahwin kan boleh aje mesra-mesra, selepas kahwin kenalah lebih lagi,” Ayyana tersipu.
Tenang sedikit hatinya setelah meluahkan pada Adelin. Wanita itu memang first class advisor. Fikirannya terbuka. Mungkin itulah yang membuatkan Ian terpikat pada Adelin. Teka Ayyana sendiri.
*****
Lena Ayyana terganggu apabila terdengar bunyi engsel tingkap seperti sedang dibuka. Dia bingkas duduk. Disapu matanya yang agak kelabu dek terjaga secara mengejut. Dihalakan pandangan ke jendela. Hatinya mula berdebar. Telefon bimbit di meja sisi dicapai. Dia menyalakan telefonnya. 15 missed call!
Luth! Kak Adel! Ayyana mula menggelabah. Disorokkan diri ke dalam selimut.
“Ayyana,” panggil satu suara di jendela yang sudah terbuka. Menggigil Ayyana di sebalik selimut.
Dia tidak berani mahu bersemuka dengan pemanggil namanya itu.
“Ayyana,” seru suara itu lagi.
Tiba-tiba ada tangan yang cuba menyentuh Ayyana. Ayyana menepis kasar.
“Okey… okey. Saya ni, Luth,” Barulah Ayyana berani mengalihkan selimut dari tubuhnya. Nampak sahaja Luth yang sedang duduk di sisinya, dia terus memeluk tubuh sasa itu.
Lutfil senyum. Diusap kepala Ayyana lembut. Ayyana yang difikirnya tenang itu juga punya perasaan takut, huh. Manja juga rupanya.
“Kenapa masuk ikut tingkap? Pintu kan ada,” Ayyana mengangkat wajahnya yang tersembam di dada bidang Lutfil.
Imran hired bodyguards to guard us. Dua orang polis yang jaga di pagar rumah, dia orang dah tembak mati,” jelas Lutfil. Suaranya seakan berbisik.
“Kak Adel?” Ayyana mencengkam lengan Lutfil.
Don’t worry. She’s with her husband, next room. Awak pergi siap ala kadar, kita naik bilik atas,” suruh Lutfil. Ayyana tidak berganjak. “Kenapa?” soal Lutfil, pelik.
“Sejak bila rumah ni ada bilik atas?” Lutfil bagai mahu hamburkan tawa. Sempat lagi Ayyana memikirkan hal itu dalam keadaan cemas. Mungkin masih mamai agaknya.
My secret room. Pergilah siap. We have to rushing, dear,” Ayyana pantas turun dari katil. Dia bergerak ke wardrobe.
T-shirt lengan panjang dan jeans blue black disarungkan ke tubuh. Setelah itu, dicapai sehelai tudung bawal printed, senang untuk dipakai. Usai mempersiapkan diri, Ayyana kembali ke katil. Lutfil sedang menantinya sambil menaip sesuatu di dada telefon. Ayyana mengambil handphonenya.
“Dah?” Ayyana mengangguk. “Jom,” Lutfil menghulurkan tangannya kepada Ayyana dan hulurannya bersambut.
Mereka bergerak perlahan ke pintu bilik. Lutfil memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Ian dan Adelin sudah berada di luar bilik.
“Naik ikut mana, Luth?” soal Ian. Adelin di belakang memegang tangannya erat. Ayyana yang terpandang Adelin, senyum. Adelin mengenyitkan matanya.
Tips pertama yang diajar Adelin; berpura-pura ketakutan walaupun okey saja kerana di waktu cemas beginilah kita boleh menilai jika si suami itu risaukan isterinya atau tidak.
“Ikut kiri. Be careful, dia orang maybe tengah intip keadaan dalam rumah,” Lutfil menarik tangan Ayyana.
Dia mengetuai langkah mereka untuk ke bilik rahsia yang sering menjadi tempat kerjanya satu masa dulu. Ketika dia masih lagi pengintip polis. Sudah agak lama dia tidak naik ke bilik rahsia itu. Entah bagaimanalah keadaan bilik itu. Harap-harap bolehlah dijadikan tempat persembunyian mereka buat sementara waktu.
*****
Lutfil membuka lampu meja, keadaan sebenar bilik rahsia mula kelihatan walaupun dalam samar-samar. Ditarik langsir agar orang luar tidak boleh nampak lampu yang bercahaya suram itu. Ian dan Adelin duduk di birai katil bujang yang terletak di tengah-tengah bilik, antara ruang meja panjang yang dipisahkan oleh almari tinggi dan juga sofa.
Ayyana berdiri statik di sisi suaminya. Ke mana Lutfil melangkah, ke situlah dia melangkah. Dia tidak mahu jauh dari Lutfil.
“Bilik ni complete semuanya. Aku tak tahu pun, Luth,” Mata Ian mula menerawang di segenap bilik.
“Dah nama pun rahsia, mana boleh bagitahu,” Adelin tergelak kecil. Semua mata pandang Adelin.
“Kenapa, mummy?”
Daddy dan abang Luth punya otak samalah. Cakap pun benda yang sama. Ingat tak masa mummy tanya apa rahsia daddy dengan Chiya tu? Jawapan tulah yang daddy bagi,” Ian tergelak. Tak perasan pula dia.
Eh, of course. Three-friend forever, right? We have the same thought…”
“Apa-apa ajelah, daddy. Bilik ni macam tempat eksklusiflah, abang Luth,” Lutfil angkat kening.
“Tengok oranglah,” Ian mencebik.
“Mya, are you here?” Ayyana sengih apabila semua mata kini terarah padanya. Dari hidung hinggalah dahi, berkerut.
“Awak okey ke ni?” soal Lutfil, risau.
“Okey. Cuma, terfikir something,” Sememangnya otaknya sedang mencerna sesuatu. Setiap perbualan ketiga-tiga mereka dia dengar. Cuma, mindanya sahaja ke lain.
“Apa?”
“Abang Ian, ACP. Kak Adel, ex police officer… international. Luth, ex undercover. Why did we have to hide in this room? Is there something that police can’t face this case?”
Naaa, bijak Mya Ayyana. Otak bergeliga. Lutfil, Ian dan Adelin saling berpandangan. Soalan Ayyana bagaikan menjerut leher mereka. Ayyana seolah-olah cuba menpertikai kredibiliti mereka.
Lutfil tenung mata Ayyana.
“Ayyana, situasi di luar bukan seperti yang awak bayangkan. Polis memang sedang mengawasi kawasan rumah kita, tapi tindakan orang-orang Imran tak terjangkau dek akal kita. Dua orang anggota polis dah tumpas. Takkan nak korbankan lebih ramai nyawa lagi?”
Ayyana tertunduk.
Sorry,” ucap Ayyana, penuh rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya meragui ketiga-tiga mereka.
You’re always with your brilliant thought, Ayyana. Please, use your excellent brain to think about others,” ujar Lutfil.
“Okey,” Ayyana berpura-pura senyum. Padahal, hatinya sudah menangis.
Dia juga punya kelemahan. Otaknya bukannya selalu berfikiran matang. Adakalanya, dia tersangkut juga. Ayyana juga mahu dirinya dimanjai, dibelai, diberi perhatian. Selepas kejadian dia dipenjara, dia berpura-pura kuat demi keluarganya. Kebolehannya yang mampu menyembunyikan rasa hatinya digunakan sebaik mungkin.
“Mya, meh duduk dengan kak Adel,” panggil Adelin. Dia simpati dengan Ayyana. Dia juga perempuan.
Kali ini, dia sudah menjumpai perbezaan di antara Ian dan Lutfil. Ian akan melindunginya biarpun tahu dia bekas polis. Sedangkan Lutfil seperti melepaskan isterinya terkapai-kapai sendiri. Atau, itu cara Lutfil melindungi Ayyana? Adelin terfikir seketika, dipandang Lutfil. Nah, Lutfil menggunakan serangan psikologi untuk menenangkan Ayyana. Bibir Adelin mengukir senyum nipis.
Your sis panggil, Ayyana,” Ayyana mendongak memandang Lutfil. Dia menggeleng. Diukir senyum pada Adelin, tanda dia selesa di sisi suaminya. Adelin mengangguk faham.
“Luth, toilet ni boleh guna ke?”
“Boleh aje…”
Mummy duduk sini kejap, daddy nak pergi toilet,” Adelin kerut hidung sambil buat muka. Ian ketawa kecil sebelum berlalu ke tandas. Nasib ada makhluk dua orang itu. Jika tidak, sudah lama dia ngap si Adelin tu. Tsk. Dirty mind lorh!
Lutfil menarik sofa dengan tenaganya. Ditutup pintu bilik rahsia itu. Manalah tahu, jika penyangak-penyangak itu berjaya menceroboh ke dalam rumahnya. Walaupun bilik ini agak tersorok, tak mustahil mereka akan menjumpainya. Bak pepatah; sediakan payung sebelum hujan.
*****
Hadi menilik jam di tangannya, sudah hampir ke pukul tiga pagi. Pasukan yang diarahkan Ian untuk bersiap sedia, masih lagi menunggu arahan seterusnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip mesej, kemudiannya dihantar kepada dua sahabat baiknya itu. Lutfil dan Ian sudah mengingatkannya agar memaklumkan keadaan di luar dari semasa ke semasa.
“Tuan Hadi, dia orang masih di dalam. Dua orang awasi pintu depan. Enam orang di seluruh kawasan rumah. Susah kita nak masuk, tuan,” maklum Luqman.
“Buat masa ni, kita awasi dulu penyangak-penyangak tu. Kalau keadaan dah tenang, pasukan jenayah berat yang lain pun sampai… kita bertindak. Luq, awak pastikan semua ready dengan arahan Tuan Fariz,” Luqman mengangguk, mengerti.
Dia berlalu ke van, arahan Hadi disampaikan setegas yang mungkin. Luqman adalah ketua mereka buat masa ini sementara Ian cuba memancing orang-orang upahan Imran di dalam kawasan perumahan mewah itu. Untung sahaja mereka mahu mendengar arahan daripada Luqman.
Hadi mendail nombor seseorang.
“Datuk, dia orang masih di dalam. Buat masa ni, Luth dan yang lain bersembunyi di bilik rahsia Luth. Datuk dan Datin jangan risau. Kami akan cuba sedaya upaya,” beritahu Hadi, terus.
“Iyalah, Hadi. Apa-apa hal yang berlaku, awak hubungi saya. Macam yang dirancang, Imran tak tahu plan kita. Dalam pukul sepuluh pagi, dia ada meeting dengan wakil Delia Holding. Awak siapkanlah satu pasukan untuk pagi nanti.
“Baiklah, Datuk. Saya akan maklumkan pada pasukan jenayah. Sudah lewat ni, Datuk. Datuk pergilah berehat. Hal di sini, Datuk jangan risau. Saya cuba apa yang termampu…”
I’m craving of good news, Hadi. I want my Hadi safe too. Assalamualaikum,” Talian dimatikan.
“Waalaikumsalam. Insha Allah, Datuk. I’ll safe them,” Janji Hadi sendiri sambil mata memandang ke banglo dua tingkat milik Lutfil.
I want my Hadi safe too. Kata-kata itu mengganggu minda Hadi. Mendalam sekali ayat itu baginya. Datuk Dani seakan mahu dia menyelamatkan anak lelaki kesayangannya itu. Beban dibahunya sudah memberat. Datuk Dani mengharapkannya. Dan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan sahabat-sahabat baiknya.
*****
Skrin komputer-komputer yang terpasang, Lutfil teliti satu per satu. Setiap satu komputer merakamkan keadaan di tempat-tempat yang berbeza. Dari situ, dia boleh mengetahui pergerakan orang-orang Imran. Ada gunanya juga dia memasang CCTV di segenap banglonya itu. Dia sekadar suka-suka sahaja dan kamera yang terpasang juga tidak mampu untuk dilihat secara kasar kerana perantinya disembunyikan sebaik-baiknya.
Ian pula cuba berbual dengan Adelin, mengalihkan tumpuan Adelin agar tidak terlalu memikirkan situasi mereka sekarang ini. Walaupun dia sedia maklum akan ketenangan Adelin menghadapi situasi cemas, dia tetap risau. Adelin masih dalam tempoh ibu berpantang, secara kasarnya. Kira masih baru lagilah, enam bulan.
Ayyana yang bosan di sofa, menghampiri Lutfil yang kusyuk meneliti pergerakan penjenayah.
I’m sleepy. Can we have a nap for minutes?” Lutfil tersentak kecil.
“Awak pergilah tidur…”
Ayyana buat muka. Lutfil seakan tidak berminat untuk melayannya. Ditoleh ke belakang. Ruang di mana Ian dan Adelin berada terpisah dengan ruang mereka berada tika ini. Mujur ada almari tinggi yang memisahkan ruang-ruang. Bolehlah Ayyana bermanja sedikit dengan Lutfil. Isk.
“Tak apalah. Saya duduk sini, tengok muka penyangak-penyangak ni lagi bagus,” kata Ayyana selamba.
Lutfil pandang Ayyana lama.
What?” Ayyana menjeling Lutfil di sisinya tajam.
“Nak apa sebenarnya ni?” Selembut mungkin Lutfil menyoal. Hilang sudah perbualan formal mereka sebelum ini.
“Hmmm? Nak tengok penjahat-penjahat nilah,” balas Ayyana malas. Sebal hatinya tika ini. Dia tengok Ian dan Adelin bukan main sweet lagi.
Pandang sahaja muka Lutfil, hormon adrenalinnya seakan menghilang. Huh!
“Mya Ayyana…”
Ayyana ketap bibir perlahan. Tidak suka lelaki itu memanggil nama penuhnya. Jika disebut dengan penuh romantiknya, tidak apalah juga. Ini? Ugh! Pusing kepala dia ni.
“Ya?”
Where is my Ayyana?” Huh? Ayyana lawan pandang Lutfil. Apa maksud suaminya itu? Siapa Ayyana dia?
“Saya ada pergi mana-mana ke?” tanya Ayyana, polos. Lutfil beriak serius.
Look, I’m in weirdo situation. Why are you  behaving like this?”
Ayyana senyum. Dilarikan jari telunjuk di wajah kacak Lutfil. Bukannya reaksi tenang ditunjukkan pada Ayyana, tetapi tegang. Mata Ayyana jatuh pada kemeja hitam di tubuh Lutfil. Kemeja itulah yang dipakai Lutfil ketika keluar dari rumah pagi semalam. Masih kemas, lengan disinting hingga ke siku.
Because I’m always like this, my dear hubby. Awak aje yang tak perasan. Elok saya nak bermanja, awak tayang muka ignorant awak tu. Saya nak bergurau, awak jeling saya. Manalah awak nak tahu perangai isteri awak macam mana,” Lutfil kerut dahi.
“Eh, itu awak punya reaction, okey. Saya mula nak sweet-sweet dengan awak, awak sibuk dengan kerja-kerja awak tu. Saya ajak awak pergi honeymoon, awak keluar soalan lain. Soalan pandai awak,” Ayyana senyum, sedar akan kesilapannya.
Heh, suami isteri… sama-sama keliru akan diri masing-masing.
“Okey, sama-sama salah. Tapi, kan awak. Yang pasal honeymoon tu, bukan saya setuju ke? Saya tak bantah pun. Awak sendiri yang cadangkan saya boleh resign. Lagi satu, soalan setiausaha tu. I asked you very seriously, right?”
Lutfil terpaksa angguk. Itulah kebenarannya. Dia sendiri yang tidak pandang serius akan kata-kata Ayyana ketika itu.
So, fair and square?” Lutfil hulurkan salam. Ayyana menyambutnya dengan senang hati. Salah faham saja pun.
“Luth, jom,” sampuk Ian. Lutfil dan Ayyana berpaling serentak. Ian sedang membetulkan senjatanya.
Lutfil dan Ayyana saling berpandangan.
I have to go…”
Be careful. Saya tunggu awak,” Ayyana menyalami tangan Lutfil.
Kepala Ayyana yang bersalut tudung itu, Lutfil usap lembut. Jantungnya berdebar saat mata jatuh pada wajah isterinya itu. Hati sudah berbungakah? Dia tahu Ayyana juga mempunyai rasa yang sama. Jika tidak, mustahil Ayyana sanggup menyerah diri padanya kan. Tsk.
“Awak duduk aje sini dengan Adel. Apa-apa pun jadi, awak kena stay kat sini sampai semuanya settle, faham. Behave,” Ayyana mengangguk.
Ayyana dan Adelin menghantar suami-suami mereka dengan perasaan yang berbelah bahagi. Adelin peluk Ayyana. Wanita itu masih belum biasa dengan keadaan seperti ini. Tambahan pula, Lutfil hanya dikenali sebagai seorang businessman sebelum mereka berkahwin. Sudah tentu Ayyana terlalu risaukan Lutfil.
*****
Lutfil dan Ian menyelinap keluar melalui pintu belakang penuh hati-hati. Seperti yang diperhatikan pergerakan yang berlaku berdasarkan rakaman CCTV, Lutfil sudah memahami corak permainan mereka. Satu mesej sudah berjaya dihantar kepada Hadi. Semoga misi mereka malam ini berjaya.
“Luth, hujung sana ada dua orang. Ambil ni,” Ian menyerahkan pistol yang sudah diisi peluru kepada Lutfil.
Good luck, friend,” ucap Lutfil sebelum menghilang di sebalik semak di bahagian tepi rumah.
Ian pula bergerak ke sudut belakang rumah. Mujur kawasan itu terlindung oleh garaj pertukangan Lutfil. Peranti handsfree diaktifkan untuk berhubung dengan pasukannya. Ian tertunduk sedikit apabila seorang lelaki berbadan besar membuat rondaan. Hatinya mula menyumpah seranah pada Imran.
Pengecut punya orang, hanya mampu hantar konco-konco sahaja. Lain benar dengan Mutia yang begitu berani berhadapan dengan musuhnya. Namun, Ian terfikir seketika. Lutfil yang dikenalinya bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Jika konco-konco Imran tidak tumpas, dirinya sendiri akan tertumpas. Ugh!
“Hadi, move,” arah Ian tegas.
Dia mula bergerak ke bahagian yang lebih terbuka. Jika masih bersembunyi di sini, sampai bila pun perkara tidak selesai.
*****
Hadi meraup rambutnya. Entah kali ke berapa dia harus menempuhi saat seperti ini. Dia tergelak kecil. Ian menghampiri Hadi di ruang menunggu hospital. Dihulurkan sebotol air mineral kepada sahabat baiknya itu.
Remember, Hadi? Kau pernah hadapi keadaan ni masa aku ditembak dulu,” Hadi angguk.
“Ya. It hurt so much, Ian,” Ian menepuk bahu Hadi perlahan.
“Kau jugak kena ingat, Hadi. Ini jugaklah keadaan kami, perasaan kami bila kau koma hampir setahun dulu. Aku cukup bertuah sebab aku punya injured tak seteruk kau. Apa yang kau rasa ni, kami dah lalui. Kau tahu apa yang Luth cakap pada aku masa tu?”
“Apa?”
Tika itu, Adelin menghampiri keduanya. Dia melabuhkan punggung di sisi Ian.
“Masa nilah waktu paling berharga untuk kita. Kau tahu kenapa? Sebab dari sinilah kita boleh tahu, insan kesayangan kita akan berjuang untuk kita atau tidak. Luth orang pertama yang kau nampak sebaik sedar koma kan?”
“Ya. He was with me every time I need someone to comforting me. But, his action is very sharp. Tak ada sesiapa pun tahu bila dia datang dan pergi…”
That’s what friend for. He come when you need him and disappears for you to take care of him. Appreciate him, guys,” Ian peluk bahu Adelin di atas kata-kata itu. Hadi senyum nipis.
                                              
Ayyana mampir. Hatinya tersentuh akan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat suaminya itu. Walaupun dia dan Lutfil baru sahaja mendirikan rumah tangga, sudah cukup untuk dia mendalami kehidupan seorang Lutfil Hadi, taufiq Allah yang memimpin.
“Macam mana, Mya?” soal Adelin.
Ayyana menggeleng.
“Doktor tak pasti bila Luth akan sedar. Tapi, kecederaan Luth dikira hampir menempah maut. So, we have to wait and see. Sekejap lagi family Luth sampai, tapi Mya kena ke balai kejap. Boleh tak tolong jelaskan pada dia orang pasal Luth?”
Serentak itu, dua orang polis wanita mendekati ruang menunggu. Ian, Adelin dan Hadi berdiri. Mereka agak keliru akan keadaan sebenar.
“Mya?”
Ayyana ukir senyum. Setitis air mata jatuh di pipi. Perasaan bersalah menebal di dalam hatinya kini. Salahnya kerana cuba masuk campur dalam pergelutan di antara Lutfil dan Imran. Dia yang sebabkan Lutfil jadi begini. Dia segan untuk bersemuka dengan keluarga mertuanya. Lutfil sanggup berkorban untuknya.
We have to pay to what we’ve done too, kak Adel. Minta diri…”
Wait. Saya, ACP Fariz. Explain,” Ian menunjukkan kadnya. Dua orang polis wanita itu mengangkat tabik.
“Maaf, tuan. Kami hanya mengikut arahan. Puan Mya Ayyana terpaksa kami tahan semula untuk membantu siasatan,” jelas salah seorang polis wanita itu.
Sudahnya, ketiga-tiga mereka hanya mampu melihat Ayyana dibawa pergi. Ayyana perlu membayar untuk kesalahan apa?
*****
Datin Vee berpaut pada lengan suaminya. Lemah sungguh hatinya melihat Lutfil yang terbaring di atas katil. Wayar-wayar berselirat di badan anak lelakinya itu. Datuk Dani cuba bertenang. Puas dipujuk hati; Lutfil Hadi adalah seorang anak lelakinya yang kuat. Anaknya itu mampu menempuh apa jua keadaan.
“Datuk,” sapa Hadi.
Datuk Dani dan Datin Vee pandang Hadi serentak.
“Imran macam mana?” soal Datuk Dani.
“Imran masih di unit ICU, kritikal,” maklum Hadi. Datin Vee melepaskan keluhan berat. Dihala pandangan ke dalam bilik wad. Bibirnya melirik senyum nipis.
“Semoga dia cepat sembuh,” kata Datuk Dani tanpa perasaan. Padah akibatnya jika Imran meninggal dunia begitu sahaja.
“Datuk dan Datin jangan risau. Insha Allah, semuanya akan kembali normal. Pihak polis dah buat keputusan untuk menjamin Ayyana. Lusa, Ayyana sudah boleh dibebaskan,” Datuk Dani menghela nafas lega.
“Alhamdulillah. Pengorbanan Ayyana untuk selamatkan Fi, takkan pernah kami lupakan. Tak sia-sia, kami menjodohkan mereka berdua…”
“Jodoh Allah, Datuk. Lagipun, tindakan Ayyana tu dikira mempertahankan diri. Disebabkan dia jugalah pasukan kami dapat tumpaskan konco-konco Imran. Tapi, tak sangka Ayyana terus tembak Imran,” Hadi dan Datuk Dani tergelak, lucu.
Ketika salah seorang konco Imran menembak Lutfil di bahagian kepala, Ayyana turut bertindak menggunakan pistol yang tercampak di tanah dek pergelutan Lutfil dan Imran. Tidak disangka Ayyana terus sahaja menembak dada Imran tanpa berfikir. Mungkin, fikirannya hanya pada Lutfil yang ketika itu sudah terbaring lemah.
Jika Adelin yang menembak, mungkin polis takkan mengambil apa-apa tindakan kerana wanita itu mempunyai lesen menembak. Sedangkan Ayyana? Huh! Agak-agak, apalah komen Lutfil jika dia sedar nanti. Berbangga mempunyai seorang isteri yang berani atau dia mengkritik hebat isterinya itu?
*****
Ayyana termenung di pangkin. Mata memandang sawah yang menghijau. Abah dan umi sedang sibuk membetulkan orang-orang terpacak di tengah-tengah sawah. Entah apa yang digaduhkan mereka pun tak tahu. Ada sahaja perkara yang akan didebatkan. Menurut abah, sedari dulu lagi umi suka nak membantah cakap abah. Tetapi, sudahnya diikutkan jua semua arahan abah. Kata umi, itu sekadar mahu mengusik abah.
“Bergaduh lagi?” Ayyana menoleh ke belakang. Senyuman lebar terukir. Dia bangkit dan menghampiri lelaki yang sedang tersenyum kacak itu.
“Macam biasalah,” Dibantu Lutfil duduk di pangkin.
“Tapi, romantiklah abah dan umi tu. Gaduh-gaduh manja. Macam awaklah, sebijik perangai umi. Membantah dalam tenang,” Ayyana cubit lengan sasa Lutfil.
“Itu namanya meluahkan pendapat, abang. So, how’s your day in my kampung?”
Lutfil angkat kening sebelah.
So far so good. Nice view, nice people. Of course, I found the new you. Village girl also intelligent, huh…”
Women, I’m not a girl anymore. Malam ni Pak Jenol datang urut lagi, abang okey ke?”
“Soalan lagi,” Ayyana tergelak.
“Yalah. Soalan perlukan jawapan. That’s how the conversation goes on, right?”
Lutfil menganggukkan sahaja.
“Abang okey aje. Tapi, perlu ke teruskan urutan tu? Doktor kan dah cakap, kaki kiri abang ni dah tak boleh nak sembuh. Kecederaan saraf tak ada penyembuhnya, sayang,” ujar Lutfil, mengharapkan pengertian Ayyana.
“Abang, we do what we want. That’s your word. Now, I’m doing what I want. Saya nak suami saya sembuh. At least, we try our best. Sembuh ke tak, itu kerja Allah. Kalau dah kaki abang tak boleh sembuh, terima ajelah. Saya bukannya sayang kaki abang aje, tapi satu badan abang ni,” Lutfil gelak besar.
Tangannya yang memegang tongkat, hadiah dari Datin Vee meletakkan tongkat itu ke tepi. Dia peluk bahu Ayyana.
So sweet. Syukur, abang masih berpeluang hidup as your husband, Mya Ayyana. Because of your word, abang cuba kuatkan semangat abang…”
Ayyana kerut dahi.
“Saya cakap apa?”
“Awak teringin nak panggil abang, abang. Kan kan kan?” Ayyana melemparkan senyum penuh kepura-puraannya itu.
Derrr, of course. Abang tua dari saya lapan tahun tahu? Plus, abang tu husband saya. Teringinlah jugak nak panggil manja gitu…”
“Oh, abang terima alasan tu. Memandangkan awak cakap abang ni dah tua, sepatutnya abang dah boleh sangat ada anaklah kan?”
“Boleh…”
“Errr, sayang. Awak pasti ke boleh?” Bertambah berkerut dahi si Ayyana tu. Sudah kenapa suami dia ni?
“Kenapa abang ni?”
“Iyalah. Anak tu bukan abang sorang yang usaha, awak pun kena jugak,” Lutfil sembunyikan tawanya. Dia sekadar mahu menguji isterinya sahaja. Manalah tahu jika Ayyana masih belum bersedia.
Ayyana senyum sungging. Dia memandang ke tengah sawah, abah dan umi masih berdebat sambil menolak orang-orang itu sehingga jatuh.
“Abang koma berapa lama?”
“Emmm, dua bulan. Then, I have my treatment for half month. Why?” Tepat sekali kiraan Lutfil itu.
Good, very good. Sepatutnya, abang pun kena peka dengan kesihatan isteri abang ni jugak. Part panggil abang tu, dengar pulak. Part lain? Tak dengar?”
Tell me,” Lutfil juga punya side yang mahu menguji isterinya. Takkanlah dia tidak mengambil berat tentang Ayyana.
Cuma, dia ingin mendengar penjelasan daripada Ayyana secara nyata dan jelas. Ketika itu, manalah dia kuat mahu bangun dan memeluk Ayyana. Seluruh badannya seakan mengeras. Kini, dia mahu merespons detik gembira itu.
I’m pregnant,” Pantas sahaja Lutfil peluk Ayyana erat. Hampir lemas isterinya itu.
Abah dan umi yang sedang berdebat itu terus berhenti pergaduhan mereka. Bibir masing-masing mengukir senyum. Abah mengeluarkan telefon bimbit canggihnya. Terus dirakam saat bahagia anak perempuannya itu. Haish, main banyak sungguh abah ni. Umi pula kelihatan teruja.
“Abang ni, lemaslah,” adu Ayyana manja.
“Abang sayang Mya Ayyana, sampai bila-bila,” ucap Lutfil separuh berbisik.
“Mya Ayyana pun sayang abang, sangat-sangat. I’m your secret admirer, though…”
Pipi Ayyana dikucup Lutfil lembut. Ayyana membantu suaminya berdiri. Mereka berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Walaupun Lutfil hanya mampu berjalan perlahan dan memerlukan bantuan tongkat, Ayyana masih tetap teguh dengan pendiriannya. Hajat untuk berkahwin dengan Lutfil adalah doanya sejak dia mula jatuh hati pada kerenah-kerenah Lutfil ketika mereka sama-sama menguruskan sebuah projek.
Lutfil Hadi, lelaki tegas tetapi sifat tenangnya tetap… number one. Disebabkan itulah Ayyana cuba berlagak tenang dalam apa jua keadaan. Tidak sangka pula, sifat itu terus tertanam dalam dirinya. Terima kasih kepada Lutfil Hadi di atas contoh yang ditunjukkan itu. Suaminya itulah orang yang dia adore selama ini. Sanggup menolak Imran dan lelaki-lelaki lain yang cuba memancingnya. Ayyana… Ayyana. Pembunuh hati manusia!
~THE END~

14 comments:

  1. dah habis baca....best2!!! nak lagi... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. makaseh. :D. nak lagi? emmmmmmmm

      Delete
    2. sambung lg akak ! special punya yg pasti dh ade anak dh masa tu! hihihihihi maap la norh permintaan berat sangat :D

      Delete
    3. hehe. inshaAllah if ada masa dan idea. :D. tak berat mana pun, hana. :)

      Delete
  2. hehehe... smbng lagi akak, kalau nk bagi pasal Adelin pun xpa, Best lah... rindu dkt mreka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. rindu kat Pearllah ni habis keluar pasal Fariz & Adelin. haha.

      Delete
  3. Best 2 ..tulislah byk2 lagi... hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Waaa...dh abis...ni kira sambung dr cite Pearl....update lg tau..dgn story yg besttt..awal update mlm ni..ker ada lg new story awal pg nnt...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis. :D. rindu Pearl. huhu. inshaAllah. saja update awal. dah janji siap ja terus update. hihi.

      Delete
  5. Best best! Jatuh cinta dengan watak cerdik Ayyana dengan perangai senang jatuh cinta Lutfil. <3 Both of them are so sweet. Manis sangat, complement each other :')

    ReplyDelete
  6. Wah, so sweet. Hebat jugak ayyana ni.:-D

    ReplyDelete