Saturday, 24 May 2014

e-novel : Pearl Episode 9 (Full Version)



Assalamualaikum... Hye!

selamat pagi, semua. pearl episode 9 in da house. full version punya. so, for the last episode will be on tomorrow morning. :D. InshaAllah. CIA nak rest otak sat nah. nanti sambung untuk last episode punya. SELAMAT MEMBACA! :D (janganlupacommenttau). :)

*****************
EPISODE 9
Gelak tawa Chiya kedengaran ceria dek diusik Fariz. Sesekali Fariz turut sama ketawa. Adelin yang sibuk mengupas epal di sofa berdekatan hanya memandang. Jarang dia berpeluang melihat suaminya itu bermain dengan Chiya. Sempat dirakam memori indah itu, sebagai kenangan di kemudian hari. Chiya juga sudah kembali pulih. Cuma, belum sepenuhnya.
Detik cemas beberapa hari yang lepas tidak akan pernah dilupakan Adelin. Hampir sahaja dia tumbang tatkala dimaklumkan keadaan Chiya kritikal. Denyutan nadi Chiya tiba-tiba lemah. Chiya juga mengalami sawan buat beberapa ketika. Berbagai bayangan menerpa di minda. Tidak dapat dia membayangkan bagaimana budak sekecil Chiya mampu menempuhi keadaan seperti itu.
“Auch! Ai… shi,” Adelin capai kotak tisu. Dilap darah yang mengalir di jari telunjuk kanannya. Itulah akibatnya jika banyak mengelamun.
“Mummy, blood. Banyaknya darah mummy,” Becok mulut Chiya menegur Adelin.
Adelin membuat isyarat diam kepada Chiya. Fariz hanya buat tak tahu. Haih, bini terhiris tangan sendiri, dia boleh buat buta.
“Daddy, mummy bleedinglah,” Digoyang tangan daddynya. Fariz angkat kening, kemudian mengangguk.
It’s okay, sayang. Mummy so okay,” Chiya menekup telinganya. Adelin yang perasan keadaan itu, berdebar. “Daddy, Chiya…” Fariz pandang Chiya di hadapannya.
Chiya kelihatan ketakutan.
Wash your finger, mummy,” arah Fariz tegas. Tangannya menarik Chiya ke dalam pelukan. Adelin menurut, dia berlalu ke bilik air yang berada di dalam bilik itu.
“Daddy, that blood… I saw… his finger. Daddy,” Chiya dongak kepala.
Where, Chiya?”
Home. Di… dia tolak Chiya. Auntie Na pukul dia. His finger bleeding… a lot,” Chiya seakan mengingati detik si keparat itu merogolnya.
“Lagi?”
I don’t know. I felt hurt. He touched me, daddy,” Cerita Chiya lagi. Fariz tepuk belakang Chiya lembut. Kanak-kanak itu agak petah menggunakan bahasa Inggeris.
Sejak bayi lagi, orang disekelilingnya menggunakan ‘English language’ sebagai bahasa pengantaraan. Mutia sendiri jarang menggunakan bahasa melayu ketika bercakap dengan Chiya. Oleh itu, lidah Chiya lebih kepada bahasa asing.
It’s okay. Later, I’ll teach him. Okay?” Chiya angguk.
It’s worth getting hurt, huh,” celah Adelin sambil membalut jarinya dengan plaster yang memang tersedia di dalam beg tangannya. “Chiya ingat tak macam mana muka dia?” soal Adelin, sekadar mencuba nasib.
Chiya geleng.
Auntie Na knows, mummy,” ujar Chiya. Tangannya bermain dengan jari jemari daddynya. Rindu! Itulah perasaan anak kecil itu saat ini. Lama dia menanti daddynya itu.
Hanya Adelin sahaja yang kerap menghubunginya melalui Mina. Namun, melalui Adelinlah, Chiya mengetahui tentang Fariz. Adelin siap mengupdate gambar-gambar Fariz lagi, tidak mahu Chiya melupakan daddynya. Jika berada di hadapan Chiya, mereka tidak dibenarkan menggunakan kata ganti nama lain selain daddy dan mummy. Pernah sekali tu, Adelin berawak-saya dengan Fariz, Chiya tarik muka. Selepas itu, Chiya turut berawak-saya dengan mereka.
Tell your daddy, Chiya. Your Auntie Na was his friend,” Fariz kerling isterinya. Perli dialah tu.
Later, I’ll find her. Okay? Mummy, daddy thought your holiday have ended,” Giliran Fariz pula mengenakan mummy Chiya.
“Jangan lupa ya, daddy. Mummy ni anak emas tan sri. So, it’s doesn’t matter. I’m still on leave,” Chiya pandang daddy dan mummynya silih berganti. Kemudian, dia senyum comel.
Ketukan pintu menghentikan perbalahan mereka. Muncul Dr Raihani, doktor yang merawat Chiya.
“Hai, Chiya,” sapa Dr Raihani. Fariz bangun. Dia memberi ruang kepada doktor perempuan muda itu memeriksa anaknya.
“Hai, doktor,” jawab Chiya ceria. “Doktor, bila Chiya boleh keluar? Chiya nak ikut daddy,” Dr Raihani senyum. Dia melayan celoteh Chiya seketika sebelum membuat pemeriksaan.
“Ikut daddy aje?” desis Adelin perlahan. Fariz menoleh ke belakang, Adelin buat muka. Perlahan kaki Fariz berganjak mendekati isterinya.
I need your explanation soon, mummy. You really think I can take care of her, alone?” bisik Fariz di telinga Adelin. “Move to my apartment as soon as posibble,” sambung Fariz.
“Tengoklah macam mana…” Adelin gigit bibir. Buatnya Puan Sri Zana buat lawatan ke kondo si Fariz tu, matilah dia. Uish!
“Errr… boleh awak berdua ikut saya?” Serba salah Dr Raihani ingin memanggil ibu bapa Chiya yang kelihatan sedang berbual itu.
“Boleh,” jawab Fariz dan Adelin serentak. Chiya ditinggalkan bersama jururawat. Pesanan Dr Raihani sendiri; jangan membiarkan Chiya bersendirian.


*****
Dr Raihani memberikan fail rona biru kepada Fariz.
“Ini adalah report kesihatan Chiya. Insha Allah, lusa Chiya sudah boleh discharge,” maklum Dr Raihani.
“Rawatan susulan macam mana, doktor?” tanya Adelin, ingin tahu.
“Seminggu sekali, Chiya perlu berjumpa dengan psychiatrist. Buat masa ni Chiya seakan keliru. Trauma yang dia alami berkemungkinan hanya seketika. Selalunya, kanak-kanak di usia begini tidak akan mengingati apa yang berlaku apabila mereka dah meningkat dewasa,” terang Dr Raihani, serius.
“Maksud doktor, Chiya akan melupakan apa yang berlaku?”
“Insha Allah, melainkan memori dia kuat dan mampu mengingati kejadian buruk yang menimpa dia tu. Encik dan puan perlulah mainkan peranan. At least, spend most of the time with her…”
Serentak pasangan itu mengangguk, faham. Adelin tidak punya masalah untuk menghabiskan masa dengan Chiya. Adelin ayat Tan Sri Lutfi sikit, pasti lelaki separuh umur itu memberi pelepasan cuti. Daddy Chiyalah pula, selalu sangat sibuk. Sekarang ini pula, kes Eclipe’s Holding yang masih belum selesai.
*****
Encik Thohier dan Puan Aida peluk Chiya erat. Berat hati mereka untuk melepaskan Chiya mengikut Fariz dan Adelin pulang ke KL. Inilah satu-satunya cucu mereka buat masa ini. Ingin menghalang, Chiya sendiri yang mahu mengikut anak dan menantu mereka itu. Tambahan pula, Chiya sudah terbiasa berada di samping Fariz dan Adelin seminggu ini.
“Nanti kita video call eh, sayang. Hari-hari Chiya kena cium mak tok,” kata Puan Aida, sebak.
“Okey. Chiya promise,” Diangkat jari kelingking kanannya. Puan Aida pantas menyaut jari kelingkingnya ke jari comel itu.
“Wan nak jugak,” Chiya menaikkan pula jari kirinya.
Fariz menutup bonet kereta. Pemandu mereka sudah lama menunggu di sisi kereta.
“Baba, nanti inform Fariz pasal siasatan tu eh. Pasal Mina sekali,” pinta Fariz.
“Insha Allah. Pasal Mina tu, baba dah mintak tolong kawan baba. Fariz settle dulu hal papa Fariz, jangan pressure sangat,” Encik Thohier menepuk bahu Fariz, memberi semangat.
“Adel mana ni?”
“Sini,” Semua mata tertala pada Adelin yang sedang menyarung sandalnya. Mereka memandang Adelin pelik. “Apa? Tak okey ke?” Adelin melayangkan sampul coklat yang dipegangnya untuk menyedarkan mata-mata yang tenungnya.
“Eh, okey sangat. Meh sini, ibu nak peluk sikit,” Puan Aida peluk anak perempuannya erat. “Good job. Ibu happy sangat. Banyakkan solat dua rakaat, ya,” Adelin angguk.
Encik Thohier pula memeluk anak kesayangannya itu. Senang hatinya melihat perubahan Adelin. Perubahan yang sudah lama dinantinya. Baru hari ini, dia dapat melihatnya. Adelin mula mengenakan tudung. Kemas sekali lilitan selendang di kepalanya.
“Daddy tak nak peluk ke, semua orang dah peluk ni,” seloroh Adelin. Fariz tarik muka. Tak kuasa dia ingin memeluk isterinya itu. Uhuk!
“Daddy malulah, mummy,” sampuk Chiya. Fariz kerutkan hidung kepada Chiya sebelum mengangkat anaknya itu ke dalam dukungan.
“Daddy peluk mummy depan semua nanti, mummy yang malu,” balas Fariz bersahaja.
Adelin cebik. Macamlah lelaki itu tidak pernah memeluknya depan public. Siap kiss lagi. Ugh! Takkan dah hilang segala belang dia tu?
“Hah, tak nak gerak lagi ke? Tertinggal flight nanti, susah pulak,” kata Encik Thohier.
“Kami balik dululah. Baba dan ibu turunlah KL lagi,” Fariz menyalami ibu dan bapa mertuanya. Sempat mereka mengusik Chiya di dukungan Fariz.
“Ibu, bulan depan datang KL. Jadi babysitter Chiya,” Puan Aida angkat kening.
“Kenapa pulak dah?”
“Memang Eclipe’s tu Adel punya pun, kan. Suka suki aje cuti. Ibu tolonglah…”
“Insha Allah. Ibu dan baba sampai sana nanti, jangan kamu berdua sibuk pulak. Ibu pelangkung dua-dua,” Adelin hanya mampu sengih. Fariz berpura-pura mengusik Chiya.
Bulan hadapan, Adelin memang akan sibuk. Sibuk menguruskan hal Eclipe’s Holding. Kontrak bersama Tan Sri Lutfi yang ditandatanganinya dua tahun lalu sudah berpenghujung. Sepatutnya, tempoh kontrak sudah tamat. Dek cuti panjangnya, Tan Sri Lutfi menambah tempoh agar Adelin menyelesaikan dahulu segala kerjanya di syarikat itu.
*****
Fariz menepuk dada Chiya, menidurkan anaknya itu. Diteliti wajah comel itu sepuasnya. Sekali pandang, agak mirip Mutia. Berkali-kali pandang, seakan miripnya pula. Mata Chiya yang agak sepet dan bibir Chiya yang comel itu. Parut yang terlindung dengan anak rambut Chiya, dia pandang. Ketika Chiya diambil dulu lagi, parut itu sudah ada. Pasti ini angkara Mutia!
“Sampai bila nak tilik muka Chiya tu? Come outside. Wanna have a chat with you,” tegur Adelin di muka pintu bilik.
Five minutes…”
Adelin berlalu ke ruang tamu, lalu bersila di sofa. Dicapai telefon bimbit di meja kopi. Tangannya berlari di permukaan Samsung Galaxy Note 3nya. Sesekali dahinya berkerut, kemudian senyum pula. Digeleng pula kepalanya. Sewel dah si Adelin ni. Gara-gara Chiya, dia bercita-cita ingin menjadi supermummy kini. Eheh.
“Susah jugak nak jaga budak eh,” ngomel Adelin sendiri.
Dia tekun membaca isi kandungan website penjagaan kanak-kanak. Sebelum ini, manalah dia pernah menjaga budak-budak. Puan Aida pula tidak memberitahunya bagaimana mahu melayan kerenah Chiya yang agak demand itu. Bukan main cerewet lagi bab-bab makanan ni. Itu belum lagi masuk bab mandi. Uish, barangan mandi Chiya harus khas untuk dia sahaja. Tidak boleh campur.
“Kalau susah, tak payah jaga,” Melambung handphone Adelin, terjatuh pula di atas kepalanya. Digosok kepala yang bakal berbenjol itu, terkena Note 3 yang gedabak tu okey. Aiyo, ini orang ah, suka bikin gua terkejut meh!
Fariz gelak besar. Tapi, pantas dia menekup mulut. Terjaga pula Chiya yang tengah lena itu nanti. Dibawa tangannya ke kepala Adelin. Diusap perlahan. Kusyuk sangat melayari internet sampai tidak sedar akan kehadirian Fariz di belalakangnya.
“Lima minit dah ke?”
“Sepuluh minit dah pun. Kau kusyuk layan apa? Youtube?” Adelin kasi jelling tajam. Geram!
Fariz duduk di sebelah Adelin, dihadapkan wajah ke arah isterinya itu. Fokus!
Nolah. Tengah search pemakanan budak-budak. Saya manalah pernah jaga budak-budak ni. Selalu tengok iklan kat tv, budak-budak ni demand kemain. Chiya pun sama, demand,” Fariz kerut hidung. Benar juga kata-kata Adelin itu.
Ketika dia mandikan Chiya tadi, mulut kanak-kanak itu berceloteh sakan. Siap menyuruh Fariz membelikan keperluan mandi yang baru untuknya lagi. Chiya… Chiya. Nasib baik, anak. Hmmm.
Take your time to understanding her. Now, I want to hear your explanation. You owe me the truth,” Ditenung wajah Adelin.
What do you want know?”
Everything,” Adelin membetulkan duduk. Dia bersila menghadap suaminya.
Okay, listen here. Saya beritahu sekali aje tau. Tak ada ulangan lagi dah,” Fariz angguk. Ditongkat tangan ke sofa. Selesa sikit. “Papa awak yang upah saya untuk jadi penyiasat Eclipe’s. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti jadi polis ajelah. Alang-alang saya dah balik Malaysia, baik tinggal kat sini terus. Satu hal pulak nak ulang alik KL-LA kan,” Adelin ambil nafas sebentar.
“Saya sign contract dengan tan sri untuk tempoh dua tahun. Dalam masa dua tahun tu, saya perlu bekerja macam biasa. Awak pun tahu kan macam mana layanan staf-staf kat situ masa awal-awal saya bekerja di Eclipe’s. Sampai mama awak bencikan saya, takut saya goda tan sri…”
Bermacam gosip yang timbul kerana Tan Sri Lutfi selalu melebihkan Adelin. Mana tidaknya, hampir setiap hari jugalah Tan Sri Lutfi bertandang ke bilik pejabat Adelin. Namun, Adelin pekakkan telinga sahaja ketika staf-staf itu mengejek, mencacinya. Mereka bukannya tahu urusannya dengan Tan Sri Lutfi. Adelin sekadar melakukan tugasnya sebagai penyiasat upahan untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku di dalam Eclipe’s Holding sahaja. Tiada niat lain.
“Selepas dah habis agreement dengan papa, apa plan seterusnya? Back to your career as police officer?”
Adelin geleng laju.
“Tak pernah terlintas pun nak back to kerja lama. Dah malas fikir. Cukup-cukuplah. Maybe, buat business sendiri ke. Full time housewife does make sense too,” Diangkat bahu sambil senyum.
Fariz senyum nakal.
I like the last one. Housewife, huh. It’s suit you, mummy,” Kening diangkat berulang kali. Adelin tolak muka Fariz lembut. Mual pula tengok muka kacak itu. Uhuk!
“Banyaklah awak punya sesuai. Saya manalah boleh cuti lama-lama. Rasa macam ada something yang tak kena tau. Even, dulu dekat LA, saya langsung tak ada masa nak bersenang lenang. I’m used to that life anyway. Tapi, tak nak buat kerja lama lagi. Bosan,” ujar Adelin.
“Oh. But, believe me. Housewife is the busiest job ever. Chiya will make you busy. Me too,” Muka gatal Fariz buat Adelin rasa macam nak hempuk sahaja dengan sofa.
I’ll think about it. Hah, baru teringat. Kali ni awak lari, siap awak. You have to answer me no matter what. It’s about Pearl,” Fariz mengubah posisinya. Dia bersandar di sofa, mata pandang syiling.
One question, only,” kata Fariz senada. Nampak sangat dia tidak suka soal Pearl dibangkitkan.
“Dulu, tan sri cakap Pearl pergi luar negara. Kenapa saya dengar yang Pearl tu dah mati,” Adelin tampar bahu Fariz kuat. “Mind to explain, my dear husband?” Kali ini, dia akan pastikan Fariz menjawab juga soalannya tentang Pearl.
Fariz berdehem.
“Haih, I’m only explaining for once, okay. Mati dalam erti lain, watak Pearl tu dah hilang. Means that, Pearl is just gelaran. Understand?”
“Oh, maksudnya orang yang bergelar Pearl tu… sekarang nilah… dah jadi orang lain. Dan orang lain tu… is she here?”
Satu persatu Adelin membuat andaiannya.
“Soalan kedua dah tu. Aku takkan jawab,” Adelin tarik muka masam. Dia peluk tubuh sambil mata memandang ke meja kopi.
Is she known about Chiya? Maybe, she wants to punish you on something. Who knows,” Fariz ketap bibirnya.
Semakin lama dia membiarkan Adelin berandaian sendiri, semakin mengarut pula isterinya itu. Takkanlah Mutia tahu pasal Chiya. Mutia sendiri mempunyai anak dan tidak mungkin dia akan menyakiti seorang kanak-kanak yang sebaya dengan anaknya. Tett, wait at a minute. Fariz bingkas berdiri. Terkejut Adelin dek pergerakan pantas Fariz itu.
“Aku keluar kejap. Take care of Chiya and you too. Whoever is coming, just ignore them. Nobody knows about this apartment other than my family. Get it?” Walaupun pelik, Adelin tetap mengangguk.
Fariz pantas ke bilik, mendapatkan kunci kereta dan rumah. Dia perlu berjumpa dengan Hadi sekarang ini. Jika Mutia mengetahui tentang Chiya, mustahil dia tidak perasan bahawa Chiya adalah anaknya. Ugh! The problem is getting more complicated. Adelin kaku di tempatnya. Tidak pula dia bertanya, ke mana lelaki itu pergi.
*****
“Jadi, kau rasa Mutia yang merancang semua ni?” Fariz angguk sambil menyisip coffee latte.
“Siapa lagi kalau bukan dia, Di? Baru-baru ni, ada orang follow aku. Aku tak rasa Chiya dirogol tu secara kebetulan, lepas tu Mina hilang tu satu pasal pula. Kalau Mutia punya kerja, aku tak boleh nak diamlah. Chiya tu anak dia jugak. Takkanlah seorang ibu tak sayangkan anak dia, Di,” Hadi mengeluh kecil.
Ada betulnya juga kata-kata Fariz itu.
“Eh, kalau Mutia yang hantar jantan keparat tu untuk rogol Chiya, memang sadis cerita ni, Riz. Chiya tu anak dia kot, bukannya anak orang lain. Atau dia sangka tu anak angkat kau tak? Kau tahulah Mutia aka Pearl tu, sanggup buat apa aje demi capai kehendak dia,” ujar Hadi dengan nada serius.
“Sadis sangat, Di. Aku tahu dia sayang Chiya. Tapi, yang penting sekarang ni, aku nak kau tolong aku cari Ren dan Soffi sebab dia orang yang serahkan Chiya pada aku dulu. Masalahnya, aku tak tahu apa-apa pasal dia orang,” Jari telunjuk mengetuk meja. Buntu!
“Emmm, kau bagitahu aku yang dia orang tu kawan Mutia, kan. Maybe, Mutia know about them. Kau cubalah risik. Tak pun, kau buat housewarming ke? Jemput dia datang, mana tahu dia bawak kawan dia tu. Hah, papa dan mama kau. Dia orang kan baik dengan Mutia,” Hadi buat muka pandai. Tsk.
Fariz berfikir sejenak. Dia menimbang kesemua cadangan Hadi.
Housewarming? Ish, tak pasal pulak Adelin terlibat sekali. Tak boleh. Emmm, papa mama aku maybe boleh. Mama aku pernah suruh aku keluar dengan Mutia. Maksudnya, mama memang suka Mutia. Kenduri kesyukuran?”
Hadi gelak. Lucu pula dia mendengar Fariz seakan melindungi isteri yang selalu dikutuknya itu. Kenduri kesyukuran tu atas alasan apa pula? Fariz ni pun satu. Haish, hilang sudah dia punya brilliant idea yang dulunya power sehingga boleh memerangkap para gadis untuk dijadikan umpan bagi menangkap suspek kes-kes dia tu.
“Sayang jugak kau dengan Adelin kan. Masalahnya, Adelin tersayang kau tu dah terlibat sama. Penyiasatan dia di Eclipe’s Holding selama dua tahun ni dah sampai ke peringkat akhir, kau tahu tak? Dia siasat sikit aje lagi, memang hancurlah hidup kau,” Fariz pandang Hadi penuh tanda tanya.
Pasal apa pula ni? Aduh!
“Apesal?”
“Kau mesti dah tahu kan pasal dia jadi spy dalam company papa kau?” Fariz mengangguk. “Setiap transaksi, tak kiralah wang atau kerjasama antara Eclipe’s Holding dengan klien yang berlaku secara haram… semuanya sudah berada dalam genggaman Adelin. Tunggu masa aje dia nak selesaikan semua tu dengan polis. Cuma, dia tak tahu dalang sebenar aje lagi,” jelas Hadi akan penyiasatannya selama seminggu ini.
“Kau tahu ke siapa dalang dia?”
“Mutia Imani also known as Pearl,” Fariz terkaku. Perempuan tu lagi? Bodoh!
Dilepaskan keluhan berat.
“Tak fahamlah aku dengan perempuan ni. Aku ingat dia dah berubah. Rupanya masih sama macam dulu. Tak guna. Aku ada suruh kau cari jantan tak guna yang rogol Chiya tu, dah jumpa?”
“Aku serahkan pada Carl dan Lukman. Sekarang ni, dia orang ada di Kedah. Insha Allah, esok kita dah boleh trace siapa punya kerja. Tapi, aku tak boleh bayanglah kalau Mutia yang hantar jantan tu…”
Fariz diam. Dia sendiri pernah terfikir tentang itu. Tadi, Adelin juga membuat andaian sebegitu. Nampaknya, dia perlu juga bertanyakan kes Eclipe’s Holding pada Adelin. Setidak-tidaknya, dia boleh bertindak lebih pantas. Memandangkan kes itu tidak boleh diuruskan olehnya, ada baiknya Adelin sahaja yang menjadi ‘tawanan’nya.
*****
Mutia menyerahkan sampul surat berwarna coklat yang berisi wang kepada seorang wanita. Wanita itu senyum sinis tatkala Mutia menyerahkan wang upahan kepadanya.
“You pasti ke yang dia orang takkan hantar budak tu jumpa dengan doktor lain?” tanya Mutia dengan air muka yang serius.
Yes, I am. Kalau perlu pun, dia orang cuma akan bawa budak tu jumpa psychiatrist aje. Lagipun, memang sure punya bapak dia tu percaya. Anak dia alami trauma, mesti budak tu ada bagitahu bayangan kejadian tu,” balas wanita itu.
“I percayakan you, Dr Raihani. Selepas ni, you tak payah datang KL lagi dah. I tak nak ada sesiapa yang tahu pasal kerjasama kita ni. Balik nanti, you lepaskan perempuan tu. Sebelum tu, you pastikan yang dia takkan buka mulut,” Dr Raihani angguk.
I’m promise. I’ll make her like… orang gila. So, I’ll go first. Bye, Pearl,” Mutia sengih sinis sekali. Pearl, huh! You’ll get to know later what Pearl is for.
Hilang sahaja Dr Raihani dari pandangan matanya, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.
Kill her,” kata Mutia tegas. Riak wajahnya juga serius. Kemudiannya, dia senyum sinis. Puas dengan permainannya itu.
Seorang lagi mangsa bakal terkorban. Namun, tiada langsung terselit perasaan bersalah di atas perbuatannya itu. Apa yang penting, dia dapat puaskan hatinya dengan menghancurkan hidup lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu. Dia akan pastikan lelaki itu terima balasan yang setimpal di atas perbuatan itu.


*****
“I want this, that… and that too,” Terkebil-kebil Adelin melihat Fariz mengambil barang-barang yang ditunjuk Chiya.
“Chiya make daddy so loving,” kata Adelin sambil ketawa kecil. Dia menolak troli perlahan. Chiya di dalam troli bukan main sakan lagi mulut dia cotcetcotcet minta itu ini.
Daddynya yang menjadi mangsa untuk mendapatkan barang-barang itu. Sabar sahajalah dengan kerenah budak kecil ni. Hendak menolak kehendak Chiya, Fariz gagal. Sudahnya, diturutkan sahaja. Kini, dia turut mengakui kata-kata Adelin; susah juga menjaga budak-budak ni.
“Semua dah ada?” Chiya melihat ke dalam troli. Satu per satu barang dia teliti. Ya Allah, cerewetnya budak seorang ni.
“Okey,” Chiya membentukkan ibu jari dan jari telunjuknya, ‘O’. Itu tandanya, kesemua barang keperluannya sudah cukup.
“Huh, lega. Jom pergi food department pulak. Mummy nak masak apa malam ni?” Ceh, gaya keluarga bahagialah tu.
“Mummy nak masak sup ayam. One more, fried salmon for daddy,” Melebar senyuman Fariz.
Mananya tidak gembira, si isteri akan memasak makanan kegemarannya, ikan salmon goreng.
“Chiya nak salad,” sampuk Chiya dengan tangan kanannya diangkat.
“Okey. Jom,” Fariz pula yang menolak troli. Mereka bergerak ke bahagian makanan dan juga barangan basah.
Tanpa mereka sedari, ada mata yang memandang gerak geri mereka. Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana saling berpandangan. Mulut mereka bagaikan terkunci rapat. Puan Sri Zana cuba menahan kemarahannya. Namun, dia agak terkejut dengan penampilan Adelin yang sudah bertudung.
“Jom kita pergi serang dia orang, bang. Saya dah tak boleh nak sabar ni. Sebelum meletus kat sini, baik kita bawak dia orang balik rumah. Selesaikan aje di rumah,” Putus Puan Sri Zana.
Tan Sri Lutfi yang masih tergamam itu, tersentak. Dia bukanlah terkejut dek melihat pasangan itu. Sebaliknya, kanak-kanak perempuan yang bersama mereka itu. Hatinya seakan mahu memeluk kanak-kanak itu. Tanpa sedar, kakinya sudah pun berjalan menghampiri Fariz dan Adelin.
“Fariz,” sergah Puan Sri Zana.
Fariz dan Adelin berpaling serentak. Gulp! Masing-masing terpaku pada dua manusia di hadapan mereka kini.
“Mama, papa,” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Fariz. Adelin pula kaku di tempatnya berdiri. Chiya sahaja yang masih kusyuk membelek kotak susu.
Daddy, mummy, I want this milk,” Serentak itu, Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana memandang Chiya di dalam troli, sedang memegang kotak susu.
“Papa, mama, I’ll explain,” kata Fariz dengan suara yang agak tenang. Dia harus bijak menangani masalah ini.
*****
Puan Sri Zana pandang Adelin tajam. Seperti hendak menelan si Adelin itu. Mereka memilih untuk berbincang di ruang rehat yang terletak di halaman banglo Tan Sri Lutfi, lebih tenang sedikit. Masing-masing hanya diam. Cuma, bibir Chiya sahaja sibuk bercakap dengan teddybearnya.
Gara-gara Fariz dan Adelin malas melayan bicaranya, teddybearnya itu menjadi mangsa.
“Chiya, pergi main kat sana dulu. Daddy want to talk with atuk and nenek,” bisik Fariz kepada Chiya yang berada di ribaannya.
“O… key. Mummy?”
Later, I’ll join you, sweetheart,” Dicuit dagu Chiya.
Dengan malasnya, Chiya bergerak ke kawasan berumput yang luas itu. Dia duduk lunjur kaki sambil mulutnya berceloteh.
Explain, Fariz,” Puan Sri Zana berkata dengan nada dingin.
“Fariz minta maaf, papa, mama. Fariz bukan sengaja nak rahsiakan dari papa dan mama. Cuma, Fariz takut nak ceritakan hal sebenar. Fariz takut mama tak boleh terima…”
Tan Sri Lutfi menahan isterinya dari mencelah. Lebih baik mereka membiarkan anak lelaki mereka itu bercerita sehingga habis.
“Kami… dah berkahwin. Dah masuk tahun kedua pun,” Nyata papa dan mamanya tergamam dengan kenyataan itu.
“Apa Fariz cakap ni? Benda kahwin ni bukannya boleh dibuat main. Adelin?”
“Errr… maaf, tan sri. Kami terpaksa rahsiakan hal perkahwinan kami sebab kami sendiri tak boleh terima keadaan ni. Kami dah berkahwin sebelum saya bekerja di Eclipe’s Holding lagi. Hari pertama saya terserempak dengan Fariz di lobi office, baru saya tahu yang Fariz anak tan sri,” Adelin menjelaskan sejujur mungkin.
So, you guys just acting like both of you is an enemy? I trust you, Adelin. Why did you don’t tell me about this matter?” Adelin tunduk.
“Papa, Fariz yang tak nak Adelin bocorkan pasal perkahwinan kami. Fariz tak ready lagi masa tu. Banyak kali Fariz cuba nak jelaskan pada papa dan mama, tapi Fariz takut. Masa tu, mama dah mula bencikan Adelin. Perkara akan jadi lebih rumit kalau mama tahu Adelin ni isteri Fariz kan? Sebab Adelin tak menepati syarat menantu pilihan mama. Betul tak ,mama?”
“Ya. Adelin terlalu seksi bagi mama. Ahli keluarga kita yang lain pun takkan boleh terima Adelin,” Tan Sri Lutfi mengerling isterinya.
“Abang yang mintak dia berpakaian macam tu. Tapi, Adelin tak biasa. Hari yang awak nampak Adelin berpakaian seksi tu, semuanya atas urusan kerja. Abang nak Adelin pancing partner abang yang cuba nak lingkupkan syarikat kita…”
“Mama, Fariz ada dengan Adelin masa tu. Kebetulan Fariz ada conference di tempat yang sama, tapi Fariz tak tahu pulak Adelin ada tujuan lain ke situ,” Fariz pandang Adelin sekilas. Adelin sengih nipis. Isk!
“Jadi, selama ni mama cuma bersangka buruk tanpa usul periksa? Abang, kenapa abang tak pernah bagitahu saya, jelaskan perkara sebenar. Abang biar aje saya mengutuk Adelin,” Tan Sri Lutfi garu kepala. Aduh, salah dia juga ke?
“Kan abang ada back up Adelin setiap kali awak bercakap buruk pasal dia. Awak aje yang suka-suka mengata orang. Kalau awak nak tahu, Adelin ni spy Eclipe’s Holding. Minggu ni, minggu terakhir dia menjadi kakitangan syarikat kita,” Lagilah Puan Sri Zana terkejut.
Adelin senyum nipis sambil matanya sesekali menoleh ke kanannya. Risau pula Chiya bermain seorang diri.
“Jadi, sekarang semua dah jelas kan? Papa ni hah, banyak sangat berahsia. Sampaikan dengan Fariz pun papa nak berahsia bagai. Kalau tahu, tak adalah mama tuduh isteri Fariz ni macam-macam,” Puan Sri Zana buat muka. Tahulah dia yang bersalah, menuduh Adelin melulu.
“Apa rancangan awak selepas ni, Adelin? Kembali bertugas di LA ke?”
“Emmm, tak kot. Anak tan sri ni tak sign mana-mana dokumen, jadi di sinilah saya. Suri rumah sepenuh masa, mungkin,” Sempat lagi Adelin bergurau.
“Keluarga Adelin tahu pasal perkahwinan kamu berdua ni?”
“Dia orang yang nak kami nikah, mama. Fariz injured time on duty dua tahun lepas, Adelinlah yang tolong Fariz. Tapi, tak sangka orang kampung salah sangka. Sebab tak mahu orang kampung mengata, kami kahwinlah,” Adelin mengangguk, membenarkan penjelasan Fariz itu.
“Benda dah berlaku, tak guna kita nak mempersoalkan lagi. Sekurang-kurangnya, kami tahu kamu berdua bukan bersama tanpa nikah. Tapi, Chiya tu siapa? Papa tak rasa Chiya baru setahun lebih,” Kini, semua mata tertumpu pada Chiya yang sibuk bermain dengan teddybearnya itu.
Fariz berfikir seketika. Dia masih tidak boleh mengaku bahawa Chiya adalah anak kandungnya. Mahunya kena makan penampar sulung si Adelin tu. Papa dan mama pun belum tentu boleh terima.
“Chiya anak angkat kami. Tapi, baru sekarang kami bawak dia ke sini. Sebelum ni, Chiya tinggal dengan pengasuh yang Fariz upah, di Kedah…”
“Mummy!” jerit Chiya sambil berlari laju ke arah Adelin. Kelam kabut dia naik ke riba Adelin dan dia memeluk mummynya itu erat.
Tiba-tiba sahaja, Chiya kelihatan ketakutan. Seperti ada sesuatu yang menakutkannya. Fariz bangun dari kerusinya. Dia melilaukan pandangan ke setiap sudut halaman itu. Hanya Pak Kassim dan Wak Suman yang merupakan tukang kebun di banglo itu sahaja kelihatan sedang memotong rumput.
Chiya, what’s wrong. Tell daddy,” Chiya menunjukkan jari ke arah Wak Suman.
Handkerchief. He’s wearing that,” beritahu Chiya dalam tangis. Disembam mukanya ke dada Adelin.
Mata Fariz merenung Wak Suman, cuba mencari sesuatu yang pelik. Sapu tangan? Sehelai sapu tangan yang diikat di belakang kepala dan menutup mulut serta hidung Wak Suman, dipandang. Maksudnya, perogol itu memakai sapu tangan untuk menutup wajahnya. Bijak sungguh!
“Papa, mama, kami balik dululah. Chiya perlukan rehat,” Adelin bingkas berdiri. Tangisan Chiya membuatnya lemah.
“Iyalah. Nanti ada masa, balik sini. At least, kenalkan Adelin dan Chiya pada saudara mara kita. Bulan depan kak Zia dan kak Mya balik Malaysia, kamu pun balik jugaklah,” ujar Puan Sri Zana. Fariz senyum dan memeluk mama kesayangannya itu. Cepat juga hati Puan Sri Zana lembut.
Tan Sri Lutfi usap kepala Chiya. Ah, kenapa hatinya berasa dekat dengan kanak-kanak ini? Ingin sahaja dia memeluk cium Chiya, namun pasti Chiya tidak menyukainya memandangkan ini adalah kali pertama mereka bertemu. Cepat-cepat Tan Sri Lutfi menyedapkan hatinya. Bukannya Chiya tidak akan jejak lagi kakinya ke sini.
“Apa-apa hal, hubungi papa. Adelin, nanti ada police officer dari LA akan bertemu dengan awak. Tak silap saya nama dia Carl Ezaide,” maklum Tan Sri Lutfi.
“Saya dah jumpa dia, tan sri. Semua maklumat dan juga bukti, saya dah serahkan pada dia. Tan sri jangan risau,” balas Adelin.
Di fikirannya sudah mengarang beberapa ayat untuk menjawab persoalan dari Fariz nanti. Reaksi Fariz juga berubah saat dia memberitahu tentang maklumat-maklumat dan juga bukti penyelewengan yang berlaku di Eclipe’s Holding kepada Tan Sri Lutfi.
“Alhamudulillah. Baliklah, Chiya dah tertidur tu,” Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana menghantar anak menantu mereka sehingga ke kereta Fariz.
*****
Adelin menyendukkan nasi ke pinggan Fariz sebelum menyediakan makanan untuk Chiya. Manja sungguh Chiya malam ini. Sedari pulang dari rumah Tan Sri Lutfi, dia asyik berkepit dengan Adelin. Tidak mahu berenggang langsung sehinggakan Fariz juga terpaksa membantu Adelin memasak makan malam mereka.
Sekarang ini pula, dia merengek ingin Adelin menyuapnya makan. Selamba sahaja dia duduk di riba mummynya itu.
“Chiya demam ke?” soal Fariz sambil tapak tangannya ditekap ke dahi Chiya. Tak panas pun.
“Ni namanya budak nakal nak bermanja dengan mummy. Macam tahu aje esok mummy nak tinggalkan dia sekejap,” kata Adelin sambil menyuap bubur nasi yang telah disiram sup ayam. Berselera sekali Chiya menjamah bubur nasinya.
“Esok mummy balik awal sikit. Daddy pulak ada kerja lepas tu,” balas Fariz. Tangannya mencedok sup ayam ke dalam pinggannya.
“Jumpa Hadilah tu. Hah, pasal dokumen tu, daddy tanya Carllah. Mummy dah stop investigate siapa dalangnya. Susah pulak nak tinggalkan Chiya nanti,” Fariz angkat bahu.
Chiya sengih tatkala Fariz menyuap nasi ke mulut Adelin. Adoi, romantiklah pula Fariz malam ni. Mahu meletup dada si Adelin itu. Sweetlah sangat. Kiranya, mereka sudah boleh dikategorikan sebagai keluarga bahagialah kan. Kih kih kih. Macam kelakar pula.
“Bukanlah. Daddy pergi kerja bukannya sehari, tapi seminggu. Chiya duduk rumah dengan mummy eh. Daddy tak boleh teman Chiya dengan mummy, daddy ada work nak buat. Boleh tak?”
“Emmm? Daddy work lamanya,” protes Chiya. Dia menolak suapan Adelin. Kan, dah merajuk budak ni. Haish, daddy ni.
“Daddy work untuk Chiya jugak. Nanti boleh daddy beli teddybear banyak-banyak, biar penuh bilik Chiya. Minni mouse, pooh, Garfield… nak tak?” Laju Chiya mengangguk. Baguslah mummy ni, dah pandai mengasuh budak-budak.
Good girl,” Chiya gelak. Seronok dipuji begitu.
Adelin pula yang berat hati untuk membiarkan Fariz bekerja. Dia sendiri sangat memahami tugas Fariz. Jika sudah seminggu lamanya, tentunya itu adalah kes yang berbahaya. Beberapa hari ini, lelaki itu kerap tidur lewat. Kadang-kadang, selepas subuh baru tidur. Itupun sekejap sahaja apabila Chiya mengganggu tidurnya. Dek tidak mahu menghampakan kanak-kanak itu, dia gagahkan juga dirinya melayan kerenah Chiya.


*****
Jam di dinding, Fariz tilik entah untuk yang ke berapa puluh kali. Adelin masih belum pulang. Chiya di sebelahnya, dipandang. Dikemaskan rambut yang terjuntai ke dahi. Sejam lagi, Lukman mengambilnya. Mereka akan bertolak ke Los Angeles untuk menyelesaikan kes di sana. Tiga hari kemudian, barulah mereka akan pulang ke Malaysia dan menguruskan pula kes Eclipe’s Holding.
Pintu rumah yang terbuka membuatkan Chiya berlari menjemput mummynya. Adelin memberikan senyuman manis untuk anak itu.
Mummy late,” kata Chiya dengan mimic muka comel.
Sorry, honey. Mummy bought lunch box for us. Daddy dah nak pergi ke?” balas Adelin sebelum menyoal Fariz pula. Dia meletakkan bungkusan makanan yang ditapaunya sebelum pulang tadi.
“Ada masa lagi. Pergi mana? Papa told you has left the office two hours ago,” Adelin menghempas punggung ke sofa. Ah, penatnya. Chiya memanjat naik ke riba Adelin.
Fail rona biru disuakan kepada Fariz.
“Apa ni?”
“Siasatan mummy sendiri. Tak ada kaitan dengan Eclipe’s Holding. Mummy jumpa masa kemaskini data syarikat tadi. I don’t’ want to do anything about this matter. Daddy buatlah keputusan. Dah seminggu Mutia tak masuk office. Yani bagitahu, dia hantar surat perletakan jawatan. I think you know better than me the reason is, right?”
Fariz pandang Adelin pelik. Apakah?
“Apa yang mummy tahu?”
Adelin memberi isyarat mata. Fariz terkedu. Jadi, Adelin sudah mengetahui tentang asal usul Chiya. Lega sedikit kerana dia tidak perlu berahsia lagi.
“Tak marah daddy ke?” Soalan cepumas dia lontarkan.
The past is past. You tell me the story later, when you’re coming home. Jomlah makan dulu. Awal lagi ni,” Nada Adelin kedengaran selamba. Seperti isterinya itu tidak berasa apa-apa.
Apa pun, Fariz harus menumpukan sepenuh perhatian kepada operasinya dulu. Selepas itu, barulah dia akan menceritakan segala-galanya tentang Pearl kepada Adelin. Dia sudah cukup bersyukur isterinya itu masih melayan Chiya sebaiknya. Chiya juga selesa bermanja dengan Adelin. Setidaknya, dia tidak perlu risaukan kedua-duanya sepeninggalannya nanti.


to be continued...

8 comments:

  1. i luv u kak really so muchh nak eps 10 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. love you too, flower Dno. haha. eps 10 on the way. :D

      Delete
  2. Xsabar nk tggu last episode....hope happy ending ... Adelin n fariz+ chiya bersama...keluarga bahagia....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. happy ending? macam tak ja. :(.

      Delete
  3. Perbaiki penggunaan bahasa inggeris serta gunakan ayat yang betul.

    ReplyDelete