Thursday 19 June 2014

Cerpen : Macaroons Love Story 4


Assalamualaikum... Hye!

MLS untuk semua. sorry sangat-sangat sebab pendek ja. ni ja yang CIA dok mengadap dari petang tadi. stress sangat sampai tak boleh nak menulis langsung. sorry tau. macam nak menangis rasanya ni sebab ada idea tapi gangguan emosi tengah menggila. but, i'm still trying. geram pulak pada 'nyamuk-nyamuk' yang banyak mulut ni. huhuhu. apapun, SELAMAT MEMBACA! :D. (ketaqtangantahanmarah)


Helaian rambut yang menutup wajah Adra diselak lembut. Nyenyak sungguh isterinya tidur. Mungkin penat dek mengikutnya ke gathering stafnya itu tadi. Sakan Adra berbual dengan para isteri staf-stafnya yang hadir. Altaf perlu akui hatinya sememangnya untuk Qutnina Khadra meskipun sebab utama mereka disatukan adalah kerana aturan keluarga masing-masing.
Tangan Altaf dijatuhkan pada perut Adra yang sudah boyot itu. Tidak lama lagi, Adra akan melahirkan cahaya mata mereka. Dia tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan isteri dan bayinya. Namun, tatkala mindanya kerap kali teringat akan kelemahannya itu dia terpaksa mengakui bahawa dia adalah seorang suami yang gagal. Gagal dalam menangani kelemahan dirinya sendiri.
“Abang,” Adra bergerak kecil. Ditenyeh matanya perlahan. Rasanya sekarang ini masih malam lagi, kenapa Altaf masih belum tidur?
“Iya. Abang kacau Adra ya? Sorry. Tidurlah balik,” kata Altaf perlahan. Adra mencebik. Disebabkan terkejut dek keluhan berat suaminya itu, dia terjaga.
“Abang ni yang tak tidur lagi kenapa? Abang ada masalah ke? Kongsilah dengan Adra. Manalah tahu ringan sikit bahu abang tu,” balas Adra. Mata dia sudah membulat. Maknanya, dia memang sudah terjaga dan payah untuk lelap balik.
Altaf senyum.
“Mana ada masalah. Abang okey, cuma abang suka tengok Adra tidur. Macam baby,” Erk? Perli ke betul?
“Merepeklah abang ni. Adra ni dah besarlah, udah gedek. Ni hah, dah jadi mak boyot. Abang sharelah dengan Adra, insha Allah Adra cuba tolong...”
“Boleh ke?” Adra angguk. Ditarik Altaf yang sedang sila itu agar berbaring di sebelahnya. Kuat juga ummi boyot ni, sekali tarik melayang Altaf dibuatnya.
“Cerita aje,” Altaf berdehem kecil. Seketika kemudian, keluhan pula terbit.
“Tak lama aje lagi, Adra dah nak bersalin. Abang takut abang still tak berani nak dukung baby. Time dia dalam perut, boleh pulak abang ulit-ulit dia. Bila dah keluar, abang tak boleh pulak nak hold dia,” Oh, itu. Adra menyelit lebih rapat ke dada Altaf.
“Abang percaya miracle tak? Naluri bapa ni ajaib tahu. Insha Allah, abang nampak aje baby kita nanti… mesti abang akan kuat. Automatik abang mampu pegang dia, dodoikan dia. It’s natural gestures, abang. Mama ada cakap pada Adra yang abang lebih rapat dengan baby berbanding Adra. Itu sebabnya abang bakal baba yang baik. Janganlah risau sangat,” Lembut Adra berbicara.
Dia terima Altaf seadanya, sudah tentu dia juga terima kelemahan suaminya itu. Tiada benda yang mustahil melainkan diri kita sendiri yang memustahilkannya. Doa adalah senjata mukmin. Adra yakin, Altaf mampu untuk menjaganya dan anak-anak mereka. Cuma, suaminya itu memerlukan dorongan yang kuat.
“Betullah Adra dah tak kisah kalau abang masih tak boleh nak belai baby kita nanti?”
“Insha Allah, abang. Selagi kita boleh ikhtiar, kita cubalah. Abang, practice make perfect. Apa kata kita dua pergi kursus untuk penjagaan bayi. Manalah tahu di situ nanti kita boleh cure weakness abang tu. Nak tak?” Altaf kembungkan pipi.
“Hmmm, macam seronok aje. Bila nak pergi? Kat mana?” Adra ketawa. Bersemangat kemain Mister Aqhar Altaf dia ni. Sudahlah unik nama encik suami kesayangan dia ni. Lagilah dia jatuh hati.
“Esok-esok kita pergi. Nak kiss abang sikit,” Altaf menjarakkan dirinya. Adra tarik muka. “Kedekutlah abang ni,” cebik Adra manja.
“Tak tahu lagi ke. Nak kiss abang kena bagi upah dulu,” Altaf buat muka pandai, kening diangkat berulang kali.
“Eh, upah pulak. Okey, list it. Asalkan Adra dapat kiss abang puas-puas. Rindu ni,” Adra buat muka geram, tanda dia rindu sangat-sangat dengan suaminya yang super tampan itu.
Altaf menjegilkan matanya. Berani meluahkan perasaan sungguhlah puan isteri bucuk dia ni. Dek lemah dia melihat wajah comel itu, tidak jadi mahu mengusik Adra. Dirapatkan kembali tubuh mereka. Tak menyempat, Adra terus terpa pipi Altaf. Jenuh Altaf menahan kegelian dek wajahnya dikucup Adra. Aduh, hyperactive gila si Adra ni. Tak cukup muka, lengan Altaf pula yang menjadi mangsa.
“Adra, jangan cabar abanglah. Abang tak boleh control nanti,” Altaf memberi amaran. Barulah Adra berhenti mengucupnya.
“Geram sangatlah, abang. Siapa suruh handsome plus smart sangat, kan Adra yang tak boleh nak control,” Hek, Altaf juga yang kena.
“Iyalah. Dah… dah. Jom tidur, lewat dah ni,” Dibawa Adra ke dalam pelukannya. Memang melebarlah senyuman Adra.
“Sayang abang ketat-ketat…” Dikucup lagi pipi Altaf. Adra akui dia terlalu sayangkan Altaf, lelaki yang pernah dilanggarnya. Tidak pula dia terasa mahu menceritakan kembali kisah itu kepada Altaf.
Biarlah iya menjadi rahsianya buat masa ini. Entahkan Altaf ingat atau tidak lagi pasal kejadian itu. Sah-sahlah lelaki tidak kenalnya, bukan main menunduk lagi dia waktu. Hanya wangian Altaf sahaja membuatkan dia tahu suaminya itulah yang dilanggarkan secara tidak sengaja.

to be continued...

5 comments:

  1. xpa kak cia... best juga walaupun pendek.. :D..

    ReplyDelete
  2. Sabar yer.... xmau marah2 nnt xda cite best....hehehe....senyum slalu..:)..xpa pendek ke panjg janji ada,janji bestttt....

    ReplyDelete