Thursday 12 June 2014

Cerpen : Macaroons Love Story 3



“Lain kali call abang terus. Hantar SMS, mana sempat abang nak baca. Banyak lagi kerja abang nak buat,” Adra menekur ke lantai. Sabar ajelah wahai hati, desis Adra.
“Ahhh!” Adra terjerit kecil. Membulat matanya. Altaf hanya buat tak tahu. Dia faham sangat perangai Adra yang suka buat gempak itu.
“Abang, please stop it. Kalau hari-hari Adra kena marah macam ni, abang jangan tanya kenapa Adra masuk labor room sebelum masanya.”
Altaf memandang isterinya yang sedang bersandar di kepala katil sambil berkerut seperti menahan kesakitan.
What do you mean? Kenapa muka berkerut macam tu? Abang dah penat nak melayan kerenah Adra ni. So, please,” Adra menjeling suaminya.
“Penat? Salah Adra jugak ke abang penat? Adra tak kacau abang pun kan? Pergi klinik pun bukannya dengan abang pun. Adra sakit… bukan kacau badan abang. Adra yang tanggung,” ujar Adra sambil mengusap perutnya. Bukan main kuat lagi bayinya menendang. Ni mesti marahkan baba dia sebab baba marahkan ummi. Kan?
“Jadi, sekarang Adra nak mengungkit?”
Adra menegakkan badannya sambil memejamkan matanya rapat. Baby ni kan, tak kesiankan ummi langsung.
“Abang, come here. Cepat!” Altaf menghampiri isterinya di katil. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Adra.
Adra membawa tangan kanan suaminya ke perutnya. Altaf dapat merasakan pergerakan kecil.
“Anak abang pun nak touché ummi dia. Adra buat salah apa ni? Sakit tahu tak,” Tangan kiri Adra memukul tilam kuat.
“Sayang…”
“Tak payah sayang-sayang lagi dah,” Terus mengalir mutiara yang sudah menjadi teman Adra itu. Altaf tergamam. Begitu sekalikah apa yang ditanggung isterinya?
I’m sorry. Sayang,” Altaf memeluk Adra yang sudah tersendu itu. Haih, cengenglah anak aku nanti kalau dah beginilah gaya ummi dia. Heh, sebab aku jugak, desis Altaf.
“Janji, tak buat lagi,” Adra berkata manja.
“Iya… iya. Abang janji. No more arguing after this. Okay?” Adra mengangguk dalam dakapan suaminya.
Bibir digerak senget. Eheh, budak nakal ni kan. Altaf termakan juga akan helah Adra. Adoilah, Adra memang terbaik. Boleh masuk audition jadi pelakon ni. Layak sangat dah.
*****
Adra mencedokkan nasi ke pinggan Altaf. Gara-gara dia merajuk semalam, Altaf mengambil cuti. Hajah Maryam senyum, senang hati melihat hubungan suami isteri itu sudah jernih. Haji Akasyah juga senang. Teringat pula dia ketika Hajah Maryam mengandungkan Altaf, kerap kali mereka bergaduh kerana dia sering meninggalkan isterinya seorang diri dek terlalu sibuk bekerja.
Kes Altaf pula lain. Anak lelakinya itu jarang menemani Adra ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Sejak kecil lagi, Altaf sudah fobia jika ternampak bayi yang baru lahir. Semuanya kerana Altaf hampir sahaja menyebabkan adik perempuannya terjatuh. Sejak itu, dia agak trauma tatkala disuruh mendukung bayi.
“Adra nak berpantang di mana?” soal Hajah Maryam.
Adra angkat kening. Kemudian, dia senyum.
“Adra tak kisah, ibu. Kat mana pun sama aje…”
“Ibu ingat biar Adra berpantang di rumah mama Adra aje. Bukan ibu tak sudi nak jaga Adra tau. Tapi, duduk dengan ibu sendiri dengan ibu mertua ni tak sama. Selalunya, anak perempuan lebih harapkan ibu sendiri. Kalau Adra nak berpantang di sini pun ibu tak kisah. Hari-hari ibu boleh jumpa cucu ibu,” ujar Hajah Maryam sambil tersenyum.
Dia faham sangat kerenah ibu berpantang ini. Mereka lebih selesa tinggal bersama keluarga sendiri berbanding dengan keluarga mertua.
“Ibu, biar Adra pantang kat rumah kami ajelah. Fair and square. Okey tak, sayang?”
“Tak kisah. Adra okey aje. Asalkan ada orang nak jaga,” balas Adra lembut. Namun, hatinya sedikit risau.
Hajah Maryam sudah menjelaskan kepada tentang kelemahan Altaf itu. Dia cuma takut suaminya itu tidak mampu menguruskan bayi mereka sendiri. Tetapi, elok jugalah berpantang di rumah sendiri. Lebih selesa dan tidak perlulah Altaf terkejar-kejar ke sana sini.
“Hmmm, boleh jugak tu. Boleh ibu dengan mama bergilir-gilir jaganya…” Hajah Maryam senyum, berpuas hati.
“Awak ada pengalaman ke nak jaga ibu berpantang ni?” soal Haji Akasyah bersahaja. Hajah Maryam mengerling suaminya.
“Apa pulak tak ada pengalaman? Dulu, saya berpantang sendiri tau. Abang apa tahu?” Altaf dan Adra sengih.
Ada sahaja idea Haji Akasyah mengenakan isterinya. Dari muda sehinggalah ke tua, dia masih belum puas mahu mengusik Hajah Maryam. Jelingan si isteri itu yang membuatkan hatinya tercuit. Jeling-jeling manja gitu. Tetap maintain. Eheh.
*****
Adra pandang Altaf di sisi almari baju. Bosanlah harinya selepas ni, Altaf sudah kembali bekerja. Bukannya dia tidak biasa, cuma menurut Altaf, dia akan mula sibuk dalam masa dua bulan ini. Macam biasalah, projek baru masuk. Haruslah sepenuh tumpuan perlu diberikan kepada projek itu. Haish, hendak ke rumah mama dia tiada mood.
“Abang, should I do something to keep me out of boring?”
Altaf angkat kening.
“Hmmm?”
“Yalah, abang kan sibuk. Takkanlah dua puluh empat jam Adra nak lepak depan tv aje? At least, I should do something, right?” Buku senarai keperluan bayi diletakkan ke tepi.
Altaf duduk di birai katil. Tangannya ditekap ke perut Adra yang memboyot itu.
“Abang bukannya sibuk dua puluh empat jam, sayang. Hujung minggu kan abang tetap cuti. Hmmm, apa kata hujung minggu ni Adra ikut abang. Kebetulan, staf abang ada buat gathering kat rumah dia. Bolehlah Adra kenal-kenal dengan isteri-isteri dia orang. Nak?”
Adra berfikir seketika.
“Boleh jugak. Gathering untuk raikan apa, abang? Kalau yang grand tu tak naklah. Segan,” Altaf usap kepala Adra, habis serabai rambut si isteri.
“Dia nak buat majlis untuk isteri dia. Abang pun tak pasti majlis apa…”
“Bolehlah daripada tak buat apa-apa, kan? Jom turun. Adra dah buat breakfast,” Adra buat muka comel.
Altaf yang memahami riak comel itu, mencempung tubuh Adra. Walaupun ada baby bump, berat isterinya itu tetap sama. Tak ada beza pun. Ummi ke baby yang tak cukup khasiat ni? Uhuk!
Baby banyak makan macaroons pun, tak besar-besar ke, sayang?”
“Hah?”
“Taklah. You ringan aje. Sama aje macam tak ada baby bump dulu. Atau, Adra tak makan ikut cadangan makanan yang abang dah siapkan tu?”
Altaf meletakkan Adra ke kerusi di meja makan. Dibetulkan baju yang sudah senget benget.
“Eh, Adra sekarang ni kuat makan tau. Satu balang macaroons tu pun tak cukup, kesian mama kena hantar selalu. Ringan sangat ke, abang?” Disendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Altaf.
“Tak ringan dan tak berat. Maintain. Pergi check up hari tu, doktor tegur tak Adra makan benda-benda manis?” Adra angguk.
Seronok sebenarnya. Altaf kembali caring seperti dulu.
“Okey aje. Cuma, doktor minta Adra kurangkanlah makan benda-benda manis ni. Tak baik untuk baby dan juga ummi yang comel ni,” Altaf cuit hidung Adra.
“Abang dah pesan, kan?” Adra buat muka. Kemudian, dia sengih.
“Iya, abang. Hah, Adra dah siap listkan barang-barang baby. Abang kosongkan satu hari tau untuk teman Adra beli barang-barang tu…”
“Bukan sayang ada beli online ke?” soal Altaf sambil mengunyah nasi goreng. Sesekali dia menyisip coffe latte kegemarannya.
“Memanglah. Tapi, ni barang keperluan baby untuk dua bulan pertama. Barang-barang untuk Adra pantang nanti, ibu dan mama dah sediakan. Tunggu nak angkut datang sini aje…”
Altaf terangguk-angguk. Hmmm, dia tengok persediaan Zaid dan Nayli juga sudah memeningkan kepala. Zaid ada juga mengadu padanya. Sejak Nayli bersalin ni, waktu tidur dan rehatnya sudah terbatas. Mana nak jaga si ibu, baby lagi. Untung sahaja ibu si Zaid tu seorang yang berpengalaman menjaga ibu berpantang ni, tidaklah kelam kabut sangat. Puan Najihah juga sudah punya sedikit pengalaman.
“Okey. I’ll set the date. Jadi, hari ni ummi nak makan apa?” Adra pandang suaminya dengan kening sebelah terangkat.
Bukankah Altaf sibuk?
“Abang nak balik masak ke?”
“Taklah. Mama call masa sayang mandi tadi. Mama nak datang sini, itu yang mama suruh abang tanya, Adra nak makan apa?”
“Oh, okey. Thought, you want to cook for me. Hampeh,” cebik Adra. Altaf tergelak kecil. Bab-bab manja ni kasi dialah.
“Alolo, baby nak makan masakan baba ke? Atau, ummi yang nak?” Didekatkan wajah ke perut Adra. Tangan mengusap perut Adra. Haish, tak puas dia ingin berbual dengan bakal anaknya itu. Cepatlah keluar baby oi.
Both of uslah, abang. Abang bukan dah lewat ke ni?” Adra pandang jam yang tergantung di dinding.
“Abang tunggu mama datang dulu. Mama sampai nanti baru abang keluar,” jawab Altaf. Tumpuannya masih pada perut si isteri. Entah apalah yang dijampinya.
Sweetnya suami Adra ni. Abang kenyang ke tengok si boyot ni?”
“Sayang, I want hold our baby steadily. Doakan abang boleh azankan dia macam lelaki-lelaki lain,” sayu sahaja suara Altaf.
“Insha Allah. Be strong, abang. Adra tak kisah dah. Janji abang ada temankan Adra. Manalah tahu, bila abang nampak baby kita nanti, abang dah tak takut. Who knows, right?”
Thank you, sayang. Love you even more. Dah matured, cute wife abang ni,” Adra senyum comel. Seronok dipuji. Makan puji sunggulah si Adra ni. boleh kenyang kot dengan pujian-pujian Mister Aqhar Altaf tu.
“Eh, mestilah. I am Madam Qutnina Khadra also known as Mrs Aqhar Altaf. Of course, I have to match with my double lovely hubby. Ummi-to-be, right?”
“Meh sini, peluk sikit,” Ohoi, memang sukalah si Adra tu. Pelukan Altaf sering dinantinya. Kenapa? Di situlah ketenangan yang dia dapat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 :
Dan di antara tanda-tanda Ia yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

to be continued...

p/s : sorry tau sebab pendek ja MLS part 3. actually, not get into the mood. hehe. utk malam ni, ni ja yang termampu. hope dapatlah ubat rindu. haha. poyo ja. SELAMAT MEMBACA! :D.

3 comments:

  1. Waaaa.... Tq2 akak
    Love ♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, balqiz. memanjang ja hang online noh. tak study eh. hihi. love love love. :D

      Delete
  2. Sambung lg pzzzzz....hehe....enjoy wpun pendek....tenkiu....;)

    ReplyDelete