Sunday 25 May 2014

e-novel : Pearl Episode 10 Part 1



Assalamualaikum... Hye!

Pagi! CIA post episode 10 part 1 dulu eh. tak boleh nak concentratelah. inshaAllah, paling lewat untuk entry penuh, lewat malam ni. sorry sangat-sangat. otak jammed tengah jalan. bercelaru dah. mentang-mentang dah last kan. haha. tapi, enjoylah part 1 dulu ya since CIA dah janji nak buat entry Pearl pagi ni. untuk entry penuh maybe ada perubahan di part 1 ni, bila otak dah kembali berfungsi dengan betul. haha. apa pun, tinggalkan komen eh. kot-kot CIA boleh ubah sikit ke. sorry tau. SELAMAT MEMBACA! :D.

******************************

EPISODE 10 (LAST) - Part 1
Soffi renung wanita di hadapannya itu. Riak wajah itu kelihatan tenang. Entah mengapa, dia berasa selesa untuk berbincang dengan wanita itu seperti setahun yang lalu. Dia agak kagum dengan Adelin. Pertama kali bersua dengan wanita itu, hanya wajah ceria sahaja ditayangkan. Seperti tiada apa-apa masalah sedangkan dia tahu fikiran Adelin pasti penuh dengan tanda tanya.
“Boleh Soffi bagitahu saya apa yang Soffi nak cakapkan? Chiya’s waiting me,” Adelin bersuara apabila Soffi hanya berdiam dan menilik wajahnya.
Sorry, I just can’t stop adoring you. Whenever the problem is getting harder… you still calm. Awak sanggup terima Chiya even tak tahu asal usul dia. Awak pernah buka dokumen kelahiran Chiya?” Adelin geleng.
Tidak pernah pula dia terfikir untuk menilik dokumen itu. Fail yang diserahkan oleh Soffi dan Ren dulu juga tiada ditangannya. Fariz tinggalkan fail itu kepada Mina memandangkan dokumen itu diperlukan jika Chiya jatuh sakit atau ada apa-apa yang berlaku kepada anak itu.
“Kenapa dengan dokumen tu? Tak pernah terlintas pulak nak tengok. Saya cuma tahu nama sebenar Chiya aje. Yang lain, tak pulak saya tahu,” Soffi senyum nipis.
“Awak tahu siapa ibu kandung Chiya?” Adelin geleng lagi. “Ian pernah buka dokumen tu?” Soalan demi soalan Soffy menyoal, inginkan kepastian.
I don’t think so. Dokumen tu kami terus serahkan pada pengasuh Chiya. Tapi, rasanya dokumen tu dah balik ke tangan Fariz. Kenapa?”
You should ask him about Chiya. Maybe, he know it,” kata Soffi, mula bermain tarik tali.
“Dia takkan bagitahu saya, Soffi melainkan dia dah ready untuk saya tahu pasal sesuatu perkara tu. Just be frank to me. You may believe me, Soffi,” Adelin menggunakan serangan psikologi.
Soffi mengeluh kecil. Masalahnya, dia tidak mahu mengaibkan Fariz dan Mutia. Namun, hal ini turut melibatkan Chiya. Lambat laun, pasti Adelin akan mengetahuinya juga. Tidak sampai hati pula dia ingin terus berahsia. Melihatkan keadaan Adelin yang sentiasa tenang itu, membuatkan dia berkobar-kobar untuk memberitahu Adelin tentang Chiya.
Okay, I’ll trust you. Awak kenal Mutia kan?” Adelin angguk. “Dialah ibu kandung Chiya. Saya yang culik Chiya sebab Mutia selalu memukul Chiya. Semuanya sebab nak membalas dendam kepada bapa kandung Chiya. Dia tidak boleh terima kehadiran Chiya, memandangkan Chiya bukan anak yang sah tarafnya. Mutia diperkosa dek perbuatan dia sendiri yang cuba bermain dengan api…”
Adelin mengangkat tangannya, meminta Soffi berhenti seketika.
“Mutia buat apa?”
Soffi berdehem. Adelin adalah kakitangan Eclipe’s Holding, pasti dia mengetahui tentang Pearl. Serba salah pula dia ingin menjawab soalan itu. Namun, demi masa depan Chiya, dia harus membongkarnya juga. Maafkan aku, Mutia, Ian.
“Mutia dan Pearl adalah orang yang sama. Pearl bermaksud mutiara seperti nama dia juga, sebab itulah Mutia guna nama Pearl untuk mengugut keluarga Tan Sri Lutfi. Dia tak boleh terima kematian papa dia. Tapi, awak pun mesti tahu qada’ dan qadar hidup kita ni kan. Kalau dah ajal, pasti akan mati jugak. Arwah papa dia ditembak di depan mata dia sendiri, jadi dia cuba appoint sesiapa yang boleh dia salahkan untuk kepuasan diri sendiri,” Soffi berhenti seketika.
Dia menyerahkan sampul surat coklat kepada Adelin.
“Ini bukti segala perbuatan jahat Pearl, lima tahun dulu. Ian pernah nak hapuskan bukti-bukti ni sebab dia ingat Pearl takkan kembali ke sini lagi. Ian cuba hilangkan jejak Pearl, tak mahu polis terus menyiasat pasal kes tu. Dia sendiri yang menutup kes Pearl. Semuanya kerana dia tak nak keluarga dia tahu yang Pearl tu Mutia, anak tunggal kawan baik Tan Sri Lutfi,” jelas Soffi lagi.
Adelin membuka sampul surat itu. Beberapa keping gambar berjaya menarik minatnya. Fariz dan Mutia kelihatan mesra di dalam gambar itu. Sekeping gambar yang terjatuh, mendebarkan hati Adelin. Ditahan perasaannya agar tidak terus melatah. Soffi terdiam seketika.
“Jadi, Fariz adalah… ayah kandung Chiya?” Nak tak nak, Soffi menganggukkan kepalanya. “No wonder, he starts to care about Chiya. Tan sri dan puan sri tahu tak pasal ni?”
“Tak. Tiada siapa yang tahu pasal ni selain saya, Ren, Mutia, Hadi, Ian dan awak. Ian bukannya hantar Mutia ke LA sebab ingin menutup perbuatannya, tapi dia tak nak Mutia terus melakukan kesalahan. Tan sri dan puan sri dah anggap Mutia macam anak dia orang sendiri, apa agaknya  akan berlaku kalau kebenaran ni terbongkar…”
“Di mana Mutia sekarang ni?”
Soffi menggeleng. Sudah beberapa hari Mutia tidak pulang. Puas sudah dia menelefon Mutia, namun talian tidak dapat disambungkan. Ren juga gagal menjejak Mutia.
“Sekarang ni, semua bukti dah ada ditangan awak. Awak buatlah apa yang awak nak, Adelin. Saya tak sanggup lagi nak simpan semua ni. Ian dah sedar kesalahan dia. Salah Mutia jugak sebab mencabar kesabaran Ian masa tu. Tapi, boleh saya tahu apa hubungan awak dan Ian? Saya tak rasa hanya teman tapi mesra,” Adelin angkat kening. Disimpan kembali gambar-gambar ke dalam sampul.
Malu pula untuk terus menatap gambar perlakukan tak senonoh suaminya itu. Dulu! Ugh!
“Dia suami saya. Dah masuk dua tahun perkahwinan kami,” Soffi terpempan. Suami?!
“Errr… awak okey ke? I mean, gambar-gambar ni?”
It’s okay. Known him for two years, more than enough for me to understand him, Soffi. At least, I know he’s changed,” Walaupun dia agak sukar untuk menerima perbuatan Fariz pada Pearl itu, dia cuba untuk memahami tindakan suaminya pada ketika itu.
I know it, Adelin. You’re understandable women. Tapi, saya tak jamin Mutia akan berdiam. Hah, sebelum saya terlupa. Ren bagitahu saya, Dr Raihani adalah orang upahan Mutia untuk menipu laporan kesihatan Chiya. So, I think you should take Chiya to the hospital once again. Mungkin, Chiya bukan dirogol,” Mendengarkan itu, Adelin hembus nafas lega.
Betapa gembiranya dia jika itulah kebenarannya. Tak sabar pula dia ingin bertemu Chiya. Mutia… Mutia. Sanggup merancang untuk merosakkan anak sendiri.
Thank you, Soffi for this evidence. I’ll give this to Fariz. Petang ni, Fariz akan bertolak ke LA untuk selesaikan kes Eclipe’s Holding yang berkait dengan pihak sana. I think he also should have this,” Soffi senyum.
Sebaik mungkin, Adelin menjaga emosinya. Dia faham sangat akan perasaan Adelin itu. Isteri mana yang sanggup menerima hakikat, anak yang disayanginya itu merupakan anak suaminya bersama perempuan lain. Salah dia juga yang menyerahkan Chiya pada Fariz dan Adelin tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur.
*****
“Mummy, are you okay?” Suara lembut Chiya menyedarkan Adelin dari lamunannya. Hilang terus imbauan pertemuannya dengan Soffi tiga hari yang lepas.
“Mummy okey, sayang. Chiya nak apa ni? Nak susu?” Chiya angguk.
Adelin bangun dari sofa. Dia menghala ke dapur untuk membancuh susu untuk Chiya.
“Mummy, I miss daddy so so much,” adu Chiya, sayu. Mukanya kelihatan sedih. Betul-betul rindulah tu.
“Rindu daddy? Nah, your milk. Jom, kita call daddy eh,” Mereka kembali ke ruang tamu.
Telefon bimbit di meja, diambil. Adelin membuat panggilan video. Tadi, Fariz ada menghantar sms mengkhabarkan dia sudah tiba di Malaysia dan kini sedang menyambung kerjanya di IPD. Beberapa minit mendail, tiada jawapan dari Fariz. Chiya yang berbaring di riba Adelin, melarikan jemarinya ke permukaan telefon. Gambar mereka bertiga diletakkan sebagai wallpaper.
“Emmm, nanti mummy call daddy lagi ya. Kita tengok video daddylah. Nak?” Laju Chiya mengangguk.
Tangan Adelin bermain di dada telefon, rakaman video yang diambilnya ketika Fariz bermain Chiya dibuka. Diberikan handphone itu kepada Chiya. Setiap malam sebelum tidur, pasti Chiya akan menonton video itu terlebih dahulu. Jika tidak, dia tak boleh tidur lena. Sekejap, sekejap… mengigau.
Daddy so handsome. Mummy, I love him. Chiya sayang daddy,” Dicium permukaan Samsung Galaxy Note 3 itu.
Adelin senyum. Rindu sangatlah tu jika begini gaya Chiya. Daddy ni pun satu, anak dia dah rindu tahap gaban ni… boleh pula tidak menelefonnya. Mummy pun dah rindukan daddy. Tsk. Dipandang Chiya diribanya, tidur sudah kanak-kanak itu. Botol susu bersaiz besar itu dia alihkan. Chiya memeluk erat handphonenya.
Terbit keluhan kecil dari mulut Adelin.
She’s really your daughter, daddy. Hmmm,” Perlahan-lahan, Adelin mengangkat tubuh Chiya untuk dibaringkan di katil.
“Mama… don’t beat me,” rengek Chiya perlahan. Adelin menepuk-nepuk peha Chiya. Tapak tangan kanannya dilekapkan ke dahi anak itu untuk menenangkan Chiya dari terus bermimpi buruk.
“Shhh, mummy tak ada kat sini, sayang,” Adelin mengusap parut di dahi Chiya lembut.
Dia sendiri masih terfikir, dahi itu terluka kerana apa. Tega sungguh Mutia mencederakan darah dagingnya sendiri. Sanggup pula mengupah orang untuk merogol Chiya. Untung sahaja, lelaki yang diupah oleh Mutia itu masih punya hati perut. Laporan kesihatan Chiya semalam, betul-betul melegakan hatinya. Chiya disahkan tidak dirogol. Cuma, dia mengalami trauma sedikit dek kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.
*****
Hadi mundar mandir di ruangan menunggu wad kecemasan hospital di ibu negara itu. Jantungnya bagai mahu terkeluar, membayangkan sahabat baiknya itu sedang bertarung nyawa di dalam wad kecemasan itu. Telefon bimbit lelaki itu juga kerap berbunyi. Dia tidak sampai hati dia mahu menjawab. Sudahnya, ditukar ke silent mode.
“Tuan Hadi, semua dah selesai. Tuan Fariz macam mana?” Muncul Lukman di ruangan itu.
“Alhamdulillah, selesai jugak. Dia masih di dalam. Dah tiga jam, tak ada pun sesiapa yang keluar masuk. Carl mana?”
“Dia pergi uruskan hal Mutia. Keluarga Tuan Fariz macam mana pulak? Takkan kita tak boleh bagitahu dia orang? Ini dah tahap kecemasan, tuan. Kalau jadi apa-apa pada Tuan Fariz, kita yang disalahkan nanti. Lagipun, kes kita dah selesai,” Hadi mengeluh.
Bukan dia tidak mahu menghubungi ahli keluarga Fariz, tetapi Fariz sendiri yang mahu hal ini dirahsiakan. Mereka masih punya empat hari lagi jika mengikut perancangan sebenar. Entah macam mana, tiba-tiba sahaja perjalanan mereka pulang ke IPD dihalang. Segalanya yang berlaku pada malam ini, seperti mimpi. Mimpi di alam realiti.
*****
~Beberapa jam yang lalu~
“Tuan, ada kereta yang menghalang di depan,” maklum Lukman yang menjadi pemandu pada malam itu.
Fariz, Hadi dan Carl mengintai ke luar. Benar, sebuah kerete jenis MPV sedang melintang di tengah jalan. Masing-masing sudah bersiap dengan senjata mereka, sebagai langkah berjaga. Ditambah dengan keadaan malam yang gelap dan jalan pula sunyi. Mereka sendiri yang memilih untuk pulang ke IPD mengikut jalan lama, tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya.
“Memang tak boleh nak patah baliklah, tuan. Ada kereta yang block kat belakang,” beritahu Lukman lagi. Wajahnya sudah berkerut seribu. Ya Allah, Kau lindungilah kami. Amin.
“Jomlah keluar. Manalah tahu umpan mengena malam ni, kenyang kita,” Fariz berkata tenang. Dia mengulas senyum.
Hadi dan Carl yang memahami maksud itu turut tersenyum. Gelaran polis yang disandang tidak pernah mengajar mereka untuk menjadi pengecut. Seorang polis yang berjaya, pasti sanggup menempuh apa jua keadaan. Biarpun risikonya tinggi, hidup mati mereka bukan ditentukan oleh ‘pemangsa’ di luar sana. Hanya Allah s.w.t. yang berhak mengambil nyawa seseorang itu.
Penuh keberanian mereka melangkah keluar dari kenderaan mereka yang juga berjenis MPV itu. Empat orang lelaki bertubuh tegap yang serba hitam itu sudah siap menunggu dengan senjata masing-masing. Raut wajah mereka bengis sekali. KL gangster pun kalah beb.
“Di, kalau apa-apa jadi kat aku… kau tolong sampaikan pesanan aku pada Adelin. Aku sayang dia sangat-sangat. Sekalipun aku terkorban malam ni, jangan pernah kau beritahu keluarga aku,” Hadi tergamam seketika. Apa maksud Fariz?
“Jangan merepeklah, Fariz. We’re here. Aku bagi amaran kat kau, jangan tinggalkan Adelin. Aku sendiri yang bunuh kau nanti,” Carl beriak serius. Amarannya itu bukan sekadar amaran kosong.
“Apalah korang ni, waktu-waktu macam ni pun dok merepek entah apa-apa,” sampuk Hadi.
I mean it, Hadi, Carl. Tolong aku jaga Chiya sekali,” Hadi dan Carl saling berpandangan. Tiada nada gurauan pada suara itu.
Mulalah hati mereka tidak sedap. Namun, mereka nekad. Terbang ke Los Angeles, berempat dan pulangnya juga harus dalam bilangan yang sama.
How was your daughter, ASP Fariz? Is she okay?” Mata Fariz tajam memandang susuk tubuh yang berada tidak jauh darinya itu.
Don’t you dare to hurt her, Mutia. She’s your daughter too,” Mutia gelak, penuh kepura-puraan.
“Aku kisah apa? Dia bukan anak aku. Tak ingin aku mengaku dia anak akulah kalau bapak dia tu adalah kau,” bentak Mutia.
“Huh, tapi kau lahirkan dia jugak. Kenapa kau tak gugurkan aje kalau kau memang tak suka dia?”
“Bodoh. Kau ingat aku nak sangat ke simpan budak tu. Semuanya sebab kau. Aku simpan semata-mata kerana kau. Kau nak tahu kenapa? Sebab aku boleh bunuh kau melalui dia. Tapi, Soffi tak guna tu dah bawak lari anak haram kau tu. Kononnya, nak berubah. Aku relalah tak ada kawan daripada ada pengkhianat macam dia,” Seperti orang tak betul sahaja, Mutia menghamburkan kemarahannya.
Tudung yang selama ini menutup rambutnya, sudah hilang! Mutia masih kekal sebagai Pearl rupanya. Fariz kepal penumbuk. Namun, kesabaran dia masih menghalangnya untuk terus menyerang Mutia. Setiap orang yang mengawasi mereka sudah siap sedia untuk menarik picu, peluru juga menunggu untuk menerkam mangsanya.
Hadi, Carl dan Lukman berganjak, langkah demi langkah ketika Fariz cuba berbalas kata dengan Mutia.
“Aku bukan hantar kau ke LA untuk kau rancang semua ni, Mutia. Bukan kau seorang yang menderita, tapi aku jugak. Aku pernah cakap kat kau dulu, aku takkan pernah lupakan apa yang dah aku buat pada kau. Sikit pun memori tu tak hilang. Aku cuma nak kau sedar, Chiya langsung tak ada kaitan dalam hal ni. Dia masih budak-budak, tak tahu apa-apa,” Tenang sungguh Fariz bersuara.
Dia tidak mahu emosi Mutia terganggu dan melakukan perkara di luar kesedarannya. Penyiasatan mereka dengan pihak Los Angeles membawa mereka kepada sepasang suami isteri, Mr Juan dan Mrs Wenny yang merupakan doktor yang merawat Mutia selama Mutia berada di sana.
Dek terganggu oleh kisah silam yang buruk, emosi Mutia terganggu. Dia tidak boleh berfikir secara rasional. Otaknya dikawal dengan pemikiran yang tidak waras. Minda Mutia berinteraksi secara luar sedar di mana pasangan suami isteri itu mengesahkan, Mutia mungkin mempunyai cara pemikiran penjenayah. Criminal mentality! Otak Mutia hanya memikirkan sesuatu perlakuan jahat.
“Siapa Chiya? She’s Chia, not Chi-ya. Kau memang sengaja mencabar aku kan, Ian. Memang aku tak suka budak tu, tapi aku tak sangka kau sanggup suruh Adelin tak guna tu jaga dia. Dasar perempuan murahan,” Nafas Fariz turun naik, rahangnya juga bergerak-gerak.
Sebaik lidahnya melafazkan akad, Adelin Annisa adalah isterinya yang sah. Detik itu, dia juga sedar Adelin merupakan tanggungjawab terbesar untuk dia bimbing. Mungkin dia tidak menunjukkan dengan perbuatan memandangkan mereka sering sahaja berlainan pendapat. Namun, itu tidak bermaksud dia tidak menyayangi Adelin. Biar dia seorang sahaja yang berkata buruk pada isterinya, bukan orang lain.
Orang itu memang mencari nahas jika mulut mereka sesuka hati ingin mengutuk Adelin. Memang silap besar jika dia yang mendengar kutukan itu, habis dia kerjakan.
“Sudahlah, Mutia. Aku dah penat nak melayan sikap gila kau ni. Mutia yang aku kenal dulu, dah hilang. Untuk membunuh kau sekarang ni pun, aku sanggup ambil risiko. Jangan pernah kau kacau keluarga aku. Aku takkan benarkan kau sentuh dia orang walau secalit pun. Sekalipun kau bunuh aku, kau takkan pernah rasa puas. Sebab, kau terlalu ego, Mutia. Ego dengan diri kau sendiri,” Mutia gelak sinis.
Ditarik pistol yang terselit di bootsnya. Ditala pistol ke arah Fariz, tangannya juga bersedia untuk menarik picu. Seperti tadi, Fariz cuba tersenyum. Hadi dan Carl semakin menjauh dari Fariz. Lukman pula bersiap sedia di sisi MPV.  Hanya dua orang di antara empat orang bodyguard Mutia yang menggunakan pistol. Dua orang lagi pula cuma memegang pisau lipat sahaja. Memudahkan sedikit kerja mereka.
“Apa maksud kau, aku ego… hah?”
“Arwah papa kau meninggal dunia sebab sudah sampai masa dia, Mutia. Orang tembak arwah uncle Fauzi dah pun terima hukuman dia. Kau kena belajar terima hakikat, Mutia. Tak semua benda dalam dunia ni kekal. Kau tembaklah aku, Mutia. Kalau bukan ditakdirkan aku mati malam ni, kau selamat dari hukuman berat. Tapi, kalau sebaliknya yang berlaku, aku redha. Sekurang-kurangnya, kau berjaya bunuh perogol yang dah merogol kau dulu,” Hilang senyum sinis di bibir Mutia.
Kemarahannya semakin meluap-luap, mendengar omongan Fariz itu. Iya, dia memang berniat ingin membunuh lelaki itu. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Fariz. Cinta dalam diamnya tidak pernah berubah. Dia memang berdendam kerana Fariz bertindak untuk memperkosanya walaupun dia berjanji akan mengalah. Namun, Fariz tetap juga menyeksanya.
Tapi, dia sendiri tidak faham. Kenapa masih ada rasa cinta untuk lelaki itu meskipun lelaki itulah merosakkan hidupnya sebegini? Kenapa?
“Aku benci kau, Fariz Ian!” jerit Mutia sepuas hati, melepaskan segala kemarahannya. Serentak itu, kedengaran juga bunyi dua das tembakan.
Semua di situ terpana dan tercengang. Mutia mengangkat wajahnya, mata yang terpejam dibuka. Tubuh Fariz sudah terbaring di atas jalanraya. Pistol di pegangannya dilemparkan, dia menerpa ke arah Fariz. Dipangku kepala lelaki itu. Air matanya laju mengalir di pipi.
“Ian… Ian… bangun!” teriak Mutia sambil tangannya menampar pipi Fariz. Namun, Fariz masih kaku.
“Fariz!” Hadi pula menghampiri Fariz yang sudah tidak sedarkan diri itu. Ditampar pipi sahabatnya itu berulang kali. “Bangun, Fariz. Adelin dengan Chiya tengah tunggu kau. Kau dah janji kan nak balik jumpa dia orang. Bangun,” Tanpa jemu Hadi cuba menyedarkan Fariz.
“Bukan aku… bukan aku yang tembak,” Kedua belah tangan Mutia menekup telinganya. “Tidak! Aku tak bunuh dia… aku tak bunuh!” jerit Mutia seperti orang tidak siuman.
Siren polis mula kedengaran. Carl yang sedang duduk di badan dua orang pembantu Mutia melepaskan nafas lega. Lukman juga berjaya menangkap dua orang lagi pembantu Mutia itu. Digari tangan kedua-duanya ke pemegang pintu kereta. Sebaik sahaja anggota polis menahan penjahat-penjahat itu, mereka terus melangkah mendekati Hadi.
Lelaki itu masih berusaha untuk menyedarkan Fariz.
“Fariz, bangunlah. Tak payah nak tidur sangat,” Kepala Fariz diribanya sambil tangannya tak berhenti-henti menampar pipi sahabat dunia akhirat dia tu.
“Tuan, ambulans pun dah sampai tu. Elok kita hantar Tuan Fariz ke hospital dulu,” kata Lukman.
Dia sudah memeriksa nadi dan juga degupan jantung Fariz, lelaki itu masih bernafas. Cuma, orang atasannya itu tidak sedarkan diri. Darah Fariz sudah mengalir di atas jalanraya. Pakaian Hadi juga penuh berlumuran dengan darah. Mutia meraung kuat tatkala seorang anggota polis perempuan cuba mendekatinya. Matanya tidak lepas memandang sekujur tubuh Fariz.


to be continued...

p/s : segala kekurangan, harap maaf. broadband dah dibayar. hehe. so, CIA akan teruskan update cerpen and enovel yang lain. InshaAllah. sorry sebab tak boleh post entry penuh lagi eh. miane!

7 comments:

  1. waa... hope akak blh uat last episod bagi panjng2 sikit, bagi mreka ada anak ke? hehehehe.. serius best ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope so. hehe. inshaAllah kalau ada rezeki depa. :D

      Delete
  2. I luv u so much kak nak peluk sikit muahhhh . Sumpah best ! Cpt eps akhir hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. love you too, dina. hug! muah. haha. inshaAllah. tak sabar dah nak tamatkan ni. :D

      Delete
  3. Ala ciputnya....harap hepy ending....bgla Chiya ada adik....baru best....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ciputlah, nak bagi suspens. :). doa banyak2 happy ending. :D

      Delete