Sunday 18 May 2014

Cerpen : Suamiku Peminat A Pink!



Assalamualaikum... Hye!

here come, SPAP! hehe. akhirnya siap jugak. maaf kalau bosan ka apa ka. just write with the soul. :D. SELAMAT MEMBACA! still banyak lagi kekurangan CIA. harap semua suka. :D. peace.

**************

Seulpeohajima no no no honjaga anya no no no
Eonjenanana naege hangsang bichi dwae jun geudae
Nae soneul jabayo ije jigeum dagawa gidae
Eonjena himi dwae julge
TERGELENG-geleng kepala Emir mengikut rentak muzik lagu korea yang rancak itu. Jarang ada lelaki yang minat lagu-lagu korea sebegitu. Jika ada masa lapang, pasti headphone akan melekat di telinganya. Sehinggakan orang di sekeliling, dia tak hiraukan. Malah, isteri sendiri pun dia buat tak hairan. Dashyat sungguh penangan A Pink kepada Emir.
“Tengoklah, ma. Macam tulah abang Emir hari-hari. Kalau ditegur, merajuk pula dengan kita,” keluh Dayana, isteri Emir.
Hajah Citra menjengah kepala ke ruang tamu. Senyuman terukir di bibir.
“Okeylah tu, Yana. Taklah seteruk dulu. Mahunya dia usung ke hulur ke hilir radio buruk abah tu…” Hajah Citra tergelak kecil teringatkan kerenah anak sulungnya itu. Pantang dengar lagu Korea. Laju sahaja dia mengusung radio abahnya ke sana ke mari.
“Yana tak pernah tahu pula abang Emir macam tu, ma. Ingatkan just minat gitu-gitu aje.”
“Kalau tahu, Yana nak buat apa? Tak terima lamaran Emir?”
“Tak adalah sampai macam tu. Mama, A Pink tu seksilah. Yana sendiri pun tak sanggup nak tengok.”
“Dah Yana sanggup jadi isteri Emir, Yana kenalah terima di’madu’kan,” Dayana mengangkat keningnya. Kemudian, dia tergelak geli hati.
Memang betul pun dia sudah dimadukan. Bukannya seorang, tapi enam orang. Gila kaya Emir nak menanggung sampai tujuh orang ‘isteri’. Boleh botak rambut pacak dia tu. Entah apalah yang membuatkan Emir menjadi peminat A Pink yang mempunyai enam orang ahli kumpulan itu yang juga merupakan South Korean girl group yang agak famous. Kadang-kadang cemburu juga Dayana dibuatnya.
*****
“YANA, tolong abang betulkan aerial TV kejap,” suruh Emir tanpa mengangkat wajahnya dari dada Iphonenya. Senyuman diulas melihat tarian A Pink. Erk!
Dayana menjeling suaminya. Fail kerja di tangan dihempas kuat ke meja. Tadi minta dia ambilkan handphone di bilik. Terpaksalah dia tinggalkan kerja yang melambak dan berlari anak ke tingkat atas. Kini, diminta pula betulkan aerial! Takkan dia kena panjat bumbung, betulkan aerial? Huwaaa! Ya Allah, Kau betulkanlah otak suamiku ini, pinta Dayana.
Air mata mula bertakung di tubir mata. Tiba-tiba sensitif pula dia malam ini. Dipandang kertas-kertas yang berterabur di atas meja. Semuanya perlu dihantar esok pagi. Dayana bersandar malas di kerusi kayu. Matanya cuba memandang si suami yang sedang elok berbaring di sofa. Televisyen terpasang bukannya dia tonton. Hanya dibiarkan sahaja. Siaran pula terganggu. Buang karan saja.
“Tutup ajelah TV tu. Bukannya awak tengok pun. Buat habis duit aje bayar eletrik,” tingkah Dayana. Tahulah suaminya itu kaya, tapi janganlah membazir. Membazirkan amalan syaitan.
“Alah, pakai remote aje pun. Bukannya kena panjat atas bumbung tu. Itu pun nak kena ajar ke?”
“Iya? Then, awaklah yang buat. Banyak lagi kerja yang saya kena buat ni. Esok pagi dah kena submit. Awak bukannya buat apa-apa pun,” Emir merenung isterinya dengan pandangan tajam.
Dayana tidak menghiraukan pandangan itu. Dengan pantasnya dia mengemaskan fail dan kertas-kertas yang berterabur.
“Naik dulu,” Dayana melangkah ke tingkat atas. Namun, dia tidak ke bilik tidur mereka. Tetapi ke bilik tidur tetamu. Dikuncinya pintu bilik itu. Biarlah apa nak jadi pun. Biar Emir tahu dia sedang berjauh hati.
*****
EMIR melepaskan keluhan berat. Kertas pelan yang terhampar elok di atas meja dipandang sepi. Hatinya gelisah memikirkan rajuk si isteri. Sudah dua hari Dayana tidak bertegur sapa dengannya. Nasib baiklah segala keperluannya Dayana sediakan. Cuma, mulut sahaja berat untuk berkata-kata.
Dia ada juga cuba mengajak Dayana berbual. Namun, isterinya itu hanya membiarkan sahaja dia berceloteh sendiri. Semakin berani pula Dayana menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Baru lima bulan berkahwin, sudah dilanda badai. Bagaimanalah pasangan suami isteri yang mampu bertahan sehingga ke tua itu? Seperti abah dan mamanya.
“Amboi, jauh menung, Mir?”
Ikhwan melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Emir. Emir berdehem kecil.
“Jauh jugaklah, Wan,” balas Emir.
“Dah kenapa dengan kau ni? Ada problem dengan Yana ke?”
“Hmmm, iyalah tu. Dah masuk dua hari dia tak bercakap dengan aku. Aku tanya sepatah, satu patah kayu pun dia tak jawab. Dah macam orang bisu,” adu Emir.
“Kau ada buat apa-apa kat dia ke? Sesuatu yang dia tak suka ke?” Emir mengeluh lagi.
“Itulah masalahnya. Kau tahukan aku macam mana kalau dah dapat tengok A Pink? Lupa habis semua benda. Aku tak sengaja suruh dia betulkan aerial tv,” Terhambur tawa Ikhwan.
Aerial tv? Agak-agaklah, Mir nak suruh bini kau buat pun. Hati perempuan ni lain, beb. Yang halal ada, tapi yang haram jugak yang dok belek,” tukas Ikhwan.
“Benda yang aku minat, Wan. Susahlah nak berhenti. Even, Dayana okey aje dulu. Sekarang ni aje angin semacam…”
“Dulu, bolehlah dia sabar. Kalau dah hari-hari kau dok sibuk dengan A Pink kau tu, mana dia tak angin. Dia tu bini kau, bukannya sampah boleh campak-campak,” Terkelu lidah Emir dihentam Ikhwan.
Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, Emir. Baik kau kahwin saja dengan A Pink tu. Tak adalah orang yang makan hati. Grrr.
“Agak-agaklah, Wan. Bini aku, kau kata sampah,” Ikhwan ketap bibir.
“Aku tak kata bini kau sampah. Layanan kau tu kat Yana. Lima bulan lepas, bukan main beria kau nak kahwin dengan dia. Bila dah dapat, kau buat macam ni pulak. Kau tak rasa ke Yana menyesal terima kau,” tempelak Ikhwan selamba.
Emir terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Ikhwan itu. Apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil hati Dayana kembali? Buntu… buntu.
*****
DAYANA bersandar di kepala katil usai solat isya’. Setelah siapkan makan malam untuk Emir, dia kembali ke bilik. Dia takut jika berlama di bawah dia akan bertembung dengan Emir pula. Rajuknya masih bersisa. Emir bukannya memujuk dia pun. Dua hari juga dia menunggu. Namun, hampa.
Lelaki itu ada memancingnya untuk berbual. Tetapi, topik yang dibualkan langsung tidak menarik minatnya. Lebih baik Dayana berdiam daripada dia melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada Emir. Kadang-kadang dia terfikir, benarkah Emir ikhlas mengahwininya? Atau sekadar suka-suka?
“Argh, kusut!” bentak Dayana tanpa sedar.
“Apa yang kusut?”
Emir muncul di sebalik pintu bilik. Dayana memeluk bantal peluk erat. Matanya dilarikan ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan si suami. Benci! Benci atau mengada-ngada?
I asked you, Dayana Zahra,” tegas Emir bersuara. Dirungkaikan tali lehernya.
Dayana menggigit bibir.
Okay, fine. Awak tak nak cakap dengan saya kan? We’ll see. Sampai bila awak nak macam ni dengan saya…”
Bengang pula Emir. Sudahlah tadi ada seorang budak motor yang cari pasal dengannya. Habis kereta dia dirempuh. Nasib baiklah, bukan dia yang dirempuh. Emir berlalu ke bilik air. Kuat juga dia menutup pintu bilik air. Sehinggakan terhenjut bahu Dayana dek terkejut.
*****
“ASSALAMUALAIKUM,” Dayana memberi salam kepada si pemanggil yang menelefonnya.
“Waalaikumsalam. Yana dan Emir ada di rumah tak?”
“Ada, ma. Kenapa?”
Dayana mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk besar.
“Mama dan abah on the way pergi rumah kamu ni. Abah ni nak makan sarapan dengan kamu berdua. Rindu dengan masakan kamu katanya. Boleh?”
“Eh, boleh sangat, ma. Datanglah,” Dayana menjawab mesra.
“Iyalah. Tunggu tau. Nak sampai dah ni,” Ceria sungguh suara Hajah Citra di hujung talian.
Dayana menggeleng perlahan. Sememangnya, bapa mertuanya itu gemar akan masakannya. Kata Haji Malik, masakan Dayana persis arwah ibunya, Nek Yong. Mungkin kerana Dayana merupakan cucu angkat arwah Nek Yong agaknya. Arwah Nek Yong banyak mengajar Dayana ilmu masakannya.
Emir menuruni anak tangga perlahan. Hari minggu begini, dia selesa berbaju T round neck dan seluar pendek paras lutut. Laju kakinya melangkah ke pintu rumah. Selalunya, uncle Ken sudah menghantar surat khabar waktu begini. Dayana yang perasan akan kelibat suaminya itu hanya memandang tanpa kata.
*****
SEDANG elok Emir membongkok mengambil surat khabar di pintu pagar, matanya menangkap sebuah kereta yang amat diketahui pemiliknya. Remote di poket dia keluarkan dan pintu pagar automatik itu terbuka perlahan. Mimpi apalah abah dan mamanya datang pepagi ni. Mentang-mentang hari cuti, laju saja abah tekan pedal ke sini. Sudahlah hubungannya dengan Dayana masih dingin.
Dayana keluar menyambut ibu bapa mertuanya. Dia mendapatkan Emir yang berdiri tegak di sisi BMW 5 seriesnya. Senyuman diukirkan agar Haji Malik dan Hajah Citra tidak menghidu pergaduhan mereka. Mahu tiga hari tiga malam, kedua-duanya berleter. Mengalahkan burung belatuk.
“Mama call saya tadi. Sorry, tak bagitahu,” Emir mendengus perlahan. Abah dan mama sudah di hadapan mata pun. Nak kata apa lagi?
Saat itu, Dayana terperasan kereta Emir tercalar. Bukan sikit, tapi hampir seluruh sisi pintu depan dan belakang di sebelah pemandu, rosak teruk. Macam terkena sesuatu yang tajam dan benda itu menoreh kulit kereta mahal Emir. Pandangan ditala pula pada tuan punya kereta. Elok sahaja lelaki itu. Tiada kecederaan pun. Cedera otak kot. Hah?
“Amboi, untung kita, abang. Siap ada orang escort lagi. Kalau macam ni, tiap-tiap pagilah kita terjah rumah budak-budak ni,” seloroh Hajah Citra.
“Ha’ah. Hari-hari boleh makan masakan Yana,” Dayana tersenyum. Suka benar Haji Malik akan masakannya itu.
“Saya masak, abang tak nak makanlah. Mana aci,” cebik Hajah Citra. Haji Malik cepat-cepat memujuk isterinya dengan mencuit pipi Hajah Citra.
“Masuklah, abah, mama. Tahun bila nak breakfast kalau dok buat adegan pujuk memujuk kat sini,” celah Emir senada.
Haji Malik dan Hajah Citra gelak kecil. Sensitif pula Emir pagi ni. Selalunya, dia yang menambah garam. Pantang tengok mereka suami isteri bergaduh, pasti ada sahaja yang dia bahankan.
“Jomlah. Perut abah pun dah lapar sangat ni. Bergurindam sakan dah, hah,” Mereka berempat beriringan masuk ke dalam rumah.
Dayana pantas ke dapur dan mengeluarkan pinggan yang sudah dia siapkan tadi. Ringan sahaja tulang Emir membantu isterinya. Haji Malik dan Hajah Citra hanya sediakan perut mereka. Setelah semuanya siap dan berada di meja makan, Haji Malik mengaminkan doa makan. Lebih berkat.
“Yana, abah dengar Yana nak resign. Betul ke?”
Dayana mengangguk.
“Ha’ah. Dah hantar notis pun. Sebulan,” jawab Dayana. Emir di sebelahnya kaget namun disembunyikan rasa terkejutnya.
“Eloklah Yana resign. At least, boleh tumpukan perhatian pada rumah tangga. Emir pun lebih dari mampu nak tanggung kamu. Kamu minta ferris wheel satu, letak dekat belakang rumah pun boleh dapat,” Amboi, sakan Hajah Citra menambah perasa.
“Awak bagi hint kat abang ke, Citra? Abang takut tinggilah nak pasang ferris wheel kat rumah kita,” Hajah Citra mencubit lengan suaminya.
Depan anak-anak pun, menjadi perangai terlebih gula dia tu. Umur dah senja pun, mengada lagi.
“Emir, kenapa diam aje? Kamu tak sihat ke?” soal Hajah Citra pelik.
Emir hanya akan diam apabila dia kusyuk melayan video A Pink dia saja. Ini, bayang A Pink pun tiada. Jangankan A Pink, Emir pun dah hilang.
“Tak adalah. Penat sikit aje,” balas Emir. Terbit rasa bersalah di hati Dayana. Tidak patut dia memberontak sakan pada Emir. Tapi, Emir juga penyebabnya. Haish, kusut!
“Alang-alang dah sama-sama cuti ni, bermanjalah sikit. Kalau kamu berdua nak tahu, abah dengan mama dulu pantang ada cuti, mesti nak pergi melancong. Tak kisahlah kat mana pun. Masa cutilah nak bermanja. Hari lain, masing-masing sibuk,” ujar Haji Malik ceria.
Jika diingatkan kisah lalu, hatinya senang sekali. Dia rindukan setiap saat itu di mana dia dan Hajah Citra sering sahaja berkepit ke sana sini. Kini? Kalau boleh, dua puluh empat jam nak berkepit. Masing-masing pula sudah pencen. Setiap masa adalah masa mereka. Jadi, setiap masa dihabiskan bersama.
“Sekarang pun still honeymoon, kan? Abah selalu bawa mama pergi mana?” tanya Dayana, sekadar ingin tahu.
“Emmm, pantai. Sebab mama suka pantai. Dengar bunyi ombak pun, mama dah menjerit macam budak-budak dapat coklat,” Dayana tergelak kecil. Ceria sahaja pasangan itu apabila cerita lama diungkit.
“Yana bukan suka pantai jugak ke?”
“Suka. Tapi, Yana lebih suka duduk rumah. Dulu, arwah Nek Yong dah selalu bawa Yana pergi pantai. It quite hard to be there since I might remember the old time I’m with her,” kata Dayana dalam nada bersahaja.
Dia tidak mahu bersedih. Dia perlu kuat. Sudah tiga tahun, nenek angkatnya meninggal dunia kerana penyakit kencing manis. Namun, kehadiran arwah Nek Yong masih terasa di hatinya. Sampai bila-bila pun dia tidak akan melupakan budi baik arwah Nek Yong yang sanggup mengambilnya dari rumah anak yatim dan membelanya. Jasa itu takkan pernah terbalas.
“Sebab tulah, kita kena hargai apa yang ada di depan kita ni. Jangan sampai dah terlambat, baru nak hargai. Masa tu, nak buat apa pun dah tak guna. Semua dah jadi memori,” hujah Hajah Citra.
Dayana terkesan akan kata-kata itu. Ya, dia perlu menghargai segala yang berada di depannya. Salah satunya ialah suaminya, Zakif Emir bin Haji Malik. Hajah Citra melemparkan senyuman penuh makna kepada menantu kesayangannya itu. Dia terlebih dahulu mengenali Emir.
Jika wajah anak lelakinya itu keruh semacam, pasti ada yang tidak kena. Dua puluh lapan tahun, Emir berada di bawah pengawasannya. Dia sudah masak benar dengan kerenah Emir. Hajah Citra dan suaminya sudah mengagak hal seperti ini akan berlaku sejak Emir terjebak dengan para gadis dari Korea itu.
Usai bersarapan, Haji Malik dan Hajah Citra meminta diri. Mereka ada perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan veteran di mana mereka akan berkumpul untuk berkongsi cerita. Di situlah Haji Malik dan Hajah Citra menghabiskan masa mereka setiap hujung minggu. Disamping dapat mengeratkan silaturahim, mereka juga saling bertukar pandangan tentang didikan anak-anak.
*****
DAYANA mencari suaminya. Di ruang tamu, tiada. Di luar, tiada. Di dapur, tiada. Pasti lelaki itu di bilik. Langkahnya dibawa ke tingkat atas. Sunyi pula rumah ini. Selalunya bising dengan ipod si Emir yang sibuk berkumandang lagu-lagu A Pink. Hari ni, tiada pula alunan suara merdu mereka. Erk!
“Abang, where are you?” suara lembut Dayana memanggil suaminya. Dijengulkan kepala ke ruang tamu kedua. Juga tiada kelibat Emir.
Akhirnya, langkah diatur ke bilik. Itu adalah tempat terakhir pencariannya. Saat pintu bilik ditolak, matanya menangkap susuk tubuh Emir sedang berbaring di katil.
“Abang, kenapa ni?” Laju kaki Dayana menghampiri suaminya.
Wajah Emir pucat. Dayana menekap belakang tangannya di dahi Emir. Ternyata suhu badan Emir di luar kebiasaan. Panas! Emir merengek kecil. Perangai budak-budak dia sampai dah. Dayana berlalu ke almari dan mengeluarkan tuala kecil sebelum ke bilik air. Tuala kecil itu dibasahkan.
“Kita pergi klinik nak?” Emir menggeleng perlahan. “Badan abang panas ni. Yana bawa pergi kliniklah,” pujuk Dayana lagi.
I’m okay,” kata Emir lemah.
“Apa yang okeynya? Muka abang dah macam tuttt,” Nauzubillah. Memang pucat sungguh wajah kacak itu. Bibir pun dah macam tak berdarah. Like a ghost, maybe corpse? Oops! Tak baik mengata suami Yana, getus hati kecil Dayana.
“Saya cakap okey, okeylah,” bentak Emir geram. Dia menutup mukanya dengan selimut. Tidak suka diganggu ketika dia sedang berehat.
“Okey, okey. Abang is fine. But, I’m not. Jomlah pergi klinik. Please,” Tidak jemu bibir Dayana memujuk.
Risau dia melihat keadaan Emir. Pasti suaminya itu mengalami kejutan kerana kemalangan semalam. Takkanlah Emir baik-baik sahaja sedangkan kereta lelaki itu tercalar bukan main teruk lagi. Memanglah luaran tidak tercedera. Kecederaan dalaman, manalah kita nampak.
Don’t force me, Dayana. Let me take a nap for a minutes,” Dayana mengeluh perlahan. Emir masih marahkan diakah?
“Hmmm,” sebak juga Dayana.
Begini agaknya perasaan Emir ketika dia mogok dengan suaminya itu kebelakangan ini. Redha sajalah. Anggap ini adalah karma. Fair and square. Dayana membawa diri ke dapur. Dia ingin menyediakan bubur untuk suaminya sebagai tanda dia sudah memaafkan lelaki itu.
*****
SIANG sudah melabuhkan tirai, malam pula berganti. Dayana termenung di sofa. Televisyen yang terpasang dibiarkan. Emir mengunci dirinya di dalam bilik. Puas Dayana memujuk dan merayu agar lelaki itu membuka pintu, namun langsung tidak diendahkan. Akhirnya, Dayana pasrah.
Mungkin ini balasan dia derhaka dengan suaminya beberapa hari ini. Air mata yang jatuh ke pipi diseka. Sedih memanglah sedih. Tapi, memang salahnya. Hal kecil, sengaja dibesarkan. Inilah padahnya. Suami sendiri pun sudah malas melayan. Terkontang kanting dia di sini sendirian. Nasib badan. Haruman Calvin Klien mengganggu lamunan Dayana.
Selamba sahaja Emir menuruni anak tangga. Tubuh itu kelihatan segar. Sudah tidak lemah seperti tadi. Bukan main segak lagi dengan kemeja berbelang putih dan biru juga jeans hitam. Dayana bangkit. Suaminya hendak ke mana pula ni?
“Abang nak keluar ke?”
“Hmmm, awak tidurlah dulu. Saya balik lambat,” kata Emir sambil menyarungkan kasutnya.
Dayana bungkam di pintu. Hendak menangis, dia bukan pemain drama air mata. Hendak merayu, sudah dilakukan. Apa lagi Emir mahu dia buat? Sudahnya, dia hanya diam sehinggalah bunyi deruan enjin kereta Emir meninggalkan perkarangan rumah menyedarkannya ke dunia realiti.
*****
“ASSALAMUALAIKUM, boleh saya bercakap dengan Encik Zakif?” Emir kerutkan dahinya. Siapa pula yang menelefon ketika dia sedang sibuk ni?
“Waalaikumsalam. Cik, maafkan saya. Nanti telefon balik ya,” Pantas talian dimatikan. Gajet itu dilemparkan di sebalik timbunan kertas-kertas pelan.
Jam tangan dipandang sekilas. Sudah tengah hari rupanya. Banyak lagi kerjanya ni. Belum tentu boleh siap dalam masa tak kurang empat jam, office hour akan menjelang. Haish, klien pun selamba sahaja mengubah pelan di saat-saat akhir. Memang kelam kabutlah memandangkan esok pagi adalah date linenya. Mahu sahaja dia menolak kertas kerja itu ketika diberitahu ada perubahan.
“Mir, sempat ke nak siapkan before five? Guard kat bawah tu bukannya stay sini sampai malam. Office hour habis, dia pun habis kerja jugak,” rungut Ikhwan.
Sekumpulan manusia yang sedang bertungkus lumus di satu sudut bilik Emir juga bersetuju. Masih banyak yang perlu diubah. Emir berfikir seketika. Hendak tak hendak, dia perlu membawa staf-stafnya pulang ke rumahnya. Selesa sikit berbanding mereka berkumpul di mana-mana restoran.
“Emmm, after office hour, kita pergi rumah sayalah,” Sorakan bergema di segenap bilik.
Jarang sekali mereka dapat bertandang ke rumah Emir. Ini peluang emas bagi mereka. Boleh juga berkenalan dengan isteri lelaki itu. Sejak bos mereka berkahwin, belum pernah lagi mereka dibawa ke rumahnya. Dayana pula jarang  mengikut Emir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh syarikat milik Haji Malik yang kini sudah diambil alih oleh abang sulung Emir, Zakir Anas. Emir pula memegang jawatan COO merangkap ketua di bahagian pelan pembangunan.
*****
DAYANA mencelikkan matanya perlahan. Keadaan disekelilingnya kelihatan asing. Dimanakah dia? Bukankah tadi, dia berada di tempat kerja? Kenapa pula dia berada di sini pula?
“Alhamdulillah, puan dah sedar,” Dayana memandang seorang wanita yang sedang tersenyum kepadanya.
“Sa… saya kat mana?”
“Puan jangan risau. Puan berada di klinik saya,” Doktor Junaidah membantu Dayana bangun dari katil di biliknya.
“Klinik?” Doktor Junaidah mengangguk. Dipimpin Dayana ke mejanya dan didudukkan Dayana ke kerusi.
“Kawan sepejabat puan yang menghantar puan ke sini. Katanya, puan pengsan di tandas,” Dayana mengerutkan dahinya.
Dia cuba mengingati kembali apa yang berlaku kepadanya. Ya, dia ke tandas kerana tekaknya terasa loya dan mahu memuntahkan segala isi perutnya. Entah macam mana, dia boleh pengsan. Syukur sahaja ada yang perasan.
“Kenapa dengan saya, doktor?” tanya Dayana, inginkan kepastian. Doktor Junaidah senyum manis.
“Alhamdulillah, puan mengandung. Tiga bulan,” Pernyataan itu mengejutkan Dayana. Mengandung?
“Be… betul ke, doktor?” Doktor Junaidah mengangguk lagi. Dia sudah lali dengan respons yang diberi setiap ibu yang datang ke kliniknya. Mereka bagaikan berada diawangan.
“Maafkan pihak kami ya, puan. Kami dah cuba hubungi suami puan. Tapi, suami puan tidak dapat hadir,” Dayana senyum nipis.
Mustahil Emir memberitahu, dia tidak dapat hadir melainkan lelaki itu belum mengetahui keadaannya. Sah suaminya cuma jawab dan memutuskan talian. Selalu sangat begitu. Dia sudah dimaklumkan tentang kesibukan suaminya yang sedang mengejar date line. Itu pun diberitahu secara bertulis. Nota itu elok sahaja ditampal di pintu bilik. Senget punya suami.
“Tak apa, doktor. Saya dah okey pun. Tapi, macam mana dengan keadaan saya? Maksud saya, orang mengandung kan ada morning sickness,” Ini pengalaman pertamanya. Sudah tentu, banyak benda yang ingin dia ketahui.
“Oh, itu puan jangan risau. Bukan semua wanita mengandung yang mengalami morning sickness. Kandungan puan sudah di penghujung trimester. Insha Allah, tak ada apa-apa. Cuma, puan kena jaga pemakanan. Diet itu penting. Bulan depan, puan bawa suami puan sekali untuk check up,” jelas Doktor Junaidah.
Dayana senyum. Jika dia tidak dimaklumkan oleh doktor pun, dia tahu dia mengandung. Sudah tiga bulan, dia tidak bulan. Cuma, perkara itu tidak diberitahu kepada Emir. Tengah berperang kan? Atau, mereka dingin kerana dia sedang mengandung? Macam ada kaitan saja.
“Terima kasih. Insha Allah, nanti saya datang dengan suami saya. Saya minta diri dulu, doktor,” Doktor Junaidah senyum lebar.
Dayana melangkah meninggalkan klinik setelah mengambil vitamin yang diberikan oleh jururawat di kaunter. Untung sahaja teman pejabatnya, Husna masih menunggunya. Tidak perlulah dia susah-susah menahan teksi. Kakinya juga lemah untuk memandu, jadi dia meminta Husna menghantarnya ke rumah.
*****
“THANK you, Husna. Lain kali aku belanja makan eh,” Husna senyum.
“Tak ada hallah. Kau masuklah, rehat. Muka kau pun pucat lagi tu. Tapi, rumah kau ada kenduri apa? Banyak kereta kat laman tu,” Dayana melarikan pandangan ke halaman rumahnya.
“Kawan-kawan suami aku kot. Kau tak nak masuk dulu ke?”
“Eh, tak payahlah, Yana. Kau pun tak sihat. Lain kalilah aku singgah. Penat pula mak buyung nak melayan aku nanti,” gurau Husna.
“Banyaklah kau. Pergilah balik. Dah nak masuk maghrib ni. Kau tu anak dara lagi,” Husna sengih.
“Iyalah. Kau rehat tau. Ingat pesan doktor. Jumpa kat office. Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam,” Dayana menghantar pemergian Husna sehingga hilang dari pandangannya.
Kakinya melangkah ke dalam rumah. Bukan main riuh lagi rumahnya ketika ini. Tak jumpa penlah, kertas tak cukuplah. Ingatkan balik rumah, bolehlah berehat. Semakin naiklah suhu badannya malam ini. Salam diberi dan sudah tentu manusia-manusia di dalam rumah itu tidak mendengarnya. Sibuk mengalahkan ayam bertelur.
Kelibat Emir dicarinya. Tiada pula di kalangan kumpulan yang elok berteleku di ruang tamu. Saat itu, telinganya mendengar perbualan di dapur. Suara garau itu milik suaminya. Suara bak buluh perindu itu, siapa pula?
“Abang,” sapa Dayana lembut.
Emir yang sibuk mencari gelas di dalam almari menoleh. Serentak itu, seorang perempuan yang sedang mengacau air di dalam jug turut memandang Dayana. Dayana mengukir senyum. Tidak mahu dicop sombong pula.
“Dari mana?” soalan pertama yang keluar dari mulut Emir.
“Kerja luar. Kawan Yana hantar. Abang cari apa? Yana tolong,” Emir memberikan ruang untuk isterinya.
Wife you?” tanya si pengacau air.
“Ha’ah, Dayana. Sayang, ni officemate abang, Elisa,” Elisa menghulurkan salam dan disambut Dayana.
Dayana meletakkan gelas-gelas di atas talam yang sudah dikeluarkan Emir tadi. Sempat lagi dia mencerna kata-kata suaminya. Sejak bila Emir berabang-sayang dengannya? Bukan tengah berperang ke? Sudahlah Elisa dikenalkan sebagai officemate, bukannya staf. Mulalah pening loya dia meragam balik. Encik suami punya pasal.
“Abang, Yana naik atas dulu. Nak mandi. Kejap lagi Yana turun,” Emir hanya mengangguk. Dayana mencebik. Ingatkan nak teman naik atas. Hampeh.
Baru nak bermanja, ada pula yang mengganggu. Nampaknya, dia kena masaklah malam ni. Takkanlah teman-teman suaminya tidak lapar. Langkah Dayana dilajukan dek tekaknya sudah kembali loya. Tiba sahaja di bilik air, dia memuntahkan segalanya. Kosong sudah perut yang diisi ketika makan tengah hari tadi.
*****
EMIR menolak daun pintu bilik. Dayana masih di tikar sejadah. Baru selesai solat maghrib agaknya. Derap kaki Emir menyedarkan Dayana.
“Abang order makanan luar, boleh? Yana tak laratlah nak masak,” kata Dayana sambil melipat telekungnya.
I’ve promise to them, you will cook for them tonight,” balas Emir sambil menanggalkan baju kemejanya. Kini, dia hanya bersinglet. Badan orang pergi gym, agak-agaklah macam mana rupanya.
“Eh? Hmmm, okeylah,” Tapi, rasanya tak boleh!
Bak pelari pecut kelas pertama, Dayana berlari ke bilik air. Sekali lagi dia muntah. Emir tercengang. Kakinya bagai tergam di sisi penyidai tuala. Beberapa saat kemudian, barulah dia melangkah ke bilik air. Tanpa isyarat, tangannya mengusap belakang isterinya. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Dayana muntah. Dah kenapa?
“Okey tak ni?” soal Emir, risau.
“Okey… kot,” Apabila mulut dan perbuatan tidak seiring, mulalah sakit kepalanya datang. Emir memeluk erat Dayana yang hampir terjatuh. Dicempung tubuh itu dan dibaringkan di katil.
Dahi Dayana disentuhnya. Suhu okey. Cuma, berpeluh sakan isterinya ini. Sakit apalah yang menyinggah? Nampak gayanya, dia orderkan pizza sahajalah untuk staf-stafnya malam ini.
“Pergi klinik, nak?” Dayana menggeleng. Jemarinya erat menggenggam jemari Emir. Terasa tenang seketika.
“Dah pergi,” Kening Emir bertaut.
“Bila? Kenapa tak bagitahu?”
“Abang kan sibuk. Tadi ada nurse call abang. Abang tak dapat call ke?” Emir menepuk dahinya. Mulalah mahu menyalahkan diri sendiri.
“Dapat. I’m too rushing to listen the explanation. Sorry. So, what’s the problem? Food poisoning?”
Dayani senyum pahit. Masih juga tiada panggilan mesra untuknya seperti selalu.
“Lebih kuranglah. Abang pergilah mandi, solat. Lama pulak dia orang tunggu kat bawah…”
“Memang nak pergi pun, tapi tangan awak…” Dayana sengih. Tangan Emir yang dipegangnya dilepaskan. Nak pegang pun tak boleh. Huh!
*****
DAYANA menilik jam di dinding. Sudah pukul dua petang, bayang Emir masih tidak muncul. Ini yang dia sebal. Perutnya sudah berkeroncong. Habis semua lagu A Pink berdendang. Setelah penat mundar mandir, dilabuhkan punggung ke sofa. Sinetron yang bermain di layar televisyen dipandang sekilas.
Tika itu, senyuman dilirik. Encik suami sudah pulang. Harap-harap, dapatlah apa yang dihajati. Buatnya Emir tidak membeli makanan itu, tak ke naya. Penuh kesabaran, dia menanti Emir masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Emir melangkah masuk, Dayana terus menerpa.
“Assalamualaikum,” sapa Dayana terlebih dahulu.
“Waalaikumsalam,” jawab Emir teragak-agak. Dayana bersalam dengan suaminya dahulu sebelum ke agenda seterusnya.
“Abang beli tak?” Emir menghulurkan plastik yang berisi nasi berlauk yang dibeli di restoran mamak kegemarannya.
Melebar senyum Dayana melihat bungkusan itu. Laju dia merangkul leher Emir yang sudah membulatkan matanya itu. Mana tidaknya, kerenah isterinya sangat pelik hari ini. Ketika sedang bermesyuarat tadi, dia menerima pesanan sms daripada Dayana yang memintanya membeli nasi kandar. Kalau tak dibelinya, Dayana akan pulang ke rumah Haji Malik. Haru sungguh!
“Pergilah makan. Sejuk pulak lauk tu,” kata Emir yang masih dirangkul isterinya.
“Abang suapkanlah. Tak nak makan sendiri,” Lagilah Emir pelik. Nak makan bersuap pula.
“Tangan ada kan? Makanlah sendiri. Dah, lepaslah,” Dayana mencebik. Rangkulannya dilepaskan. Emir merungkaikan tali lehernya. Mahu tercekik dipeluk erat begitu.
“Tak nak makanlah,” rajuk Dayana.
Emir mendengus. Aduh, perangai apa ni?
“Jangan banyak songeh boleh tak? Penat kerja pun tak hilang lagi,” Emir bersuara dingin.
Dayana memeluk lengan Emir selamba. Langsung tidak terkesan dengan amarah Emir. Janji makan tengah harinya hari ini perlu disuapkan oleh Emir. Dia nekad. Baby’s request, okay. Mana boleh tolak.
“Alah, please. Tolonglah suapkan. Cepatlah, Yana dah lapar ni,” rengek Dayana.
Sabar sajalah Emir dengan kerenah Dayana hari ini. Malas mahu mendengar rengekan si isteri, digagahkan juga dirinya yang sudah kepenatan melayan kehendak Dayana. Siapa tak sayangkan isteri? Bukan setakat sayang lagi dah, tapi tahap cinta melampau. Jika tidak, buat apalah dia mengahwini Dayana.
Dayana menanti di meja makan. Nasi kandar di hadapannya kelihatan sedap sekali. Mahu meleleh air liur dia ni pandang lama-lama. Lambat pula Emir membasuh tangan. Emir duduk di sebelah Dayana sambil mencapai sudu dan garfu di dalam bekas di atas meja makan. Dayana merenung suaminya.
“Kenapa?” tanya Emir yang perasan akan renungan itu.
“Tak mau pakai sudu. Abang guna tangan,” Sudu dan garfu di tangan Emir, diletakkan kembali ke tempatnya.
“Tangan?” Dayana mengangguk laju.
Tanpa kata, diturutkan sahaja kemahuan Dayana. Berselera sekali Dayana menjamu selera.
“Abang, malam ni Yana nak makan sate kajang,” Emir terbatuk kecil. Sate kajang? Malam ni?
“Esoklah. Tempat tu bukannya dekat, jauh. Sate kat hujung taman tu pun sedap jugak. Kalah sate kajang,” balas Emir sambil menyuap nasi ke mulut isterinya.
“Tak nak,” rengek Dayana lagi dengan mulut penuh.
“Okey, okey. Makan bagi habis dulu, baru cakap,” Tercekik karang, siapa yang susah? Dia juga.
Tak faham sungguh dengan permintaan Dayana yang semakin merepek. Jarang Dayana merengek macam kanak-kanak. Tambahan pula, makanan yang diminta Dayana bukanlah kesukaannya. Tiba-tiba, minta sate kajang. Pelik tahap tujuh petala ni. Lebih baik dia bertanya pada mamanya. Mana tahu, mamanya tahu.
*****
LAGU A Pink, Bubibu rancak bermain di ipod. Sengaja Dayana pasang lagu itu. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar lagu-lagu A Pink. Emir yang addicted itu pun sudah jarang melayan lagu-lagu. Diusap perutnya yang masih belum menampakkan kebuncitannya. Pasti baby yang ingin mendengarnya. Dayana bukannya minat sangat dengan lagu-lagu Korea ni. Melekat juga perangai papa dia ni.
Sedang kusyuk Dayana melayan, Emir menekan punat ‘stop’ di ipod.
“Abang, kenapa tutup?”
“Bisinglah,” Erk? Ternganga Dayana dibuatnya. Diterkam Emir yang sedang enak berbaring di katil.
Emir yang terkejut, hampir sahaja meloncat turun katil. Selamba sahaja Dayana memeluknya. Erat pula tu. Macam-macam pe’el sungguhlah. Selepas ni, apa pulalah yang akan dilakukan Dayana. Entah-entah, minta ferris wheel letak dekat belakang rumah seperti yang dikatakan oleh Hajah Citra hari tu. Memang hilanglah rambut terpacak dia ni. Ohoi!
“Abang marahkan Yana lagi ke?”
“Marah apanya?”
“Dah lama sangat Yana tak dengar abang panggil Yana, sayang. Abang pun tak bahasakan diri abang tu, abang. Kan abang still marahkan Yana tu,” bicara Dayana. Tangannya yang tidak boleh duduk diam itu, bermain dengan jari jemari Emir.
Emir berdehem.
“Tak marah dah. Cuma…”
“Yana sorry. Janji tak buat lagi. Masa tu hormon Yana tak betul. Maafkan Yana, eh?” Dikerdip matanya berulang kali.
Emir memandang Dayana yang bersandar di dadanya.
“Tengoklah macam mana,” Laju jemari Dayana mencubit perut Emir. Tak makan saman sungguh.
“Yana serius ni, abang. Hah, terima ksaih untuk sate malam ni. Esok, Yana nak makan… nasi goreng tom yam dekat restoran area rumah mama tu,” ujar Dayana dengan selamba badaknya. Riak muka Emir toksah ceghitalah. Dah macam tertelan biji betik.
“Esok? Abang ada kerjalah. Lusa baru abang free,” Dayana bingkas duduk.
Dipandang si suami, tidak puas hati. Dia nak makan esok juga, tak boleh hari lain. Tapi, gembira juga hatinya kerana Emir kembali mesra dengannya. Kiranya, Emir sudah memaafkan dirinyalah, kan. Leganya hati.
“Lusa? No no no,” Emir tergelak. Comel pula Dayana menari ala-ala A Pink.
“Serius, sayang. Abang memang ada kerja. Yana pergi dengan mamalah. Esok abang call mama. Okey?”
Dia betul-betul ada kerja penting esok. Klien dari Itali akan membuat lawatan ke site. Dia sebagai ketua projek harus mengiringi klien penting itu. Zakir, abangnya tidak dapat turut serta kerana terpaksa ke Singapura atas urusan kerja yang lain. Nak tak nak, dia juga yang kena turun padang.
“Mama pun mamalah,” Orang nak suami, bukan mama, bentak hati Dayana.
Sudahnya, dia menarik selimut dan menutup lampu tidur di meja sisi. Emir angkat kening. Merajukkah isteri kesayangan dia ni? Haish, mengundang bala sungguh. Baru sahaja mesra, dah dingin balik. Tanpa mengendahkan rajuk si isteri, dipeluk tubuh ramping di sebelahnya itu. Dayana hanya membiarkan sahaja. Malas menghalang, tahu dia akan gagal.
*****
NASI goreng tom yam di hadapannya, ditenung kosong. Hajah Citra sudah pelik dengan sikap menantunya itu. Beria-ia sahaja pagi tadi Emir memintanya agar menemani Dayana ke restoran itu. Sudahnya, menantunya hanya diam dan tenung nasi yang dipesannya itu macam nak tembus pinggan ke meja.
“Yana, kenapa tak makan lagi ni? Tak tembus pun pinggan tu, awak tenung lama-lama,” tegur Hajah Citra.
“Tak ada seleralah, ma,” balas Dayana senada. Disandarkan tubuh ke kerusi.
“Yana tak sihat? Jomlah, mama bawa pergi klinik. Nak?”
“Yana okeylah, ma. Cuma, itulah. Yana nak abang yang suapkan,” Hajah Citra ketawa kecil. Manja juga Dayana rupanya.
“Nak buat macam mana, Emir kan kerja. Kalau Yana tak nak makan, kita baliklah. Mama masak, nak?”
Seperti anak kecil, Hajah Citra memujuk menantunya itu. Bukannya dia tidak tahu, kenapa Dayana begitu. Lebih dari tahu. Tapi, dia diamkan sahaja. Mungkin Emir masih belum mengetahui keadaan isterinya itu. Haji Malik ada memberitahunya tentang kesibukan Emir kerana banyak projek baru masuk. Tak menang tangan, kakitangan syarikat ingin menguruskannya.
Dayana senyum nipis. Dia memang teringin sekali nak makan nasi goreng tom yam itu, tetapi seleranya mati jika bukan Emir yang menyuapnya. Sogoklah segala jenis masakan pun, dia takkan makan tanpa Emir. Semakin mengada-ngada pula perangainya kini. Bukan dia sengaja, tapi memang keinginannya. Keinginan baby kot.
“Lah, tak makan lagi?”
Hajah Citra menggeleng. Dayana mendongak. Emir! Automatik senyuman Dayana melebar. Emir duduk di kerusi bersebelahan dengan isterinya. Nasibnya baik kerana wakil dari Itali itu sanggup menghabiskan kerja sebelum lunch. Wakit itu pula yang teruja apabila Emir memaklumkan dia ingin pulang sebentar kerana ingin makan tengah hari bersama isterinya. Sudahnya, bukan sebentar tapi sepanjang hari boleh menghabiskan masa bersama Dayana.
“Dah siap kerja, Mir?” soal Hajah Citra.
“Dah, ma. Mr Raven, klien Emir tu yang bersungguh suruh Emir balik. Ingatkan mama dengan Yana dah balik tadi. Nasib baik, tak adalah Emir kena tidur luar malam ni,” Dayana ketap bibir. Malu pula dengan ibu mertuanya itu.
“Macam-macam. Kamu makanlah. Mama balik dulu. Esok Yana datang rumah mama ya?”
“Okey, ma. Sebelum subuh, Yana sampai,” Hajah Citra mengusap kepala Dayana yang berlapik selendang itu sebelum berlalu ke keretanya.
Emir merenung isterinya.
“Abang dah kenapa, pandang Yana macam tu?”
“Tak ada apalah. Meh sini, abang suap. Baby besar abang ni dah lapar ya,” Dayana senyum. Baby kecil pun lapar jugaklah, desis Dayana.
*****
“ABANG, tolong pasang lagu A Pink. Yana nak lagu ‘U’,” Emir terpaku di sisi hi fi speaker, baru sahaja ingin menukar lagu-lagu di dalam ipodnya.
“Tak payahlah. Kan sayang tak suka,” Dayana mengerling suaminya.
“Sekarang dah suka, tolonglah pasangkan. Please,” Akhirnya Emir lemah dengan pujukan manja Dayana. Haip!
“Okey, tapi dengan syarat. Sayang dengar guna headphone eh,” Headphone yang berada di atas meja, diambil. Dihulurkan headphone itu kepada Dayana.
“Lah, abang tak nak dengar sekali ke?” Emir menggeleng pantas.
Entah kenapa, tiba-tiba dia mual mendengar lagu-lagu yang pernah diminatinya dulu. Sekarang ini, segalanya terbalik. Emir suka apa yang Dayana suka, begitu juga sebaliknya. Semuanya kerana Dayana mengandung kot. Tapi, Dayana masih belum memberitahu Emir tentang itu.
“Abang nak turun bawah kejap. Sayang nak apa-apa tak?”
Dayana berfikir sejenak.
“Emmm, Yana nak pillow talk!” Erk, pillow talk?
Emir tidak jadi melangkah. Dia berhenti di depan pintu bilik.
“Abang turun bawah ambil barang kejap, nanti kita pillow talk ya,” Harap-harap isterinya itu mengangguklah.
“Okey. Make it faster, abang,” Huh, lega.
Sepantas kilat, Emir menghilang ke tingkat bawah. Dia mengambil kunci keretanya. Sebelum pulang tadi, dia sempat membeli hadiah untuk isteri kesayangannya. Sengaja ingin mengejutkan Dayana. Pasti isterinya itu teruja tatkala melihat hadiah yang dibelinya. Dia sememangnya tahu, hadiah itu adalah kesukaan isterinya. Selain itu, dia juga menyediakan sendiri hadiah yang paling istimewa untuk Dayana.
Sementara itu, Dayana turut menyediakan kejutan untuk suaminya. Beberapa keeping gambar Polaroid, dia keluarkan dari beg kertas. Penyepit kayu yang dibelinya turutkan dikeluarkan. Sepantas yang boleh, dia gantungkan gambar-gambar Polaroid itu di tali yang telah dia pasangkan pagi tadi. Penat juga dia menyiapkan sudut khas untuk kenangan mereka itu.
*****
TOMBOL pintu bilik dipulas, Emir menjengulkan mukanya. Aik, kenapa bilik gelap? Dayana ke mana pula? Dia melangkah masuk ke dalam bilik perlahan. Manalah tahu, Dayana sedang mengambil angin di balkoni. Tidak mahu surprisenya terkantoi. Hadiah itu disorokkan di belakangnya.
Surprise!” jerit Dayana seiring dengan cahaya lampu terpasang di sudut kerja Emir.
Emir hampir terlompat dek terperanjat. Matanya ditala ke dinding. Dayana sedang berdiri di sisi gantungan Polaroid sambil mengulas senyuman yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Ingin mengejutkan, kini dia yang dikejutkan.
“Abang, sinilah,” gamit Dayana.
Melihatkan Emir masih terkaku di tempatnya berdiri, Dayana menghampiri suaminya dan menarik lelaki itu.
“Apa ni?”
“Kejutan untuk abang. Kebanyakan gambar ni, Yana minta dekat mama. Our wedding ceremony, our honeymoon and of course… our baby too,” Pandangan Emir terpaku pada gambar ultra sound.
I’m expected that, sayang. Pandai kan surprisekan abang. By the way, this is my present for you,” Bertambah lebar senyuman Dayana. Terkejut juga.
Emir menghulurkan bungkusan yang disorokkan di belakangnya kepada Dayana. Dibuka hadiah yang diberikan oleh Emir.
Winter Sonata, Autumn In My Heart CD… oh my. Abang, thank you,” Dayana merangkul leher Emir erat. Emir tersenyum senang.
Hadiah kedua pula dibukanya. Kali ini, Dayana terdiam. Bagaikan tidak percaya. Inilah hadiah yang paling istimewa baginya. Bersama air mata yang mengalir dia memeluk Emir. Dibalas pelukan isterinya. Dia juga hampir menitiskan air mata. Terharu dengan kejutan dari isterinya.
Replika rumah kayu yang direka sendiri oleh Emir. Itu adalah rumah impian Dayana sejak kecil lagi. Dayana tidak dapat menahan perasaannya. Terharu sangat dengan usaha suaminya itu. Bukan sesuatu yang mudah untuk menyediakan replika itu. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Thank you so much. I love you, abang,” Emir menyapu air mata isterinya.
Thank to you too for this Polaroid. I heart it, sayang. And, I love you too. Can’t wait to meet our baby,” Dipeluk isterinya sekali lagi.
Mereka sama-sama menilik satu per satu gambar. Setiap gambar membawa seribu satu kisah. Dan, gambar ultra sound itu menarik perhatian Emir. Matanya bagai digam di situ. Jadi, Dayana merengek meragam bagai tu disebabkan pembawaan budak rupanya. Patutlah manja semacam. Asyik nak berkepit saja.
Jauh di sudut hati Emir, harapnya selepas Dayana bersalin dia kembali meminati A Pink. Uhuk! Sekarang ini pun, dia memaksa dirinya agar tidak terus melupakan A Pink. Kenapa dia suka A Pink? Hanya kerana satu alasan; pertama kali Zakif Emir bertemu dengan Dayana Zahra, lagu A Pink berjudul Secret Garden menjadi lagu latar pertemuan mereka. Di situlah Emir mula menyukai Dayana. Semuanya kerana anak saudara Emir yang memasang lagu itu ketika matanya terpikat kepada Dayana. Itulah kesahnya.
‘You don’t make a photograph just with a camera. You bring to the act of photography all the pictures you have seen, the books you have read, the music you have heard, the people you have loved.” – Ansel Adams

Secret Garden by A Pink – English Translation
The tip of my nose tingles
Whenever I’m next to you
My eyes close and I get languid
Feels like I will fall asleep
Should I softly hug you?
Filled with the scent of jasmines
I hear my heart pounding
Maybe you and I have dreamed of this time
I will open the secret door that I only I know and invite you
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
Should we walk as we hold hands?
Filled with the scent of jasmines
You come to my shy face
And your lips sweetly touch my cheek
I will open the secret door that I only I know and invite you
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
Sometimes, I get nervous
But I want to believe you like I am now
Be with me by my side forever in this place, my love
I will open the secret door that I only I know and invite you
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
This moment, with the dazzling day
~TAMAT~


10 comments:

  1. OMG.... Best sangat2 akak, ♥♥♥♥♥♥
    Uat lagi ye cerpen mcm gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, balqiz. even banyak typo pun best jugak? hehe. :D. inshaAllah.

      Delete
    2. Sweetnye! Amazing story dear writter. Really heart it. Hahahaa, superbb. :)

      Delete
  2. Best...bestt....nk lg....bole?

    ReplyDelete
  3. wow bagus juga ceritanya. ok bisa baca juga ya cerpen hasil karyaku di
    http://www.infopurwokerto.info/cerpenku-purwokerto-love-storie-3/
    ok salam hangat dan terimakasih

    ReplyDelete
  4. sweetnyeeeee...realiti ade tak suami cam gituuu jeles laa ngn dayana...

    ReplyDelete
  5. sweetnyeeeee...realiti ade tak suami cam gituuu jeles laa ngn dayana...

    ReplyDelete
  6. Sgt menarikkk... Lain dari lain...

    ReplyDelete