Tuesday 17 June 2014

enovel : Hello, Mr LA! 11


Keriuhan di rumah papan mewah Nek Salima menghiburkan hati wanita itu. Sedari pagi tadi, senyuman lebar tidak mampu diusir pergi. Penuh satu dapurnya dek dipenuhi anak menantu serta cucu cicitnya. Jika beberapa hari yang lepas, dia kecewa. Kini, tidak lagi. Melihat hubungan rapat ahli keluarga adalah hadiah paling terindah buatnya. Nek Salima terbatuk kecil. Anak menantunya sudah sedia maklum akan penyakitnya itu.
“Nenek,” sapa Trisha ceria. Dia duduk di samping neneknya yang sedang bertenggek di anak tangga sambil merenung ke dapur.
“Aril mana?” Trisha menarik muncung. Azaril juga yang dicari oleh nenek kesayangannya itu. Huh!
“Dekat luarlah. Sibuk tolong pasang khemah. Nenek okey ke ni?” Nek Salima angguk, senyuman manis dilirik.
“Nenek okey. Nia gembira hidup dengan Aril? Sudah boleh terima Aril sebagai suami?” soal Nek Salima.
“Alhamdulillah, nek. Semuanya okey. Lagipun, Nia dan Aril memang redha aje bila kena kahwin dulu. Nenek jangan risaulah. Aril layan Nia baik sangat,” Dipeluk bahu Nek Salima erat.
“Iyalah. Nenek tumpang gembira, Nia. Sekurang-kurangnya nenek lega sebab ada yang menjaga cucu kesayangan nenek ni. Nia tahu kan sakit tua nenek ni semakin melarat. Nenek sudah hidup terlalu lama, jadi nenek harap sangat seluruh keluarga nenek ni gembira,” sayu sahaja suara Nek Salima ketika ini.
“Nek, takdir Allah yang bawa kita ke sini. Keluarga nenek bersatu macam ni, semuanya atas usaha nenek sendiri. Nenek dan arwah atuk berjaya melahirkan generasi yang hebat. Nia kagum dengan nenek dan Nia harap Nia jugak mampu punya generasi yang super best macam ni,” Nek Salima tergelak.
“Haish, bunyi macam orang berisi dah ni. Nia mengandung ke?” Trisha menjuihkan bibir.
“Apalah nenek ni. Nia cakap pasal masa depanlah. Nenek kan pakar bab-bab ni, jadi nenek tengoklah sendiri. Nia mengandung ke tidak?”
Trisha menjarakkan sedikit badannya dengan tubuh tua Nek Salima. Dicekak pinggang memberi peluang nenek kesayangannya itu menilai. Tsk. Buatnya dia mengandung betul, memang harulah. Dalam tidak suka, boleh mengandung, huh. Mahunya si Azaril menambahkan lagi ‘kebesaran’ kenduri arwah ini.
Nek Salima mengetuk bibir dengan jemarinya. Dikerutkan dahi. Telapak tangan kanannya dilekap pada perut kempis Trisha. Kempis ke?
“Sah!” Ternganga Trisha dibuatnya. Sah apa? “Tahniah, sayang. Nia mengandung,” Bukan setakat ternganga lagi dah, mahu sahaja dia terbaring di situ jika tidak disambut Azaril yang kebetulan lalu di situ.
“Apa, nek?” tanya Trisha sekali lagi. Mahukan penerangan yang jelas. Azaril yang memaut tubuh isterinya sudah kerutkan dahi.
Nek Salima senyum.
“Nia tanyalah suami Nia sendiri. Nenek rasa dia lebih tahu,” kata Nek Salima sebelum berlalu meninggalkan pasangan suami isteri itu. Dia menyertai gotong royong yang sedang sibuk diadakan di dapur.
“Trish, jom naik bilik. You look so terrible,” Azaril membantu Trisha memanjat anak tangga untuk naik ke bilik mereka.
Ahli keluarga yang lain saling berbisik sambil tergelak. Sudah tentu sedang berbicara tentang anak saudara mereka yang seorang itu. Untung-untung, bertambah lagilah senarai cucu mereka. Puan Sri Kamalia menyenggol pinggang Nek Salima yang bersila di sebelahnya. Nek Salima mengangguk perlahan, melebar senyuman Puan Sri Kamalia. Dipanjatkan syukur jika itulah kebenarannya.
*****
Azaril mendudukkan Trisha di birai katil. Tersentap sakan isterinya dek berita baik yang disampaikan oleh Nek Salima sebentar tadi.
“You, I cuma main-main aje tadi. Nenek pun bergurau aje kan?” Digoyang lengan sasa Azaril.
Senyuman Azaril mati.
“Entahlah. Kalau you nak pastikan betul atau tidak, esok kita pergi klinik,” Senada Azaril membalas.
“I tahu nenek pandai dalam bab perbidanan ni sebab nenek pernah ada pengalaman. Tapi, I tak sangka kalau betul I pregnant. You sendiri tahu kan, lately I terlalu aktif. Sakan I berjalan sana sini. If anything happen, what should we do?” Azaril tergelak.
Dilepaskan keluhan lega. Haish, isteri dia ni kan. Diusap lembut kepala Trisha yang berbalut tudung itu. Sangkanya Trisha tidak bersedia untuk mengandung. Hal lain pula yang dirisaukan isterinya itu. Dibawa Trisha ke dalam pelukan. Hati isterinya itu harus disedapkan agar tiada fikiran yang bukan-bukan menerjah pula nanti.
“Insha Allah, our baby will be fine. You relaks aje, okey. Esok kita pergi check up, manalah tahu ni sekadar mainan aje,” Trisha mengangguk perlahan.
Tangan mengusap perutnya. Sudah berapa bulan ya jika benar dia mengandung? Mindanya mula mengira sesuatu. Takkanlah tuan punya badan tidak mengetahui keadaan dirinya. Tambahan pula, Azaril adalah seorang doktor walaupun bukanlah doktor pakar sakit puan. Sekurang-kurangnya, suaminya itu ada juga sedikit kepakaran di dalam bidang itu. Ini yang dia keliru.
“Tapi, you. I sudah dua bulan tak period. So, it could be I’m pregnant. Tapi…”
Azaril menekup mulut isterinya itu bagi menghentikan bicara yang sudah mula mahu merepek.
“Hmmm, you pergi mandi dan pakai baju proper sikit. Kita pergi klinik sekarang jugak. Tak pasal aje malam ni you dan I sekali tak boleh nak tidur. At least, we know the right answer for this. I pergi bagitahu baba kejap,” ujar Azaril seraya mendapatkan Tan Sri Amzan yang sedang sibuk menguruskan khemah di halaman rumah Nek Salima.
Trisha termenung seketika sebelum kakinya menghampiri almari. Dikeluarkan T-shirt putih lengan panjang dan juga skirt labuh rona krim. Lantas, dicapai tuala di penyangkut dan terus ke bilik air yang terletak di bahagian dapur. Mujur di rumah Nek Salima punya dua bilik air. Jika tidak, jenuh dia menunggu turn untuk membersihkan diri. Tambahan pula, sekarang ini adalah peak hour di mana semua orang mahu menggunakan bilik air.
*****
“Haih, you tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa?” tegur Trisha. Dihulurkan mug berisi kopi panas kepada suami tercintanya itu.
Azaril senyum nipis.
Happy. You sendiri tahukan pasal kisah silam I dulu,” Trisha mengangguk. Sememangnya dia sangat mengetahui kisah silam seorang Azaril Raffiqi Wilson itu. Lelaki itu sendiri yang menceritakan kisah dukanya itu pada Trisha sejurus mereka diijab kabulkan.
“Tahu. Dan, I jugak tahu suami I kuat orangnya. You dah bersedia untuk tanggungjawab yang besar ni? Kali ni bukan main-main tahu, you bakal menjadi seorang ayah. Jadi, I nak you lupakan semua kisah silam you tak berapa nak gebu tu,” Terletus tawa Azaril. Dia tergeleng seketika.
I know, mom-to-be. Tipulah kalau I mampu lupakan semua tu. But, I’ll my best as I can. You and our baby is the most important dreaming in my life. I’m proud to be your husband,” Trisha menjatuhkan kepalanya di bahu Azaril.
Baru kini dia perasan dan menyedari, berada di sisi Azaril adalah saat terindah di dalam hidupnya. Dia berasa selamat dan selesa. Fikirannya seakan menerawang mengimpikan sesuatu yang indah setiap kali ingatannya mengimbau kembali kenangan-kenangan mereka bersama sepanjang tiga bulan lebih mendirikan rumah tangga.
“Sayang, are you dreaming?” Trisha tersentak dek Azaril mencuit hidungnya. Dilemparkan sengihan. “Sempat lagi tu. Mesti tengan berangan our future kan?” teka Azaril.
Nope. I throwback cerita lamalah. Tak sangka, kan kita boleh hidup mesra macam ni sedangkan sebelum kahwin you dan I bukannya kamceng pun, jauh sekali nak berborak secara aman. Dulu I meluat setiap kali you dok mengelek Yasmin… oppsss,” Ditekup mulut dengan kedua belah telapak tangannya.
Azaril tenung Trisha tajam.
“Trisha, macam mana you boleh kenal Yasmin? I rasa, I cuma sebut nama dia aje dan tak pernah pulak I kenalkan you dengan dia. Pandang I, Trish,” Pelukan yang kemas tadi dilepaskan. Kedua belah tangannya kini di bahu Trisha.
“Hmmm., I… I…,” Keluhan berat terbit dari bibir Trisha membuatkan Azaril membulatkan matanya agar isterinya itu berterus terang sahaja dengannya. “I pernah terserempak dengan you dan Yasmin masa dekat hospital sebelum kita kahwin. I thought, she’s your girlfriend. The special one, of course. But, I’m shocked when you’re willing to marry me,” Sekali nafas Trisha menjelaskan kepada Azaril.
“Masa tu, I keliru dengan hubungan I dan Yasmin. Dia macam main tarik tali dengan I. Jadi, I terima ajelah cadangan mama nak I berkahwin dengan you. Selepas aje kita berkahwin, I terbuka hati nak ceritakan kisah silam I pada you. I dah tahu I memang selesa dengan you even kita selalu gaduh. You pun boleh terima I macam I ni lelaki pilihan you. Layanan you pada I buat I happy, I suka hidup dengan you,” Panjang sungguh penjelasan Azaril.
Hampir sahaja Trisha mengalirkan air liur. Eheh.
“Jadi, betullah you memang pernah simpan perasaan pada Yasmin?” Azaril angguk, mengakui kebenaran itu. Tetapi, itu adalah kisah lampaunya. Kini, hatinya sudah penuh diisi oleh Trisha Dania.
“Yasmin tak tahu pasal perkahwinan kita ni. Jadi, I harap you faham kalau you terserempak dengan kita orang. Sekarang ni, I mahu you yakin dengan kasih sayang I pada you. You boleh cemburu, tapi jangan berlebihan…”
“Iya, encik abang sayang. Cepat habiskan kopi tu, I dah penatlah seharian kemas rumah. Nasib baik, tak jadi apa-apa,” Haish, geram pula Azaril pada Trisha yang super manja malam ni.
*****
“I kecewa dengan you, Wilson! Kita putus!” tegas sekali suara itu menuturkan kata penuh kebencian yang tersemat. Dia sudah tidak sanggup lagi mahu meneruskan hubungan yang terlarang ini.
Dia cuba menerima kehidupan sosial teman lelakinya itu, tetapi sikapnya yang terbuka telah meranapkan segalanya. Dia benci kepada lelaki itu. Bencinya sudah ke tahap tertinggi sehingga dia sanggup untuk terjun laut jika masih menatap wajah kacak yang sedang berteleku duka di birai katilnya itu.
“Aimi, I tahu I yang bersalah. You masih sayangkan I, kan? Kita boleh cuba lagi dan I janji I akan menjaga you sebaik-baiknya. Sayang, I terlalu cintakan you. I sanggup dibuang keluarga demi you,” Aimi mendengus.
Tangannya yang dicucuk jarum, dipandang lesu.
“Sayang I pada you dah lama mati, Wilson. Get off from my sight! I hate you!” Azaril terkejut apabila Aimi mula menjerit bagaikan orang gila.
Terkocoh-kocoh Azaril menekan butang kecemasan. Beberapa saat kemudian, muncul seorang doktor dan dua orang jururawat. Mereka cuba menenangkan Aimi yang sudah diserang sawan itu. Pasti terlalu tertekan akan hidupnya yang semakin hura hara semenjak kecurangan Azaril diketahuinya.
Iya. Mereka bukanlah pasangan suami isteri, namun kehidupan mereka mengalahkan pasangan yang telah berkahwin. Atas permintaan Azaril sendiri yang tidak mahu mereka mengikat kasih secara sah kerana lelaki itu mahu menumpukan perhatian pada pelajarannya. Tambahan pula, course studynya bukan senang. Memerlukan dia memerah sedikit otaknya jika dia mahu berjaya di dalam bidang kedoktoran.
Please wait at the outside, sir. We have to check her,” Salah seorang jururawat itu menolak sedikit tubuh Azaril. Dia akur, kakinya melangkah longlai ke ruang menunggu.
Hidup bersama Aimi di luar negara di mana tiada sesiapa yang boleh memantau pergerakan mereka membuatkan mereka menyimpang terlalu jauh. Aimi rela menyerahkan seluruh hidupnya pada Azaril dengan harapan mereka akan bahagia hingga ke akhirnya. Sudahnya, hancur di tengah jalan apabila Aimi keguguran dek kelalaian Azaril yang membiarkan Aimi sendirian di rumah.
Hampir setengah jam kemudian, doktor yang merawat Aimi keluar dan menghampiri Azaril yang masih setia menunggu di kerusi berdekatan.
How’s my girlfriend, doc?”
Doktor itu menepuk bahu Azaril perlahan.
I’m sorry, young boy. She’s suffering a lot. We’ve tried our best but…” Doktor itu menggeleng, tanda Aimi tidak dapat mereka selamatkan.
Sejurus itu, Azaril terjelopok ke lantai. Bahunya terhenjut dek menangis.
“Aimi, kenapa you tinggalkan I? I’m sorry. Aimi!” Azaril bingkas bangun dan masuk kembali ke bilik yang menempatkan Aimi.
Jururawat sedang mencabut segala wayar yang berselirat di tubuh genit milik Aimi. Dengan tangisan penyesalan yang menggila, Azaril memeluk tubuh kaku itu erat. Dia menyesal! Sungguh, dia tidak mahu perkara seperti berlaku. Hati Azaril mula menyalahkan takdir. Hidupnya seperti kosong bak kertas putih yang bersih dari noda. Jiwanya kosong sekosongnya.
*****
“Aimi!”
Tersentak Trisha dek jeritan suaminya. Dia bingkas duduk. Wajah berpeluh Azaril dipandang penuh kehairanan. Tubuh suaminya gelisah, bibirnya meracau sesuatu.
“You,” panggil Trisha sambil menggoyangkan tubuh Azaril. Namun, Azaril masih juga begitu.
Sudahnya, Trisha mendekatkan dirinya ke tubuh Azaril. Telapak tangan kiri ditekap pada dada Azaril yang berombak kuat itu. Bibirnya didekatkan ke telinga suaminya.
It’s okay. That’s not your fault. Itu semua takdir Allah. Percayakan saya, Aimi sudah selamat. Semuanya dah okey,” bisik Trisha cuba menenangkan Azaril di dunia mimpinya.
Keadaan Azaril kembali tenang. Trisha mengemaskan pelukannya. Dia mengusap lembut kepala Azaril seperti anak kecil. Nafas suaminya agak tercungap tadi kembali dihela perlahan. Dioles senyuman lega. Azaril semakin kerap bermimpi tentang kisah silamnya sejak Trisha disahkan mengandung dua bulan.
Sesekali, timbul juga kerisauan di hati Trisha. Jika suaminya itu meracau di rumah, mungkin dia boleh membantu menenangkan Azaril. Tetapi, jika keadaan seperti ini berlaku di hospital? Tidak ke haru. Trisha ada juga menyoal Azaril jikalau suaminya mempunyai buruk, namun Azaril menidakkan. Katanya, dia baik-baik sahaja. Trisha buntu sendiri.
*****
Sekeping roti dikunyah sambil meneliti fail di tangan. Sesekali dia menyisip nescafe di cawan.
“Morning, sayang,” sapa Trisha sebaik tiba di meja makan. Dia mampir ke sisi Azaril. Rutin mereka setiap pagi sebelum bergerak ke tempat kerja masing-masing.
“Morning, sweetheart. Selamat pagi, anak abi,” Perut Trisha yang masih belum menampakkan kebuncitan itu dicium lembut.
Trisha menggelengkan kepala tatkala teringatkan pesanan keras suaminya sejak dia mengandung; I nak kiss anak I setiap kali I keluar. Haru jugalah Trisha mahu menayangkan perutnya itu kepada Azaril setiap kali lelaki itu mahu keluar ke mana-mana. Sebelah malam pula, Azaril akan memastikan dirinya meluangkan masa untuk berbual dengan bakal bayi mereka. Mulai semalam pula, Azaril telah menetapkan bahawa dia akan membaca surah al-Quran sebelum tidur. Setiap hari, satu surah.
“Abang hantar awak hari ni,” Trisha angkat kening. Seperti tidak percaya pula bahawa Azaril Raffiqi Wilson yang berada di hadapannya kini.
“Hah?”
Azaril mengisyaratkan agar isterinya duduk. Ditolak sedikit kerusi, ditarik lengan Trisha. Tidak boleh tidak, Trisha duduk juga.
“Mulai sekarang, abang nak kita berubah. Demi baby. Bermula sekaranglah kita perlu berubah ke arah yang lebih baik, Trish. Abang sudah tak sanggup nak alami perkara yang sama, awak faham kan?”
“Iya, faham. I try my best, abang…” Euw, kenapa dia terasa geli hati? Heh, abang pun abanglah.
Good wife,” Azaril melirik senyum. Trisha hanya senyum nipis. Kerutan di dahi dia ini sudah seperti nenek tua, asyik berkerut sahaja kebelakangan ini. Semuanya gara-gara perubahan mendadak Doktor Raffiqi itu.
“Kenapa abang nampak lain? Bukannya Trish tak suka abang berubah, tapi Trish rasa sesuatu yang lain. Entahlah, susah nak cakap. Trish harap Azaril Raffiqi Wilson, suami Trish masih orang yang sama…”
“Abang tetap abang, Trish. Cuma, abang nak anak kita nanti tak berperangai macam abang dulu. Abang pernah tersalah simpang dan abang tak mahu keluarga mini abang ni pun tak tersalah simpang macam abang. I’ll try my best to change our life to a better life. I believe that you’ve also changed, right?”
Lambat-lambat, Trisha mengukir senyum. Entah kenapa, hatinya sedikit goyah. Bukan goyah kerana kemungkinan Azaril mempunyai perempuan lain. Tetapi, dia tidak mahu memikirkan yang Azaril seakan mahu meninggalkan mereka. Jantungnya berdetak laju tatkala ini.
“Abang…”
Trisha menggenggam jemari suaminya.
Hey, what happened? Kenapa menangis ni?”
Trisha semakin galak menangis. Hatinya tidak tenteram ketika ini, seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Puas dipujuk hati agar tidak leka memikirkan akan keburukan. Namun, air mata tetap laju mahu menitis. Azaril yang tercengang hanya mampu memeluk erat isterinya. Timbul kepelikan di hati akan perubahan emosi Trisha itu. Mungkin Trisha sedang mengandung dan kerana itulah emosi Trisha terganggu.
Please, I want back my Azaril. I can’t face the new you, I need the old you. I miss my old husband. Please, I want him back,” rayu Trisha dengan linangan air mata.
“Aduh, ibu mengandung ni. Cepat pulak emosi dia berubah. I’m here, okay. Baru aje nak feeling seorang suami dan bapa mithali, awak dah potong. Haish, sudahlah tu. Nampak gayanya memang abang kena bawa awak pergi kerjalah ni,” Trisha mengangguk laju.

Asalkan suaminya di sisi, itu sudah cukup untuk melegakan hatinya yang sedang rawan ini. Hampir sahaja Azaril menghamburkan tawa melihat aksi manja Trisha yang semakin melampau itu. Habis kemejanya basah dek air mata isteri tersayangnya itu. Itulah, dulu bukan main benci lagi mahu menatap wajah kacak dia ini. Kini? Hmmm, hendak ke tempat kerja pun tidak senang hati.

to be continued...

7 comments:

  1. Pendek sgt...hehehe...tp bestttt...tq to u update selalu....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. makaseh. selalu update sebab ada yg setia. hehe. :D

      Delete
  2. Hehehe... smbng lagi :)
    Tq akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. akak sambung. haha. sama-sama. :D

      Delete
  3. Ntah ntah nanti Azaril mati lepastu dia kahwin dengan Lewis Lee. Wargh tanakkkkk T_T huwaaaaaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm, boleh jadi gitu. haha. nanak laaaa. :D. peace

      Delete
  4. Best!! lepas nie nk update ape pulak??

    ReplyDelete