Tuesday, 24 June 2014

enovel : Hello, Mr LA! 13


Nyamannya udara. Erk? Padahal memang begini pun cuaca di banglo dua tingkat milik Azaril ini. Udara pagi di beranda tingkat bawah disedut perlahan. Perumahan ini memang mengikut citarasa Trisha di mana ia terletak jauh dari bandar dan berdekatan dengan kawasan pergunungan. Sengaja Azaril membawa Trisha ke banglonya yang baru sahaja dia beli setahun yang lepas, tetapi baru sekarang dirasmikan mereka.
“Macam mana, okey?” Azaril peluk pinggang Trisha dari belakang.
Nice. Trish suka view kat sini. Udara pun nyaman aje, sejuk mata memandang. Kenapa beli rumah ni? Abang memang tak nak stay kat rumah sana ke?”
“Taklah. Abang beli rumah kat sini sebab abang nak hadiahkan pada wife abang. Dan, sayang bertuah sebab sayanglah pemilik rumah ni… sampai bila-bila. Abang dah siap tukar nama dah. Jadi, ikut suka sayanglah bila nak pindah sini…”
Azaril meletakkan dagu di atas kepala Trisha.
“Hmmm, tapi Trish nak pindah sini dengan abang. Apa kata, kita pindah bila abang dah balik sini. Masa tu bolehlah buat housewarming. Jiran-jiran pun dah ramai,” Azaril menganggukkan sahaja, mengiyakan sahaja buat masa ini.
“Kalau Trish nak pindah sendiri pun boleh. Tapi, Trish kena pastikan Trish tak pindah sorang-sorang. Mungkin ibu ke mama boleh temankan. Abang pesan siap-siap eh, abang tak ada nanti… Trish jangan duduk rumah kita sorang. Ikut suka Trishlah nak stay rumah ibu ke mama ke, yang pentingnya bukan seorang diri. Faham?”
Okey, Doktor Raffiqi sudah tegas.
“Okey. Abang ni tak sejuk ke pakai singlet aje. Cuaca tengah sejuk ni, demam nanti…” Trisha bergerak masuk ke dalam dengan Azaril masih memeluknya.
Sudah macam robot dia berjalan ke ruang tamu.
“Dah biasa, sayang. Hmmm, kita nak buat apa ni? Breakfast sudah, mandi pun sudah… makan sayang pun sudah. Hmmm,” Erk?
Trisha menampar lengan Azaril di pinggangnya. Mereka duduk dia sofa. Sekarang ini, Azaril asyik hendak berkepit sahaja dengan Trisha. Tangan dia sentiasa hendak memeluk isterinya itu, tak nak lepas. Dia senang begitu. Payah pula jika dia rindu Trisha nanti. Haru pula hendak terbang balik ke Malaysia.
“Abang, kita tengok cerita UP nak? Cerita pasal suami ni sayang isteri dia gila-gila. Hidup berdua aje sampai ke tua sebab isteri dia tak boleh mengandung. Bila usia lanjut, isteri dia pergi dulu tinggalkan suami dia seorang diri. Seronok,” Azaril kerling Trisha di sebelahnya.
“Masalahnya ada ke cerita tu dalam rumah kita ni, sayang? Kalau rumah sana, memanglah ada. Koleksi cerita-cerita you berlambak. Kat sini, abang mana sempat beli apa-apa selain perabot. Nasib baik abang hired designer nak hias rumah ni, kalau tak, kosong ajelah,” Panjang pula doktor kita mengomel. Trisha senyum nipis.
“Sebab adalah Trish offer…” Trisha capai beg laptop di tepi meja kopi. Semalam terus masuk bilik dek penat berjalan-jalan pusing KL, dia main letak saja beg-beg kerjanya itu.
“Wah, great…”
Trisha cucuk USB ke TV LCD. Azaril pula mencapai remote control, ditekan punat ‘ON’ dan mencari cerita yang dimaksudkan oleh Trisha tadi.
“Jumpa tak?” tanya Trisha sambil cekak pinggang di sisi TV. Azaril pandang Trisha dengan senyuman. Hek.
“Sayang, abang jumpa sayang aje,” Trisha buat muka, bagi penumbuk juga suami ni. Loyar buruk pula.
“Oh, so sweet. Carilah cepat, Trish nak pergi buat air…”
“Sayang, buat satu mug aje… kita kongsi. Lagi sweet,” laung Azaril ketika Trisha sudah pun ke dapur.
Seteleh menjumpai cerita UP, dia mengeluh kecil. Dia juga mahukan seperti itu. Tua bersama. Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu yang kian lemah ini. Trisha pula mengelamun di dapur sambil membancuh milo susu. Dia mencuri pandang Azaril di ruang tamu. Rindu mula menggamit biarpun baru sekejap tidak menatap wajah Azaril.
*****
“Sayang, banyak dah ni. Cukuplah. Beli banyak-banyak, baby bukannya sempat pakai. Elok sebulan, dah besar badan dia,” rungut Azaril yang sudah penat menemani Trisha membeli belah barangan bayi mereka.
Padahal kandungan Trisha itu masih baru lagi. Cumanya, Trisha mahu merasai perasaan membeli belah barangan bayi bersama Azaril, suaminya. Masa hadapan, bukannya kita tahu. Sekurang-kurangnya tidak dia kempunan mahu seorang suami menemaninya membeli barang-barang keperluan bayi mereka.
“Alah, Trish beli ikut umurlah, abang. Pakaian baby dah selesai, kelengkapan mandi pun dah… hah, abang. Jom kita pergi bahagian makanan pulak,” Jatuh rahang Azaril. Aduh, ini dah masuk troli kedua.
Makanan lagi?
“Trisha sayang, you lambat lagilah nak bersalin. Beli awal-awal ni untuk barang-barang kelengkapan dahlah. Makanan tu nanti you beli dua bulan ke sebulan sebelum bersalin,” Trisha senyum nipis.
Kerisauannya melebihi segala. Buatnya Azaril pulang selepas dia bersalin macam mana? Atau, tidak pulang langsung? Ish. Trisha mengusap dadanya, cuba berfikiran positif. Takdir penentu segalanya. Sebagai umat-Nya, kita perlu berdoa dan bertawakal pada-Nya.
“Iyalah. Jom bayar. Selepas ni, pergi beli baju untuk Trish pulak,” Azaril mengangguk.
Dia faham perasaan Trisha, tetapi dia tidak mahu isterinya itu terlalu mengikut perasaan. Azaril juga risau jika dia tidak akan kembali. Namun, dia berdoa agar Allah masih memberi dia peluang untuk bersama Trisha dan anak mereka. Lagipun, program kemanusiaan itu hanya untuk lima bulan sahaja. Bergilir-gilir tugasan sementara housemanship mahu matang.
Setelah selesai membeli apa yang patut untuk umi-to-be tu, Azaril membawa Trisha ke sebuah restoran yang belum pernah dia pergi dengan mana-mana perempuan selain mamanya. Semalam lagi Trisha teringin makan udang galah bakar. Di restoran inilah terbaik udangnya. Tidaklah semewah yang Trisha selalu pergi tetapi mampu membuatkan orang mahu bertandang lagi ke restoran itu.
“Abang, selalu ke lepak sini? Tak pernah bawa Trish pun,” Trisha melilaukan pandangan ke sekeliling.
Pelanggan yang datang memang ramai. Bising kemain, sibuk bercerita itu ini. Trisha mengulas senyum.
“Abang selalu datang dengan mama, ayah dan abang Mizal aje. Tak pernah lagilah abang datang dengan kawan-kawan atau mana-mana girlfriend,” Ditekankan perkataan girlfriend itu.
“Okey. Apa yang best kat sini?”
“Semalam kemain lagi pujuk abang kan. Malam ni kita pekena udang galah bakar spesial untuk Trish. Sedap,” Terus bersinar mata Trisha.
Digenggam lengan Azaril erat. Suka benarlah tu.
“Wah, baby makan besar malam ni. Terima kasih, abang…”
“Sama-sama kasih. Tapi, kat sini bukan tempat private tahu. Tak boleh mesra-mesra, orang geli tengok,” Trisha mencebik.
Macamlah dia tidak tahu suami dia tu. Mana suka mesra-mesra di hadapan umum. Tetapi, di awal perkahwinan dulu kemain dia kelek Trisha ke hulu ke hilir. Sakan. Semua itu dulu sebelum adanya kesedaran.
“Nak udang galah aje, benda lain?”
“Emmm, Trish nak ikan siakap bakarlah. Dah cukup,” Tertelan air liur sendiri dek terbayang keenakan makanan-makanan itu. Nyum nyum.
Setelah memesan makanan, Azaril merenung Trisha lama. Trisha yang perasan, membulatkan mata sambil mengerutkan dahi.
“Abang, kenapa ni? Nak tenung lama-lama pun, balik rumah nantilah. Malulah orang pandang,” Azaril gelak.
“Dapat pahala apa tenung isteri sendiri. Trish cantik sangat malam ni, abang tak boleh nak elak pandangan abang ni. Asyik nak pandang sayang aje,” ujar Azaril lembut.
Sungguh, itulah yang dia rasa.
“Abang, lagi dua hari aje lagi. Dah balik nanti, Trish nak dakap abang puas-puas. Nanti dah rindu, tak boleh nak peluk abang lagi dah. Wilbear ajelah peneman setia Trish,” Azaril cuit pipi Trisha, geram.
“Nasib baik Wilbear ada. Walaupun hodoh, sayang tetap jugak kelek dia malam-malam. Mujur sayang masih peluk abang…”
“Haish, mana boleh tak peluk abang. Dan, Wilbear tu handsome, okey. Wilbear tu klon abang tahu. Puas Trish fikir nak bagi nama apa kat dia. Dengan nama Azaril, tak masuk pulak nak panggil dia Rilbear ke Zarilbear ke. Raffiqi lagilah, tak ngam langsung. Nasib ada Wilson di belakang, jadilah Wilbear. Wilbear tercinta, peneman setia Trisha Dania iatu isteri Azaril Raffiqi Wilson,” Hah, sekali Trisha berceloteh.
Ternganga Azaril dibuatnya. Dalam dok nganga tu, sempat jugalah dia merakam kata-kata Trisha itu. Pengubat rindu.
“Ni… bibir ni. Pastikan lepas ni bibir merah ni, kalau nak merepek ke apa, Trish tolong rakam tahu. Balik nanti, abang nak dengar celoteh Trish ni. Tak kiralah baik ke buruk, janji abang boleh tahu apa Trish buat sepanjang abang tak ada,” Trisha senyum.
“Janji…”
Mahu memeluk, di hadapan umum pula. Sudahnya, bersabar sehingga pulang ke rumahlah. Lebih dari tu pun boleh, tiada yang mengganggu. Di sebalik keceriaan wajah keduanya, terselit seribu satu perasaan. Masih di hadapan mata, sudah pandai menanam rindu. Jika berjauhan nanti, mahu melepaskan rindu… hmmm. Dugaan hidup. Langit tidak selalunya cerah, tidak pula selalu mendung. Semuanya berbalik pada takdir ilahi.
*****
Puan Sri Kamalia dan Datin Seri Laila saling berpandangan. Tan Sri Amzan dan Datuk Seri Johan pula tidak terkata apa. Pasangan suami isteri yang berdiri tidak jauh dari mereka itu menggamit pilu. Sehinggakan ahli keluarga yang turut hadir ke KLIA untuk menghantar Azaril tidak mampu menahan dan turut sebak.
“Doakan abang. Insha Allah, abang akan balik. Don’t be sad, He always with us. Jangan lupa amalkan baca surah-surah untuk baby. Jadual diet yang abang tulis tu, ikut. Kalau ada masa atau kesempatan, abang call sayang. Sayang jangan fikir bukan-bukan pula kalau abang tak call eh. Think positively. Abang akan balik,” bisik Azaril di telinga Trisha.
“Trish janji, Trish akan tunggu abang balik. Abang jaga diri. Abang ke sana untuk membantu saudara kita, jangan leka. Doa Trish sentiasa iringi abang. Abang bawa hati Trish ke sana dan Trish nak, abang bawa juga hati tu balik. Tak kiralah retak sekalipun, asalkan Trish tahu hati Trish masih berbekas,” balas Trisha.
Dia sudah berjanji tidak akan menangis ketika menghantar Azaril. Matanya dapat menangkap rakan-rakan setugas Azaril yang turut dihantar ahli keluarga mereka. Suasana di situ juga hening dan pilu seperti keadaan dirinya dan ahli keluarga yang lain. Demi saudara seagama, dia rela melepaskan Azaril pergi. Tidak kiralah untuk sebentar cuma atau selamanya. Janji Allah pasti.
Selagi kita berpegang pada perintah-Nya, hati kita akan tenang. Cinta manusia hanya seketika, tetapi cinta Allah bersifat abadi.
“Fiqqi, masa dah tiba,” Datuk Seri Johan memegang bahu anak lelakinya. Azaril melepaskan pelukannya pada Trisha.
Kini, ayahnya pula yang mengambil alih. Trisha mendapatkan Puan Sri Kamalia. Entah bila mereka mendekat pun, dia tidak perasan.
“Fiqqi akan balik, ayah, mama, baba, ibu,” Datin Seri Laila mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak rela tetapi cuba merelakan Azaril pergi.
“Insha Allah. Kami di sini akan tunggu Aril,” sampuk Tan Sri Amzan. Tubuh tua itu pula menjadi sasaran Azaril.
Usai giliran bapa-bapa, ibu-ibu pula mahu mengucapkan selamat tinggal. Sudah namanya kaum wanita, tidak sahlah jika air mata tidak terbit. Cuma, Trisha sahaja kelihatan tenang biarpun hati sudah menggelegak. Jika dia lemah, bayinya turut lemah. Jadi, dia harus kuat dan berfikiran positif. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah cintanya pada Azaril akan bertapak di hatinya.
“Aril jangan risaukan Trish. Kami semua ada untuk jaga dia. Kembali dengan bermaruah. Sepertimana ibu percaya Aril mampu menjaga Trish, seperti itu juga ibu percaya… Aril mampu lakukan yang terbaik. Jadi bapa yang boleh anak jadikan idola. Ibu bangga ada Aril sebagai menantu,” Azaril angguk.
Kata-kata semangat akan tersemat dihatinya.
“Mama tak ada apa nak cakap dah. Fiqqi dah besar panjang, boleh fikir sendiri kan. Cuma, mama doakan Fiqqi kuat. Mama jugak bangga punya Fiqqi sebagai anak mama. Walaupun pernah tersasar, Fiqqi masih mampu didik seorang isteri dengan baik. I love you, sayang,” Azaril dakap tubuh mamanya erat. Inilah idolanya, seorang wanita cekal yang telah membesarkannya.
Tubuh Datin Seri Laila dilepaskan. Azaril pandang orang-orang kesayangannya sebelum berangkat. Semuanya menghadiahkan senyuman padanya. Alhamdulillah. Mereka seperti mengerti perasaannya ketika ini yang mahukan perpisahan aman. Trishalah paling tenang.
“Trish tunggu abang,” kata Trisha dengan senyuman manis. Dia bergerak merapati tubuh sasa Azaril. Dipeluk seketika tubuh itu.
“Abang sayangkan Trish. Sampaikan salam rindu abi pada baby, hari-hari. Titipkan doa pada abang kalau rindu. Tatap wajah abang senyum kalau sayang sedih. I love you, sayang,” Dikucup dahi Trisha lama.
Hanya senyuman yang menghantar pemergian Azaril. Entahkan dia pulang atau tidak. Trisha memeluk erat Puan Sri Kamalia tatkala lututnya sudah tidak mampu berdiri ketika Azaril sudahpun masuk ke balai berlepas. Allahuakbar. Sebaik sahaja Azaril hilang dari pandangan, terus dihambur tangis di bahu ibunya. Sungguh, dia lemah.

Selamat kembali, Azaril Raffiqi Wilson.

to be continued...

p/s : Azaril terbang dah. huhu. next chapter kembalinya watak Lewis Lee. yeah. our hero from LA. goose bump tetiba nak bangkitkan balik watak Lewis Lee. super kacak tapi takleh Doktor Raffiqi CIA. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D.

4 comments: