Monday 9 June 2014

Cerpen : Si Amor Me Si Amor 4


Darwisya termenung di kerusi santai berdekatan dengan kolam renang. Pertemuannya dengan Naqib petang tadi bermain di mindanya. Kenapa suaminya kembali secara tiba-tiba? Apa yang paling Darwisya musykilkan adalah bagaimana Naqib boleh mengetahui dia sedang menanti suaminya?
“Amni,” tegur Mak Cik Fauziah. Dia meletakkan mug berisi air milo panas di atas meja.
“Mak, boleh Amni cakap dengan mak sekejap?”
Mak Cik Fauziah senyum. Dilabuhkan punggung di kerusi santai bersebelahan dengan Darwisya.
“Boleh aje, Amni. Ada apa?” Darwisya pandang Mak Cik Fauziah dengan senyuman nipis.
Dia mencapai tangan tua Mak Cik Fauziah.
“Mak percaya Rifqi masih hidup?” soal Darwisya.
“Amni, naluri seorang ibu tak pernah menipu. Walaupun mak bukan ibu kandung Rifqi, mak tetap sayangkan dia macam anak mak sendiri. Kenapa Amni tanya mak macam tu?”
“Rifqi datang jumpa Amni, mak…”
Mak Cik Fauziah membulatkan mata. Genggaman tangan dieratkan.
“Betul ni? Amni tak tipu mak, kan?” Darwisya menggeleng.
“Amni sendiri tak percaya masa dia bagitahu Amni petang tadi. Tapi, Amni tengok sendiri IC dia, mak. Memang nama Rifqi,” Air mata Mak Cik Fauziah mula mengalir ke pipi.
“Mak nak jumpa dia, Amni. Tolong mak,” Digoyangkan tangan Darwisya. Hatinya teringin benar mahu bertemu dengan anak tirinya itu.
“Sabar, mak. Buat masa ni, Amni tak mampu nak berdepan dengan dia. Bagi Amni masa ya, mak. Insha Allah, nanti Rifqi sendiri yang datang jumpa mak. Tapi, mak jangan bagitahu sesiapa pun eh pasal ni. Amni tak bersedia,” Mak Cik Fauziah usap bahu Darwisya.
“Banyakkan berdoa, sayang. Berkat doa Amni jugalah, Rifqi kembali. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Satu hari nanti, Amni akan jumpa hikmah itu. Insha Allah,” Darwisya memeluk Mak Cik Fauziah erat.
Sekian lama, dia tidak menitiskan air mata sedari lahirnya Adib Rafki lagi. Anak itu kekuatannya sepanjang ketiadaan Rifqi di sisi.
“Mak, anak mak dah berubah. Anak mak dah matang,” beritahu Darwisya.
Mak Cik Fauziah mengucapkan syukur. Nah, inilah dia hikmah di atas apa yang berlaku. Jika ditimbangkan, pasti ada lagi hikmah di sebalik kehilangan Rifqi. Sekurang-kurangnya, sekarang ini mereka sudah tahu mengenai Rifqi. Tidak perlulah mereka berteka teki lagi.
*****
Pintu pagar terbuka. Auni menyarungkan tudung labuhnya dan membawa langkah ke pintu pagar. Seorang lelaki sedang berpeluk tubuh menanti di keretanya.
“Assalamualaikum,” sapa Kasyfi sambil tersenyum.
“Waalaikumsalam, along. Apa khabar?” Ramah Auni membalas sapaan alongnya itu.
“Alhamdulillah. Naqib mana?”
“Dia keluar sekejap, ada hal. Sorrylah, along. Tak boleh nak jemput masuk. Along buat apa kat sini?”
Kasyfi senyum. Terlupalah tu.
“Auni adikku, kan along ada bagitahu. Along ada conference kat HUKM. Alang-alang, along singgahlah sebelum balik kampung,” jawab Kasyfi.
Disebabkan dia seorang doktorlah, Encik Johar dan Puan Bariah tidak membawa Naqib dan Auni ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Entah mengapa, mereka tidak mahu Naqib dan Auni diketahui ramai. Mungkin, Encik Johar terlalu menyayangi kedua-duanya sehingga sanggup tidak melaporkan pada polis tentang penemuannya dengan Naqib dan Auni.
“Oh, maaf. Auni terlupalah. Naqib ada ingatkan Auni tadi. Jomlah, along. Kita berborak dekat meja sana. Buka pintu luas-luas,” Kasyfi ketawa.
Kelakar pula mendengar nada suara Auni. Mereka beriringan ke meja batu yang terletak di laman, sebelah pagar batu.
“Auni dengan Naqib, okey? Maksud along, tak ada bergaduh kan?”
“Apalah along ni. Kita orang nak bergaduh buat apa. Tak ada benda…”
“Naqib ada bagitahu along pasal Wisya, isteri pertama dia. Auni tak kisah ke, Naqib balik semula pada Wisya?” Auni senyum nipis.
“Wisya pun isteri dia juga, along. Auni sendiri dah tahu pasal Wisya, takkanlah Auni nak halang hubungan dia orang. Lagipun, dah dua tahun Naqib tak jenguk Wisya. Tak adil rasanya kalau Auni tak benarkan Naqib berjumpa dengan Wisya,” jelas Auni tenang.
Kasyfi senyum senget.
“Eloklah kalau macam tu. Auni pun kenalah faham keadaan Naqib. Bukan senang dia nak handle dua orang isteri dalam satu masa. Bagi dia ruang,” ujar Kasyfi penuh makna.
Dia tidak mahu rumah tangga adik-adiknya hancur hanya kerana hal kecil. Tanggungjawabnya untuk menegur jika ada kesilapan yang berlaku.
“Insha Allah, along. Along doakanlah yang terbaik untuk kami. Wisya bukannya perempuan sembarangan. Dalam kelembutan dia, ada sesuatu yang terselit jauh di sudut hati dia. Bukan mudah untuk dia terima Naqib balik,” sayu sahaja nada Auni.
Dia kasihankan Darwisya, namun dia tetap tidak boleh berjauhan dengan Naqib. Walaupun luarannya nampak dia seorang wanita yang tabah, tetapi sebenarnya tidak. Dia tidak sekuat yang disangka. Pada bila-bila masa pun, dia boleh rebah. Apatah lagi dengan keadaannya yang tidak membenarkan dia untuk melahirkan zuriat untuk Naqib.
Iya, memang Naqib tidak kisah. Tetapi, dia kisah. Seumpama dirinya cacat jika tidak mampu mengandungkan zuriat untuk suaminya. Penyambung kasih mereka tiada. Masa hadapan tidak boleh diramal, Naqib tentunya mahukan anak untuk menumpahkan kasih sayang. Huh, serabutnya fikiran tika memikirkan masalah ini. Atau, dia perlu membiarkan sahaja Naqib pergi?
*****
Kereta diberhentikan tidak jauh dari banglo mewah yang sudah lama ditinggalkan Naqib. Diperhatikan di sekeliling kawasan banglo mewah itu, hasil usahanya sendiri.
“Dia tak pernah tinggalkan rumah kau, Qi. Selalunya, Datuk Adnan dan Datin Emma yang akan ke sini untuk bertemu Wisya,” maklum Ikmal, sahabat merangkap orang kanan Naqib.
“Dia tinggal seorang?” Ikmal menggeleng perlahan.
“Ada seorang mak cik dan seorang budak perempuan dalam lingkungan dua belas tahun tak silap aku, teman dia kat sini. Qi…”
Naqib pandang Ikmal di tempat duduk penumpang.
“Kenapa?”
“Darwisya ada anak lelaki, setahun lebih. I think the child is yours. Selepas dia kahwin dengan kau, dia tak pernah keluar dengan lelaki lain. Kalau dia tiada di rumah, dia pasti di pejabat,” beritahu Ikmal.
Tentunya Naqib terkejut akan perkhabaran itu. Jadi, dia punya anak?
“Aku ada anak, Mal?” Ikmal mengangguk, lambat-lambat. Naqib senyum lebar. Alhamdulillah.
“Apa kata, kau masuk aje?”
“Lain kalilah, Mal. Dia tak boleh terima aku lagi buat masa ni. Aku tak nak keruhkan keadaan. Cukuplah aku tahu keadaan dia,” Ikmal senyum senget.
“Aku tanya kau satu soalan boleh?” Naqib ketawa. Sejak bila pula Ikmal pandai rempuh secara sopan. Kebiasaannya, macam dilanggar ikan todak saja dia serbu.
“Tanyalah, Mal…”
Do you love her… emmm… Darwisya? How about Yusra?”
“Amboi, minta nak tanya satu soalan. Ni sampai dua soalan, dah kenapa?”
“Alah, two in one, der. Jawablah,” Naqib berdehem. Ikmal renung Naqib, tidak sabar mahu mengetahui jawapan lelaki itu.
I love both of them. Too bad that I have to say, Auni Yusra is my unintended choice. Bukan sebab kisah silam dia, Mal. Tapi, aku berkahwin dengan dia sebab aku tak nak dia give up. Dia hampir bunuh diri. Cuma cara tu aje aku boleh selamatkan dia. Keluarga angkat kami sendiri nak kami kahwin,” jelas Naqib, jujur.
“Jadi, kau cuma sayangkan Yusra sebagai kawan?” Naqib angguk laju.
“Yupp. Dah lama aku fikir benda ni. Aku terpaksa buat pilihan, Mal. Aku takut aku tak boleh berlaku adil kalau aku kekalkan keadaan ni. Istikharah aku tak pernah sebelahkan Yusra, Ikmal. Tapi, aku tak nak lukakan hati dia,” Diraup rambut pendeknya ke belakang.
“Hmmm, macam nilah. Kau cuba terus terang dengan Yusra dulu, baru kau pujuk Wisya. Kau kena cuba walaupun susah, Qi. Ini hidup kau, kau yang kena tentukan. At least, Wisya should know that you love her and Yusra too. She needs to know about your feeling toward her, not less than friend,” Bahu Naqib ditepuk beberapa kali, perlahan.
“Insha Allah. Aku cuba, Mal,” Sekali lagi matanya cuba menceroboh ke banglonya.
Ingatannya kuat pada Darwisya. Tidak pernah sedetik pun dia melupakan perempuan yang pernah dia herdik, dia tengking, yang dia pandang dengan renungan jijik. Tidak pernah! Separuh jiwanya bersama Amni Darwisya.  Perpisahan mengajarnya erti rindu; perindu setia.
*****
“Qib serius dengan apa yang Qib cakapkan ni?” Naqib mengangguk perlahan. Encik Johar dan Puan Bariah saling berpandangan.
“Qib minta maaf, ayah, ibu. Tak adil untuk Auni kalau Qib masih ikat dia dengan perkahwinan ni,” Auni yang duduk di sebelah Puan Bariah, menahan tangis.
“Qib dah fikir masak-masak?”
“Insha Allah, ayah. Hidup Qib dah terikat dengan Darwisya dari dulu lagi. Qib tak nafikan perubahan besar dalam hidup Qib adalah dorongan dari Darwisya. Rungutan dia sentiasa di kepala Qib. Keputusan yang Qib buat ni pun sebab Qib tak nak Auni terseksa,” Lega hati Naqib kini. Semuanya sudah jelas.
Semoga mereka boleh menerima baik keputusannya ini.
“Ibu harap Qib tak buat keputusan terburu-buru. Qib yakin Qib memang tak sayangkan Auni sepertimana suami sayangkan isteri dia?”
Naqib mengeluh kecil.
“Maafkan saya, Auni. Tapi, saya perlu jujur. Setahun hidup sebagai suami isteri dengan awak, buat saya berasa serba salah. Setiap masa, saya teringatkan Darwisya. Ayah dan ibu mungkin menganggap Qib tak berhati perut, tapi inilah jalan keluar bagi hubungan Qib dan Auni. Kebahagiaan Auni mungkin bukan dengan Qib,” Auni menyapu air matanya.
“Awak tak salah, Naqib. Saya tahu awak tak pernah lupakan Wisya. Awak masih simpan hadiah yang Wisya bagi, kan?”
“Maksud awak?”
“Awak nekad nak kita terjun dari kereta. Masa tulah, saya ternampak awak pegang jam tangan di pergelangan tangan awak. Itu hadiah dari Darwisya kan?” Lambat-lambat, Naqib mengangguk.
Encik Johar dan Puan Bariah terkeluh. Nampak gayanya, mereka perlu menyetujui tindakan Naqib. Mungkin, ini bukan jodoh Naqib dan Auni. Apa jua yang terjadi, Naqib dan Auni tetap anak mereka.
“Qib buatlah apa yang Qib rasa betul. Kami redha. Tapi, Qib jangan pernah sesekali lupakan kami. Qib tetap anak kami tahu,” kata Encik Johar sambil mengusap bahu Naqib.
Puan Bariah menarik nafas dan dihembus perlahan. Apakah dia perlu mengungkap rahsia yang tersimpan kemas sejak beberapa belas tahun yang lalu? Ah, dia buntu. Dipandang Encik Johar di sebelah Naqib. Suaminya itu mengangguk, memberi kebenaran. Encik Johar faham sangat reaksi isterinya itu. Acap kali Puan Bariah mahu berterus terang, tetapi dia kurang berkeyakinan.
“Naqib, ibu ada benda nak beritahu. Tapi, ibu nak Qib tenang. Qib kenal Fauziah?”
Naqib memandang Puan Bariah, penuh tanda tanya. Bagaimana Puan Bariah mengenali mak tirinya?
“Mak Cik Fauziah? Kenapa, ibu?”
“Qib ingat?”
“Kenapa pulak Qib tak ingat, bu? Dia selalu pukul Qib masa kecil dulu. Pantang silap, penuh lebam satu badan Qib ni. Tapi, macam mana ibu kenal Mak Cik Fauziah?” Puan Bariah senyum nipis.
Susahnya dia mahu meluahkan kebenaran yang tersimpan rapi itu.
“Qib ingat nama Sabariah Yunus?” Soalan itu membuatkan Naqib menegakkan badannya. Masakan dia tidak mengingati sebaris nama itu. Sampai bila-bila pun, dia tidak akan pernah melupai nama itu.
“Eh, mestilah ingat, bu. Itu nama ibu kandung Qib. Tapi, macam mana ibu boleh…”
“Qib, itu nama penuh ibu. Pertama kali ibu nampak nama penuh Qib, ibu dah tahu. Naqib Rifqi bin Waisar, kan? Waisar tu bekas suami ibu,” Naqib menjegilkan matanya.
Tidak mungkin! Mak Cik Fauziah pernah memberitahunya bahawa ibu kandungnya sudah meninggal dunia. Kenapa pula Puan Bariah mengaku dia adalah ibu kandungnya?
“Ya, Qib. Disebabkan ayah ternampak IC Qiblah, ayah nekad nak bawa balik Qib ke rumah. Mungkin sudah ditakdirkan ayah kebetulan lalu di kawasan tu. Ibu memang ibu kandung Qib. Kami dah sahkan dengan mak tiri Qib, Fauziah,” celah Encik Johar, menjelaskan kedudukan sebenar.
Auni memandang Naqib. Dia juga bingung akan kebenaran ini. Sungguh, segalanya bagaikan mimpi. Mimpi yang panjang, namun kisahnya berputar-putar bak filem lama.
Puan Bariah bangkit. Dia duduk di sebelah Naqib.
“Qib, ibu tak berniat nak tinggalkan Qib dengan Fauziah. Tapi, ibu tak ada pilihan. Ibu tak mahu arwah ayah Qib serba salah, jadi ibu nekad tinggalkan rumah tu. Walaupun Fauziah tak menghalau ibu, ibu tetap akan pergi. Ibu minta maaf, Qib. Ibu minta maaf sebab benarkan Fauziah ‘sentuh’ anak ibu,” Naqib kehilangan kata-kata.
Sukar untuk ditebak hatinya kini. Dia perlukan ketenangan.
“Qib minta diri sekejap, nak solat. Qib perlukan masa. Kejap lagi Qib jumpa ibu,” Auni pandang Naqib yang berlalu ke bilik. Sebuah keluhan lembut terbit di bibirnya.
*****
Darwisya menatap wajah kusut lelaki di hadapannya. Tiba-tiba sahaja, Naqib muncul di pejabatnya. Wajah lelaki itu mula dipenuhi dengan bulu-bulu nipis. Pasti sedang menghadapi masalah besar.
“Awak bukan datang sini sebab nak membisu macam ni, kan? What is the matter?”
Naqib mengangkat wajahnya. Dia renung Darwisya yang cantik dengan baju kurung cotton bercorak dan selendang kosong rona ungu muda dililit kemas. Entah kenapa, jiwanya tenang. Senyuman diukir nipis.
“Siapa yang tinggal dengan awak di rumah kita?” Darwisya menelan air liur kasar. Perlukah dia memberitahu Naqib tentang Mak Cik Fauziah?
“Mak tiri awak dan adik awak, Athirah. Dia orang datang cari awak, hari yang sama awak kemalangan. I let them live in your house, accompany me while waiting you,” Senafas dia menjelaskan kepada Naqib.
Naqib mengangguk, tanda mengerti.
“Apa tujuan dia datang cari saya?”
“Mak nak awak tahu pasal ibu kandung awak. Dah banyak kali dia datang ke rumah, tapi awak selalu tak ada. She wants your forgiveness. If you have time, meet her. She wants to meet you badly,” ujar Darwisya, tanpa nada.
I’ve met ibu. I just know about it. Because of that, I’m here looking for you,” Darwisya kerut dahi.
“Mr Naqib, I’m not the only one of your wife. You have Yusra, right? Kenapa cari saya?”
Naqib senyum. Keras juga hati Darwisya. Dia menyangka isterinya sudah mampu menerimanya kembali. Rupanya, dia silap menilai. Darwisya juga kecewa. Ya Allah, Kau tabahkan hatiku, kuatkan hatiku untuk terus berjuang demi kebahagiaanku.
“Kami dalam proses perceraian,” jelas Naqib sambil tangannya mencapai bingkai gambar di atas meja Darwisya. “Nice edited,” puji Naqib.
Why? I thought you love her. Papa asked someone to edit that photo,” Matanya tertancap pada bingkai gambar di dalam pegangan Naqib. Foto mereka bertiga; Naqib Rifqi, Amni Darwisya, Adib Rafki yang telah di’superimpose’kan.
We are not meant together. So, what is his name?” Jari Naqib berlari di wajah Adib, diusap lembut cermin bingkai itu.
“Adib Rafki,” jawab Darwisya. Tiada reaksi ceria di wajahnya. Hatinya masih degil untuk memaafkan Naqib. Iyakah?
Nice name. I’ve to go. Meet me in this place. I’ve written the details, you just follow it,” Naqib meletakkan sehelai kertas di atas meja. “Saya ambil gambar ni. Pergi dulu. See you soon,” Pantas Naqib membawa langkah, keluar dari bilik Darwisya.
Setitis air mata jatuh ke pipi, namun diseka laju. Malu jika staf NR Holding nampak. Berbekas hatinya dengan layanan Darwisya yang dingin itu. Semuanya disebabkan dia juga. Baik buruk Darwisya, harus dia terima. Wanita itu jugalah yang berjaya mengubah hidupnya. Rungutan Darwisya sepanjang mereka tinggal sebumbung, tidak dibiarkan.
Jambang di wajah, dicukur. Rambut yang panjang, dipotong. Badan yang dulunya kurus kering, diusahakan sehingga dia berjaya mempunyai tubuh berotot yang menjadi idaman setiap gadis. Kehidupan tidak terurus dek kecewa dengan arwah ayahnya telah kembali bersinar. Dia sudah melupakan semua perkara lama yang menyakitkan itu.
“Maafkan Amni, abang,” Darwisya menyapu air mata di pipinya. Bukan niatnya untuk bersikap dingin, cuma dia belum bersedia sepenuhnya.
*****
Naqib memandang Auni yang memeluk Puan Bariah erat. Akhirnya, selesai juga proses perceraian mereka. Naqib dan Auni bukan lagi pasangan suami isteri. Sudah ditakdirkan mereka hanya layak berteman sahaja. Auni redha dengan apa yang berlaku. Pasti akan ada pelangi selepas hujan renyai, kan?
Good luck, Qib. Insha Allah, Darwisya akan terima awak balik. Isteri mana yang sayangkan suami dia, kan? Halalkan makan minum, kasih sayang yang awak curahkan pada saya sepanjang setahun perkahwinan kita. Saya doakan awak bahagia,” tutur Auni ikhlas.
Naqib senyum nipis.
“Insha Allah. Saya pun sama, Auni. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sepanjang setahun ni. Doa saya sentiasa iringi awak. Lagipun, kita kan adik beradik angkat. Ayah dan ibu saya pun milik awak, selamanya,” Puan Bariah cuit bahu Naqib.
“Sudah-sudahlah tu. Jom kita balik…”

Naqib melepaskan nafas lega. Tumpuannya kini hanya pada Darwisya dan Adib. Segala persiapan untuk pertemuan semula dengan Darwisya, sudah dirangka. Esok dia akan bertemu dengan Datuk Adnan dan Datin Emma. Semoga mereka masih mahu menerimanya sebagai menantu. Amin.

to be continued...

p/s : panjang pulak SAMSA kita. haha. CIA dah mengantuk nak sambung part Naqib pujuk Darwisya. tak esok malam, lusalah CIA update eh. esok pagi CIA ada event, couldn't write the last part this night. huhu. part 5 would be the last part tau. tu pun part pujuk memujuk ja. hehe. keep on waiting. :). SELAMAT MEMBACA! :D.

8 comments:

  1. TQ.... muahhhh2.... suka2.... update tau....xsabar nk tggu next episode darwisya n naqib....must suwettt2 gitu....hehehe;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. :D. hehe. sweetlah kot. haha

      Delete
  2. waaaa.... Nak lagi akak ;)
    Best2... wisya jngan senang sngat maaf naqib ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. okey... okey. kan, biar padan muka Naqib. :)

      Delete
  3. kak bila nak ng cerpen si amor me si amor n the dreaming princess,tak sabar nak tahu smbungannya kak pleasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. omw, farah. :D. okey... okey. akn diupdate.

      Delete