Tuesday, 20 May 2014

Cerpen : Misteri Kucing Coklat


Assalamualaikum... hye!

Salam maghrib. solat dulu ya sebelum membaca. hehe. cerpen kali ni hanya sebuah cerita biasa. jujur CIA cakap, i have no feeling toward this cerpen. seriously. maybe, CIA tulis di luar sedar. hahaha. entahlah. sepatutnya, cerpen dihantar untuk contest. tapi, macam tak jadi ja. so, CIA letak jalah dekat sini. harapnya taklah bosan ya. :D. SELAMAT MEMBACA!

******************

 “KUCING?”
Maira pantas bangkit. Handphone di tangan dicampak ke katil. Hatinya berdebar tiba-tiba.
“Mak!” Maira sekadar memanggil perlahan. Emaknya hanya tidur di bilik sebelah sahaja. Over pula nak jerit kuat-kuat. Sudahlah ada ‘workers’ abah di luar rumah sedang membaiki kereta. Teruna-teruna pula tu. Tak ke malu.
Kaki dibawa keluar dari bilik. Mata Maira meliar mencari kucing coklat yang masuk ke biliknya tadi. Gara-gara abah tidak sempat hendak beli pintu bilik lagi, tirai sahaja yang menjadi pintunya. Diselak tirai yang memisahkan ruang tamu utama dan ruang tamu kedua. Kucing coklat itu sedang berdiri di pintu. Mata kucing itu betul-betul melawan pandangan Maira.
Maira terkedu. Kucing itu terus beredar tanpa berpaling lagi. Maira pantas ke bilik mak.
“Mak…”
“Apa dia?” Mak memang selalu tidur dalam jaga. Panggillah pukul dua tiga pagi pun, pasti mak akan menyahut.
“Mak, tadi ada kucing masuk bilik. Orang perasan pun, dia nak keluar bilik dah. Kucing siapa tu?”
“Warna apa?” soal mak yang sedang berbaring.
“Coklat. Kucing siapa tu, mak? Menakutkanlah,” Maira terus berasa goose bumps. Buatnya kucing itu menerkamnya ketika dia tidur, tidak ke haru.
“Cari tempat nak beranaklah kot. Keluar tak lagi?”
“Dah. Tapi, kat pintu tadi… dia dok tengok orang. Bila dia masuk bilik pun tak tahu,” Maira masih mahu mengadu. Gila tak takut. Dia tidur seorang kot dalam bilik. Sudahlah dia tak berapa suka kucing. Tambah pula, dah pukul sebelas lebih. Nak dekat tengah malam dah.
Maira menapak keluar dari bilik mak. Sekali lagi dia menjengul ke pintu. Kucing coklat itu sudah tiada. Macam misteri pula. Kini, mata Maira meliar. Takut jika kucing itu masuk kembali ke dalam bilik. Memang tidur tak lenalah mek ni nanti. Tiba-tiba, dia teringat akan kejadian yang sama seperti malam ini.

            ~Imbas kembali, beberapa bulan yang lepas~
“UIT, jauh menung,” Afifi menegur Maira yang asyik termenung di buaian taman. Mengalahkan pungguh merindukan bulan. Pergh, bermadah kau. Eheh.
“Mana ada jauh. Aku ada kat depan kau kan. Apa hal?”
Maira menghayun buaian perlahan. Afifi pula duduk di buaian sebelah. Pagi-pagi macam ni, jarang ada budak-budak di taman. Semua pergi sekolah. Nak pandai semuanya kan. Bakal peneraju negara. Tsk!
“Aku balik jogging tadi. Tak sengaja nampak kau kat sini. Itu yang datang kacau. Kau fikir apa?”
Maira diam. Perlukah dia menjawab soalan Afifi? Afifi adalah jirannya. Rumah dia hanya beberapa langkah sahaja dari rumah Maira. Rumah mereka hanya rumah kampung sahaja dan jarak dari rumah ke rumah yang lain bukannya jauh pun. Taman permainan ni pun hasil kutipan dana dari penduduk kampung, untuk anak-anak dia orang juga. Tak adalah budak-budak merayap di tempat berbahaya.
“Tak ada fikir apa. Otak aku kosong sekarang ni,” Afifi mencebik. Macamlah dia tak tahu mimik muka Maira. Dari kecil kot dia kenal Maira. Keluar rumah, dah nampak batang hidung Maira. Dia bersin pun, gadis itu boleh mendengar.
Cercite kat aku, Maira. Tadi, aku dengar mak kau ada cakap pasal kucing…”
Pantas sahaja kepala Maira ditala ke buaian sebelah. Apa lagi, terus berdekah Afifi ketawa.
“Dengan kucing Mak Wan tu pun kau takut. Apa daaa,” ejek Afifi. Maira menjeling Afifi tajam. Sekali aku lesing baru dia tau langit tu tinggi ke rendah, omel Maira. Inilah sebab dia malas layan Afifi. Ada sahaja yang buat dia sakit hati.
“Mulut kau kan. Orang lain makan nasi sedap, aku suap kau pasir nak? Bukannya takut, but shocked. Tetiba dia muncul, mahu aku tak terkejut,” Afifi berhenti ketawa. Dipandang wajah muram Maira.
“Relakslah, Maira. Kampung kita ni banyak kucing apa. Dia tengah cari kucing jantan, nak mengawanlah tu,” Kepala ayam betul. Maira mendengus.
“Diamlah kau. Pergilah balik. Dah bau semacam aje,” halau Maira. Asal nak alone sikit, dah ada yang mengacau.
Afifi tarik muka.
“Iyalah, aku balik. Petang ni aku nak balik Shah Alam dah. Tak dapatlah nak teman kau lagi,” Maira angkat kening. Macamlah dia hairan kalau Afifi tak ada. Dia dah biasa seorang diri pun. Forever alone gitu.
“Selama ni ada pulak kau teman aku ya. Dahlah, malas aku nak layan kau. Kau tak balik, aku yang balik,” Maira turun dari buaian. Dia melangkah ke rumahnya.
Afifi hanya memandang langkah Maira. Kemudian, dia sengih. Sejak dia jarang balik kampung, Maira semakin dingin dengannya. Dulu, kalau boleh tak mahu berenggang langsung. Ada sahaja mulut dia nak bercerita. Di kampung itu, hanya mereka berdua sahaja sebaya. Yang lain, ada yang dah kahwin… budak-budak lagilah ramai.

MAIRA meregangkan otot yang kelenguhan. Dah lama tak menatap laptop berjam-jam, memang ginilah jadinya. Abah punya pasal, terpaksalah dia tolong. Nak harapkan abah buat penyata akaun, mahunya sepuluh tahun tak siap. Sebagai graduan perakaunan, pastinya dialah yang menjadi sandaran abah bagi membuka akaun perniagaan abah. Boleh juga tahu untung ruginya.
“Dah siap ke?” tanya abah.
“Dah. Abah nak Maira fotostat sekarang ke?”
“Emmm, ikutlah. Bila-bila pun tak apa. Abah baru beli stock untuk bulan depan, guna untung bulan ni. Nanti jangan lupa catat,” Maira mengangguk. Abah berlalu ke bilik air.
Pernah dia memujuk abah untuk bekerja di mana-mana cawangan bank. Tapi, abah tak benarkan. Abah nak Maira tolong perniagaannya. Sudahnya, di rumahlah tempat Maira bekerja. Memanglah enjoy, tapi susah jugalah. Nasib baik ilmu yang dia belajar dulu cukup untuk membantu abahnya. Selalunya, hujung bulanlah Maira akan berteleku di hadapan laptop.
“Maira, Fifi ada bagitahu apa-apa tak masa dia balik hari tu?”
Kerutan dahi mula kelihatan.
“Tak ada pulak, mak. Kenapa?”
Maira menutup laptopnya. Diambil remote control TV di atas meja. Laju punat ‘ON’ ditekan. Drama kegemaran Maira mula ditayang. Forensic Heroes 3!
“Chik Gee cakap kat mak petang tadi, Fifi nak kahwin,” Maira melarikan bebola matanya.
Aksi Tuan Ko mengorat Madam berlalu bagaikan angin. Afifi nak kahwin?
Serious ke mak?”
“Betullah. Insha Allah, hujung bulan ni… Chik Gee dengan Ayah Nan nak pergi merisik. Katanya Chik Gee, perempuan tu orang Pulau Pinang,” Maira terangguk. Mak yang elok bersantai di kerusi malas dipandang kosong.
Mood nak tengok Forensic Heroes hilang terus. Dia menapak ke bilik. Samsung Galaxy Note 2 yang elok berbaring di katil, dicapai. Malas nak bercakap berhadapan dengan Afifi, dia sekadar menaip whatsapp. Sekarang kan zaman sudah maju.
Maira : Mak cakap kau nak kahwin. Betul ke?
Tak sampai seminit. Bip!
Afifi : Ha’ah. Kau ikutlah pergi merisik nanti. Kalau nak ikut, kau text aku. Boleh aku book ticket untuk kau sekali. Ibu cakap mak dengan abah kau pun nak ikut.
Maira mengeluh.
Maira : Kau pun pergi sekali ke?
Afifi : Tak tahu lagi. Kalau ikutkan aku malas nak pergi. Tapi, ibu nak aku ikut jugak.
Maira : Malaslah aku nak pergi. Tapi, nanti aku duduk sorang pulak kat rumah. Tak nak aku. Kucing tu datang lagi, mana aku nak lari. -.-
Afifi : Kucing aje pun. Bukannya biawak. Nukkk… :p
Afifi seperti mengharap dia pergi. Tapi, sanggup ke dia? Maira terkilan sebenarnya kerana sahabat baik dia tak maklumkan pada dia dulu. Mungkin sikap dingin Maira sejak dua menjak ni tak menentu membuatkan Afifi takut kot. Afifi kan memang tak suka tengok Maira dingin.
Whatsapp Afifi dibiarkan tak berbalas. Akal Maira sedang merangka sejuta satu alasan. Mana mungkin dia ikut serta rombongan itu. Mahunya bernanah hatinya melihat bakal isteri Afifi. Tipulah jika sepanjang mereka berkawan… Maira langsung tidak menyimpan perasaan pada Afifi. Mananya tak jatuh hati. Wajah Afifi yang kerap kali muncul di hadapannya sebelum lelaki itu menetap di Shah Alam kerana bekerja.
Shah Alam dengan Melaka. Jauh juga tu. Memang jaranglah Afifi pulang ke kampung. Ini yang nak dirisik Afifi nun di Pulau Pinang. Lagilah jauh. Maira bukannya tak mahu meluahkan perasaannya pada Afifi. Dia cuma takut, persahabatan mereka akan tergugat. Afifi pernah cakap padanya.
‘Kita kawan ajelah eh, Maira. Aku tak nak simpan apa-apa perasaan pun kat kau. Nanti, kau jemu pulak asyik tengok muka aku aje. Aku pun nak juga tengok muka baru. Ini tak, hari-hari… muka kau aje yang aku nampak. Tak berkembang betul.’
Ketika itu, Maira cuba berlagak biasa. Padahal, hatinya bukan main sentap lagi. Terkadang, dia terfikir… patutkah dia sayangkan Afifi lebih dari sahabat? Kini, dia pasti. Maira sepatutnya menganggap Afifi sebagai kawan sahaja. Lelaki itu sendiri sudah pilih jalan hidupnya. Kenapa tak dia move on? I can do it! Jerit hati Maira.

            ~Kini~
“SAYA sayangkan awak jugak. Awak janganlah risau sangat. Lagi seminggu aje,” tutur Afifi. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Maira berjalan perlahan. Kawasan rumah Afifi sudah penuh dengan khemah dan meja-kerusi. Sengaja Ayah Nan pasang khemah awal. Tidak mahu kelam kabut. Punya excited anak sulung nak kahwin, dia terus beli khemah, kerusi dan meja. Tidak mahu sewa. Pertama kali adakan kenduri kahwinlah katakan. Siapa yang tak teruja?
“Okeylah, awak. Nanti kita berbual lagi. Bye, love you,” Sempat lagi Afifi mengucup dada telefonnya. Tanda memberikan ciuman.
“Ehem,” Maira berdehem. Dilabuhkan punggung ke buaian. Dihayun perlahan buaian itu. Mata ditala ke arah budak-budak yang rancak bermain bola sepak.
“Apa? Jealous?”
Eeuuww, tak kuasa aku. Berdebar tak? Lagi seminggu nak jadi suami orang,” Afifi tergelak.
“Gila tak berdebar. Siang malam aku practice nak akad tahu. Ingat lelaki tak ketaq ke?” Keluar sedikit slang Pulau Pinang. Maira senyum.
“Aku tahulah. Selalu aku baca novel, pengantin lelaki mesti cuak. Semua nak dengar lafaz akad…”
Tangan Maira mencengkam bahu Afifi tiba-tiba.
“Fi, tulah kucing coklat yang aku cakap. Kau tengoklah,” Afifi memandang ke arah yang ditunjukkan Maira.
“Woi!” jerkah Afifi. Terangkat bahu Maira.
Budak-budak yang sedang bermain bola sepak terhenti.
“Fi, kau tengoklah. Menakutkanlah,” Maira masih belum berpuas hati selagi Afifi tidak melihat kucing coklat itu.
“Maira!”
Maira tersentak. Dia terasa bahunya digoncang. Cengkaman tangan di bahu Afifi dijatuhkan perlahan.
“Kenapa kau jerit kat aku?” soal Maira polos. Afifi melepaskan keluhan berat.
“Can you stop your childish imagination? That chocolate cat was just your illusions. Just an hallucination. Get it?” Maira terpinga-pinga. Apa maksud Afifi?
“Fi, aku nampak. Betul,” Maira menegaskan sekali lagi.
“Maira, jom ikut aku,” Afifi menarik lengan Maira. Naik bengang pula Afifi menariknya selamba. Yang dia pegang itu anak dara orang, bukannya bini dia. Haish!

AFIFI berhenti di satu kawasan berumput. Ada aliran sungai di sekitar situ. Maira memandang Afifi pelik.
“Maira, bangunlah dari mimpi kau. Cuba kau tengok ni,” Afifi menunjukkan permukaan tanah yang agak meninggi. Ada satu papan terpacak disitu. Rumput mula menutup tanah merah itu.
Mata Maira tertancap pada papan yang terpacak. Pushi!
“Fi, apa ni?”
“Kau cuma nampak bayang-bayang Pushi aje, Maira. Ingat lagi tak, kucing kesayangan kau. Dia mati sebab kena langgar mati dengan lori,” Maira terduduk. Dipegang papan itu erat. Air mata mula menujah ke pipi.
“Betul ke aku cuma nampak bayang-bayang dia aje, Fi? He’s look at me like he knew me. I can’t forget that eyes. It was so shining,” rintih Maira. Afifi hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak menyangka Maira akan jadi begini. Mungkin, gadis itu terlalu rindukan Pushi… kucing pertama dan terakhir yang dibela Maira.

MAIRA menatap gambar Pushi yang telah diframekan. Dia yakin kucing coklat itu bukan ilusinya. Kenapa Afifi tidak mahu mempercayainya? Maira sudah menerima hakikat Pushi sudah tiada. Sejak Pushi ditemui mati abah di tepi jalan lagi. Tidak mungkin dia berhalusinasi. Malah, kucing coklat itu langsung tidak menyerupai Pushi yang badannya lebih kepada warna orange.
Tanpa Maira sedar, mak dan abah sedang berdiri di pintu bilik. Mata masing-masing bergenang air mata. Mungkin mengenang nasib anak gadis mereka yang satu ini.
“Sampai bila kita nak biar Maira terus macam tu, bang? Saya tak sanggup lagi,” ujar mak pada abah ketika di ruang tamu.
“Abang pun tak tahu. Budak-budak mula mengejek Maira. Cuma, Maira sahaja masih dengan dunianya. Nan ada minta abang hantar Maira berjumpa dengan psychologist. Abang tak sanggup pulak,” abah mengeluh kecil.
“Kita tengoklah dulu, bang. Mungkin, Maira sembuh sendiri nanti,” cadang mak. Abah hanya mengangguk.

“ASSALAMUALAIKUM, pak cik,” Abah yang sedang menunduk memeriksa enjin kereta pelanggan, mendongak.
“Waalaikumsalam. Nak repair kereta ke?” Lelaki itu tersenyum.
“Bukan, pak cik. Saya, Ikmal. Saya datang nak cari Umaira. Boleh saya jumpa dia?”
Abah merenung lelaki yang ingin bertemu dengan anak gadisnya dari atas ke bawah. Seperti Ikmal buat salah sahaja. Tubuh tegap Ikmal dipandang tanpa jemu. Dibenak abah, memuji ketampanan Ikmal. Berkulit cerah, hidung mancung terletak… dan yang penting, bulu mata Ikmal agak lebat. Persis Maira.
“Ada apa Encik Ikmal nak jumpa anak pak cik?”
Ikmal mengeluarkan kad namanya. Diberikan kepada abah kad itu. Membulat mata abah saat itu.
Psychologist?” Ikmal mengangguk perlahan.
“Tapi…”
“Ada apa, Syam?” celah Ayah Nan yang tiba-tiba muncul di bengkel abah.
“Nan, kau ke yang tolong panggil Encik Ikmal ni?” Ayah Nan kerutkan dahi. Tidak pernah pula dia perasan lelaki segak ini di mana-mana.
“Taklah. Encik Ikmal datang ni, siapa yang hantar?”
Ikmal senyum lebar.
“Saya datang atas kerelaan saya sendiri. Pak Cik Nan tak kenal lagi saya lagi? Anak Helmi Osman, bekas doktor kat klinik pekan sana,” Ayah Nan tergelak. Kini, dia sudah ingat.
“Ya Allah, Hariff ke ni? Semakin segak Hariff sekarang ni. Pak cik pun sudah tak perasan,” Memang betullah Ikmal Hariff, anak Helmi yang pernah bekerja dengannya dulu di kliniknya. Hampir-hampir dia terlupa.
“Kau kenal ke, Nan?” tanya abah.
“Apanya tak kenal. Dia ni anak Doktor Helmi kat klinik aku dulu tu. Kau ingat tak, Hariff yang suka kacau Maira dulu sampai menangis budak Maira dibuatnya. Inilah dia,” Abah melopong. Ikmal tersengih.
“Subhanallah. Baru aku ingat. Besar dah Hariff rupanya. Tadi, dia sebut nama dia Ikmal. Manalah nak perasan,” Ikmal menggaru dahinya. Sedar akan kesilapannya.
Ikmal langsung tidak menyangka dua lelaki tua ini masih ingat padanya. Hampir tiga belas tahun juga dia tinggalkan Melaka kerana mengikut babanya yang terpaksa bertugas di Kuala Lumpur. Sehinggalah sekarang, baru dia tergerak hati untuk kembali ke sini. Niatnya ingin bertemu dengan Umaira Hisyam. Budak hingusan yang sering diusiknya dulu.
“Hariff lama ke kat sini?” soal Ayah Nan.
“Tak confirm lagi, pak cik. Kalau ikutkan, saya singgah tiga hari aje. Kebetulan ada seminar kat UTeM, itu yang sampai juga kat sini,” balas Ikmal ramah.
“Kira Hariff ingat lagilah kat Maira walaupun dah lama pindah KL,” Ikmal sengih dengan usikan Ayah Nan.
“Maira ada kat taman depan tu. Petang-petang macam ni, dia selalu lepak kat buaian sana,” Ikmal menoleh ke taman. Matanya dapat menangkap susuk tubuh Maira.
“Terima kasih, pak cik. Nanti kita berbual lagi ya. Saya nak tegur Umaira sekejap,” Abah dan Ayah Nan mengangguk serentak.

“HAI, Umaira…”
Maira melemparkan senyuman. Tapi, senyumannya mati melihat bukan Afifi yang menegurnya. Rindu pula dia dengan Afifi hari ini.
“Boleh saya duduk?”
“Ikut suka. Tapi, nanti Fifi datang… awak kena bangun,” Ikmal terkesima. Namun, dia tetap melabuhkan punggung ke buaian bersebelahan dengan Maira.
“Umaira sihat? Dah lama abang tak kacau Umaira. Semakin cantik anak dara pak cik Hisyam ni,” Maira hanya senyum nipis.
Kenangan dibuli Ikmal masih melekat di mindanya. Dia tidak akan melupakan setiap usikan kasar Ikmal kepadanya dulu. Disebabkan lelaki itu juga, dia hampir putus sahabat dengan Afifi. Malas pula dia melayan mamat di sebelah dia ini. Orang yang ingin temui, tidak pula kunjung tiba.
“Nampak saya sakit ke?”
“Tak, you still look cute like before. Cuma, kurang satu aje. Sejak bila Umaira berhenti ambil gula? Banyak pula makan asam, monyok aje muka Umaira,” kata Ikmal, cuba bersenda.
Maira senyum senget. Dia berpaling ke belakang. Kenapa Afifi lambat pula petang ni? Selalunya, waktu macam ni dah tercongok kat sini. Sebal hatinya berdua dengan Ikmal. Malas dia ingin melayan lelaki itu. Umaira mula mengangkat punggung.
“Umaira tunggu Afifi?”
Maira diam. Ikmal menahan rasa. Matanya terpandang pada jari runcing Maira yang sedang bermain dengan seutas rantai. Dia mula memerhatikan tindak tanduk Maira. Jantungnya berdegup laju. Dipandang mula raut gelisah Maira. Wajah putih bersih itu nampak suram. Sudah muncul eyebag di mata gadis itu. Dah macam mata panda. Tiada riak ceria yang dipamerkan.

ABAH menentang pandangan telus Ikmal. Mak hanya diam. Permintaan Ikmal agak berat untuk mereka. Ikmal kelihatan berharap. Tapi, apa pula penerimaan Maira nanti? Bolehkah dia menerima Ikmal dalam hidupnya? Abah dan mak sangat jelas dengan kebencian Maira pada Ikmal.
“Keadaan Umaira semakin teruk, pak cik, mak cik. Dia tak tidur ikut masa. Saya takut, satu hari Umaira akan mencederakan diri dia sendiri. Masa tu, dah terlambat untuk kita ubatkan dia,” Abah pandang mak, mak juga turut pandang abah.
“Kami tak boleh terus nak putuskan, Hariff. Kena juga tanya pendapat Maira. Dia yang nak berkahwin. Bukan kami…”
Kalau ikutkan hati, abah dan mak hendak terima sahaja pinangan Ikmal. Cuma, mereka takut Maira tidak akan bersetuju. Gadis itu masih mendambakan kehadiran Afifi. Sudah setahun Afifi meninggal dunia akibat kemalangan. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan, Maira mengalami tekanan.
Dia sering berilusi Afifi masih berada dekat dengannya. Abah dan mak tahu, kehadiran kucing coklat yang sering Maira ceritakan… membawa petanda. Mungkin, itu merupakan petunjuk untuk Maira agar gadis itu mengerti bahawa Afifi, sahabat kesayangannya sudah tiada di dunia ini. Maira masih hidup dengan kenangan arwah Afifi sebelum dia meninggal dunia. Dunia di mana Maira dan arwah Afifi selalu bergurau senda… usik mengusik.
“Pak cik dengan mak cik cubalah pujuk Umaira dulu. Kalau tak berjaya jugak, saya akan guna cara saya,” putus Ikmal. Dia betul-betul ikhlas ingin memperisterikan Maira. Dia sanggup tidak berkahwin walaupun usianya sudah mencecah dua puluh lapan tahun. Semata-mata ingin menunggu Maira.
“Insha Allah, kami cuba,” Ikmal mengukir senyuman. Dia berharap sangat hajatnya akan tercapai. Dalam masa yang sama, bolehlah dia membantu pulihkan Maira.

~Setahun kemudian~
Umaira Hisyam,
Disaat kau baca surat lapuk aku ni, mesti aku dah selamat jadi suami orang. Aku dah tak boleh nak layan kau macam selalu. Nanti isteri aku cemburu. Maafkan aku, Maira. Aku tak berniat langsung nak tinggalkan kau. Dah takdir kita, kau bukan milik aku dan aku bukan milik kau. Tapi, kau kena janji dengan aku. Sepanjang aku tak ada dengan kau, kau jangan nangis eh. Buruklah muka kau nanti. Takut pulak orang nak masuk meminang. Hehe… gurau jerk.
Umaira Hisyam,
Aku tahu kau pernah suka abang Hariff. Aku tahu kau mesti nak sangkal kan. But, please. Don’t do it, this time. Just for me, kau terimalah abang Hariff. Aku dah bagitahu dia yang kau suka dia. Maafkan aku sekali lagi, Maira. Aku cuma nak kau bahagia. Aku yakin abang Hariff boleh buat kau bahagia. Tengoklah dulu, bukan main lagi kau benci abang Hariff. Akhirnya, jatuh cinta jugak. Bertahun kau tunggu dia kan.
Maira,
Janji dengan aku. Kau mesti jadi sahabat aku dunia akhirat. Kau ajelah teman sejati aku, Maira. Tak ada siapa yang mampu jadi kawan sesempurna kau. Itu sebabnya aku nak kau terus jadi sahabat aku. Hubungan cinta pasti buat kita merana. Sastera tak ayat aku. Biarlah! Aku yang tulis… tapi kau yang baca. Hihi… Okeylah, Maira. Got to go. Selamat Pengantin Baru untuk aku!
Sahabat setiamu,
Fifi yang comel
Maira melipat kembali surat yang semakin lunyai itu. Acap kali dia membaca surat terakhir arwah Afifi itu. Berat hatinya untuk melepaskan sahabat baiknya itu pergi. Namun, dia harus menerima qada’ dan qadar Allah. Sudah ketentuan-Nya, Ahmad Afifi Hakim pergi menghadap-Nya dahulu, siapalah dia ingin menghalang. Belum pun sempat arwah Afifi menjadi seorang suami, dia telah menemui ajalnya.
Maira sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana sanggup menahan malu dek dicemuh mempunyai anak ‘tak betul’. Maira juga bersyukur kerana dia sudah tersedar dari mimpinya sendiri. Bayangan arwah Afifi sering menghantuinya. Akhirnya, kisah kucing coklat yang masuk ke dalam biliknya terjawab. Itu petunjuk untuk Maira agar dia sedar bahawa dia sedang hidup dalam bayangan.
Teringat pula pada mimpinya dulu, Afifi membawanya ke kubur Pushi. Mungkin itu juga adalah salah satu petunjuk untuknya.
“Sayang,” Maira menyapu air mata di pipi. Dia cuba mengukir senyuman. Surat peninggalan arwah Afifi dimasukkan ke dalam laci.
“Dah lama abang sampai? Maaf, Maira tak sedar,” Maira bersalam dan mencium tangan suaminya.
It’s okay. Sayang sihat hari ni?” Ikmal mengusap kepala Maira.
“Sihat, alhamdulillah. Abang?” Ikmal membaringkan badannya ke tilam. Matanya memandang syiling yang bercahaya.
Idea Mairalah itu, menampal bulan dan bintang di syiling. Setiap kali lampu ditutup, pasti bulan dan bintang itu bercahaya. Ikmal mengisyaratkan agar Maira berbaring di sebelahnya. Maira senyum. Dia menjatuhkan kepala ke lengan sasa Ikmal yang sedang mendepa. Matanya turut ditala ke syiling. Sengaja dia membiarkan bilik gelap. Hanya diterangi cahaya lampu tidur yang malap itu sahaja.
“Abang akan sihat kalau Umaira abang sihat,” Maira tergelak. “Sejak sayang preggie ni, sayang makin comellah. Anak perempuan kot sayang kan. Muka mama dia, berseri semacam aje,” Ikmal mencuit lembut hidung mancung Maira.
“Kan Maira dah pesan, jangan minum air gula banyak sangat. Terlebih manis dah hah,” Ikmal ketawa. Dia mengiring ke kanan. Tangan kirinya dibawa ke perut Maira yang sudah membukit, dah masuk tujuh bulan pun.
“Abang sayang Umaira,” ucap Ikmal romantis. Tidak pernah dia terlupa untuk meluahkan rasa kasih dan sayangnya pada Maira.
“Maira pun sayang abang…”
Ikmal menghela nafas perlahan. Dia sebenarnya tidak yakin dengan ucapan sayang Maira. Ucapan itu macam tiada perasaan. Sedangkan dia? Menggunung tingginya sayang dan cinta untuk isterinya. Terkadang, hanya kerana hal ini… mereka bergaduh. Ikmal masih belum yakin Maira sudah lupakan perasaannya pada arwah Afifi.
“Macam tak ikhlas aje,” cebik Ikmal.
“Umaira sayangkan abang sangat-sangat. Abang ada tempat di hati Maira sampai bila-bila. Insha Allah, hati Maira hanya untuk abang,” Ikmal tersenyum puas. “Terima kasih sebab sudi jadi suami, doktor dan imam untuk Maira. Esok abang teman Maira beli barang-barang baby eh,” Ikmal mengangguk. Dihadiahkan ciuman di dahi Maira.
Dengan usaha Ikmal, sedikit demi sedikit Maira mula sedar dari bayangannya. Setiap hujung minggu, pasti dia akan ke pusara Afifi. Setiap kali itu juga, air matanya bagaikan hujan yang turun. Betapa dia sayangkan insan yang bergelar sahabat baiknya. Dulunya, mereka berkongsi masalah, gembira dan sedih bersama. Kini, insan itu telah pergi jauh darinya.
Hampir-hampir sahaja Maira menjadi gila. Syukur Alhamdulillah, Allah telah menghadiahkan seorang lelaki yang mampu menjaga dan mendidiknya. Dan pastinya semua itu lebih barakah kerana lelaki itu adalah suaminya. Kekasih halalnya. Tiada had yang diperlukan untuk mengubati penyakit Maira. Ikmal Hariff juga seorang imam yang mampu membimbing Maira ke arah kebaikan . Insha Allah.
Firman Allah bermaksud :
            “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (al-Quran yang mewajibkan taat kepadanya).” – (Al-Anfal: 20)

TAMAT

6 comments:

  1. ok... Uat lagi cerpen akak ♥

    ReplyDelete
  2. Saya nak share di page DK.... Tq

    ReplyDelete
  3. Best la cerpen ni sampai nak nangis pun ada bila Maira baca surat Afifi tu. sedih sangat. cuma tak faham macam mana Ikmal boleh jatuh cinta dengan Maira dan macam mana Maira boleh hatuh cinta dengan ikmal padahal dia kan benci Ikhmal.

    ReplyDelete