Sunday, 1 June 2014

Cerpen : Kanta Cinta


Assalamualaikum... hye!

new cerpen for the 1st of june. :D. dah lama sangat terperuk dalam lappy so malas fikir panjang-panjang, CIA post. hehe. macam tak habis ja cerpen ni. CIA pun dah hilang idea nak habiskan macam mana. so, ini jalah yang ada. :D. SELAMAT MEMBACA! :D.

Kanta bermaksud lensa atau kepingan lut sinar seperti kaca atau plastik yang salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung,  yang digunakan untuk menukar alur cahaya… misalnya cermin mata untuk memulihkan penglihatan.
Cinta pula bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang, kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segala-galanya. Cinta juga adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan dijelaskan tapi boleh dirasai dan jika benar-benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka.
*****
Hadfina mundar mandir di biliknya. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Segala benda yang dilakukan serba tak kena. Kusut… kusut… kusut. Rambutnya kemas tersikat tadi, sudah seperti kena taufan Haiyan sahaja. Bibir dia tak henti-henti berbicara sendiri. Sekali pandang, dah macam orang gila. Orang tak siuman.
Kenapa dia yang mesti terpilih?
Tak ada orang lainkah yang boleh dijadikan galang ganti?
Dia masih tak bersedia untuk tamatkan zaman bujangnya. Diusia dua puluh satu tahun, keluarganya sudah sibuk mencarikan dia pasangan. Dia buntu. Fikirannya mula menerawang entah ke alam mana pun dia sendiri tak tahu. Kerutan di dahi sudah umpama seorang nenek tua. Berkedut saja sejak diberitakan tentang hal itu.
Hal apa?
Hadfina akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak kenal. Dan dia sendiri tak ingin nak tahu siapakah lelaki itu. Kerap juga dia membaca cerpen dan novel yang berkisarkan kisah yang yang bakal berlaku di dalam hidupnya itu. Ada beberapa kategori yang dia boleh huraikan mengenai bakal suaminya itu. Apa? Jom kita baca…
Kategori bakal suami Hadfina Husin.
Pertama- Garang! Si suami tak sukakan si isteri. Perkahwinan hancur sebab suami masih cintakan bekas kekasih atau bekas tunang. Si isteri hanya diamkan saja ketidakpuasan hati. Then, bahagia. Si suami dah cintakan si isteri. The end!
Kedua- Sweet! Si suami redha dengan jodohnya dengan si isteri. Pastilah, suami melayan isteri dengan baik. Alah, dugaan kecil-kecil tu biasalah. Sama-sama tak kenal, mesti banyak dugaan tak terduga terjadi. Isteri terpikat dengan kesweetan suami. So, jadilah loving couple till the end. Titik.
Ketiga- Biasa-biasa saja! Dua-dua bersama kerana keluarga. Cuba menerima each other even tak suka. Lepas kahwinkan boleh kenal-kenal lagi. Sad ending? Happy ending? Either or.
Keempat- …
Penulisan Hadfina terhenti. Telefon bimbit yang berdering mengganggunya. Iphone 4s putih dipandang. Private number? Siapa pula dah? Dia menekan ‘answer’.
“Hello, Assalamualaikum. Hadfina’s here,” Penuh tertibnya dia menjawab. Dia kan seorang gadis yang sopan. Ceit! Sekali taufan melanda, habis semua sifat keayuan.
“Waalaikumsalam. Are you Hadfina Husin?” Hadfina yang tadinya meniarap, berbaring memandang syiling. Suara lelaki?
“Ya, saya Hadfina Husin. Ada apa ya?” Lelaki di hujung talian berdehem. Hadfina menunggu penuh sabar. Padahal, dia sudah mula menyumpah seranah si lelaki yang masih diam itu.
“Hello, encik. Are you still there?”
“Yes. Sorry for disturbing you, Cik Hadfina. Let me just straight to the point. Saya, Isyraq. Bakal suami awak,” Dang! Hadfina bingkas duduk. Bakal suami?!
“Err… kenapa ya? Malam-malam call saya…”
“Awak tahu kan, lagi dua minggu kita akan bernikah?” Hadfina mengangguk. Bajetlah macam si Isyraq, bakal suami dia tu nampak.
“Ya. So?”
“I’ve asked my mother to meet you before the D-day. But, she doesn’t allowed me. So, I call you tonight because I have many confession to tell you,” Isyraq menghela nafasnya. Hadfina sudah tidak sedap hati. Confession apa pula ni? Dia mengambil buku diarinya. Ditatap tulisan tangan yang dtulisnya tadi.
“Confession? Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke sebelum kita bernikah?” Perkataan ‘bernikah’ sudah menjerut leher Hadfina tanpa sedar. Dia anti perkataan itu! Tolong faham. Tapi digagahkan juga lidahnya untuk menyebut.
“A lot. Can you give me your e-mail address? Facebook username pun okay…”
“Naaa, I’ll give you my e-mail address. Fina_Husin@yahoo.com,” beritahu Hadfina senafas. Dia memang tidak suka jika ada orang tak kenal minta account facebooknya.
“Alright, thanks. Saya akan draftkan semuanya mengenai diri saya. Please, take note,” Terangkat kening Hadfina. Perlukah dia tahu pasal bakal suaminya itu sebelum kahwin? Playboykah dia? Burukkah perangainya? Hodohkah wajahnya? Atau dia ada kekurangan apa-apa?
Cepat-cepat Hadfina menggelengkan kepalanya. Menghalau anasir-anasir jahat yang mula mengusai fikiran. Dia tidak patut bersangka buruk pada Isyraq meskipun dia seratus peratus tidak sukakan perkahwinan itu. Umi dan ayahnya sentiasa mengingatkannya agar selalu bersangka baik.
“You’re welcome. Anything else?”
“Nope. Thanks again for the chit chat. I appreciate your precise minutes. Good night,” Manisnya mulut si Isyraq ni. Hadfina mula blushing. Dia kan pantang kalau ada lelaki yang bersikap sweet ni.
“Okay then. Good night,” balas Hadfina. Tutt…
Hadfina kembali berfikir mengenai kategori bakal suaminya itu. Dek terlalu asyik menulis, dia terus terlelap. Bersama dengan bayangan positif yang dia cuba terapkan mengenai bakal suaminya. Heh.
*****
Isyraq menyisip espresso panas perlahan. Terasa tenang saat caffien itu mengenai tekaknya. Menghilangkan sedikit rasa kantuknya. Sejak dia kemalangan beberapa bulan yang lepas, dia berubah menjadi seorang penggemar minuman bercaffien. Boleh dikatakan minuman itu sudah menjadi wajib diminum setiap hari.
“Isy, buat apa kat luar ni?” Puan Norlia mendapatkan anak terunanya di balkoni bilik. Isyraq tersenyum.
“Saja ambil angin, ma. Mama buat apa tak tidur lagi?”
Puan Norlia melabuhkan punggung di sisi anak lelakinya. Sengaja Isyraq meletakkan kerusi kayu di balkoni biliknya. Dia suka bersantai di situ.
“Mama nak jenguk anak mama dulu sebelum tidur. Isy fikir apa?”
“Tak ada fikir apa-apa yang menarik pun, mama. Cuma, Isy terfikirkan Hadfina,” Puan Norlia senyum.
“Kenapa dengan Hadfina?”
“Is she okay? I mean, about our wedding. Mama tahu kan dia muda lagi. Isy rasa bersalah sebab Isy ni dah tua. Tak sesuai langsung untuk dia,” kata Isyraq perlahan. Telefon bimbit di tangan, digenggam erat.
“Tua apanya. Isy baru tiga puluh tahun. Muda lagi tu. Isy tak payah risaulah. Auntie Indah dah yakinkan Hadfina. Hadfina sendiri yang terima,” balas Puan Norlia sambil mengusap belakang Isyraq.
Sejak suaminya meninggal dua tahun lepas, Isyraqlah tempat dia bergantung harap. Kerana Isyraq jugalah, dia menjadi seorang wanita yang tabah dan bersabar menempuh dugaan. Dugaan seperti sekarang ni.
“Memanglah dia setuju, ma. Tapi Isy tak naklah rosakkan masa depan dia. Dapat ke dia terima kekurangan Isy ni?”
“Isyraq sayang, kekurangan Isy kan bukannya kekal. Inshaa Allah, Isy akan dapat penderma. Mama tak sukalah tengok anak mama lemah macam ni. Mama rindukan Muhammad Isyraq yang dulu. Dia kuat, selalu tersenyum walaupun ada masalah. Bukannya Muhammad Isyraq yang sekarang,” cebik Puan Norlia.
Isyraq memeluk mamanya erat. Menitis air matanya mendengar suara hati sang ibu yang rindukan anaknya yang dulu. Bukannya dia tak kuat. Cuma, kadang-kadang hatinya yang sering memikirkan kelemahan diri… terasa lemah semangat. Mungkin Muhammad Isyraq yang kuat, ceria dan ramah dulu telah mati ketika dia kemalangan.
Disebabkan kemalangan itu juga, dia kehilangan gadis yang dicintainya sepenuh hati. Dia yang bernama Nur Dhuha. Gadis yang telah berjaya menambat hatinya sejak lima tahun yang lepas. Namun, semua itu hilang sekelip mata apabila keluarga Nur Dhuha memutuskan tali pertunangan mereka disaat hari ijab kabul hampir tiba.
Argh! Siapa sajalah yang dapat menerima dirinya yang sudah hilang penglihatan itu? Perempuan mana yang sanggup hidup dengan lelaki buta sepertinya. Sanggupkah Hadfina meneruskan rancangan keluarga mereka setelah tahu dia sebenarnya buta penglihatan? Fikirannya semakin kusut memikirkan hal itu sejak diberitahu oleh mamanya tentang perkahwinan yang tidak jadi itu akan tetap dilangsungkan. Tetapi, dengan calon isteri lain.
“Isy tak boleh janjikan Muhammad Isyraq mama akan kembali. Mama berdoalah dia kembali di sisi mama,” ujar Isyraq hambar.
“Mama sentiasa doakan anak mama ni. Isy pun jangan terus berhenti berharap ya,” Puan Norlia menahan tangis. Tidak mahu Isyraq tahu hatinya sedang menangis.
*****
Puan Indah memerhati anak perempuannya yang sedang bersarapan itu. Tak sampai dua minggu sahaja lagi, Hadfina akan bergelar isteri orang. Sudahlah masak pun tak reti, pakaian dia pun Puan Indah yang basuhkan. Puan Indah tergeleng tanpa sedar. Macam manalah anak perempuannya itu ingin mengendalikan rumah tangganya nanti?
“Umi, Fina pergi dulu eh. Takut lambat,” Hadfina menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Iyalah. Habis kelas, terus balik ya. Jangan melencong tempat lain pulak,” pesan Puan Indah.
“Alright, umi. Tapi, Fina nak singgah mall kejap tau. Nak beli something…”
“Okey. Tapi sekejap saja tau. Fina tu tengah darah manis. Tak elok sangat keluar lama-lama,” Hadfina tersengih. Lupa pula dia bakal berkahwin.
“Okey, umi. Assalamualaikum,” Hadfina pantas menyarungkan kasutnya.
Puan Indah menghantar Hadfina sehingga ke pintu. “Waalaikumsalam. Bawa kereta elok-elok,” Hadfina hanya mengangguk.
Dia terus menghidupkan Myvi putihnya. Hari ini kelasnya agak pack. Selepas kelas pula, dia perlu ke mall. Dia ingin membeli sesuatu sebagai persediaan ke alam rumah tangga. Ahaks! Apalah yang ingin dibelinya itu?
*****
Isyraq membetulkan cermin mata hitam di batang hidungnya. Lengannya kejap dipegang oleh sahabat baiknya, Tariq. Dia memang tidak suka menggunakan tongkat jika ke tempat awam. Dia masih malu untuk membiarkan dirinya digelar buta. Walaupun pada hakikatnya, dia memang buta.
“Isy, aku nak pergi toilet kejap. Kau duduk dulu kat sini. Jangan pergi mana-mana pulak. Aku dah masukkan duit dalam machine. Kau restlah dulu,” Isyraq hanya mengangguk. Selepas mendudukkan Isyraq di kerusi urut yang terdapat di mall itu, Tariq berlalu ke tandas berdekatan.
Isyraq hanya diam. Langsung tiada perasaan di wajah itu. Dah macam patung pun ada. Tak pun model kerusi urut itu. Sebelum ke tandas, sempat Tariq memasukkan not seringgit ke dalam mesin. Boleh juga lelaki itu merelakskan badannya. Tariq yang memandang Isyraq dari jauh melepaskan keluhan.
“Encik, dah habis ke gunakan kerusi ni?” soal seorang perempuan dalam lingkungan tiga puluhan. Isyraq langsung tidak menjawab.
“Hello, encik. Kerusi urut ni bukan encik yang punya. Boleh bangun tak kalau dah habis guna? Ayah saya pulak nak gunakan,” kata perempuan itu kasar. Dia geram apabila Isyraq langsung tidak memberi respons.
“Kenapa ni, kak?”
“Ni hah, encik ni. Akak suruh dia bangun kalau dah habis guna. Ayah akak pulak yang nak guna. Kerusi urut lain, ada yang tengah guna,” adu perempuan itu.
Hadfina memandang lelaki yang sedang enak bersandar di kerusi urut itu. Kereknya lelaki ni, desis Hadfina.
“Encik,” panggil Hadfina perlahan. Huh, tidur ke mamat ni? “Encik,” Kali ni Hadfina mencuit sedikit tangan lelaki itu dengan telefon bimbitnya. Lelaki itu tersedar.
“Saya ke?”
“Ya, enciklah. Ada seorang pak cik nak gunakan kerusi urut ni. Encik dah habis guna ke?” tanya Hadfina sopan.
“Ya… ya. Maaf. Saya tak perasan,” Hadfina mengerutkan dahi. Tak perasan? Dia nampak lelaki itu memandang ke hadapan.
Terkial-kial Isyraq bangun dari duduknya. Nasib baiklah tiada yang menganggu pergerakannya. Dia berdiri tegak. Pak cik yang ingin menggunakan alat urutan itu mengambil tempat Isyraq.
“Terima kasih, cik,” ucap perempuan tadi. Hadfina hanya mengangguk sambil tersenyum.
Hadfina pelik memikirkan lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu langsung tidak beriak. Nampak sombong sangat! Malas dia nak ambil tahu. Diteruskan langkah. Sesekali dia menoleh ke belakang. Lelaki itu langsung tidak bergerak. Umpama patung, tegak berdiri di sisi kerusi urut itu.
Langkah Hadfina terhenti. Kali ini, seluruh badannya memusing ke belakang. Dia terpempan. Tiba-tiba, matanya berair. Kenapakah? Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu sudah meninggalkan kawasan rehat itu. Tetapi, ada seorang lelaki lain yang memimpinnya. Hadfina terkedu di tempatnya berdiri. Lelaki itu cacat penglihatankah?  Subhanallah.
*****
Hadfina merenung wajah kacak di hadapannya. Wajah tanpa riak itu menarik perhatiannya. Mata bundar sedang memandang ke hadapan tanpa berkelip. Hidung mancung dan bibir terletak. Dia terpikat dengan gaya rambut Isyraq. Potongan rambut ala-ala Taylor Lautner. Dia senyum nipis. Lelaki inilah yang dia terserempak di mall dua minggu lepas. Tidak sangka pula, itu adalah bakal suaminya.
Isyraq pelik kerana dia langsung tidak mendengar suara isterinya. Dia tahu Hadfina masih di situ. Haruman gadis itu menusuk ke hidungnya. Dia agak canggung duduk di sofa tanpa melakukan apa-apa. Lebih dia segan, kini dia berada di dalam bilik Hadfina. Hanya berdua dengan isteri yang baru dinikahinya beberapa jam yang lepas.
“Hadfina, are you still here?” Ringan mulut Isyraq bertanya.
“Ada ni. Your hot chocolate,” Hadfina mencapai tangan kanan Isyraq dan memberikan mug berisi hot chocolate yang dibancuhnya tadi.
“Terima kasih,” ucap Isyraq. Dia terfikir, sejak bila dia minum hot chocolate?
Hadfina duduk bersimpuh di atas karpet tebal. Manakala Isyraq sedang duduk elok atas sofa yang boleh memuatkan hanya seorang itu. Hadfina menunggu suaminya minum air yang disediakan special itu. Khas untuk Isyraq. Tapi, lelaki itu hanya memegang sahaja mug itu.
“You have had enough caffien. Tak eloklah minum caffien selalu,” Hadfina bersuara. Isyraq mendengus. Mamanya yang sering berleter tentang itu pun, dia tak endahkan. Inikan teguran seorang isteri yang baru sahaja masuk ke dalam hidupnya.
“Saya tak suka hot chocolate,” Isyraq berterus terang. Hadfina mengeluh kecil. Puan Norlia ada beritahunya tadi mengenai suaminya yang addicted dengan minuman bercaffien. Oleh itu, dia sediakan hot chocolate.
“Tapi, untuk malam ni… abang kena minum air kat tangan abang tu eh. Please,” Isyraq tergamam. Lembutnya suara Hadfina ketika itu.
“No. Saya tak minum apa-apa pun tak apa,” Macam budak-budak. Pandai merajuk rupanya si Isyraq ni.
“Okay, I’ll make you another drink,” Hadfina mengambil kembali mug dari tangan Isyraq. Dia bangkit berdiri. Tak guna dia berkeras dengan lelaki itu.
Dia menghalakan langkah ke dapur. Balang yang berisi coffee latte paket di buka. Dia mengambil sepaket coffee latte dan mula membancuh air itu. Kadangkala, ada juga dia minum minuman bercaffien tapi tidak sekerap Isyraq. Apabila teringatkan rajuk si suami, dia tersenyum. Macam sweet saja. Erk!
Beberapa hari selepas Isyraq menelefonnya, dia menerima sebuah e-mail dari lelaki itu. Hadfina langsung jatuh hati dengan bakal suaminya ketika itu. Sebab apa? Baginya, Isyraq terlalu jujur. Setiap kelebihan dan kekurangan dirinya dituliskan untuk tatapan Hadfina sebelum mereka bergelar suami isteri.
*****
“Coffee latte, boleh?” Isyraq mengangguk. Dia menyisip coffee latte itu. Sedap!
“Thanks. Sorry sebab susahkan awak,” Hadfina buat muka. Matanya terhala pada mata hazel milik Isyraq. Seksi! Tapi nanti mesti mata itu sudah bukan milik Isyraq.
Dia tak nak mata itu pergi. Tapi, takkanlah dia nak suaminya itu buta seumur hidup. Lelaki itu sendiri yang menyatakan dia tetap akan melakukan pemindahan mata jika ada penderma yang sesuai. Tanpa sedar, keluhan kecil terbit dari bibir Hadfina.
“Kenapa?”
“Hah? Nothing. Fina masuk toilet kejap,” Hadfina terus berlalu ke bilik air yang terletak  di dalam biliknya.
Isyraq senyum nipis. Dia sengaja tidak ingin bersikap mesra dengan Hadfina. Manalah tahu gadis itu tidak suka akannya. Iyalah, gadis itu jauh lebih muda darinya kot. Baru dua puluh satu tahun. Otak pun masih mentah lagi. Tidak mahulah dia memaksa Hadfina melakukan sesuatu yang lebih jauh dalam perhubungan mereka. Biarlah mereka serasi dahulu.
*****
“Amboi, cepatnya kau nak balik, Feen,” tegur Zana kepada Hadfina di pintu keluar kelas.
“Aku kan dah jadi isteri orang. Kenalah balik cepat, temankan suami,” balas Hadfina sambil senyum. Zana menampar dahinya perlahan.
“Lupa pulak aku. Sorrylah,” Zana memeluk bahu sahabat baiknya.
“It’s okay. Kau memang macam tu pun kan,” Mereka beriringan ke tempat letak kereta.
“Alolo, kawan aku ni. Aku betul-betul sorry eh. Hah, bila suami kau kena operate?” soal Zana.
“Tak silap aku bulan depan. Kenapa?”
“Sajalah aku tanya. Bulan depan kan kita dah final. Study kau macam mana?”
Hadfina mengeluh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin membahagikan masanya nanti. Mana nak jaga suami, study lagi. Tapi, dia akan cuba seimbangkan keduanya. Sejak dia hidup dengan Isyraq, lelaki itu tidak banyak kerenah. Cuma, kena sediakan air minuman kegemaran lelaki itu ikut waktu sahaja.
“Tak tahu lagilah, Zana. Nantilah aku fikirkan. Eh, dah sampai kereta. Jumpa esok,” Zana mengangguk.
Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing. Hadfina memandu keretanya tenang. Apabila terfikirkan dia pasti akan merindui mata hazel milik Isyraq nanti, hatinya berat pula ingin membiarkan suaminya itu melakukan pembedahan mata. Manalah tahu, mata yang didermakan itu tak memberikan sinar seperti mata hazel itu. Hadfina memandu ke rumah Puan Norlia. Dua hari selepas kahwin, Isyraq mengajak Hadfina tinggal di rumah keluarganya. Dia takut nak biarkan Puan Norlia, mamanya tinggal sendiri.
*****
“Assalamualaikum,” Hadfina memberi salam. Dia berlalu ke ruang tamu dan dilabuhkan punggung di sofa.
“Waalaikumsalam. Hah, Fina. Awalnya balik,” Puan Norlia mendekati Hadfina di ruang tamu.
“Hari ni ada dua kelas aje, ma. Itu yang balik awal. Lagipun, Fina tak ada nak ke mana,” balas Hadfina.
“Iyalah. Isy tak ada kat rumah tau. Dia ikut Tariq pergi gym,” maklum Puan Norlia. Takut pula menantunya itu risau.
“Okey, ma. Mama, boleh tak mama ajar Fina masak?” Hadfina sengih comel. Puan Norlia mengangkat keningnya.
“Boleh. Fina naik mandi dulu. Lepas tu, turun. Kita masak makan malam sama-sama,” ujar Puan Norlia. Hadfina senyum lebar. Dia mengatur langkah ke tingkat atas.
Selama ini, puas sudah Puan Indah mengajaknya masuk dapur. Langsung dia buat tak endah. Lebih baik dia study di bilik. Dah kahwin ni, baru terkedek-kedek nak belajar masak. Bak kata Hadfina, belajar masak dengan mak mertua lagi thrill. Baru ada challenge sikit. Challenge kalau dapat mak mertua garang. Ini? Bukan main baik lagi.
*****
Isyraq berlari perlahan di atas treadmill. Sudah menjadi kebiasaan, dia akan berkunjung ke gym jika ada masa. Sejak dia berehat dari melakukan kerjanya, kerap juga dia ke gym kegemarannya itu. Kerjaya dia sebagai optometrist hancur kerana kekurangan dirinya. Pakar mata apa jika diri sendiri sudah hilang penglihatan.
“Isy, sampai bila nak tipu?” soal Tariq. Dia berdiri di sebelah treadmill. Isyraq senyum sinis.
“Sampai perempuan tu penat nak jaga aku,” jawab Isyraq senada. Tariq terkeluh kecil.
“Benda tu kan dah lama. Kau pun dah pulih. Dia layan kau baik kan?” Tariq masih tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat karibnya itu.
“Entahlah, Riq. Sebab dia, aku hilang Dhuha. Kau tahu kan macam mana aku sayangkan Dhuha. Aku kecewa sangat-sangat. Hati aku dah mati untuk perempuan…”
“Takkan kau nak jadi gay. Huishh, dosa besar tu, Isy,” Isyraq menjeling Tariq yang sudah tersengih macam kerang busuk itu.
“Mulut kau. Ada juga aku sumbat dengan towel ni,” Tuala kecil dibahunya ditarik dan melibas Tariq perlahan. Tariq tergelak.
Isyraq menekan punat ‘STOP’. Dia turun dari treadmill dan membawa langkah ke meja yang disediakan di tepi tingkap gym itu. Tariq mengikut langkah Isyraq.
“Bagi aku, kau tak patutlah buat macam tu. Dia tak tahu apa-apa. Lagipun, dia muda lagi. Dan, yang penting… dia sendiri tak tahu apa yang dia dah buat,” Sudah menjadi tanggungjawab Tariq sebagai kawan untuk menegur kesilapan Isyraq.
“Aku akan buat dia tahu, Riq. Aku akan pastikan dia tahu apa yang dia dah buat. Kau tak pernah faham perasaan aku yang selalu takut nak tidur. Tipu mama aku. Kau ingat aku sanggup nak tengok mama aku menangis setiap malam?”
Sebuah kenyataan yang hanya Isyraq dan Tariq sahaja tahu. Apakah? Isyraq tak buta! Yes, he just fine. Sengaja dia berpura-pura buta untuk memberi pengajaran kepada Hadfina. Apa yang dah Hadfina lakukan? Hmmph! Tariq melepaskan keluhan berat. Dia sudah penat menasihati rakannya itu. Sudahnya, lelaki itu masih menyimpan dendam.
*****
Throwback…
Isyraq tersenyum riang. Mana tak riang kalau hati dia tengah berbunga. Setiap kali tunangnya menghubunginya, pasti dia akan bereaksi begitu. Mungkin sebab terlalu angau tak. Angaulah tu jika setiap masa si Isyraq tu teringatkan Nur Dhuha, tunang kesayangannya. Dhuhalah yang sentiasa dihatinya sejak perkenalan mereka beberapa tahun yang lepas.
“Awak, esok saya nak balik kampung tau. Rindu dengan mak sayalah,” Dhuha berkata lembut.
“Iya. Tahu sangat awak tu. Anak manja. Nanti dah kahwin dengan saya, tak dapatlah selalu balik kampung eh,” ujar Isyraq . Ketika itu dia sedang memandu pulang setelah seharian di klinik. Hari pun dah jauh malam.
“Ala, kenapa pulak?”
“Mestilah awak akan sentiasa nak berkepit dengan saya aje lepas kita kahwin. Kan… kan?”
Pipi Dhuha di hujung talian sudah merah dek diusik begitu.
“Eee, gatalnya awak ni. Siapa nak kahwin dengan awak?” Isyraq mengukir senyuman. Terasa bahagia hatinya.
“Alah, saya tahu awak memang tak sabar nak jadi wife saya kan? Bagitahu ajelah. Saya faham,” Dhuha ketawa. Isyraq memang suka mengusik. Sejak dari mereka mula kenal dulu lagi. Selagi pipi si Dhuha tu tak merah, jangan haraplah Isyraq nak berhenti mengusik.
“Hesy, awak ni. Dah-dahlah tu usik saya. Saya tak nak kahwin dengan awak baru tahu,” Dhuha sekadar bergurau.
“Janganlah, awak. Awak buat macam tu, saya cepatkan majlis baru awak tahu,” Eh, Dhuha pula yang kena ugut.
“Nampak sangat kegatalan awak itu, Muhammad Isyraq. Tahulah awak sweet pun, tapi janganlah sampai terlebih gula. Saya kat sini dah macam duduk kat ladang gula dah,” Isyraq ketawa besar. Pandai Dhuha buat lawak.
“Alolo, saya kan. Kalau bercakap dengan awak aje… mesti kena sweet-sweet. Tak lengkap hidup saya kalau sehari tak bersweet dengan awak tau,” Dhuha tergelak kecil. Macam manalah kehidupan dia selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki kesayangannya itu nanti. Mahu terkena kencing manis. Hek! Terlebih gula pulak.
“Iyalah awak tu. Awak kat mana ni?”
“On the way nak balik rumah. Tengah drive…”
“What? Dan, awak asyik dok berbual dengan saya? Okeylah, awak sampai rumah nanti… kita bergayut lagi eh. Bahayalah awak,” Isyraq menarik muka masam. Dia guna handsfree apa. Bukannya dia pegang telefon bimbitnya itu.
“Saya guna handsfreelah awak. Janganlah risau,” kata Isyraq. Kalau boleh, setiap masa dia nak berbual dengan tunangnya itu.
“No! Bahaya. Okeylah, saya letak dulu eh. Bye,” Dhuha terus mematikan talian. Dia lebih sayangkan nyawa Isyraq daripada perbualan mereka itu.
Isyraq mendengus. Tidak berpuas hati. Ingin sahaja dia merajuk dengan Dhuha. Tapi, nanti dia juga yang rindu. Sudahlah tadi dia tak sempat nak jumpa Dhuha dek jadual tugasnya hari ni agak padat. Ramai pula pesakit mata yang membuat temu janji hari ni. Dicabutnya handsfree di telinga kasar. Dia membebel kecil.
Entah di mana silapnya, muncul sebuah kereta yang memotong keretanya. Tiba-tiba pula tu. Isyraq gagal mengawal keretanya kerana terkejut dengan kehadiran kereta tersebut. Kakinya tanpa sengaja tertekan pedal minyak bukannya brek. Kelam kabut dia menggunakan brek tangan. Tapi, sudah terlewat apabila kereta BMW X6 meluncur laju ke sebatang pokok besar.
Keadaan Isyraq parah! Dahinya terhantuk kuat di stereng. Keretanya remuk di  bahagian hadapan. Air bag juga tak dapat membantu dia dari tercedera. Kereta yang memotong tadi terus berlalu tanpa menghulurkan bantuan langsung. Sepuluh minit kemudian, barulah ada kereta yang mula berhenti memberikan bantuan. Telefon bimbit Isyraq pula tak berhenti-henti berdering. Dhuha! Puan Norlia!
*****
“Ariq, singgahlah dulu. Kita makan malam sekali,” jemput Puan Norlia ramah.
“Tak bolehlah, auntie. Ariq masih ada kerja lepas ni. Lain kalilah eh. Ariq janji nanti Ariq singgah,” Puan Norlia senyum manis. Dia sudah menganggap sahabat karib anak lelakinya itu seperti anaknya sendiri.
“Yalah. Lain kali datang singgah lama sikit,” Tariq menarik senyum. Dia berlalu ke pintu. Puan Norlia menghantar Tariq ke pintu.
Hadfina menghampiri Isyraq di sofa. Dia menghulurkan mug berisi espresso sejuk kepada suaminya itu. Disuanya air panas kang, mahu kena sembur. Tapi, setakat ni Hadfina belum pernah lagi kena marah dengan Isyraq. Cuma, dia tak faham dengan sikap suaminya. Sekejap okey, sekejap dingin. Dia sendiri pun sudah confius.
*****
Throwback…
“Macam mana dengan keadaan anak saya, doctor?” tanya Puan Norlia yang kerisauan. Dhuha di sebelahnya pula cuba menenangkan dirinya yang sudah seperti cacing kepanasan.
“Alhamdulillah, puan. Kami berjaya selamatkan anak puan. Tapi…”
“Tapi apa, doctor?” Giliran Dhuha pula bertanya. Doktor lelaki muda itu menghela nafasnya. Pakaian rasmi ketika melakukan pembedahan masih di tubuh.
“Mata pesakit cedera teruk. Saya tak pasti sama ada dia akan buta atau tidak. Puan dan cik banyakkanlah berdoa,” Luluh hati Puan Norlia. Tubuhnya hampir terjelopok ke lantai. Namun, Dhuha sempat memapah bakal mertuanya itu. Dia mendudukkan Puan Norlia di kerusi.
“Maksud doctor, Isyraq akan buta?”
“Kita masih tak dapat pastikan lagi. Kena tunggu pesakit sedar dulu. Selepas itu, barulah kami akan memeriksa sekali lagi…”
“Macam mana dengan anggota badan yang lain?” Dhuha masih mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi.
“Alhamdulillah, anggota badan yang lain cuma cedera biasa. Tiada serious injury selain dari mata,” Doktor muda itu tersenyum. Dhuha senyum nipis.
“Terima kasih, doctor,” ucap Dhuha perlahan. Doctor itu hanya mengangguk. Dia terus berlalu dari situ.
Dhuha menghenyakkan punggungnya di sebelah Puan Norlia yang sudah lencun dengan air mata itu. Diusapnya bahu wanita separuh umur itu untuk menyalurkan sedikit kekuatan.
“Sabar, umi. Insya Allah, Isyraq tak akan apa-apa,” Dhuha berkata lembut.
“Umi bukannya apa, Dhuha. Kenapa mesti mata dia yang cedera teruk? Dhuha tahukan pancaindera yang satu itu amat dijaganya. Macam mana dengan kerjaya dia? Umi takut Isy tak dapat terima,” Sendu Puan Norlia sudah berkurang sedikit.
Dhuha tidak dapat berkata apa-apa apabila Puan Norlia sudah berbicara begitu. Isyraq memang mementingkan keadaan matanya. Lelaki itu seringkali berpesan agar kita menghargai mata kita. Dia terlalu sayangkan matanya sehinggakan sanggup menjadi doktor pakar mata.
‘Doktor mata mestilah kena jaga mata dia dulu. Barulah pesakit yakin nak berubat dengan saya. Dhuha, awak mesti janji dengan saya. Awak kena selalu jaga mata awak tau. Tak kiralah dari sudut apa pun, Islam atau hanya fizikal.’
Menitis air mata Dhuha. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana jika lelaki itu benar-benar mengalami cacat penglihatan. Seorang optometrist mengalami sendiri kecacatan penglihatan yang sering menghantui pesakit-pesakitnya. Pasti Isyraq akan hilang semangat dan kecewa dengan diri sendiri.
*****
Hadfina mengeluh entah ke berapa kali. Hot chocolate di atas meja belajar, sesekali disisipnya. Namun, itu belum mampu menghilangkan resah di hatinya. Ditangan kanannya sedang memutarkan pen biru. Manakala, matanya menatap buku diarinya. Jadual harian yang disusun mula menampakkan serabut.
Mana nak study untuk final exam. Jaga Isyraq lagi. Habis satu muka surat dia conteng. Namun, satu pun tak boleh mengemaskan jadual hariannya yang mulai sibuk bulan hadapan. Tiba-tiba, dia tersenyum. Idea mula menunjukkan rupa. Pantas diselak ke muka surat baru. Tangannya laju mencatat apa yang difikirkan.
“Ehem,” Kepala didongakkan. Terus terangkat keningnya. Isyraq sedang berdiri di tepi pintu bilik kerjanya yang kini turut menjadi bilik belajar Hadfina.
“Emm… abang ada nak apa-apa ke?”
“No. Can I ask you something?” Hadfina menggaru keningnya. Dahlah nak tanya. Lepas tu, boleh pula buat suara tegas, gumam Hadfina.
“Boleh. Tapi, nak tanya kat sini ke?” Hadfina berharap janganlah suaminya mengangguk. Dia sudahlah pantang jika berbincang sesuatu di dalam bilik belajar. No privation! Grrr.
“Kat bawah. Tolong buatkan coffee untuk saya sekali. Coffee biasa…”
Isyraq berpura-pura menggagau tiang tangga untuk ke tingkat bawah. Lakonan mesti  kena mantap! Sebaik dia hilang dari pandangan Hadfina, dia pantas berjalan seperti biasa. Hadfina pula mengemas buku-bukunya.
*****
Isyraq menanti isterinya di kerusi rotan di ruang santai rumah banglo semi-d itu. Dikelipkan mata berkali-kali. Nanti Hadfina dah ada depan mata, dah tak boleh nak kelipkan mata kerap sangat. Dia senyum nipis. Apabila teringatkan si isteri yang selalu menatap wajahnya secara rahsia itu.
Bukan dia tak nampak, mata Hadfina yang sering menatap mata hazelnya apabila mereka berbual. Malu juga dibuatnya. Tapi, memandangkan dia ‘buta’… buat-buat tak tahulah.
“Your coffee. Tak tahulah rasa macam mana. Fina tak pernah bancuh coffee biasa,” Hadfina meletakkan mug berisi coffee di atas meja tengah. Dia duduk berhadapan dengan suaminya.
“Boleh saya tanya sekarang?”
“Sure…”
“Do you have another car other than that Myvi?” Soalan apa tu? Hadfina menggigit bibirnya.
“Err… ya. Kenapa abang tanya?” Isyraq diam seketika.
“Banyak jugak duit Fina ya. Boleh pakai sampai dua kereta dalam usia muda. Belajar lagi pulak tu,” balas Isyraq sambil senyum sinis. Hadfina sudah pelik. Dah kenapa dengan orang tua ni?
“Myvi tu hadiah dari ayah sebab Fina cemerlang spm…”
“The other car?”
“Hmmm, my favourite and sweet baby. Dah tak ada dengan Fina pun. Crashed,” Jatuh rahang Isyraq. Crashed? Tak ada?
“Sebab?” Hadfina mengeluh. Mengeluh lagi! Chevrolet merah kesayangannya. Dibeli menggunakan namanya sendiri. Dia jugalah yang membayar ansuran bulanan. Sejak dia membeli Chevrolet, Myvinya jarang digunakan.
“Entah malaun mana pergi curi kereta kesayangan Fina tu pun tak tahu. Fina ingat lagi time tu Fina ada study group dekat rumah sewa kawan Fina. Esoknya Fina nak balik, my car was gone. Abang boleh faham tak apa perasaan Fina masa tu. Macam nak tembak orang yang curi tu aje,” Penuh bersemangatnya gadis itu bercerita.
Isyraq terus terdiam. Jadi, bukan Hadfina yang menyebabkan dia kemalangan? Nafas… nafas! Disedut udara malam dan dilepaskan perlahan. Dia perlu bertenang. Dicapainya coffee di atas meja. Membulat mata Hadfina. Dia memandang Isyraq tak berkelip. Macam mana Inche Suami tahu mug ada kat situ?
“Kenapa abang nak tahu pasal kereta Fina? Ada apa-apa ke?” Isyraq yang sedang meneguk air, terbatuk.
“No. Just wanna know. Saya ingat nak belikan awak kereta baru,” Gila punya alasan. Kereta baru? Buatnya Hadfina tuntut macam mana?
“Hah? Serius?”
Dan sekali lagi Hadfina terpana. Dengan selambanya Isyraq meletakkan kembali mug di atas meja. Tanpa sedar, dia mengetap bibir. Dia tidak mahu memikirkan perkara yang tak elok. Mungkin Isyraq sudah biasa. Kan dah lama lelaki itu hilang penglihatan.
“Taklah. Dah jumpa ke kereta yang hilang tu? What do you mean by… crashed?”
“Seminggu lepas tu, polis call ayah bagitahu kereta tu accident. Dia orang jugak dapat  tangkap pencuri tu. Lega rasanya hati Fina. Tapi, my car dah kena crushed sebab teruk sangat,” Isyraq menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. Rasa macam nak menangis pun ada. Dia dah buat silap besar!
“Kereta jenis apa?”
“Chevrolet merah…” Grrr, that was the car! Isyraq melepaskan keluhan berat.
*****
Tawa Tariq kedengaran kuat. Hampir-hampir dia terjatuh kerusi dek terlalu bersemangat dia mentertawakan si Isyraq. Isyraq merengus. Sewel punya kawan. Ingatkan dapatlah kurangkan beban dihatinya kini. Hujan lebat kat luar, tapi dia kat sini… panas gila! Panas dengan Tariq.
“Woi, agak-agaklah nak gelak pun. Tak payahlah over sangat,” Isyraq sudah melenting. Macam nak lenyek buat sambal sahaja si Tariq tu.
“Aku bukan apa, bro. Cuma, kesian dekat kau aje. Itulah, aku dah cakap dulu. Jangan main tuduh-tuduh ni. Tak baik. Sekali, betul-betul terkena batang hidung sendiri. Kau fikirlah macam mana nak bagitahu mama dan Fina,” kata Tariq. Tawanya masih bersisa.
“Macam mana aku nak bagitahu? Nak kena hempuk dengan mama. Aku tak gila lagi, bro. Kalau Fina tu, aku okey lagi nak terus terang. Aku fikir mama yang selalu menangis sebab aku. Hancur hati dia, bro,” balas Isyraq. Matanya tajam memandang Blackberrynya.
“Just be frank, Isy. Tak pasal aje bulan depan mata kau kena bedah betul-betul. Even, doctor Ravi sanggup tolong kau menipu… that’s no good, friend. Jangan sampai rahsia kau tu nanti, dia orang tahu dari orang lain. Kau sanggup nak facing semua tu?”
Isyraq menggeleng. Tak sanggup dia nak tengok mama menangis lagi. Dek terhantuk di bucu meja secara tak sengaja ketika ingin mengambil handphonenya yang terjatuh, terpancar satu cahaya di ruang matanya. Dipejamkan mata sebentar. Apabila terbuka sahaja matanya itu, dia bagai ingin meloncat gembira. Dia dah boleh nampak walaupun masih kabur.
Esoknya, dia berjumpa dengan kawan yang juga seorang optometrist, Doktor Ravi. Doctor Ravi yang mengesahkan dia sudah kembali pulih. Doktor yang merawatnya ketika dia kemalangan juga sahkan kecacatan penglihatannya bukanlah kekal. Maknanya, peluang untuk pulih amat cerah. Cuma, dia tidak jujur dengan Puan Norlia kerana ketika itu hatinya tekad ingin mencari Hadfina, pemilik Chevrolet merah yang menyebabkan dia kemalangan.
*****
Hadfina mampir ke katil setelah membersihkan mukanya. Rutinnya sebelum tidur. Dicapai Iphone 4s di atas meja sisi sebelum berbaring di katil. Isyraq pula sedang kusyuk mendengar lagu di Ipodnya. Sedap sahaja dia bersandar di kepala katil. Sesekali matanya memandang isterinya. Mungkin gadis itu sedang bersosial di laman Facebook.
“Fina, saya ada benda nak cakap…”
“Apa dia?”
“Tapi, janji dengan saya. Jangan bagitahu mama pasal benda ni,” Hadfina bangun bersandar. Kini, tumpuan diberikan kepada suaminya.
“Macam penting aje. Insya Allah, Fina tak bagitahu mama,” Isyraq menghembuskan nafas perlahan.
“Jangan terkejut ya. Cuba Fina pandang saya. Ada nampak something different tak?”
Isyraq menggerakkan bebola matanya. Dan, kemudian dimatikan pandangan. Sepasang matanya tajam berbalas pandang dengan Hadfina. Hadfina menatap mata hazel yang sedang merenungnya itu. Dia dapat rasakan jantungnya sudah berdegup laju. Mata itu ada perasaan. Tak kaku seperti selalu. Dia macam terasa malu tika menatap mata itu.
“Ada. Nak Fina butakan sekali lagi?” Isyraq tersentak. Apa maksud Hadfina?
“Maksud Fina? Butakan sekali lagi?” Hadfina mengangguk. Dia bersila menghadap Isyraq. Dimatikan matanya pada bebola hazel milik suaminya. Mereka saling bertatapan. Jantung masing-masing sudah memainkan lagu. Lagu apa? Cuba teka! Hihi.
“Ya. Pertama, abang kan buta sekarang ni. So, Fina cucukkan sekali lagi. Semakin butalah mata abang tu. Kedua, abang pernah buta dan sembuh. Fina butakan sekali lagi. Biar jadi buta kekal,” kata Hadfina tanpa perasaan.
“Apa Fina merepek ni?”
“Abang nak bagitahu Fina apa tadi?” Hadfina membalas dengan soalan juga.
“I’m not blind. I can see you. You look cute in that bunny shirt. Your pony tail too,” Hadfina mengerdipkan matanya berkali-kali. Nafas dia dah turun naik.
Dipegang cuping telinga kanan yang bertindik subang. Terasa darah mula menyerbu di segenap wajahnya. Isyraq menyembunyikan senyum. Comelnya muka innocent Hadfina. Wajah itu nampak keliru dengan kenyataan yang diberikan. Macam nak menangis pun ada. Dia menanti Hadfina berkata-kata. Tapi, gadis itu kelihatan bingung.
Isyraq mencapai tangan kiri Hadfina. Namun, ditepis perlahan oleh gadis itu. Hadfina bingkas bangun. Dia melangkah meninggalkan bilik. Si suami sudah terpinga-pinga dengan tindakan si isteri.
“Dia nak pergi mana pulak tu,” Isyraq turut membawa langkah ke luar bilik. Dia mengekori langkah isterinya.
Hadfina melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dia perlukan pernafasan yang baik ketika ini. Mungkin udara malam akan kembalikan kesegaran otaknya. Isyraq memerhatikan isterinya yang sedang menenangkan fikiran di ruang rehat luar rumah.
“Abang, come here… please,” Gamit Hadfina. Isyraq melangkah malas. Pasti Hadfina ingin memarahinya.
Dihenyakkan punggung di kerusi rotan berhadapan dengan Hadfina.
“Kenapa bagitahu Fina?”
“Hah?”
“About your eyes. Why would you tell me? I want to listen the reason,” Hadfina berwajah serius. Dia langsung tidak memandang wajah Isyraq. Mata dihala ke meja kopi.
“Because you have the right to know it. I want you to know that I can see you. I always watch you…”
“Kenapa abang pura-pura buta?”
“Sebab nak balas dendam pada pemilik Chevrolet merah yang dah sebabkan saya buta sementara. Dan saya juga hilang gadis yang saya sayang…”
Mata Hadfina sudah berair.
“Jadi, abang tahu pasal Fina dari awal lagi?” Isyraq hanya mengangguk, mengiyakan soalan isterinya.
“I’m sorry. Saya tak tahu yang sebabkan saya accident bukan Fina. Tapi, orang lain. Pencuri kereta Fina,” Umi! Fina nak balik! Jerit hati Hadfina. Kenapa dia yang jadi mangsa?
Tiba-tiba Hadfina rasa dumb. Dia macam orang bodoh saja. Ikut saja apa yang orang suruh. Akhirnya, menjerat diri sendiri. Hadfina menampar bibirnya perlahan. Tak mahu terlanjur dalam berkata-kata. Tak elok mempersoalkan benda yang dah jadi.
“Bagi Fina masa. Abang nak sambung hubungan abang dengan bekas tunang abang balik ke?” Isyraq terkedu. Jauhnya Hadfina berfikir. Dia sendiri tidak terfikir untuk kembali kepada Dhuha.
“No. Maybe she’s not my destiny. She has her own life with another guy. Better than me, a cheater,” Hadfina tergelak sinis. Macam kelakar pula mendengar ayat pasrah Isyraq.
“Jadi, abang tahu Fina selalu pandang mata abang?” Isyraq mengangguk. Hadfina menutup mukanya dengan kedua belah tangan. I want to be an invisible women please, jerit hati Hadfina. Isyraq tersenyum.
“Stress… stress… stress,” Hadfina bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi Isyraq terpinga. Dia langsung tak boleh menduga perilaku isterinya itu.
*****
Sejak Hadfina tahu suaminya tak buta, dia lebih banyak diam. Kalau dulu, memang bersemangat dia bercerita pasal kuliahnya. Walaupun Isyraq macam tak kisah, dia tetap akan bercerita. Habis semua dia luahkan. Sampaikan si Isyraq tu pakai headphone. Malas mendengar isterinya berceloteh. Balik-balik, hal yang sama. Tapi, comellah Hadfina begitu.
“Dua tiga hari ni, Fina senyap aje. Bergaduh dengan Isy ke?” soal Puan Norlia. Dia sendiri pelik. Selalunya Hadfina ceria saja.
“Tak adalah, ma. Fina cuma stress pasal assignment yang melambak tu. Mama janganlah risau. Anak mama ni behave aje,” Hadfina menjeling Isyraq yang sedang enak menyuap nasi ke mulut. Mereka duduk berhadapan. Tak kuasa Hadfina nak duduk sebelah Isyraq.
“Ke pasal mata Isy?”
“Mama dah tahu ke?”
“Anak bertuah ni dah cerita kat mama semalam. Bengkak jugaklah mata mama ni…”
Isyraq hanya diam. Dia tahu dia dah buat salah. Tak mahulah ditambah pula api ke bara lagi. Erk? Entahlah betul ke tidak perumpamaan tu. Dia yang cari masalah.
“Ma, bulan depan Fina kena stay kat rumah umi tau. Fina nak study untuk final exam. Subject yang Fina ambil tu kena banyak discuss dengan ayah. Fina ada tertinggal dua topic sebab tak masuk kelas hari tu,” maklum Hadfina.
Isyraq mengerling isterinya. Sepatutnya gadis itu perlu minta izin dengannya. Bukannya dengan mama. Tahulah berangin dengan dia pun. Tapi, jangan sampai membelakangkan suami.
“Emmm…”
“Mama, Isy pergi kerja dulu. Isy balik lambat sikit hari ni,” Tanpa sempat Puan Norlia membalas, Isyraq terlebih dahulu memotong bicara mamanya.
Dah kenapa dengan suami isteri ni? Dingin semacam. Isyraq terus berlalu keluar tanpa memandang Hadfina langsung. Apalagi, sentaplah si isteri muda tu. Dia bukannya tak nak minta izin dengan Isyraq. Cuma, dia mahu ibu mertuanya tahu dulu. Nanti, tak adalah Puan Norlia terasa.
“Fina, Fina marahkan Isy ke?”
“Marah tu memanglah marah, ma. Tapi, dah okey pun. Fina cuma nak maklumkan pada mama aje. Takut mama terasa hati sebab Fina balik rumah sana lama,” adu Hadfina. Puan Norlia mengusap lembut kepala Hadfina yang bertudung kemas itu.
“Isy memang macam tu, Fina. Kalau Fina nak tahu, suami Fina tu manja tau. Sikit-sikit merajuk. Pandai-pandailah Fina pujuk dia. Tapi, tunggulah Isy cool down,” Hadfina senyum nipis. Tips diterima dengan tangan terbuka.
*****
“Abang!” sergah Hadfina ketika suaminya itu sedang ralit dengan Blackberrynya di pangkin di halaman rumah.
No responses! Hadfina bersila di hadapan Isyraq. Betul-betul mengadap tubuh itu. Dia membuat muka comel dengan harapan si suami akan lembut hati. Bukan niat dia ingin membelakangkan lelaki itu. Cuma, dia tak tahu pula Isyraq akan merajuk. Hal kecil saja pun.
“Abang…”
Isyraq buat tak tahu. Dibeleknya handphone itu. Membiarkan saja si isteri terus memujuk. Buat pertama kalinya, sejak berkahwin tiga bulan yang lepas… dia merajuk dengan Hadfina. Merajuk mengalahkan budak-budak.
“Tak nak cakap dengan Fina eh. Okey, Fina sedarlah Fina ni siapa. Pengganti Nur Dhuha abang tu aje. Lagipun, Fina kan tak matang macam bekas tunang abang tu. I realize it. But, please. Forgive me,” Hadfina menarik tangan kiri Isyraq selamba.
“Abang… Muhammad Isyraq…”
Hadfina tergamam. Bibirnya terkunci. Selamba sahaja bibir Isyraq itu mengunci bibirnya. Jantungnya berdebar laju. Gaya seorang pelari pecut. Terus lemah segala sendinya.
“Annoyinglah. Tak boleh ke pujuk abang dengan cara yang romantik sikit. Ni tak. Membebel aje,” kata Isyraq perlahan di tepi telinga Hadfina.
“Fina… Fina…”
“Fina apa?”
“Sorry,” ucap Hadfina sepatah. Hanya perkataan itu sahaja yang dia inginkan ucapkan sejak kejadian Isyraq merajuk dengannya.
“Maaf diterima tapi bersyarat…”
Hadfina membulatkan mata. Tanda tidak memahami maksud kenyitan mata Isyraq. Tanpa menunggu lama, Isyraq pantas mencempung tubuh kecil isterinya. Dicempungnya sehingga ke bilik. Diletakkan gadis itu di atas tilam. Hadfina terkebil-kebil. Apakah? Di dalam hatinya sudah bergurindam.
“Allow me,” Isyraq berkata penuh romantik. Hadfina tersenyum tanda dia mengizinkan Isyraq mengambil haknya sebagai suami di tubuhnya. Laju sahaja bibir Isyraq mendarat kembali bertaut di bibir isterinya.
*****
 Lapan bulan kemudian…
“Feen, lepas ni jangan lupa aku tau,” Sebak Zana ingin berpisah dengan sahabatnya itu. Hadfina senyum manis.
“Kau pun sama. Jangan lupa aku jugak. Selalulah call aku,” Mereka saling berpelukan.
Siapa tak sedih jika ingin berpisah dengan kawan baik? Sudah tiga tahun mereka berkawan. Akhirnya, keduanya sudah berjaya. Zana yang terpaksa pulang ke kampungnya jauh nun di utara, takut hubungan baik dia dan Hadfina akan terputus. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tambahan pula, Hadfina sudah berkahwin. Lagilah dia sunyi.
“Aku janji, ada masa aje… terus aku call kau eh. Tapi, jangan pulak kau tak angkat. Iyalah, orang dah bersuami. Manalah nak layan kita dah,” Hadfina mencebik.
“Eh, hello. Kau pun sama. Dua bulan lagi dah nak kahwin pun. Jangan kau yang lupa aku sudah. Asyik sangat nak berkepit dengan suami kau,” Zana tersengih. Macam mana dia boleh lupa, dia pun akan berkahwin juga.
“Eceh. Kau jangan risau. Nanti mesti aku kena ikut bakal husband aku tu tinggal kat sini. Dia kan kerja kat area campus kita jugak,” Hadfina mengerutkan hidung.
“Iyalah. Eh, aku balik dululah. Takut suami aku sampai rumah dulu. Kang satu hal pulak aku kena pujuk,” Zana tergelak. Dia sering memuji pasangan dua sejoli itu. Walaupun jarak umur antara mereka sembilan tahun, masing-masing pandai memainkan peranan.
“Okeylah. Ada rezeki, kita jumpa lagi eh. Jangan lupa datang wedding aku tau. Tak dapat kat rumah aku, majlis kat sini pun okey. Janji aku dapat jumpa kau,” pesan Zana ceria. Mereka berpelukan seketika.
“Insya Allah. Aku balik dulu,” Hadfina pantas masuk ke dalam perut Myvinya sebelum bergerak meninggalkan perkarangan kampus. Zana menghantar sahabatnya itu dengan pandangan. Dia berharap persahabatan mereka akan kekal.
*****
Hadfina melabuhkan punggungnya di sofa di ruang tamu. Dia menunggu Isyraq pulang dari kerja. Selalunya sebelum pukul enam petang, suaminya itu sudah pulang. Hari ni, terlambat pula. Dah nak masuk waktu Isya’ pun.
“Isy balik lambat ke hari ni, Fina?” soal Puan Norlia ketika melalui ruang tamu dari  dapur.
“Iyalah kot, ma. Tak ada pulak abang Isy bagitahu Fina dia balik lambat,” jawab Hadfina.
“Fina nak air? Mama buatkan…”
“Tak apa, ma. Tadi Fina dah minum,” Hadfina membalas lembut.
“Iyalah. Kalau lambat sangat Isy balik, Fina naik tidur dulu,” Hadfina mengangguk perlahan. Puan Norlia membawa diri ke biliknya. Wanita separuh umur itu memang mementingkan tidur yang cukup. Selalunya, selepas sahaja solat Isya’, dia akan terus melelapkan mata.
Hadfina merenung kaca televisyen yang sedang bersiaran kosong. Entah cerita apa yang ditayangkan pun dia tak tahu. Hatinya risau tika ini. Kerap kali matanya dibawa ke jam dinding. Isyraq tak pula maklumkan kelewatannya tadi. Dalam hati dia berdoa agar tiada perkara buruk yang menimpa Isyraq.
Beberapa minit kemudian, Hadfina mengorak senyuman. Lexus IS 250 sudah terparking elok di garaj. Dibawa langkah ke pintu utama untuk menyambut kepulangan suaminya. Isteri mithali kononnya.
“Assalamualaikum,” Isyraq memberi salam lemah. Hadfina mencapai beg bimbit suaminya.
“Waalaikumsalam,” jawab Hadfina dengan senyuman terukir di bibir. Dipautnya lengan Isyraq. “Abang duduk dulu. Fina buatkan coffee,” Isyraq melangkah ke sofa. Dirinya yang sudah kepenatan bersandar di sofa.
Sesekali Isyraq memicit kepalanya. Tiba-tiba terasa berat pula kepalanya tika ini. Sudahlah seharian dia tak menjamah makanan. Walaupun hanya tiga operation sahaja hari ni, tapi semuanya memakan masa yang lama. Sehinggakan dia terlupa untuk makan. Tadi, sebelum pulang… dia termuntah kerana perut sudah masuk angin. Memandu kereta pun perlahan sahaja.
“Coffee abang,” Hadfina duduk di sebelah Isyraq.
“Emmm, sayang. Can I have hot chocolate for tonight?”
“Okey. You look so pale. Abang tak makan lagi?” Hadfina bersoal lembut. Isyraq menggeleng lemah. “Actually, Fina buatkan hot chocolate… bukan coffee. Abang minum eh,” Disuakan mug ke bibir suaminya.
Terasa lega sedikit tekaknya yang perit. Dijatuhkan kepalanya ke riba Hadfina. Matanya berat sangat buat masa ni. Hadfina hanya membiarkan sahaja. Dia mengusap ubun-ubun suaminya lembut. Abang penat eh. Kesian abang, desis Hadfina.
“Give me five minutes,” kata Isyraq lantas memejamkan kepalanya. Rasa selesa kerana berbaring diribaan isterinya. Dia melelapkan mata sambil memeluk tubuhnya.
*****
Isyraq terjaga. Matanya yang berat, digagahkan juga dicelikkan. Bilik? Bila masa pula dia masuk bilik? Tadi, rasanya dia baring di ruang tamu. Isyraq terpandang susuk tubuh isterinya sedang berdoa di tikar sejadah. Takkan Hadfina yang angkat dia masuk bilik? Mustahil! Isterinya manalah larat angkat dia yang berbadan sasa itu.
“Abang dah bangun?”
Hadfina menghampiri suaminya dan duduk di birai katil. Tangannya laju ditekapkan ke dahi Isyraq. Apalagi, semakin peliklah si Isyraq dengan kelakuan isterinya itu.
“Kenapa ni? Fina ke yang bawak abang masuk bilik?”
“Taklah. Abang Ariq yang papah abang masuk bilik. Tadi abang pengsan kat bawah,” jawab Hadfina perlahan. Isyraq terkaku. Pengsan?
“Abang pengsan? Kenapa?”
“Doktor cakap badan abang lemah. Seharian tak makan. Tekanan darah abang pulak rendah,” beritahu Hadfina. Kerisauannya disembunyikan. Tak mahu Isyraq perasan.
Isyraq melihat tubuhnya yang sudah berganti pakaian. Pasti isterinya yang menukarkan pakaiannya. Tak pun, si Tariq yang tukarkan.
“Tariq dah balik ke?”
“Tak. Mama suruh abang Tariq tidur sini. Takut ada apa-apa jadi kat abang. Abang rehat dulu. Fina ambilkan bubur untuk abang. Lepas tu, kena makan ubat,” Hadfina bingkas bangun. Dia menanggalkan telekungnya.
“Fina,” panggil Isyraq perlahan.
“Ya. Abang nak apa-apa ke?”
“Are you okay?” Hadfina mengerutkan dahinya. Sepatutnya dia yang risaukan keadaan suaminya, bukan dia yang dirisaukan Isyraq.
“Fina okey. Abang yang tak okey. Fina turun dulu…”
Isyraq dapat rasakan Hadfina macam tak okey. Wajah itu tampak suram. Mungkin isterinya terlalu risaukan dirinya. Salah dia juga kerana tak makan tengah hari tadi. Nasib baik sempat ambil sarapan walaupun sedikit. Kalau tak, lagi teruklah jadinya.
*****
Keadaan Isyraq masih tidak pulih. Sudah tiga hari dia begitu. Kerap kali muntah. Badannya yang sasa itu juga semakin susut. Makan kurang, ditambah pula dengan memuntahkan kembali semua makanan yang dimakan. Memang susutlah. Hadfina bersyukur kerana suaminya sudah berhenti mengambil minuman bercaffien.
Sekarang ni, asyik nak hot chocolate saja. Paling tidak pun, milo susu panas. Nasib baiklah si Hadfina tu tak bekerja lagi. Boleh juga dia meluangkan masa untuk menjaga Isyraq. Hampir setiap hari dia menitiskan air mata tanpa pengetahuan suaminya. Hati isteri mana yang tak risaukan suaminya. Kesihatan Isyraq bukan semakin pulih, semakin teruk lagi adalah.
“Abang buat apa kat luar malam-malam ni? Nanti teruk lagi sakit abang tu,” Hadfina menyapa suaminya di kerusi rotan. Puas dia mencari suaminya, alih-alih kat sini rupanya.
“Saja. Ambil angin malam. Bosanlah asyik terperap dalam rumah. Mama mana?”
“Mama ada kat atas. Dah tidur kot,” balas Hadfina sambil melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
“Biarlah mama rehat. Mesti penat jaga abang seharian,” kata Isyraq sambil senyum.
Hadfina diam. Dua tiga hari ni, dia langsung tak dapat lelapkan mata. Sebaik sahaja Isyraq tidur, dia akan bangun bersolat sunat. Hatinya tidak tenang selagi suaminya masih belum pulih sepenuhnya. Dia takut Isyraq akan meninggalkannya. Bukan main takut lagi ketika Isyraq pengsan tempoh hari.
Pada mulanya, dia ingin mengejutkan Isyraq kerana suaminya sudah tertidur lebih dari lima minit. Lama jugak dikejutnya Isyraq, tapi masih belum bangun. Di kepalanya sudah fikir bukan-bukan. Sudahnya, dia menjerit memanggil Puan Norlia. Isyraq masih tidak sedar apabila Puan Norlia mengejutkannya. Puan Norlia pantas menghubungi Tariq dan lelaki itu membawa doktor bersama. Lega hati semuanya apabila doktor memberitahu Isyraq hanya pengsan.
“Sayang, kenapa diam ni? Abang kat sebelah pun dok mengelamun lagi,” Tersentak Hadfina dibuatnya.
“Abang janji dengan Fina. Jangan buat macam ni lagi tau. Kalau abang pengsan lagi lepas ni, Fina tak nak kawan dengan abang dah,” Isyraq senyum. Dipeluknya Hadfina erat.
“Hesy, abang manalah tahu apa akan jadi ke depan. Fina janganlah fikir yang bukan-bukan. Abang pengsan pun sebab tak makan aje kan…”
“Memanglah. Tapi, dah tiga hari abang tak sihat. Badan abang pun tak tough lagi dah,” cebik Hadfina.
“Alolo, abang kuat lagilah. Fina janganlah risau. Kalau Fina risau, mama pun risau jugak nanti. Abang tak nak mama dengan Fina pulak yang sakit sebab terlalu risaukan abang,” balas Isyraq sambil mengelus rambut panjang Hadfina.
 ~TAMAT~

p/s : buat masa ni CIA tamatkan dulu cerpen ni. nanti dah ada idea baru CIA sambung lagi eh. hehe. lama sangat dah tersimpan tanpa sentuh apa-apa lepas tulis. (created : 13 januari 2014). :D

17 comments:

  1. Tq sis... jngan lupa smbng tau ;)

    ReplyDelete
  2. Alooo...cam xabis je....sambungla lagi eh....suka sangat...semua story dlm blog ni semu besttt...setiap hari update je....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, tak habis. heee. t CIA sambung eh. :). Alhamdulillah. :D. cuba update setiap ahri, nanti bersawang tak best. hehe

      Delete
  3. ni mesti isy kna alahan...isteri yg mngandung suami yg kna morng sickness..cpt2 smbung

    ReplyDelete
  4. geramnya.... cerita ni tergantung tapi memang best gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia sampai gila. haha. inshaAllah akan disambung if idea menerjah ke minda. :D

      Delete
  5. BEST SANGAT SANGAT!!!!!

    akak bila nak sambung???

    dan saya nak mintak jasa baik akak untuk tolong baca novel saya di:

    inspirasi-imaginasi.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. as far as i know, optometrist is the one yang kerja kat kedai specs and the one yang fit lenses and all that, i think you meant OPHTHALMOLOGIST kot. that's the one yg works in hospital and does surgeries.

    ReplyDelete
  7. Dah sambung ke belum cerpen ni? Lama dh tunggu..

    ReplyDelete
  8. Waaaahhhh!!! Bestnyeee cerita nii! Tapi kenape x de lagi sambungannya... dh bertahun dh menunggu nii... please luangkn masa sikit buat ending cerita cik writer yg baiiikkkk hatiii ;)

    ReplyDelete