Saturday, 17 May 2014

e-novel : Pearl Episode 6


Assalamualaikum... Hye!


first of all, sorry if i make a mistake. episode 6 too hard for me. it keep getting harder. so, i could have make a mistake without noticing it. i'm sorry. harap semua suka untuk episode kali ni. hehe. CIA pun tak reti sangat pasal siber ke jenayah ni plus term dia. cuma, tahu sikit plus google information ja. suka tak suka, boleh tinggal comment. CIA terima seadanya. :D. SELAMAT MEMBACA!

*****************
Episode 6
Kunci yang tersimpan di dalam laci meja solek diambil. Pintu bilik yang sudah lama tidak dijengah dibuka perlahan. Mata Fariz meliar memandang di setiap pelusuk bilik. Seribu satu cerita terkandung disetiap genap. Terasa lemah kakinya untuk melangkah masuk. Tetapi, digagahkan juga. Bilik yang berselarak itu masih kelihatan sama seperti lima tahun lepas. Kedudukan perabot dan juga segala benda di bilik masih di tempat yang sama. Tiada perubahan.
Fariz lelah sendiri. Memori lima tahun lepas umpama video yang ditayang kembali di fikirannya. Setiap apa yang berlaku menerjah bak peluru. Sungguh sukar untuk dibuang memori seperti virus yang berbahaya. Kini, segalanya bagaikan berulang kembali. Perbuatan jahatnya, satu persatu meresahkan jiwa. Pada siapa Fariz ingin mengadu kesakitan itu? Papa? Mama? Mustahil!
Tersedar akan kealpaannya, Fariz kembali mengunci pintu bilik itu. Dia berlalu ke bilik air untuk berwudhuk. Saban waktu dia berdoa agar dosa lampaunya diampunkan oleh Allah. Dia tidak mahu sejarah itu menjadi nanah di kemudian hari. Doanya agar Allah memberikan petunjuk, bagaimana harus dia menyelesaikan hal itu.
“Mutia, aku tunggu kat tempat biasa,” kata Fariz lantas mematikan talian.
Mahu atau tidak, dia perlu bersua dengan Mutia. Selagi mereka tidak berbincang, dia tidak boleh bertenang. Tambahan pula, kes ugutan terbaru kepada Tan Sri Lutfi bagaikan berhubung kait dengan Mutia. Dia tidak akan berdiam diri jika Mutia sekali lagi mahu mencari pasal.
Mutia merenung telefon bimbitnya. Mimpi apa Fariz menghubunginya. Siap mengajaknya bertemu lagi. Atau, sudah tiba masanya mereka bertemu empat mata. Pasti lelaki itu ingin mengetahui alasan dia kembali ke Malaysia. Sedangkan dulu, dia pernah berjanji tidak menjejakkan kaki ke sini lagi. Namun, hormon endorfinnya turut melonjak. Senang hatinya kerana dia memang merindui lelaki itu. Erk?
*****
Hampir tiga puluh minit, Fariz dan Mutia hanya diam. Masing-masing terkelu. Sudahnya, mereka hanya merenung tasik di hadapan mereka. Tasik yang kerap mereka kunjungi dulu di mana tasik itu boleh dilihat dari jendela apartment Fariz. Disebabkan itulah, Fariz jarang membuka langsir di apartmentnya. Dia tidak mahu mengimbau cerita lama.
“Sampai bila nak diam?”
“Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak sangka kau sanggup langgar janji yang kau buat dulu,” kata Fariz senada.
“Di sini dunia aku. Sejauh mana pun aku lari, aku rindukan tempat ni… negara kelahiran aku. Aku membesar di sini. Memang aku ada berjanji tapi janji belum tentu perlu ditepati,” balas Mutia, juga senada.
“Kenapa kau balik Malaysia?”
“Kenapa? Kau rasa?” Soalan berbalas soalan. “Aku rasa kau sendiri tahu, kenapa aku balik sini,” sambung Mutia.
“Kau nak balas dendam pada aku?”
Mutia senyum sinis.
“Tak silap aku, family kau masih tak tahu kan yang Pearl tu aku. Mesti dia orang ingat kau memang berkasih dengan Pearl. Paling menyedihkan, dia orang ingat Pearl dah mati sedangkan dia masih hidup,” Fariz memandang Mutia tajam.
Nada Mutia seperti sedang mengugutnya.
“Kau nak apa sebenarnya, Mutia? Just straight to the point when I ask you nicely…”
“Aku nak apa? Sepatutnya aku yang tanya soalan tu sebab kau yang ajak aku keluar,” Tidak semudah itu dia akan mengalah.
“Kalau tujuan kau balik sini semata mata nak membalas dendam, lupakan. Aku takkan pernah tunduk pada kau,” Mutia ketawa.
“Kau dah lupa, Ian? Apa yang kau dah buat pada aku dulu masih segar dalam kepala aku ni. Aku tak pernah lupa semua tu. Kau dah hancurkan hidup aku dan sekarang kau hidup senang lenang. Sedangkan, aku? Hidup dalam bayang-bayang aku. Kau memang tak pernah faham perasaan aku, Ian,” Fariz kaku.
Jadi, kepulangan Mutia adalah kerananya? Semata-mata? Memang sangat mustahil apabila difikir berkali-kali.
“Aku tak sengaja, Mutia. Aku tak berniat langsung nak hancurkan hidup kau. Tapi, kau yang memaksa aku. Apa perasaan kau kalau ada yang cuba mengganggu keluarga kau? Kau marah, kan? Lagipun, kau sendiri yang cari pasal,” ujar Fariz perlahan.
“Kematian papa aku disebabkan papa kau. Papa aku terbunuh sebab keluarga kau!” bentak Mutia.
“Tak! Uncle Fauzi meninggal dunia sebab nak selamatkan kau. Kau aje yang tak boleh terima hakikat sebenar. Kau yang ajak aku pergi tempat tu malam tu. Kau tak ingat?,” Mutia menggeleng kepalanya.
“Bukan... aku tak salah,” Air mata merembes di pipi gebu Mutia. Tak! Bukan salah dia.
“Sudahlah, Mutia. Aku tahu, aku yang bersalah. Sampai bila-bila pun aku tak mampu tebus kesalahan aku pada kau. Tapi, aku harap kau jangan ganggu keluarga aku lagi. Kalau dulu, aku lepaskan kau. Sekarang, aku tak pasti apa yang bakal aku lakukan,” Fariz bangkit berdiri.
Mutia mendongak.
“Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku berada di sini. Dan, salah satu sebabnya, kau,” ujar Mutia, menghalang Fariz daripada berlalu.
“Kau nak apa dari aku?”
Five years ago, I’m not disappeared alone. I mean, I’m leaving with… our child,” Fariz tersentak. Our child? Anak?
Wh… what?”
Mutia bangun. Air mata yang berbekas disapu kasar. Tudung yang ditiup angin, dibetulkan.
“Ya. Because of your fault, I’m pregnant. Itu sebab utama aku balik Malaysia,” Fariz masih kaku.
Kenyataan yang benar-benar menghempap dirinya. Sebuah kenyataan yang mampu meragut jiwanya. Jadi, perbuatannya pada lima tahun lepas membuahkan hasil? Dek terlalu bengang dengan ugutan dan perbuatan jahat Pearl as known as Mutia, dia hilang pertimbangan dan memperkosa wanita itu tanpa belas. Walaupun Mutia merayu agar dia tidak diapa-apakan, Fariz tetap juga melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mana anak tu?”
“Aku tinggalkan dia kat sana. Tak mungkin aku benarkan dia jejakkan kaki di sini, Ian…”
But, I want to see that child,” Mutia senyum sinis dan dilepaskan keluhan berat.
Niat dia memberitahu Fariz tentang anak itu adalah untuk membiarkan Fariz terus berasa bersalah terhadapnya. Pasti lelaki itu akan merayu untuk bertemu dengan anak mereka. Dan, dia akan pastikan mereka tidak akan bersua. Melihat wajah keruh Fariz membuatkan Mutia puas. Puas di atas perbuatan lampau Fariz terhadapnya. Sampai dia mati pun, memori itu tidak pernah terpadam.
“Jangan kau pernah berharap, Ian. Aku takkan benarkan,” kata Mutia keras.
Fariz merenung Mutia tajam. Seperti singa kelaparan sahaja pandangannya. Mutia adalah objek yang bakal diterkamnya pada bila-bila masa.
“Habis, kenapa kau bagitahu aku pasal anak tu? Apa tujuan kau, Mutia? Aku berhak untuk kenal dia,” bentak Fariz, geram.
Mutia seolah-olah ingin mempermainkan dia.
“Sampai bila-bila pun aku takkan benarkan kau berjumpa dengan anak aku. Dia anak aku seorang. Aku bagitahu kau sebab aku nak kau rasa sakitnya hati, tak dapat apa yang kau inginkan. Kau tak berhak untuk kenal dia,” balas Mutia kasar.
“Kau masih tak berubah, Mutia. Kalau kau tak bagitahu aku pun tentang anak tu, aku tetap tak dapat nak memaafkan diri aku. Aku tak pernah lupa sikit pun pasal kau. Setiap detik, nafas aku ni penuh dengan perasaan bersalah pada kau. Belum ada sesiapa yang mampu gantikan tempat kau di hati aku, Mutia Imani. Walaupun, aku sudah berkahwin… kelak,” Kali ini, Mutia pula tersentap.
“Tipu. Kau ingat aku buta, pekak? Adelin tu siapa? Sampai kau orang tinggal bersama. Perempuan simpanan? Atau, pemuas nafsu kau?”
“Mutia!” Sebuah tamparan hinggap di pipi Mutia.
Nafas Fariz turun naik. Dia gagal menahan dirinya dari menampar pipi gebu wanita yang pernah disayanginya. Entah mengapa, dia berasa Mutia sudah melebihi had. Hati dia sakit tatkala nama Adelin diungkit. Adelin tidak berkaitan dalam masalah mereka. Tambahan pula, Adelin bukanlah perempuan yang sewenang-wenangnya menyerah kepada lelaki.
“Sebab Adelin, kau tampar aku? Nampak sangat Adelin tu kekasih gelap kau kan?”
“Kenapa mesti nak kaitkan Adelin dalam masalah kita? Dia tak tahu apa-apa. Dan, dia bukan perempuan murahan seperti sangkaan kau. Jangan rosakkan imej kau sekarang dengan sikap lama kau, Pearl. Mutia yang aku kenal bukan seperti Pearl. Mutia adalah perempuan paling baik yang pernah aku jumpa,” kata Fariz dengan nada sesal.
Mutia tergamam dan terdiam. Jauh di sudut hatinya, dia menyesal kerana gagal menahan amarahnya. Ya, memang benar. Pearl yang telah lama hilang bagaikan kembali semula. Pearl yang berada di dalam diri Mutia setelah sekian lama watak itu menghilang. Lima tahun, Mutia menyembunyikan Pearl di sebalik kelembutan Mutia Imani sehinggakan dia terlupa bahawa dia adalah Pearl yang jahat, tamak dan tidak punya perasaan itu.


*****
Anak mata Adelin meliar mencari kelibat orang yang ingin bertemunya. Sebaik sahaja selesai bermesyuarat bersama ahli lembaga pengarah Eclipes Holding sebentar tadi, dia menerima pesanan sms daripada seseorang yang ingin menemuinya. Kini, sudah hampir lima belas minit menunggu, orang itu masih belum kelihatan.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara di belakang Adelin. Gadis itu menoleh ke belakangnya. Dan, nyata dia amat terkejut akan susuk tubuh yang sedang berdiri sambil tersenyum kepadanya itu.
“Waalaikumsalam. What a surprise? Carl, what are you doing here?”
Lelaki yang bernama Carl itu menarik kerusi di hadapan Adelin. Senyuman masih mekar di bibirnya.
My case matter. Interpol,” Adelin mengangguk faham. Temannya itu merupakan seorang polis yang bertugas di luar negara. Pastinya Adelin terkejut dengan kehadiran lelaki itu kerana dia sangat tahu tugas Carl sebagai ketua inspektor as known as Chief Inspector memang agak sibuk.
Long time no see, huh. So, why are we here?”
Of course, because I miss you, Ann. Almost three years, we’re not met. You nampak lain,” ujar Carl.
“Ish, mana ada lain. I masih sama macam dulu. Cuma, umur aje semakin meningkat. Lama ke you kat sini?”
Emmm, around… two months I’ll stay here. Apa kata, you guide I? I bukannya tahu sangat kawasan sini. Banyak tempat I kena pergi untuk kes I kali ni,” Carl mengangkat keningnya, tanda menyoal.
Guide you? Navigation would be the best, man. I’m so sorry, Carl. Lately, I memang sibuk. Kalau you tak ajak I keluar, I still dekat office tahu. Settle all the… company’s matter,” balas Adelin.
Bukannya dia ingin mengelak, tetapi sememangnya dia memang sibuk. Sehinggakan, hendak keluar makan juga terbatas. Makan tengah hari pun dia suruh Haryani tapaukan saja. Puan Aida juga sudah bising kerana Adelin selalu balik lambat. Fariz juga begitu. Sibuk dengan kes-kesnya.
It’s okay. I’m just asking you. Job you yang pergi balik kerja ikut office hour pun sibuk jugak? Interesting,” Adelin tergelak dengan mimik muka Carl yang nyata terkejut tetapi penuh kepuraan-puraan itu.
Sengaja lelaki itu ingin mengenakannya.
Well, I’m not only the staff, but the boss too. Tapi, jaranglah you handle kes international ni. It must be the ‘famous’ case, right?”
Carl mengangguk.
“Yupp. I terpaksa turun padang untuk kes kali ni. Dan, disebabkan itulah I balik Malaysia. Alang-alang, boleh jugak I jumpa you dengan family I. So, you macam mana? Still single?”
Uhuh, single. But, not available anymore,” jawab Adelin separuh jujur.
Hubungannya dengan Carl memanglah agak rapat. Tetapi, untuk memberitahu lelaki itu tentang hal perkahwinannya… agak bahaya. Tambahan pula, Carl pernah menyuarakan hasrat untuk menyuntingnya suatu ketika dulu. Dia tidak mahu Carl berfikir yang bukan-bukan.
So sad. Ann, could I ask you something? I need the answer badly. And, not just me want to know that,” Adelin mengerutkan kening. Soalan apa pulalah ni?
Sure. Tanyalah. I jawab apa yang termampu,” Carl meneliti wajah di hadapannya.
Walaupun, hampir tiga tahun mereka tidak bersua… wajah itu masih tetap sama seperti dulu. Cuma, penampilan gadis itu sahaja yang berubah. Jika dulu, Adelin hanya akan memakai pakaian yang boleh menyenangkan dia untuk bergerak ke sana sini. Tetapi, kini? Adelin lebih selesa dengan baju kurung yang jarang-jarang dia sentuh dulu. Pakaian sopan itu hanya diperagakan ketika pulang ke kampungnya sahaja.
We need you, Ann. Our team still wants you to be part of us. Cyber Crime Team losing you and the case become tougher. Please, Ann,” Adelin mengeluh.
Soalan itu sudah dijangkanya.
Carl, I’m done. Cukuplah empat tahun I bekerja keras dalam dunia siber. I’ve had enough and getting sick of it. Please, I’m begging you. Don’t ever ask me again,” Kini, giliran Carl pula mengeluh.
Okay, I’ll stop. But, I need your assistant to assist me to get the information. I really need you to help me, Ann,” Carl mula berbicara serius. Inilah tujuan sebenar dia ingin bertemu dengan Adelin selain memujuk gadis itu kembali kepada Cyber Crime Team.
What is the matter?”
“I dapat tahu you orang kuat Tan Sri Lutfi… which is, the founder of Eclipe’s Holding,” Adelin menegakkan badannya.
Just get to the point, Carl…”
From our investigation, Eclipe’s Holding having some invalid transaction which involved international scam. I need you to inform all the progress that happened in that company. Our meeting must have to be private since I don’t get any warrant to investigate the company clearly,” jelas Carl dengan nada serius.
Adelin terdiam seketika. Setahunya, Tan Sri Lutfi sudah tidak terlibat dengan kegiatan haram lamanya. Dan, dia memang yakin majikannya itu sudah cuci tangan. Sepanjang dia bekerja di bawah Tan Sri Lutfi, belum pernah lagi dia mendengar tentang penipuan antarabangsa yang dikatakan oleh Carl itu berlaku di dalam Eclipe’s Holding.
The evidence? I will help if you have the evidence that proving our company involve in the international scam just like you’ve said,” Carl bersandar tenang di kerusi.
Jus epal yang dipesan disedut perlahan. Adelin menunggu penjelasan lanjut daripada bekas rakan setugasnya itu. Wajah kacukan Melayu-British itu dipandangnya tepat.
Give and take, dear. We always do it before, right?” Adelin sengih sinis.
Use the give and take game with your suspect, not me. I’m not giving you anything without any evidence in front of me. You know me better, Carl. Be professional,” Bekas anggota jabatan jenayah siber itu bukanlah seorang yang begitu mudah mempercayai sumber yang tidak dia ketahui kebenarannya.
Okay, I’ll give you the evidence. Somehow, all the evidence would be confidential. Do not leak it out without my permission. We’ll meet again, the day after tomorrow,” Putus Carl.
Empat tahun bertugas dengan Adelin membuatkan dia faham kredibiliti gadis itu yang agak tegas dalam bekerja. Adelin sangat profesional dan fokus dengan pekerjaannya. Carl sendiri tidak faham, mengapa gadis itu meninggalkan pekerjaan yang disukainya iaitu polis di bahagian jenayah siber. Sejak kecil lagi, Adelin berminat dengan alat-alat elektronik.
Encik Thohier sendiri pelik kerana tiada sesiapa di kalangan ahli keluarga mereka yang bekerjaya sebagai pakar komputer mahupun pekerjaan yang melibatkan alatan elektronik. Tetapi, Encik Thohier lega kerana Adelin sanggup meninggalkan pekerjaan itu dan kembali ke Malaysia setelah empat tahun dia berhijrah ke luar negara. Mungkin anak perempuannya itu sudah tidak betah bekerja di negara orang.
I’ll go first. Glad to see you, ex-teammate. See you soon,” Carl hanya senyum.
Adelin bergerak meninggalkan restoran dengan pelbagai perasaan. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Carl tadi, mengganggu benaknya. Tidak mungkin Tan Sri Lutfi terlibat kembali dalam kegiatan haram itu. Mustahil, Fariz tidak mengetahui hal ini. Atau, adakah mereka bersekongkol? Pening… pening. Memikirkan hal ini membuatkan dia teringat tentang sebuah fail yang dijumpainya secara tidak sengaja ketika sedang melakukan pemeriksaan data syarikat, beberapa bulan lepas.


Carl Ezaide

*****
(Flashback Episode 1)
Adelin menolak daun pintu bilik pejabatnya. Beg tangannya diletakkan di bahagian kanan meja lantas punggungnya dihenyakkan di kerusi empuk. Jari telunjuk menekan butang di monitor dan imej tulip mula menunjukkan wajah. Pantas jari jemari Adelin menekan keyboard komputernya. Mimik mukanya mula serius dan matanya tajam memandang monitor. Seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.
Corruption data? Bila masa pulak aku save fail kewangan syarikat dekat desktop ni?” Adelin berbicara sendiri.
Tangannya sibuk bermain dengan mouse dan keyboard. Pantas sahaja jari jemarinya membuka satu per satu fail sebelum menyemak kembali hardcopy fail yang telah dia sediakan beberapa hari lepas. Fail yang telah selamat berada di dalam recycle bin dia restore kembali, satu demi satu. Semuanya tidak berkaitan dengan ‘file corrupted’ yang ditemuinya. Dengan kemahiran yang ada, dia cuba memeriksa database yang terpadam.
Got it! Nak curi data syarikat eh? Let me teach you, robber. Don’t ever play with me. I’ll gonna catch you very soon,” Mulut Adelin berceloteh seiring dengan jemarinya.
Laju sahaja dia menghantar virus kepada komputer yang seenak cheese cakenya mencuri data yang berada di bawah kendaliannya. Pencuri tu tersilap percaturanlah jika cuba mencuri segala maklumat di dalam komputernya. Pasti orang itu ada melakukan sesuatu yang mengakibatkan dia memerlukan data penting syarikat. Jenayah siber sungguh!
*****
Puan Aida mengemas bagasinya. Setelah hampir dua bulan mereka di Kuala Lumpur, tibalah masa untuk pulang ke kampung. Lama sangat mereka di sini sehinggakan Tok Jah dan Wan Chop di kampung sudah bising kerana tiada siapa yang menjaga rumah mereka. Takut pula ada yang pecah masuk. Tambahan pula, Encik Thohier punya kerja yang menantinya.
“Fariz tak balik lagi, Adel? Dah sebulan asyik balik lewat malam. Adel pulak duduk seorang nanti bila baba dengan ibu dah balik. Cubalah Adel cakap dengan Fariz. Risaulah hati ibu nak balik,” rungut Puan Aida.
“Adel okeylah, bu. Dah biasa pun. Lagipun, dia bukannya tak balik. Cuma, lewat aje. Ibu janganlah risau sangat. Adel pun selalu balik lambat jugak. So, fair and square,” Puan Aida meluku kepala Adelin.
“Awak tu perempuan tahu tak. Ada apa-apa jadi pada Adel nanti, siapa nak tanggung? Kalau Adel tak nak cakap, biar ibu yang cakap dengan Fariz. Sibuk tu memanglah, selagi kita ni bekerja… sibuk tu takkan hilang. At least, janganlah biar Adel tinggal seorang selalu sangat,” bebel Puan Aida.
Adelin sengih. Sebelum ini pun, mana pernah Fariz menemani dia di rumah. Tinggal pun berasingan, sahlah tiada kerisauan di kedua belah pihak. Mereka hanya bertemu jika ada kelapangan atau keluar untuk makan bersama. Itu sahaja. Cuma, sejak kebelakangan ini sahaja… hubungan mereka semakin baik dan telah sampai ke tahap dunia perkahwinan sebenar.
Jika Encik Thohier dan Puan Aida tidak berkunjung ke rumah Adelin, pasti sehingga kini hubungan suami isteri itu masih sama. Tiada perubahan. Ini pula, mereka ingin pulang ke kampung. Adelin tak yakin, Fariz akan terus menetap di rumahnya. Lelaki itu sudah semestinya mahu kembali ke kondonya.
“Nantilah Adel cakap. Ibu janganlah risau sangat. Fariz tak nak duduk sini, Adel baliklah kondo. Mak Jinah kan ada. Boleh teman Adel. Ibu tu, nanti baba sibuk dengan ceramah dia… tinggal seorang jugak. Bebel kat Adel pandai kan,” tebak Adelin.
Giliran dia pula ingin berbahas dengan ibunya. Tadi bukan main lagi Puan Aida menasihati dia. Kini, keadaan sudah terbalik.
“Tahulah awak tu bekas polis. Janganlah buat ibu macam criminal awak. Hah, cakap pasal ni. Ibu ada terserempak dengan Carl, dia dah balik bertugas dekat sini ke?”
“Taklah. Dia balik kejap aje sebab kes dia tu ada kaitan dengan pihak sini. Ibu jumpa dia, tak tanya pulak,” Puan Aida mencebik.
“Terserempak aje, bukannya bertegur,” Adelin membulatkan matanya.
Kurang asam keping sungguh ibu dia yang cantik ni. Ada hati nak kenakan dia ya. Meh, sini… anakmu yang baik hati nak kenakan balik. Adelin mencuit pinggang Puan Aida sehingga kegelian wanita itu. Memang kelemahan Puan Aida jika ada yang menyentuh pinggangnya secara sengaja. Jika dia tidak sedar, tidak mengapa.
Habis berselerak kembali baju yang elol terlipat tadi dek digeletek Adelin. Bergema bilik utama itu dengan gelak ketawa mereka anak beranak. Untung sahaja Encik Thohier tiada di rumah kerana menguruskan hal di luar sebelum pulang ke kampung.
*****
Malam itu, Adelin menunggu kepulangan Fariz. Tidak pernah lagi Fariz tidak pulang. Selewat mana pun, dia tetap akan berada di rumah sebelum subuh menjelang. Mungkin takut Encik Thohier dan Puan Aida bising agaknya. Di hadapan mertua, mestilah kena berkelakuan baik.
Puas juga Adelin berguling di atas katil. Sekejap dia meniarap, sekejap menelentang. Macam-macam gaya ada. Penat berguling, dia berjalan mundar mandir di sekitar bilik. Sesekali, dia mengendap di luar tingkap. Fariz masih belum pulang. Jam di dinding sudah menginjak ke pukul dua pagi. Dek terlalu penat menunggu, Adelin tertidur sambil duduk di birai katil dengan muka ditelangkup ke katil.
Tepat jam tiga sepuluh minit pagi, Fariz membuka pintu bilik perlahan. Tidak mahu mengganggu lena Adelin. Terpandangkan Adelin yang lena di sisi katil, timbul perasaan bersalah di hatinya. Pasti gadis itu menunggunya pulang. Jika Adelin menunggunya, semestinya ada hal yang ingin dibincangkan. Fariz mencangkung di sisi Adelin, tangannya mengusap kepala Adelin lembut.
“Kenapa aku tak sanggup lepaskan kau, Adelin? Kau pun tak pernah minta dilepaskan…”
Fariz berbisik sendiri. Tanpa lengah, dia mencempung tubuh Adelin dan dibaringkan ke katil. Nyenyak sungguh Adelin tidur sehingga tidak sedar suaminya sudah pulang. Tadi, bukan main semangat lagi dia ingin menanti Fariz. Tempat tidur bertukar pun, tidak sedar. Memang sah tidur mati.
*****
Matanya digosok perlahan. Pandangannya menangkap jam di dinding. 6.15 pagi. Terasa baru sahaja dia lena, sudah subuh rupanya. Adelin bingkas duduk. Susuk tubuh tegap di sebelahnya dipandang. Ingatkan tak balik. Dia menggoyangkan tubuh Fariz perlahan. Goyang kuat-kuat karang, tak pasal saja dia makan penumbuk lelaki itu.
“Fariz, bangun subuh,” Fariz mencelikkan matanya. Cahaya lampu menghalang pandangannya.
“Dah subuh?”
“Ya. Bangunlah. Flight baba dengan ibu pukul sembilan, lambat pulak nanti,” kata Adelin sambil mengikat rambutnya.
Fariz bingkas bangun. Membulat mata Adelin melihat Fariz menguap. Tak reti nak tutup mulut langsung. Tak pasal saja langau masuk, sarapan mewah Fariz pagi ni.
“Pergilah mandi dulu. Eh, tak. Solat dulu,” Laju sahaja Fariz berlalu ke bilik air.
Sudah pastinya Adelin tercengang di tempatnya. Orang lain yang bangun dulu, orang lain pula yang masuk bilik air dulu. Sengal. Sudahnya, dia mengemas tempat tidur dan menyiapkan pakaian untuknya dan juga Fariz. Memikirkan tengah hari nanti, dia ada temu janji dengan Carl, moodnya kembali merudum. Malasnya dia terlibat dalam perkara yang merumitkan.
*****
Carl memandang sekelilingnya, restoran itu masih lengang. Adelin yang ditunggunya masih belum tiba. Janji tak ditepati langsung. Sesaat kemudian, Carl mengukir senyum. Adelin sudah berada di hadapan matanya. Tampak simple sekali gadis itu, hanya blouse rona dark orange paras peha dan jeans biru tua.
I’m not late, but you’re early,” Carl tergelak.
Whatever. Orderlah dulu,” Waiter yang sedang berdiri di kaunter dipanggil. Adelin hanya memesan carrot juice memandangkan dia sudah pun makan bersama Fariz sebelum bertemu dengan Carl.
“Minum aje?”
“Ya. I’ve lunch with my love,” jawab Adelin selamba. Carl senyum senget. Bukan main susah lagi, dia ingin memikat Adelin dulu. Entah siapalah gerangan yang berjaya membuka hati gadis itu. Beruntung sungguh.
Wah, great. He must be the best because of that, you choose him. Am I right?” Adelin senyum nipis.
I’m not specific my love to be my boyfriend or anyone. Whoever is him or her, of course I love them,” Pandai Adelin pusing cerita.
“You tak berubah langsung, Ann. Memang hobi you suka putar belit cerita. You salah pilih kerjaya ni. Lawyer is better job for you, dear,” ujar Carl sambil gelak kecil.
Adelin turut tergelak.
“Biasa, bro. So, where is the evidence?”
Isn’t you’re too fast? Let’s have a chat first,” Adelin angkat kening.
Don’t waste our time, Carl. I have something to do after this. Could you make it faster? If you want me to help you,” Carl melepaskan nafas perlahan.
Bab kerja, Adelin memang komited. Kerja tetap kerja. Tetap bertegas walaupun gadis itu bukan lagi seorang polis. Rindu pula Carl hendak bekerjasama dengan Adelin seperti dulu. Disebalik ketegasan, ada juga sifat lemah lembut dan juga gurau sendanya. Bukanlah setiap masa tegas, cuma Adelin tidak mahu hasil kerjanya cacat kerana lalai dengan urusan lain yang tidak penting.


to be continued...

10 comments:

  1. Replies
    1. heee. okey. tak esok lusa. hehe. :D

      Delete
  2. Besttt...sambung plzzz....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, mona. tak hari ni, esoklah updatenya. hehe

      Delete
  3. Oh kak i feel gembira sgt pls sambung kak ahhhh asal bru today nampak hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. sebab semalam tak nampak. hehe

      Delete
  4. Sgt menarik..sbb sy suka dunia polis dan penyiasatan

    ReplyDelete