Wednesday, 14 May 2014

e-novel : secret that nobody knows 20



Seorang lelaki diiringi dua orang pegawai polis dibawa ke dalam sebuah bilik. Lelaki yang sedang menerima hukuman penjara itu melangkah masuk ke bilik tetamu. Sebentar tadi, dia diberitahu bahawa ada tetamu yang ingin bertemu dengannya. Dia sendiri tidak pasti siapa kerana sepanjang dia berada di lokap, belum ada ahli keluarga yang melawatnya.
“Kenapa kau datang jumpa aku?” tanya lelaki itu kasar. Seperti tidak menyukai tetamu yang duduk berhadapan dengannya itu.
“Aku… aku rindukan kau,” Lelaki itu senyum sinis. Lelaki jahat sepertinya juga ada yang rindu rupanya. Layakkah dia menerima rindu itu? Sudah tentulah tidak.
“Buat apa rindu aku? Aku bukan sesiapa untuk kau. Kau tak ingat ke apa yang aku dah buat kat kau dulu? Kau masih nak jumpa aku,” Gadis di hadapannya itu menunduk.
“Aku mengaku, aku tak suka perbuatan kau pada aku. Tapi, kau yang dah selamatkan aku. Kau yang jaga aku selama aku sakit dulu. Walaupun, pada akhirnya… kau khianati kepercayaan aku pada kau. Aku tak mampu nak lupakan kau, Shauqi,” Lelaki yang bernama Shauqi itu ketawa kuat.
“Jangan jadi bodoh, Airis Qalisya! Masa depan kau bukan dengan aku tapi… dengan Fariq kesayangan kau tu,” marah Shauqi. Airis menunduk.
“Tapi, aku tak mampu. Aku tak layak untuk dia, Shauqi. Dia seorang lelaki yang baik. Aku tak sanggup nak lukakan hati dia,” kata Airis sendu. Shauqi merenung Airis tajam.
Perempuan di hadapannya itu banyak mengajarnya erti cinta, rindu… sayang. Kerana perempuan itu jugalah dia sanggup menyerah diri dan dihukum penjara seumur hidup. Betapa bodohnya dia. Sebelum ini, perwatakan zalimnya yang membuat dia bahagia. Tapi kini, hanya perasaan sayang yang wujud di dalam dirinya.
Segala rasa dengki, khianat… dan sifat jahat yang lain sudah hilang. Airis mengajar dia bertaubat. Tunduk pada Allah. Sentiasa sujud pada-Nya. Memang dia bersyukur kerana Airis banyak menolongnya. Tapi, dia tak sanggup tengok Airis merana. Dia hendak gadis yang pernah dia nodai kerana ingin melempiaskan kemarahannya itu temui kebahagiaannya sendiri.
“Airis, aku tak layak untuk terima rasa rindu kau. Kau sendiri tahu aku macam mana dulu. Kau berhak bahagia dengan lelaki yang kau sayang, Fariq,” Airis menggeleng.
Dia memberanikan diri menatap wajah tenang Shauqi yang dulunya bengis. Nafas dihela panjang.
“Kalaulah aku boleh sayangkan dia balik, Shauqi. Masalahnya, aku dah tak ada rasa cinta lagi untuk Fariq. Dan, aku yakin Fariq dah bertemu orang yang lebih layak untuk dia,” Air mata Airis mulai mengalir laju. Shauqi tersentap. Tetapi, dia cepat bertenang. Dia tidak mahu keprihatinannya disalah anggap.
“Kenapa cepat sangat kau mengalah, Airis? Kau sendiri ajar aku, jangan cepat berserah. Kau masih ada masa depan yang cerah, jangan sia-siakan semua tu. Kau jugak layak dapat yang terbaik. Aku nak kau cari Arianna. Hanya dia yang boleh tolong kau,” Airis terpana.
“Kenapa mesti Arianna?”
“Sebab dia isteri Fariq! Hanya dia dapat kembalikan Fariq pada kau. Aku tahu kau sembunyikan semua tu sebab takut aku bertindak lebih jauh kan?” Airis mengangguk perlahan.
“Arianna tak salah, Shauqi. Dia yang tolong aku bahagiakan Fariq. Aku takkan sesekali pisahkan mereka. Tapi, kau nak aku minta tolong apa dengan Arianna?”
“Kau jangan risau. Aku dah tak buat kerja jahat tu semua. Arianna tahu bukan aku yang bunuh abang dia. Dan, dia jugak tahu di mana pembunuh sebenar. Kau cari Arianna. Kau cakap kat dia, aku yang suruh kau minta tolong dengan dia. Dia pasti akan tolong kau,” jelas Shauqi. Airis mengerutkan dahinya.
“Aku tak faham…”
Sungguh dia tidak memahami ujaran Shauqi. Kenapa dia perlu meminta pertolongan daripada Arianna?
“Kau ingat lagi tak hari kau dan Arianna kemalangan?”
“Ingat. Tapi kenapa?”
“Masa tu Arianna on the way nak jumpa pembunuh sebenar abang dia. Tapi, belum sempat lagi… dia dah kemalangan. Pembunuh sebenar ada di tempat kejadian. Dia merancang nak bunuh Arianna. Tapi, gagal. Sebab dia dah tersalah culik kau. Lepas tahu dia tersilap, dia serahkan kau pada aku,” cerita Shauqi.
“Jadi, Arianna dalam bahaya sekarang?” soal Airis risau.
“Selagi Fariq ada di samping Arianna, pembunuh tu takkan dapat hapuskan Arianna. Sebab itulah kau kena pastikan Fariq sentiasa berada dekat dengan Arianna,” balas Shauqi.
“Arianna tahu tak, dia dalam bahaya?” Shauqi mengangguk.
“Dia lebih dari tahu. Kau memang tahu Fariq dan Arianna dah kahwin kan?”
Lambat-lambat Airis mengangguk. Sengaja dia berpura-pura tidak mengetahuinya. Dia tidak mahu Fariq dan Arianna berasa bersalah. Lagipun, dia sudah tiada rasa cinta pada Fariq. Yang ada, cuma perasaan sayang seorang adik terhadap abangnya.
“Aku nampak Arianna kat kampung. Fariq kata Arianna sepupu dia. Aku tahu dia nak rahsiakan perkahwinan dia sebab takut aku kecewa…”
“Hari pernikahan dia orang beberapa bulan lepas, aku culik Arianna sebaik dia sah jadi isteri Fariq. Aku ugut dia. Fariq akan dalam bahaya kalau dia bersama Fariq. Semua tu aku buat untuk kau. Tapi sayang… kau sembuh selepas Fariq dah jumpa Arianna kembali. Tapi, selepas kau bagitahu aku… kau dah redha kalau Fariq berkahwin dengan orang lain, aku jumpa Arianna. Aku dah jelaskan semuanya pada dia. Arianna baik. Dia sanggup kembalikan Fariq pada kau,” Airis terkedu. Tapi kemudian dia mengulas senyuman.
“Sebab tu aku yakin Arianna mampu bahagiakan Fariq, Shauqi. Jadi, Arianna tahu aku masih hidup sebelum aku balik kampung?”
“Ya. Tapi, dia janji takkan dedahkan hal sebenar sebelum waktunya. Dan, dia benarkan Fariq berjumpa dengan kau. Arianna dengan daddy dia ada datang jumpa aku dua hari lepas. Dia bagitahu aku, pembunuh tu rapat dengan Fariq. Jadi, aku nak kau perhatikan Fariq…”
“Boleh aku tahu siapa pembunuh tu?”
Sorry, Airis. Aku tak boleh bagitahu kau. Kalau kau nak tahu, pergi jumpa Arianna. Dia akan tolong kau,” balas Shauqi sambil meletakkan tangannya di atas tangan Airis di atas meja.
“Kenapa kau nak aku minta tolong Arianna? Bukan Arianna yang minta tolong dengan aku?”
“Kau sayang aku kan? Takkan kau nak aku yang tak bersalah ni, terus tinggal kat dalam lokap ni?” Airis menggeleng. Dia tak nak berjauhan dengan Shauqi. Shauqi mengukir senyuman nipis. Sayang sangatkah Airis padanya?
“Papa kau?”
“Dia takkan pernah tolong aku, Airis. Dia dah buang aku. Nasib baik, uncle Kasyfi sanggup tolong aku. Dia yang akan biaya kos peguam untuk kes aku. Kalau semuanya selesai, Insha Allah… aku akan bebas,” ujar Shauqi sambil tersenyum.
Mata Airis terpaku pada senyuman Shauqi. Lelaki yang menjaganya sehingga sembuh itu jarang sekali mengukir senyuman. Airis sering sahaja tergoda dengan senyuman Shauqi yang menampakkan wajah kacaknya. Jika Shauqi berubah bengis, dia akan rindukan senyuman lelaki itu. Tapi… Alhamdulillah kerana lelaki itu sudah tinggalkan dunia bengisnya.
“Aku akan berpakat dengan Arianna untuk tolong kau…”
“Tapi, kau kena jaga-jaga dengan Fariq. Dia selalu pantau pergerakan Arianna. Tambah pula, Arianna dah mengandung. Memang susah dia nak keluar kalau tak berteman…”
“Okey. Emmm… Shauqi, sebenarnya aku nak jumpa kau hari ni sebab nak bincang hal lain,” Airis menggigit bibirnya.
“Hal apa?” Airis memandang tepat ke wajah Shauqi. Dia menelan air liur perlahan. Dia terpaksa memberitahu berita penting itu kepada Shauqi.
“A… aku mengandung. Empat bulan,” Shauqi tergamam. Airis mengandung? Anaknya?
“Habis, kau nak buat apa sekarang?”
“Aku minta babah transfer aku ke London buat sementara waktu. Tapi, selepas selesai kes kau…”
No. Lebih baik kau pergi sekarang. Kes aku belum tentu selesai dalam masa dua tiga bulan. Parent kau macam mana?”
“Kau jangan risau. Awal-awal lagi aku dah bagitahu mereka,” Airis berkata tenang.
“Takkan senang-senang aje dia orang nak terima anak tu. Kalau dia orang tanya, kau cakap aje macam yang aku suruh. Ada orang rogol kau,” Shauqi mengeratkan pegangan tangannya.
“Dah. Ibu dan babah terima. Dia orang tak salahkan aku. Mereka lindungi aku sebaiknya, Shauqi…”
Shauqi memandang wajah lesu Airis tulus. Jika dia disahkan tidak bersalah, dia akan bertanggungjawab. Dia dah tak kisah apa pandangan orang. Airis membalas pandangan Shauqi dengan senyuman. Dalam diam, dia berharap… akan ada sinar bahagia untuk mereka.

Fariq mengimamkan solat isya’. Arianna sebagai jemaah kusyuk melakukan ibadah wajib itu. Zarra dibiarkan bermain sendiri di ruang khusus untuk anak kecil itu. Sesekali, mata itu memandang papa dan mamanya. Adakalanya, Arianna ada mengajar anak itu bersolat. Cepat saja Zarra mengikut. Mungkin, hari-hari melihat ibu bapanya bersolat menjadikan dia terikut sama.
Setelah selesai bersolat, Fariq mengaminkan doa. Dia mendoakan kebahagian mereka kekal. Semoga tiada halangan yang akan memisahkannya dari isteri tersayangnya. Fariq benar-benar yakin, sepenuh hatinya adalah untuk Arianna. Dia akan menjaga amanah itu sebaiknya.
Arianna menyalami tangan Fariq dan lelaki itu menghadiahkan ciuman di dahinya. Dia tersenyum. Kadang kala, Fariq dirasakan terlebih melindunginya. Mungkin, suaminya itu sudah terbiasa begitu. Atau, mungkin firasat seorang suami yang sentiasa risaukan keselamatannya.
“Zarra, come here,” Fariq menggamit Zarra yang sedang bermain teddybear sambil mulut dok bercicit apa entah. Dah macam burung saja bebelannya.
Berlari anak kecil itu ke riba Fariq.
“Dah pandai anak mama ni. Zarra dah solat?” Zarra menggeleng laju. Faham akan pertanyaan mamanya.
“Tengoklah siapa yang ajar. Papa kan, sayang?”
“Perasan aje papa tu, kan?” Arianna mengusap kepala Zarra lembut.
“Mana ada perasanlah. Papa cakap betulkan?”
“Eeemmm… aaaa…”
Kelihatan sebaris gigi susunya tatkala mulut dibuka.
“Alolo, gigi dah tumbuh penuh ni. Bila nak boleh bercakap ni?”
“Lambat jugak dia nak bercakap kan, abang?” Arianna berkata sambil melipat kain telekungnya.
“Nanti dah boleh cakap, tak terlayan pulak kita. Sekarang ni pun, dok bercakap bahasa apa entah… tak berhenti,” Fariq menggeletek perut Zarra. Tergelak kegelian bayi berusia hampir dua tahun itu.
“Arwah abang Eiki dulu pun macam nilah, mummy cerita. Dua tahun lebih baru boleh bercakap. Lepas tu, setiap masa asyik bercakap. Tapi, pelatlah,” Fariq tergelak. Menurun juga perangai ayah kandung Zarra pada anak dia ni.
“Kembar Zarra macam mana? Nabil ke nama dia…”
Daddy dah suruh orang cari kak Aisyah. Entah kat mana dia sembunyi pun tak tahu. Teringin juga nak jumpa Nabil,” balas Arianna sambil menegakkan badannya. Duduk terlalu lama buat dia sakit pinggang.
“Agak-agak wajah dia seiras dengan Zarra tak?”
Arianna merenung Zarra lama.
“Rasanya tak kot. Tak boleh bayanglah Zarra dalam versi lelaki. Macam pelik aje Rianna tengok. Kalau Zarra tomboy, seiras rasanya,” seloroh Arianna.
“Ada pulak tomboy. Ish, tak naklah. Zarra ‘gugurl’ ni pun dah comel. Tak payahlah nak tambah ‘kecomelan’ lagi ya,” Diusap kepala Zarra.
Fariq sendiri tak sanggup membayangkan anak kecil itu kelihatan seperti lelaki. Boleh terbalik bilik ni hah. Elok-elok perangai lembut, berubah menjadi kasar. Memang haru dia nak melayan.
“Lupa pulak abang. Lusa ni Airis ajak sayang keluar. Dia cakap nak kenal-kenal dengan Rianna,” beritahu Fariq.
Airis ada membuka cerita mengenai Arianna ketika mereka bertemu tengah hari tadi. Beria Airis meminta dia agar menghubungi Arianna. Hendak menghalang, apa pula kata Airis nanti. Lagipun, bukannya Airis nak buat apa-apa pada Arianna.
“Lusa? Takkan nak kenal-kenal aje?”
“Entahlah. Abang pun tak tahu. Abang benarkan Rianna keluar, tapi make sure sayang take care,” Arianna senyum.
“Iyalah. Apalah abang ni, risau tak bertempat. You’re always keep your eye on me. Please, don’t keep worrying me. I will take care of myself for you,” Fariq mencubit pipi Arianna lembut.
Sejak Arianna mengandung, tahap kerisauannya bertambah. Adakalanya, ingin sahaja dia sentiasa berada di samping Arianna. Walaupun, isterinya itu tidak keseorangan di rumah… dia tetap risau. Pernah sekali kerisauannya menjadi kenyataan apabila Arianna mengalami pendarahan ketika sedang menyediakan sarapan. Mulai saat itu, dia kerap menelefon ke rumah dari tempat kerja.
Rasulullah SAW bersabda :
‘Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.’
(Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah SAW :
‘Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.’
(Riwayat al-Tirmizi)
“Abang sayangkan Rianna sebab tu abang risau. Sayang pergilah tidur dulu. Malam ni biar abang tidurkan Zarra. Sayang mesti penat kan muntah seharian. Kejap lagi abang tolong urutkan kaki Rianna,” ujar Fariq lembut.

Arianna senyum lebar. Untung dia mempunyai lelaki seperti Fariq sebagai suami. Namun, jauh di sudut hatinya… dia turut berasa risau. Andai satu hari dia ditakdirkan pergi, bagaimana dunianya tanpa Fariq? Kebenaran pasti akan terbongkar. Pasti Fariq akan kembali membencinya seperti di awal pertemuan mereka. Dia sayangkan Fariq sepenuh hati. Tidak mungkin dia mampu meninggalkan Fariq.


p/s : CIA rajin sikit hari ni, CIA post STNK aka RA. sorry sebab lama menunggu. hope semua tak keliru dengan come back. kalau yang dah baca bab dulu, mesti tahu siapa Shauqi. CIA tak pernah buat scene Shauqi cuma Arianna ada sebut pasal Shauqi. jangan keliru eh.
buat masa ni, yang ni dululah yang CIA boleh update. CIA tak sambung lagi untuk entry seterusnya untuk STNK. so, sabar eh. STNK dah sampai tahap complicated dia. so, CIA kena buat research and tengok balik bab-bab yang lama. takut ada yang CIA tertinggal. SELAMAT MEMBACA!

7 comments:

  1. Alhamdulillah syukur dah lama dah nak sangat . Ok ok apa kte akk sambung hello mr la and pearl . TAK SABAR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tq dina. :D. haha. on my way nak edit HMLA. gonna meet you soon. :). inshaAllah.

      Delete
  2. Sabar menunggu....bila la berakhir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, mona ismail sebab sudi menunggu dengan sabar. hehe
      CIA pun tak tau bila nak berakhir. huhu. :D

      Delete
  3. Tak sabar pla crita selanjutnya..☺

    ReplyDelete
  4. Cepat lah update next entry sebelum bukak sk nie.... pleasee... hihihihu

    ReplyDelete
  5. Bila nak sambung STNK ni... plisss la sambung��

    ReplyDelete