Monday, 23 June 2014

enovel : Hello, Mr LA! 12


Azaril pandang Doktor Aisyah yang merupakan seniornya di hospital tempat dia bertugas. Berita yang diterimanya agak mengejutkannya. Kenapa dia yang harus terpilih? Azaril bukanlah menolak untuk melakukan kebaikan, tetapi dia tidak sanggup mahu meninggalkan Trisha memandangkan isterinya itu sedang mengandung. Mustahil buat masa sekarang.
“Doktor Aisyah, kita tak kekurangan kakitangan kan? Kenapa mesti saya?” tanya Azaril. Doktor Aisyah bersandar tenang.
“Doktor Raffiqi yang paling layak di antara doktor-doktor yang lain. You already pass your hard time, Doktor Raffiqi. Bukan doktor seorang yang dihantar ke sana, tapi bersama dua tiga orang lagi,” Doktor Aisyah tidak mahu mengalah.
Azaril mengeluh kecil. Matanya tajam memandang plat nama Doktor Aisyah di atas meja. Senior Doctor. Tidak dapat tidak, dia harus akur akan keputusan para doktor senior yang terlebih dahulu makan garam. Memanglah dia sudahpun diiktiraf sebagai doktor senior kepada housemanship tetapi dia masih belum bersedia buat masa ini.
You know that I’m married, right? Susah untuk saya tinggalkan isteri saya doktor. She’s pregnant and she needs me more than anyone. Doktor sendiri mesti tahu apa perasaannya ditinggalkan suami untuk satu tempoh yang panjang. Saya bukan nak menolak dalam menjayakan misi bantuan kita ni, tapi saya perlu juga fikirkan soal keluarga saya. Give me a time, I’ll try to discuss this with my wife,” balas Azaril dengan perasaan yang memberat.
Take your time, Doktor Raffiqi. We still have time. Saya faham perasaan isteri awak. Tapi, saya yakin dia mesti faham tugas awak. Seorang doktor yang baik sanggup berkorban demi pesakit-pesakitnya. You too. Am I right?”
Azaril angguk, lambat-lambat.
Baginya, kehendak pihak hospital yang mahu menghantarnya dan beberapa orang doktor lain ke bumi Syria adalah sesuatu yang baik. Dia tidak sangkalkan itu. Cuma, masa itu tiba diluar keinginannya. Dan, tugasnya di Syria bukan sahaja untuk membantu dan merawat tetapi demi saudara sesama Islam juga.
Dia yakin Trisha tidak akan melarang. Cuma, dia sahaja yang berat hati mahu berpisah dengan isterinya itu. Fikirannya tidak senang memikirkan keselamatan Trisha sepanjang ketiadaan dia. Memanglah keluarga mereka mampu menjaga Trisha, tetapi hati dia tetapi risau. Bagaimana jika dia yang tidak akan pulang? Segalanya mungkin berlaku. Mampukah Trisha hidup tanpa dia? Tegakah dia membiarkan anak mereka lahir ke dunia tanpa bapa? Huh.
*****
Petang itu, habis sahaja kerja… Azaril terus memandu pulang ke rumah mamanya. Datin Seri Laila selalu punya kata-kata yang mampu menyedapkan hati Azaril. Wanita mualaf itu sangat tertib orangnya dan selalu menjaga kata-kata dan juga adabnya. Walaupun dulu dia hidup dalam masyarakat Cina, namun setelah berkahwin dengan Datuk Seri Johan, ayah Azaril… dia mula menyesuaikan dirinya dalam kehidupan seorang Melayu dan Islam.
“Mama,” panggil Azaril apabila tidak nampak kelibat mamanya di taman mini yang menjadi tempat santai mereka sekeluarga.
“Ada ni,” Datin Seri Laila menatang dulang berisi minuman petang. Sedar sahaja kereta Azaril masuk ke dalam perkarangan rumah, terus dia menyiapkan minum petang.
Ada masalahlah tu jika Azaril pulang sendiri tanpa Trisha. Sejak anak lelakinya itu berkahwin, jarang sekali dia pulang seorang diri. Pasti dikeleknya Trisha bersama, kononnya pasangan bahagia. Hari ini, Azaril pulang seorang diri pula dan tentunya mempunyai masalah. Masalah itu sah-sahlah berkaitan dengan Trisha.
“Apa khabar, ma?”
Wo hen hau. Zuijin mang ma?” Dulang diletakkan di atas meja batu di mana Azaril sudah pun duduk di salah satu kerusi di sekeliling meja itu. Disalami tangan putih Datin Seri Laila.
Hen mang…”
Mang shenme?”
Terbit keluhan berat dari bibir Azaril. Sudah ditahan agar tidak mengeluh, namun terbit juga walau puas melarang.
“Sibuk dengan kerja… Trisha lagi. Mama tahu kan, menantu mama tu mengandung? Selalu nak Fiqqi teman dia,” Datin Seri Laila gelak.
“Ya. Mama bakal timang cucu lagi. Fiqqi bakal jadi papa. How’s life?” Azaril tergelak kecil.
Better until I got this news. Senior Doktor nak Fiqqi ke Syria, bantuan kemanusiaan,” Terjegil mata Datin Seri Laila.
Baru sahaja Azaril mahu membina hidup baru bersama menantunya itu. Masakan mereka perlu berpisah lagi, bukannya sekejap tetapi lama. Berpisah beberapa sahaja kedua-duanya tidak betah. Mampukah Azaril dan Trisha berhubungan jarak jauh? Belum tentu Azaril boleh menitipkan khabar setiap hari. Keadaan di sana bukannya seperti di Malaysia, masih aman walaupun sudah banyak masalah.
“Fiqqi bincanglah dengan Trish dulu, tanya pendapat dia. Perempuan mengandung ni sensitif. Asking her very nicely,” Diusap bahu Azaril lembut, menghilangkan sedikit kerisauan anak lelaki kesayangannya itu.
“Itulah sebabnya Fiqqi datang sini, mama. I need your advice to settle this matter. Fiqqi memang berat nak tinggalkan Trish. She becomes more aggressive, mama. Everytime, she needs me. Kalau Fiqqi tak kerja, dia asyik nak berkepit aje,” kata Azaril.
Datin Seri Laila menggeleng. Bibirnya mengulas senyum.
“Biasalah Fiqqi, pembawakan budak. Manja dia lebih sikit. Mama tahu, Trish faham kerjaya Fiqqi. Niat Fiqqi ke sana bukannya untuk bersuka ria, tapi untuk membantu saudara Islam kita. Fiqqi, buktikan pada zuriat kamu berdua yang papa dia ni berjiwa kental. Mama bangga dengan anak mama ni…” Tulus sekali ujaran Datin Seri Laila.
Azaril capai jemari mamanya dan mengucup tangan yang membesarkannya sehingga menjadi orang berguna walaupun tersasar sedikit ketika usianya masih remaja.
I love you, mama. Tapi, anak Fiqqi nanti panggil Fiqqi abi tahu,” Azaril sengih. Datin Seril Laila tarik hidung mancung Azaril, geram.
Abi pun abilah. Sama juga maksudnya.
I love you too, sayang mama. Lakukan yang terbaik, minta petunjuk Allah dalam setiap keputusan yang Fiqqi buat. Insha Allah, kemanisannya tak terjangkau rasanya,” Dibawa kepala Azaril ke dada.
Azaril Raffiqi Wilson bin Johan, anak lelaki kebanggaannya. Tidak mudah mengaku kalah biarpun dugaan yang datang itu berat. Entahkan Azaril sudah melupakan Aimi atau belum, Datin Seri Laila tidak tahu. Selagi tiada perpisahan kekal di antara Azaril dan Trisha, dia percayakan kedua-duanya. Dia yakin Azaril mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dengan baik seperti suaminya yang berusaha menjadi hero kepada anak-anak mereka.
*****
Uwekk! Uwekk!
Entah sudah kali ke berapa dia muntah pun tidak tahu. Apa yang dia tahu, jemari kasar milik Azaril sentiasa mengurut belakang lehernya untuk melegakan sedikit muntahnya itu. Selalunya, waktu pagi sahaja alahannya itu datang. Ini dah tengah malam, masih lagi dia menengadah di permukaan sinki di bilik air.
“Sengaja aje baby ni, tak bagi abi manja-manja dengan umi… kan?” seloroh Azaril sambil mengusap belakang badan Trisha.
“Jangan buat lawaklah, abi. Selalunya, malam-malam okey aje. Malam ni pulak sibuk nak muntah,” kata Trisha masih menunduk.
“Nak muntah lagi tak ni?” Dia pandang wajah Trisha di cermin. Basah habis dari rambut sampai ke leher Trisha. Kasihan.
Trisha kerutkan dahi. Dia rasa mahu berbaring sahaja sekarang ini. Mata ni asyik nampak tilam empuk dan bantal saja ni.
“Nak baring,” pinta Trisha lemah. Tanpa kata, Azaril mencempung tubuh lemah Trisha dan dibaringkan ke tilam. Pucat dah wajah berseri bakal umi ni.
Azaril ke almari dan mengambil baju lain untuk Trisha. Dicapai juga tuala kecil untuk mengelap rambut isterinya yang sudah basah itu. Penuh kelembutan Azaril menukarkan pakaian Trisha. Dilap rambut Trisha perlahan sambil mengusap wajah pucat isterinya.
“Susah ya mengandungkan zuriat Azaril? Abang ada ni, bolehlah jaga. Nanti abang dah terbang ke sana, siapa pulak nak jaga Trish abang ni?” Trisha menolak tangan Azaril di kepalanya.
“Trish tak sukalah abang cakap macam tu. You will come home, right? Trish tunggu abang walau apapun jadi. Pengorbanan Trish ni tak besar mana, sekejap aje alahan ni. Allah berikan pahala untuk kaum wanita yang mengandungkan anak, abang. Trish tak pernah rasa susah,” Azaril koyak senyum lebar.
Trisha Dania semakin membesar seiring dengan usia dan statusnya. Lega sedikit mendengar ujaran itu.
“Terima kasih, isteri abang. Dulu, abang tak pernah rasa bahagia macam ni. Sungguhlah anak ni pengikat kasih. Abang tak berani janji abang akan balik, sebab kita tak tahu apa akan jadi di kemudian hari. Tapi, abang tetap akan balik,” Terangkat kening Trisha. Dia senyum nipis.
“Apa-apalah, abang. Sekarang ni Trish pening sangat. Boleh tak abang tolong picitkan,” Azaril tergeleng perlahan.
Orang serius, dia main-main. Namun, jemarinya tetap memicit dahi Trisha. Sayang isteri, oi!
“Abang sayang pemilik dahi ni,” Dahi Trisha dicium lembut. “Abang sayang pemilik pipi yang ada lesung pipit ni,” Kedua belah pipi Trisha pula menjadi sasaran bibir Azaril. “Abang sayang pemilik tubuh ni, sampai bila-bila,” Dipeluk Trisha erat.
Trisha kerut dahi. Pelik.
“Abang…” Tubuh sasa Azaril ditolak lembut. Azaril menangis?
I love you so much,” Bibir Trisha pula dikucup lama. Dia sayang Trisha Dania selepas Allah dan kedua ibu bapanya. Sangat-sangat.
“Abang, are you okay? Hey, kenapa menangis ni?” Trisha bingkas duduk. Biarpun jantungnya bergetar hebat dek sentuhan luar biasa suaminya itu, dia cuba berlagak tenang.
Ditekap kedua belah pipi Azaril yang sudah basah itu. Azaril semakin teresak. Entah kenapa, hatinya semakin menipis. Dia mula terasa kehilangan. Kenapakah hatinya kerap memikirkan keburukan? Allahuakbar.
I miss you so much, Trisha Dania. Don’t ever forget me even if I…” Trisha kucup bibir Azaril untuk mendiamkan bibir itu.
“Kenapa lemah macam ni? Sepertimana Trish redha biarkan abang ke Syria, abang jugak kena redha. Abang insan terpilih untuk membantu saudara kita di sana. Memang ya, Trish mengaku Trish berat hati nak lepaskan abang pergi. Tapi, Trish tak boleh pentingkan diri sendiri. They need you more than me,” Azaril merenung ke anak mata isterinya.
Penuh kejujuran. Penuh ketelusan. Penuh kasih sayang. Penuh cinta. Ya, andai diri ini terkorban… dia rela. Andai Allah masih mahukan dia di sisi Trisha Dania… dia bersyukur. Azaril mula mengukir senyum. Trisha menyapu air mata suaminya yang masih bersisa di pipi. Malam ini, tumpah juga butiran berharga itu.
“Abang bangga dengan Trish. Sebelum abang berangkat ke sana, benarkan abang habiskan masa bersama Trish. Seminggu ni, abang nak kita luangkan masa bersama. Kita pergi aje ke mana yang kita suka. At least, I have tried my best to give you happiness. Baby abi dan umi, seminggu ni aje… baby behave eh. Abi nak manja-manja dengan umi,” Trisha ketawa kecil mendengar kata-kata terakhir suaminya itu.
“Hek, abang ni. Kesian baby. Abang, nak… muntah,” Pantas Trisha menolak Azaril dan terus berlari ke bilik air.

Azaril tergelak. Baby ni kan… sungguhlah cemburukan abi dan umi. Dibawa langkah ke bilik air. Haih, bermanja di rumahlah gamaknya jika Trisha berterusan dengan morning sickness dia itu. Sabarlah hati. Semoga dia kembali dengan selamat dan masih berpeluang menghabiskan sisa hidup bersama Trisha di sisi. Amin.

to be continued...

note : wo hen hau - khabar baik, zuijin mang ma? - kebelakangan ini sibuk ke?, hen mang - sibuk sangat, mang shenme - sibuk dengan apa?


10 comments:

  1. Yeahhh!!! best buat smbgan lagi tau...heheehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, edlinna. akan bersambung. hihihi

      Delete
  2. uhh sis jgn buat sad ending tau.. saye menciii.. menci sgt2 dgn sad ending walaupun saya tau x slalunya cite diakhiri dgn happy ending =( *buat muka terlampau cute*

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. acilah sad ending. tak ending lagi nih. hihi. :D. cute sangat. :)

      Delete
  3. Alaaa alaaa baru baca ni dah nangis. Nanti part Azaril mati kang caner nak nangis lagi huwaaaaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaaa. yakin ja Azaril mati kan. haha(gelakjahat). CIa dah gela guling2 ni. :D.

      Delete
  4. Xmau sad ending....nk suwett2 je...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. noted. tapi, teringinlah nak buat sad ending. hihi. :D

      Delete
  5. Btw, pinyin dia wo hen hao, bukan hau... :)

    ReplyDelete