Wednesday 11 June 2014

Cerpen : Si Amor Me Si Amor (Last)



Datuk Adnan dan Datin Emma saling berpandangan. Bagaikan tidak percaya akan apa yang lelaki di hadapan mereka ini cakapkan sebentar tadi. Namun, jauh di sudut hati mereka mengucapkan syukur jika benar Rifqi telah kembali.
“Awisy dah tahu?” tanya Datuk Adnan. Naqib mengangguk.
“Tapi, dia masih tak boleh terima saya balik. Maafkan saya kalau permintaan saya ni melampau. Saya sayangkan Darwisya. Dua tahun saya cuba cari diri saya, tak pernah sekali pun saya lupakan semua di sini. Cuma, saya tak kuat nak kembali ke sini masa tu. Emmm, saya nak minta tolong papa dan mama, bantu saya pujuk Darwisya…”
Datin Emma senyum.
“Awisy pun tak pernah lupakan kamu, Rifqi. Puas kami pujuk dia kembali tinggal dengan kami, tapi ada saja alasan dia. Itu pun dah cukup untuk buktikan Awisy pun sayangkan Rifqi. Cuma, itulah. Dia masih terkejut rasanya. Rifqi muncul tiba-tiba, dengan kehadiran Auni pulak,” balas Datin Emma.
“Kamu ikhtiarlah macam mana nak pujuk Awisy. Dia marah bukannya lama, sekejap aje. Lagipun, papa yang paksa kamu berdua berkahwin dulu. Insha Allah, papa dan mama akan cuba bantu apa yang patut,” Datuk Adnan seperti menyokong Naqib kembali kepada anak perempuannya.
“Papa dan mama jangan risau. Bulan depan, hari ulang tahun perkahwinan kami. Saya dah plan sesuatu. Ini details untuk majlis tu nanti. Tapi, papa dan mama jangan bagitahu Darwisya. This is our secret,” Datuk Adnan dan Datin Emma tergelak.
Bersungguh-sungguh Naqib mahu memujuk Darwisya. Biarpun hubungan anak menantu mereka hanya dalam masa yang singkat, tidak disangka rupanya wujud perasaan sayang dan kasih di hati masing-masing. Inilah yang dikatakan jodoh. Jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Subhanallah.
“Sebelum tu, kamu baliklah rumah kamu. Biarlah Awisy nak cakap apa pun, itu rumah kamu. Dia takkan boleh halang kepulangan kamu. Mak kamu pun teringin sangat nak berjumpa dengan kamu. Athirah pun mesti suka, abang dia dah balik,” suruh Datuk Adnan.
Naqib senyum nipis. Bagus juga cadangan bapa mertuanya itu. Okay, set! Naqib Rifqi, game on! Never off. Ehek.
*****
Mak Cik Fauziah tersenyum senang. Matanya memandang lelaki yang mendukung Adib sambil mengusik cucunya itu. Lega hatinya kini, tiada lagi resah yang sentiasa mengganggu perasaannya. Kemaafan dari Naqib sudah cukup membuatkan hati tuanya berasa tenang setenangnya. Lapang dadanya ketika ini.
“Darwisya balik pukul berapa, mak?” tanya Naqib sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi kayu. Mereka bersantai di halaman rumah besar itu.
“Selalunya, sebelum pukul enam dah sampai rumah. Adib ni, bukannya boleh berpisah lama-lama dengan umi dia. Pantang sungguh petang-petang macam ni tak nampak batang hidung Amni, merengek tak ingat dunia,” Naqib tergelak.
Begitulah perangainya dulu. Tidak mahu langsung berpisah dengan ibunya. Dia sendiri tidak tahu menahu tentang itu sehinggalah Puan Bariah sendiri yang menceritakannya.
“Mak, Qi rasa tenang sangat sekarang ni. Tak macam dulu lagi dah,” kata Naqib. Mak Cik Fauziah usap bahu Naqib.
“Mak pun rasa benda yang sama, Qi. Mak pun dah tua, tak guna mak ingat perkara lama. Mak sendiri yang biarkan hidup mak penuh dengan sifat hasad dengki, dendam semua tu. Alhamudillah, Allah buka pintu hati mak untuk berubah. Allah bantu Qi jugak. Inilah kebahagiaan yang hakiki, Qi. Mak doakan Qi berjaya pujuk Amni. Insha Allah, hati dia akan lembut. Tambahan pula, Amni memang menunggu kepulangan Qi. Banyakkan bersabar ya,” Mak Cik Fauziah tersentak apabila Naqib memeluknya.
Teragak-agak dia mahu membalas pelukan itu. Bibirnya mengulas senyum, syukur Ya Allah.
“Qi bersyukur dikurniakan tiga orang ibu yang terbaik untuk Qi. Ibu, mak dan mama adalah wanita terhebat di mata Qi. Arwah ayah, ayah Har dan papa… semangat Qi. Mak, Qi tak pernah bencikan mak dan arwah ayah. Cuma, Qi yang tak matang. Qi tak layan mak dan arwah ayah sebaiknya, sebab tulah Qi sanggup tinggalkan rumah. Maafkan Qi, mak,” Mak Cik Fauziah senyum dalam tangis.
Ya Allah, Kau telah mengubah anak ini. Terima kasih, Ya Allah. Aku bersyukur ke hadrat-Mu. Inilah hadiah yang paling berharga untukku. Allahuakbar.
*****
“Awak buat apa kat sini?” Darwisya berdiri di pintu dapur. Patutlah Adib tidak menjemputnya dia hari ni, rupa-rupanya sibuk melayan Naqib. Huh!
“Dah balik? Adib mintak abang buatkan susu,” Abang? Darwisya buat muka. Nampaknya Naqib semakin berani menunjukkan mukanya secara terang-terangan kini.
Darwisya membuka pintu peti ais, dicapai botol susu yang sudah pun terisi dengan susu. Selalunya, dia akan tinggalkan susu yang sudah dipam di dalam peti ais sebelum keluar bekerja. Adib jarang minum susu tepung, muak.
“Meh sini kat umi,” Darwisya menyuakan kedua tangannya. Namun, Adib membenamkan mukanya ke bahu Naqib.
Let me feed him. Awak pergilah naik mandi,” Naqib mengambil botol susu di tangan Darwisya. Kekok pula keadaan mereka sekarang.
“Amni, pergi mandi dulu. Mak tolong Qi susukan Adib,” Mak Cik Fauziah memberikan isyarat mata kepada Darwisya.
Lambat-lambat Amni bergerak meninggalkan dapur lalu mendaki anak tangga, naik ke biliknya. Diukir senyuman nipis. Dia gembira sebenarnya, namun hatinya masih belum puas mahu mengenakan Naqib. Dia tidak akan senang-senang menyerah diri. Biar Naqib rasa macam mana perasaannya dulu.
*****
Naqib melabuhkan punggung di kerusi santai di kolam renang. Itulah tempat kegemarannya jika mempunyai masalah. Jika ada kelapangan, dia akan menghabiskan masa berenang di kolam renang ini. Adakalanya, dia dan Ikmal akan melepak di sini. Sungguh gembira rasanya dapat kembali ke rumahnya ini.
Pandangan diliarkan ke sekitar rumah, tiada perubahan. Hanya satu sahaja perubahan yang berlaku di banglonya ini; kehadiran Darwisya, Mak Cik Fauziah, Athirah dan Adib. Dulu, Bik Hus sahaja yang menjadi penemannya. Banglo ini tidak lagi sunyi, kini sudah terhibur dengan kehadiran Adib. Suara gelak ketawa tatkala diusik sudah mampu meriuhkan suasana. Apakah agaknya akan berlaku jika masih ada yang menyusul selepas Adib? Uhuk!
Sempat lagi fikirannya menerawang ke tempat lain. Pasti ada yang menyusul jika Darwisya sanggup memaafkan dan menerimanya kembali. Haish, runsing pula otaknya. Susah juga rupanya mahu melembutkan hati isterinya itu. Harap-harap, kejutannya untuk Darwisya menjadi.
“Ehem,” Suara deheman itu mengganggu Naqib. Tetapi, saat matanya memandang pemilik suara itu, senyuman lebar terukir. Rindunya dia pada insan ini.
“Bik Hus,” Bik Hus senyum.
“Apa khabar, Rifqi?” Naqib menepuk kerusi di sebelahnya agar Bik Hus duduk di situ. Bik Hus mengikut arahan majikan yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
“Alhamdulillah. Ingatkan Bik Hus dah tak kerja di sini. Manalah tahu Wisya dah berhentikan Bik Hus…”
“Ish, tak adalah. Bik Hus ke rumah anak sekejap. Amni dah ikat Bik Hus kat sini. Beria-ia dia pujuk anak-anak Bik Hus, nak Bik Hus tinggal terus di rumah kamu ni. Rifqi, Bik Hus rindukan kamu. Alhamdulillah, kamu terselamat,” ujar Bik Hus.
“Oh, dia curi Bik Hus Rifqi eh. Memang nak kena ni,” seloroh Naqib.
Bik Hus ketawa. Bahagianya kerana masih berpeluang mendengar usikan Naqib. Jika Naqib adalah anaknya, sudah lama dipeluk tubuh itu. Rindu!
*****
Darwisya menuruni anak tangga perlahan. Riuh sungguh keadaan di tingkat bawah. Ada apakah? Terlewat pula dia bangun hari ini. Selepas sahaja solat subuh tadi, dia tidur kembali. Sedar-sedar sahaja, sudah jam sembilan pagi. Dia tidak menjenguk Adib awal pagi ini. Anak lelakinya itu bukan main meragam lagi mahu tidur bersama Naqib di bilik tetamu.
“Lewatnya anak mama bangun,” tegur Datin Emma tatkala terpandangkan Darwisya di tangga.
Darwisya hanya senyum nipis. Patutlah riuh, semuanya ada di sini.
“Amni, sini,” gamit Mak Cik Fauziah. Mereka ada tetamu rupanya. Nasib baik dia mengenakan tudung sebelum turun tadi.
Langkah dibawa ke ruang tamu. Adib yang berada di pangkuan Naqib dipandang sekilas. Tak boleh pandang lama-lama. Nanti terjatuh hati pula pada abi Adib. Erk? Bukan memang dah jatuh hati ke? Darwisya bersalam dengan tetamu wanita yang duduk bersebelahan dengan Mak Cik Fauziah. Senyuman tidak lupa diulas.
“Ibu kandung Rifqi, Sabariah,” maklum Mak Cik Fauziah tanpa tertangguh. Darwisya angkat kening, tidak percaya.
“Amni apa khabar?” tanya Puan Bariah. Cantik sungguh menantunya ini, manis bertudung. Patutlah Naqib tersangkut pada wanita ini.
“Alhamdulillah, sihat. Maaflah Amni turun lambat,” Sebenarnya, Darwisya agak kekok ketika ini. Iyalah, ibu mertua dia kot. Sudahlah semua mata asyik dok pandang dia saja. Bikin wa malu leh.
“Tak apa, ibu dan ayah pun datang mengejut. Hah, yang di sebelah Naqib tu, ayah. Selepas ibu bercerai dengan arwah ayah Naqib, ibu berkahwin dengan ayah,” Darwisya menghadiahkan senyuman manis, tanda salam perkenalan.
“Hah, ini pulak along, Kasyfi. Ibu kahwin dengan duda beranak satu tau. Alonglah tu,” Semua di ruang tamu itu ketawa. Kasyfi memang mesra alam.
Senyuman manis turut diberikan pada Kasyfi. Naqib senyum lebar. Keluarganya sudah lengkap sekarang. Jika arwah ayahnya masih ada, pasti dialah orang yang paling gembira. Ah, rindunya dia pada insan yang disayanginya itu.
“Umi,” Adib turun dari pangkuan Naqib dan mendapatkan Darwisya. Tangan disuakan agar Darwisya mendukungnya.
“Nak apa ni?” soal Darwisya sambil mengangkat Adib.
“Susu,” Erk? Sopan sungguh anak dia ni. Tengah ramai-ramai macam ni masih minta susu. Malu pula Darwisya.
“Pergilah susukan Adib dulu, Awisy. Bik Hus ada kat dapur, pergi sarapan sekali,” Datin Emma bersuara.
“Iyalah. Amni minta diri dulu,” Dibawa langkah ke dapur. Dia mencari kelibat Bik Hus.
*****
Buaian dihayun perlahan. Naqib mengambil angin petang, sekadar mahu merehatkan otak.
“Rifqi,” Naqib menoleh ke sisinya. Datuk Adnan menghampiri menantunya. Dilabuhkan punggung di kerusi batu berdekatan.
“Papa buat apa kat sini?”
“Emmm… papa nak minta maaf. Papa selalu kongkong bisnes Rifqi. Tapi, sekarang papa dah tak masuk campur dalam NR Holding. Semuanya papa serahkan pada Awisy. Dan, pasal Hotel Trendy. Papa yang minta Ikmal luluskan projek tu. Papa rasa Rifqi memang menantikan peluang tu kan?”
“Tak ada apalah, papa. Perkara dah lepas. Memang saya tunggu peluang untuk bina hotel berkonsepkan islamik tu pun, pa. Impian terbesar saya adalah hotel tu. Memang saya hidup macam tiada agama dulu, tapi semua tu saya buat untuk arwah ayah saya,” Datuk Adnan terangguk-angguk.
“Alhamdulillah. Hotel Trendy pun dah hampir siap. Tapi, sekarang ni Rifqi kenalah ambil alih NR Holding kembali. Awisy dah banyak kali minta papa uruskan balik syarikat kamu tu. Isteri kamu tu bukannya minat berniaga. Syarikat papa pun awal-awal lagi dia dah reject, waktu papa cadangkan dia bekerja dengan papa selepas habis belajar,” ujar Datuk Adnan.
Naqib ketawa.
She is really something, papa. She does what she wants. She says whatever in her mind. You raise such a great girl, Datuk Adnan,” Datuk Adnan ketawa besar.
For that, I have to sacrifice my career, Rifqi. Papa tinggalkan dunia perkapalan yang papa suka. Tapi, sikap keras hati papa dah korban nyawa kakak dia, Amna. Papa tak restu perkahwinan arwah Amna, sanggup biarkan dia hidup melarat di jalanan. Hati papa terlalu degil untuk maafkan arwah. Papa menyesal, Rifqi. Sebab tulah papa cuba masuk campur dalam urusan Rifqi,” balas Datuk Adnan panjang.
“Semua benda berlaku ada sebabnya, pa. Cuma, kita yang tak nampak. Sekarang kan papa dah sedar. Arwah Amna pun mesti dah maafkan papa, insha Allah…”
Datuk Adnan senyum nipis. Harapnya, arwah Amna sudah memaafkan segala kesalahannya. Insha Allah.
*****
Mug yang tergantung, diambil. Dituangkan air kosong ke dalam mug. Dek terlupa mengisi bekas airnya di dalam bilik, terpaksa dia turun ke dapur. Darwisya duduk di kerusi meja island. Sempat lagi termenung. Bibir mengulas senyuman, teringat keletah Adib dan Naqib petang tadi. Bukan main manja lagi Adib dengan Naqib.
Selagi Naqib tidak dodoikan, dia tidak mahu tidur. Naqib dulu dan sekarang sangat berbeza. Sepanjang tiga bulan, mereka sebumbung… dia masih gagal menebak setiap pergerakan Naqib. Mungkin, ketika itu hubungan mereka sememangnya dingin. Siapa yang suka jika dipaksa kahwin? Tambahan pula, ketika itu Naqib tidak sesegak sekarang.
“Buat apa tak tidur lagi?” Darwisya tersentak.
Selambanya Naqib duduk di sebelah Darwisya. Pantang sungguh jika dia ternampak Darwisya keseorangan, diambil peluang itu untuk memujuk si isteri.
“Lain kali, bagi salam boleh tak?” marah Darwisya.
“Kalau abang bagi salam, tentunya Wisya dah lari kan? Wisya kan tak suka dekat-dekat dengan abang,” Darwisya mencebik. Sudah tahu, buat juga.
“Tahu tak apa,” tukas Darwisya. Dia menghabiskan airnya dan berura-ura untuk beredar. Namun, Naqib lebih pantas menahannya.
Dipandang pergelangan tangan kirinya yang dipegang Naqib.
“Duduk sekejap. Abang ada benda yang nak beritahu Wisya,” kata Naqib, serius. Darwisya mendengus perlahan. Tidak jadi dia ingin melarikan diri dari Naqib.
Make it fast…”
Naqib berdehem kecil.
I’m sorry for that night. I can’t control my jealousness. Abang cemburu tengok Wisya bergelak tawa dengan lelaki lain. I know your old life, so I afraid you will leave me and go to another guy. Abang tak berniat pun nak rendah-rendahkan maruah Wisya, cuma… Wisya tahu kan perangai abang masa tu. I’m sorry,” Dipandang Darwisya, menanti respons dari isterinya itu.
Because of that, I have Adib as my peneman. You are not leave alone. But, I can’t forgive you just like that, Mr Naqib. I’m hurt. Give me a time. Buat saya percaya yang awak memang betul-betul mahukan saya kembali. Saya naik dulu,” Direntap tangan yang dipegang Naqib.
Dia berlalu ke biliknya.
Naqib mengeluh. Nampaknya, Darwisya betul-betul terluka. Diraup rambut yang jatuh ke dahi. Dia perlu bersabar. Mungkin kisah silamnya membuatkan Darwisya masih tidak yakin dengannya. Tambahan pula, layanannya pada wanita itu dulu sangat teruk. Dia dikira beruntung kerana Darwisya masih sanggup menunggunya biarpun tiada khabar tentangnya selama dua tahun.
*****
Restoran mewah yang tersergam indah di sebuah tempat peranginan menarik tumpuan Darwisya. Mengikut kertas yang diberikan oleh Naqib, inilah tempatnya. Kenapa pula Naqib mengajaknya ke tempat ini? Tiada pula pelanggan yang berkunjung di restoran ini. Jam dipergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Malam masih muda, pelik juga kerana tiada pengunjung yang berkeliaran di sekitar kawasan peranginan ini.
Deruan ombak kedengaran kuat. Angin sepoi-sepoi bahasa menyepak pipi gebu Darwisya. Entah apalah yang membuatkan dia sudi datang ke mari. Mungkin sifat ingin tahu menebal di hatinya. Adib ditinggalkan dengan Mak Cik Fauziah. Tiba-tiba, seseorang meletakkan sehelai selendang tebal ke bahu Darwisya.
The event is for you, for us. Happy anniversary, sayang,” Selamba sahaja Naqib mengucup pipi Darwisya.
Darwisya kaku. Anniversary?
What is this, Mr Naqib?”
Stop calling me Mr Naqib, Darwisya. I’m your husband. Call me with the proper way, abang,” Darwisya mendengus.
Kakinya mula mahu melangkah, meninggalkan tempat ini. Sudah tentulah Naqib tidak akan membenarkan itu berlaku. Awal-awal lagi dia sudah memeluk pinggang Darwisya agar isterinya tidak boleh bergerak. Kemaafan dari Darwisya amat penting baginya. Dia sudah sedar akan kesilapannya. Naqib mahukan peluang kedua.
Let me go,” kata Darwisya keras.
No. Amni Darwisya, you are mine. I can’t let you go. Once I fall in love, I can’t take the love back. Maafkan abang, Wisya,” Naqib melepaskan pinggang Darwisya. Dia mengalihkan posisi Darwisya agar berhadapan dengannya. Dicapai kedua belah tangan isterinya itu. “I need you answer, please,” Darwisya mengeluh. Dia menunduk.
Lama mereka berdiam.
“Apa jaminan awak untuk saya terima awak balik?”
I’ll do anything you want me. Just listing it. Abang janji abang takkan tinggalkan Wisya lagi. Abang janji takkan sayangkan perempuan lain selain Wisya. I’m promise,” janji Naqib, semangat.
Darwisya menyembunyikan senyumannya.
Prove it. Sing to me one song… with a deep meaning,” pinta Darwisya. Dulu dia pernah mendengar Naqib menyanyi sambil bermain gitar.
Naqib angkat kening. Menyanyi? Yo, puan isteri. Whatsup, long time no sing maa. Hancus!
Errr… anything else except that. Please…”
So, I think my forgiveness not in your target. Let me go,” Darwisya cuba merungkaikan pegangan Naqib.
“Okey. Jom, ikut abang masuk dalam,” Nak tak nak, dia perlu juga menunjukkan bakat yang selama ini disembunyikan. Dia hanya akan menyanyi ketika dia keseorangan saja.
Darwisya di belakang Naqib, tersenyum senget. Umpan mengena. Padan muka awak, Naqib Rifqi. Jangan main-main ya dengan Amni Darwisya. She does what she wants, right? I do what I want, right now. Hati Darwisya berbisik sendiri.
Naqib menarik kerusi di meja berdekatan pentas kecil di restoran yang sengaja ditempahnya. Tempat peranginan ini merupakan cabang perniagaan Naqib yang lain, dia punya separuh syer resort ini. Hasil perkongsian bersama seorang rakan kongsinya. Dibawa langkah ke atas pentas. Gitar yang tersandar di sisi drum, dia ambil.
“Ehem… I sing this song for you, Amni Darwisya. Just for you. Lagu baru tau,” kata Naqib menggunakan mikrofon. Dia duduk di kerusi tinggi di tengah-tengah pentas.
Darwisya memandang Naqib. Ya Allah, janganlah Kau sedarkan aku dari mimpi ini. Aku ingin hidup dengannya. Janganlah Kau pisahkan kami andainya ini memang jodoh kami. Kau redhalah hubungan kami, Ya Allah. Aku mahu dia sebagai suamiku, juga bapa kepada anak-anakku. Aku mahu dia menjadi pembimbing hidupku, Ya Allah. Doa Darwisya di dalam hati.
Petikan gitar berbunyi. Nafas dihela perlahan.
I thought of this over a million times
Who would have ever thought that it will be our time?
I just know it,
'cause you are the one!

It ain't a selfish love, when I'm with you
You remind me of Allah and so I know it's true
I just say it
You are the one
(chorus)
Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it,
When we believe it… together
Dreams are meant to be
'Cause you are the one for me

I never thought that i would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it
'Cause you are the one

And when the times are tough
And we’ve got the world to see
Standing right beside you is where i want to be
I just know it
You are the one

Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it,
When we believe it… together
Dreams are meant to be
'Cause you are the one for me

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine
I just know it
'Cause you are the one

And when there's gray in our hair
And we have not much to do
I want to spend the rest of my days with you
Oh don't you know it?
You are the one
You are the one
Oh won't you be the one?

Naqib turun ke bawah pentas. Tangan Darwisya yang sudah sejuk itu diraih. Dia melutut di hadapan Darwisya.
Won’t you be the one?” tanya Naqib, serius.
Darwisya menyapu air mata di pipi. Terlalu mendalam maksud nyanyian Naqib tadi. Sehinggakan dia terkelu. Mahu sahaja dia berlari naik ke pentas dan memeluk Naqib.
“Doa saya, Allah kabulkan. Saya mahu awak dalam hidup saya. You build yourself really hard. Siapa saya untuk menolak peluang kedua yang Allah bagi pada kita? You are back to me, handsomely. Can I hug you?”
I’m yours,” Naqib mendepangkan tangannya. Darwisya turut melutut.
Pantas dipeluk insan yang dirinduinya, erat.
I love you, forever,” ucap Naqib, seraya mengucup kepala Darwisya yang bersalut selendang.
I love you more,” balas Darwisya, ikhlas.
Tanpa mereka sedari, semua ahli keluarga mereka sedang menonton babak itu. Auni yang turut hadir, tersenyum. Live your happy life, friend, desis Auni. Kasyfi menjeling Auni pelik. Aik, ulat bulu sudah naik daun ke? Sempat lagi tu. Aip, Doktor Kasyfi… Auni masih dalam idahlah. Eheh.
*****
Beberapa bulan kemudian
“Sayang, tolong,” Naqib berdiri di hadapan Darwisya yang sudah siap memakai tudung. Adib telah pun selamat diusung oleh Athirah ke bawah.
Darwisya mengemaskan butang baju melayu Naqib. Sedondon pakaian mereka di hari istimewa ini, ungu.
“Kita naik pelamin dengan dia orang nak?” Darwisya kerut dahi.
“Jangan merepeklah, abang. Berapa kali abang nak bersanding?”
“Iyalah. Dulu kan kita bersanding dengan muka masam. Sekarang ni lainlah. Senyuman awak tu melangit. Dulu mana boleh dapat,” kata Naqib sambil menekap tangan ke pipi isterinya.
Darwisya menampar dada Naqib.
“Mana ada. Cuba abang tengok gambar tu, kita senyum apa. Biarlah tak ikhlas pun, asalkan itu moment pertama kita. Dua tahun abang tak ada, gambar tu ajelah yang saya kelek tahu,” Naqib tergelak kecil.
“Iya… iya. Sayang dengar tak apa ibu cakap semalam?” Mata Naqib tepat memandang Darwisya. Darwisya mengangkat wajahnya setelah selesai membutang baju melayu suaminya.
“Hmmm? Ibu cakap apa?” tanya Darwisya, polos.
Naqib sengih.
“Auni kan tak boleh pregnant, ikut ramalan dunia. Jadi, ibu nak abang lahirkan ramai cucu untuk dia,” Darwisya mencebik.
“Abang sendiri yang cakap, ramalan dunia. Rezeki Allah mana kita tahu. Termasuklah kita ni, abang. Saya ditakdirkan tak pregnant malam kita terperangkap, tapi Adib lahir secara sah, kan. Mungkin Allah takdirkan Auni dapat lahirkan anak untuk along, bukannya untuk abang. Who know?”
“Bibir ni, dari dulu sampailah sekarang. Bijak berfalsafah. I’m proud of you, my stronger wife. You always have your good word,” Dicuit hidung mancung Darwisya.
You too, my tough husband. Pernah dengar tak, te amo?” Naqib mengangguk. Mestilah pernah, salah satu lagu kegemarannya berjudul Te Amo. Soundtrack dalam filem Dum Maaro Dum.
My favourite song, darling…”
I know. Saya buka cerita tu setiap kali saya rindu abang. That guy have beard, like the old you. Tapi, sekarang ni asyik shave aje. Dah hilang dah, Mr Beard Amni Darwisya,” Apa?
“Ulang balik,” Darwisya sengih comel. Dia peluk pinggang Naqib.
I love you, mr beard. Memang saya tak suka, tapi jambang abang unik. Saya tak boleh nak agak macam mana rupa abang tanpa jambang. Sebab tulah, saya tak perasan abang. Auni pulak pakai niqab. Hmmm, tapi abang yang baik hati ni datang menyerah diri. Pandangan tajam abang buat saya yakin abanglah mr beard saya. Si amor me si amor, abang,” Naqib senyum.
I love you too, mrs beard. Tapi, abang dah rimaslah bila muka serabut dengan jambang. Tak boleh nak simpan dah. Sorry,” Darwisya gelak.
It’s okay. Your bearded image always in my mind. Gambar-gambar abang as in ahli korporat ni melambak dalam rumah ni plus pejabat abang. So, no need to worry…”
Alright. Jomlah turun. Lama pulak dia orang tunggu kita. Mahunya along pelangkung kita. Orang dah tak sabar nak kahwin kan…”
Mereka beriringan ke tingkat bawah. Riuh rendah ruang tamu dek sibuk mengusik Naqib dan Darwisya. Adib didukungan Athirah, Naqib ambil. Merah muka anak kesayangannya itu. Menangis mungkin.
“Jomlah kita. Lama pula tok kadi tunggu,” Semuanya berarak keluar dan mendapat kereta masing-masing.
Pintu utama banglo milik Naqib ditutup rapat. Selamat pengantin baru, Kasyfi dan Auni!
~TAMAT~

p/s : dekat mana si amor pun tak tahu. hehe. yeay, tamat dah SAMSA. huish, sakit perut CIA nak habiskan SAMSA. seterusnya, MLS. cuba siapkan last part secepat mungkin. then, barulah cover sikit enovel. InshaAllah. ada lagi cerpen yang masih tertunggak. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D. sorry post lewat malam. :)

6 comments:

  1. Waaaaaa.....abisss daaaa.....tenkiu....;)...tp rasa cm xpuas je...hehe....nnt jgn lupa update yg tertunggak yer...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa... dah abis. hehe. tak puas? oh no. iya, nanti CIA update. :D

      Delete
  2. Hehehe... ♥♥♥♥♥♥
    Bagi special edition pulak akak (Pleash)
    Hehehe.. Tapi apa2 pun tq so much, love you sis :)
    smbng yg lain pulak tau mlm ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. special edition? waaa. haha. sama-sama, love you too. :D. insha Allah.

      Delete
  3. terbaik ....! harap ada special edition ...
    best!

    ReplyDelete