Saturday 24 May 2014

e-novel : Pearl Episode 9 Part 1


Assalamualaikum... Hye!

malam ni CIA post first part untuk episode 9 eh. esok pagi CIA buat entry untuk full version. can't make it for tonight. sorry tau. pressure sikit. tadi broadband buat suspens. huhu. sorry sangat sangat. by the way, SELAMAT MEMBACA! :D

EPISODE 9
Gelak tawa Chiya kedengaran ceria dek diusik Fariz. Sesekali Fariz turut sama ketawa. Adelin yang sibuk mengupas epal di sofa berdekatan hanya memandang. Jarang dia berpeluang melihat suaminya itu bermain dengan Chiya. Sempat dirakam memori indah itu, sebagai kenangan di kemudian hari. Chiya juga sudah kembali pulih. Cuma, belum sepenuhnya.
Detik cemas beberapa hari yang lepas tidak akan pernah dilupakan Adelin. Hampir sahaja dia tumbang tatkala dimaklumkan keadaan Chiya kritikal. Denyutan nadi Chiya tiba-tiba lemah. Chiya juga mengalami sawan buat beberapa ketika. Berbagai bayangan menerpa di minda. Tidak dapat dia membayangkan bagaimana budak sekecil Chiya mampu menempuhi keadaan seperti itu.
“Auch! Ai… shi,” Adelin capai kotak tisu. Dilap darah yang mengalir di jari telunjuk kanannya. Itulah akibatnya jika banyak mengelamun.
“Mummy, blood. Banyaknya darah mummy,” Becok mulut Chiya menegur Adelin.
Adelin membuat isyarat diam kepada Chiya. Fariz hanya buat tak tahu. Haih, bini terhiris tangan sendiri, dia boleh buat buta.
“Daddy, mummy bleedinglah,” Digoyang tangan daddynya. Fariz angkat kening, kemudian mengangguk.
It’s okay, sayang. Mummy so okay,” Chiya menekup telinganya. Adelin yang perasan keadaan itu, berdebar. “Daddy, Chiya…” Fariz pandang Chiya di hadapannya.
Chiya kelihatan ketakutan.
Wash your finger, mummy,” arah Fariz tegas. Tangannya menarik Chiya ke dalam pelukan. Adelin menurut, dia berlalu ke bilik air yang berada di dalam bilik itu.
“Daddy, that blood… I saw… his finger. Daddy,” Chiya dongak kepala.
Where, Chiya?”
Home. Di… dia tolak Chiya. Auntie Na pukul dia. His finger bleeding… a lot,” Chiya seakan mengingati detik si keparat itu merogolnya.
“Lagi?”
I don’t know. I felt hurt. He touched me, daddy,” Cerita Chiya lagi. Fariz tepuk belakang Chiya lembut. Kanak-kanak itu agak petah menggunakan bahasa Inggeris.
Sejak bayi lagi, orang disekelilingnya menggunakan ‘English language’ sebagai bahasa pengantaraan. Mutia sendiri jarang menggunakan bahasa melayu ketika bercakap dengan Chiya. Oleh itu, lidah Chiya lebih kepada bahasa asing.
It’s okay. Later, I’ll teach him. Okay?” Chiya angguk.
It’s worth getting hurt, huh,” celah Adelin sambil membalut jarinya dengan plaster yang memang tersedia di dalam beg tangannya. “Chiya ingat tak macam mana muka dia?” soal Adelin, sekadar mencuba nasib.
Chiya geleng.
Auntie Na knows, mummy,” ujar Chiya. Tangannya bermain dengan jari jemari daddynya. Rindu! Itulah perasaan anak kecil itu saat ini. Lama dia menanti daddynya itu.
Hanya Adelin sahaja yang kerap menghubunginya melalui Mina. Namun, melalui Adelinlah, Chiya mengetahui tentang Fariz. Adelin siap mengupdate gambar-gambar Fariz lagi, tidak mahu Chiya melupakan daddynya. Jika berada di hadapan Chiya, mereka tidak dibenarkan menggunakan kata ganti nama lain selain daddy dan mummy. Pernah sekali tu, Adelin berawak-saya dengan Fariz, Chiya tarik muka. Selepas itu, Chiya turut berawak-saya dengan mereka.
Tell your daddy, Chiya. Your Auntie Na was his friend,” Fariz kerling isterinya. Perli dialah tu.
Later, I’ll find her. Okay? Mummy, daddy thought your holiday have ended,” Giliran Fariz pula mengenakan mummy Chiya.
“Jangan lupa ya, daddy. Mummy ni anak emas tan sri. So, it’s doesn’t matter. I’m still on leave,” Chiya pandang daddy dan mummynya silih berganti. Kemudian, dia senyum comel.
Ketukan pintu menghentikan perbalahan mereka. Muncul Dr Raihani, doktor yang merawat Chiya.
“Hai, Chiya,” sapa Dr Raihani. Fariz bangun. Dia memberi ruang kepada doktor perempuan muda itu memeriksa anaknya.
“Hai, doktor,” jawab Chiya ceria. “Doktor, bila Chiya boleh keluar? Chiya nak ikut daddy,” Dr Raihani senyum. Dia melayan celoteh Chiya seketika sebelum membuat pemeriksaan.
“Ikut daddy aje?” desis Adelin perlahan. Fariz menoleh ke belakang, Adelin buat muka. Perlahan kaki Fariz berganjak mendekati isterinya.
I need your explanation soon, mummy. You really think I can take care of her, alone?” bisik Fariz di telinga Adelin. “Move to my apartment as soon as posibble,” sambung Fariz.
“Tengoklah macam mana…” Adelin gigit bibir. Buatnya Puan Sri Zana buat lawatan ke kondo si Fariz tu, matilah dia. Uish!
“Errr… boleh awak berdua ikut saya?” Serba salah Dr Raihani ingin memanggil ibu bapa Chiya yang kelihatan sedang berbual itu.
“Boleh,” jawab Fariz dan Adelin serentak. Chiya ditinggalkan bersama jururawat. Pesanan Dr Raihani sendiri; jangan membiarkan Chiya bersendirian.


*****
Dr Raihani memberikan fail rona biru kepada Fariz.
“Ini adalah report kesihatan Chiya. Insha Allah, lusa Chiya sudah boleh discharge,” maklum Dr Raihani.
“Rawatan susulan macam mana, doktor?” tanya Adelin, ingin tahu.
“Seminggu sekali, Chiya perlu berjumpa dengan psychiatrist. Buat masa ni Chiya seakan keliru. Trauma yang dia alami berkemungkinan hanya seketika. Selalunya, kanak-kanak di usia begini tidak akan mengingati apa yang berlaku apabila mereka dah meningkat dewasa,” terang Dr Raihani, serius.
“Maksud doktor, Chiya akan melupakan apa yang berlaku?”
“Insha Allah, melainkan memori dia kuat dan mampu mengingati kejadian buruk yang menimpa dia tu. Encik dan puan perlulah mainkan peranan. At least, spend most of the time with her…”
Serentak pasangan itu mengangguk, faham. Adelin tidak punya masalah untuk menghabiskan masa dengan Chiya. Adelin ayat Tan Sri Lutfi sikit, pasti lelaki separuh umur itu memberi pelepasan cuti. Daddy Chiyalah pula, selalu sangat sibuk. Sekarang ini pula, kes Eclipe’s Holding yang masih belum selesai.
*****
Encik Thohier dan Puan Aida peluk Chiya erat. Berat hati mereka untuk melepaskan Chiya mengikut Fariz dan Adelin pulang ke KL. Inilah satu-satunya cucu mereka buat masa ini. Ingin menghalang, Chiya sendiri yang mahu mengikut anak dan menantu mereka itu. Tambahan pula, Chiya sudah terbiasa berada di samping Fariz dan Adelin seminggu ini.
“Nanti kita video call eh, sayang. Hari-hari Chiya kena cium mak tok,” kata Puan Aida, sebak.
“Okey. Chiya promise,” Diangkat jari kelingking kanannya. Puan Aida pantas menyaut jari kelingkingnya ke jari comel itu.
“Wan nak jugak,” Chiya menaikkan pula jari kirinya.
Fariz menutup bonet kereta. Pemandu mereka sudah lama menunggu di sisi kereta.
“Baba, nanti inform Fariz pasal siasatan tu eh. Pasal Mina sekali,” pinta Fariz.
“Insha Allah. Pasal Mina tu, baba dah mintak tolong kawan baba. Fariz settle dulu hal papa Fariz, jangan pressure sangat,” Encik Thohier menepuk bahu Fariz, memberi semangat.
“Adel mana ni?”
“Sini,” Semua mata tertala pada Adelin yang sedang menyarung sandalnya. Mereka memandang Adelin pelik. “Apa? Tak okey ke?” Adelin melayangkan sampul coklat yang dipegangnya untuk menyedarkan mata-mata yang tenungnya.
“Eh, okey sangat. Meh sini, ibu nak peluk sikit,” Puan Aida peluk anak perempuannya erat. “Good job. Ibu happy sangat. Banyakkan solat dua rakaat, ya,” Adelin angguk.
Encik Thohier pula memeluk anak kesayangannya itu. Senang hatinya melihat perubahan Adelin. Perubahan yang sudah lama dinantinya. Baru hari ini, dia dapat melihatnya. Adelin mula mengenakan tudung. Kemas sekali lilitan selendang di kepalanya.
“Daddy tak nak peluk ke, semua orang dah peluk ni,” seloroh Adelin. Fariz tarik muka. Tak kuasa dia ingin memeluk isterinya itu. Uhuk!
“Daddy malulah, mummy,” sampuk Chiya. Fariz kerutkan hidung kepada Chiya sebelum mengangkat anaknya itu ke dalam dukungan.
“Daddy peluk mummy depan semua nanti, mummy yang malu,” balas Fariz bersahaja.
Adelin cebik. Macamlah lelaki itu tidak pernah memeluknya depan public. Siap kiss lagi. Ugh! Takkan dah hilang segala belang dia tu?
“Hah, tak nak gerak lagi ke? Tertinggal flight nanti, susah pulak,” kata Encik Thohier.
“Kami balik dululah. Baba dan ibu turunlah KL lagi,” Fariz menyalami ibu dan bapa mertuanya. Sempat mereka mengusik Chiya di dukungan Fariz.
“Ibu, bulan depan datang KL. Jadi babysitter Chiya,” Puan Aida angkat kening.
“Kenapa pulak dah?”
“Memang Eclipe’s tu Adel punya pun, kan. Suka suki aje cuti. Ibu tolonglah…”
“Insha Allah. Ibu dan baba sampai sana nanti, jangan kamu berdua sibuk pulak. Ibu pelangkung dua-dua,” Adelin hanya mampu sengih. Fariz berpura-pura mengusik Chiya.
Bulan hadapan, Adelin memang akan sibuk. Sibuk menguruskan hal Eclipe’s Holding. Kontrak bersama Tan Sri Lutfi yang ditandatanganinya dua tahun lalu sudah berpenghujung. Sepatutnya, tempoh kontrak sudah tamat. Dek cuti panjangnya, Tan Sri Lutfi menambah tempoh agar Adelin menyelesaikan dahulu segala kerjanya di syarikat itu.


to be continued...

2 comments: