Thursday 29 May 2014

Novel : Aku Blogger, Dia Reader 3


Aku mencelikkan mata perlahan. Dah masuk seminggu aku dok terperap kat bilik. Makan pun dalam bilik. Nak tahu kenapa? Semuanya gara-gara Kheryll Aizril. Dia dah hantar rombongan merisik kot. Memang haru sungguh jejaka seorang ni. Dia ingat aku nak lari? Bukannya hobi aku pun nak masuk larian pecut. Haishhh.
Dua hari lagi, aku akan bergelar tunangan dia. Berdebar juga hati aku ni. Papa mamalah ni nak sangat bermenantukan si Kheryll tu. Kononnya, Kheryll gentleman. Kheryll baik. Kheryll sopan. Kheryll manly. Erk! Jujur okey. Semua tu pujian dari keluarga aku. Sekali lagi aku tegaskan, keluarga aku! Ya Allah, sampai begitu sekali pujian melambung diberi kepada lelaki yang baru sahaja mendapat nama di dalam keluarga aku.
Ubat pengasih apalah yang dia pakai? Nauzubillah. Keluarga aku main setuju je masa keluarga Kheryll datang merisik. Tanpa bertanya pada tuan punya badan. Sadis sungguh keadaan Nur Adya. Berani-beraninya mereka membelakangkan persetujuan tuan punya badan yang nak berkahwin. Aku lari masa akad nikah baru dia orang tahu.
“Kakad, buat apa lagi tu? Dah seminggu mogok. Takkan tak nak keluar lagi?” Mama menjerit di luar pintu.
Pantas aku mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Setelah seminggu terperap di dalam bilik, akhirnya nak juga aku tunjuk muka. Bosan kot duduk dalam bilik tanpa melihat dunia luar. Ceh, over sangat ayat aku. Boleh aje tengok dunia ikut tingkap. Lagipun, facebook, twitter, instagram ada. Cukup untuk melihat apa yang berlaku di dunia. Dunia di hujung jari. Tapi, aku? Ugh!
*****
Mamat yang segak di hadapan aku ni dah kenapa? Dari tadi lagi asyik pandang-pandang aku. Aku tilik diri aku seketika. Elok sahaja rasanya pakaian aku ni; dress chiffon ungu dan wide shawl ungu muda. Tiada apa yang pelik pun. Atau, memang habit si Kheryll ni, suka pandang anak dara orang. Uish, bahaya ni!
“So, ada apa awak nak jumpa saya?”
Kheryll mengacau cappuccino panas di cawannya. Aduh, mamat ni. Kalau dah halal, aku sekeh dah kepala dia ni. Orang tanya boleh buat pekak pula.
“Dalam masa dua hari lagi, awak akan jadi tunang saya kan?” soal Kheryll tanpa memandang wajah cute aku ni. Tadi bukan main lagi tenung aku macam nak ditelannya aku ni.
“Ya. Itu yang mama saya bagitahu. Tapi, yang lain-lain saya tak tahu sebab mama dan papa diam aje masa saya tanya,” Kheryll angguk perlahan.
“Jadi, awak tak tahu pasal majlis nikah kita?” Aku angkat kening sebelah. Lain macam saja bunyi.
“Kenapa dengan majlis nikah? Supposedly, majlis nikah dah decide masa family awak datang merisik hari tu kan? Atau, decide masa majlis tunang?”
Kheryll senyum nipis. Pelangkung juga mamat ni karang. Atau, aku dah terover shadow? Haih, aku kan bakal tunang dia. Tentu-tentunya aku kena ambil berat pasal semua tu kan. Sekurang-kurangnya, tak adalah nampak sangat yang aku ni terpaksa bertunang dengan dia. Aku Cuma nak menjaga hati semua orang, termasuk hati aku yang dalam terpaksa tetapi rela ni.
Bukan senang nak cari seseorang yang straight to the point macam Kheryll Aizril ni. Lagipun, dia yang mulakan dulu. Aku cuma mengikut saja.
“Awal-awal lagi dah decide. Tak payah tunggu masa majlis tunang,” Erk, aku dah peninglah dengan dia ni. Berbelit-belitlah pula, macam ular.
“So?”
“Selepas tunang, terus nikah,” kata Kheryll dengan muka selamba dia.
Aku? Ahah, tak payah bajet cantik lagi dah. Memang ternganga mulut comel aku ni. Weh, apa dia kata tadi? Maksudnya, nikah pun lagi dua hari? Ohmai, Kheryll Aizril Marjan! Apa semua ni? Awak dah kemaruk nak kahwin sangat ke?
“Kheryll, don’t play with me. No joke, okay?”
“Tak, ini betul-betul. Bukan gurauan lagi dah. Kita nikah hari yang sama dengan bertunang,” Kheryll menekankan perkataan nikah.
“O… key. Then, what I’m doing here?”
“Just want to see you. Your mama said, awak dah keluar bilik. So, saya naklah jumpa awak sebelum kita tunang dan nikah,” Aduh, mamat ni.
“Awak, lagi dua hari kan majlis tu? Mean that, you still can see me after that,” Aku dah mula bangun dari kerusi empuk di café yang pernah menjadi kegemaran aku satu ketika dulu, sebelum aku break off dengan boyfriend lama. Dua tahun sudah.
“Awak nak pergi mana ni?” tanya Kheryll dengan muka dilangutkan untuk memandang aku.
“Saya balik dulu. Tak eloklah kita jumpa sebelum nikah, hilang seri,” Aku terus melangkah meninggalkan café. Muka Kheryll tak usah cakaplah, terkejut macam ternampak anaconda sahaja. Uhuh!
Memanglah aku tak suka benda mengejut macam ni, tetapi aku cuba terima keadaan ni seboleh mungkin. Patutlah mama bukan main sibuk lagi mengemas rumah. Siap diangkut habis kaum kerabat dia. Baru sahaja aku ingin menyoal mama; majlis tunang pun perlu semua kaum kerabat sebelah papa dan mama turun sama ke?
*****
 Kheryll renung skrin komputer ribanya. Tiada entri terbaharu daripada blog ‘budakcengeng’. Kesunyian sungguh dia seminggu ni, tidak ditemani dengan celoteh si Adya di dunia maya ini. Jangankan blog, segala jenis laman social yang lain juga turut diam. Seperti empunya badannya, Nur Adya Marzuki.
Disandarkan badan ke kerusi. Serba tak kena dia melihat reaksi Adya pagi tadi. Masih terbayang-bayang wajah itu seperti ditimpa buah kelapa. Tiada juga senyuman yang mengiringi wajah comel itu. Muncul pelbagai persoalan di minda Kheryll. Keputusan drastik yang dibuatnya itu memang mengejutkan semua orang, namun hatinya yang berkata begitu.
“Ehem,” Suara deheman kedengaran di muka pintu bilik Kheryll.
“Masuklah, long. Tak ada harimau pun nak baham kau,” Kirana tergelak. Dia menapak masuk ke bilik satu-satunya adiknya itu, dilabuhkan punggung ke birai katil.
“Memanglah tak ada harimau, tapi kau tu dah macam serigala dah along tengok. Kenapa?”
Kheryll mengeluh kecil.
“Entahlah, along. Ryll rasa macam Adya tak suka aje Ryll nak nikah dengan dia,” Sekali lagi Kirana tergelak. Kali ini kuat sedikit.
“Hmmm… gini pulak. Ryll, kau pinang budak Adya tu macam ada orang lain aje yang nak rampas dia dari kau. Majlis nanti bukan setakat tahu, siap nikah sekali. Kalau along di tempat Adya pun, awal-awal lagi along dah cabut lari,” Kheryll kerut dahi.
“Agak-agaklah, long. Ryll memang dah lama sukakan Adya tu, sejak Ryll baca dia punya blog lagi. Tapi, hari tu entah macam Ryll terserempak dengan dia. Dalam blog dia tu pulak kemain ramai lagi dok sibuk nak tackle dia, tapi nasib baik Adya tak layan. Alang-alang tu, Ryll coplah dulu,” kata Kheryll, serius.
“Eloklah kau kahwin sekarang, Ryll. Umur pun dah lanjut, patutnya berderet dah anak kau tu,” Kheryll mencebik.
Bukannya tua sangat pun, baru tiga puluh tiga tahun. Standardlah tu lelaki kahwin di usia sebegini. Bak kata orang; semakin tua, semakin laris. Macam goreng pisang tu. Uhuk! Merepeklah si Kheryll ni.
“Pandailah kau, long. Along yang kahwin awal pun, baru anak dua. Along tu lagi tua dari Ryll tahu,” Kirana bangun. Ditumbuk bahu sasa Kheryll. Padan muka!
“Sekurang-kurangnya, along dah ada anak. Rezeki tu kan dari Allah, bukannya along tak berusaha. Kalau boleh, satu team bola sepak along nak bagi anak kat abang long kau tu,” Kheryll ketawa kuat.
Gilalah along dia ni.  Satu team bola sepak? Na… hai. Agak-agak kalau dialah yang minta kat Adya macam tu, dia nak bagi tak, hah?
*****
Buku masakan yang tersusun elok di rak, aku ambil. Mata pandang mama dan Makngah yang sibuk bersotset di ruang tamu, tangan masing-masing pula menggubah hantaran. Haih, nak tengok hantaran pun rasa berbinar mata ni. Kenapalah semuanya berlaku sepantas ini? Mahu sakit jantung kalau hari-hari begini.
“Mama, berapa hantaran yang family kita bagi?” Entah mengapa, teringin pula aku hendak tahu.
Mama dan Makngah pandang aku serentak.
“Sembilan. Pihak Kheryll hantar tujuh. Kakad ada nak tambah apa-apa ke?” Mama ni pun, Kakad ni bukannya ready pun nak kahwin.
“Tak ada. Mama buatlah apa yang patut eh. Kakad serah diri aje,” Tiba-tiba pula, aku rasa sedih semacam.
Apa tidaknya, aku bakal berkahwin, okey. Bukannya kahwin macam main pondok-pondok waktu kecil-kecil dulu tu. Tapi, ini realiti. Si Kheryll Aizril tu pun aku tak kenal betul-betul. Main redah aje masuk meminang anak dara orang. Selepas itu pula, si dia tu ‘lullaby Adya’… si pengkritik terhormat dekat blog aku tu. Aduh, yang aku dok berperang pendapat tu dah nak jadi suami aku. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku untuk menerima semua ini dengan redha.
“Kakad punya bakal suami, segak jugak ya. Makngah ada tengok gambar dia, papa tunjuk semalam,” Aku senyum nipis.
“Biasa ajelah, Makngah. Ada mata, ada hidung… ada mulut. Sama aje Kakad tengok,” Mama membulatkan mata yang tak berapa nak bulat tu.
“Amboi, masa ni bolehlah cakap macam tu. Nanti… bila dah fall in love, mahu Kakad asyik nak berkepit dengan Kheryll. Jangan lupa, Kakad jugak teringin nak jumpa si ‘lullaby Adya’ tu. Ini hah, siap hantar rombongan lagi. Tak sampai dua hari lagi dah nak jadi suami Kakad,” Aku cebik.

Mama ni… kalau sudah buka mulut, habis aku ni dikenakan dia. Alangkah baiknya jika itu berlaku. Hadeh, betul ke aku tak suka dia? Musykil ni. Kheryll Aizril, pertama kali pandang memanglah handsome juga. Tetapi, entah kenapa aku nampak dia tadi macam biasa-biasa saja. No heart feeling like the other day. Huh.

to be continued...

11 comments:

  1. Replies
    1. Salam akak, mlm ni xde new n3 ka? Hehehe... Saya ada nk share something with akak, can you add me at facebook Ruunna Qizbal? Hehehehe..

      Delete
    2. hehe. dah post BCP. :D. sory lambat. okey, dah add. :D. hehe

      Delete
  2. tkde entry baru ke? *menangis*

    ReplyDelete
  3. Lma de hold ni bla lg nk smbung?

    ReplyDelete
  4. Sambung pliss 😂❤️

    ReplyDelete
  5. Huhuhu..tk nk smbung ke? Alaa sedihlah lau camni..smbunglah pleazz..Kak cia tk nk buat entry bru ke?? Rinduu lh nk bca crpen @ novel akak..smuanya best2..sya dn bca semua cerVEL akk dri 2013 until 2016..huhuhu..wat lah entry bru..jgn hmpakan kitaorng kak CIA..huhuhu

    -aKa Mya Aliyah-

    ReplyDelete