Thursday, 1 May 2014

Cerpen : The Dreaming Princess 2


Qisya menolak pintu gelongsor. Nafas ditarik perlahan dan dihembus lembut. Bibirnya mengulas senyuman lebar. Terasa tenang kerana dapat menghirup udara segar di kampung. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tak sia-sia dia mengikut Syira pulang ke kampungnya.
“Qisya!”
“Kat atas ni,” laung Qisya. Dia menampakkan sedikit mukanya dari beranda agar Syira tahu dia berada di beranda bilik.
Mehlah turun. Kita pergi kebun atuk aku,” ajak Syira.
Okay. Kejap,” Qisya menutup kembali pintu gelongsor dan terus berlalu ke tingkat bawah.
“Kebun atuk kau dekat mana? Kita pergi berdua aje ke?” soal Qisya kalut sambil menyarung seliparnya.
“Amboi, kau. Tanya satu-satu boleh tak? Dekat hujung sana. Kalau kita pergi dengan kaki sebelas kita ni, sepuluh minit. Kita pergi berdua aje. Nanti kat kebun tu ada saudara atuk aku. Jom,” jelas Syira. Dia menarik tangan Qisya untuk mengikutnya.
Bestnya kau. Ada kampung yang cantik ni. Jealous aku,” Qisya menghayati pemandangan indah di sekitar kampung Syira. Sawah menghijau dan kanak-kanak gembira bermain layang-layang. Sungguh dia jatuh cinta dengan kampung Syira yang terletak di utara Malaysia ini.
“Aku pun rasa beruntung sangat tau. Masa cuti lepas habis SPM dulu, aku tinggal kat sinilah. Memang best,” balas Syira.
“Kat sini tak ada calon suami yang handsome-handsome ke? Boleh aku tinggal kat sini terus,” Qisya memandang Syira serius.
“Hoih, kau jangan main-main Qisya. Aku lesing kang baru kau tahu. Tak payah cari suami kat sini pun kau boleh tinggal sinilah. Kau tinggal ajelah dengan atuk and nenek aku. Sanggup?”
“Aku gurau ajelah. Jauh lagi ke?”
“Tak jauh dah. Depan tu aje,” Jari Syira menunjuk ke arah papan tanda yang tertulis ‘Vegetables Village’. Kening Qisya terangkat.
“Besar juga kebun atuk kau, Syira…”
“Tahu pun kau. Tok wan aku ni pembekal sayur-sayuran untuk kedai-kedai runcit. Besides that, he’s personally sold those vegetables… kat pasar. Kadang-kadang pekerja kat sini yang ambil meniaga kat pasar tani atau pasar malam,” terang Syira. Dia bangga dengan semangat atuknya membesarkan ladang sayuran yang dulunya hanya sekangkang kera dan kini sudah mencapai lapan ekar.
“Weh, serius aku suka. Dahlah rumah atuk kau keliling dengan sawah padi. Lepas tu, ada pulak kebun sayur yang besar macam ni. Tenangnya jiwa,” Qisya menghirup udara segar disekelilingnya.
“Aku dah agak dah. Kau mesti suka semua ni. Otak writer macam kau ni kena banyak terjebak dengan benda-benda nature ni semua. Baru idea yang keluar tu fresh,” Syira berkata bagai memahami kehidupan seorang penulis bebas.
“Pandailah kau berbahas…”
Qisya tertarik melihat budak-budak sedang bermain layang-layang di batas sawah. Selain itu, matanya dijamu dengan orang-orang yang berdiri tegak di tengah sawah. Ada yang masih tegak berdiri. Ada juga yang sudah hampir menyembah bumi.
“Baru balik ka, Insyirah?” tegur seorang mak cik.
“Ha’ah, Mak Kiah. Sampai rumah tok wan, tengah hari tadi. Eh, lupa pulak. Ni kawan cheq, Qisya,” Syira memperkenalkan Qisya kepada Mak Kiah.
Qisya berbalas senyuman dengan Mak Kiah yang sedang sibuk membersihkan sawahnya itu.
“Orang mana, Qisya?” tanya Mak Kiah ramah.
“Saya orang Shah Alam, mak cik. Teringin sangat nak datang kampung Syira. Itu yang sampai juga sini,” jawab Qisya sambil tersenyum.
“Hah, eloklah tu. Boleh promote kampung ni. Mana nak tau, kot ada mat-mat saleh kat KL berminat nak mai tengok sawah padi kami ni,” Amboi, minah saleh macam mana pula, Mak Kiah?
“Apalah Mak Kiah ni. Kami ni mana dok berkawan dengan mat saleh tu semua. Kira beruntung kalau depa tu nak pandang kami,” Qisya menyembunyikan tawanya. Terasa lucu mendengar Syira bercakap dalam loghat utara.
“Mana nak tau. Kot rezeki hang, Insyirah oi. Mau terbeliak tok dengan tok wan hang tu dapat cucu menantu mat saleh,” gurau Mak Kiah.
Mak Kiah memang terkenal dengan sikapnya yang ramah di kampung ini. Tapi, ramah Mak Kiah tidaklah sampai suka mengumpat orang. Syira memang agak rapat dengan Mak Kiah memandangkan wanita tua itu adalah sahabat neneknya, Tok Bah.
“Ada-adalah Mak Kiah ni. Kami nak pi tengok kebun tok wan sat. Abang Ed ada kat situ dak, Mak Kiah?”
“Tak silap Mak Kiah, ada. Dia pun baru sampai juga,” jawab Mak Kiah.
“Pi dulu nah, Mak Kiah. Senang-senang nanti singgah rumah tok wan. Boleh sembang panjang,” Syira meminta diri. Mak Kiah hanya mengangguk.
Qisya dan Syira beriringan masuk ke dalam kebun sayuran milik tok wan Syira, Wan Syed. Melebar senyuman Qisya. Bau baja mula menusuk ke rongga hidung. Qisya mengeluarkan Iphonenya dari kocek seluar jeans. Sempat dia mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.
“Abang Usop, abang Ed mana?”
“Ada kat stor. Ambik baja katanya,” jawab Usop, salah seorang pekerja yang diupah oleh Wan Syed.
“Amboi kau, mak cik. Macam orang tak pernah jumpa kebun,” Qisya tersengih.
“Memang pun. Cantiklah. Macam ladang strawberi kat Cameron Highlands. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Ni semua tok wan kau punya ke?”
“Hmmm, tapi ini baru kebun sayuq,” Syira menutup mulutnya. Ops! Terletus tawa Qisya. Qisya terasa lucu mendengar sahabatnya itu berbicara loghat utara. Syira mencebik.
“Bila sampai Syira?” sampuk suara gurau milik entah siapalah yang tiba-tiba datang menyibuk.
“Hah, abang Ed! Sampai tengah hari tadi,” Syira pantas memeluk lengan lelaki di sebelahnya itu.
“Tak bagitahu abang Ed pun Syira nak balik kampung,” kata Qarif, abang sepupu Syira.
“Hmmm, mana nak tahu abang Ed pun nak balik. Kalau tahu, Syira bagitahu lama dah,” Qarif mencebik.
“Dah tak bagitahu macam mana nak tahu,” Syira menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa abang Ed merepek ni?
“Alah, kalau tahu abang Ed nak balik jugak… tak payah susah-susah kita orang naik flight,” Muncung terus bibir yang tak berapa nak seksi itu.
“Lain kali deal dengan abang Ed. Tak apa, nanti boleh balik KL sekali,” Terus melebar senyuman Syira mendengar cadangan Qarif.
Qisya buat muka bosan. Lebih baik bolayan diri sendiri. Ada juga faedahnya daripada mendengar perbahasan kedua makhluk di depannya itu.
“Ni siapa?”
“Aduh, lupa lagi. Ni kawan Syira, Qisya. And, Qisya. Nilah abang sepupu kesayangan aku, abang Ed or Syed Qarif Edzril,” Qisya dan Qarif saling berpandangan. Masing-masing terkelu.
Syira memandang keduanya silih berganti. Apa kena dengan budak dua ekor ni?
Hello. Are you guys okay?” Qarif dan Qisya tersentak.
“O… okey,” jawab Qisya sambil terangguk perlahan. Huh, macam kenal aje mamat ni. Tapi kat mana?
Siapa minah ni? Macam pernah nampak, desis Qarif.
“Korang ni dah kenapa? Tahulah abang Ed ni handsome dan Qisya tersayang cheq ni lawa. Tapi, yang dok tenung macam dunia ni korang yang punya, kenapa?”
“Hesy, budak ni. Rahsia Allah. It just happened. No forced,” Sengal punya jawapan Qarif bagi. Itu namanya jawapan yang tak boleh terjawab. Hah, apa ke benda tu? Qarif sendiri bingung.
“Pelik… pelik. Atau, korang dah pernah jumpa sebelum ni?”
“Sejak bila tukar profession kau ni? Drop that unanswered subject. Now, tell me. Apa lagi yang tok wan kau ada selain kebun sayuq ni?” Sengaja Qisya menekankan perkataan ‘sayuq’.
“Ni yang aku nak bagitau ni. Hang dengaq ni. Pasang telinga luas-luas. Tok wan aku still ada kebun getah, kebun durian dan ladang lembu,” Qisya hanya mengangguk.
Qarif masih bingung sendiri. Namun, cepat-cepat dia membuang unanswered subject seperti yang dikatakan Qisya tadi. Takut gila pula jika terus berfikir.
“Abang Ed pergi sana dululah. Nanti nak balik, panggil. Abang Ed nak singgah rumah Wan Syed kejap,” pesan Qarif. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan tok wan saudaranya itu.
Syira mengangguk sambil tersenyum. Qisya pula asyik memikirkan kekayaan Wan Syed. Banyak juga hasilnya daripada semua kebun-kebun dan ladang milik Wan Syed. Tak terkira hasilnya. Namun, Wan Syed bukanlah seorang yang tamak. Mungkin semua itu boleh mengisi waktu lapangnya.
*****
Setelah puas melawat ‘Vegetables Vilagge’, Syira memanggil Qarif untuk pulang. Mereka bertiga beriringan berjalan pulang ke rumah Wan Syed.
Beb, bukan kau bawak baby Nikon kau tu ke? Kenapa tak guna?”
Qisya yang sibuk membelek gambar yang diambil tadi sambil berjalan, mengangkat wajahnya dan memandang Syira seketika.
“Bawak. Tadi, kalut sangat kau panggil aku turun. Mana sempat nak capai apa-apa. Nasib baik phone aku ni memang kat dalam poket seluar,” Syira tersengih. Tangannya di lengan Qarif. Rapat sangat budak berdua ni.
Sorrylah. Kita kan seminggu kat sini. Nanti aku bawaklah kau jenjalan kat sekitar kampung. Sekarang ni tengah musim berangin. Apa kata kita main layang-layang?” cadang Syira tiba-tiba.
“Layang-layang? Aku tengok kau main, bolehlah beb. Nak main lari-lari tu, memang taklah,” balas Qisya perlahan.
Disebabkan kemalangan empat bulan yang lalu, Qisya terpaksa menghentikan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan dia bergerak aktif. Kakinya masih belum sembuh sepenuhnya.
“Ha’ah, lupa pulak aku. Ala, tak apa. Kau teman aku dengan abang Ed main pun cukuplah…”
“Eh, bila masa abang Ed cakap nak main?” Qarif yang sejak tadi membisu, bersuara sambil mengangkat keningnya. Sengaja ingin mengusik sepupu kesayangannya itu.
“Hesy, abang Ed ni. Sampai hati kan tak nak main dengan Syira. Okey, fine,” Syira berpura-pura merajuk. Dia melepaskan lengan Qarif dan terus berjalan ke depan. Sempat dijelirkan lidahnya kepada Qarif. Qarif hanya mampu menggeleng dengan keletah Syira. Macam budak-budak!
Kini, tinggallah Qarif dan Qisya di belakang. Tapi, berjarak jugalah mereka berjalan. Qarif mengerling gadis di sebelahnya seketika. Qisya pula terasa kekok. Sudahnya, dia belek saja Iphonenya itu.
“Err… Qisya…”
Yes…”
Do we have met before?” Terlontar soalan itu dari bibir Qarif.
I don’t know, either. Tapi, saya rasa macam kita pernah berjumpa. Entahlah,” balas Qisya, bersahaja.
“Déjà vu? But, where? Just like, Dejavu di Kinabalu?” Qisya tergelak kecil. Dipandangnya Qarif seketika. Wajah itu macam familiar baginya.
“Seingat saya, tak ada pulak saya donate my organ before this. Although, donated by someone also I don’t think I have. Jumpa dalam mimpi kot?”
“Mimpi? Are you kidding me? It was so childish thought…”
Childish thought? Or, the real one, Mr Syed Qarif Edzril? You look so familiar to me. Dan, pada pendapat saya… mimpi pun boleh apa buat kita rasa macam ni,” Qarif menjongket bahu.
Maybe, it is our destiny? Kita tak tahu apa akan jadi… future,” Qisya terkelu. Adakah maksud lelaki yang baru dikenalinya itu, jodoh? Jodoh?! Merepek!
Walaupun Syed Qarif Edzril itu dikategorikan sebagai kacak orangnya, dia masih belum tertarik. Qisya kan anti lelaki kacak. Memang taklah, dia nak ada perasaan atau teruja dapat bertemu lelaki yang tampan seperti Qarif itu. Bak kata Qisya, a handsome man always brought the problem. And, I don’t like that. Qisya… Qisya.
*****
“Syira, sorang saja? Mana Qisya?” tanya Tok Bah. Pelik kerana cucunya itu pulang sendiri.
Tok Bah meletakkan dulang yang berisi seteko air teh panas dan sepinggan goreng pisang di pangkin kayu di bawah pokok kelapa. Memang menjadi rutin, dia dan Wan Syed akan minum petang di situ jika hari tidak hujan.
“Ada tu. Kat belakang, dengan abang Ed. Syira buat-buat merajuk dengan abang Ed. Itu yang jalan dulu,” balas Syira sambil bersila elok di atas pangkin. Terliur dibuatnya sebaik terpandang pisang goreng yang masih panas itu.
“Merajuk pulak dah. Pasal apa pulak ni?” Tok Bah menuangkan air teh ke dalam cawan.
“Qarif tak nak teman dia main layang-layang, Tok Bah,” sampuk Qarif yang baru tiba di perkarangan rumah Wan Syed dan Tok Bah bersama Qisya.
Lorh, sebab itu saja? Macam-macamlah Syira ni. Mai, Qarif, Qisya. Pekena pisang goreng. Panas lagi ni,” ajak Tok Bah. Syira mencebik.
“Bukan main laju, kau jalan kan. Tahulah kuat pun,” Qisya menyenggol pinggang Syira. Dia duduk di sebelah Syira. Qarif pula duduk bersila di sebelah Tok Bah.
“Tahu tak apa. Aku memang kuat pun. Bukan macam kau. Lembik…”
“Amboi, seenak pisang gorengkan mulut kau ni,” Qisya menyuapkan pisang goreng ke mulut Syira.
“Aduh, panaslah…” Syira mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain. Qisya buat muka biasa. Ada aku heran?
“Wan Syed mana, Tok Bah?”
“Ada kat belakang. Kejap lagi, datanglah tu,” jawab Tok Bah sambil menghirup air teh perlahan. Takut melecur pula lidah dek panas.
“Qarif ingat nak bawak Wan Syed dan Tok Bah balik KL. Ayah Lan nak jumpa sebelum dia pergi Mekah,” ujar Qarif.
“Lah, Roslan tak boleh singgah sini kejap ka?”
“Tak bolehlah tu. Seminggu ni memang ayah Lan sibuk. Nak hantar proposal syarikatlah, ada meeting dengan lembaga pengarahlah. Sibuk sangat, Tok Bah. Itu yang ayah Lan hantar Qarif balik sini, ambil Wan Syed dan Tok Bah,” Tok Bah mengangguk faham.
“Bilanya Qarif nak balik sana?”
“Insha Allah, minggu depan. Dua hari sebelum ayah Lan bertolak,” maklum Qarif.
“Nanti Qarif tanya Wan Syed sendiri. Kalau Wan Syed okey, kami ikutlah,” balas Tok Bah. Qarif mengangguk. Sejenak kemudian, dia tergeleng melihat gelagat dua sahabat yang turut berada di pangkin itu.
Qisya dan Syira pula sibuk bergaduh kecil. Memang tak sah kalau sehari tak bergaduh, BFF dua orang tu. Nasib baik cuma bergaduh manja. Bergaduh betul-betul nanti, boleh kena heart attack kedua-dua keluarga mereka. Maklumlah sahabat dunia akhirat.
“Apa yang hampa dua dok bergaduh ni?” tegur Wan Syed sambil melabuhkan punggungnya di pangkin kayu itu. Qisya dan Syira menoleh serentak. Keduanya menarik sengihan.
“Mana ada gaduh, tok wan. Ni namanya dok bermanja-manja. Kan, Qisya sayang,” Qisya tergeleng. Tiba-tiba, goose bumps terus seluruh badannya.
Eeuw, apa kes nak bermanja-manja dengan kau pulak ni?” Syira tersengih sambil tangannya dilarikan lembut di bahu Qisya.
“Alolo, sukalah tu,” usik Syira. Qisya bangun berdiri. Dia menjauhkan dirinya dari Syira. Geli dibuatnya.
“Sudahlah tu, Syira. Tak baiklah. Buatnya nanti Qisya terjatuh, macam mana? Dah satu hal nak kena hantar pergi hospital. Ni Qisya, jangan dok buas sangat. Hang tu baru sembuh,” Qisya tersenyum nipis, mendengar pesanan Wan Syed.
“Qisya okeylah, Wan Syed. Boleh dah nak lari manja gitu,” balas Qisya perlahan.
“Lari manja kau cakap, Qisya Aulia? Huihhh, lari manja kau tu… dah boleh round satu kampung ni tau,” Qisya buat muka toya.
Tok Bah dan Qarif hanya mendengar sahaja perbualan ketiganya. Malas nak menyampuk.
“Budak berdua ni kalau bergaduh, tahun depan pun tak boleh nak habis. Baik makan pisang goreng ni pun kenyang. Entah macam manalah nanti kalau dua-dua dah kahwin. Agak-agak awaklah, Bahyah… kena tinggal satu rumah tak?” Tok Bah ketawa. Lucu dengan bebelan Wan Syed yang bersahaja itu.
Qisya dan Syira terdiam dek terdengar perkataan ‘kahwin’. Keduanya bagai sedang membayangkan kehidupan mereka setelah berkahwin. Mesti dah jarang dapat jumpa.
“Syira tak nak kahwinlah macam tu. Kalau kahwin pun, duduk satu rumah… macam best aje,” Semua mata memandang Syira.
“Eheh, kau nak bermadu dengan aku ke, Ra? Aku tak nak,” seloroh Qisya.
“Alah, kau ni… suami asing-asinglah. Rasanya tak pernah lagi orang buat macam tu. Kita buat macam tu nak?”
“Hoi, agak-agaklah nak bercakap pun. Abang Ed sebagai seorang calon suami kepada entah sesiapa aje… sangat tidak bersetuju dengan cadangan Syira tu. Ada ke nak beromantik bagai depan pasangan lain. Tu tak kira lagi bab aurat,” celah Qarif selamba.
“Qisya setuju dengan point itu,” Qarif mengangkat ibu jarinya kepada Qisya. Qisya tersenyum lebar. Thumbs up!
Syira meminta simpati dari tok dan tok wannya. Dia buat muka masam. Qisya memeluk sahabatnya erat.
“Duduk rumah asing-asing tapi… nak jadi couple next house aku?”
“Nak!” Tersentak Qisya dibuatnya. Mana taknya kalau si Syira itu menjerit di tepi telinganya.
Wan Syed, Tok Bah dan Qarif mengurut dada masing-masing serentak. Boleh bikin sakit jantung kalau hari-hari macam ni.
*****
Hampir lima hari, Qisya bercuti di kampung Syira. Lima hari itu sangat dimanfaatkan Qisya. Syira dan Qarif membawa Qisya berjalan-jalan di sekitar kampung. Kebetulan, ada jiran Wan Syed yang membuat kenduri. Dapatlah Qisya merasai kenduri di kampung.
Memang berbeza dengan kenduri di bandar. Di kampung lebih meriah dengan suasana orang kampung bergotong royong. Walaupun hanya kenduri arwah, masih meriah macam kenduri kahwin. Qisya seronok melihat suasana begitu. Sempat dia mengabadikan corak-corak hidup di kampung dalam foto-foto yang diambilnya. Dia sangat berharap, dia akan menjejakkan kaki ke kampung itu lagi.
“Dah siap?” soal Qarif kepada Qisya yang sedang meletakkan beg-beg ke dalam bonet BMW 520i miliknya.
“Dah. Beg Wan Syed dengan Tok Bah pun dah masukkan,” jawab Qisya. Setelah pasti tiada lagi barang-barang yang belum dimasukkan, Qarif menutup bonet keretanya.
“Qarif, kamu dah pesan dengan wan kamu suruh dia tengokkan rumah dengan kebun Wan Syed?” tanya Wan Syed. Dia memang gelisah setiap kali ingin meninggalkan rumah dan kebun-kebunnya.
Qarif tersenyum memandang tok wan saudaranya itu.
“Dah, Wan Syed. Wan siap tulis lagi dekat buku kesayangan dia tu,” balas Qarif.
“Tak apalah kalau macam tu. Jomlah, semua dah siap. Wan Syed nak duduk belakang ya. Somebody, please sit in front,” Ceh, mentang-mentang bekas guru. Speakinglah dia. Tapi, bekas guru matematik saja pun.
Tok Bah menyembunyikan senyumannya. Selalu sangat dah dia mendengar suaminya itu bercakap bahasa Inggeris. Kadang-kadang tu, Tok Bah buat-buat faham sajalah. Malas nak ambil tahu. Syira pula dok tersengih nakal memandang Qisya. Dia memberikan isyarat agar Qisya sahaja yang duduk depan.
Disebabkan semua sudah masuk ke sit belakang, terpaksalah dia duduk di sebelah Qarif. Nasiblah hubungan mereka, bolehlah dikatakan okey walaupun sering berselisih pendapat. Qarif memulakan pemanduan dengan bacaan Basmallah dan doa perjalanan jauh.
*****
Qarif memandang ke tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang. Ketiga-tiganya sudah lena. Dia menoleh pula ke kirinya. Qisya kelihatan sedang menghayati hutan kelapa sawit dan juga pokok getah di sepanjang perjalanan.
“Kenapa tak tidur? Kalau penat, tidurlah,” Qisya terlepas keluhan. Tak sengaja.
It’s okay. Mata tak mengantuk,” jawab Qisya. Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.
Sebenarnya dia fobia kerana kemalangannya dulu. Disebabkan dia tertidur sekejap, terus koma dek kemalangan itu. Tidur yang disangka seketika itu, rupanya panjang. Sedar-sedar sahaja, dia sudah berada di hospital.
“Syira cakap Qisya trauma. Maaf kalau abang Edzril menyibuk,” Qarif mengetahui pasal kemalangan yang menimpa Qisya pun secara tidak sengaja apabila Syira terlepas cakap.
“Tak ada apalah. Cuma trauma sikit aje. Lagipun, ni first time Qisya berjalan jauh selepas accident. Jadi, takut sikitlah,” balas Qisya jujur.
“Tak jumpa psychiatrist ke?”
“Ada. Treatment biasa aje. Selepas balik nilah, Qisya ada appointment dengan psychiatric tu,” Qarif terangguk. Sangkanya Qisya akan sensitif jika perihal doktor sakit jiwa dibangkitkan.
Are you okay with all the treatment? I mean, about people who will say something negative to you?”
Qarif pernah melaluinya suatu ketika dulu. Jadi, dia sangat tahu macam mana sakitnya digelar orang sakit jiwa walaupun dia bukanlah gila. Cuma, perubatan biasa bagi pesakit yang ada trauma atau tekanan perasaan.
“Gila? Tak semua yang dapat treatment dari psychiatric tu gila. Treatment ni pun untuk kebaikan Qisya. Tak payah nak fikir pasal orang lain. Bukan dia orang yang sakit,” ujar Qisya. Qarif tergelak.
We have the same point. Tapi, jauh lagi ni. Boleh ke tak tidur?” tanya Qarif. Sekadar ingin tahu.
“Qisya okeylah. Abang Edzril pun tak tidur jugak kan. Just make me as your driving partner. Tak adalah bosan kan?” Qisya tersenyum.
“Baiklah, Cik Qisya Aulia. Selamat bertugas,” ucap Qarif dalam nada bersahaja. Qisya tergelak kecil.
Entah macam mana, Qisya selesa dengan sikap Qarif yang pada pendapatnya lelaki itu seorang yang memahami. Selain itu, Qarif boleh juga dilabelkan sebagai abang yang baik dan seorang pelindung. Teringat lagi, ketika mula-mula dia memanggil Qarif, abang Edzril.
Secara tidak sengaja, ada pacat yang terlekat di jari kaki Qisya ketika dia sedang menemani Syira dan Qarif bermain layang-layang di sawah. Dia cuba memanggil Syira, namun gadis itu sibuk menaikkan layang-layangnya. Disebabkan Qarif yang berada berdekatannya, terus dia menjerit memanggil lelaki itu.
“Abang Edzril!” Qarif tersentak. Qisya memanggil diakah? Edzril tu nama dia kan?
“Qisya panggil saya ke?” Qarif bersuara kuat sedikit.
“Qisya panggil abang Edzrillah. Tolong Qisya!”
Qarif pantas mendekati Qisya dibatas sawah. Dia merenung Qisya pelik. Belum pernah lagi orang memanggilnya, abang Edzril. Sepupunya yang lain menggelarnya, abang Ed. Sama seperti Syira. Di pejabat pula, staf-stafnya pula memanggil, Tuan Qarif. Pertama kali ada yang membahasakannya sebegitu, dia rasa bertuah. Erk?
“Tolong apa?”
“Ni hah, pacat gatal. Sibuk nak hisap darah orang,” bebel Qisya. Matanya ditunakkan pada kaki kanannya. Sedap sahaja pacat itu landing di jarinya.
“Lah, pacat aje pun. Bukannya lintah ke belut ke,” Qarif bertinggung. Tangannya mencapai daun apa entah yang tumbuh segar di situ. Ditariknya pacat itu dari jari kaki Qisya.
“Pacat pun sejenis vampire apa. Kerja nak ambil darah orang,” Qarif tergelak. Boleh pula gadis itu merapu.
“Hoi, korang buat apa ni?” sergah Syira tiba-tiba.
“Takkanlah nak berasmaradana tengah bendang pulak, Syarifah Insyirah oi. Ada pacat nak mengorat Qisya ni hah,” Qarif menarik pacat itu dan ditayangkan kepada Syira. Menjerit kegelian gadis itu. Dia menjauh sedikit.
Qisya memandang jari kakinya yang sudah dipenuhi darah itu. Dia tengok, tak adalah besar mana pun pacat itu. Tapi, banyak juga darahnya keluar.
“Amboi, banyaknya darah. Buat derma di hospital pun bagus. Ini tak, derma kat pacat,” usik Qarif. Dia masih bertinggung sambil mencuci darah di jari kaki Qisya dengan daun.
“Nah, daun kapal terbang. Tok Bah selalu letak kat kaki Syira bila kena gigit dengan pacat dulu,” Syira memberikan daun kapal terbang yang dipetiknya di kawasan berdekatan.
“Eee, abang Edzril buat apa tu?” Qisya pelik tengok Qarif mengunyah daun kapal terbang itu. Kemudian, dengan selambanya dia meletakkan daun yang hampir lumat itu ke jari kaki Qisya.
“Nak berhentikan darah, ini aje ubatnya…”
“Tapi, air liur…” Qarif tersengih.

“Halal ajelah. Bukan mati pun. Dah, jom balik,” Qarif bingkas berdiri. Dia berjalan di depan. Sempat dia mengisyaratkan kepada Syira agar memapah Qisya.

p/s : TDP part 2. actually, setakat ni ja yang CIA tulis. seterusnya, seperti biasa. lack of the idea. ada masa nanti CIA tamatkan TDP. sorry sangat-sangat. harap-harap ending dia part 3 lah. lama sangat dah cerpen ni. huhu. SELAMAT MEMBACA!

Untuk PEARL, Insha Allah nanti CIA sambung. adik-adik CIA semua ada kat rumah. so, tak boleh nak concentrate even ada idea. CIA tulis pun berterabur. paling lewat pun CIA post episode 4, maybe esok. paling awal, malam nilah. sorry tau. depa kerja nak kacau ja CIA nak menulis. huhu. 

3 comments:

  1. Best untuk pearl tu dina tunggu okay kalau boleh cpt heheh syg akak!

    ReplyDelete
  2. Kami boleh tnggu sis.. sis relax2 dlu, Hehehehe
    Kalau blh part Ending tu sis uat pnjng2 sikit.. Tambah2 kalau mreka dah ada Baby kan.. Lagi sweet ♥ Muehehehehe.. Best cita ni ♥

    ReplyDelete