Friday 20 June 2014

Cerpen : Macaroons Love Story 5



Hujung minggu itu, Altaf dan Adra ke rumah Haji Akasyah. Beriya-iya Hajah Maryam memasak. Anak perempuan dia sudah pulanglah katakan. Jika tidak dihalang oleh Haji Akasyah, mahunya menjadi majlis kenduri… jamuan makan mereka sekeluarga hari itu. Adra membantu Hajah Maryam dia dapur sementara Aqhar dan Haji Akasyah telah ke lapangan terbang untuk menyambut puteri itu.
“Ibu, Aisar punya pe’el macam abang Aq tak? Manalah tahu jenis yang cool but unexpected person,” Tergelak Hajah Maryam yang sibuk mengacau kari kepala ikan di atas dapur.
“Jauh beza sangat, Adra. Aisar ni jenis yang lembut dan caring. Jiwa dia cepat tersentuh. Ibu ingat lagi dulu, waktu Aisar terjumpa bayi terbuang di tepi tong sampah. Ya Allah, dia punya menangis tu mengalahkan bayi tu dia yang punya. Nasib baiklah dia cepat bertindak masa tu, kalau tak… hmmm… ibu tak tahulah apa akan jadi,” cerita Hajah Maryam.
“Habis tu, macam mana dengan bayi tu? Selamat?”
“Alhamdulillah, selamat. Aisar yang hantar ke hospital, lepas tu pihak hospital ambil alih kes bayi tu. Itulah sebabnya Aisar apply course psikologi, dia nak bantu manusia berfikiran seperti manusia,” Adra mengangguk faham.
“Baguslah, ibu. Sekurang-kurangnya niat Aisar murni, nak bantu sesama kita. Ibu, bawang putih ni cukup tak?”
Hajah Maryam menghampiri meja di tengah-tengah dapur.
“Cukup dah ni. Adra tak payah buat dahlah. Tak pasal Aq bebel kat ibu, buli isteri kesayangan dia ni. Uish, Aq punya bebel… ibu boleh pengsan,” Adra gelak.
“Apalah ibu ni. Takkanlah Adra nak duduk goyang kaki aje. Lagipun, Adra tolong ibu potong-potong bahan aje. Tadi, Adra dah bagitahu abang Aq nak tolong ibu. Kalau bebel dengan ibu, Adra yang bebel kat dia balik…”
“Iyalah. Asalkan Adra puas, ibu okey aje. Cucu nenek ni nanti rajin macam ummi jugak tahu, bolehlah jaga adik-adik pulak nanti,” ujar Hajah Maryam sambil wajahnya didekatkan pada perut boyot Adra.
“Amboi, ibu. Adra dengar hint tu. Nanti ibu cakap benda ni kat Aisar pulak, kita kongsi ilmu,” seloroh Adra sambil mengupas bawang merah pula.
“Hmmm, nak harapkan Aisar tu. Entah bilalah ibu nak tengok dia kahwin, Adra. Telinga ibu ni dah tak larat mendengar dia dok mengutuk kaum lelaki. Entah lelaki manalah dapat si Aisar tu, malang sungguh…” Selamba sahaja Hajah Maryam mengutuk anak daranya itu.
“Ibu punya doa tu mujarab tahu, buatnya makbul. Habislah Aisar,” Hajah Maryam menjegilkan matanya. Lantas menekup mulutnya. Hek, tersilap kata. Kan, sudah terkena dengan ummi boyot ni.
“Tak apalah, Adra. Ibu haraplah bakal suami Aisar nanti mampu nak kawal anti-lelaki dia tu. Ini tidak, lelaki dalam list hidup dia cuma ahli keluarga terdekat aje. Lelaki lain? Out of mind,” Adra gelak lagi.
Hajah Maryam kembali menyambung kerjanya. Periuk sederhan besar yang digunakan untuk memasak kari, bertukar dengan kuali. Ikan siakap masak tiga rasa pula untuk resepi seterusnya. Tiba-tiba, Adra terjatuhkan mangkuk kosong yang diletak Hajah Maryam di atas meja ketika dia hendak bangun ke sinki. Hajah Maryam terpaku pada mangkuk yang jatuh itu. Suasana sunyi seketika.
“Eh, Adra. Biar ibu yang angkat. Perut kamu dah besar, mana nak sampai,” Adra sengih. Entah kenapa, dadanya berombak laju. Namun, disedapkan hatinya. Semoga tiada perkara buruk yang berlaku.
Hajah Maryam juga turut merasakan hal yang sama. Diusap dadanya lembut dan perlahan. Mangkuk yang terjatuh, dia ambil. Mujur mangkuk plastik, bukannya kaca. Mahunya dia melarang terus Adra masuk ke dapur. Hati tuanya seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Hajah Maryam tergeleng kecil, menghalang mindanya berfikir yang tidak-tidak.
*****
Puan Najihah memeluk tubuh Adra erat. Sedari tadi Adra hanya diam dan menekur ke lantai. Encik Farhan memandang isteri dan anak perempuannya itu sayu. Dia bangkit berdiri.
“Jia, abang nak pergi surau sekejap. Jia temankan Adra dulu. Adra, istighfar banyak-banyak. Let go of bad thinking, okay, sayang?” Diusap kepala Adra yang bersalut tudung itu.
Lambat-lambat Adra mengangguk. Biarpun dia terasa bagai diawang-awangan, telinganya masih mampu mendengar bicara orang sekelilingnya.
“Abang pergi jenguk Mar dan Kasyah sekalilah. Sekejap lagi Jia dengan Adra menyusul,” Encik Farhan angguk. Kemudiannya, dia berlalu ke surau untuk menunaikan fardhu Asar.
“Ma, Adra sayang abang. Tadi, abang okey aje. Tapi, abang asyik-asyik suruh Adra jaga diri. Lepas tu, selalu bagitahu Adra yang dia sayang Adra sangat-sangat. Kenapa abang buat Adra macam ni, mama?” Puan Najihah terkedu.
“Sayang, dengar cakap mama ya. Ini takdir Allah, sudah termaktub perkara ini akan jadi. Adra kena kuat demi anak Adra dan Altaf. Berdoa banyak-banyak, minta Allah panjangkan umur Altaf. Insha Allah, kalau bukan ajal suami Adra… dia akan kembali pada anak mama ni. Percaya dengan janji Allah, sayang mama,” tutur Puan Najihah tenang. Diusap bahu Adra penuh kasih.
“Kak,” sapa Aisar. Pipi kirinya yang tercalar ditampal kain kasa. Dia melutut di hadapan Adra di ruang menunggu unit kecemasan.
“Aisar dah okey?” tanya Puan Najihah. Aisar mengangguk perlahan. Lukanya hanya kecil jika dibandingkan dengan ayah dan abangnya.
“Okey, auntie,” Aisar capai tangan kakak iparnya dan menggenggam jemari itu erat. “Aisar minta maaf. Semuanya jadi sebab ayah dan abang nak jemput Aisar. Kalau Aisar balik dengan teksi, semua ni takkan jadi. Aisar minta maaf, kak,” Menangis Aisar di hadapan Adra.
Adra peluk Aisar.
“Aisar tak salah. Akak tak pernah salahkan Aisar. Semua ni berlaku sebab Allah yang mengkehendakinya, bukan salah sesiapa. Aisar pun terluka, kan. Akak yakin, abang Aq akan pulih. Aisar sabar, ya,” Melihatkan Aisar yang galak menangis, membuatkan Adra kembali kuat.
Betullah kata Hajah Maryam, hati Aisar cepat tersentuh. Biarpun Aisar lebih tua darinya, gadis itu tetap adik iparnya. Aisar memiliki seraut wajah yang comel, baby face.
“Sudahlah, benda dah jadi. Rasanya Altaf sudah dipindahkan ke wad, jomlah kita ke sana dulu. Bawa bersabar, Adra, Aisar,” Puan Najihah dan Aisar membantu Adra bangun.
Perut Adra yang memboyot itu, menyukarkan pergerakannya. Selalunya, Altaf yang akan membantu Adra. Kini? Adra sedih sendiri. Kejadian ini berlaku secara tiba-tiba. Betullah telahannya tadi, pasti ada perkara buruk yang bakal berlaku. Dan sekarang perkara itu sudahpun terjadi.
Sejam selepas Hajah Maryam selesai menghidangkan makanan, Haji Akasyah dan Altaf serta Aisar masih belum tiba. Kerisauan mereka terjawab apabila pihak hospital menelefon Adra mengatakan kereta Altaf terlibat dalam kemalangan. Nasib tidak menyebelahi Altaf dan Haji Aksayah apabila bahagian hadapan kereta yang dinaiki mereka terlanggar sebuah lori. Hanya Aisar sahaja yang cedera ringan.
*****
Adra merenung tubuh sasa suaminya yang terdedah itu terbaring di katil. Terasa lemah lututnya tatkala matanya terlihat tubuh itu berselirat dengan wayar-wayar. Nafas Altaf kedengaran lancar walaupun cedera parah di bahagian kepala dan kaki. Doktor telah memaklumkan Altaf berada di dalam keadaan koma dek kepalanya terhentak kuat.
Jemari kanan Altaf dicapai Adra dan dibawa ke bibirnya. Ternyata kerinduannya pada Altaf sejak akhir-akhir ni lain macam. Walaupun suaminya itu berada di hadapan matanya, dia masih rindu. Tidak puas rasanya mahu memeluk cium Altaf. Air mata yang mengalir sejak berita itu diterimanya, sudah pun berhenti. Demi Altaf dan bayi mereka, dia perlu kuat dan tabah. Ini adalah ujian dari Allah untuk mengujinya.
“I love you so much, abang. Adra janji, Adra akan tunggu abang sampai bila-bila. Hati Adra hanya untuk abang dan Adra nak abang pun berjuang demi Adra dan baby. We need you,” ujar Adra sambil tangannya mengusap wajah tampan Altaf.
Hati Adra digeletek melihat wajah itu.
“Dah sakit-sakit macam ni pun, abang still handsome. Pandai abang jaga muka abang, kan. Abang kena ingat, Adra nak wajah abang ni yang Adra pandang hari-hari. Jangan nak tinggalkan Adra. Abang berani tinggalkan Adra, Adra kahwin lain,” Adra memberi amaran.
Aisar yang terdengar perbualan tanpa balasan di sebalik pintu tersenyum. Orang yang koma selalunya akan mendengar setiap kata-kata yang diucap padanya. Aisar pasti Altaf juga mendengar apa yang Adra cakapkan itu. Tentunya, abang kesayangannya tercabar. Doanya, Altaf akan sedar. Tidak kiralah lambat atau cepat, Altaf kena bangkit juga. Dan, dia tahu abangnya itu seorang cekal.
*****
Hari berganti hari, Adra masih setia menunggu di sisi Altaf. Hospital sudah menjadi rumah keduanya. Begitu juga Hajah Maryam. Namun, wanita itu sudah boleh berasa lega sedikit kerana Haji Akasyah sudah sedar, cuma suaminya masih perlu dipantau. Kecederaan di dada Haji Akasyah teruk juga.
Hajah Maryam menghampiri Adra yang kusyuk membaca Yassin di sofa yang terdapat di dalam bilik wad Altaf. Dilabuhkan punggung di sisi menantunya itu. Tenang hatinya mendengar alunan merdu ayat al-Quran itu dilantunkan oleh Adra. Penuh perasaan dan bersungguh-sungguh.
Beberapa minit kemudian, Adra menutup buku Yassin. Dilemparkan senyum pada ibu mertuanya.
“Ibu, tak lama lagi Adra dah nak bersalin. Tapi, abang Aq tak sedar lagi. Boleh Adra minta ibu yang temankan Adra nanti?”
“Apa pulak kata mama Adra nanti. Ibu bukannya tak nak temankan Adra, tapi mama Adra masih ada…”
“Adra dah bagitahu mama. Mama faham kehendak Adra. Adra cuma nak ibu temankan Adra sebagai ganti abang Aq. Sebab Adra tahu, abang Aq dekat dengan ibu,” Hajah Maryam peluk Adra erat, hatinya beristighfar.
Sungguh, menantunya terlalu rindukan anak lelakinya. Jasad beku yang terbaring di katil itu semakin membangkitkan kemarahannya. Bukanlah mahu menolak takdir, tetapi dia geram tatkala melihat Adra menangis di sisi Altaf setiap malam. Betapa Adra menantikan kehadiran Altaf di sisinya di saat-saat genting ini. Menantunya itu hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan zuriatnya.
“Kalau macam tu, ibu ikutkan ajelah. Adra banyak bersabar. Insha Allah, ibu yakin Aq akan sedar. Dia akan kembali pada Adra. Meskipun payah, Adra perlu juga telan pahitnya. Tidak semua benda akan manis sahaja. Kepahitan yang Allah hadirkan itu untuk mengajar kita. Jadi, Adra kena tabah,” Adra mengangguk perlahan.
Ya. Dia perlu kuat dan tabah demi semua orang. Dia tidak mahu dipandang sebagai wanita yang lemah. Altaf juga sering mengatakan dia seorang yang kuat. Jadi, dia akan buktikan pada semua orang yang dia mampu telan kepahitan demi sebuah kemanisan.
“Terima kasih, ibu,” ucap Adra tulus. Dia membalas pelukan Hajah Maryam erat.
Mata ditunak pada Altaf di katil. Terbit senyuman nipis di bibir Adra. Dia yakin tubuh sasa yang semakin susut itu akan kembali memeluknya. Tangan kaku itu akan membelainya seperti anak kecil. Bibir yang terkatup itu akan membisik kata cinta dan mencium dahinya seperti dulu. Jasad itu pasti kembali untuk mendidiknya dan anak mereka. Insha Allah.
*****
Riuh sungguh ruang tamu rumah Haji Akasyah. Di hari yang bahagia itu, semuanya berkumpul dan memeriahkan suasana. Suara tangisan bayi sesekali kedengaran dek diusik dan diganggu. Tawa para dewasa menambahkan keriuhan. Adra menuruni anak tangga perlahan. Senyuman manis di bibir terukir. Semua mata memandangnya dengan senyuman di bibir mereka.
Betapa bahagianya dia saat ini. Ditoleh ke kanan, suaminya mengukir senyum. Bahunya dipaut mesra. Keadaannya yang masih dalam tempoh berpantang tidak menggalakkan dia bergerak sendiri. Saat matanya terpandang seorang bayi lelaki di pangkuan Puan Najihah, hatinya bagai terlonjak untuk mendekati.
Tetapi, bayi itu seakan menjauh. Ditoleh pada bahunya, tangan kekar suaminya tiada. Terus mati senyumannya tatkala pandangannya dihala ke ruang tamu. Tiada sesiapa. Suara riuh tadi juga hilang. Air mata mula membasahi pipi Adra, semakin teresak dia menahan sedih. Mana suaminya? Mana anaknya? Mana semua orang pergi?
Ya Allah, mana mereka?
Peluh merenik di dahi. Adra pejamkan mata, mungkin itu hanya khayalannya. Saat matanya terbuka kembali, matanya bagai tertusuk sesuatu. Dia berasa silau. Pandangannya berbalam. Di mana dia berada? Seorang wanita bertopeng dipandangnya dengan penglihatan yang kabur. Perutnya terasa sakit dan senak, seperti ditoreh sesuatu yang tajam. Adra terasa sesak.
Tika itu, dia dapat merasakan tangannya digenggam erat. Telinganya menangkap satu suara. Suara itu seperti menyuruhnya mengucap. Ya Allah, aku di mana? Siapakah mereka? Kenapa tubuhku ditoreh? Persoalan demi persoalan yang menerpa minda mula melemahkan Adra. Dia penat. Wajahnya dirasakan sudah tidak berdarah. Akhirnya, tenaga dia sudah lemah. Kala itu, Adra kaku di pembaringannya.
Sabda Rasulullah SAW :
Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang berfaedah atau anak soleh mendoakannya.
(Riwayat Abu Daud)
Suara teriakan bayi yang kuat kedengaran di segenap penjuru dewan bersalin. Lahirlah seorang khalifah Allah ke dunia yang penuh pancaroba ini. Alhamudlillah.

to be continued...

3 comments:

  1. Alaaa siannya kt adra ...xmau altaf mati...xnak3.... Huhuhu... TQ cia...slalu update...;)mlm nnt ada lg x? Hehehe

    ReplyDelete
  2. sian Adra... Nak lagi sis, Hehe

    ReplyDelete