Tuesday 20 May 2014

e-novel : Pearl Episode 7


Assalamualaikum... Hye!

Sorry lambat update. CIA baru siap tulis. Apa-apa kekurangan, harap maaf. Tak baca balik dah ni. Huhu. Entah apa yang jadi dengan episode 7 pun tak tau. Nasib baik siap jugak. So, CIA nak restkan otak before sambung episode 8. SELAMAT MEMBACA! :D (leave a comment)

******************
Episode 7
Hujung kaki jeans hitam disinting hingga ke betis, selipar sudah lama ditanggalkan. Fariz menoleh ke belakang, si isteri masih tegak berdiri. Lama dia tenung wajah Adelin. Dah kenapa minah senget ni? Tadi bukan main beria lagi nak datang pantai. Dah sampai ke pantai, jadi patung cendana pula. Tengah praktis jadi patung lilin kot.
Hello, cik adik manis. Where are you?” Ray Ban di tanggalkan.
“Dah buta ke?” balas Adelin selamba. Dah terang-terang aku ni dok kat depan dia, boleh pergi tanya lagi. Apada, bebel Adelin sendiri.
“Mana tahu, kau dah sampai planet marikh ke. Tunggu apa lagi, jomlah,” Disangkut semula Ray Ban di batang hidungnya.
Adelin menanggalkan sandalnya. Sebelum itu, dia melipat sedikit kaki jeansnya ke paras buku lali. Fariz menghulurkan tangannya dan disambut Adelin. Mereka berpegangan tangan berjalan di pesisir pantai. Kononnya, pasangan bahagialah. Punyalah payah si Fariz tu memujuk Adelin untuk pergi bercuti. Siap kena ugut lagi. Itu pun hampir sahaja gagal. Strategi kena mantap, bos; kata Luqman pada Fariz tempoh hari.
Itu yang keluar idea gila pujuk isteri sendiri sampai sanggup jadi chauffeur Adelin selama seminggu. Puas jugalah kena berleter dengan Adelin. Tetapi, demi memikat isteri ‘tersayang’, apa sahaja yang perlu lakukan pun dia sanggup. Berbaloi juga akhirnya segala penat lelah dia berulang alik dari IPD ke Eclipe’s Holding. Mahu putus nafas kalau berlanjutan.
“Fariz…”
“Hmmm…”
“Dah jumpa ke siapa yang hantar surat ugut tu? Dah lama tak dengar berita. Senyap aje,” Adelin sekadar ingin tahu. Padahal, soalan itu hanya selingan sebelum ke soalan seterusnya.
Still in investigation. Why?”
Just asking. My real question is, Pearl. You’ve promise me to tell me about her,” Nah, itu dia punya soalan. Sudah lama Fariz tidak mengungkit tentang Pearl. Jika Fariz terlupa, biarlah dia yang ingatkan.
What? Nothing to tell you about her. Dahlah, tak payah rosakkan mood sebut pasal dia. Buang masa,” balas Fariz tanpa nada. Elok mood dia okey, hancur pula nanti.
Sejak pertemuannya dengan Mutia hari tu, tiada lagi pertemuan susulan. Fariz sudah malas ingin mengambil tahu. Lantaklah, dia tidak mahu memikirkan tentang perkara lampau lagi. Buat sakit hati sahaja. Lebih baik dia menumpukan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Dia pasti, tak! Sangat pasti. Adelin Annisa adalah masa depannya. Disebabkan itulah, dia mengajak gadis itu melancong.
“Okay, I’ll let you go this time. Kenapa datang sini? I mean, isn’t too far from KL?”
“Mana ada jauh, dekat aje. I’m driving, right?” Fariz jongket kening. KL-Lumut. Kira okeylah dia tidak membawa Adelin ke Langkawi. Tak payah tanya, memang dia tahu si isteri akan menolak. Adelin si anti-Langkawi. Kenapa? Later, I’ll tell you. Eheh!
Adelin berdecit. Ada sahaja alasan dia. Kakinya menyepak air. Arh, sejuk! Pertama kali, dia berjalan sambil berpegangan tangan dengan Fariz. Seronok juga rupanya. Seperti dia sedang dilindungi. Bak kata Fariz pada Adelin, percutian H&W SV; ‘Husband and Wife Short Vacation’. Banyaklah dia punya vacation. Adelin juga yang haru, kena menghadap Tan Sri Lutfi untuk meminta cuti. Nasib baik, hanya tiga hari tiga malam sahaja. Itu pun dia berikan alasan untuk pulang ke kampung.
“Tapi, menarik jugaklah tempat ni. Tak pernah tahu pun resort ni wujud,” kata Adelin. Penat berjalan, mereka duduk menghadap laut menikmati keindahan alam. Matahari pun sudah bertukar warna menandakan senja bakal kunjung tiba.
“Memanglah tak tahu. Dunia kau, Eclipe’s Holding aje. Bosan!”
Hello, Mr Ian. Your papa was the hidden criminal for making me like that, okay. Hish,” Geram pula hati kita.
“Alah, kalau kau tolak, tak adanya papa nak paksa. Adelin, nak buat benda luar alam tak?” Adelin angkat kening. Dikerling Fariz di sebelah. Apa ke benda pula benda luar alam dia tu?
Fariz mengeluarkan Iphonenya. Adelin senyum menyampah tatkala mendengar shutter sound. Luar alamlah sangat. Snap gambar saja pun, bukan sesuatu yang pelik. Lelaki itu mengangkat handphonenya tinggi. Selfie time, guys! Ahaks. ASP Fariz hantu selfie.
“Sejak bila awak suka benda-benda macam ni? Gelilah,” ejek Adelin sambil ketawa. Macam kelakar pula.
It’s life, my dear wife. Kiss my left cheek, please,” Ini memang luar alam sungguh. Kiss his cheek? Naaa, dekat planet mana Fariz belajar kissing depan public ni. Manalah mereka pernah begitu sebelum ini. Sedangkan tidur satu bilik satu katil pun tak pernah nak cium bagai.
Di hadapan umum pula mahu dicium. Sewel! Susah juga dapat suami otak kadang-kadang tak betul ni. Bab mengutuk suami, memang Adelin pandai bak sang kancil. Master dah si Adelin ni pasal kutuk mengutuk ni.
“Gi… la,” Lambat sangat menunggu Adelin kiss pipi dia, Fariz dengan selambanya mendaratkan bibirnya ke pipi kanan gadis itu. Clak! Snap done!
Dek tindakan ‘mamat slumber’ itu, tak pasal saja pipi Adelin bertukar warna. Merah dah kerana malu! Tapi, sekejap saja. Selepas itu, habis semua malu hilang. Dua-dua gila camera, selfie! Bukan main mesra lagi keduanya. Kalah pasangan mat saleh romantik yang melepak tidak jauh dari mereka itu.
Agak-agaknya kalau kenalan mereka ternampak aksi married couple dia orang tu, jadi apa ya? Kenalan Fariz, mungkin sesuatu yang boleh dikawal kerana Fariz memang sering dilihat bersama dengan perempuan. Adelin? Carl yang kacak tahap tak cecah tanah tu pun, dia tolak. Inikan lelaki lain yang mendekat.
Dia bukan anti lelaki, tetapi jika dia masih belum berkahwin, mungkin dia akan cuba terima Carl atau lelaki lain. Namun, sudah termaktub di dalam kamus hidup Adelin Annisa, hanya Fariz Ian sahaja lelaki yang berada di hatinya sekarang ini. Insha Allah, untuk hari seterusnya juga begitu. Sebabnya, Fariz adalah suaminya.


*****
Puan Sri Zana mencari kelibat Mutia. Senyuman terukir tatkala matanya menyapa susuk tubuh ramping Mutia di kolam ikan mini di sayap kiri banglo Tan Sri Lutfi. Dulang berisi minum petang diletakkan di atas meja berdekatan. Dia membawa langkah mendekati Mutia.
“Mutia ingat tak dulu Mutia suka main dengan Fariz kat sini?”
Mutia menoleh.
“Apanya tak ingat, auntie. Rumah Mutia dulu mana ada kolam ikan ni, arwah papalah jadi mangsa bawa Mutia datang sini. Kalau tak, Mutia mogok tak nak makan,” Puan Sri Zana gelak.
“Kenangan dulu memang manis, Mutia. Kita saja yang tak pandai nak menghargainya. Macam mana kerja kat Eclipe’s Holding? Okey?”
“Allhamdulillah, semuanya baik. Staf-staf kat situ baik-baik belaka. Yang paling baik dengan Mutia, kak Adelinlah. Kami kan berkongsi bilik,” Terdengar sahaja nama Adelin, senyuman Puan Sri Zana mati.
“Uncle tak sediakan bilik untuk Mutia ke? Tak apa, nanti auntie sound uncle. Bukannya seronok berkongsi ni. Tambah pula, berkongsi dengan perempuan tu,” tukas Puan Sri Zana. Mutia senyum nipis.
“Eh, tak apalah, auntie. Office Mutia in progress. Insha Allah, minggu depan dah boleh pindah masuk. Kenapa auntie tak suka kak Adelin? Dia baiklah,” Teringin pula Mutia mengetahui alasan Puan Sri Zana.
“Entahlah, Mutia. Sejak dia masuk Eclipe’s Holding, uncle asyik puji dia aje. Adelin inilah, itulah. Geram betul auntie ni. Sekarang ni, Fariz pula yang sibuk dok keluar dengan perempuan tu. Entah apa yang menarik pada dia pun auntie tak tahu. Lainlah Mutia, bertudung. Aurat pun terjaga,” hujah Puan Sri Zana.
Mutia sembunyikan perasaan gembiranya. Kini, terang-terangan mama si Fariz itu menentang perhubungan Fariz dan Adelin. Tidaklah dia makan hati berulam jantung jika hubungan itu berjaya. Sudah tentu Puan Sri Zana akan menentang habis-habisan. Meloponglah Tan Sri Lutfi nanti jika Adelin tidak menjadi menantunya.
Hasil siasatannya sepanjang bekerja di situ, Mutia mendapati Tan Sri Lutfi banyak bergantung pada Adelin. Setiap projek yang masuk akan diuruskan oleh Adelin terlebih dahulu sebelum gadis itu memberi kepercayaan kepada ketua-ketua bahagian yang lain. Walaupun Mutia juga adalah orang penting syarikat, Tan Sri Lutfi jarang bercerita tentang hal-hal permasalahan syarikat secara peribadi.
“Mutia biasa-biasa saja, auntie. Lagipun, Mutia dengan Fariz berkawan aje. Fariz dah macam abang Mutia sendiri,” Uwek, nak termuntah Mutia mengaku Fariz sebagai abang. Abang apa sanggup menghancurkan hidup dia. Itu bukan abang, tetapi binatang!
“Sudahlah. Malas auntie nak bercerita pasal dia. Jomlah minum petang. Auntie ada buatkan makanan kegemaran Mutia,” ajak Puan Sri Zana.
Mutia hanya mengekori langkah wanita itu. Puan Sri Zana memang baik terhadapnya. Sejak kecil lagi, wanita itu menatangnya bagai minyak yang penuh. Cuma dia sahaja yang buta. Bukan, dia sengaja butakan mata untuk menampakkan kebaikan itu. Selagi dendamnya tidak terbalas, mustahil dia akan berbuat pada keluarga itu. Untuk meyakinkan dan menutup segala kesalahannya dulu, dia sanggup berlakon baik. Hipokrit itu perlu.
*****
Adelin menolak langsir perlahan. Cuaca yang redup di luar membuatkan bibirnya tersenyum. Indahnya ciptaan Allah. Walaupun cuaca mendung dan ombak laut bergelora, cahaya matahari masih cuba menaikkan sinarnya. Mungkin cahaya itu menerangi di kawasan lain, tidak di resort ini. Bilik hotel yang ditempah Fariz agak strategik kerana dari jendela, Adelin boleh melihat kolam renang dan dekorasi resort yang cantik.
Cahaya lampu masih terpasang walaupun hari sudah pagi. Usai solat subuh berjemaah tadi, Adelin tidak boleh melelapkan mata kembali. Fariz sahaja yang masih berbungkus di dalam selimut. Ditambah dengan air cond yang terpasang, memang sedap tidur. Sejuk!
“Tengok apa?” Oh ibu aku! Adelin mengusap dadanya. Dijeling Fariz yang sesedap sup bunjut saja memeluknya. Sudahlah tak bagi salam. Main terjah saja. Huh! Sibuk saja nak pinjam bahu orang letak dagu dia.
“Apa plan hari ni? Takkan nak duduk dalam bilik aje?” Fariz sengih senget.
“Apa salahnya? Cepat sikit dapat anak,” Adelin mencubit lengan Fariz yang memeluk pinggangnya. Banyaklah anak dia. Dari semalam lagi, asyik anak sahaja dalam fikiran Fariz. Dah kemaruk sangat nak anak agaknya. Hush!
Perangai pun masih seperti budak-budak, ada hati nak ada anak. Atau, seru dah sampai? Maklumlah, lelaki itu sudah mencecah ke three-series. Haruslah keinginan untuk mempunyai anak itu wujud. Adelin sendiri sudah berusia dua puluh tujuh tahun. Bukannya muda lagi kedua-duanya.
“Poyo. Bosanlah, Fariz. Tak ada tempat yang menarik ke kat sini? At least, snorkeling or riding horse around the beach. Tak ada?”
Rugilah dia bercuti jika terperap sahaja di dalam bilik. Kalau nak ikutkan idea gila si Fariz ni, memang sah tak boleh keluar bilik. Oops! Aktiviti luar alam yang kedua. Rasanya, sebelum datang ke sini, Fariz sudah merancang kot. Segalanya berlaku di luar jangkaan Adelin.
“Ada. Aktiviti masuk kampung. Kau siap-siaplah, aku bawa kau pergi rumah mak ayah angkat aku. Selepas sarapan, kita pergi,” kata Fariz sebelum ke bilik air.
Mak ayah angkat? Menarik juga. Adelin menutup langsir kembali. Dia ke almari dan mengeluarkan dress petty chiffon long sleeve. Baju Fariz turut disediakan. Memandangkan ini adalah percutian ‘suami isteri’, kenalah menjalankan tanggungjawabnya. Nanti dah balik KL, rumah dah asing-asing. Gila nak tinggal sekali, memang Mak Jinah tu invisible kan. Silap hari bulan, Puan Sri Zana curah asid padanya. Nauzubillah.
*****
Lukman merenung wajah tampan di hadapannya itu. Mata biru, beb. Mana pernah lagi dalam sejarah hidupnya sebagai inspektor polis menerima kunjungan daripada mat saleh. Selalunya, urusan yang melibatkan polis antarabangsa, Fariz yang take over. Kali ni, dia pula yang terpaksa mengambil alih. Takkanlah dia hendak kacau orang atasannya yang sedang bercuti. Mahu kena pelangkung.
I’m Lukman, Inspector Lukman. You may call me, Luq,” Lukman menghulurkan salam. Si mata biru menyambut salamnya.
“Carl, Carl Ezaide. So, you’re the one who handle this case?” Lukman mengangguk, tetapi kemudian dia menggeleng. Carl kerut dahi.
No. I’m just replacing him for days, I think. Everything that you want to discuss, you may trust me,” Carl senyum bersahaja.
Anyone else? Emmm, should we just drop the honorific? Mungkin lebih selesa. Aku… kau?” Ternganga Lukman dibuatnya. Si mata biru itu pandai berbicara dalam bahasa melayulah.
Sure. Tak tahu pulak kau pandai berbahasa melayu,” kata Lukman. Barulah selesa sikit.
Yupp. Mixed malay-british. My family stayed here. Aku aje yang merantau jauh,” jelas Carl, tidak mahu Lukman tersalah anggap. Dah macam gay boy dah dia tengok Lukman. Euwww!
Oh, I see. Sebelum kita bincang pasal kes ni, kena tunggu ASP Hadi dulu. Kejap lagi dia sampai,” maklum Lukman. Sudah tentu dia tidak mampu menguruskan kes yang besar ini seorang diri.
“ASP Hadi? Siapa?”
“Polis marin. Dia memang selalu handle kes international ni. Lagipun, dia bestfriend ketua kami. So, dia serba tahulah pasal kes ni,” Carl angguk kepala. Boleh pula begitu.
“Ketua kau pergi mana?”
Holiday. Awal lagi dia dah apply cuti, tak boleh nak cancel sebab… you know. It’s all about love,” bicara Lukman selamba.
Great. Dia mesti sibuk sampai lupakan pasangan kan?” teka Carl.
Uhuh, playboy too,” bisik Lukman. Carl ketawa. Sudah tentu orangnya kacak jika mempunyai bad habit. Playboy, huh!
Berbual punya berbual, akhirnya orang yang ditunggu tiba. Sebaik sahaja Hadi sampai, mereka terus memulakan perbincangan. Segala perbualan mesra tadi bertukar menjadi serius. Hadi dan Lukman menumpukan sepenuh perhatian pada penjelasan Carl. Kes itu merupakan kes penting kerana melibatkan sebuah syarikat ternama.
Di sebalik percutian Fariz adalah kerana kes tersebut. Mustahil untuk dia take over kes yang melibatkan Eclipe’s Holding. Terpaksa dia meminta Hadi membantunya. Kebetulan, Hadi yang bertugas di jabatan marin sedang menguruskan pelatih baru. Jadi, sahabatnya itu tidak sibuk dengan kes lain.
*****
Fariz memberhentikan keretanya di halaman sebuah rumah. Kelihatan seorang wanita sedang menyapu sampah di bawah pokok rambutan tidak jauh dari keretanya. Mata Adelin melilau ke sekitar rumah sambil menanggalkan tali pinggang keselamatan. Rambut yang dibiarkan lepas, dia ikat tocang.
“Itulah mak angkat aku. Jom,” Serentak mereka keluar dari perut kereta. “Assalamualaikum. Mak!” laung Fariz kuat.
Sengaja dia menjerit kuat. Biar seisi rumah batu yang direka moden itu keluar.
“Waalaikumsalam. Hah, Fariz. Terkejut mak,” Fariz mendekati wanita separuh umur itu. Adelin mengekori suaminya.
“Sihat, mak?”
“Sihat. Mimpi apa datang sini?” tanya Mak Lela kepada anak angkatnya itu.
“Mimpi apanya. Rindu semualah, itu yang sampai juga rumah mak ni,” kata Fariz. Mak Lela pandang Adelin pelik. Adelin senyum.
“Siapa ni?”
“Adelin, mak. Awak, nilah mak angkat saya, Mak Lela,” Adelin menghulurkan tangan untuk bersalam. Mak Lela menyambut mesra. Teman wanita Fariz barangkali.
“Mama kamu tak setuju ke dengan pilihan kamu ni? Itu yang bawak jumpa mak dengan ayah?” Fariz ketawa.
“Ke situ pulak mak ni. Kalau mak nak tahu, Adelin ni anak emas papa. Isu tak restu tu, adalah sikit. Mama memang tak bagi green light pun,” terang lagi nyata penjelasan Fariz. Dengan maknya ini, tak boleh nak berahsia. Confirm, sekejap lagi perkara sebenar terbongkar.
Mak Lela dan ayah angkatnya, Sarjan Mejar Mahadi tidak mempunyai anak lelaki. Oleh itu, Fariz sudah dianggap seperti anak sendiri. Lebih-lebih lagi, Fariz menjadi seorang polis juga atas sokongan ayah angkatnya itu. Jawatan yang dipegangnya kini juga berkat doa dan dorongan keluarganya di sini. Papa dan mamanya pernah membantah, tetapi dia memang amat berminat di bidang kepolisan. Apa lagi yang boleh dibuat? Setuju sahajalah.
“Tak adalah, merepek aje Fariz ni,” Mak Lela menggeleng perlahan. Bab usik mengusik ni, serahkan pada Farizlah. Tip top!
“Anak dara berdua tu mana, mak? Tak nampak pun…”
“Ada kat dalam tu, hah. Tiqa tengah masak, Dik Min pulak dok basuh baju,” beritahu Mak Lela. “Eh, jom masuk. Kita sambung berbual kat dalam. Selesa sikit,” Penyapu lidi yang dipegang, disandarkan pada pokok rambutan.
Mereka beriringan masuk ke ruangan beranda rumah. Santai sikit. Mak Lela masuk ke dapur, memaklumkan kehadiran Fariz dan Adelin kepada anak-anak daranya.
“Ayah angkat awak ni polis jugak ke?” soal Adelin sambil matanya memandang bingkai gambar yang tergantung di dinding. Jelas di matanya, seorang lelaki yang sebaya dengan babanya itu sedang mengangkat tabik hormat.
“Hmmm, Sarjan Mejar Mahadi. Sebab dialah, aku jadi polis ni. Pendorong utama merangkap idola aku,” Bibir Adelin membentuk ‘o’.
Tapi, dia macam pernah lihatlah SM Mahadi itu. Di mana ya?
“Iya ke? Papa mama awak okey pulak. Kesian tan sri, tak ada pewaris nak bantu dia,” Fariz menoleh ke kanannya.
“Kau kan ada. Bukannya orang lain, menantu dia jugak. Hundred percent dia percayakan kau kot,” balas Fariz bersahaja.
“Ahah, memang pun. Tapi, selagi tan sri tak tahu pasal kita… saya tetap orang luar. Kakak-kakak awak tu lainlah, perempuan. Mestilah kena ikut suami dia orang. Awak tu anak lelaki tunggal tan sri. Tahu tak?”
“Tak readylah. Kita bincang lain kalilah,” Adelin kerut hidung. Selalu begitu, setiap kali hal syarikat dibangkitkan. Fariz berpura-pura sibuk dengan Iphonenya.
Dia memang sengaja membawa Adelin jauh dari Eclipe’s Holding beberapa hari ni sehingga penyiasatan itu berakhir. Namun, lelaki itu tidak tahu bahawa Adelin adalah penyumbang utama kepada kes itu. Jika Fariz mengetahui tentang hal itu, sudah tentu Adelin tidak akan berada di sini rasanya.
“Jemput minum, Fariz, Adelin. Tak beritahu nak datang, mak jamu air ajelah. Nanti kita makan tengah hari sama. Kejap lagi ayah baliklah tu,” Mak Lela meletakkan dulang di atas meja kopi.
“Kami dah sarapan dekat hotel tadi, mak. Kenyang lagi ni,” ujar Fariz dengan tapak tangan ditekap pada perut.
“Kamu stay di hotel mana?”
“Swiss Garden Resort, mak. Dah lama tak singgah situ. Adelin pun tak pernah datang sini lagi,” Mak Lela senyum nipis.
Fariz mana pernah membawa teman wanitanya ke sini sebelum ini. Apabila ditanya, Fariz hanya memberitahu dia masih belum bersedia. Jika ada yang dikeleknya, semuanya atas urusan kerja. Selain Mutia dan Adelin, tiada perempuan lain yang berjaya menambat hati Fariz setakat hari ini.
“Berdua?” Nada Mak Lela sudah berubah.
Fariz dan Adelin saling berpandangan. Sudahnya, Adelin memberi isyarat dia membenarkan lelaki itu memberitahu Mak Lela tentang hubungan mereka. Buatnya Mak Lela berfikir yang bukan-bukan, haru juga. Boleh timbul fitnah pula nanti. Tidak mahulah dia dianggap perempuan tak bermaruah yang senang-senang sahaja mengikut lelaki ke hotel.
“Ha’ah. Mak, sebenarnya Fariz dan Adelin dah berkahwin. Dua tahun setengah dah kot kami kahwin. Kan, Adelin?” Adelin mengangguk. Membulat mata Mak Lela. Dah kahwin? Tidak jadi dia ingin mengenenkan Fariz dengan Tiqa. Tsk.
“Kenapa tak bagitahu kami awal-awal, Fariz? Kenduri pun tak jemput. Sampai hati, anak mak ni,” Fariz yang bersandar di sofa, menegakkan badan. Jenuh pula dia ingin memujuk Mak Lela.
“Kami akad nikah aje, mak. Papa dan mama pun tak tahu lagi pasal ni. Fariz minta maaf. Fariz terpaksa rahsiakan hal ni…”
“Kenapa kamu kahwin? Bukan mak nak fikir yang bukan-bukan. Tapi, mesti ada sebab kenapa kamu rahsiakan pernikahan kamu ni,” Adelin menahan Fariz berbicara. Biar dia pula yang menjelaskan kedudukan sebenar.
“Kami rela kahwin, ma… mak. Tapi, yang pasti bukan atas alasan suka sama suka. Ada salah faham sikit masa tu,” Mendalam sekali penjelasan Adelin. Tapi, gagap jugalah. Masih janggal untuk memanggil Mak Lela dengan panggilan, mak.
Mak Lela kembali bertenang. Bekas guru Matematik itu seakan memahami maksud sebenar Adelin. Senyuman diukir tanda dia boleh menerima keadaan itu. Pada penglihatannya, Adelin memang sesuai untuk Fariz. Mungkin ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Siapalah dia ingin menyoal lebih. Cukuplah dia tahu, Fariz dan Adelin tidak melakukan hubungan terlarang.
“Sekarang macam mana?”
Fariz gelak kecil.
Maybe, your title will be change, mak. Grandmother?” Masam terus muka Adelin yang elok tersenyum itu.
Mak Lela sengih.
“Merepek aje kerjanya,” omel Adelin perlahan. Namun, Fariz masih boleh mendengar.
“Alhamdulillah. Family planning after two years married. Quite interesting,” usik Mak Lela. Adelin menahan senyum. Malu pula dia. Fariz ni memang tak makan saman. Memanglah, dia makan nasi saja.
Style kan, mak? Bukan sembarangan orang boleh kahwin dengan anak mak yang handsome ni. Untung isteri Fariz Ian,” Eheh, puji diri sendiri.
“Ya Allah, terlebih minum air laut kot awak ni,” Payah dapat suami jenis masuk bakul angkat sendiri ni. Perasan sahaja memanjang.
“Adelin ni orang mana? Keluarga Adelin tahulah pasal ni?”
“Kedah. Dia orang yang beria suruh kami kahwin, mak. Takut sangat Adelin tak kahwin sampai ke tua,” Sempat lagi dia berseloroh.
“Kedah? Fariz buat apa dekat Kedah masa tu? Kerja ke?” Pelik pula Mak Lela. Takkanlah sampai kena bertugas di Kedah. Seingatnya, dua tahun lepas, Fariz hanya menguruskan kes-kes di KL.
“Biasalah, mak. Penjenayah ni bukannya kita boleh ramal tindakan dia orang. Saat-saat akhir pun boleh tukar strategi. Mak ingat tak malam yang Fariz kena tembak tu? Masa tulah, menantu mak yang baik hati ni datang jadi heroin Fariz. Kelam kabut punya pasal, dia bawa Fariz balik rumah tok dia,” terang Fariz secara jujur.
“Mak ingat lagi. Malam tu, ayah telefon dari pejabat beritahu pasal Fariz. Ayah sampai aje kat sana, Fariz dah tak ada. Nasib baik, esok tu Fariz call. Kalau tak, ayah memang ingat nak beritahu keluarga Fariz di KL dah,” cerita Mak Lela.
Waktu itu, dia hanya mampu berdoa sahaja akan keselematan Fariz. Jika diikutkan hatinya yang sangat risaukan keadaan Fariz, mahu sahaja dia menyertai SM Mahadi ke Kedah malam itu. Namun, dihalang suaminya.
“Nasib baik kena tembak dekat kaki aje. Kalau kat tempat lain, Adelin tinggal aje kat situ. Tak adalah kena tuduh bagai,” Fariz mencubit pipi isterinya.
“Amboi, bercakap… tak pandang kiri kanan kan. Ikut sedap mulut dia aje. Tak payah balik KLlah kalau macam ni. Abang tinggal sayang dekat sini. Duduk dengan SM Mahadi dengan bekas cikgu ni. Baru dia tahu,” Adelin kerling Fariz dengan muka tak percaya.
Abang-sayang? Uwek!
“Iyalah, abang. Sayang sanggup tinggal kat sini lagi daripada kena ikut abang balik,” Ingat dia seorang boleh kenakan kita. Lagipun, macamlah dia tidak biasa hidup di dalam keluarga yang strict. Mak Lela tergelak melihat telatah pasangan suami isteri itu.
Tadi, tak ada pula dia mendengar mereka menggunakan kata ganti nama mesra. Awak-saya sahaja. Haish, budak-budak sekarang ni. Macam-macam perangai. Tetapi, Fariz dan Adelin memang sepadan. Padanya, sifat keduanya agak berbeza. Namun, itu tidak menjadi masalah kerana mereka saling melengkapi. Dia percaya, Adelin mampu menjaga Fariz dan memahami kerenah anak angkatnya itu.
*****
“Mut… Tia, bila kau nak balik sini pulak?” tanya Soffi kepada Mutia.
“Insha Allah, minggu depan. Aku dah tak boleh tahan rindu dah ni. Nak aje aku bawak Chia balik sini,” kata Mutia sambil memasukkan barang-barang penting ke dalam beg sederhana besar.
“Bawak ajelah dia balik sini, Tia. Tak payah kau nak berulang alik ke LA lagi. Bukannya dekat LA tu. Aku kan ada. Boleh tolong jaga dia,” Soffi membantu Mutia melipat pakaian.
“Aku takut Ian rampas dia dari aku, Soffi. I miss her badly, Soffi. I can’t live without her. Kalau Ian tahu anak dia ada kat sini, mesti dia paksa aku temukan dia orang,” Mutia berkata dalam nada sebak.
Tia, he can’t take Chia from you, okay? Kau kenalkan Chia macam mana. Chia tu susah didekati. Lagipun, Ian sendiri yang cakap yang dia tak nak ada kaitan dengan kau lagi kan. So, what’s the matter?”
“Entahlah. Nantilah aku fikirkan. Aku tak sanggup lagi dah nak berjauhan dengan Chia. Dia perlukan aku, Soffi,” Soffi mengusap belakang Mutia.
Sebut sahaja tentang Chia, pasti Mutia akan sedih. Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anaknya. Empat tahun, Mutia menjaga Chia sendiri. Bukan satu jangka masa yang singkat. Dia juga ada perasaan. Perasaan ingin disayangi secara sah. Chia juga sudah tentu perlukan seorang yang bergelar ayah.
*****
SM Mahadi memarkir kereta di garaj. BMW 5-series sedan hitam yang terparkir elok di halaman rumahnya itu menarik perhatiannya. Kenal benar dengan pemilik kereta mewah itu. Pantas dia melangkah ke beranda. Senyum sampai ke telinga, hah SM kita. Seronok Fariz bertandang.
“Assalamualaikum,” SM Mahadi memberi salam.
Serentak ketiga-tiganya menjawab salam. Fariz bangun dan menghampiri ayah angkatnya itu. Lama juga mereka tidak bertemu. Hampir setahun juga rasanya. Mereke berpelukan seketika.
“Kenapa tak bagitahu nak datang? Kalau tahu, ayah ajak kawan ayah sekali tadi,” Teruja SM Mahadi menerima kehadiran Fariz.
Sejak anak angkatnya naik pangkat, belum sampai lagi di ke sini. Baru dia bercadang untuk Kuala Lumpur bersama rakannya yang ditemui tadi. Beberapa hari ini, dia kerap memikirkan tentang Fariz. Banyak benda yang dia ingin bualkan. SM Mahadi duduk di sebelah isterinya.
“Kawan ayah yang mana?” soal Fariz. Dia kembali ke tempat duduknya.
“Kawan ayah yang dulu bertugas dekat Lumut. Tapi, sekarang ni dah pencen. Dia dulu bekas ketua ayah. Jawatan dia memang tinggilah, bekas ACP,” jawab SM Mahadi. Matanya terpandang Adelin di sisi Fariz. Keningnya bertaut.
“Oh, awalnya dia pencen…”
“Pencen sebagai polis aje. Sekarang ni, dia terima jemputan ceramah area Perak dengan Kedah. Tapi, yang peliknya… anak dia ada kat sini,” Gulp. Adelin sudah tidak senang duduk.
Senyuman juga sudah hilang dari bibirnya. Nafas pun rasa macam tersekat sahaja. Rasanya, wajah dia tiada warna dah ni. Aduh, kenapalah harus dia mengikut Fariz ke sini? Sepatutnya, dia sudah boleh cam sahabat babanya itu ketika melihat gambar tadi. Memang cari bala sungguh.
“Anak dia? Kat mana, bang? Beruntung saya, abang kalau dapat berjumpa dengan anak Hir tu. Like father like daughter. Sama-sama polis,” Mak Lela beriak ceria dan teruja.
“Tu, hah. Sebelah Fariz tu, dialah. Adelin, kan?” Pandangan SM Mahadi tepat pada Adelin.
Fariz memandang Adelin dengan kerutan seribu. Ayah merepek apa pula ni? Sejak bila pula si Adelin ni, polis?
“Hah? Abang ni jangan main-mainlah. Adelin ni isteri Fariz tahu. Dah dua tahun pun dia orang kahwin,” Macam mak jemah pula Mak Lela ni.
“Isteri Fariz? Tak ada pulak Thohier bagitahu anak dia dah kahwin,” balas SM Mahadi, juga penuh kepelikan.
Fariz tidak mampu berkata apa-apa. Dimamah sekali lagi kata-kata SM Mahadi tadi. Mustahil dia silap dengar. Dan, tidak mungkin ayah angkatnya membuat cerita. Memang nama bapa mertuanya yang disebut SM Mahadi tadi. Tiba-tiba dia berasa badannya meluap. Jika bukan kerana mak dan ayah angkat di sini, sudah dihamburkan kemarahan itu.


Fariz say hye untuk semua. haha

to be continued...

p/s : Goodnight. Selamat mimpikan ASP Fariz ya. :D. CIA pun nak berangan episode 8 dah. haha. wish me luck.
struggle to finish 'VAMPIRE HOUSEMATE'. dah macam student sains dah. tapi, best. thank to Yana. dapat jugak tambah ilmu. alhamdulillah. cuba masuk dunia vampire. :D. ngee. tragis.

4 comments:

  1. Best sis mind sambung cpt heheh?

    ReplyDelete
  2. Nk lg....xpuas...bp episode lg nk bis ni....xsabar ni...huhu

    ReplyDelete
  3. Hensemnya..xsbr nk baca cerita lain sbb u pnya cerita mmg lain sgt dr novel2 y penah sy baca..

    ReplyDelete