Friday 13 June 2014

Cerpen : Nadeem Ayuna Siri 2



Pakaian yang tersangkut di dalam almari, Ayuna keluarkan. Jari mengetuk bibir, pakaian apakah yang sesuai untuk dibawa bercuti? Ditala pula pandangan ke katil, Nadeem masih nyenyak tidur. Maklumlah, cuti semester sudah bermula. Jika ada kuliah, hendak tidur dengan nyenyak pun tidak boleh. Apa tidaknya, gaya hendak melelapkan mata sahaja… pasti ada yang menghubungi Nadeem untuk bertanyakan itu ini. Ketua pelajarlah katakan. Tsk.
Ketukan pintu menyedarkan Ayuna yang bingung memilih pakaian itu. Dibawa langkah ke pintu, tombol dipulas perlahan.
“Nadeem mana, Nana?” Ayuna meluaskan bukaan pintu. “Haih, tidur lagi? Pukul berapa kamu berdua nak bertolak?” soal Hajah Aliyah.
“Nadeem bagitahu, lepas zohor. Kenapa, umi?” soal Ayuna kembali.
“Tak adalah. Selalunya pukul tujuh lebih laki kamu tu dah terjengul di ruang tamu. Hari ni, sudah pukul sembilan lebih pun masih berkubang lagi. Penat buat apalah sampai tidur mati gitu?” Mata Hajah Aliyah melirik ke Ayuna yang elok bersandar di pintu.
Ayuna sengih.
“Umi, normal thinking, please. Nothing happened yet,” Hajah Aliyah tergelak kecil. Diusap kepala menantunya.
“Iyalah, umi tahu. Hmmm, pergi pack barang. Karang kena bebel dengan si mangkuk hayun tu, tak ke haru,” Amboi, sakan Hajah Aliyah mengutuk anak lelakinya.
Hajah Aliyah berlalu ke tingkat bawah. Ayuna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Did umi expecting something? Ugh, normal thought, Ayuna. Dia kembali ke almari, bagpack yang tersimpan elok di atas almari, diambil. Lebih baik dia berkemas sebelum encik suami bangun. Mahu kena bebel satu hari. Uhuk!
*****
Nadeem memasukkan beg-beg baju ke dalam bonet Caldina putih yang dihadiahkan oleh Haji Azman ketika dia mula-mula mendapat lesen kereta dulu.
“Pergi sana elok-elok, Nadeem. Jaga menantu umi baik-baik,” pesan Hajah Aliyah. Ayuna mengulas senyum.
“Iya. No one want harm her, umi,” Ceit, sempat lagi dia loyar buruk. Ayuna mengerling Nadeem yang sibuk mengemaskan tempat duduk belakang. Semak barangkali.
“Eh, menantu umi ni comel plus cantik tahu. Buatnya ada mat saleh nak mengurat Nana, berputih matalah Nadeem,” Ayuna tergelak. Padan muka, encik suami! Kan dah kena bebel dengan Hajah Aliyah. Ngek.
“Eleh, berputih mata aje pun. Dia orang mengurat pun, bukannya boleh dapat,” Heh, ada sahaja Nadeem mahu menjawab. Tetapi, betullah kan? Sah-sah si Ayuna itu hanya menginginkan Nadeem sahaja. Ehek.
Hajah Aliyah ketap bibir. Geram dengan kerenah anak lelaki dia yang seorang ini.
“Aduh, nanti Nana daftarkan umi dengan Nadeem masuk gelanggang WWE eh? Macam seronok aje, tengok sambil makan popcorn pulak. Pergh, keren bangat,” seloroh Ayuna selamba. Kemudian, dia ketawa kecil.
“Amboi, agak-agaklah daftar WWE. Masuk gelanggang raja lawak pun belum tentu lepas,” balas Hajah Aliyah. Serentak Nadeem dan Ayuna gelak.
Ayuna membunyikan alarm Myvi ungunya, dibuka pintu di sebelah penumpang. Bantal berbentuk segi empat dia capai. Maklumlah, tempat yang mereka ingin pergi agak jauh juga dari KL. Jauhlah sangat Ayuna oi, empat puluh lima minit saja pun. Selesa sedikit jika ada bantal yang boleh menemaninya… tidur. Eheh.
“Dah?” Ayuna angguk. Dia mendekati Hajah Aliyah di garaj. Dipeluk wanita itu erat.
“Pergi elok-elok. Kalau Nadeem buli Nana, bagitahu umi. Tahulah umi nak mengajar,” Nadeem di sebelah uminya mencebik. Dia belum pekak okey.
On the spot, I’ll tell you. Umi duduk rumah baik-baik. Jangan rindu Nana tau,” Hajah Aliyah usap belakang Ayuna. Menantu kesayangan kan.
“Nana depan mata umi pun, umi rindulah. Nadeem, bawa kereta tu hati-hati. Biar lambat…”
“Asalkan selamat,” potong Nadeem. Dia memeluk tubuh uminya setelah Ayuna melepaskan pelukan Hajah Aliyah.
Ayuna sengih comel. Dasar anak manja! Nasib baik Haji Azman tiada kerana berkursus di luar negara untuk dua hari. Jika tidak, tentu lebih dramatik lagi perpisahan sementara ini. Bukannya jauh sangat sampai ke utara Malaysia pun. Poyo saja lebih si Nadeem tu. Sempat lagi Ayuna mengutuk Nadeem di dalam hatinya. Isk!
*****
Kereta diberhentikan di kawasan parkir Pantai Morib. Nadeem keluar dari kereta, dibetulkan sedikit urat yang lenguh dek memandu tanpa berhenti. Jika mereka berhenti di RnR, sudah tentu akan memakan masa yang lama untuk tiba ke destinasi percutian mereka ini. Lengang pula keadaan Pantai Morib ketika ini.
“Kenapa berhenti kat sini? Don’t we have to check in first?” soal Ayuna dari dalam kereta. Puas juga dia tidur. Selepas sahaja mereka memasuki lebuhraya, terus dia terlelap.
Nadeem menjengulkan kepala ke dalam kereta.
“Keluarlah dulu. Tengah berangin ni. Jalan-jalan dulu kat sini,” Ayuna menanggalkan tali pinggang keledar. Tudung yang sudah senget benget itu dibetulkan sedikit sebelum keluar dari kereta.
Alarm kereta berbunyi tanda Nadeem menguncikan keretanya. Dengan selambanya Ayuna menghulurkan tangannya kepada Nadeem agar lelaki itu menyambut. Tanpa kata, Nadeem menarik tangan Ayuna. Kini, mereka berpegangan tangan menuju ke pantai. Wah, beranginnya.
“Lamanya tak datang pantai. Thank you,” Nadeem senyum. Mereka berhenti di bawah pokok yang merendang di pesisir pantai.
Most welcome. Tak ramai pulak orang hari ni…” Pandangan dililau ke sekeliling pantai. Pantai itu nampak kosong sahaja.
“Sekarang bukannya musim cuti sekolah, cik abang oi. Memanglah tak ada orang,” balas Ayuna sambil matanya memandang laut yang luas terbentang. Segarnya mata.
“Ha’ah, kan. Jaga kain awak tu, terselak pulak nanti. Angin kuat ni,” Ayuna tergelak. Didongak sedikit kepalanya. Nadeem kan lebih tinggi darinya.
“Terselak pun bukannya boleh nampak apa-apa. Saya pakai legging. Tapi, ada ke orang nak tengok melainkan…” Ayuna berjeda.
Nadeem pandang Ayuna dengan ekor matanya.
What?”
“Awaklah. Gatal,” Dicuit pinggang Nadeem selamba. Nadeem memeluk bahu Ayuna.
“Biarlah. Saya bukannya gatal dengan orang lain pun. Awak tu yang dok menggatal dengan saya tahu. Siapa punya rancangan nak bercuti kat sini?” Ayuna menjuihkan bibirnya.
“Eh, okey apa. At least, we have time for each other. Daripada kita duduk rumah tak buat apa-apa, lebih baik pergi bercuti. Awak jugak yang setuju, kan?”
Nadeem berdecit. Di kampus, bolehlah dia berdebat sakan dengan teman-temannya. Tetapi, jika berdebat dengan si kenit ni… sah dia bukan tandingannya. Ada sahaja jawapan dari bibir comel Ayuna itu.
“Iya… iya. You’re right, dear…”
Ayuna peluk pinggang Nadeem. Ah, seronoknya dapat peluk suami sendiri. Tidak rugi mereka berkahwin awal. Tika sedih, ada yang memujuk. Tika gembira, ada yang mahu berkongsi.
“Nur Ayuna…” panggil Nadeem, tiba-tiba.
“Hmmm?”
Do you wish to have a family with me? What I mean is… we should have… emmm…” Ayuna kerut dahi.
Apakah yang cuba Nadeem sampaikan?
“Patut apa?”
“Kita patut ada… anak? Kalau awak tak suka, tak apa. Saya cuma ingin tahu pendapat awak aje. Lagipun, kita masih muda kan. Banyak lagi masa yang kita ada untuk plan semua tu. Kita pun masih belajar lagi…”
Kucupan Ayuna di pipi kanan Nadeem membuatkan lelaki itu terdiam. Bukan main laju lagi Nadeem menyerang kata. Tak bernafas Ayuna tengok.
What are you trying to say, Nadeem Aliff? Just straight to the point. I’m okay with that,” Nadeem terkelu. Tidakkah Ayuna memahami maksudnya?
I’m heard what umi said this morning. Saya rasa kita memang perlu ke tahap seterusnya. Itupun kalau awak rasa kita patut melangkah ke situ…”
Ayuna sengih senget. Rasanya, dia sudah memahami maksud sebenar Nadeem. Ah, tiba-tiba pula mukanya terasa berbahang. Nafas… nafas. Pinggang Nadeem masih dipeluknya. Tangan Nadeem juga masih di bahu Ayuna. Mereka bagaikan patung buat seketika. Mungkin sedang memikirkan tentang hal itu.
Are you ready for that?”
Nadeem senyum nipis. Tangan kirinya membetulkan cermin mata yang sudah melurut ke bawah.
It’s about future. Walid bagi talk pasal hubungan suami isteri dua hari lepas. He really mean it, Ayuna. Masa tu saya tak tahu macam mana nak sampaikan pada awak…”
Ayuna mengeluh perlahan.
“Okey, saya andaikan aje eh. Kalaulah saya ni pregnant, bermaksud kita kena hebahkan relationship kita ni kan. Awak okey ke?” Nadeem terkaku.
“Hmmm…”
Entah mengapa, Ayuna seperti mahu tergelak besar.
Chilllah. Saya cuma andaikan aje. Rasanya, semua orang dalam kelas kita dah tahu pasal saya ni dok minat kat awak. Jadi, saya tak kisah pun nak hebohkan pasal kita ni. Lainlah awak tu, hotstuff. Satu kampus kenal awak. Dah tu, peminat pun berduyun-duyun,” ujar Ayuna tenang.
“Ha’ah. Lupa pulak saya ni ramai yang dok terkejar-kejar. Hmmm, rasanya tak sesuai pulak nak hebohkan masa ni,” Ayuna menumbuk perut Nadeem, geram. Tetapi, tidak kuat mana pun. Sayang kan.
So, the answer is… I’m not ready yet,” kata Ayuna keras, dilepaskan pinggang Nadeem. Dia melangkah kembali ke kereta.
Nadeem gelak. Kakinya turut melangkah ke kereta. Seronok juga mengusik puan isteri seorang ni. Sebelum mereka berkahwin lagi, Ayuna sudah mempunyai sifat cemburu itu. Bukanlah cemburu terlampau, cuma Ayuna kelihatan comel jika berkelakuan seperti itu. Gadis itu bersikap terbuka. Setiap tindakan yang dia lakukan berdasarkan apa yang dia rasa.
Jika suka, dikatakan suka. Jika sayang, mahunya dia peluk si Nadeem tu tak lepas-lepas. Jika marah, memang jenuhlah Nadeem mahu memujuk. Cemburu? Jelingan tajam Ayuna hadiahkan kepada Nadeem. Bercorak sungguh kehidupan Nadeem setelah memperisterikan Ayuna.
Daripada Abu Hurairah telah berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan adapun cemburu yang disukai Allah ialah cemburu yang ada padanya keraguan manakala cemburu yang dibenci Allah adalah perasaan cemburu terhadap perkara yang tidak ada keraguan.
(Riwayat Ibn Majah)
*****
Malam itu, Nadeem membawa Ayuna berjalan-jalan di sekitar hotel yang sudah ditempah Nadeem beberapa hari sebelum bertolak ke Morib. Beria-ia Ayuna mengabadikan kenangan mereka di sini. Bukan selalu dapat bercuti seperti kali ini. Jika mereka tidak memanfaatkan cuti semester mereka ini, tiada lagi masa yang sesuai untuk bercuti.
Sekembali sahaja kehidupan pelajar mereka, masing-masing sudah sibuk dengan dunia mereka. Tambahan pula, semester hadapan lebih mencabar yang memerlukan komitmen penuh.
“Awak, apa kata setiap kali cuti aje… kita pergi holiday?”
“Hah, awak nak round satu Malaysia ke, Nana?”
“Aduh, apa salahnya? Daripada buang duit melawat negara orang, baik kita majukan pelancongan negara kita ni. Alah, kita bukannya pergi bercuti lama pun. Dua tiga hari sudahlah. Tapi, masa cuti panjanglah,” Ayuna menjelaskan dengan lebih terperinci akan cadangannya itu.
“Ikut suka awaklah. Jangan nanti awak sibuk dengan kawan-kawan awak sudah. Habis lupa semua benda yang awak rancang,” tukas Nadeem sambil menyisip mocha panas.
Ayuna sengih comel.
“Ai, ai… Mr Nadeem Aliff,” Ayuna mengangkat tabik.
“Oh ya, Puan Nur Ayuna. Seminggu sebelum kita mula kelas, awak jangan lupa ya. Saya ni kena lapor diri awal. Jadi, jangan nak melencong ke tempat lain pulak,” Nadeem mengingatkan Ayuna tentang tugasnya sebagai ketua pelajar yang akan terlibat sama dalam hari menyambut pelajar baru kampus mereka.
“Mana ajelah saya nak pergi? Paling jauh pun, rumah ibu. Itu pun, kalau awak benarkanlah. Bulan depan kan ibu dan abah dah nak pergi buat umrah,” Kini, giliran Ayuna pula mengingatkan Nadeem.
Nadeem menepuk dahinya. Ayuna buat muka. Sah, lelaki itu terlupa. Dah agak dah.
“Mem, saya lupa. So sorry. Nanti kita balik rumah ibu samalah. Dah lama borak dengan abah,” Nadeem sedar akan khilafnya.
Anak perempuan ibu dan abah, nak. Ibu dan abah pula ditolak ke tepi. Haish, menantu… menantu.
“Hah, itulah awak. Belum tua, dah nyanyuk. Nasib baik ada saya yang comel dan cantik ni tolong ingatkan tahu. Ish, Nur Ayuna ni…”
“Memang good-wife,” Nadeem menahan tangan Ayuna yang menggawang-gawang penuh gayanya itu.
“Tahu pun. Sayang awak, Nadeem Aliff,” ucap Ayuna bersahaja. Kerap kali dia meluahkan rasa hatinya. Bagi Ayuna, tidak perlulah dia berahsia memandangkan Nadeem sendiri sudah sedia maklum tentang itu.
Nadeem hanya mengangguk. Ayuna menampar lembut tangan Nadeem sambil buat muka kerut dahi dia tu. Marah!
“Oh, saya pun sayang awak, Nur Ayuna,” Barulah Ayuna tersenyum lebar. Nadeem senyum nipis. Ayuna ni kan, ‘comel sangat’. Tidak jadi dia mengutuk Ayuna. Uhuk!
Ayuna sembunyikan senyuman jahatnya. Tahu sangat bahawasanya Nadeem Aliff bukanlah seorang yang suka berterus terang akan perasaannya. Macamlah Ayuna tidak tahu. Setiap malam sebelum tidur, pasti Nadeem akan mencium ubun-ubun sambil mendoakan sesuatu yang baik. Mungkin, itulah cara Nadeem menyalurkan kasih sayangnya. Itu tandanya kasih Ayuna berbalas. Insha Allah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 19 :
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik; Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuat, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
~SEKIAN~

p/s : Assalamualaikum... Hye! tiba-tiba muncul idea nak sambungkan Nadeem Ayuna macam ni. hope semua suka eh. Nadeem Ayuna akan muncul ikut suka hati CIA. haha. :D. bila ada, adalah. hihi. macam best pula watak Nadeem & Ayuna ni. feeling lebih sikit. tsk. so, cerpen siri ni ada di page baru tau. :). apa pun, malam ni Nadeem Ayuna untuk tatapan anda. SELAMAT MEMBACA! :D.
p/s 1 : sorry sangat-sangat to those yang memang tunggu HMLA & STNK. can't make it for a while. otak ni tak sampai nak masuk mood enovel buat sementara waktu. inshaAllah, CIA akan update bila otak ni kembali normal. hihi. kat tempat CIA cuaca tak tentu, kadang2 hujan, kadang2 panas sangat. so, bila buka nak sambung... idea tak sampai. huhu. sorry sangat-sangat tau.

3 comments:

  1. Ok...tenkiu...xpa sabar mggu ...yg penting update selalu dgn cite2 besttt...;)...

    ReplyDelete
  2. STNK mmg best.. harap tak tggu lame lagi.. miss STNK..

    ReplyDelete