Monday, 16 June 2014

enovel : Hello, Mr LA! Edited Version 9 & 10


Trisha berbaring sambil memeluk bantal peluknya. Rasanya sudah lama dia tidak tidur di dalam bilik ini. Dia jarang balik ke rumah ibu bapanya sejak berkahwin memandangkan dia sudah terbiasa di rumahnya dan Azaril. Adakah tidur malamnya akan lena tanpa Azaril di sebelah? Trisha bangun ke almari dan mengeluarkan teddybear yang besar. Lebih kurang sahaja saiznya dengan Trisha.
Be my husband tonight and… for the next next next night too, Wilbear,” gumam Trisha sambil meletakkan teddybear besar itu di sebelahnya. Tangannya memeluk erat teddybear yang digelar Wilbear itu.
Tiba-tiba Trisha teringat saat Wilbear datang dalam hidupnya.
“Kita datang sini buat apa?” tanya Trisha dengan kerutan di dahi. Azaril menarik tangan Trisha masuk ke dalam kedai teddybear. Pelbagai jenis teddybear yang djual di kedai itu.
“Sinilah. I nak you tolong pilihkan teddybear untuk anak kawan I. Tomorrow is her birthday. I don’t know how to choose this millions bear,” minta Azaril sambil mendepangkan tangannya.
Hmmm… let me think. Berapa umur anak kawan you tu?”
Seven years old…”
Trisha tawaf satu kedai untuk mencari teddybear yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Dan akhirnya dia menjumpai patung… Totally Spies! Sebenarnya, kartun itu merupakan kegemarannya dulu. Tetapi dia pasti kanak-kanak sekarang juga turut meminati tiga orang pengintip muda itu.
Totally Spies? Are you sure?”
“Yupp. Why not you just trying give her this? Maybe she’ll love it. Tak cuba, tak tahu,” Trisha mengambil ketiga-tiga patung itu dan dibawa ke kaunter pembayaran.
Wrap this. And put it in the box. Birthday present,” Pekerja kedai itu mengangguk dan melakukan kerjanya dengan pantas.
“Sayang, can I have this?” Azaril membulatkan matanya. Pekerja-pekerja di kedai itu sudah tersenyum-senyum.
You want this?” soal Azaril separuh tidak percaya.
Yes…”
For what? You dah dua puluh lima tahunlah. Tak payah main lagi dah teddybear bagai ni,” Trisha mencebik.
Alright. Then… you jangan marah I tahu kalau I peluk lelaki lain…”
“Apa?”
“Alah, you belikan ajelah. Nanti tak adalah I sorang-sorang kat rumah bila you pergi kerja,” Trisha mengangkat keningnya berulang kali.
“Yelah… yelah. Hergh,” Azaril buat muka geram. Trisha tersenyum penuh gembira. Dia meletakkan teddybear yang hampir sama besar dengannya itu di atas kaunter.
Wrap ni sekali eh. Terima kasih,” Azaril menggelengkan kepalanya. Nasib baik isteri. Kalau kekasih, tak adanya dia nak belikan.
“Jarang ada customer macam encik dan puan yang datang kat kedai kami ni,” kata salah seorang pekerja kedai itu.
“Kenapa?” tanya Trisha ingin tahu.
“Selalunya yang datang, parent yang nak belikan anak dia orang teddybear. Itupun lepas anak dia orang paksa. Tak pun, couple yang selalu keluar macam tu aje. Sebab si boyfriend tak nak belikan teddybear ni,” jelas pekerja ramah.
Azaril dan Trisha ketawa serentak. Macam-macam ragam orang sekarang ni.
“Biasalah tu, dik. Bukan semua orang yang sweet macam kita orang ni,” Trisha buat mimik meluat. Beli beruang, angkat sendiri nampak. Tsk.
Sweet sangat. Alah, you all tulis aje kat depan pintu tu. Customer yang ikhlas sahaja dibenarkan membeli di sini…”
“Amboi, bankruplah kedai ni. You nak tanggung ke?” Azaril jelling Trisha.
Suggestion aje, cik abang oi…”
“Betul jugak tu. Berapa kerat aje sebenarnya orang yang betul-betul nak beli beruang-beruang ni. Kadang-kadang, ada aje yang menjeling tengok teddybear ni semua. Tapi, hampeh. Dia orang lebih sayangkan duit daripada nak melabur untuk yang tersayang,” Pandai juga pekerja itu berhujah.
“Dia orang tengah merancang tu. Survey,” gurau Azaril.
Maybelah. Alright, dah siap,” Trisha mengambil teddybear yang besar itu sementara Azaril membayar semuanya.
*****
“Suka?” soal Azaril. Trisha senyum lebar selebarnya. Seronok kerana Azaril sanggup membelikan beruang besar ini untuknya. Sayang encik suami berlipat kali ganda. Ngeee.
“Suka sangat-sangat…”
“Lepas ni, I peluk bantal ajelah ye,” Azaril yang sedang memandu itu mengerling si isteri di sebelah.
“Eh, mana boleh. You kena peluk both of us,” balas Trisha sambil tangannya memeluk lengan Azaril.
“Alah, you peluk ajelah teddybear you tu,” Azaril berpura-pura merajuk.
“Ceh, sensitiflah pulak, Doktor Raffiqi ni. Tak nak kawanlah…”
“Tak nak kawan konon. Tapi, peluk kita jugak,” Trisha tersengih comel. Terserlah lesung pipit di kedua pipinya itu.
“Biarlah. Suami kita,” Tangan kiri Azaril memeluk kepala Trisha dibahunya. Sementara tangan kanan masih mengawal stereng.
“Nasib baik. Kalau tak, I debush you keluar,” Trisha mengecilkan matanya.
“Sampai hati you nak debush I. Malam ni tidur soranglah…”
“Okey… okey. I tak debush you. I sayang you aje,” Azaril tidak malu mengaku akan kasih sayangnya pada Trisha. Dia bukannya seorang yang menyembunyikan perasaannya. Jika sayang, katakan sayang. Cuma, sesekali dia mahulah juga Trisha yang meluahkan rasa kasihnya.
I know. Dahlah, I tak nak kacau you drive,” Trisha membetulkan duduknya. Dia memeluk teddybear itu.
*****
Trisha kembali ke dunia nyata apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Dia bergerak malas untuk membuka pintu. Dengan baju tidur kartunnya yang separas lutut dan rambut yang berserabut dek bermain dengan Wilbear tadi. Tombol pintu dipulas kasar. Geram tahu tak? Geram! Diganggu ketika sedang melayan perasaan.
“Ada apa?” tanya Trisha malas.
Miss you,” balas satu suara garau. Trisha pantas mengangkat wajahnya. Azaril! Senyuman Azaril melebar. Tetapi, di dalam hati sudah mengutuk si Trisha. Baru sahaja ditinggalkan, habis berserabut.
Jika tidak mengenali Trisha, sudah tentu dia menganggap wanita itu adalah pontianak ke kuntilanak ke. Tidak pun, Mak Lampir. Tsk.
“You!” Jerit Trisha sambil memeluk leher Azaril, terus membongkok badan tegap si Azaril itu. Trisha… Trisha. Bukan main teruja lagi dia menerima kehadiran suami yang dirindui.
“Amboi… tadi tak adanya nak peluk ibu macam tu,” rajuk Puan Sri Kamalia.
“Ha’ah. Trish tak pernah peluk baba macam tu pun. Ini tidak adil,” Tan Sri Amzan juga bersekongkol dengan isterinya. Padahal, mereka hanya sekadar bergurau sahaja. Memeriahkan suasana.
“Alolo, meh sini,” Trisha melepaskan pelukan di leher Azaril. Dia memeluk kedua orang tuanya dengan erat sekali. Siap diciumnya sekali. Azaril tersenyum lebar.
“Dah… dah. Pergi tidur. Esok Aril nak kerja, kan. Dan… suami kesayangan Trish dah makan kat bawah tadi,” Trisha menoleh ke belakang. Azaril tersengih.
Rupa-rupanya Azaril sudah lama tiba? Senget punya suami. Aku pelangkung karang, berdosa pulak. Haish, Doktor Azaril. Bebel Trisha sendiri.
Okay. Goodnight,” ucap Trisha kepada ibu dan babanya.
“Selamat malam, ibu, baba,” ucap Azaril pula.
“Selamat malam…”
Azaril menarik Trisha masuk ke dalam bilik dan dikunci pintu bilik. Dia sudah tidak sabar mahu menatap wajah kesayangannya itu. Rindu! Sebenarnya, sebaik tiba di rumah mertuanya ini, dia mahu terus bertemu Trisha. Sudahnya, Puan Sri Kamalia lebih pantas menggodanya untuk menjamu selera terlebih dahulu. Apatah lagi, di sememangnya sedang lapar. Tahap kebulur! Itu padahnya meninggalkan isteri dan cuba hidup bersendiri.
“You datang sini kenapa?”
“Kejap lagi you tanya, eh. I nak mandi dulu,” Azaril mengambil tuala yang digunakan Trisha tadi dan terus berlalu ke bilik air. Lebih baik, dibersihkan diri terlebih dahulu. Selepas itu, bolehlah berlebih-lebihan. Neng!
Trisha termangu sendiri. Dia membelek Wilbear kesayangannya.
Does he love me, Wilbear? Why did he come here? Just want to see me?” Apa sahajalah si Wilbear yang tak bernyawa itu tahu? Trisha memandang pintu bilik air dengan penuh tanda tanya. Tak tercapai dek akalnya kenapa sang suami datang ke sini.
Trisha turun dari katil dan duduk di lantai berlapikkan karpet berbulu gebu. Dia mendudukkan Wilbear di sebelahnya. Perasaan apakah yang dia rasa ketika ini? Chill, Trisha. Jantungnya berdebar. Kenapa ni? Sebelum ni tak ada pun nak berdebar bagai. Ini yang musykil. Trisha bangkit dan mengambil buku kesukaannya di rak buku. Dia membaca kembali muka surat yang ditandanya dulu.
Act like a lady… thinks like a man,” Sebaris tajuk buku itu dibaca Azaril perlahan. Buku apakah?
“Hmmm…”
What are you trying to know, Trisha?” Azaril duduk di sebelah Wilbear.
Nothing. Just throw back what I’ve read before,” jawab Trisha. Dia meletakkan buku itu di lantai. Semakin laju jantungnya berdetak ketika. Ah, hati. Tahulah pemilik engkau sudah kembali pun. Janganlah sekali dengan jantung aku, kau nak terbitkan, omel Trisha.
Who’s the writer?” soal Azaril. Tertarik pula dia pada buku itu. Sempat dia perasan, buku itu khas untuk kamu wanita. Erk? Mengapa pula khas untuk kaum wanita sahaja? Pelik… pelik.
“Steve Harvey…”
“Trisha,” Trisha berpaling ke sebelahnya.
Why are you here?” Azaril mengeluh kecil. Trisha menunggu jawapan dari Azaril dengan sabar. Banyak persoalan di dalam mindanya sekarang. Cuma, hanya ini yang dia ingin ketahui buat masa sekarang.
My soul was gone with my beloved wife. So, I was here to get back my missing soul,” Azaril menjawab tenang. Kala ini, hatinya hanya menyebut satu nama. Dan nama itu adalah milik isterinya. Kekasih halalnya, Trisha Dania.
Your soul? With me?” Azaril mengangguk. Dia mengalihkan Wilbear dan diletakkan di atas katil. Dirapatkan dirinya dengan Trisha dan membawa isterinya ke dalam pelukannya.
Ya Allah, tenangnya hati aku tika ini. Adakah wanita ini ubat penenang untukku? Terima kasih, Ya Allah. Kau denyutkan jantung aku untuk isteriku sendiri. Alhamdulillah.
Yes, with you. Do you remember the song that I love to sang before?”
Ahah, way back into love,” jawab Trisha, yakin. Mestilah dia mengingati lagu kegemaran suaminya itu. Hampir setiap hari dia mendengar lagu itu bermain di segenap bilik. Adakalanya, suaminya sendiri yang menyanyikan lagu.
Why not we sing the song? But this time, I want we spread all our heart into the song. Get the feeling. Get it?” Trisha mengangguk perlahan.
Azaril mencapai Iphonenya di birai katil dan memainkan muzik Way Back Into Love nyanyian duet Hugh Grant dan Drew Barrymore.
Trisha menarik nafasnya dan dihembuskan perlahan.
I've been living with a shadow overhead,
I've been sleeping with a cloud above my bed,
I've been lonely for so long,
Trapped in the past,
I just can't seem to move on!

Giliran Azaril pula meluahkan perasaannya. Diikhlaskan hati agar rasa itu sampai pada pemilik hatinya.

I've been hiding all my hopes and dreams away,
Just in case I ever need 'em again someday,
I've been setting aside time,
To clear a little space in the corners of my mind!

Azaril dan Trisha saling berpandangan.

All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
Ooo hooow

Trisha memeluk suaminya dengan lebih erat lagi. Azaril mendengar setiap bait lagu yang dinyanyikan isterinya. Sudah lama dia ingin berduet lagu kegemarannya itu bersama Trisha. Namun, setiap kali dia ingin menyuarakan hasratnya pasti hatinya melarang. Dia takut isterinya akan menolak dan penolakan itu pasti menghampakan hatinya.
I've been watching but the stars refuse to shine,
I've been searching but I just don't see the signs,
I know that it's out there,
There's gotta be something for my soul somewhere!
Trisha turut menghayati setiap bait umpama mendengar luahan suaminya. Kemudian dia tersenyum manis. Ya Allah, aku jatuh hati. Jatuh hati pada suamiku sendiri.
I've been looking for someone to she'd some light,
Not somebody just to get me through the night,
I could use some direction,
And I'm open to your suggestions.
Azaril menarik tangan Trisha untuk bangun. Mereka menari sambil menyanyikan lagu kegemaran Azaril. Trisha memaut lembut leher Azaril dan Azaril meletakkan tangannya di pinggang Trisha.
All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
And if I open my heart again,
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end!
 “This is my word to you,” bisik Trisha, penuh romantik. Azaril melirik senyum, akan dikenang saat ini sehingga ke hujung nyawa.
There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation
Dan sekali lagi mereka menyanyikan bahagian korus dengan penuh perasaan. Mata masing-masing sudah bercahaya. Cahaya apakah? Yang pasti mereka mempunyai perasaan yang sama saat ini. Perasaan itu yang dialirkan ke segenap ruang hati mereka. Paluan kompang di hari persandingan mereka bagaikan masih terngiang di minda.
All I wanna do is find a way back into love,
I can't make it through without a way back into love,
And if I open my heart to you,
I'm hoping you'll show me what to do,
And if you help me to start again,
You know that I'll be there for you in the end!
Mereka saling bertatapan. Senyuman nakal Azaril membuatkan Trisha tergelak kecil. Bukanlah kali pertama mereka melunaskan tanggungjawab yang satu itu. Tetapi, malam ini terlalu istimewa. Semuanya kerana kedua-duanya sudah yakin akan cinta masing-masing. Semoga hari ini dan seterusnya juga milik mereka. Kurniaan Allah adalah yang terbaik. Mereka akan menghargai setiap detik bersama selagi nyawa dikandung badan. Insha Allah.
*****
Hey,” Azaril mencium dahi Trisha lembut. Isterinya itu tampak polos. Azaril menggeliat kecil. Malasnya hendak bangun, mahu sahaja dia terus melelapkan mata sehingga ke tengah hari.
“Malasnya nak bangun. Dahlah hujan…”
No. You kerja, kan. Get up,” Trisha ingin bangun namun tangan Azaril pantas menarik isterinya ke dalam pelukan. Tidak puas lagi dia bermanja dengan Trisha. Sudah berada di hadapan mata pun, masih rindu. Isk. Itu bukannya rindu, tetapi gatal.
“Alah, kerja tu bila-bila boleh masuk,” Azaril mengangkat keningnya, berlagak pandai.
“Tak nak pergi kerja eh. O… key. Then, I tak payah balik rumah kitalah kan?” ugut Trisha. Strategi kena bijak, beb. Cik abang seorang ini bukannya makan saman. Slumber badak dia sahaja mahu bercuti sedangkan cuti lelaki itu sudah pun habis. Naik lemaklah jika seorang doktor meninggalkan pesakitnya lama-lama.
No way! Okey, I mandi dulu,” Trisha tersenyum menang. Dia kembali berbaring.
Tidak disangka perpisahan selama beberapa jam itu mampu meresahkan mereka. Dan yang paling mengejutkan Azaril turut menyayanginya. Dulu, bukan main suaminya itu mengatakan susah untuk menyayanginya. Akhirnya, Azaril sendiri yang mencari Trisha kembali. Lelaki dengan egonya takkan terpisah.
“Dah lama buat kerja ni?” Azaril tersenyum nakal. Matanya ini tidak mahu lepas dari seraut comel Trisha.
“Dah lama dah. Sejak I ada isteri lagi…” Trisha ketap bibir. Dia ingatkan suaminya itu sudah ke kamar mandi. Rupanya, masih di sini. Sibuk menilik wajah isteri dia yang comel ini. Masuk bakul angkat sendiri nampak, Puan Trisha Dania.
“Oh ya? Kenapa tak mandi lagi?”
“I kalau bolehlah kan… naklah mandi dengan wife I. Macam tak seronok pulak mandi sorang-sorang. Sejuk ni,” Trisha menampar belakang badan Azaril yang sedang meniarap itu.
“Mengadanya. Pergi ajelah mandi,” Azaril menggeleng laju. Muka menunjukkan mimik manja. Sehabis mungkin ditayangkan wajah comel agar si isteri termakan helahnya itu.
No!” Azaril bersuara tegas. Mata ditajamkan pada Trisha penuh makna. Arahan suami tidak boleh diingkar. Trisha berdecit, geram dengan kerenah suami yang mengada-ngada ini.
Hish, sabar sajalah!
“Okey. Jom,” Azaril tersenyum nakal. Sudah macam budak-budak biarpun dah masuk tiga puluh tahun. Pantas sahaja lengan sasa Azaril mencempung tubuh Trisha ke bilik air. Kedengaran Trisha menjerit kecil tatkala badannya dicelupkan terus ke dalam tab mandi. Grrr.
*****
Tok! Tok! Tok!
Trisha membuka pintu sambil mengelap rambutnya yang basah. Puan Sri Kamalia elok sahaja berdiri di muka pintu. Kening diangkat sedikit. Senyuman nipis dihulurkan.
“Trish, dah bangun?”
“Dah siap mandi pun, bu…”
“Ibu ingat tak bangun lagi. Gelap aje bilik Trish ni. Takut pulak nanti lambat bangun… Aril nak pergi kerja tu,” Sayang sangat ibu dengan menantu dia seorang ni.
“Dah, bu. Kita orang nak solat subuh dulu. Kejap lagi Trish turun tolong ibu buat sarapan eh,” Trisha ukir senyuman comel.
“Iyalah. Ibu pun tak solat lagi ni,” Puan Sri Kamalia berlalu kembali ke biliknya. Trisha menutup kembali daun pintu bilik.
“Kenapa dengan ibu?” soal Azaril. Dia hanya bertuala sahaja.
“Ibu ingat kita tak bangun lagi. Kang lambat pulak menantu tersayang dia ni pergi kerja,” Trisha mencubit kedua pipi Azaril lembut.
Sweetnya ibu…”
“Ibu siapa? Mana kemeja dengan seluar you? I ironkan,” Trisha menyidai tualanya dan berlalu ke meja solek.
“Ada dalam keretalah. Kejap lagi I ambil. Kita solat dulu,” Trisha memandang Azaril dari cermin dengan riak terkejut.
Azaril menghampiri Trisha dan mencium ubun-ubun isterinya lembut.
You make me grow up, Trisha Dania. Thank to you and the only one… Allah,” Bibir Trisha mengulas senyuman yang paling manis untuk suaminya.
“Dah besar ye, cik abang Trisha ni,” Trisha mengusap rambut Azaril. Kemudian dia berlalu ke almari dan mengeluarkan t-shirt dan juga kain pelikat untuk suaminya. Pertama kali mereka akan berjemaah.
*****
Azaril tidak terus masuk ke rumah setelah mengambil pakaiannya di kereta. Sebaliknya dia melabuhkan punggungnya di buaian yang terletak di porch. Dingin hujan menyapa kulitnya. Sungguh, dia berasa sangat tenang. Cuaca pagi itu yang redup amat memberikan keselesaan kepadanya. Selalunya pukul tujuh pagi, matahari dah memancar. Namun hari ini, keadaan di luar masih gelap.
“Ehem…”
“Baba,” Tan Sri Amzan duduk di kerusi berhampiran.
“Buat apa kat luar ni?”
“Saja nak ambil angin. Tenang pulak rasanya pagi ni,” jawab Azaril. Tan Sri Amzan menyedut udara pagi yang sedang menangis hari ini.
“Jarang tempat kita ni nak hujan pagi-pagi macam ni. Kalau tak ingatkan kerja, sambung tidur pun sedap ni,” ujar Tan Sri Amzan dalam nada bergurau.
“Itulah, baba. Sedap tidur ni. Sejuk pulak tu,” balas Azaril sambil memeluk tubuh.
Tan Sri Amzan dan Azaril diam seketika. Jarang mereka ada masa untuk berbual seperti ini. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tan Sri Amzan dengan perniagaannya. Manakala, Azaril memang sentiasa sibuk di hospital. Kadang-kadang sahaja mereka bersua muka, ketika majlis keramaian diadakan. Itupun, hanya sekejap.
“Eh, kat sini lagi?” Azaril dan Tan Sri Amzan menoleh ke muka pintu serentak. Trisha sedang elok bersandar di tepi pintu.
“Amboi, takkan tak boleh nak berenggang langsung, Trish…”
“Tak adanyalah, baba. Orang nak ambil baju Aril. Nasib baik Trish turun. Kalau tak, pakailah baju tak beriron tu pergi kerja,” Azaril menyuakan pakaiannya kepada Trisha.
“Ingatkan dah rindu. Trish, duduk kejap. Baba nak cakap sikit…”
“Hmmm?” Trisha duduk di sebelah Tan Sri Amzan. Dia menanti bicara dari babanya. Macam hal penting sahaja.
“Nenek ada telefon Trish?”
“Ada. Semalam… masa on the way nak balik sini. Kenapa, baba?” Tan Sri Amzan mengeluh kecil.
“Trish ada setuju nak pergi rumah nenek hujung minggu ni?” Trisha mengangguk laju. “Huh, nasib baik,” Tan Sri Amzan mengusap dadanya. Terasa lega sedikit.
“Ini yang pelik. Kenapa dengan baba ni? Lain macam aje…”
“Aril?” Trisha mengecilkan matanya memandang Azaril. Azaril menjadi serba salah. Kantoilah dia jika dia menipu lagi. Semalam dia mengelak sakan, tidak mahu pulang ke kampung dek tidak mahu bersemuka dengan Trisha lagi.
“Aril cakap ada kerja hujung minggu ni,” balas Azaril, gelabah. Trisha sudah menarik sengih tajam. Haish!
“Macam ni… baba, ibu dan saudara mara kita yang lain ingat nak surprisekan nenek. Jadi, ada yang cakap tak boleh nak join kenduri tu nanti. Tapi, sebenarnya memang semua nak balik pun,” terang Tan Sri Amzan.
Then?”
“Nanti Trish balik rumah nenek dengan ibu dan Cik Ani aje. Malam kenduri tu baru yang lain balik. Faham?”
“Okey, faham. Nak surprise untuk apa, baba?” tanya Trisha.
“Hari yang nenek buat kenduri tu kebetulan hari lahir nenek. Kita orang dah setuju nak buat kejutan. Memang dah lama pun nak buat kejutan ni tapi tak ada masa kan. Alang-alang nenek nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk tu, surprisekanlah nenek sekali,” jelas Tan Sri Amzan.
“Untung nenek dapat anak menantu macam ni kan,” Tan Sri Amzan gelak akan kata-kata Azaril itu. Nek Salima seorang yang baik, sudah tentu seluruh keturunan keluarga menyenangi wanita tua itu.
“Alah, small matter. Walaupun baba ni cuma menantu aje, tapi nenek layan baba macam anak sendiri. Nenek tak pernah bezakan anak menantu dia. Semuanya dilayan sama rata,” ujar Tan Sri Amzan.
“Iyalah. Baba, minggu ni Trish tak masuk kerja tau,” maklum Trisha. Azaril sudah pelik. Rasanya Trisha tiada berbincang apa-apa pun dengan dia.
“Kenapa pulak? Tak cukup cuti dua minggu?”
“Mana ada dua minggu. Seminggu lebih aje, eh. Trish malaslah nak masuk kerja lagi. Minggu depan Trish kerjalah balik. Bolehlah,” pujuk Trisha. Dia bukanlah malas, cuma dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada rumah tangganya sementelah hubungan mereka semakin baik ini.
“Iyalah. Nasib baik anak sendiri. Tapi, kali ni aje tahu. Nanti apa pulak kata staf-staf lain…”
Noted. Trish naik dulu. Baba jangan lama-lama sangat kat luar ni. Nanti asthma baba datang balik pulak. You pun sama,” pesan Trisha kepada dua orang kesayangannya itu.
“Eh, doktor kesayangan Trish di sebelah ni boleh ubatkan babalah,” Trisha mencebik.

Azaril buat muka hebat. Mentang-mentang sudah berbaik, mulalah perangai budak-budak dia orang itu kembali. Tan Sri Amzan mengulas senyuman lebar. Bahagia melihat pasangan muda sudah menemui kebahagian mereka. Semoga kebahagiaan itu kekal milik anak menantunya itu. Untung-untung, timang cucu baru dia tahun hadapan. Eheh.

to be continued...
 p/s : HMLA edited version for bab 9 & 10. hehe. ada part yang diedit. so, harap boleh ubat rindu. hihi. tengah cuba masuk mood HMLA balik. inshaAllah, CIA cuba masukkan entry baru untuk HMLA. and, maybe CIA stop sat untuk cerpen & enovel yg lain. nak fokus time tengah in HMLA mood ni. so sorry tau. :(. anyway, SELAMAT MEMBACA! :D. trying update new bab and new scene for HMLA. :)

9 comments:

  1. Hehe... ok akak, jnji ada new n3 sudah ;)
    Tq ok sbb bagi new cerpen ♥

    ReplyDelete
  2. Hehe...awl update...papepun story u semua bestttt....suwet2 gitu...so mlm ni update lg tau....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awallah. hehe. thank you, mona. suuuuweeeet ke? hihi. dah update. :D

      Delete
  3. Hello Mr La dh.. tapi STNK x de lagi.. hmm.. still waiting.. take your time to write it writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. STNK sedang diupgrade. hehe. thank you sudi tunggu. :). love love love.

      Delete
  4. Biarlah jelah Lewis Lee tu duduk diam2 kat LA. Tamau kacau Azaril dengan Trisha. Can ah can ah? Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaaa, acana nak jadi HMLA gitu. hehehe. canorcannot?

      Delete