Tuesday, 10 June 2014

Cerpen : Nadeem Ayuna



“Ayuna, help me please,” pohon Nadeem, di satu sudut bilik bacaan milik walidnya. Dia yang sedang berdiri di atas kerusi cuba menggapai sebuah buku yang terletak di rak paling atas.
“Tolong apa?” tanya Ayuna, tanpa memandang Nadeem. Kusyuk dengan novelnya, bab romantik kot. Mana boleh berhenti membaca. Tsk.
“Pegang kerusi saya ni…”
Tika itu, Ayuna angkat mukanya.
“Awak tinggi kot, takkan tak sampai?” Nadeem berdecit. Banyak soal pula minah seorang ini. Aku sekeh karang baru dia tahu, bebel Nadeem, sakit hati.
“Tak susah pun kan, cuma minta pegangkan kerusi,” Lambat-lambat Ayuna bergerak ke arah Nadeem. Novel yang dibaca tadi diletakkan di atas meja. Sebal pula hati kita. Huh!
*****
Cermin mata yang terletak di atas meja solek, dicapai. Nadeem merenung Ayuna yang masih bergolek di atas katil. Inilah padahnya jika berkahwin muda. Nasib badan mendapat isteri yang masih berperangai kebudak-budakan. Ops! Terkutuk pula.
“Jom,” Ayuna bangkit. Tudung yang senget dibetulkan.
“Ingatkan nak pergi esok aje,” perli Ayuna selamba. Mana tidaknya, hampir setengah jam dia menunggu lelaki itu bersiap. Mengalahkan perempuan!
“Mana stoking?”
Mata Nadeem tertancap pada kaki Ayuna yang masih ‘berbogel’. Haish!
“Alamak, terlupa,” Ayuna menepuk dahinya. Macam mana boleh terlupa hendak memakai stoking pula ni?
Sudahlah encik abang seorang tu alim-alim sikit, memang panaslah telinga dia ni. Sah-sah nanti kena bebel. Adoi, kau ni Ayuna, suka cari pasal dengan ustaz seorang ni.
“Benda simple pun boleh lupa? Take note ya, Ayuna. Please alert of your aurah. Don’t make any mistake, okay? Boleh bawa padah,” Ayuna terangguk-angguk sambil menyarungkan stoking hitam ke kakinya. Kan dah kena bebel, hah.
“Iya… iya. Janganlah bebel. Saya tahu dah,” tutur Ayuna perlahan.
Nampak sahaja encik abang ni seorang yang pendiam, tetapi apabila berdua dengannya… wuih, mulut tu asyik cotcetcotcet. Macam orang tua! Alamak, terkutuk suami pula. Sorry, Mr Hubby.
“Hah, apa lagi dok tercegat kat situ? Karang lambat pulak masuk kelas, kena bebel pulak dengan Prof. Yati,” Ayuna kerut hidung, geram.
Nadeem tergelak kecil, kelakar. Ketika puan isteri menghampirinya di pintu bilik, dirangkul bahu si kenet itu mesra. Memujuk oi! Tulang rusuk kiri dia kan. Eheh.
*****
Prof. Yati semangat memberikan kuliahnya. Namun, masih ada pelajar yang tidur. Huh, termasuklah si kenet Ayuna. Bukan tidur, tetapi hampir-hampir. Nadeem yang berada di meja hadapan menjeling Ayuna yang duduk di barisan kedua, tepi tingkap. Fahamlah tu apa yang Prof. Yati ajar sehingga terangguk-angguk Ayuna dibuatnya.
Itulah padahnya jika terlalu taksub membaca novel, tidak sedar waktu sudah ke tengah malam hampir subuh. Hadoi, kaki novel sungguh. Lebih baik khatam Al-Quran daripada khatam novel-novel cinta. Balik nanti, siaplah Ayuna dia kerjakan. Nadeem nekad akan melakukan idea yang tiba-tiba muncul itu. Diukir senyum senget.
“Ayuna, stand up,” Terkejut Ayuna dek suara kuat Prof. Yati. Mahu tidak mahu, dia berdiri. Sesiapa yang terlena ketika itu, kembali segar. “Awak ni kan, Ayuna. Setiap kali kelas saya, mesti nak tidur. Awak buat apa semalam?”
Ayuna sengih. Dijeling Nadeem, namun lelaki itu hanya buat biasa. Kayu dia tulah. Senget!
“Tak buat apa pun, prof…”
“Habis, kenapa awak mengantuk? Sibuk berchatting dengan boyfriend?” Ayuna telan air liur kasar. Orang sibuk dating dengan encik abanglah. Ugh! Halal lagi tu, hah.
“Prof, novel Warkah Cinta Berbau Syurga lebih menarik daripada chatting dengan boyfriendlah,” Prof. Yati terus menarik wajah ceria.
“Awak dah habis baca novel tu?” Semua pelajar di dalam kelas itu pandang Prof. Yati pelik.
“Belum. Baru nak khatam, ada yang kacau,” Diambil peluang itu untuk memerli Nadeem yang tunduk memandang meja.
Aduh, lelaki itu manalah pernah memandang ke arah lain selain pensyarah dan buku-bukunya. Jaga pandangan, beb. Tenung isteri lama-lama, boleh. Sangat boleh.
“Alah, awak bacalah sampai habis dulu. Nanti kita story mory ya?” Prof. Yati, peminat tegar novel-novel cinta berkonsepkan cinta islamik.
Kerap dia dan Ayuna bertukar pendapat dan novel-novel yang dibeli mereka. Kerana itulah, Ayuna agak rapat dengan Prof. Yati. BLF gitu; Bestlecturer Forever. Sengal!
Nadeem terpana seketika. Jadi, novel yang dikelek Ayuna ke hulu ke hilir itu adalah novel-novel cinta berteraskan islamik? Ngek.
*****
“Kenapa Mr. Specs pandang saya macam tu?” soal Ayuna di sebalik bukaan novelnya. Nadeem berdehem. Kan… dah kantoi!
“Warkah Cinta Berbau Syurga? Kisah apa?”
Suspicious, huh? Novel ni dah lama saya beli, dah masuk dua kali baca pun. Siap ada drama dia lagi. Saya ada download drama tu, awak tengoklah. Ada dalam lappy saya,” Faham sangat kerenah Nadeem yang agak alergik dengan novel-novel cinta ni.
Jiwang katanya.
“Jomlah tengok sekali. Bosanlah layan drama seorang,” Ayuna mencebik. Bosan konon. Menonton perlawanan bola sepak berjam-jam seorang diri, tak apa pula. Macam nilah lelaki. Huh!
Bukannya Nadeem tidak tahu, Ayuna tidak sukakan bola sepak. Pernah Nadeem mengajak untuk menemaninya ke perlawanan futsal antara kolej, Ayuna menolak. Huih, sorry to say… no! Habis-habisan dia menolak.
“Grrr, iyalah,” Ayuna menutup novelnya. Dia menapak ke meja belajar, diambil komputer riba Applenya dan dibawa ke katil.
Nadeem sudah siap bersedia berbaring di katil. Semangat! Siapa menyangka ketua pelajar yang tegas dan shy-shy cat itu sangat berlainan sikapnya ketika di rumah? Hanya Ayuna sahaja yang mengetahui sikap itu. Isk.
*****
Beberapa bulan yang lalu
Assalamualaikum, Saudara Nadeem Aliff,
Apa khabar? Tentunya sihat kan. Maafkan saya jika surat saya ini mengganggu saudara. Niat saya murni. Mungkin bagi saudara, surat saya ini agak cliché, tapi hanya cara ni saja yang mampu saya lakukan. Saya berterus terang saja ya. Pertama kali saya bersua dengan saudara, di hari pertama saya masuk ke kelas kita, saya mula jatuh hati pada saudara.
Saudara Nadeem,
Kita teman sekelas, jadi saya tidak mahu jika perasaan saya ni mengganggu pelajaran saya. Disebabkan itulah, saya terpaksa memberitahu saudara tentang ini. Saya tak mahu saudara salah anggap kalau saudara perasan saya asyik merenung saudara secara curi-curi. Oleh itu, izinkan saya terus merenung saudara secara sah. Boleh?
Yang mengharap,
Nur Ayuna Razif.
Nadeem mengeluh. Dicapai pen dan kertas, dia mencoretkan surat balas untuk Ayuna. Setelah beberapa hari, barulah dia mempunyai jawapan bagi isi surat yang dikirimkan Ayuna melalui salah seorang rakan sekelas mereka. Semester pertama melanjutkan ijazah, pada pandangannya… Ayuna adalah sama sahaja dengan perempuan-perempuan lain. Mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa. Namun, masuk sahaja ke semester kedua… Ayuna berubah 360 darjah sehinggakan rakan-rakan sekelas yang lain terkejut. Namun, mereka panjatkan rasa syukur kerana Ayuna telah mendapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah.
Ayuna bukanlah seorang gadis yang sosial. Cuma, pakaiannya sahaja tidak menepati ciri-ciri perempuan muslimah; ketat, mengikut potongan badan dan tudung pula agak singkat. Namun, Ayuna telah berubah. Pakaiannya sudah longgar, tudung juga sudah dilabuhkan.
Assalamualaikum, Saudari Nur Ayuna,
Maafkan saya kerana lambat membalas surat saudari. Coretan saya bukanlah sepanjang coretan saudari. Saya sudah berfikir masak-masak dan saya sudah pun punya jawapan untuk luahan hati saudari. Bulan hadapan saya akan menghantar walid dan umi saya untuk merisik saudari. Jadi, saya harap saudari sudi menerima lamaran saya. Terima kasih, saudari Ayuna.
Yang melamar,
Nadeem Aliff Hj. Azman.
*****
Kini
Kusyuk benar Nadeem melayan drama Warkah Cinta lakonan Heliza Helmi dan Imam Muda Nazrul sebagai watak utama. Ayuna yang sudah khatam beberapa kali drama itu menguap entah berapa kali. Akhirnya, hanya Nadeem sahaja yang menonton manakala Ayuna sudah enak memeluk lengan Nadeem. Bantal peluknya kini.
Nadeem yang perasan puan isteri sudah berdengkur halus, melarikan pandangan pada wajah lena Ayuna. Diusap ubun-ubun Ayuna lembut. Dia bukannya alim mana, cuma walid dan umi telah mendidiknya dengan pegangan Islam sejak kecil lagi. Dan, dia juga masih belajar tentang ilmu agama, sebagai bekalan masa hadapan.
Berkahwin di usia yang masih mentah; dua puluh dua tahun, memang memerlukan hati yang kuat untuk menampung dugaan yang mendatang. Namun, dia bersyukur kerana Ayuna tidaklah susah untuk dibentuk. Sekurang-kurangnya, Ayuna bukannya berubah kerananya semata-mata. Tetapi, Allah telah memberikan hidayah-Nya kepada Ayuna.
“Saya, Nadeem Aliff sayangkan awak, Nur Ayuna,” Dikucup dahi Ayuna lembut, penuh kasih.
Semoga bahagia terus kekal milik mereka. Insha Allah.
Kekasih, kau temani hidupku
Selalu ada disisiku
Pertemuan indah bila bersama
Selama-lamanya…
Kekasih, kau terangi hidupku
Engkaulah yang terakhir untukku
Hanya dirimu yang selalu
Ada di hatiku…
Ya Allah, restuilah cinta ini
Dan mengharap keredhaan dariMu
Agar senyumannya hadir selalu
Ya Allah, abadikan rasa ini
Naluri kelikhlasan dari hati
Agar tangisannya ku fahami
(song : Restu Cinta by Taleeb Mizad)
Nas Al-Quran mengatakan:
“Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah S.W.T akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah S.W.T Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
(Surah An-Nur; 24:32)
~SEKIAN~

p/s : cerpen special untuk semua. hehe. mood kahwin muda. ngeee. toink toink. kuat berangan CIA ni. haha. padah tengok orang kahwin. :D. esok petang atau malam, CIA update SAMSA last part eh. CIA cuba siapkan MLS jugak. :). sory tak boleh nak sambung semua serentak, pening plus keliru watak. huhu. CIA update slow slow tau. :). SELAMAT MEMBACA! :D.

8 comments:

  1. TQ.... Pape pun besttt...ada gak santapan mata nk baca....hehe....xsabar nk tggu last SAMSA...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, mona. :D. tak sabar nak post jugak. :)

      Delete
  2. wau.... Great :)
    Hehe.. uat lagi Cerpen akak, Panjang banyak tau, Hehehehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maseh, balqiz. panjangnya gelak sopan dia. faham dah. haha

      Delete
  3. huiii suwitttnye cite ni... sekarang ni pon ramai yg kawin awal x pelik tapi sunnah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. makaseh, yas. ha'ah. dah mcm zaman dulu2 balik kan. kahwin awal best jugak. hihi

      Delete
  4. Pleassee nk smbungan smpai akhir...heheehhehe...mohon sgt

    ReplyDelete