Wednesday, 25 June 2014

enovel : Secret That Nobody Knows 22


Arianna membetulkan dress longgar ditubuhnya. Dikenakan tudung segera cotton. Hati resah tika ini, sangat resah. Khairil sudah berani bertandang ke rumah keluarga Fariq. Mujur sahaja kesabaran Arianna masih menebal dan masih menghormati lelaki itu adalah sahabat baik suaminya. Jika mindanya mula mengsetkan bahawa Khairil itu adalah pembunuh abangnya, tidak mahu dia menatap wajah tenang penuh muslihat itu.
Kaki melangkah ke tingkat bawah setelah pasti dia menutup auratnya dengan rapi. Awal-awal lagi Zarra sudah ditidurkan di bilik bawah di mana Puan Sri Katrina berada, sedang membaca buku. Tidak akan sesekali dia membenarkan Khairil bertemu dengan Zarra. Tidak.
“Abang,” Dilebarkan senyum dan duduk di sisi Fariq di kerusi batu halaman rumah.
“Wah, ni first time kita bersua kan, Arianna? How are you?” Plastik sungguh senyuman itu di pandangan Arianna. Sungguh jelik.
Arianna senyum lagi.
I’m fine. Suami saya ada untuk jaga saya. Tak silap saya, awak satu kampung dengan Fariq, kan?” Wah, sudah tahu, ditanya lagi. Fariq sedang mendengar, lakonan kenalah mantap.
“Yupp. We are very close. Sejak kecil kita main sama,” jawab Khairil penuh selamba.
“Amboi, sayang. Nak korek rahsia abang ke ni?” Arianna jongket bahu. Terasa seperti mereka sedang membuat pengambaran filem pula.
Fariq, hero. Arianna, heroin di mana dia adalah seorang spy girl. Khairil, antagonis punya watak. Jahat! Sesuai. Drama di dunia realiti.
“Mana ada. Pertama kali jumpa, kawan abang ni dah kenal Rianna. Tapi, apa adahal. Mesti abang selalu story pasal Rianna kat dia, kan,” Khairil tarik senyuman kelat.
“Ha’ah. Abang selalu cerita kat Ril pasal Rianna. Alah, men’s talk…”
“Biasalah, Arianna. Suami awak ni dah masuk kategori jejaka hot plus kaya. Ramai perempuan nak dekat, tapi awak yang dia pilih. Itupun, tiba-tiba. Majlis sanding apa pun tak ada. I thought, he love you so much,” Fariq tampar lengan Khairil di atas meja.
Khairil ketawa.
It’s okay. I trust him more than myself. Jodoh kan ditangan Allah. Ajal jugak, bukan ditangan manusia. Abang, bukan sepatutnya abang ada janji dengan Airis ke?” Fariq tepuk dahi. Terlupalah tu.
“Aduh. Hmmm, sayang sembang kejap dengan Khairil. Abang nak naik tukar baju. Ril, kita gerak samalah eh,” Khairil mengangguk laju.
Inilah masa dia untuk mengenakan Arianna yang kononnya bijak pandai itu.
Fariq bergerak masuk ke dalam rumah. Arianna berpura-pura senyum. Tetapi, bukanlah senyum manis atau nipis. Senyum sinis. Penuh dengan rasa meluat, benci… jijik menjadi satu.
How’s life? Fariq told me that you both gonna have baby. Pasti ke you all sempat nak timang anak pertama korang,” Sinis sekali nada Khairil.
Jika Khairil sinis, Arianna apa kurangnya. Dia bukan jenis mudah mengalah.
Very good. Takdir kami bukan ditangan kau. Allah yang berhak menentukan arah hidup kami. Sepertimana kau bunuh abang aku dulu, seperti tu jugak kau akan terima balasannya. Kau rasa apa Fariq akan buat kalau dia tahu yang sahabat baik dia ni yang kononnya baik sangat dah culik bakal isteri dia dan menyebabkan Airis disahkan meninggal dunia sedangkan dia masih hidup. Mungkin Shauqi salah sebab ikut telunjuk kau, tapi people change. What goes around comes around. I won’t let you hurt him. Never,” ujar Arianna panjang.
Lantaklah Khairil hendak mendengar atau tidak. Janji dia puas. Puas kerana dia mampu bersemuka dengan pembunuh Zecky Ashraf. Itu sudah cukup berbanding dia membalas dendam. Dia tidak mahu menjadi seperti Khairil. Biarlah Allah sahaja yang membalas segala perbuatan jahat Khairil. Dia langsung tiada hak untuk itu.
“Aku pun takkan sakitkan dia. Tapi, kau yang akan sakitkan hati dia dengan rahsia kau, Arianna. Sampai bila kau nak sembunyikan hal sebenar ni? Such a loser. Aku culik Airis sebab kau, bukan sebab Fariq. Dan, Fariq takkan senang-senang maafkan kau kalau dia tahu kaulah penyebab utama dia hilang kawan baik dia dunia akhirat,” Arianna tergamam.
Dadanya berombak laju. Ya, hakikat. Hakikat itu yang harus dia terima. Bukan setakat kes Airis sahaja, sebaliknya kisah silam yang dirahsiakan Fariq. Ugh!
Small matter. I’ll let him hold his own baby before I’m leaving. Tapi, selagi aku berada dengan Fariq… kau takkan boleh apa-apakan aku. So, know where are you standing, Khairil,” Amaran keras Arianna keluarkan.
Takdir yang membawa ke dalam hidup Fariq. Dan… takdir jugalah yang akan menentukan hidup mereka seandainya rahsia terbesar itu terbongkar. Bagaimana dan siapa? Kisah itu bakal diungkit, Arianna sudah sedia maklum. Paling tidak, Khairil tidak akan menyakiti Fariq. Dia sudah cukup bersyukur tentang itu.
“Jom, Ril. Sayang, jaga diri. Abang tak pasti nak balik pukul berapa, jangan tunggu tahu. Love you,” Dahi Arianna dicium Fariq lembut.
Tangannya juga sempat singgah di perut Arianna sebelum bergerak ke kereta. Khairil pandang Arianna, penuh sindiran.
Hilang sahaja kereta mewah Fariq dari pandangan mata, Arianna melepaskan keluhan. Ah, dia kalah lagi dengan perasaannya itu. Mudah sangat mengeluh. Hanya itu yang menjadi kelemahan manusia yang kalah. Ya, dia sudah kalah tanpa bertanding.
*****
Renungan Airis kelihatan pelik di mata Fariq. Entah kenapa, tiada lagi sinaran cinta yang pernah hadir di mata itu seperti satu masa dulu. Adakah benar Airis sudah tidak menyayangi dirinya? Patutkah dia gembira atau sedih? Patutkah dia memberitahu kepada Airis tentang Arianna? Persoalan-persoalan itu membingungkan Fariq.
“Abang, boleh Sya tanya abang sesuatu?”
“Ya…”
“Abang masih sayangkan Sya macam dulu? Lama Sya tinggalkan abang. Mustahil abang langsung tak jumpa sesiapa, kan. Jujur aje, Sya tak kisah,” Lembut sekali bicara Airis.
Dia nekad untuk memberitahu Fariq tentang Shauqi. Dan dia yakin Fariq juga akan berterus terang dengannya mengenai Arianna.
“Hmmm…” Fariq hela nafas perlahan. “… Bohonglah kalau abang kata tak sayang. Tapi, maafkan abang, Sya. Abang sayang Sya sepertimana seorang abang sayangkan adik dia. That’s all. Puas dah abang jaga hati abang, tapi abang tetap tak boleh nak tipu,” Airis diam.
Memang sakit hatinya jika dia juga menyayangi Fariq seperti dulu. Entah mengapa, hatinya lega. Lega sangat.
“Sya faham. Sebab tulah Sya ajak abang jumpa. Sya… emmm… Sya dah jumpa orang lain. Dia yang selamatkan Sya dulu masa Sya kena culik. Dia yang jaga Sya, rawat Sya. Sya faham kalau abang nak marahkan Sya. Sya dah tak sanggup nak tipu abang lagi. Baik Sya jujur,” luah Airis.
Fariq pandang wajah lesu milik Airis.
“Kita seri. Abang pun menipu Sya jugak. Actually, Arianna is my wife. Not my cousin. Abang terpaksa tipu Sya sebab abang takut Sya tak boleh terima,” Akhirnya, lancar juga penjelasannya itu. Tidak gagap langsung.
“Sya dah agak pun. Kalau Arianna hanya sepupu abang, abang takkan risaukan Arianna masa dia admit hospital puasa hari tu, kan? You care about her very much. Cara Arianna merajuk pun, bukan seperti seorang sepupu. Itu merajuk seorang isteri. Kan?” Fariq angguk. Mengaku akan kebenaran itu.
“Terima kasih, Sya. Lega hati abang sekarang ni. Jadi, siapa yang berjaya rampas Sya dari abang tu?” Airis tergelak.
Haih, adik abang punya perbualan dah ni. Layankan sahajalah.
“Buat masa ni dia tak ada. Insha Allah, nanti dia dah balik… Sya kenalkan,” balas Airis. Selesa sedikit hubungan mereka kini. Tidak lagi kekok.
“Oh, okey. Asalkan dia jaga Sya baik-baik, abang bersyukur. Abang doakan Sya bahagia... dunia dan akhirat,” kata Fariq sambil senyum. Airis membalas senyuman.
Wajah itu masih kacak seperti dulu. Raut tampan itulah yang mendebarkan hatinya suatu masa dulu. Kini, hanya Shauqi yang berjaya membuatkan jantungnya berdegup penuh irama. Dia lebih selesa bersama Shauqi berbanding lelaki sebaik Fariq.
“Sya pun nak berterima kasih pada abang. Jadi, macam mana dengan kisah Amsterdam abang. Dah cerita dekat Arianna?” Fariq menggeleng.
Tangannya mengacau air asam boi yang sudah tinggal separuh.
“Entahlah, Sya. Abang tak tahu macam mana nak mula. Abang takut abang akan sakitkan hati dia. She’s pregnant and her emotion must be very sensitive. Abang tak nak dia lari tinggalkan abang,” Airis senyum nipis.
Kalaulah Fariq tahu kebenarannya, sudah pasti sebaliknya yang berlaku. Fariq yang akan pergi meninggalkan Arianna. Rahsia Arianna terlalu besar kesannya pada Fariq. Tidak sanggup pula Airis melihat Fariq kecundang buat kali ketiga. Cukuplah kisahnya dulu dan juga kisah silam Fariq itu meranapkan hati Fariq.
Sekarang ini, Arianna adalah penyembuh. Tetapi, Arianna juga bakal menjadi pisau yang menoreh hati Fariq sepertimana yang ditempuhi lelaki itu dahulu. Di bumi Amsterdam. Berat untuk dia akui Fariq akan butakan mata dan hatinya jika perkara itu terbongkar. Ariannalah yang bakal menderita.
Airis lelah sendiri.
“Yang penting abang jujur. Abang, Sya nak abang percayakan Arianna walauapapun yang jadi. She’s your wife. Atas keizinan Allah, mungkin hingga ke Jannah. She’s meant to you. Promise me,” Biarlah dia yang tanam sifat percaya itu dalam diri Fariq.
Dia tidak sanggup melihat Arianna menderita sedangkan wanita itu berusaha sehabis mungkin untuk berjuang demi rumah tangganya. Arianna bukan wanita biasa tetapi luar biasa. Kasih dan sayangnya pada Fariq melebihi segalanya. Semoaga Fariq nampak ketulusan hati Arianna biarpun wanita itu jugalah penyebab kemusnahan Fariq dulu.
Manusia boleh berubah jika diberi peluang. Dan, Arianna sudah pun menggapai peluang itu.
“Insha Allah,” jawab Fariq dengan senyuman nipis.
Sepatutnya Arianna yang harus percayakan dia andai satu hari nanti kisah silamnya di Amsterdam terbongkar. Waktu itu dia hanya mahukan kepercayaan Arianna sahaja untuk memimpinnya berdiri semula seandai dirinya rebah dan sudah tidak mampu berdiri lagi.
*****
Tergeleng kepala Fariq dan Arianna serentak. Zarra bukan main seronok lagi berlari di sekeliling bilik Fariq yang besar dan luas itu. Tidak reti duduk diam-diam. Jika anak kecil itu tidur, tiada masalah. Namun, sebaik sahaja bangun dan mata comel dia itu sudah membulat… harulah papa dan mama dia hendak melayan.
Memang tidak akan terlayan.
“Abang dah bagitahu Airis pasal kita,” Arianna kalih ke sebelahnya.
Mereka bersandar di hujung katil atas permaidani tebal sambil memasang mata pada Zarra.
Then? Kenapa muka suami Rianna masam mencuka ni?”
She have another guy. Abang happy sebab dia pun happy jugak. Cumanya, abang terfikir sesuatu,” balas Fariq. Matanya tidak lepas mengawasi Zarra.
“Apa itu?” soal Arianna sambil mendekatkan bibirnya ke pipi Fariq. Chup! Fariq tidak jadi serius. Dia ketawa lepas.
Seronoklah tu Arianna tersayang dia tu cium pipi dia.
“Nakal eh, sayang abang ni,” Dicuit hidung isterinya lembut. Arianna sengih. “Abang terfikirlah. Sempat pulak Airis fall in love dengan penyelamat dia. Tidak ke pelik?” Giliran Arianna pula ketawa.
“Tak adanya peliklah, abang. Possibility untuk Airis jatuh cinta dengan penyelamat dia tinggi. Sudah namanya penyelamat, hati perempuan mana tak tersangkut. Sedangkan belum kenal pun boleh ajak nikah. Inikan dia orang dah kenal…”
Belum sempat Arianna menghabiskan kata-katanya, Fariq sudah mencubit pipi Arianna yang sedikit tembam itu.
“Amboi, mulut dia. Abang kiss depan Zarra baru dia tahu. Sempat lagi perli abang eh,” Arianna menghamburkan tawa.
“Terasa ke? Alolo, Rianna bagi contoh aje. Tapi, benda betul apa. Memang abang ajak Rianna nikah kan?”
Fariq peluk bahu Arianna. Geram pula dia melihat isteri dia yang semakin menawan ini. Kalau malam, habis Arianna dikerjakannya. Eheh.
“Pa… papa…”
Serentak Fariq dan Arianna memandang Zarra yang sudah berdiri di hadapan mereka dengan muka sememeh. Tidak lama lagi, bisinglah bilik peraduan mereka ini.
Huwaaa!
“Alolo, sayang papa ni. Meh sini,” Pantas Fariq menarik tubuh kecil comel Zarra dan dipeluknya. “Sayang panggil apa tadi?” tanya Fariq kepada Zarra. Mahu mendengar dengan lebih jelas.
Arianna usap kepala Zarra yang sedang lentok di bahu Fariq perlahan. Bibirnya mengulas senyum paling manis.
“Papa…”
Semakin eratlah Fariq memeluk Zarra. Terharu, weh!
“Ni yang nak menangis ni,” Arianna ketawa. Kelakar.
Sudah keluar pun air mata jantan Fariq itu. Adoi, Zarra berjaya buat papa dia menangislah. Arianna kesat air mata di pipi suaminya itu.
“Abang ni touching pulak. Macamlah Zarra tak pernah panggil papa…” Fariq geleng kepala.
“Tak pernah. Dia panggil Rianna aje. Betul harakat dan barisnya. Baru sekarang ni cukup untuk abang. Terharu,” Haish, cengeng.
Arianna depangkan tangannya dan memeluk kedua-duanya. Dia bahagia kini. Biarlah masa ini dia bersuka ria. Mengalirkan air mata gembira. Sedikit masa lagi, keadaan akan berubah. Tangisan dia bukan lagi kerana bahagia tetapi derita. Derita dek kisah lampu yang masih belum selesai. Tiba masanya, dia hanya mampu mengharapkan kekuatan dari Allah untuk dia meneruskan hidup.

Dulu, dia pernah khilaf. Sekarang, dia mahu membetulkan khilaf itu. What goes around comes around. Sepertimana kata-kata itu ditujukan pada Khairil, iya kembali semula padanya. Kejam jika dia masih membina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Terlalu kejam.

to be continued...

p/s : terrajin pulak nak post malam ni. hihi. termenaip pulak STNK. SELAMAT MEMBACA! :D.

27 comments:

  1. TQ ..TQ....suka sgtttt...lepas rindu kt diorg....post lg tau...hehe....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Best la.... Smbg lg.... Suspend betul citer ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Next chapter please? Tak sabar ni.

    ReplyDelete
  5. Next chapter please? Tak sabar ni.

    ReplyDelete
  6. cerita yang penuh dengan suspend! Love it!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Yah...next chapter...nk tau kisah silam diorng...hekhek
    *xoxo*

    ReplyDelete
  9. Bila nk update..niii...nk thu sngat apa jdi lpas ni...

    ReplyDelete
  10. sis pls update STNK... dh lame sy tunggu2..

    ReplyDelete
  11. update please. lama dah tak update STNK 😭

    ReplyDelete
  12. update please. lama dah tak update STNK 😭

    ReplyDelete
  13. Please update. Lama tunggu. Tak pun keluarkan ebook. Sanggup beli 😭

    ReplyDelete
  14. Please update. Lama tunggu. Tak pun keluarkan ebook. Sanggup beli 😭

    ReplyDelete
  15. then..where is the next chapter..im in love with all your story..please..update the others chapter..keep waiting..keep it up writer

    ReplyDelete