Wednesday, 14 May 2014

e-novel : Pearl Episode 5




EPISODE 5
Bingkai gambar yang semakin berubah ronanya ditenung dengan sepenuh hati. Titisan air mata mula membasahi pipi gebunya. Setiap kali gambar itu ditatap, pasti memori lama menggamit. Entah mengapa, biarpun sudah bertahun lamanya hal itu berlaku… dia masih belum dapat menerimanya. Setelah puas dia mengimbau kenangan lalu, bingkai gambar itu dimasukkan kembali ke dalam kotak dan disorok di dalam almari.
Mutia menyapu air matanya. Sungguh pun perit, dia harus kuat dan berani menghadapi kenyataan. Dia bukan seorang perempuan yang lemah, hanya mampu menangis dan meratap. Namun, tindakannya kerap melakukan yang sebaliknya walaupun hati menegah. Kini, biarlah dia bersabar dahulu sebelum bertindak. Dia tidak mahu segala perancangannya gagal. Dan dia tidak mahu gagal lagi. Cukuplah dulu, dia mengalah.
Ian, why’d you do this to me? I do love you before. But, it end up… I hate you,” rintih Mutia perlahan.
No. You still love him, Mutia,” Mutia berpaling ke pintu bilik. Soffi sedang bersandar di sisi pintu sambil memeluk tubuh.
What do you mean? I know myself better than anyone. Please, don’t judge me roughly, Soffi…”
Don’t lie. Kadang-kadang, kita sendiri tak kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Tindakan kau bukan menunjukkan kau benci dia. You can still facing him… like nothing was happen,” Soffi mendekati Mutia di birai katil.
It was just my acting, Soffi. I have to make it real. Aku tak nak plan aku gagal macam dulu. Sudah-sudahlah aku mengalah,” Mutia masih mahu menegakkan pendiriannya.
Soffi gelak sinis.
“Kau masih tak belajar dari kesilapan rupanya. Bertahun kau di sana, kau masih tak berubah, degil. Lepaskan Ian, Mutia. He has his life. Let go of him. Benda senang, jangan kau susahkan,” Soffi tidak mahu sahabat baiknya itu melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.
“Kau tak rasa apa yang aku lalui. Lima tahun, Soffi aku cuba bangkit sendiri. I tried my best to let go all the past. But, I can’t!
Look, Mutia. Ian dah banyak berubah. Dia dah tak macam dulu,” Mutia senyum sinis. Berubah?
“Tak mungkin. Aku tak buta lagi untuk menilai. Depan mata aku, dia menggatal dengan perempuan lain. Perempuan yang bukan muhrim dia. Bukti apa lagi yang kau nak tunjukkan dia dah berubah?”
He is a policeman, Mutia. Kau ingat dia sengaja nak menggedik dengan perempuan-perempuan tu sesuka hati? He must have a reason. Hah! Mut, kau kenal Adelin Annisa?”
Mutia mendongak sedikit. Matanya merenung Soffi di sebelah.
“Dia orang kanan Tan Sri Lutfi. Kenapa?”
“Dia bukan setakat orang kanan Tan Sri Lutfi aje. Kawan aku bagitahu, dia dengan Ian macam ada sesuatu. Ian selalu singgah office sebab nak jumpa Adelin. Pernah sekali aku terserempak dengan dia orang. Bukan main mesra lagi aku tengok,” beritahu Soffi.
Bukan niat dia untuk memburukkan sesiapa. Cuma, dia ingin Mutia sedar bahawa Fariz Ian bukanlah orang yang sama seperti lima tahun lepas. Jika Mutia masih berkeras, dia sebagai sahabat harus cuba sebaiknya untuk menghalang sebelum perkara menjadi lebih rumit. Dia tidak mahu kehilangan Mutia buat kali kedua.
Seriously? Aku perasanlah jugak masa dinner dengan budak-budak office hari tu. Dia orang siap boleh bergurau lagi. Tapi, Adelin bukan taste Ianlah,” Soffi tergelak.
“Cemburulah tu. Relakslah, beb. Mungkin Adelin rapat dengan tan sri. Sebab tu Ian pun boleh rapat dengan Adelin. Perkara biasalah. Kau sendiri yang cakap, Adelin bukan taste Ian,” Mutia menjeling Soffi. Macam nak bagi penumbuk saja.
Soffi senyum hambar. Doanya agar Mutia lebih berfikiran matang dan mampu menilai secara dewasa. Dendam bukan sesuatu yang baik. Penyakit itu mampu membunuh!


*****
Lima tahun lalu
Let me have half of your properties. Then, I’ll shut my mouth plus I’ll stop disturbing your family. So, please cutoff all the media and your stupid bodyguards. Police too. I’ve too considering you and your family this time. Do consider my situation if you’re really a human being.’ – Pearl
Fariz mengepal penumbuknya. Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana mengetap bibir, geram. Mereka masih gagal mengecam identiti sebenar Pearl. Perkara itu membuatkan kesabaran mereka tercabar. Pearl seolah-olah tidak mahu identitinya terbongkar dengan semua tipu helah yang telah dia lakukan kepada keluarga Tan Sri Lutfi.
She said we’re not human. Darn it,” Kemarahan Fariz semakin meluap.
Puas dia memikirkan tentang masalah yang melanda keluarganya. Senarai ahli-ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan Eclipe’s Holding sudah dia selidik. Namun, semuanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes mereka. Siapa lagi yang tercicir?
“Sabar, Fariz. Kita kena relaks. Papa rasa Pearl sangat dekat dengan keluarga kita. Dia tahu rahsia papa, rahsia syarikat. Semalaman papa berfikir dan pertimbangkan setiap orang yang berurusan dengan papa. Hanya seorang aje yang berdendam dengan papa,” Tan Sri Lutfi bangun dari sofa dan menuju ke jendela.
Langsir diselak sedikit. Kelihatan dua orang pengawal sedang mengawasi pagar dengan memegang senapang di tangan mereka. Keluhan berat dilepaskan. Berat hatinya untuk menyatakan siapa yang sedang berada di fikirannya ketika. Tetapi, dia pasti Fariz tidak akan berdiam sahaja. Lebih baik Fariz dengar dari mulut dia sendiri.
“Siapa?”
Puan Sri Zana turut menanti jawapan dari suaminya.
“Mutia Imani, anak tunggal Fauzi. Dia memang berdendam dengan papa atas apa yang berlaku pada papa dia,” Fariz terpempan. Mutia Imani?
“Maksud papa, Mutia dan Pearl adalah orang yang sama?”
“Iya, hanya dia aje yang mampu buat semua ni,” Puan Sri Zana menunduk.
Sakit hatinya apabila memikirkan dia pernah membela Mutia sejak arwah Fauzi meninggal dunia. Namun, disebabkan Mutia berdendam dengan keluarga mereka, gadis itu nekad untuk tidak terus tinggal bersama mereka. Sejak itulah, mereka terputus hubungan dengan Mutia. Tiba-tiba, sekarang ini gadis itu muncul semula mengganggu ketenangan keluarga mereka.
She witnessed her father’s death, so it quite hard to her since she only had Fauzi as her family. But, it was not our fault,” Tan Sri Lutfi melarikan pandangan ke arah isterinya.
“Of course it was not our fault, Zana. But, it was my fault. I was the one who brought Fauzi with me that night…”
“Papa… mama, tak guna nak salahkan sesiapa. Fariz pun ada sama dekat situ. Uncle kena tembak sebab uncle nak selamatkan Mutia. Lagipun, dah ajal uncle. Mutia aje yang tak boleh terima hakikat sebenar. Masih nak salahkan kita,” bidas Fariz senada.
“Sudahlah tu. Mama nak naik atas, solat isya’. Nanti kita makan malam sama,” Dibawa langkah ke tingkat atas.
Tan Sri Lutfi dan Fariz diam. Masing-masing sibuk memikirkan jalan keluar. Perlukah mereka menurut arahan Pearl?
*****
Pearl merenung telefon bimbitnya tajam. Panggilan yang ditunggu masih tidak kunjung tiba. Setahunya, Tan Sri Lutfi sudah menerima surat yang dihantar Opie tadi. Sepatutnya, segala rancangannya akan berjaya untuk mengambil kembali haknya yang telah dirampas oleh Tan Sri Lutfi.
“Opie, lepas ni kau hantar surat tamil pulak. Aku hantar bahasa melayu, tak faham. English pun tak faham. Bengong punya orang tua,” Pearl melempiaskan kemarahan kepada telefon bimbitnya.
Habis berkecai telefon berjenama itu.
“Weh, agak-agaklah. Benda tu beli pakai duit kot, bukannya daun. Kita baru aje hantar surat tu. Dah nama pun orang kaya, mestilah nak discuss dengan lawyer dia dulu. Chill, beb. Let’s make it cool,” balas Opie tanpa memandang Pearl.
Game di skrin computer lebih menarik perhatiannya.
Cool? Aku dah penatlah, Opie. Kau ingat aku patung, tak ada perasaan?”
“Kau jugak yang cari pasal,” gumam Opie perlahan.
“Apa?”
Nothing. Tak esok, lusalah kau dengar good news tu. Harta kau sendiri pun dah banyak, gatal lagi nak separuh harta orang tua tu buat apa? Tamak,” tukas Opie.
Kadang-kadang, geram juga dengan sikap panas baran Pearl yang tiada sempadan itu. Adakalanya, mood Pearl baik. Siap boleh bergurau senda lagi. Sebaliknya, kalau ada benda yang dia tidak berpuas hati, habis semua barang dalam rumah ni dia campak. Opie sendiri tidak faham kehendak Pearl. Boleh masuk hospital gila kalau perkara ini berterusan.
It’s not because I’m… tamak, okay. Aku cuma nak ajar dia orang. Kalau bukan sebab tan sri tu, papa aku masih depan mata aku tahu sekarang ni,” Opie menggeleng perlahan.
“Bukan papa kau meninggal sebab nak selamatkan kau ke?”
Pearl mendengus.
No. Segalanya berpunca daripada tan sri tak guna tu. Kalau dia tak bawa papa ikut dia pergi pelabuhan tu, aku pun takkan terjebak sekali…”
“Ikut suka kaulah, Pearl. Kau buatlah apa yang kau rasa betul. Aku dah malas nak buka mulut. Berbuih mulut aku nasihatkan kau pun, kau takkan dengar,” Pearl menjeling Opie.
*****
Tajam anak mata Fariz merenung Mutia yang sedang enak menjamu selera di hadapannya. Gadis itu tampak polos. Tidak pernah dia menjangka gadis yang merupakan sahabatnya itu adalah orang yang sama yang ingin menghancurkan keluarganya. Adakah Mutia sengaja berhubungan rapat dengannya?
“Mutia, can I ask you something?”
“Sejak bila kau kena minta izin nak tanya aku?”
Mutia masih kusyuk dengan makanannya. Sudahlah tidak sempat bersarapan pagi tadi dek terlambat untuk ke pejabat. Untung sahaja Fariz mengajaknya keluar makan tengah hari.
“Emmm, kau tahukan pasal kes keluarga aku?” Fariz ingin menduga Mutia untuk memastikan kebenaran kata-kata papanya.
“Ha’ah. Kau yang bagitahu aku kan? So, how? Dah settle?”
“Belum. Pearl hantar surat ugutan lain. Kau rasa perlu ke kami ikut arahan dia?”
“Dia ugut apa pulak kali ni?”
Fariz tidak terus menjawab. Jus oren disedut perlahan. Berdebar jantung dia untuk berbicara lebih. Tetapi, demi merungkai kebenaran… dia perlu teruskan.
She wants half of papa’s properties. Aku tak rasa dia berhak untuk minta semua tu. Harta papa adalah hasil tungkus lumus papa sendiri. Company papa kau pun papa aku yang handle. Segala keuntungan, papa aku masukkan dalam akaun kau. So, aku tak faham kenapa Pearl nak harta papa aku. Siapa dia?”
Mutia menelan air liur kasar. Rambutnya yang perang diselak ke belakang perlahan.
“Kau dah tahu ke identiti Pearl tu?” Fariz mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Matanya tetap pada Mutia. “Papa kau tahu tak yang kau rapat dengan aku? Dia orang kan ingat aku berdendam sebab hal dulu tu,” Mutia membalas pandangan Fariz. Dia tidak boleh gentar.
“Tak. Tapi, aku nak kau jujur dengan aku. Betul ke kau dah tak berdendam dengan family aku?”
No, Fariz. Let bygone be bygone. Past is past. What is the most important is the future,” balas Mutia yakin.
‘Tidak Fariz. Aku masih berdendam. Sejauh mana pun kau melangkah, aku takkan biarkan kau berjaya. Kau memang berjaya jadi apa yang kau inginkan. Tapi, aku akan pastikan kau akan jadi seorang polis yang dibenci rakyat. Aku takkan berdiam selagi aku tak puas. The past is the reason for the future. I’ve never forget the past since I want that happen in the future, once,’ sambung Mutia di dalam hati.
Renungan Fariz semakin tajam, renungan seorang polis yang sedang menyiasat penjenayah. ‘Past is more important to you, Mutia. Kau takkan semudah tu kembali bersahabat dengan aku tanpa ada apa-apa agenda. Pearl, aku tunggu kau. Sekarang, aku akan layan Mutia sebaiknya sebelum aku bersemuka dengan Pearl. At that time, you’ll see who I am, you will regret it…’
“Makanlah cepat. Lambat pulak kau balik pejabat,” kata Fariz sambil membelek telefon bimbitnya. Mutia kembali menjamu selera.
*****
“Fariz, bangunlah. Dah lewat ni,” Adelin menggoyangkan bahu Fariz yang terdedah. Hampir lima minit juga dia berteleku di sebelah Fariz yang sedang lena itu.
Usai solat subuh berjemaah dengan Encik Thohier tadi, lelaki itu tidur kembali. Semalam lewat juga Fariz tidur dek menyiapkan laporan kesnya.
“Emmm, dah pukul berapa?” tanya Fariz malas. Matanya masih tertutup rapat.
“Tujuh pagi,” jawab Adelin. Dia berlalu ke almari.
Baju kemeja berbelang biru muda dan putih juga seluar slack hitam milik Fariz dikeluarkan. Hari ini, Tan Sri Lutfi mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah dan juga rakan kongsi Eclipe’s Holding. Memandangkan Fariz merupakan salah seorang pemegang syer, dia juga perlu hadirkan diri ke mesyuarat itu.
Meeting pukul berapa?”
Am I your secretary, Mr Ian? Pukul sembilan tepat,” Fariz mendengus perlahan. Malas pula bangun awal pagi begini. Cuaca pula mendung, memang nyenyaklah tidur.
“Jawab jugak. Papa ni pun, hari nilah sibuk nak meeting bagai. Buat meeting tu tengah hari ke petang ke, tak boleh ke?” bebel Fariz.
“Tak payah nak membebel pagi-pagi ni. Pergilah mandi. Saya off day pun okey aje bangun pagi. Awak tu yang mengada lebih,” Adelin pula yang membebel.
“Kau pun bebel sama,” bidas Fariz senada. Dia bangun mendapatkan tuala sebelum ke bilik air.
Adelin yang sedang menyeterika baju Fariz menggigit bibir. Igauan Fariz tadi mengganggu mindanya. Mutia? Mutia Imanikah? Apa kaitan pula dengan Pearl? Haru sungguhlah Fariz ni. Takkan baru jumpa Mutia sekali, dah angau. Boleh pula, pada masa yang sama Pearl pun terbabit. Bahaya sungguh playboy seorang ni. Dalam lena pun boleh menyebut nama Mutia dan Pearl.


*****
Usai mesyuarat, Fariz mengajak Adelin keluar dengannya. Pelik juga Tan Sri Lutfi dengan kerenah anak terunanya itu. Asyik berkepit sahaja dengan Adelin. Sempat dia perasan Adelin melepaskan geram pada Fariz kerana mengganggu kerjanya. Orang lain sibuk bermesyuarat, dia sibuk mengacau anak dara orang. Apa nak jadilah dengan anak lelaki dia yang seorang ni.
“Ajak Adelin aje? Papa tak ajak?” tegur Tan Sri Lutfi.
Adelin yang sibuk mengemas fail, mendongak. Fariz di kerusi enak saja bermain game di telefon bimbitnya. Adelin menendang kaki Fariz. Muka tak puas hati dia tayangkan pada Adelin. Sakit kakinya ditendang dengan heel empat inci Adelin.
“Eh, pa. Sorry, tak perasan. Kenapa?”
“Tengoklah anak saya ni, Adelin. Kalau tak sibuk dengan kerja, perempuan… handphone pun boleh jadi. Nak marah, dah besar panjang. Kalau ikut umur, dah boleh ada dua tiga orang anak,” leter Tan Sri Lutfi.
“Terkena sindrom kanak-kanak kot, tan sri…”
“Ewah… ewah, sedapnya mulut bercakap. Memang nak ajak papa join lunch pun. Bosan pulak makan berdua dengan minah senget ni,” Mulut puaka dia dah datang.
Tan Sri Lutfi tergeleng. Pantang berjumpa, ada saja benda nak bergaduh. Hendak memetik Adelin sebagai menantu, pasti isterinya tidak bersetuju. Puan Sri Zana bukannya suka perempuan yang tidak bertudung. Tambahan pula, yang terdedah sana sini. Penampilan Adelin tak adalah seksi, sopan saja di matanya. Cuma, gadis itu tidak bertudung sahaja.
“Papa tak mengganggu ke? Kotlah nak berdating,” duga Tan Sri Lutfi.
Fariz dan Adelin hanya diam tanpa menjawab. Tak pasal saja, Puan Sri Zana mengamuk. Taufan Katrina, tsunami semua muncul nanti.
“Ehem,” Ketiga-tiganya menoleh ke pintu bilik mesyuarat serentak. Mutia melemparkan senyuman manis kepada mereka.
“Hah, ada apa, Mutia?” soal Tan Sri Lutfi sambil tersenyum.
“Maaf mengganggu. Kebetulan hari ni cuti, saya ingat nak ajak tan sri keluar makan tengah hari sekali. Itu pun kalau tan sri sudi,” Mutia bersuara lembut.
“Apa pulak tak sudinya, uncle memang nak ajak Mutia makan sekali. Tak sangka pulak hari ni peluang tu datang. Apa kata kita pergi makan sekali? Fariz dengan Adelin, okey? Mana tahu, nak spend time berdua,” Adelin memandang Fariz yang masih duduk bersandar di kerusi.
“Emmm, lain kali ajelah, pa. Lepas lunch, Fariz kena masuk office. Adelin, aku hantar kau balik,” balas Fariz tanpa nada.
Mutia menunduk. Tidak berani ingin memandang Fariz. Terkilan juga kerana lelaki itu menolak secara terang-terangan. Lebih menyakitkan hati, Fariz pentingkan Adelin. Siap berhantar lagi. Tapi, kenapa dia nak sakit hati? Cemburukah dia? Melalut dah kau ni Mutia, desis Mutia.
“Iyalah. Mutia, kita makan dekat rumah uncle ajelah ya. Auntie mesti suka,” cadang Tan Sri Lutfi.
“Bo… boleh. Jomlah…”
“Fariz, pastikan hantar anak dara orang ni balik. Jangan melencong tempat lain pulak. Adelin, saya pergi dulu,” Fariz dan Adelin mengangguk serentak.
Setelah kelibat Tan Sri Lutfi dan Mutia hilang, Fariz melepaskan keluhan.
“Kesian Mutia. Awak ni tak pandai jaga hati orang langsung,” tukas Adelin, tak puas hati.
“Okeylah tu. Aku jujur, bukan hipokrit macam kau,” Adelin mengetap bibir. Ada sahaja modal lelaki itu nak mengenakan dia.
“Apa-apalah. Tak tahu pulak awak kena masuk office hari ni. Jujur apa ke bendanya. Atau, ‘office’ lain?”
Kepala Adelin menjadi sasaran Fariz. Diluku tanpa perasaan. Nasib baik perlahan.
“Memang office lain pun. Bilik kaulah. Aku nak balik tidur. Kita lunch kat rumah ajelah. Tak ada mood aku nak makan luar. Dah siap kemas, jom,” Fariz bangun dari duduknya.
“Dah siap. Awak nak makan apa?”
“Aku rasa macam nak makan… kau,” Cubitan berbisa Adelin melekat di perut Fariz. “Sakitlah. Gurau ajelah. Aku rasa nak makan asam pedas ikan pari. Uish, sedapnya,” Fariz memeluk bahu Adelin selamba. Adelin hanya membiarkan saja. Bukan orang lain yang memeluk, suaminya juga.
Mereka beriringan ke tempat parkir. Untung tiada staf syarikat yang bekerja hari ini. Boleh timbul berita sensasi. ‘Fariz dan Adelin datang mesyuarat bersama.’ Mahu sebulan cerita panas itu bertapa di Eclipe’s Holding. Bagaimanalah agaknya penerimaan semua orang jika hal perkahwinan mereka terbongkar? Tunggang terbalik Eclipe’s Holding rasanya. Eheh.
Mutia yang terdengar perbualan itu, tercengang. Mereka tinggal bersama? Sangkaannya meleset sama sekali. Adelin juga merupakan citarasa Fariz. Siap berpelukan lagi. Sahlah Fariz dan Adelin mempunyai hubungan istimewa. Sebal pula hati Mutia memikirkan keintiman pasangan itu.
*****
Tengah hari itu, Adelin membantu Puan Aida memasak. Sudah lama dia tidak masuk ke dapur. Asyik makan di luar saja. Alang-alang ibunya ada di sini, boleh dia menambah ilmu masakannya. Bukannya dia tidak pandai memasak, cuma kesibukannya membuatkan dia jarang masuk ke dapur.
“Fariz memang suka makan asam pedas ikan pari ke, Adel?”
“Ha’ah, bu. Pernah sekali tu, dia sanggup pergi restoran asam pedas dekat Melaka. Semata-mata nak lepas gian, lama tak makan asam pedas,” Puan Aida mengerutkan dahinya.
“Adel tak pernah masak asam pedas untuk dia ke?” Adelin menggeleng.
Fariz sendiri tak pernah tahu dia pandai memasak. Setiap kali Fariz menyuarakan hasrat ingin merasai masakan Adelin, macam-macam alasan dia bagi. Sibuklah, tak pandai masaklah. Lagipun, sepanjang dua tahun perkahwinan mereka… mana pernah mereka tinggal sebumbung.
“Wanginya bau,” Fariz melangkah ke meja makan di dapur. Sampai ke bilik, bau asam pedas menusuk ke hidung. Dek tak tahan, dia turun ke dapur.
“Adel yang masak ni. Special untuk Fariz,” Hampir-hampir Adelin terpotong jari dek terperanjat.
“Pandai ibu pusing cerita eh. Ibu yang suruh Adel masak…”
“Oh, pandai masak rupanya. Ibu sound sikit Adelin ni. Kesian menantu ibu ni, asyik kena makan luar aje,” adu Fariz.
Adelin menjegilkan matanya. Ada juga orang makan penyapu ni karang.
“Ya Allah, Adelin Annisa. Bukan setakat tak pernah masak asam pedas, tapi tak pernah masak langsung?”
“Mana ada, ibu. Adel masak, tapi orang tu yang sibuk sangat. Mana sempat nak makan air tangan anak ibu yang cantik ni,” Ingat kau seorang boleh mengadu. Aku pun bolehlah, omel Adelin.
Seriously? Bila?”
Puan Aida sengih. Dia memberi isyarat mata kepada Encik Thohier yang sedang mencabut rumput panjang di belakang rumah Adelin. Encik Thohier hanya tersenyum.
“Dekat kondo awaklah. Penat saya buat sarapan, awak keluar macam tu aje,” Fariz melongo. Ada ke? Bila? Sengal punya Fariz.
“Iya ke? Tak perasanlah. Selalu saya suruh masak, awak bagi alasan. Mana tahu awak sudi masakkan untuk saya,” Eleh, ayat tak boleh belah.
Geli pula Adelin mendengar Fariz berawak-saya. Macam nak terkeluar isi perut ni.
“Sarapan aje?”
Adelin mengalihkan pandang pada Puan Aida.
Lunch pun sama. Tapi, Adelin tolong Mak Jinah aje,” kata Adelin sambil tersengih.
“Mak Jinah? Siapa tu?”
Fariz dan Adelin saling berpandangan. Kantoi!
“Pembantu rumah kami dekat kondo, ibu. Kami kan sibuk, mana sempat nak kemas rumah, masak semua tu,” jawab Fariz. Lega rasanya.
“Oh, habis tu rumah ni macam mana pulak? Tak ada pembantu?” Adelin menggaru kepala. Banyak pula soalan ibu hari ni.
Walaupun Encik Thohier dan Puan Aida seakan dapat menghidu hubungan tidak normal mereka, seboleh mungkin mereka cuba menyembunyikan hal yang sebenar.
“Ada, ibu. Adel bagi cuti sebab baba dengan ibu kan ada. Lagipun, kami jarang balik sini. Kan Adel bagitahu tempat kerja kami tak sama. Kalau Adel penat nak balik kondo, Adel tinggal sinilah,” Harap-harap terkesanlah alasannya ini.
“Kalau macam tu, tak apalah. Tak adalah kami risau…”
Adelin senyum nipis. Fariz pula menyertai Encik Thohier. Lagi panjang perbualan mereka, lagi banyak benda terbongkar pula nanti. Jawapan apa nak bagi?


to be continued...

6 comments:

  1. kira pnjng lagi lah ye cita ni? Sis bila nk smbng enovel yg lain pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm, tak sure lagi. heee. kalau ikut nak buat sampai episode 10 ja. rajin lebihlah. :D. akak dah update STNK. :)

      Delete
  2. Kena cpt2 baca ni..masih kabur lg jln citernya..tapi sgt best..

    ReplyDelete