Thursday 5 June 2014

Cerpen : Macaroons Love Story 2



Adra mengemaskan katil yang berselerak. Manakala Altaf pula seronok berpancuran di dalam bilik air. Adra memasukkan kain batik yang telah digunakan ke dalam bakul. Bibirnya mengulas senyuman nipis. Terasa berbahang pula mukanya tika ini.
“Kenapa tak pakai kain batik?”
“Abang!”
Altaf tersenyum sungging. Suka pakai kain batik konon. Hampeh punya bini.
“Dah, pergi ambil wudhuk. Kita jemaah subuh,” kata Altaf sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil.
Adra tersenyum senget. Disentuhnya tubuh Altaf yang terdedah itu. Padan muka! Sakat orang lagi.
“Ya Allah, nakalnya budak ni,” Altaf meluku kepala Adra perlahan.
“Usik orang lagi. Dah, pergi ambil wudhuk. Kita jemaah subuh,” Adra mengulang kembali ayat Altaf tadi. Baru dia tahu Qutnina Khadra ni memang nakal. Sangat nakal!
*****
“Awal kau bangun, dik,” tegur Nayli. Dia membuka peti ais lalu mengambil sebotol air sejuk dan mencapai mug di rak.
“Tak bangun awal kang tak makan pula penghuni teratak kita ni, kak oi,” balas Adra. Tangannya sibuk memotong sayur untuk dibuat nasi goreng.
“Mama mana?”
“Pergi surau depan tu. Ada ceramah rutin kan. Baru kahwin tiga hari… dah nyanyuk. Ish,” Nayli tersengih.
“Nak akak tolong tak?”
“Tolong panaskan kuali. Lepas tu masukkan minyak dan tumis bawang,” Nayli mengambil kuali di dalam kabinet dapur dan diletakkan di atas dapur gas.
“Sayang,” Muncul Zaid di pintu dapur. Adra hanya buat tak tahu. Nak beromantik pula kat dapur ni. Kita panggil suami kita join kang.
“Iya. Kejap lagi kita makan eh. Tunggu mama abah balik surau sekali…”
“B nak makan sayang, boleh?” Choy! Oh, kakak dan abang iparku… I’m here. Masuk biliklah kalau nak bermanja pun. Kurang rempah ratus betullah. Kang aku goreng juga dua-dua.
Nayli membuat isyarat kepada Zaid. Zaid hanya mencebik. Alah, Altaf pun mesti buat benda yang sama juga. Entah-entah lebih teruk.
“Adra punya hand…”
“Adra punya apa, abang?”
Altaf menghampiri isterinya yang sedang memotong sayur itu. Sempat dia senyum pada Zaid dan Nayli.
Handphone bunyi…”
“Siapa?”
“Entah. No name,” Tangan Altaf laju mencapai pisau dan membantu Adra. Good husband.
“Silap numberlah tu…”
“Adra sambung masak eh. Akak nak naik atas,” Nayli meletakkan mug di dalam sinki sebelum berlalu naik ke bilik bersama Zaid. Zaid mengeyitkan matanya kepada Altaf.
“Kat dapur pun jadi,” gumam Adra perlahan. Cukup hanya Altaf sahaja yang dengar.
“Biarlah. Baru kahwin kan…”
“Iya. Tolong Adra masak eh. Pembantu tadi dah lari,” Adra menumis bawang cepat-cepat. Minyak dah terlajak panas. Ingatkan boleh harapkan si kakak untuk menolong.
“Nak masak apa ni?” tanya Altaf. Dia memasukkan sayur yang sudah siap dipotong ke dalam bekas dan di bawa ke sinki untuk dicuci.
“Nasi goreng aje…”
“Kita balik rumah ibu nak hari ni?”cadang Altaf.
“Patutlah gelisah semacam aje semalam. Bukan main cemberut lagi muka abang. Rindu ibu rupanya,” Altaf tersengih sambil menggaru dahinya. Adra menghampiri suaminya di sinki. “Boleh aje. Tapi, lepas makan tengah harilah ye. Teman mama dengan abah dulu…”
Thanks,” ucap Altaf.
Adra sebenarnya ingin keluar dari rumah ni juga. Geli dia tengok Zaid yang miang semacam itu. Goose bumps! Agak-agaklah nak bermesra pun. Nasib baik sebelum kahwin tak macam ni. Kalau tak geli tekak Adra ni hah.
“Hey, apa yang dok termenung tu?”
“Tak ada apalah. Sayur?” Altaf menyerahkan bekas berisi sayur yang sudah siap dicuci itu kepada Adra.
“Nak tanya sikit boleh?”
“Tanya apa?”
“Kenapa panggil Adra? Bukan Nina ke Khadra ke?” Altaf bersandar di sinki.
“Entah. Dari kecil lagi semua sedara panggil Adra. Senang nak sebut kot. Kawan-kawan sekolah and kolej lagi best. Dia orang panggil Adra, Nara…”
“Nara? Pelakon Korea tu, Jang Na Ra,” Adra ketawa kecil. Hamboi, tuan suami minat drama Korea nampak.
“Tak adanya. Jang Na Ra tu comel. Adra ni apalah…”
“Qutnina Khadra pun comel jugak. Bulat aje mata dia,” puji Altaf ikhlas.
“Terima kasih, encik hubby ye. Tak ada upahlah pula,” Adra berpusing ke kanan dan kiri. Saja buat gaya mencari sesuatu.
“Sayang,” Altaf menunjukkan pipinya. Eceh, kata orang romantik tak kena tempat. Sekali suami sendiri yang macam tu. Tapi tak adalah sampai ajak masuk bilik pagi subuh macam ni. Oppss!
“Bukan kat sini eh. Dahlah, jangan kacau. Tak sarapan pulak kita pagi ni,” Altaf mencebik. Tetapi sesaat kemudian pipi Adra menjadi mangsa bibirnya. Mahu merah menyala pipi si Adra tu.
*****
“Akak pregnant dua bulan!” Bukan main gembira lagi Nayli khabarkan berita kehamilannya kepada Adra.
“Yeah, Adra nak dapat anak saudaralah ya. Tahniah, akak. Happy for both of you,” ucap Adra ceria.
Thanks. Nanti Adra pulaklah ya…”
“Ish, amin. Ada rezeki adalah, kak. I’ll let you experience it first, okay,” balas Adra.
“Iyalah. Got to go. Candle light dinner! Bye…”
Adra kembali ke ruang tamu. Altaf sedang menonton cerekarama. Bukan main kusyuk lagi. Siap dipaksanya Adra tengok sekali.
“Siapa?”
My lovely sislah…”
“Kenapa?”
She’s pregnant,” beritahu Adra sambil mengangkat keningnya berulang.
“Wah, express,” Adra mencubit lengan suaminya.
“Rezeki itu namanya,” kata Adra dalam loghat Indonesia.
“Kita bila lagi?” Dikecilkan matanya memandang si suami. Tapi… tak kecil mana pun mata bulat tu.
“Bila? Tahun depan nak? Sempatlah Adra dapat my degree…”
“Sayang…”
Meleret sudah panggilan Altaf.
“Iya… iya. Bila nak? Sekarang?” Altaf menarik hidung Adra lembut.
“Main-main eh,” Adra terkapai-kapai mencari nafas.
“Alah, biarlah dia orang dulu. Kalau Adra pregnant sekarang kan kena extent my degree. Bilanya nak habis kalau macam tu?” Adra memeluk pinggang Altaf. Kepala disandar di dada bidang Altaf. Suami kita ada otot okey. Four pack aje. Bukan six pack. Isk.
“Abang terima alasan tu. Then, habis aje Adra punya degree boleh buat anak ramai-ramailah ya?”
“Boleh… belah. Tak adalah. Suka hati,” Tumpuan pada cerekarama sudah hilang. Kini, Altaf lebih senang pula berbual dengan isterinya.
“Kalaulah ditakdirkan Adra pregnant before habis study. What should we do?”
“Abang, jangan buat lawak boleh tak. Dah pregnant… nak buat apa lagi. Terpaksalah extent semester,” balas Adra. Betullah tu kan. Takkan nak buang pula.
“Okey. Dah alang-alang sayang cakap macam tu. Jomlah,” Altaf buat muka pandai. Eh, tak. Muka menggoda. Bukan senang nak menggoda budak nakal seorang ni tau. Kena ada strategi.
“Nakal eh,” Altaf dan Adra ketawa serentak.
*****
Enam bulan kemudian
Adra mengusap rambut tebal suaminya yang sedang tidur menekup muka ke tilam itu. Siap berdengkur kecil lagi. Penat agaknya. Altaf bergerak kecil. Namun, masih nyenyak tidur. Adra melihat tangan kirinya yang di cucuk jarum. Dia mengeluh kecil. Takkan sebab kurang air lagi kot. Kerap jugak dia masuk hospital kerana kekuarangan air dulu. Tapi selepas kahwin tak pernah lagi.
“Dah bangun Adra?” Hajah Maryam menghampiri Adra di katil.
“Baru aje, ibu?” Adra menyalami tangan ibu mertuanya.
“Lama dah tidur?” Hajah Maryam merujuk kepada Altaf yang sedang tidur secara duduk itu.
“Entah, ibu. Adra sedar aje, abang dah tertidur. Penat kot,” jawab Adra. Adra melihat pakaian yang dipakainya. Hanya sehelai baju hospital khas untuk wanita.
“Ni ibu ada bawakan nasi. Nanti makan sekali dengan Aq. Makan roti aje dia pagi tadi tu. Dapat aje call kamu masuk hospital, terus terkejar ke sini,” Adra melihat suaminya sayu.
“Ibu,” Altaf menggosok matanya yang terasa silau. Dia menguap kecil. Ibu yang dia sebut? Anak mak betul.
“Hmmm. Dah, pergi basuh muka dulu,” Altaf berlalu ke bilik air.
“Adra kenapa, ibu?” tanya Adra. Hajah Maryam tersenyum. Sudah tentulah menantu dia ni tak tahu. Boleh pula tengah belajar, pengsan dalam kelas.
“Adra mengandung. Tiga bulan,” beritahu Hajah Maryam.
“Mengandung, bu?” Hajah Maryam mengangguk.
“Iya. Suami Adra tu nakal sangat. Itu yang Adra terlantar kat sini,” Hah? Tak faham.
“Kenapa, bu?”
“Tak ada apalah. Boleh pula tuan punya badan tak tahu dia mengandung. Dah tiga bulan pulak tu,” Adra senyum nipis.
Period Adra serabutlah, bu. Itu yang Adra tak kisah bila tak period…”
“Dah lama ibu sampai?” Altaf bersalam dengan ibunya.
“Baru kejap tadi. Nak hantar makanan ni, hah. Petang sikit nanti mama datang bawa makan malam pulak…”
“Buat susah aje,” kata Adra.
“Ish, tak adalah. Tak sabar nak tengok cucu sulung ibu ni…”
“Hmmm, Adra boleh solat tak ni?” Altaf memandang Hajah Maryam. Ibunya senyum sedikit.
You’re still bleeding,” jawab Altaf senada. Hajah Maryam bagai perasan akan kelainan nada suara Altaf.
“Ibu nak cari ayah kat cafĂ© kejap. Aq, makan nasi ni dengan Adra. Kunci pintu sekali. Aurat Adra tu,” Sempat Hajah Maryam menitipkan pesan sebelum keluar dari bilik itu. Altaf mengunci pintu seperti yang dipesan ibunya.
Altaf melangkah lemah ke katil.
“Abang,” panggil Adra. Tangannya mengisyaratkan Altaf duduk di sebelahnya. Altaf duduk berhadapan dengan Adra. “Hey, kenapa ni?” Pelik sungguh dengan riak Altaf yang kelihatan sugul itu.
Sorry,” ucap Altaf dengan penuh rasa bersalah. Semakin pelik Adra dibuatnya. Kenapa nak minta maaf? Takkan sebab dia pregnant sebelum tamat belajar kot.
“Sebab?”
You’re bleeding because of me. My carelessness,” Altaf hanya menunduk. Tak mampu nak pandang isteri di hadapannya.
Can you just straight to the point, abang? I can’t get it…”
“Semalam kan abang ajak Adra pergi shopping seharian…”
“Okey… okey. Adra faham dah,” potong Adra pantas sebelum Altaf melanjutkan penjelasan. Sakan gilos mereka berdua membeli belah semalam. Altaf punya pasal, bosan tak tahu buat apa… mereka keluar membeli belah.
“Emmm, sebab tulah,” Adoilah. Baby ni sengaja nak kacau parent dia kan. Parent nak jenjalan pun nak marah.
Our fault, okay. Not only you. Dah, hodohlah buat muka cemberut macam tu,” Adra memeluk Altaf. Mengurangkan perasaan bersalah suaminya.
“Ibu kata abang tak makan lagi after breakfast pagi tadi. Adra suap eh,” Altaf menggeleng.
No. Abang suap Adra. Adra kan dah ada baby. Mesti lapar,” balas Altaf.
“Tak adanya. Before kelas pagi tadi, Aqish bawa Adra pergi makan besar abang tahu tak…”
“Hmmm?”
“Kita orang pergi makan dekat restoran yang selalu Adra makan tu. So, alang-alang tu… Adra makan tengah hari teruslah. Manalah nak tahu terpengsan dalam kelas pulak,” jelas Adra. Altaf terangguk-angguk.
“Pelik kan, abang. Both of us tak ada morning sickness pun. Tahu-tahu aje dah tiga bulan,” Altaf tersengih dengan sebelah bibir senget.
“Tengoklah siapa baba dia,” Adra mengangkat keningnya.
“Oh, baba. Adra nak ummilah. Ala-ala Arab gitu,” Altaf ketawa kecil. Sakit-sakit pun boleh buat lawak lagi. Ketukan pintu kedengaran.
Someone has coming. And I was sexy…”
Your doc kot,” Altaf melangkah ke pintu. Dia melihat dulu siapa di luar.
“Puan Qutnina?” Altaf mengangguk. Dia membenarkan doctor wanita itu masuk.
“Macam mana keadaan puan? Dah sihat sikit?” tanya doktor wanita itu. Lebih kurang sebaya mamanya saja.
“Sihat banyak, doctor,” jawab Adra. Dia tidak lupa menghadiahkan senyuman kepada doktor wanita itu.
“Ada rasa sakit-sakit kat bahagian bawah perut?” Adra menggeleng. Doktor wanita itu menekan perlahan bahagian bawah perut Adra. Altaf kaku. Nak buat apa ni? Aiyoyo.
“Errr… abang keluar dululah...”
“Malu ke? Jangan malulah. Ini biasa aje. Lagi elok suami ada waktu ni,” Adra memandang suaminya sambil mengerutkan hidung.
*****
Adra tidak menghentikan pembelajarannya. Rugi rasanya jika ditangguh memandangkan dia sudah kuat. Lagipun, cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum menamatkan ijazahnya.
“Abang, buat apa tu?”
“Buat yang sayang sukalah…”
Ditirunya iklan TV dua orang ni.
Here, your diet. Milk, oat and your macaroons,” Adra tersenyum. Janji ada macaroons dia. Itu pun cukup dah.
“Abang makan apa?”
“Makan yang abang sukalah. My coffee latte and baked bread,” Altaf menghirup coffee lattenya perlahan. Panas!
“Tak penat ke pergi kelas… balik kelas. Naik lift… turun lift?”
“Abang, tak penat ke pergi kerja… balik kerja. Naik lift… turun lift. Balik masak untuk isteri?” Altaf mengusap kepala Adra yang sudah kemas bertudung itu. Kelas pagi pula hari ini. Punyalah liat nak bangun. Sampaikan Altaf kena tarik masuk bilik air baru nak bangun.
“Suka tiru cakap abang ya sekarang ni. Kelas habis pukul berapa?”
“Emmm, pukul dua belas. Kenapa?”
“Abang ambil. Hantar rumah mama ke ibu?”
“Mama…”
Suaminya ini memang tak tahu erti penat ke hah? Bangun pagi, sedia breakfast. Masak makan malam. Adra langsung tak boleh masuk dapur. Nanti merungut busuklah, bau macam kambinglah. Adra kesiankan Altaf tetapi dalam masa yang sama dia tak boleh buat semua tu.
“Kenapa tak pergi rumah ibu aje?”
“Rumah mama dekat dengan kolej. Dekat jugak dengan office abang kan. Kalau Adra balik rumah ibu, abang yang penat nanti. Nak kena pusing balik,” Adra memegang lengan Altaf.
“Baiknya budak nakal ni. Ummi around the corner kot,” Huk!
Five months to go. Then, we will see our baby. Macam lama lagi aje?” Altaf ketawa kecil. Hailah, budak comel mata bulat ni. Harap-harap anak mereka ikut wajah isterinya. Sejuk saja mata memandang.
“Kejap aje. Lagi tiga bulan Adra habis study. Next two months, d-day. Tadi Zaid call, your sis dah masuk labor room,” Adra membeliakkan matanya. Dia pula yang nak berpeluh bagai. Nanti dia pula.
“Esok abang cuti kan. Esok ajelah pergi kat akak. Boleh?”
“Boleh aje…”
“Abang,” panggil Adra.
“Hmmm…”
Chupp!
Happy birthday, abang,” Altaf menegakkan badannya. Hah? Serious? Adra pelik melihat si suami yang gaya macam patung lilin kat muzium.
“Lah, jangan cakap abang lupa birthday sendiri…”
“Sayang, memang abang lupa pun.”
“Tak apa. Wife abang yang comel ni tolong ingatkan dah,” kata Adra sambil meletakkan tangan di dada. Isteri mithali kononnya. Kerja rumah… suami yang buat!
“Adra ni tak romantiklah. Ada patut kat meja makan ni dia wish. Kenapa tak…”
Adra menyumbat macaroons ke dalam mulut Altaf.
“Tak payah nak romantik sangatlah. Janji Adra sayang abang. Acilah tu,” Pening dapat isteri macam Adra ni. Zero bab-bab romantik. Tapi bila dah romantik, si Altaf yang expert bab-bab romantik tu pun kalah tau.
“Iyalah…”
“Abang, cepatlah. Dah lambat ni,” Terkocoh-kocoh Adra bangun. Dia berjalan laju ke ruang tamu.
“Sayang! Relaks. Janganlah aktif sangat,” Berdesup Altaf lari mendapatkan isterinya. Trauma.
“Ya Allah, abang ni. I’m okay. Haishhh, orang cakap kena aktif. Nanti nak bersalin senang,” Adra menenangkan suaminya. Kesian pula melihat Altaf kelam kabut begitu. Masih trauma kes dia pengsan hari tulah tu.
“Lain kali, jalan jangan laju sangat. Sopan sikit,” pesan Altaf bersungguh-sungguh.
“Iya… iya. Jom. Kang dua-dua lambat,” Adra membetulkan tali leher Altaf.
“Janji…”
“Janji. Risaulah Adra tengok abang ni,” Altaf memegang kedua belah pipi Adra.
“Abang yang risau nak bagi sayang pergi kolej sorang-sorang. Tahu? So, behave okay?” Adra mengangguk. Ceh, ikut cakap ke budak nakal ni.
*****
“Akak, Adra nak pegang,” minta Adra. Bukan main gembira lagi dapat tengok anak saudara sendiri.
“Nah. Pegang elok-elok,” Adra mengambil bayi yang masih merah itu dari dukungan Nayli perlahan. Takut pula tersalah pegang nanti, naya.
Cutenya dia. Muka macam abang Zaidlah. Abang, nak pegang tak?” Adra tersenyum melihat telatah suaminya. Baru nak suruh pegang tapi Altaf dah menjauhkan diri.
“Kenapa dengan kau, Taf?” Zaid bertanya.
“Dia takut tengok baby kecil macam ni…”
“Aku faillah bab-bab ni,” ujar Altaf. Adra mengusik bayi kecil itu. Buatnya si Altaf takut nak pegang anak mereka nanti, tak ke haru.
“Cubalah pegang. Nanti nak pegang anak kau macam mana? Nak azankan?” pujuk Nayli.
“Entah abang ni. Adra tak nak nanti abang suruh orang lain pulak azankan anak kita. Mehla pegang. Adra tolong,” Altaf menghampiri isterinya dengan perasaan yang masih takut. Dia sebenarnya geli nak tengok bayi yang baru lahir. Macam-macam dalam fikirannya.
“Abang…”
“Okey… okey.”
Adra membantu suaminya. Namun, Altaf keras di situ. Lagi paksa karang, mahunya lagi fobia mamat ni.
“Tak payahlah. Terbawa-bawa pulak fobia abang tu nanti. Nah, akak,” Adra menyerahkan kembali bayi itu kepada mamanya. Altaf mengeluh kecil.
Zaid menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak menyangka birasnya yang berbadan sasa itu takut dan fobia dengan bayi baru lahir. Setiap orang kan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.
*****
Setelah berhempas pulas selama tiga tahun, Adra dapat juga menghabiskan ijazahnya. Malam itu, Altaf membawa Adra makan di luar bagi meraikan isterinya sudah tamat ijazah. Terharu Adra dibuatnya.
“Terima kasih, abang…”
“Sama-sama kasih…”
Mereka makan tanpa sebutir bicara pun. Masing-masing menghayati rezeki di hadapan mata. Yum… yum.
“Esok Adra ada check up kan?” Adra mengangguk sambil meletakkan sudu dan garfu ke pinggan.
“Kenapa?”
“Tak ada apa. Just asking…”
Just asking? Okey. Esok, Adra ajak ibu temankan. Abang tak payah risaulah. Takut sangat,” Altaf tersenyum nipis. Sepanjang tujuh bulan Adra mengandung, sekalipun dia tidak pernah menemani isterinya berjumpa dengan doktor.
Sorry. Abang tak pernah teman Adra pergi check up…”
Do I look like I care? Tapi, sila pastikan abang ada time Adra bersalin. No excuses,” Altaf membulatkan matanya. Ini yang dia lemah.
“Sayang…”
No! You have to. Abang memang tak sayangkan Adra kan. Nak ajak teman pergi check up pun abang tolak. Suruh teman Adra dalam labor room pun abang tak nak. Fine,” Adra bangun dari duduknya. Terasa hati pula dengan sikap suaminya itu.
Altaf cepat-cepat menarik tangan isterinya agar duduk semula. Adra memasamkan mukanya. Biar suami dia tahu yang dia tengah marah sekarang ni.
“Bukan abang tak nak teman. Tapi, Adra tahu kan? Abang tak bolehlah…”
Adra diam. Malas dia nak buka mulut. Panjang pula cerita nanti.
*****
Sampai di rumah, Adra pantas membawa diri ke bilik. Altaf hanya memandang kosong. Kalau berterusan macam ni mahu meletup jantungnya. Namun, dia turut melangkah ke bilik setelah memastikan semua pintu dan tingkap rumah sudah dikunci.
“Adra,” panggil Altaf. Adra memekakkan telinga. Dia terus berlalu ke bilik air selepas mengambil pakaiannya.
Altaf mengeluh perlahan. Buntu! Dia duduk di birai katil. Menunggu Adra keluar dari bilik air. Tahulah dia bagaimana mahu memujuk si isteri yang merajuk itu. Kacang saja. Ahah.
“Abang!” jerit Adra cemas. Altaf tersentak mendengar isterinya menjerit cemas.
“Adra, kenapa ni?” Pantas Altaf masuk ke dalam bilir yang tidak berkunci itu. Altaf melihat wajah berkerut Adra.
I’m bleeding,” jawab Adra pendek. Altaf termangu. Ya Allah, apa nak buat ni?
“Okey, relaks. Jom, pergi hospital,” ujar Altaf tenang. Dia mencempung Adra yang masih lengkap berpakaian itu masuk ke bilik. Adra mengambil tudung di penyangkut dan memakainya.
“Abang, my report card,” Altaf yang masih mencempung Adra mengambil beg yang selalu digunakan Adra untuk membuat pemeriksaan.
*****
Altaf menunggu Adra diperiksa oleh seorang doktor wanita. Dia gelisah sambil menunggu pemeriksaan terhadap isterinya selesai. Tidak senang duduk dibuatnya. Matanya sekejap-sekejap memandang ke arah tirai yang tertutup itu. Adakah salahnya juga kali ini? Dia yang membiarkan Adra stress memikirkan kelemahannya menghadapi perempuan mengandung.
“Sayang,” Altaf memimpin isterinya ke kerusi.
“Macam mana, doktor?” tanya Altaf tenang. Doktor wanita itu tersenyum, tanda tiada masalah yang serius.
“Encik dan puan jangan risau. Perkara begini biasa berlaku. Tadi, saya dah lakukan pemeriksaan sonografi atau USG. Hasilnya, jaringan placenta puan menutupi jalan lahir tapi jangan risau sebab posisi letak placenta masih boleh bergeser. Puan masih ada peluang untuk melahirkan secara normal,” jelas doktor wanita itu.
“Jadi, kami tak perlu risaulah ya, doktor?” Doktor wanita itu mengangguk. Adra tersenyum nipis. Ingat si suami dah tak risau. Buat pertama kalinya Altaf mendengar sendiri laporan kandungannya dari doktor.
*****
“Adra okey?” Altaf bertanya sambil menoleh ke sebelahnya sekilas.
“Okey,” jawab Adra sepatah. Dia membuang pandang ke luar. Masih terasa hati sebenarnya.
No. You’re not okay. Abang minta maaf. Bukan niat abang nak buat Adra terasa. Tapi, abang memang tak boleh semua tu,” Adra memandang Altaf lama. Semakin kacak pula suaminya ini sejak dia mengandung. Seri ibu mengandung sudah berpindahkah?
“Abang baru aje teman Adra tadi. Adra tengok abang okey aje. Tak ada apa pun,” Altaf terpaku. Namun, dia masih menumpukan pada pemanduannya.
“Err.. err...”
“Apa yang err… err? Tak kira, esok abang teman Adra jugak. Kalau tak, Adra lari rumah mama. Biar abang tak jumpa Adra,” kata Adra geram. Altaf memberhentikan keretanya di tepi.
Direnung Adra dengan pandangan tajam. Adra menggigit bibirnya.
“Adra kenapa ni? Takkan hal kecil macam ni nak lari. Seronoklah kalau mama tahu kita bergaduh. Kenapa tak biar satu dunia tahu?” marah Altaf. Dadanya berombak.
Mata Adra sudah berair. Pertama kali kena marah dengan Altaf. Dia langsung tak pandang Altaf. Pandangan hanya dihalakan ke hadapan. Sengal betul. Budak nakal ni kena marah dengan suami tersayang.
“Adra sendiri faham dengan fobia abang kan. Beratus kali abang cakap, abang tak boleh. Tak ada beza kan siapa pun yang teman. Result dia tetap sama,” nada Altaf sudah mula mengendur.
“Okey…”
Adra menyapu air matanya yang jatuh kasar. Tangannya menggenggam beg kuat. Mungkin disebabkan dia mengandung dia jadi sensitif begitu.
*****
Sudah seminggu lebih Altaf dan Adra dingin. Setiap kali bertembung, hanya kebisuan sahaja ditunjukkan. Langsung tiada bualan mesra seperti selalu. Masing-masing keras hati.
“Assalamualaikum,” Adra terjenguk ke pintu utama.
“Waalaikumsalam. Ibu, masuklah,” Adra membuka pintu dan menjemput ibu mertuanya masuk.
“Ibu singgah kejap aje ni…”
“Ibu seorang aje ke?”
“Ha’ah. Ibu pergi rumah kawan ibu tadi. Dah alang-alang dekat dengan rumah kamu ni, singgahlah kejap,” jawab Hajah Maryam.
“Ibu duduk dulu. Adra buatkan air,” Adra berlalu ke dapur. Hajah Maryam melabuhkan punggungnya di sofa.
“Air, bu,” Hajah Maryam menyambut huluran mug itu.
“Terima kasih. Adra buat apa ni?”
“Tak ada buat apa, bu. Tengok TV. Lepas tu berbual dengan cucu ibu ni,” Mata Hajah Maryam tertumpu di perut Adra yang sudah memboyot itu. Tapi, kecil saja. Tubuh badan umminya pun kecil sahaja.
“Cucu nenek buat apa kat dalam tu? Pandai sembang dengan ummi dia ya,” Hajah Maryam mengusap perut Adra perlahan. Adra tersenyum.
“Jom ikut ibu balik. Tidur kat sana. Tapi, bagitahu Aq dululah. Nanti dia cari pulak isteri kesayangan dia ni,” Adra tersenyum nipis. Orang tengah dingin, bu. Mana main calling-calling. Best juga kalau balik rumah ibu. Ada juga teman nak berbual.
“Boleh jugak, bu. Adra pun tengah bosan ni. Kejap, Adra bersiap,” Hajah Maryam mengangguk.
*****
Adra berbual sakan dengan Hajah Maryam sambil membantu ibu mertuanya itu mengemas taman bunga kecil di tepi pagar rumah yang agak luas itu. Dia berjalan perlahan ke gazebo berdekatan apabila terdengar deringan telefon bimbitnya. ‘Abang’!
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam. Adra kat mana ni? Kenapa tak bagitahu abang nak pergi mana-mana? Jangan buat abang risau boleh tak? Lain kali nak keluar bagitahu,” Macam peluru berpandu saja Altaf menyerbu. Adra duduk di gazebo.
“Abang, Adra ada kat rumah ibu. Ibu jemput tadi. Adra dah SMS abang kan,” Adra menjawab tenang. Malas dia cari pasal lagi.
Terdengar keluhan berat di hujung talian. Mata Adra berair lagi. Semakin sensitif pula dia sekarang ni.
“Okey, abang datang sekarang,” Altaf terus mematikan talian.
“Siapa?” tanya Hajah Maryam. Dia duduk di sebelah menantunya.
“Abang. Dia tanya, Adra kat mana? Dia tak baca SMS yang Adra hantar tadi kot…”
“Ni mesti Aq marah kan? Kalau tak, muka comel ni takkan cemberut macam ni,” Adra menjatuhkan kepalanya ke bahu Hajah Maryam.
“Kena marah sikit aje,” Adra menyapu air matanya.

“Dugaan rumah tangga, Adra. Biasalah tu. Aq risau tu cari Adra tak jumpa. Dah, tak payah nangis. Cengeng pula cucu ibu ni nanti,” Adra tergelak kecil. Terhibur sedikit dengan gurauan ibu mertuanya.

to be continued...

7 comments:

  1. Waaa...romantiknya...sensitifnya si adra ni...pape pun tenkiu n xsabo nk tggu next n3... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sensitif sangat. welcome. :D. inshaAllah akan diupdate soon. :)

      Delete
  2. next..next...hehehhe..terbaik

    ReplyDelete
  3. best....smbung lagi sis...!gud luck.. fighting!!!!

    ReplyDelete