Sunday, 15 June 2014

Cerpen : Aku Bukan Pembunuh! 1


When you say you love me
Know I love you more
When you say you need me
Know I need you more
Baby, I adore you, I adore you
Baby, I’ll always adore you,” bisik Imran di telinga Ayyana. Ayyana hanya senyum nipis sambil menjarakkan dirinya dari Imran.
Apalah sangat bicara itu padanya. Melainkan, mereka adalah kekasih halal yang dia boleh turut berkongsi rasa. Namun, Imran hanyalah lelaki biasa yang cuba mengumpannya. Sedaya mungkin, cinta lelaki itu akan ditolaknya. Tidak mungkin dia memilih Imran, si buaya darat untuk menjadi suaminya.
Know that you need someone else to adore you,” Terus mati senyuman di bibir Imran. Hilang sudah bayangan indah yang terlayar di mindanya sebentar tadi.
Why don’t you?”
I already have someone that I adored. And, just to let you know, I’m really adoring him,” kata Ayyana bersahaja. Imran senyum sinis.
Di dalam diri dan hati seseorang, sudah pasti akan wujud seseorang yang dia admire. Termasuklah, Mya Ayyana. Sebenarnya, ramai jugalah orang dia respect seperti abah, umi dan ahli keluarganya yang telah berjaya menempa kejayaan. Namun, seseorang yang dimaksudkan Ayyana itu adalah seorang lelaki yang berjaya membuatkannya kagum.
Hope… not your boyfriend,” Ayyana hanya menggeleng.
Of course, not,” Imran terangguk-angguk.
Since, you’re not interested of me. I think, I should go to someone else,” Uhuh, sangatlah dialukan, desis Ayyana.
Elok jugalah lelaki itu beredar. Berbual dengan Imran umpama dia bukan berada di bumi Malaysia. Mual juga jika asyik menggunakan bahasa orang putih. Ketika dia menjawab persoalan lelaki itu tadi, sempat Imran berpesan agar menggunakan bahasa Inggeris memandangkan dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Jadi, agak kekok untuk berbual di dalam bahasa ibunda.
I’m please to see you go, Mr. Imran,” Imran mendengus. Keinginan hatinya ditolak bulat-bulat, siapa yang tidak marah? Dia juga punya perasaan.
Imran melangkah ke meja lain. Bukannya Ayyana seorang perempuan sahaja di majlis hari lahir klien syarikatnya ini. Masih ramai yang menarik hatinya. Lebih seksi dari Ayyana yang bertudung litup itu pun ada. Jual minyak sikit, pasti akan melekat juga seorang malam ini. Tetapi, hatinya tetap mahukan Ayyana yang kelihatan ekslusif itu.
*****
Instrumental music; And the I kissed you by Pearl Harbor mula kedengaran di segenap dewan. Pasangan yang hadir mula mengambil tempat untuk menari. Ayyana sesak sendiri. Jika bukan Datuk Dani menjemputnya ke majlis ini, jangan harap dia ingin ke sini.
Pekerja bawahan sepertinya hanya menurut arahan pihak atasan sahaja. Tambahan pula, Datuk Dani banyak membantunya. Daripada dia tidak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan, Datuk Dani banyak memberi tunjuk ajar sehinggakan dia mampu menggalas tugasan besar syarikat ternama itu.
“Ayyana, seorang aje ke?” tegur Datuk Dani. Panjang umur ahli korporat itu. Pantang disebut, pasti muncul. Dilabuhkan punggung di sebelah Ayyana. Seronok juga berbual dengan stafnya itu.
“Seorang ajelah, Datuk. Mana Datin?”
“Datin dengan kawan-kawan dialah. Kalau bawa teman, boleh juga Ayyana menari,” Ayyana tergelak kecil.
“Bawa adik saya yang baru tingkatan tiga tu, Datuk? Dia bukan pandai menari. Lainlah, kalau saya ada suami. Boleh jugalah tunjuk skill,” Datuk Dani gelak senang.
Ayyana memang mesra alam. Gadis itu jarang sekali dilihatnya bermasam muka. Terubat rindunya pada anak daranya yang kini sedang melanjutkan pelajaran ni luar negara. Keletah Ayyana yang bersahaja itu, mampu membuatnya tenang. Isterinya, Datin Vee turut menyenangi stafnya itu.
“Itulah kamu. Saya dah pesan dulu, kerja tu kerja juga… pasangan hidup kena cari juga. Hidup seorang ni bukannya seronok sangat,” ujar Datuk Dani.
“Tak sampai jodoh saya lagi, Datuk. Lagipun, saya bukannya tua lagi. Macam muda aje nak kahwin sekarang,” Ayyana sekadar berseloroh. Boleh dikatakan mudalah Ayyana ni. Minggu depan genap usianya dua puluh lima tahun.
“Kamu tu yang memilih sangat. Kalau ikutkan usia kamu sekarang ni, saya dan Datin dah ada anak dua orang tahu…”
“Kira jodoh Datuk sampai awallah tu. Datuk doakanlah yang terbaik untuk saya. Inshaa Allah, mana tahu tahun ni jugak saya jemput Datuk makan nasi minyak,” Datuk Dani ketawa besar. Faham sangat gadis itu sudah malas melayan apabila soal jodoh dibangkitkan. Ayyana hanya tersenyum.
*****
“Sayang, I nak pergi tandas sekejap eh,” beritahu Emma.
“Iyalah, jangan lama sangat,” pesan Lutfil kepada kekasihnya.
Emma meninggalkan dewan dan berlalu ke tandas yang terletak berdekatan dengan pintu keluar dewan. Lutfil kembali ke mejanya setelah puas menari bersama Emma.
“Emma mana, Fi?”
“Pergi tandas, ma. Papa mana? Tak nampak pun,” Lutfil menyoal mamanya.
“Ada kat meja hujung sana. Nak berbual dengan Ayyana katanya,” jawab Datin Vee sambil membetulkan lengan baju kebayanya.
“Bukan main rancak lagi dia orang berbual. Mama tak join dia orang ke?”
“Tadi mama dah jumpa Ayyana. Papa tu yang sibuk sampai aje sini tadi. Mama risau juga biar Ayyana seorang kat situ tanpa teman. Itu yang papa pergi temankan dulu,” Lutfil mencapai gelas air orangenya sebelum di bawa ke mulut. Lega sungguh tekaknya yang haus.
“Kat sini ramai oranglah. Tak adanya orang nak culik Ayyana kesayangan papa mama tu,” Datin Vee ketawa kecil.
“Tak payah nak cemburu sangatlah, Fi. Kami risaulah sebab tadi Imran ada tegur Ayyana. Buatnya Imran bawa lari Ayyana, kamu nak tanggung?” Lutfil menjuihkan bibirnya.
Papa dan mamanya kalau tak mengambil berat tentang Ayyana, boleh seharian tak senang duduk. Ayyana inilah, Ayyana itulah. Hari-hari, nama Ayyana yang disebut orang tuanya itu. Sehinggakan, ketika berhubung dengan adik kesayangannya itu pun, perihal Ayyana juga diungkit.
“Bukannya cemburu, ma. Cuma, meluahkan pendapat,” Datin Vee menjeling anak lelakinya. Ada sahaja Lutfil ingin menjawab.
*****
Ayyana bangun dari kerusinya, dia bergerak menuju ke luar dewan. Bosan pula ditinggalkan berseorangan apabila Datuk Dani terpaksa meminta diri untuk bertemu rakan kongsinya. Alang-alang, boleh juga dia tandas. Mengemaskan sedikit tudung yang sudah mula merimaskan ini. Sudah dinasihatkan oleh teman serumahnya agar dipotongkan sahaja rambut mayang mengurainya itu, namun dia sayang.
“Nak pergi mana?” soal Lutfil. Ayyana pandang Lutfil yang bersandar di tepi pintu dewan. Dilemparkan senyum senget.
Ladies. Why?”
I follow…”
“Hah? Nak buat apa? Tandas perempuan kot. Agak-agaklah. Senget,” bebel Ayyana selamba.
“Woi, aku masuk toilet lelakilah. Apa ingat aku senget sangat ke?” Ayyana mencebik. Sekejap beraku-kau. Sekejap saya-awak. Haih, pening dah bos dia ni. Suka hati dia saja.
Whatever,” Lutfil mengekori langkah Ayyana.
Sebenarnya, dia risaukan Emma. Hampir setengah jam teman wanitanya itu ke tandas, tapi sampai sekarang masih belum keluar. Mahu memanggil Emma, dia segan jika ada staf yang ternampak. Rosaklah reputasi dia sebagai bos. Dia bukannya lelaki yang sebegitu. Untung sahaja Ayyana mahu ke tandas, boleh juga dia bertanya pada gadis itu.
Sebaik sahaja tiba di tandas, Ayyana terus memboloskan diri ke dalam tandas tanpa memandang Lutfil di belakangnya. Lutfil mengangkat bahu. Disandarkan tubuh ke dinding. Niatnya bukanlah untuk ke tandas pun. Lebih baik dia menunggu di luar. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Lama pula Ayyana di dalam. Hmmmph!
*****
“Cik Mya Ayyana, ada lagi yang awak sembunyikan?”
Ayyana tersedar. Dia menggeleng laju.
“Okey, sekarang awak terangkan bagaimana awak terjumpa mayat mangsa? Mustahil awak tak perasan ketika masuk ke tandas. Awak tak ada saksi untuk membuktikan awak tidak terlibat dalam kes ni,” tegas Inspektor Hafiy berkata.
“Betul, inspektor. Saya tak tahu apa-apa. Saya tak bersalah. Memanglah saya yang jumpa mayat dia. Tapi, saya tak membunuh,” sendu Ayyana.
Tuduhan yang diberikan kepadanya tersangatlah berat untuk dia tanggung. Membunuh! Dia bukan pembunuh!
“Awak mungkin membunuh mangsa sebab cemburu, Cik Mya Ayyana. Ada motif yang kuat untuk awak membunuh,” Ayyana tergeleng-gelengkan kepala tanda tidak mengakui tuduhan melulu Inspektor Hafiy.
Motif apa pula dia mahu membunuh gadis itu. Kenal pun hanya gitu-gitu saja.
“Saya sumpah. Bukan saya yang bunuh,” Inspektor Hafiy menumbuk meja kuat. Tersentak Ayyana dibuatnya.
“Jangan main sumpah, Cik Mya Ayyana. Tiada saksi yang boleh membuktikan awak tidak bersalah. Sehingga kes diselesaikan, awak akan kami tahan. Waran tangkap akan diproses jika didapati awak adalah pembunuh Emaliyana Hamzi,” ujar Inspektor Hafiy tegas sebelum menghilang dari bilik khas untuk mengambil keterangan pesalah itu.
Ayyana tersandar ke belakang kerusi. Matanya memandang seorang polis wanita yang sedang berdiri tegak di penjuru bilik, berdekatan dengan pintu.
“Puan, dah masuk waktu subuh. Saya nak solat,” maklum Ayyana berani.
“Sekejap,” Polis wanita itu keluar dari bilik keterangan.
Mungkin dia ingin meminta keizinan ketuanya. Ayyana bingung sendiri. Mindanya beku memikirkan ‘pembunuhan’ yang mendakwanya membunuh. Ingin membunuh semut yang menghurung bekas minumannya sahaja, dia kasihan. Inikan, manusia!
*****
“Ya Allah, hamba-Mu yang semakin lemah ini memohon agar Engkau menunjukkan kebenarannya. Hanya Engkau lebih mengetahui apa yang berlaku. Aku meminta agar Engkau tunjukkan kepada mereka bahawa bukan aku pembunuh itu. Ya Allah, ampunilah dosa hamba jika ada yang hamba terlepas pandang ketika memberikan keterangan. Engkau kuatkanlah hatiku agar tidak terpesong dari jalan-Mu. Terlalu banyak fitnah dunia yang perlu aku harungi, Ya Allah. Kuatkanlah aku…”
Ayyana menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.
“Ya Allah, Kau tabahkan hati ahli keluargaku di saat ni. Pasti mereka sedang bersedih memikirkan tentang aku. Kau kuatkanlah hati mereka untuk menerima apa jua keadaanku. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Bantulah aku, Ya Allah,” rintih Ayyana. Air mata tidak kering dari mengalir di pipi gebunya.
Dugaan ini terlalu berat untuk dia pikul seorang diri. Dia perlukan sokongan untuk mengharungi semua ini. Tidak dipinta untuk dianggap pembunuh. Tidak pernah menyangka hal seberat ini berlaku kepadanya. Namun, jauh di sudut hati Ayyana, dia mengharapkan ujian ini akan memberinya pengajaran dan mengukuhkan lagi imannya. InshaaAllah.
*****
Lutfil pandang Ayyana tajam. Ayyana hanya berlagak biasa. Dia kenal Lutfil, renungan tajam itu tidak mampu menakutkan dia.
“Luth, bukan saya yang bunuh Emma. Awak nampak kan, saya sendiri pun terkejut masa tu. Tolonglah saya,” Lutfil melepaskan keluhan berat.
“Sebelum tu, papa dan mama kirim salam. Jadi, siapa yang bunuh Emma?”
Ayyana menggeleng. Kiriman salam dari Datuk Dani dan Datin Vee dijawab di dalam hati.
“Sumpah, bukan saya,” Ayyana sudah mengangkat sumpah. Dia mahu Lutfil percaya akannya.
No need to do that, Mya Ayyana. I trust you,” kata Lutfil tenang. Disandarkan tubuh ke kerusi.
“Awak tahu ke siapa pembunuh Emma?” Lutfil geleng.
Jika dia tahu, sudah tentu dia akan membebaskan Ayyana daripada tuduhan yang berat ini. Dia sendiri masih samar akan kejadian itu. Masuk sahaja ke dalam tandas untuk memanggil Ayyana dan Emma, dia melihat Emma sudah terbaring di lantai tandas. Dan, Ayyana berdiri di sisi teman wanitanya itu dengan riak terkejut.
Bibir gadis itu juga terketar. Tangan Ayyana dilihatnya cuba memeriksa nadi Emma. Saat itu juga gadis itu menangis ketakutan. Sebelum sempat mereka berbuat apa-apa, muncul seorang wanita yang menjerit. Suasana dewan mula kecoh. Disebabkan itulah, Ayyana dituduh membunuh Emma.
“Teruskan berdoa. Kebenaran pasti terbongkar. Tapi, awak kena sabar. Polis masih menyiasat semua tetamu yang hadir malam tu,” Ayyana mengangguk lemah.
“Keluarga saya macam mana? Mesti dia orang malu kan, anak perempuan dia orang masuk penjara? Nanti dah keluar, semua orang gelar saya banduan,” Lutfil pandang wajah Ayyana yang semakin pucat itu.
Mata yang dulunya bersinar, sudah hilang serinya. Muka Ayyana yang ceria, mampu membahagiakan papa dan mamanya juga semakin suram. Entah kenapa, dia seakan mahu menggantikan tempat Ayyana. Pasti gadis itu terseksa tinggal di dalam lokap, tanpa sesiapa. Tambahan pula, Ayyana hanya seorang gadis yang lemah.
“Papa dah uruskan keluarga awak. Insha Allah, esok dia orang datang sini. Keluarga awak pun percayakan awak. Jadi, awak tak payahlah risau. Staf-staf Delia Holding pun tak pernah bersangka buruk tentang awak. Tapi, dua tiga orang yang mulut busuk tu biasalah,” Ayyana tergelak kecil.
Lutfil Hadi, seorang lelaki yang memainkan pelbagai watak di dalam hidupnya. Dialah kawan, dialah abang dan dia jugalah yang mampu membuatkan Delia Holding haru biru dikerjakan mereka. Sebab apa lagi jika bukan lelaki itu mencari pasal dengan Ayyana.
You’re comforting me too much, boss. I’m okay right here. But, you’re the one who suffering a lot. She’s your girl, Luth. Saya yang dituduh membunuh girlfriend awak, tapi masih nak comfortkan hati saya…”
Because of that, I’m here. I know you’re not her murderer. Tapi, tak ada bukti yang boleh bantu awak buat masa ni. Be patient for a little while. I’m trying to help you, no matter what,” Senyuman Ayyana itu mampu melegakan hati Lutfil sedikit.
Bukan dia sahaja yang merisaukan gadis itu, tetapi semua yang rapat dengan Ayyana turut bersusah hati.
Thank you, Luth. You’re always on my side even… jahat sikit…”
“Mya Ayyana, you’re talking bad about me. Behave,” kata Lutfil tegas. Ayyana mencebik. Seperti biasalah, dia mana takut akan amaran Lutfil.
I’m behaving what. Just cheer up myself by teasing you, boss. Tak ada shortlist ke siapa yang bermusuh dengan Emma? I mean, maybe someone who want to get revenge on her. Awak kan boy dia, takkanlah awak tak tahu?”
Lutfil geleng perlahan.
We’re not in serious relationship,” Terjatuh rahang Ayyana ketika itu.
What? Whoa, bos. Great. I thought both of you are in love,” Lutfil gelak kecil. Ayyana… Ayyana.
No. We just have fun together. We both know that our relationships will not long lasting. Tapi, saya tak sangka dia akan pergi dengan cara begini,” Ayyana sengih senget.
“O… key. Awak tu dah masuk three series, tapi still tak ada isteri. Lelaki memang suka eh kahwin lambat?”
“Kenapa? Kau teringin nak kahwin awal ke?”
If I have that chance, why not. Tapi, tulah. Entah sampai bila saya kena tahan kat sini,” Ayyana kembali muram. Sedih memikirkan nasib dirinya yang masih terperangkap di sini.
“Doakan senjata para mukmin. Insha Allah, what goes around come around. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya…”
“Akan jatuh ke tanah juga,” potong Ayyana.
Lutfil kerut hidung. Memang patutlah Datuk Dani dan Datin Vee menyukai Ayyana. Adakalanya, gadis itu berperangai gila-gila. Tiba waktu serius, sehabis mungkin Ayyana cuba meletakkan hal itu serius. Gadis itu mampu menceriakan hati orang-orang di sekelilingnya. Kebanyakan staf Delia Holding menyenangi sikap Ayyana yang happy go lucky itu.
*****
Datuk Dani memandang Lutfil dengan pandangan redup. Dia mahukan jawapan dari Lutfil malam ini juga. Datin Vee usap bahu Lutfil agar anak lelakinya berfikiran tenang. Cadangan Datuk Dani bukannya ringan seperti kapas. Berat sekali hati Lutfil untuk menyetujui permintaan papanya itu. Ugh!
“Kita perlu berbuat sesuatu, Fi. Papa dah berbincang dengan keluarga Ayyana. Dia orang pun sudah bersetuju. Lagipun, Fi dan Ayyana kan sudah rapat. Rasanya, tak susah untuk biasakan diri,” Lutfil gigit bibir.
Masalahnya, dia dan Ayyana sudah biasa sebagai kawan. Dia tidak mahu Ayyana tidak selesa jika mereka disatukan hanya kerana kes ini. Lutfil yakin, Ayyana tidak bersalah. Suatu hari nanti, pasti kebenaran akan terbongkar. Huh, beratnya keputusan yang perlu diberikan kepada kedua orang tuanya ini. Datuk Dani dan Datin Vee seperti mengharapkan berita baik.
“Papa, mama, give me a time. I need to refresh my mind since I just met her this afternoon. I’ll tell both of you when I make my decision. Solid decision,” Datuk Dani dan Datin Vee saling berpandangan.
“Okey. Fi pergi naik dulu. Papa bagi masa tiga hari. Fikirlah habis-habis,” Lutfil mengangguk. Dia ulas senyum pada mamanya sebelum membawa diri ke bilik.
Datuk Dani mengeluh kecil.
“Abang, bagi dia masa. Sementara polis masih siasat kes Emma, biarlah dulu. Keluarga Ayyana pun belum beritahu Ayyana lagi pasal ni. Vee yakin, Ayyana pun sama macam Fi. Kita tak tahu apa yang dia orang rasa,” ujar Datin Vee.
“Iyalah. Esok Vee ikut abang jumpa keluarga Ayyana,” Datin Vee angguk.
Semoga jawapan yang dimahukan mereka yang diterima. Datuk Dani tahu, syaratnya untuk membebaskan Ayyana akan membebankan keluarga Ayyana. Namun, itu sajalah caranya untuk menyatukan Lutfil dan Ayyana. Niatnya murni dan di sebalik permintaan itu, Datuk Dani sudah pun menemui pembunuh Emma yang sebenar. Segala bukti yang dia temui sudah diberikan kepada Inspektor Hafiy.
*****
Tuala dicampakkan ke tilam. Lutfil duduk di birai katil. Setiap patah perkataan yang terbit dari mulut Datuk Dani seakan berlari di mindanya. Dicapai telefon bimbit di atas meja sisi. Dia mendail nombor sahabat baiknya.
“Assalamualaikum, bro,” sapa Lutfil terlebih dahulu setelah panggilannya dijawab.
“Waalaikumsalam. Apehal malam-malam cari den?”
“Ian, I need your help. Staf aku dituduh membunuh Emma. Tapi, aku tahu… bukan dia yang bunuh,” Sekali nafas, Lutfil memaklumkan pada sahabatnya itu.
“Siapa handle kes dia?” soal Ian di hujung talian.
“Inspektor Hafiy,” beritahu Lutfil. Dia bergerak ke meja kerjanya. Dikeluarkan pen dan kertas. Dilakarkan sesuatu pada permukaan putih itu.
“Hafiy. Oh, okey. Esok kau jumpa aku kat office. Tapi kan, Luth. Staf mana yang buat kau gelisah semacam aje ni? I thought, late Emma is your future wife,” Lutfil tergelak.
“Siot. Mana kau tahu staf aku tu lelaki ke perempuan? Memandai aje kau teka, kan?” Ian gelak besar. Lutfil menggelengkan kepala apabila terdengar bunyi tangisan bayi. Terkejut agaknya dek gelak besar si Ian itu.
“Weh, aku ni bestfriend kau dari jauh tahu. I know you very well, Luth. So, wanna tell me now or tomorrow?”
I’ll tell you, right now. Papa aku nak aku kahwin dengan staf aku tu. Semua tu sebagai jaminan dia akan lepaskan Ayyana…”
So, that girl is Ayyana? Mya Ayyana, the girl that you’ve told us before. Am I right?” Lutfil ketap bibir. Kantoi!
“Ya. Stop teasing me,” Tahu sangat. Sudah tentu Ian akan mentertawakannya gila-gila punya.
“Okey. Ayyana tahu tak lagi yang kau ni bekas pengintip polis?”
“Buat apa pulak dia perlu tahu? Papa aku baru aje nak aku kahwin dengan dia, okey. Aku ni bekas pengintip polis yang dah pencen. Lainlah kau dan Hadi, ada jawatan besar,” Ian ketawa kecil.
That is our dream, bro. Kau pun sama kan, tapi uncle Dani halang habis-habisan cita-cita kau tu. Nak jugak kau uruskan Delia Holding,” Lutfil mengeluh kecil.
“Tak apalah, Ian. Janji papa aku happy. Dah lama dalam business field, buat aku dah tawar hati dengan cita-cita aku. Aku tengok kawan-kawan aku berjaya, aku tumpang bahagia,” Ceh, skema punya ayat.
“Iyalah, Luth. I’ll talk to Hafiy. So, just relax yourself before the big event comes around,” Nada Ian kedengaran serius.
I will. See you soon,” Lutfil matikan talian.
Dia bersandar di belakang kerusi empuknya. Big event comes around? Ya, dia perlu akui kenyataan itu. Mya Ayyana, maafkan saya. Maaf kerana dia bakal mengikut cadangan papanya.
*****
Ayyana gigit bibir. Susuk tubuh yang sedang bersujud di tikar sejadah menggamit matanya untuk memandang. Hatinya lega kerana berjaya melepaskan diri daripada terus berada di penjara yang kosong itu. Jiwanya kembali hidup, nafasnya kembali teratur. Alhamdulillah, Ya Allah.
Permintaan dari abah dan umi, Ayyana turutkan. Entah kenapa, hatinya tidak mahu menolak. Sama ada dia memang mengharapkan perkahwinan itu atau dia hanya mahu bebaskan diri dari penjara. Keduanya masih samar di fikiran Ayyana. Timbul kepelikan apabila Lutfil juga tidak menolak. Teringin pula dia mengetahui sebab musababnya dari lelaki itu sendiri.
“Awak boleh dah buka tudung awak tu,” Ayyana tersentak. Dipandang Lutfil yang sedang melipat sejadah. Sudah habis solat? Lama juga dia mengelamun rupanya.
“Selepas saya mandi, saya buka. Boleh kita bercakap sekejap? I need to confirm something from you,” Bicara Ayyana lembut dan teratur.
Luftil duduk di kerusi di meja kerjanya. Dihalakan pandang pada Ayyana.
Talk,” balas Lutfil sepatah.
Ayyana berdehem kecil.
“Apa tujuan awak di sebalik perkahwinan ni? We’re clear enough about our relationship before this. Just tell me the reason. I’ll take it easy,” Lutfil melepaskan keluhan.
Sudah dijangkanya akan persoalan itu. Dia sedia maklum akan pemikiran Ayyana. Isteri yang baru dinikahi beberapa jam yang lepas, tidak akan menerima alasan bodoh semudah itu.
Are you sure, you are in good mood to hear the reason?” Ayyana angguk perlahan. “Because papa want us together. Papa and mama want you as their daughter in law. Is that clear enough?” Ayyana geleng.
That’s not the only reason. I can’t simply free from that accused right? Please, Luth. Be frank to me. I need the real reason behind this,” Bersungguh-sungguh Ayyana mahu mengetahui tujuan sebenar perkahwinan mereka ini.
Imran want you badly, Ayyana. He hired someone to killed Emma. Semuanya sebab arwah Emma menolak lamaran dia. Selain tu, dia memang tak sukakan saya. Pembunuhan Emma dianggap sebagai dendam. Tapi, semua bukti yang papa beri pada polis tak sebelahkan kita. Imran masih bebas,” jelas Lutfil.
Ayyana senyum nipis.
“Jadi, papa awak cadangkan awak untuk lindungi saya?” Lutfil mengangguk. “Perlukah sampai ke tahap ni? Polis kan ada untuk jaga saya…”
“Memang. Tapi, tugas suami lebih layak untuk melindungi isteri kan? That’s why, we are married. For that, you have to accept our destiny just like me,” Ayyana kerut dahi.
Timbul pula persoalan nakal di fikirannya ketika ini.
“Berapa hari awak ambil masa untuk setuju?” Ditatap wajah kacak Lutfil dengan senyum mengusik.
“Ehem, no need to know that,” elak Lutfil. Dia berpaling ke meja kerja. Kertas putih yang penuh dengan contengan direnyukkan. Ugh! Lupa pula dia ingin membuang kertas itu.
Habit awak ke melukis untuk buat keputusan,” Erk! Luftil ketap bibir perlahan.
Hancus! Nampak gayanya dia perlu juga bermuka tebal di hadapan Ayyana. Dia kan suami, mana boleh malu. Jatuh standard, beb!
The one of my secret, drawing. Just let you know that you’re the first person who success in tracing my habit. Tolong rahsiakan,” Terhambur tawa Ayyana.
“Insha Allah. Saya nak mandi dulu. Hmmm, abah dan umi nak jumpa awak kat bawah sebelum balik,” maklum Ayyana seraya menghilangkan diri ke dalam bilik air.
Lutfil mengetuk kepalanya perlahan. Lalai sungguh kau, Lutfil Hadi. Serve you right. Omel Lutfil sendiri. Dia menukar pakaiannya sebelum turun ke tingkat bawah. Kenapa pula abah dan umi mahu bertemunya?
*****
Ian pandang Lutfil sekilas. Disedut air tembikainya perlahan. Hadi mengisyaratkan sesuatu kepada Ian.
“Pengantin baru fikir apa? Takkanlah teringatkan isteri di rumah? Katanya terpaksa, pelik jugak kalau rindu,” usik Ian. Hadi menyambut dengan tawanya.
Lutfil menajamkan pandangannya. Geram diusik oleh teman-teman baiknya itu. Dulu, bukan main lagi dia mengusik kedua-duanya. Kini, gilirannya pula. Hampeh!
“Bukanlah. Ayyana dah tahu pasal punca sebenar kita orang kahwin. Dia tu macam psikik, boleh tahu… by instinct,” ujar Lutfil.
“Kau sendiri pernah beritahu, Ayyana tu cekap. Memang tak peliklah kalau dia boleh teka. Lagipun, bini aku ada juga beritahu aku selepas majlis akad nikah kau orang tempoh hari. Ayyana tu bijak, Luth. Sekali petik, semua rahsia kau, dia boleh tahu,” balas Ian.
“Ha’ah, aku setuju. By knowing her, she’s not calang-calang perempuan, beb,” sokong Hadi.
Lutfil menggaru belakang tengkuknya.
“Itulah masalahnya. Tak apalah, yang tu no hal. Aku boleh settle. Sekarang ni, macam mana dengan Imran? Korang dah boleh trace apa-apa pasal dia?”
Ian mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan sesuatu di dada telefon.
His wife, Selina. Mati-mati kita orang ingat perempuan ni mistress dia. Selidik punya selidik, rupanya isteri dia. Pandai sungguh dia simpan rahsia ni. Selain isteri, dia ada dua orang anak. Hadi dengan aku dah fikir jalan, minggu depan kita orang buat operasi. Kau nak ikut tak?”
Lutfil sengih nipis.
“Kau rasa?”
Hadi tepuk bahu Lutfil.
We are Hadi, so…”
Of course, we in,” kata Lutfil dan Hadi serentak. Ian ketawa kuat. Semua mata di restoran di tempat biasa mereka melepak, memandang pelik. Apa ada hal pada mereka, ini dunia mereka. We do what we want; their phrase.
*****
Lutfil menolak pintu rumahnya. Setelah selesai segalanya, dia membawa Ayyana tinggal di rumahnya sendiri yang sudah lama ditinggalkan. Dia mahu Ayyana biasa dengan kehidupannya. Bau tom yam menusuk ke hidung sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Lutfil membawa langkah ke dapur.
“Masak?”
Ayyana menoleh ke pintu dapur. Diulas senyuman.
“Ha’ah. Mama cakap awak suka tom yam. That’s why, saya masak tom yam hari ni. Awak pergilah mandi dulu, lepas tu turun makan,” Lutfil senyum nipis.
Jadi, inilah kehidupan yang dibangga-banggakan oleh Ian dan Hadi itu. Seronok juga rupanya. Balik sahaja, sudah ada yang menunggu. Meja makan juga penuh dengan makanan yang sedap-sedap.
*****
Setelah selesai makan malam dan mengemaskan dapur, Ayyana melepak di ruang tamu. Dia mula menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya yang tertunggak. Setelah bercuti beberapa hari, dia perlu kembali bekerja. Walaupun suaminya adalah bos, tanggungjawab sebagai pekerja haruslah dijalankan.
“Ayyana, minggu depan awak ambil cuti,” Ayyana mendongak. Lutfil duduk di sofa, tangannya mencapai remote control.
“Kenapa nak ambil cuti?”
“Kita pergi honeymoon?” Ayyana membulatkan matanya. Lutfil sengih. “It’s okay if you don’t want that happen,” That? Sekali lagi Ayyana bingung.
“It’s you who have to approve my leave, Luth. You do what you want. Isn’t your word whenever we’re arguing about something? Just make the decision by yourself,” Lutfil pandang Ayyana yang sedang bersila di permaidani dengan jari jemari runcing isterinya itu di keyboard laptop.
Are you teasing me, Mya Ayyana?”
No. It’s fact, right? Awak kan suami, saya sebagai isteri ikut aje apa yang awak suruh. Lagipun, awak jugak bos saya. Dah tentu-tentunya saya kena minta permission awak,” Lutfil mengangguk faham. Bendul juga dia ni pun.
“Okey. Maksudnya, apa yang saya nak awak akan turutkan?” Ayyana angguk tanpa memandang Lutfil.
Dia lebih berminat untuk menyiapkan kerja-kerjanya itu. Lutfil turun ke permaidani. Dia menarik tangan Ayyana.
Ayyana pandang tangannya yang dipegang Lutfil. Senyuman nipis terukir. Ini sudah kenapa? Pegang-pegang pula. Grrr, seram Ayyana dibuatnya.
What do you want?”
I want you…”
Besides that?”
Lutfil ketawa kecil. Ayyana memang bijak, sangat bijak.
We need to live our life like others, Ayyana. I know, it hard for us to adapt our situation. Awak sanggup terima saya sebagai suami awak?”
“Saya memang terima awak sebagai suami saya. Tapi, sekarang ni… awak bukan nak talk pasal kita kan?”
“Ya. Boleh saya minta awak berhenti kerja? Projek yang awak uruskan ni melibatkan Imran. Saya tak mahu dia ambil kesempatan ke atas awak. Saya tahu, awak sangat komited dengan kerja awak. Tapi, ini arahan saya sebagai suami,” tegas Lutfil.
“Okey. Ambil cuti tu semuanya alasan?”
“Yupp. Tapi, kalau awak nak kerja jugak, saya boleh aturkan tugas lain untuk awak. Mungkin setiausaha saya?” Ayyana gelak kecil.
“Setiausaha awak? Di pejabat atau di rumah?” Lutfil melepaskan tangan Ayyana, dia kembali naik ke sofa. Pening kepala dia berbicara dengan orang bijak ni. Sakit otak!
Ayyana senyum. Merajuklah tu. Ayyana bingkas bangun dan dilabuhkan punggung disebelah Lutfil. Dicapai tangan suaminya.
I’m asking you because I want your exactly decision, Luth. Awak berterus terang aje dengan saya apa yang awak nak saya buat. Saya tahu awak cuba consider pasal saya, tapi awak tu suami. Arahan awak, saya kena turutkan walau apapun. We are married, right? Just tell me very peacely,” Lutfil mengeluh perlahan.
Kenyataan mereka sudah berkahwin menyedarkannya. Iya, dia yang perlu membuat keputusan yang tepat dalam perkahwinan mereka.
I’m too afraid that Imran will hurt you, Ayyana. Just like what had happened to late Emma. He will do anything to get you. Even, my friends always keep their eyes on us, I’m still worried…”
“Hmmm, I’m okay. Saya akan hantar notis berhenti kerja dua puluh empat jam. Sempatlah saya siapkan kerja saya yang tertunggak ni sebelum resign. Jadi, rumah ni sentiasa dipantaulah kan?”
“Hmmm…”
At least, saya tak perlu takut masa awak tak ada. Dahlah, awak jangan kacau saya. Saya nak siapkan kerja saya,” Ayyana kembali menyambung kerja-kerjanya.

Lutfil senyum lega. Tidak disangka Ayyana seorang yang memahami. Tiba-tiba, dia berasakan hubungan mereka agak serius. Lain sangat jika hendak dibandingkan sebelum kahwin dulu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan komunikasi mereka kaku. Atau, ini hanya perasaannya sahaja. Ayyana tidak berkata apa-apa pun.
to be continued...

p/s : ABP could be in two part. cerpen ni too long. CIA akan update part 2 by tomorrow. masa, CIA tak janji. dah siap, CIA post terus. couldn't make it full version tonight. tangan ni tamau berhenti menulis. hehe. SELAMAT MEMBACA! :D. surprise character in this cerpen, CIA pun tak jangka. the idea throw up very smoothly. :D.

6 comments:

  1. TQ....waaa. besttt ni...suka2... menarik....update selalu tau...hehehe...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. tq, mona. inshaAllah. rajin online pepagi buta noooo. :D

      Delete
  2. Hehehe... Best2, wau suka sungguh watak polis ni ek? hehehe... smart gitu ♥
    mlm ni ada new n3 x akak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh, balqiz. hihi. suka sangat. akak suka polis handsome. hahaha. inshaAllah ada kot. mcm biasalah. :D

      Delete