Saturday 21 June 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Last


Bebola mata dan jemari Adra bergerak perlahan. Sedikit demi sedikit, cahaya matahari menusuk ke mata dan menyilaukan pandangannya. Ah, pedihnya. Mata bulat milik Adra kini terbuka luas, diperhati keadaan sekeliling. Keningnya berkerut dek menahan sakit tika tubuhnya bergerak kecil. Adra angkat tangan kirinya, jarum tercucuk pada kulitnya. Tetapi, tidak pula dia terasa sakit di bahagian itu, sebaliknya dia berasa teramat sakit di bahagian perutnya.
“Adra sayang,” sapa satu suara garau. Suara yang selalu menjadi igauannya tatkala sedar dan tidur. Abang? Adra menghalakan pandangan ke kanannya.
“Abang,” sahut Adra lemah. Dipejamkan matanya kejap, manalah tahu itu hanyalah khayalannya. Dibuka kembali, Altaf masih di sisinya.
“Iya, sayang. Abang kat sini,” Altaf cuba meyakinkan isteri kesayangannya itu bahawa dia tidak bermimpi.
“Adra kat mana?”
“Adra kat hospital. Dah seminggu Adra tak sedar, Adra okey?” tanya Altaf kembali. Diusap ubun-ubun Adra lembut. Seminggu yang dirasakan seperti bertahun lamanya menanti isterinya sedar.
“Baby?” Altaf senyum lebar.
“Alhamdulillah, baby baba dan ummi selamat. Baby boy, sayang,” beritahu Altaf. Bibirnya mencium dahi Adra.
“Abang, Adra tak mimpi, kan? Tapi, perut Adra sakit,” adu Adra manja. Dia mahu menyoal lebih lagi, tetapi dia tiada daya. Seluruh badannya terasa lemah sangat.
“Adra tak mimpi, betul Adra dah bersalin. Emmm, Adra sabar ya. Ibu dan mama cakap sakit tu tak lama, nanti baiklah. Adra lemah sangat, sebab tu doktor terpaksa buat pembedahan. Adra tak boleh bersalin normal,” maklum Altaf dengan lebih jelas. Adra mengangguk faham.
“Tapi… abang?” Altaf senyum lagi, memahami maksud sebenar Adra. Dia tidak menjawab sebaliknya mengusap pipi Adra lembut dan setelah itu Adra kembali tidur.
Mungkin sudah tertulis dia akan tersedar daripada lena panjangnya di kala Adra sudah bersedia untuk melahirkan zuriat mereka. Entah kenapa, dia seperti terdengar ayah dan ibunya berbicara mengenai Adra. Saat itulah, dia cuba bangkit. Dengan izin Allah, dia sedar. Sebaik doktor membuat pemeriksaan, dia berkeras mahu menemani Adra. Tidak kiralah betapa sakitnya dia dek kecederaannya itu, dia tetap mahu berada di sisi isterinya. Dia mahu azankan anak mereka. Syukur, Altaf berjaya mengharungi kelemahannya. Biarpun payah, dia mampu untuk memangku anak lelakinya dan mengazankan anak itu.
*****
Suara tangisan bayi kedengaran kuat. Adra pandang Altaf, Altaf pandang Adra. Kemudian, tawa mereka meriuhkan lagi suasana. Altaf bingkas bangun dan mendekati baby cot, bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Alfi Anaqi itu diangkat dan dibawa ke katil. Adra bersimpuh.
“Here come, my Anaqi sayang,” Adra sambut Anaqi yang dihulurkan Altaf. Senyum lebar ummi muda itu melihat perubahan Altaf, sudah mampu mengendong bayi. Cun!
“Lapar aje, bulat mata dia tu. Macam ummi dia,” komen Altaf. Adra gelak kecil. Tetapi, mata dia bulat bukan disebabkan lapar. Semuanya sebab Aqhar Altaf sahaja.
“Ala, kesiannya anak ummi. Lapar ya,” Terus Adra menyusukan Anaqi. Sudah tiga bulan usia putera mereka itu. Tubuh Anaqi toksah ceritalah, tidak padan dengan usia. Bambam.
“Sayang…”
“Hmmm…”
“Abang minta maaf sebab tipu Adra. Abang bukan tak nak bagitahu, tapi abang ingat nak surprisekan Adra waktu bersalin. Tak sangka lain yang jadi. Maaf, eh,” Altaf buat muka kasihan, minta simpati Adra.
“Tak apalah, abang. Biarlah lambat pun, asalkan abang mampu buktikan pada semua abang boleh hold baby. It’s enough for me, for us. Abang sedarkan, temankan Adra dalam labor room. Adra dengar suara abang, tapi Adra penat sangat…”
“Syhhh, janji Adra dah selamat sekarang. I love both of you, a lot. Baba kuat demi ummi dan Anaqi. Insha Allah, abang nak jadi hero sayang, Anaqi dan seterusnya. Luka abang tak seteruk luka Adra untuk lahirkan Anaqi. Tapi, selepas ni abang akan pastikan Adra tak perlu nak lahirkan anak melalui those way. You deserve for a better way, darling,” Pipi Adra dikucup.
Adra tergelak.
“Sweetnya baba Anaqi ni. Adra pun tak nak dah baby-baby kita yang lain lahir ikut tingkap, luka dia lambat sembuh,” seloroh Adra. Bertambah galak Altaf ketawa, lucu.
“Iyalah, sayang. Ikut tingkap pun, kalau dua-dua yang abang sayang ni selamat… syukur. Hmmm… I’m dreaming of a big family. But, we still in small family… what do you say?” Altaf angkat kening berkali-kali.
“Hmmm... Ibu dan mama cakap, Anaqi punya method keluar ni kan… Adra kena pantang sampai setahun. Luka dalam perut tak elok sepenuhnya lagi,” Ler, kasihan Altaf. Sememah dah wajah tampan dia tu.
“Seriously, setahun?” Adra angguk bersungguh-sungguh. Senyuman yang mahu terukir, disembunyi habis-habisan. “Sayang, jangan tipu abang eh. Awal-awal lagi abang dah confirmkan dengan ibu. Mama pun sokong kalau next year keluar lagi seorang,” Adra cebik.
“Eleh, kalau Adra tak nak… tak adanya tahun depan. Kan kan kan?” Altaf buat muka. Dia hempas tubuh ke tilam. Tangan kiri menampan kepala, tangan kanannya bermain dengan kaki Anaqi yang bersarung kaki itu.
“Dan kalau abang nak jugak, sayang kena ikut kan?” Ugh! Adra rasa macam baling Altaf dalam longkang. Perut yang ditoreh, masih terasa traumanya. Biarpun tidak melihat sendiri perutnya dibelah, dia boleh bayangkan situasi itu.
“Cari bini lainlah, abang…”
Altaf kerling Adra, serius benar wajah isterinya itu. Betullah kata mama, Adra masih trauma akan pembedahan itu. Isterinya itu tidak menunjukkan yang dia sedang trauma, seboleh mungkin Altaf mengorek… Adra tetap begitu. Adra tetap tidak mahu berterus terang. Atau, isterinya itu takut dia kecewa. Hmmm?
“Ish, mulut tu. Itu satu doa, abang kahwin lain sungguh nanti… melopong Adra. Abang tak kisahlah, sayang. Ada Anaqi seorang pun, bersyukur sangat dah. Ini pun sudah banyak rezeki kita dapat. Kalau betul kita nak tambah anak, biarlah Anaqi dah cekap berjalan bercakap semua ya,” ujar Altaf, juga serius.
“Kiranya, empat ke lima tahun lagi tu. Boleh boleh boleh. Adra okey…” Erk, hilang terus riak serius dia tadi. Altaf menggeleng. Itulah perangai si kenit ni, janganlah Anaqi juga punya kerenah nakal seperti itu. Pening kepala den.
“Lamanya Anaqi menyusu, lapar sangat ke anak baba ni?” Anaqi melepaskan penatnya menyusu. Bagaikan mendengar kata babanya, dia bulatkan mata. Mahu babanya ambil dia.
“Kenyang dah kot, abang angkatlah. Adra nak tukar baju kejap. Rasanya, rombongan Aisar dah nak sampai tu,” Sebaik Anaqi sudah berada di dalam pelukan Altaf, Adra bangkit.
“Sayang, abang bawa Anaqi turun dululah. Kejap lagi Adra turun eh,” Adra angguk. Dia pantas mencapai jubah khas untuk ibu menyusu dan juga selendang lebar.
Altaf membawa Anaqi ke tingkat bawah, di mana jamuan dan juga majlis pertunangan Aisar akan berlangsung. Bertunang juga si anti-lelaki itu. Melopong jugalah semua orang apabila Aisar memaklumkan dia mahu mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang dikenalinya ketika menuntut di luar negara. Lelaki itu juga seorang doktor, tetapi doktor kanak-kanak.
Eloklah mereka berdua bergandingan. Tujuan kerjaya juga sama, mahu berbakti pada kanak-kanak. Untung Anaqi, tidak perlu mencari doktor lain yang merawatnya tatkala jatuh sakit. Hampir sahaja Haji Akasyah dan Hajah Maryam menukarkan majlis tunang itu kepada majlis nikah dek takut Aisar memutuskan pertunangan satu hari nanti. Namun, setelah membuat perjanjian bertulis… barulah mereka setuju mahu membiarkan Aisar bertunang terlebih dahulu.
*****
“Boleh pulak kau pegang anak kau ni, Taf. Dah tak takut?” tanya Nayli. Zaid di sebelahnya mendukung anak mereka.
“Alhamdulillah. Sebelum kemalangan, aku ada ikut kursus penjagaan bayi. Tapi, aku tak bagitahu Adra pun. Kononnya nak surprisekan adik kau, tapi hampeh. Dua-dua ke laut, sadis sungguh,” Zaid dan Nayli gelak serentak.
“Memang sadis pun. Kau suruh Adra tulis cerita pasal korang. Elok seorang dah baik, seorang pulak yang sakit. Sudahnya, kesian mama dengan ibu kau… kena jaga dua-dua. Sweet jugaklah, pantang sama-sama,” Altaf ketawa lepas. Anaqi di dalam dukungan asyik pandang anak Zaid dan Nayli. Berbual dalam bahasa bayi agaknya budak berdua tu.
Malangnya, sama-sama lelaki. Kalau tidak, boleh juga dijodohkan. Eheh.
“Sweet sangat, abang Zaid. Tak adalah Adra teringin makan macam-macam sangat…” Adra muncul di beranda bawah. Sempat dia kerling Nayli.
“Amboi, dik. Kau perli akak eh,” Adra sengih. Dipeluk bahu kakaknya itu.
“Terasa ke, tapi memang betullah. Dua bulan abang Zaid kena pantang makan depan akak, seksa,” Nayli menyekeh kepala Adra perlahan.
“Seksa ke, darling?” tanya Nayli pada Zaid. Suaminya jongket bahu, Nayli cebik. Seksalah tu jika begitu dah gayanya.
“Anaqi, come to ummi. Penat dah baba Anaqi dukung, pagi tadi lagi,” Adra ambil Anaqi. Sedari pagi tadi lagi Altaf mengasuh Anaqi dek isterinya itu sibuk menguruskan persiapan untuk Aisar.
“Handsome jugak bakal suami Aisar tu, pandai dia cari,” puji Zaid. Dia yang lelaki ni pun terbeliak juga tika pertama kali melihat tunang Aisar, Hafiz. Kemain segaknya, doktor kan. Terserlah tahap caring dia itu.
“Itupun puas ibu bebel, Zaid. Dia punya demand, hmmm… ke langit. Sudahnya, segak jugaklah sampai ibu melopong tengok tadi,” Mereka ketawa sakan, teringat reaksi Hajah Maryam ketika bertemu Hafiz buat kali pertama tadi.
“Amboi, kutuk orang nampak,” sampuk Aisar yang masih dalam persalinan tunangnya siang tadi. Sibuk sungguh dia melayan sanak saudara yang turut hadir.
“Mana ada. Perasaan aje tu,” balas Adra. Kemudian, dia kenyitkan mata bulatnya itu pada Aisar. Mahu tak merah pipi adik iparnya itu.
“Mana Hafiznya? Takkan dah balik? Orang lain, tunang mana ada ikut rombongan. Terjojol habis mata mak-mak orang tadi,” usik Altaf. Aisar buat perangai luar alam dia, dipeluk bahu Altaf kasar. Senget terus tubuh sasa Altaf.
“Eleh, zaman sekarang dah lainlah. Aci apa bakal suami ikut, boleh snap-snap gitu. Ada jugak kenangan,” Altaf menjuihkan bibir.
Dia dulu manalah ikut serta ketika Haji Akasyah dan Hajah Maryam pergi meminang Adra. Balik-balik aje, terus Hajah Maryam tunjuk gambar. Masa tu, hampir terkeluar jugalah biji mata dia tengok. Comel sangat! Ehek.
“Selang berapa tahun aje zaman kau dengan abang, dik. Tapi, bagus jugaklah adik kahwin cepat. Selang setahun, abang dengan kak Adra punya turn buat anak. Tahun seterusnya adik pulak. Biar ibu jenuh jaga, nak sangat cucu ramai…”
Nah, sekali Altaf buka hikayat. Habis semua orang ternganga. Yang paling kecut, puan isterilah. Gila dia macam ni.
“Kelakarlah abang ni, tapi boleh jugak. Rumah ibu terus bertukar jadi taska, semua cucu nak duduk sini aje dengan nenek dan atuk dia orang,” Aisar pun dua kali lima. Sama-sama otak berakal.
“Hah, elok jugak tu. Merancang awal-awal, nanti tak adalah kalut sangat. Iya tak, Hafiz?” Kata-kata Adra membuatkan Aisar terkaku. Ngek. Dikerling kakak iparnya, Adra sengih nakal. Hambik kau, adik ipar.
“Tapak tangan saya ni cukup besar nak tadah rasanya,” Serentak ketawa masing-masing terhambur.
Aisar sudah selamat menyorok di belakang abangnya. Malu woi! Apa tidaknya, dia baru sahaja bertemu empat mata dengan Hafiz… empat kali. Itupun semuanya berkait dengan hal-hal merisik dan pertunangan. Kiranya, masih malu-malu miow gitu. Aisar main terima sahaja ketika Hafiz melamarnya sebulan lepas. Heh, senang kerja.
“Eloklah tu, Fiz. Sekali kau peluk aje, terus tak boleh mencelah,” Zaid menambah perasa. Seronok juga mengusik orang berdarah manis ni. Aura dia tu lain macam.
“Sokong,” celah Nayli. Semua mata mencari susuk tubuh Aisar yang tinggi dan ramping itu di belakang Altaf. Bukan main lagi dia menyorok.
“Sayang, sini kejap,” Altaf memanggil Adra. Dia mengisyaratkan pada isterinya agar memeluk pinggangnya. Pantas sahaja Adra menurut, Anaqi di dalam dukungan diserahkan pada Altaf kembali.
Dek pergerakan kecil itu, Aisar tertolak ke hadapan. Merah gilalah pipi si Aisar. Sudahnya disembamkan wajah ke dada Altaf. Semua di situ galak mentertawakan Aisar kecuali Hafiz. Dia hanya senyum. Disebabkan sifat itulah dia nekad mahu memperisterikan Aisar. Dia mahu mengenali luar dalam Aisar setelah gadis itu sah menjadi miliknya.
“Alolo, siannya adik akak ni. Relaks, dik…” Pujuk Adra.
Kalau dialah seperti ini, gamaknya Altaf bertambah galak mengusiknya kot. Berdepan dengan Altaf membuatkan dia selesa. Jika punya perasaan malu pun, cuma sekejap. Selepas itu, dia buat balik keletah nakal dia. Masa tu, habislah Altaf mahu melayan. Anaqi pun tidak senakal Adra, sopan sahaja anak itu. Bak kata Puan Najihah, Anaqi behave ikut perangai baba dia. Sejuk mata memandang. Hek.
Di dalam keriuhan mengusik Aisar, sempat lagi Altaf kerling isterinya di sisi. Sebelah tangan mendukung Anaqi, sebelah lagi di bahu Adra. Dadanya pula dipinjam adik kesayangan. Inilah kebahagian dia. Inilah dunia dia. Mahu apa lagi? Sudah terlalu banyak nikmat yang dikurniakan Allah dalam hidupnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 72 :
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak, cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal.


~TAMAT~

p/s : habis sudaaaa. hehe. hope memuaskan hati. tapi! cey. inshaAllah CIA nak cuba buat puasa punya MLS. inshaAllah. MLS Ramadhan. ceh, semangat Adra nak berpuasa utk tahun kedua dgn Altaf sekali baby. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D. apa yg macaroonsnya kisah Altaf & Adra ni, nanti CIA ceritakn dalam MLS Ramadhan naaa. sabaq sat. :D

5 comments:

  1. Suwetttnya adra n altaf ni....MLs Ramadhan?xsabar nih... Must besttt....update selalu tau...hehehe ;)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. jaga2 gula habis nanti. :). inshaAllah, mona. :D

      Delete
  2. Buat kisah pasal Hafiz n Aisar pun syok jugak rasanya. Hahaha Hafiz tu dahla doktor, dengar kata sungguh segak pulak tu aish

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. kan? best jugak. hmmm, kena perah idea ni. :D.

      Delete
  3. Bestt.. update cerpen baru tau!!

    ReplyDelete