Thursday, 22 May 2014

e-novel : Pearl Episode 8


Assalamualaikum… Hye!

Your pearl was here darlings! :D. so, this is for episode 8. fyi, Pearl akan ditamatkan pada episode 10. inshaAllah. Tinggal lagi dua episode sebelum berakhirnya Pearl. Huhu. Sedih pulak nak tamatkan Pearl ni. enovel pertama yg bakal habis dulu. L. Harap semua okeylah untuk episode kali ni. macam merepek sikitlah. Haha. Tapi, apapun nilah Pearl. SELAMAT MEMBACA! :D.
********************
EPISODE 8
Bunyi pancuran di dalam bilik air, meresahkan Adelin. Sejak pulang dari rumah SM Mahadi dan Mak Lela di Manjung tadi, Fariz hanya diam sehinggakan Adelin sendiri takut untuk menegur dan berbual. Sudah lebih setengah jam, Fariz di dalam bilik air. Adelin yang menunggu di sofa berdekatan jendela pula yang tidak senang duduk.
Semestinya Fariz marahkannya kerana merahsiakan tentang kerjaya lamanya itu. Salah dia juga kerana tidak berterus terang. Encik Thohier dan Puan Aida juga tidak pernah mengungkit soal itu ketika bersama Fariz. Adelin tidak pula meminta baba dan ibunya turut merahsiakan hal itu.
“Nak buat apa ni? Bodoh jugak aku ni pun. Yang tak bagitahu senget tu dah kenapa? Bukan aku buat salah pun, kan,” omel Adelin sendirian sambil mengetuk dada Samsung Galaxy Note 3nya.
Adelin menjerit kecil tatkala matanya menangkap Fariz sedang merenungnya pelik di birai katil. Erk? Mulalah dia tidak boleh duduk diam.
“Errr… awak nak turun bawah ke?”
Soalan itu tidak berjawab. Sebaliknya, laju sahaja Fariz meninggalkan Adelin yang termangu sendiri itu. Haih, keluar macam tu saja? Pintu bilik hotel yang tertutup itu dipandang Adelin kosong. Fariz merajukkah? Pelik pula kerana lelaki itu tidak memarahinya. Betullah kata orang; lebih baik dihamburkan sahaja kemarahan itu daripada terus berdiam sahaja. Rasa macam segalanya tak kena.
*****
Terpampang nama Hadi di dada Iphone Fariz. Sengaja dihubungi sahabat baiknya itu. Kakinya melangkah ke meja makan di bawah pokok rendang. Agak jauh dari pengunjung lain. Jauh di benaknya, dia teringin ke sini bersama Adelin. Tetapi, mengenangkan dia masih sukar untuk menerima kebenaran yang diketahuinya pagi tadi… dilupakan sahaja hajat itu. Dia perlukan masa untuk bersemuka dengan Adelin.
“Hello, Di,” sapa Fariz terlebih dahulu.
“Hah, muncul pun kau. Call aku kenapa? Adelin tak nak layan kau ke?”
Dahi Fariz berkerut. Apa pulalah yang Hadi merepek ni?
“Bukanlah. Saja aku call kau. Macam mana kes tu? Okey?” Hadi dihujung talian ketawa.
“Weh, agak-agaklah kau ni. Tengah honeymoon pun, boleh fikir pasal kerja. Kau balik sini nanti aku bagitahulah. Kalut bebenar,” balas Hadi dengan ketawa yang masih bersisa.
“Entahlah, Di. Mood honeymoon pun dah hilang rasanya,” kata Fariz tidak bersemangat.
“Dah kenapa kau ni? Korang bergaduh ke? Alah, benda biasalah gaduh-gaduh ni. Macamlah kau dengan Adelin tu pernah berbaik. Kau tu suami, kenalah mengalah sikit,” tebak Hadi.
Fariz mendecit perlahan.
“Melalut pulak kau ni. Pagi tadi aku pergi rumah mak angkat aku. Tak sangka pulak ada hikmahnya aku pergi sana…”
“Cuba cerita kat aku apa yang jadi. Aku tak faham ni. Hikmah apa pulak dah,” Fariz mengeluh kecil.
“Adelin… bekas cyber crime officer di LA. Kebetulan, ayah aku tu kenal dengan baba Adelin. So, automatiklah sekali si Adelin tu dia kenal. Aku tak faham kenapa Adelin tipu aku, Di,” beritahu Fariz jujur.
What? Seriously? Eh, macam tak percaya pulak aku. Adelin tu tak nampak macam polis pun. Kenapa dia berhenti?”
“Itu aku tak pasti. Aku sendiri pun belum tanya dia. Entahlah, Di. Aku tak boleh nak berdepan dengan dia sekarang ni. Banyak benda yang aku nak tanya dia, tapi tak boleh. Rasa macam batu terhempap kat badan aku ni. Benda ni terlalu mengejut,” Berat kepalanya memikirkan tentang itu.
“Relaks, Fariz. Buat sementara ni, jauhkan diri dari Adelin dulu. Selepas dah okey, baru kau berdepan dengan dia. Tak pasal jadi macam dulu. Mungkin ada sebab kenapa dia rahsiakan dari kau. Jangan pressure sangat diri kau tu,” nasihat Hadi lembut.
Cukuplah Fariz mengamuk pada Mutia dulu. Itupun sudah membuat Hadi meremang bulu roma sebaik teringat tentang kejadian itu. Fariz pantang jika ada sesuatu yang mencabar kemarahannya. Hadi tidak mahu sahabat baiknya itu kecundang lagi. Kejadian lima tahun lepas pun masih segar diingatannya ini. Hampir sahaja Fariz gila dek perasaan bersalahnya pada Mutia.
“Insha Allah. Okeylah, aku nak tenangkan fikiran aku. Pasal kes syarikat papa aku, balik nanti aku pergi cari kau…”
“Iyalah. Assalamualaikum,” Talian diputuskan. Fariz menjawab salam Hadi di dalam hati.
Disandar badan ke kerusi. Dipositifkan fikirannya sehabis mungkin. Matanya memandang ke laut. Deruan ombak memberikan ketenangan sedikit. Nampak gayanya esok jugalah mereka akan pulang. Segala rancangan Fariz semuanya terbatal. Dia sudah malas meneruskan lagi walaupun jauh di sudut hatinya dia mengharapkan percutian akan mengeratkan hubungan mereka. Sudahnya, hancur!


*****
BMW 5 series sedan hitam berhenti betul-betul di hadapan kediaman Adelin. Tindakan drastik si Fariz, esok paginya terus sahaja mereka pulang ke KL. Adelin hanya menurut tanpa berkata apa-apa. Dia bercakap pun, bukannya Fariz hendak mendengar. Membazir air liurnya sahaja.
“Dah sampai, turunlah,” kata Fariz dingin.
Adelin masih membeku di tempat duduk penumpang. Sit belt juga tidak ditanggalkan. Tiada ura-ura dia akan turun dari kereta Fariz. Matanya tepat pada side mirror.
“Tak nak,” Fariz ketap bibir. Degil pula perempuan sorang ni. Aku drag dia turun, baru ketahuan. Buat perangai macam ni, ingat aku nak layan kau ke. Sorry naik lori, omel Fariz di dalam hati.
“Sementara aku bercakap secara baik ni, lebih baik kau ikut aje. Kau nak aku drag kau keluar ke?”
Whatever it is I’ll stay here,” Adelin bersuara tegas, nekad tidak berganjak. Dipeluk tubuh tanda dia tidak akan mengalah.
“Kau jangan cabar aku, Adelin. Okey, kau nak sangat aku drag kau kan. Boleh,” Sit beltnya dibuka. Fariz membuka pintu keretanya dan melangkah keluar untuk membuka pintu Adelin.
Dibuka pintu itu dan badan Fariz menjengul masuk ke dalam kereta sedikit untuk membuka sit belt Adelin.
That black car followed us. Dari highway tadi lagi,” maklum Adelin. Kepala Fariz berpusing ke kanan. Hampir sahaja mukanya berlaga dengan muka Adelin.
Diambil kesempatan itu untuk menjeling ke belakang. Benar! Sebuah kereta Honda Civic hitam sedang terparkir tidak jauh dari rumah Adelin. Mahu tidak mahu, Fariz terpaksa membawa Adelin ke rumahnya. Baru sahaja hendak berperang, terganggu pula. Fariz kembali ke tempatnya.
Kereta dipandu agak laju. Sesekali matanya yang terlindung dengan kaca mata hitam itu mencuri pandang kereta hitam itu melalui cermin pandang belakang. Siapa punya kerjalah ni? Dia tidak terus pulang ke kondonya sebaliknya kereta dipandu masuk ke kawasan IPD, tempat kerjanya. Hanya cara itu sahaja boleh mengaburkan mata si pengekor.
Iphone di dashboard diambil Fariz. Ditekan dada telefon, mencari kenalan yang boleh membantunya ketika ini.
Hello, Luq. Aku kat bawah. Turun sekarang,” arah Fariz tegas. Dimatikan talian tanpa menunggu balasan dari pihak sana.
Adelin hanya diam di tempatnya. Dibuka mulut nanti, ada pula langau garang yang menjeling. Huh! Beberapa minit kemudian, muncul Lukman di sisi kereta Fariz.
“Ada apa, tuan?”
“Kau hantar aku balik rumah, Luq. Use that car,” Jari telunjuk Fariz menunjukkan kereta MPV hitam yang berlencana polis, elok terparkir di bawah pokok.
“Okey, tuan. Sekejap, saya pergi ambil kunci,” Lukman berlalu masuk ke balai kembali.
“Musuh awak ke saya?”
“Apa?”
That black car. Tapi, rasanya musuh awaklah kan. Selalu sangat sakitkan hati orang, sahlah ada musuh,” tebak Adelin selamba.
“Mulut tu jangan melebih. Aku tinggal kau kat sini, nak?” marah Fariz. Adelin menggeleng. Ish, tak mahulah dia tidur dalam lokap. Rela lagi dia ditinggalkan di tepi jalan. Ditebalkan juga muka dia yang cantik ini mengikut Fariz balik kondo.
*****
Adelin membelek telefon bimbitnya. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Mata kirinya juga kerap berkelip-kelip. Semoga tiadalah perkara yang buruk berlaku. Tidak mahu membebankan kepalanya, dia membuka galeri gambar di mana menyimpan gambar-gambarnya dan juga anak angkatnya, Chiya. Rindu pula pada kanak-kanak berusia empat tahun itu. Sudah beberapa bulan, dia tidak menjenguk Chiya di rumah pengasuh kanak-kanak itu walaupun dia ada pulang ke kampung dua bulan lepas.
Lukman memandang ke belakang sejenak. Aura pergaduhan mula dirasai di tempat duduk belakang. Takkanlah keluar bercuti bersama, semakin tidak baik pula hubungan orang atasannya itu. Matanya ditala ke sebelahnya pula. Lukman berdecit di dalam hati. Macam manalah boleh terlupa hendak kenalkan mamat mata biru ni pada Fariz.
“Tuan, lupa pulak saya nak kenalkan police officer yang tengah siasat kes Eclipe’s Holding ni. Saya kenalkan, Carl. Carl, yang kat belakang kau tu, ASP Fariz,” Carl menjenguk ke belakang.
Orang pertama yang ditangkap matanya adalah Adelin. Adelin? What a shock situation is this? Kemudian, barulah dia mengoles senyum kepada Fariz.
I’m Carl. Patutlah Ann tak layan I. Rupanya, ada jejaka Malaysia lagi kacak. Ann, what are you doing here? So, he’s your love one, huh,” Adelin mengangkat wajahnya. Pap!
Fariz pandang isterinya pelik. They know each other? Damn! Mustahil Adelin tak melayan, bukan main kacak lagi si Carl itu.
I’m Fariz. Kau kenal Adelin ke?”
Of course, we’re ex-teammate. I thought she never choose police officer as her boyfriend, but ASP for good? Great, Ann…”
Stop your nonsense, Carl,” balas Adelin keras.
Alright, dear. As you wish. So, who are trying to follow you guys? Eclipe’s enemy or both of you enemy?”
Maybe, my enemy,” Pantas Fariz bersuara. Nada suaranya juga langsung tidak menunjukkan mesra. Carl menoleh semula ke hadapan. Sempat hatinya memuji ketampanan Fariz. Memang sepadan keduanya.
Fariz mengerling Adelin di sebelah kanannya. Isterinya tampak biasa. Namun, Adelin kelihatan resah. Sebab Carlkah dia resah? Haish! Hendak menyoal, Adelin pasti menyangka dia cemburu. Ohoi, sejak bila kau consider pasal semua tu, Fariz oi. Sebelum ini, main terjah saja.
*****
Adelin membawa langkah ke jendela, langsir yang menutup cermin kaca itu ditarik. Biar cerah sedikit ruang tamu ini. Fariz pula terus meluru ke bilik sebaik tiba tadi. Nampak gayanya, kembali dinginlah hubungan mereka berdua. Deringan telefon menyedarkan Adelin yang mengelamun di tepi jendela.
Handphonenya di atas meja dicapai. Sebelum menjawab, dia melihat dahulu gerangan si pemanggil. Ibu Sayang! Kenapa pula ibunya menelefon?
“Assalamualaikum, ibu…”
“Waalaikumsalam. Adel ada di mana? Perak lagi?” soal Puan Aida, suaranya kedengaran cemas.
“Tak, ibu. Adel baru aje sampai KL. Kenapa, ibu?”
Fariz keluar dari biliknya dan menghala ke peti sejuk. Tin coke dikeluarkan, diteguknya air bergas itu. Matanya memerhati Adelin di ruang tamu.
“Adel bertenang ya. Chi… Chiya…”
“Kenapa dengan Chiya, ibu? Dia demam ke?” celah Adelin, tidak sabar. Ibunya pula seperti susah untuk memberitahunya.
“Bukan. Chiya ada kat hospital sekarang. Ibu dan baba pergi rumah pengasuh Chiya, rumah tu bersepah. Mina pun tiada. Kami… jumpa Chiya, Adel. Dia pengsan di tingkat atas. Kami bawa pergi hospital. Doktor sahkan Chiya kena… rogol,” Mendengarkan itu, Adelin terduduk di karpet.
Chiya, what? Dirogol?
“Allahuakbar. Bi… bila?”
“Pagi tadi. Adel balik sini ya. Chiya wanna meet you and Fariz badly. She misses both of you very much,” kata Puan Aida, bernada sebak.
Adelin diam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air mata sahaja yang laju mengalir di pipi. Chiya baru sahaja berusia empat tahun, masih kecil. Teganya si pelaku itu. Puan Aida mematikan talian setelah hampir beberapa Adelin mendiamkan diri. Pasti susah untuk anak perempuannya itu menerima hakikat ini.
Fariz yang sedang berdiri di sisi kaunter dapur, Adelin pandang.
“Awak, saya nak balik kampung. Sekarang,” Fariz pandang isterinya pelik.
Siapa Chiya? Wait, Chiya! Raisya?
What’s going on, Adelin? What happen to Chiya?” Fariz meluru ke arah Adelin yang kelihatan menggeletar itu.
Someone… raped her, Fariz. Saya nak balik kampung. Please,” rayu Adelin sambil mencengkam kedua belah lengan suaminya.
Okay, let me take my bag first,” Fariz pantas ke bilik. Pergaduhannya dengan Adelin perlu diletak tepi terlebih dahulu. Apa yang penting, mereka harus menemui Chiya secepat mungkin.
Chiya atau Nur Raisya binti Abdullah. Seorang kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan oleh penjaga Chiya sendiri untuk dijaga oleh Fariz dan Adelin setahun yang lalu. Disebabkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka mengupah seorang pengasuh yang dipercayai untuk menjaga Chiya. Kadang-kadang, Encik Thohier dan Puan Aida sendiri yang menjaga Chiya. Namun, beberapa minggu ini keduanya sibuk sehinggakan tidak sempat untuk melawat Chiya.
Malang tidak berbau. Pengasuh yang dipercayai juga sudah hilang. Kanak-kanak yang masih kecil itu pula yang menjadi mangsa rogol. Persoalannya, siapa si keparat itu? Di mana pengasuh Chiya, Mina?
*****
Tiba sahaja di hospital, Fariz dan Adelin bergegas ke wad Chiya. Untung sahaja penerbangan awal dari KL ke Bayan Lepas masih sempat mereka kejar. Encik Thohier pula awal-awal sudah menghantar seorang pemandu ke lapangan terbang Bayan Lepas untuk menjemput Fariz dan Adelin. Keadaan kesihatan Chiya yang semakin merudum, memerlukan pasangan itu tiba dengan segera.
“Ibu,” Adelin menerpa Puan Aida di hujung katil Chiya. Fariz pula bersalam dengan bapa mertuanya yang berdiri di tepi tingkap bilik itu.
“Chiya, mummy dan daddy Chiya datang,” maklum Puan Aida lembut di tepi telinga kanak-kanak itu.
Chiya membuka mata perlahan. “Mummy,” Adelin menyapu air matanya sebelum mendapatkan Chiya. Dipeluk anak kecil yang berbaring itu.
“Hai, mummy’s sweetheart. How are you?”
“Mummy, Chiya sa… sakit,” rintih Chiya. Allahuakbar! Lemah lutut Adelin mendengar rintihan itu. Sebelum ini, wajah comel Chiya ceria sahaja ketika Adelin membuat video call. Kini, pucat dan mata pula merah. Pasti Chiya menangis sakan.
“Iya. Mummy kat sini. Daddy Chiya pun ada. Daddy,” Adelin panggil Fariz dengan mata berkaca. Lagi lama dia memeluk Chiya, semakin lebat air matanya nanti. Dia tidak mahu Chiya melihatnya begitu. Dia memberi ruang kepada Fariz.
Fariz duduk di birai katil. Kepala Chiya diusap. Dia merenung wajah comel itu seketika. Sungguh, dia terlupa akan Chiya. Dia menginginkan kehadiran anak untuk dibelai, untuk ditumpahkan kasih sayang. Namun, dia alpa mereka sudah punya Chiya untuk mereka pelihara. Terbit perasaan bersalah di dalam diri Fariz. Jarang-jarang sekali dia mengambil berat tentang anak itu.
“Daddy kat sini, Chiya. Chiya sayang daddy tak?” Chiya angguk lemah. “Kalau sayang daddy, Chiya kena kuat. Sakit tu tak lama. Nanti Chiya dah sihat, daddy bawa Chiya balik. Nak?” Angguk lagi.
“Chiya nak ikut daddy. Tak nak duduk sini,” sayu Chiya bersuara.
“Okey. Tapi, ada syaratnya. Chiya kena senyum, baru comel. Dah comel, daddy tak bolehlan nak tinggalkan Chiya lagi,” Sedaya upaya Chiya mengukir senyum.
Fariz usap kepala Chiya sehingga terlena anak kecil itu.
“Mina pergi mana, baba?” tanya Adelin setelah pasti Chiya sudah tidur. Encik Thohier geleng kepala.
“Semua pakaian termasuk barang-barang dia masih ada. Orangnya baba sendiri tak tahu pergi mana. Tapi, baba dah buat report. Polis sini tengah buat siasatan. Rumah Mina pun ada polis yang jaga. Mana tahu Mina balik, senang sikit,” jelas Encik Thohier.
“Motif apa dia orang pecah masuk rumah, baba? Merompak?” Fariz pula yang menyoal sambil tangan menepuk lengan Chiya.
“Tiada motif rompakan. Semua barang-barang berharga masih di tempatnya. Cuma, Chiya sahaja… hmmm,” Dibuang pandang ke luar tingkap. Encik Thohier terkilan kerana tiba agak lewat.
Menurut siasatannya sendiri, si keparat tak guna itu baru sahaja meninggalkan rumah Mina ketika mereka tiba di situ. Malam itu elok sahaja dia dan isterinya berbual dengan Chiya. Anak itu bukan main ceria. Sakan pula bercerita itu ini. Puan Aida sendiri masih tidak boleh menerima kejadian yang menimpa Chiya.
“Fariz nak pergi sana. Adelin, apa-apa berlaku nanti, call,” Adelin sekadar angguk.
Semua di situ tidak pula menghalang Fariz bertindak ke rumah pengasuh Chiya. Mungkin semuanya juga mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Puas juga Encik Thohier dan Puan Aida memujuk Chiya untuk menceritakan detik itu, namun Chiya seakan-akan keliru. Budak empat tahun, manalah tahu apa-apa.
*****
Telefon bimbit diletakkan di atas kabinet. Mutia senyum sinis. Tidak tergambar perasaannya ketika ini. Nasib baik dia tidak jadi berangkat ke LA, boleh juga meraikan kemenangan ini. Soffi yang perasan akan raut wajah Mutia resah. Perkara jahat apa lagi yang dilakukan Mutia? Setelah lima tahun, Mutia kembali ke bumi Malaysia… masih wujudkah Pearl di dalam diri wanita itu?

Soffi mengunci dirinya di dalam bilik. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas katil, didail nombor seseorang.
“Ren, what happened?” Soffi terus menyapa seseorang yang dipanggil Ren itu. Wajahnya keruh sebaik mendengar butir bicara Ren di hujung talian.
“Allahuakbar. Dia di mana sekarang?” soal Soffi kepada Ren. “Thanks, Ren. I’ll call you again, later. Just inform me the news every hour, okay?”
Talian dimatikan. Keluhan terbit di bibir Soffi.
“Tia, apa kau dah buat ni? Aku sangka kau dah berubah. Kau memang kejam, Tia,” Soffi berbicara sendiri. Dikepal penumbuk menandakan dia terlalu geram.
*****
~Imbas kembali,  setahun lalu~
Soffi bergegas mendapatkan Ren yang sudah menunggu di dalam kereta. Sebelum itu, dia memastikan dahulu tiada sesiapa yang mengekorinya. Setelah pasti tidak diekori, dia memboloskan diri ke dalam kereta yang di sewa oleh Ren untuk kegunaan mereka di Los Angeles.
“I dah siapkan semuanya. Are sure Tia does not saw you?”
“Ya. Jom cepat. I tak nak orang-orang Tia perasan,” Ren menurunkan brek tangan. Cekap dia memasukkan gear dan menekan pedal meninggalkan kawasan perumahan Mutia.
“Kenapa you sanggup buat semua ni, Opie? You orang kanan Tia as in her bestfriend. You tak rasa ke you dah belot kawan baik you sendiri?”
“Sebab dia kawan baik I, I terpaksa buat macam ni. Chia can’t stay with her anymore, Ren. I’ve take her to her father. It’s safer than live with her mother who always beat her. I tak boleh biarkan Chia terus didera, Ren,” Ren mengeluh.
Memang satu kerja gila apa yang dirancang Soffi itu. Entah kenapa, dia hanya menurut sahaja rancangan teman wanitanya untuk menculik anak perempuan Mutia. Puas juga dia melarang, namun Soffi tetap berkeras. Sejak kecil lagi, Soffi menjaga Mutia walaupun Soffi sendiri masih kecil ketika itu.
Arwah nenek Mutia mengambil Soffi dari rumah anak-anak yatim untuk dijadikan teman dan juga penjaga Mutia. Beberapa orang bodyguard dilantik untuk melatih Soffi agar Soffi dapat terus melindungi cucu kesayangannya. Kini, Soffi telah berubah dan dia mahu Mutia juga berubah.
So, you memang betul-betul nak serahkan Chia pada ayah dia? Sanggup ke ayah Chia terima anak dia ni?” Soffi pandang Chia diribanya. Diusap pipi anak kecil itu penuh kasih. Lebam di lengan tembam Chia dipandang seketika.
“I lebih rela Chia dibela ayah dia. Terima atau tidak, kita cuba aje. Sekurang-kurangnya, I tahu Chia selamat di samping ayah kandung dia. I kenal sangat dengan Ian. Dia lelaki yang baik, Ren. Kalau bukan dia jaga, mesti dia akan upah pengasuh,” ujar Soffi, yakin.
“I rasa better you tak payah bagitahu Ian pasal Chia. Maksud I, you just mintak dia tolong jagakan aje. At least, Ian takkan cari Tia lagi,” Soffi angguk.
Betul juga kata Ren. Kini, dia cuma risaukan Mutia. Apa agaknya reaksi sahabatnya saat mengetahui anaknya hilang. Sudah tentu Mutia akan mencarinya untuk mengadu. Kehadiran Soffi di LA langsung tidak diberitakan kepada Mutia. Hasratnya ke sini adalah untuk menculik Chia, semestinya Mutia mengesyakinya akan kehilangan Chia.
*****
Chia ditukarkan menjadikan Chiya. Dipanjangkan harakatnya. Soffi dan Ren berpura-pura sebagai penjaga kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Ketika mereka terserempak dengan Fariz, lelaki itu sedang menjamu selera dengan seorang perempuan di sebuah restoran.
Memandangkan mereka takut peluang sebegini terlepas, dikuatkan hati untuk meneruskan rancangan mereka. Soffi dan Ren menghampiri pasangan yang sibuk berbalas kata itu di meja yang terletak di hujung restoran.
“Assalamualaikum,” sapa Ren.
Fariz dan Adelin mendongak. Terhenti pergaduhan mereka.
“Waalaikumsalam. Ya?” jawab Fariz.
“Boleh kami duduk?” Fariz hanya mengangguk. Isyarat diberi kepada Adelin agar bertukar tempat. Lambat-lambat Adelin menurut, ditarik kerusi di sebelah Fariz dan dilabuhkan punggung di situ.
“Terima kasih,” ucap Soffi. Kain yang menutup muka Chiya dibuka sedikit. Lena sungguh Chiya tidur. Penat berceloteh agaknya.
“Maafkan kami sebab mengganggu date awak berdua. Saya, Ren dan ini teman wanita saya, Soffi. Kami sebenarnya ada hajat,” Fariz dan Adelin angkat kening serentak.
Hajat apa pula?
“Hajat?” Soffi yang berhadapan dengan Adelin menunduk.
“Sebelum tu, maafkan kami sekali lagi. Bukan niat kami untuk mengganggu privasi awak berdua, tapi kami terpaksa. Hanya awak, Inspektor Fariz yang dapat membantu kami. Awak seorang polis, oleh itu kami yakin Chiya akan selamat bersama awak,” ujar Soffi, seperti skrip yang sudah dirangka sejak dua hari lalu.
“Apa maksud awak?”
Soffi pandang Ren.
“Kanak-kanak perempuan di atas riba teman wanita saya ni, Chiya. Dia anak kepada kawan kami. Tapi, kami dapat tahu ibu Chiya ni selalu dera dia. Sebab tulah, kami nekad larikan Chiya daripada ibu kandung dia. Kami harap sangat inspektor terima Chiya…”
Fariz dan Adelin saling berpandangan. Aik, anak segerakah?
I can’t understand what are you talking about, Encik Ren. Why me? I don’t have any relationship with… what… Chiya? I think both of you meet the wrong person,” balas Fariz, penuh kepelikan.
But, you’re the best person to take care of her. We know that you can do it. Because,  you’re policeman. Chiya will safe with you,” Ren masih belum mengalah untuk meyakinkan Fariz.
Adelin merenung Chiya di riba Soffi. Comel! Dipandang pula Fariz di sebelahnya. Didekatkan bibir ke telinga lelaki itu.
The baby was so cute. Jagalah. Tak payah susah-susah saya bagi awak anak,” bisik Adelin selamba. Fariz menjeling Adelin tajam. Buang tabiat agaknya si minah senget ni.
Setelah menimbangkan baik buruknya, Fariz mengangguk setuju. Hampir sahaja Adelin melompat dek gembira. Matanya tidak boleh lepas dari raut comel Chiya. Ren memberikan sebuah fail yang mempunyai semua butiran Chiya. Sanggup mereka mengambil risiko menyerahkan dokumen yang mempunyai nama ibu Chiya. Lega hati mereka apabila Fariz tidak membuka fail itu. Atau, dia langsung tidak berminat.
*****
~Kini~
Almari baju milik Mina diselongkar. Habis satu rumah Fariz mencari sesuatu yang boleh dijadikan objek yang boleh membawanya kepada si keparat durjana itu. Laci terakhir dibuka kasar, segala fail-fail bertaburan di lantai. Fariz menunduk mengambil fail-fail itu. Kemudiannya, dia bergerak ke ruang tamu. Lebih selesa untuk membelek fail-fail itu.
Satu per satu fail dibeleknya. Tiada pula yang berkaitan dengan kes ini.
“Tuan,” Seorang lelaki yang berpakaian seragam mengangkat tabik kepada Fariz. Fariz pandang lelaki itu pelik.
“Kau kenal aku ke?”
“Ya, tuan. Tuan pernah menjadi ketua pelatih saya tahun lepas. Tuan, ini fail yang kami jumpa,” Fail rona coklat itu bertukar tangan.
Fariz membuka simpulan di tengah-tengah fail itu. “Kau boleh pergi?” Sebelum melangkah, anggota polis itu mengangkat tabik sekali lagi.
Mata Fariz jatuh pada sebaris nama yang tercatat pada dokumen di tangannya. Salinan surat beranak Chiya! Tiba-tiba tangan Fariz menggeletar. Rahangnya bergerak-gerak tanda kemarahannya memuncak. Nama ibu Chiya dibaca berulang kali. Diteliti semula dokumen itu. Nama itu tetap juga sama, Mutia Imani binti Fauzi!
“Ya Allah, apa semua ni? Dugaan apa yang Kau turunkan padaku? Allahuakbar. Chiya anak kandung aku, Ya Allah. Dia anak aku,” Setitis air mata jatuh di atas dokumen itu.
Deringan telefon mengganggunya. Melihat sahaja nama Adelin terpapar di skrin, dia pantas menjawab.
“Awak, datang hospital sekarang. Chiya masuk ICU,” Hanya itu sahaja yang mampu Fariz dengar.
Tanpa tertangguh, dia mendapatkan pemandu yang dilantik Encik Thohier sepanjang keberadaan dia dan Adelin di sini. Dia mahu bertemu Chiya, anak kandungnya. Chiya tidak boleh mati! Tidak!



to be continued…

5 comments:

  1. waaa kesian chiya... Please akak, jnganlah dia kna rogol.. kesiannya, smbng lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. laju balqiz baca. chiya dah dirogol pun. huhu. :(.

      Delete
  2. Siannyaaa....betul2 konflik .....aduh.....xsabar nk tau pengakhiran cerpen ni.....mkin sesak nafas

    ReplyDelete