Monday 26 May 2014

e-novel : Pearl Episode 10 (END)



Assalamualaikum... Hye!

done for last episode, episode 10. i just don't know how the outcome. hope memberansangkan. haha. kidding. maybe, i don't put enough effort for this. semua boleh tinggalkan komen. tak surelah ending ni okey atau tak. tapi, untuk malam yang dah pagi ni, ni ja yang mampu. do critic me, readers. sometime, CIA feel my karya bukan terbaik. :(. tapi, tu semua pandangan anda. i love to surprising people and hope you tak marah CIA. jangan marah tau. hehe. keep surprising you is my hobby. apa pun, Pearl was my kesayangan enovel. the character in Pearl make my days. i just love them and hurt me to stop their story. huhuhu. :(. sobs sobs sobs. sedihnya! nak tisu please. bebel panjang panjang pun tak guna sebab anda semua akan terus pergi ke bawah. haha. SELAMAT MEMBACA! :D

**********************
EPISODE 10 (THE END)
Soffi renung wanita di hadapannya itu. Riak wajah itu kelihatan tenang. Entah mengapa, dia berasa selesa untuk berbincang dengan wanita itu seperti setahun yang lalu. Dia agak kagum dengan Adelin. Pertama kali bersua dengan wanita itu, hanya wajah ceria sahaja ditayangkan. Seperti tiada apa-apa masalah sedangkan dia tahu fikiran Adelin pasti penuh dengan tanda tanya.
“Boleh Soffi bagitahu saya apa yang Soffi nak cakapkan? Chiya’s waiting me,” Adelin bersuara apabila Soffi hanya berdiam dan menilik wajahnya.
Sorry, I just can’t stop adoring you. Whenever the problem is getting harder… you still calm. Awak sanggup terima Chiya even tak tahu asal usul dia. Awak pernah buka dokumen kelahiran Chiya?” Adelin geleng.
Tidak pernah pula dia terfikir untuk menilik dokumen itu. Fail yang diserahkan oleh Soffi dan Ren dulu juga tiada ditangannya. Fariz tinggalkan fail itu kepada Mina memandangkan dokumen itu diperlukan jika Chiya jatuh sakit atau ada apa-apa yang berlaku kepada anak itu.
“Kenapa dengan dokumen tu? Tak pernah terlintas pulak nak tengok. Saya cuma tahu nama sebenar Chiya aje. Yang lain, tak pulak saya tahu,” Soffi senyum nipis.
“Awak tahu siapa ibu kandung Chiya?” Adelin geleng lagi. “Ian pernah buka dokumen tu?” Soalan demi soalan Soffy menyoal, inginkan kepastian.
I don’t think so. Dokumen tu kami terus serahkan pada pengasuh Chiya. Tapi, rasanya dokumen tu dah balik ke tangan Fariz. Kenapa?”
You should ask him about Chiya. Maybe, he know it,” kata Soffi, mula bermain tarik tali.
“Dia takkan bagitahu saya, Soffi melainkan dia dah ready untuk saya tahu pasal sesuatu perkara tu. Just be frank to me. You may believe me, Soffi,” Adelin menggunakan serangan psikologi.
Soffi mengeluh kecil. Masalahnya, dia tidak mahu mengaibkan Fariz dan Mutia. Namun, hal ini turut melibatkan Chiya. Lambat laun, pasti Adelin akan mengetahuinya juga. Tidak sampai hati pula dia ingin terus berahsia. Melihatkan keadaan Adelin yang sentiasa tenang itu, membuatkan dia berkobar-kobar untuk memberitahu Adelin tentang Chiya.
Okay, I’ll trust you. Awak kenal Mutia kan?” Adelin angguk. “Dialah ibu kandung Chiya. Saya yang culik Chiya sebab Mutia selalu memukul Chiya. Semuanya sebab nak membalas dendam kepada bapa kandung Chiya. Dia tidak boleh terima kehadiran Chiya, memandangkan Chiya bukan anak yang sah tarafnya. Mutia diperkosa dek perbuatan dia sendiri yang cuba bermain dengan api…”
Adelin mengangkat tangannya, meminta Soffi berhenti seketika.
“Mutia buat apa?”
Soffi berdehem. Adelin adalah kakitangan Eclipe’s Holding, pasti dia mengetahui tentang Pearl. Serba salah pula dia ingin menjawab soalan itu. Namun, demi masa depan Chiya, dia harus membongkarnya juga. Maafkan aku, Mutia, Ian.
“Mutia dan Pearl adalah orang yang sama. Pearl bermaksud mutiara seperti nama dia juga, sebab itulah Mutia guna nama Pearl untuk mengugut keluarga Tan Sri Lutfi. Dia tak boleh terima kematian papa dia. Tapi, awak pun mesti tahu qada’ dan qadar hidup kita ni kan. Kalau dah ajal, pasti akan mati jugak. Arwah papa dia ditembak di depan mata dia sendiri, jadi dia cuba appoint sesiapa yang boleh dia salahkan untuk kepuasan diri sendiri,” Soffi berhenti seketika.
Dia menyerahkan sampul surat coklat kepada Adelin.
“Ini bukti segala perbuatan jahat Pearl, lima tahun dulu. Ian pernah nak hapuskan bukti-bukti ni sebab dia ingat Pearl takkan kembali ke sini lagi. Ian cuba hilangkan jejak Pearl, tak mahu polis terus menyiasat pasal kes tu. Dia sendiri yang menutup kes Pearl. Semuanya kerana dia tak nak keluarga dia tahu yang Pearl tu Mutia, anak tunggal kawan baik Tan Sri Lutfi,” jelas Soffi lagi.
Adelin membuka sampul surat itu. Beberapa keping gambar berjaya menarik minatnya. Fariz dan Mutia kelihatan mesra di dalam gambar itu. Sekeping gambar yang terjatuh, mendebarkan hati Adelin. Ditahan perasaannya agar tidak terus melatah. Soffi terdiam seketika.
“Jadi, Fariz adalah… ayah kandung Chiya?” Nak tak nak, Soffi menganggukkan kepalanya. “No wonder, he starts to care about Chiya. Tan sri dan puan sri tahu tak pasal ni?”
“Tak. Tiada siapa yang tahu pasal ni selain saya, Ren, Mutia, Hadi, Ian dan awak. Ian bukannya hantar Mutia ke LA sebab ingin menutup perbuatannya, tapi dia tak nak Mutia terus melakukan kesalahan. Tan sri dan puan sri dah anggap Mutia macam anak dia orang sendiri, apa agaknya  akan berlaku kalau kebenaran ni terbongkar…”
“Di mana Mutia sekarang ni?”
Soffi menggeleng. Sudah beberapa hari Mutia tidak pulang. Puas sudah dia menelefon Mutia, namun talian tidak dapat disambungkan. Ren juga gagal menjejak Mutia.
“Sekarang ni, semua bukti dah ada ditangan awak. Awak buatlah apa yang awak nak, Adelin. Saya tak sanggup lagi nak simpan semua ni. Ian dah sedar kesalahan dia. Salah Mutia jugak sebab mencabar kesabaran Ian masa tu. Tapi, boleh saya tahu apa hubungan awak dan Ian? Saya tak rasa hanya teman tapi mesra,” Adelin angkat kening. Disimpan kembali gambar-gambar ke dalam sampul.
Malu pula untuk terus menatap gambar perlakukan tak senonoh suaminya itu. Dulu! Ugh!
“Dia suami saya. Dah masuk dua tahun perkahwinan kami,” Soffi terpempan. Suami?!
“Errr… awak okey ke? I mean, gambar-gambar ni?”
It’s okay. Known him for two years, more than enough for me to understand him, Soffi. At least, I know he’s changed,” Walaupun dia agak sukar untuk menerima perbuatan Fariz pada Pearl itu, dia cuba untuk memahami tindakan suaminya pada ketika itu.
I know it, Adelin. You’re understandable women. Tapi, saya tak jamin Mutia akan berdiam. Hah, sebelum saya terlupa. Ren bagitahu saya, Dr Raihani adalah orang upahan Mutia untuk menipu laporan kesihatan Chiya. So, I think you should take Chiya to the hospital once again. Mungkin, Chiya bukan dirogol,” Mendengarkan itu, Adelin hembus nafas lega.
Betapa gembiranya dia jika itulah kebenarannya. Tak sabar pula dia ingin bertemu Chiya. Mutia… Mutia. Sanggup merancang untuk merosakkan anak sendiri.
Thank you, Soffi for this evidence. I’ll give this to Fariz. Petang ni, Fariz akan bertolak ke LA untuk selesaikan kes Eclipe’s Holding yang berkait dengan pihak sana. I think he also should have this,” Soffi senyum.
Sebaik mungkin, Adelin menjaga emosinya. Dia faham sangat akan perasaan Adelin itu. Isteri mana yang sanggup menerima hakikat, anak yang disayanginya itu merupakan anak suaminya bersama perempuan lain. Salah dia juga yang menyerahkan Chiya pada Fariz dan Adelin tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur.
*****
“Mummy, are you okay?” Suara lembut Chiya menyedarkan Adelin dari lamunannya. Hilang terus imbauan pertemuannya dengan Soffi tiga hari yang lepas.
“Mummy okey, sayang. Chiya nak apa ni? Nak susu?” Chiya angguk.
Adelin bangun dari sofa. Dia menghala ke dapur untuk membancuh susu untuk Chiya.
“Mummy, I miss daddy so so much,” adu Chiya, sayu. Mukanya kelihatan sedih. Betul-betul rindulah tu.
“Rindu daddy? Nah, your milk. Jom, kita call daddy eh,” Mereka kembali ke ruang tamu.
Telefon bimbit di meja, diambil. Adelin membuat panggilan video. Tadi, Fariz ada menghantar sms mengkhabarkan dia sudah tiba di Malaysia dan kini sedang menyambung kerjanya di IPD. Beberapa minit mendail, tiada jawapan dari Fariz. Chiya yang berbaring di riba Adelin, melarikan jemarinya ke permukaan telefon. Gambar mereka bertiga diletakkan sebagai wallpaper.
“Emmm, nanti mummy call daddy lagi ya. Kita tengok video daddylah. Nak?” Laju Chiya mengangguk.
Tangan Adelin bermain di dada telefon, rakaman video yang diambilnya ketika Fariz bermain Chiya dibuka. Diberikan handphone itu kepada Chiya. Setiap malam sebelum tidur, pasti Chiya akan menonton video itu terlebih dahulu. Jika tidak, dia tak boleh tidur lena. Sekejap, sekejap… mengigau.
Daddy so handsome. Mummy, I love him. Chiya sayang daddy,” Dicium permukaan Samsung Galaxy Note 3 itu.
Adelin senyum. Rindu sangatlah tu jika begini gaya Chiya. Daddy ni pun satu, anak dia dah rindu tahap gaban ni… boleh pula tidak menelefonnya. Mummy pun dah rindukan daddy. Tsk. Dipandang Chiya diribanya, tidur sudah kanak-kanak itu. Botol susu bersaiz besar itu dia alihkan. Chiya memeluk erat handphonenya.
Terbit keluhan kecil dari mulut Adelin.
She’s really your daughter, daddy. Hmmm,” Perlahan-lahan, Adelin mengangkat tubuh Chiya untuk dibaringkan di katil.
“Mama… don’t beat me,” rengek Chiya perlahan. Adelin menepuk-nepuk peha Chiya. Tapak tangan kanannya dilekapkan ke dahi anak itu untuk menenangkan Chiya dari terus bermimpi buruk.
“Shhh, mummy tak ada kat sini, sayang,” Adelin mengusap parut di dahi Chiya lembut.
Dia sendiri masih terfikir, dahi itu terluka kerana apa. Tega sungguh Mutia mencederakan darah dagingnya sendiri. Sanggup pula mengupah orang untuk merogol Chiya. Untung sahaja, lelaki yang diupah oleh Mutia itu masih punya hati perut. Laporan kesihatan Chiya semalam, betul-betul melegakan hatinya. Chiya disahkan tidak dirogol. Cuma, dia mengalami trauma sedikit dek kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.
*****
Hadi mundar mandir di ruangan menunggu wad kecemasan hospital di ibu negara itu. Jantungnya bagai mahu terkeluar, membayangkan sahabat baiknya itu sedang bertarung nyawa di dalam wad kecemasan itu. Telefon bimbit lelaki itu juga kerap berbunyi. Dia tidak sampai hati dia mahu menjawab. Sudahnya, ditukar ke silent mode.
“Tuan Hadi, semua dah selesai. Tuan Fariz macam mana?” Muncul Lukman di ruangan itu.
“Alhamdulillah, selesai jugak. Dia masih di dalam. Dah tiga jam, tak ada pun sesiapa yang keluar masuk. Carl mana?”
“Dia pergi uruskan hal Mutia. Keluarga Tuan Fariz macam mana pulak? Takkan kita tak boleh bagitahu dia orang? Ini dah tahap kecemasan, tuan. Kalau jadi apa-apa pada Tuan Fariz, kita yang disalahkan nanti. Lagipun, kes kita dah selesai,” Hadi mengeluh.
Bukan dia tidak mahu menghubungi ahli keluarga Fariz, tetapi Fariz sendiri yang mahu hal ini dirahsiakan. Mereka masih punya empat hari lagi jika mengikut perancangan sebenar. Entah macam mana, tiba-tiba sahaja perjalanan mereka pulang ke IPD dihalang. Segalanya yang berlaku pada malam ini, seperti mimpi. Mimpi di alam realiti.
*****
~Beberapa jam yang lalu~
“Tuan, ada kereta yang menghalang di depan,” maklum Lukman yang menjadi pemandu pada malam itu.
Fariz, Hadi dan Carl mengintai ke luar. Benar, sebuah kerete jenis MPV sedang melintang di tengah jalan. Masing-masing sudah bersiap dengan senjata mereka, sebagai langkah berjaga. Ditambah dengan keadaan malam yang gelap dan jalan pula sunyi. Mereka sendiri yang memilih untuk pulang ke IPD mengikut jalan lama, tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya.
“Memang tak boleh nak patah baliklah, tuan. Ada kereta yang block kat belakang,” beritahu Lukman lagi. Wajahnya sudah berkerut seribu. Ya Allah, Kau lindungilah kami. Amin.
“Jomlah keluar. Manalah tahu umpan mengena malam ni, kenyang kita,” Fariz berkata tenang. Dia mengulas senyum.
Hadi dan Carl yang memahami maksud itu turut tersenyum. Gelaran polis yang disandang tidak pernah mengajar mereka untuk menjadi pengecut. Seorang polis yang berjaya, pasti sanggup menempuh apa jua keadaan. Biarpun risikonya tinggi, hidup mati mereka bukan ditentukan oleh ‘pemangsa’ di luar sana. Hanya Allah s.w.t. yang berhak mengambil nyawa seseorang itu.
Penuh keberanian mereka melangkah keluar dari kenderaan mereka yang juga berjenis MPV itu. Empat orang lelaki bertubuh tegap yang serba hitam itu sudah siap menunggu dengan senjata masing-masing. Raut wajah mereka bengis sekali. KL gangster pun kalah beb.
“Di, kalau apa-apa jadi kat aku… kau tolong sampaikan pesanan aku pada Adelin. Aku sayang dia sangat-sangat. Sekalipun aku terkorban malam ni, jangan pernah kau beritahu keluarga aku,” Hadi tergamam seketika. Apa maksud Fariz?
“Jangan merepeklah, Fariz. We’re here. Aku bagi amaran kat kau, jangan tinggalkan Adelin. Aku sendiri yang bunuh kau nanti,” Carl beriak serius. Amarannya itu bukan sekadar amaran kosong.
“Apalah korang ni, waktu-waktu macam ni pun dok merepek entah apa-apa,” sampuk Hadi.
I mean it, Hadi, Carl. Tolong aku jaga Chiya sekali,” Hadi dan Carl saling berpandangan. Tiada nada gurauan pada suara itu.
Mulalah hati mereka tidak sedap. Namun, mereka nekad. Terbang ke Los Angeles, berempat dan pulangnya juga harus dalam bilangan yang sama.
How was your daughter, ASP Fariz? Is she okay?” Mata Fariz tajam memandang susuk tubuh yang berada tidak jauh darinya itu.
Don’t you dare to hurt her, Mutia. She’s your daughter too,” Mutia gelak, penuh kepura-puraan.
“Aku kisah apa? Dia bukan anak aku. Tak ingin aku mengaku dia anak akulah kalau bapak dia tu adalah kau,” bentak Mutia.
“Huh, tapi kau lahirkan dia jugak. Kenapa kau tak gugurkan aje kalau kau memang tak suka dia?”
“Bodoh. Kau ingat aku nak sangat ke simpan budak tu. Semuanya sebab kau. Aku simpan semata-mata kerana kau. Kau nak tahu kenapa? Sebab aku boleh bunuh kau melalui dia. Tapi, Soffi tak guna tu dah bawak lari anak haram kau tu. Kononnya, nak berubah. Aku relalah tak ada kawan daripada ada pengkhianat macam dia,” Seperti orang tak betul sahaja, Mutia menghamburkan kemarahannya.
Tudung yang selama ini menutup rambutnya, sudah hilang! Mutia masih kekal sebagai Pearl rupanya. Fariz kepal penumbuk. Namun, kesabaran dia masih menghalangnya untuk terus menyerang Mutia. Setiap orang yang mengawasi mereka sudah siap sedia untuk menarik picu, peluru juga menunggu untuk menerkam mangsanya.
Hadi, Carl dan Lukman berganjak, langkah demi langkah ketika Fariz cuba berbalas kata dengan Mutia.
“Aku bukan hantar kau ke LA untuk kau rancang semua ni, Mutia. Bukan kau seorang yang menderita, tapi aku jugak. Aku pernah cakap kat kau dulu, aku takkan pernah lupakan apa yang dah aku buat pada kau. Sikit pun memori tu tak hilang. Aku cuma nak kau sedar, Chiya langsung tak ada kaitan dalam hal ni. Dia masih budak-budak, tak tahu apa-apa,” Tenang sungguh Fariz bersuara.
Dia tidak mahu emosi Mutia terganggu dan melakukan perkara di luar kesedarannya. Penyiasatan mereka dengan pihak Los Angeles membawa mereka kepada sepasang suami isteri, Mr Juan dan Mrs Wenny yang merupakan doktor yang merawat Mutia selama Mutia berada di sana.
Dek terganggu oleh kisah silam yang buruk, emosi Mutia terganggu. Dia tidak boleh berfikir secara rasional. Otaknya dikawal dengan pemikiran yang tidak waras. Minda Mutia berinteraksi secara luar sedar di mana pasangan suami isteri itu mengesahkan, Mutia mungkin mempunyai cara pemikiran penjenayah. Criminal mentality! Otak Mutia hanya memikirkan sesuatu perlakuan jahat.
“Siapa Chiya? She’s Chia, not Chi-ya. Kau memang sengaja mencabar aku kan, Ian. Memang aku tak suka budak tu, tapi aku tak sangka kau sanggup suruh Adelin tak guna tu jaga dia. Dasar perempuan murahan,” Nafas Fariz turun naik, rahangnya juga bergerak-gerak.
Sebaik lidahnya melafazkan akad, Adelin Annisa adalah isterinya yang sah. Detik itu, dia juga sedar Adelin merupakan tanggungjawab terbesar untuk dia bimbing. Mungkin dia tidak menunjukkan dengan perbuatan memandangkan mereka sering sahaja berlainan pendapat. Namun, itu tidak bermaksud dia tidak menyayangi Adelin. Biar dia seorang sahaja yang berkata buruk pada isterinya, bukan orang lain.
Orang itu memang mencari nahas jika mulut mereka sesuka hati ingin mengutuk Adelin. Memang silap besar jika dia yang mendengar kutukan itu, habis dia kerjakan.
“Sudahlah, Mutia. Aku dah penat nak melayan sikap gila kau ni. Mutia yang aku kenal dulu, dah hilang. Untuk membunuh kau sekarang ni pun, aku sanggup ambil risiko. Jangan pernah kau kacau keluarga aku. Aku takkan benarkan kau sentuh dia orang walau secalit pun. Sekalipun kau bunuh aku, kau takkan pernah rasa puas. Sebab, kau terlalu ego, Mutia. Ego dengan diri kau sendiri,” Mutia gelak sinis.
Ditarik pistol yang terselit di bootsnya. Ditala pistol ke arah Fariz, tangannya juga bersedia untuk menarik picu. Seperti tadi, Fariz cuba tersenyum. Hadi dan Carl semakin menjauh dari Fariz. Lukman pula bersiap sedia di sisi MPV.  Hanya dua orang di antara empat orang bodyguard Mutia yang menggunakan pistol. Dua orang lagi pula cuma memegang pisau lipat sahaja. Memudahkan sedikit kerja mereka.
“Apa maksud kau, aku ego… hah?”
“Arwah papa kau meninggal dunia sebab sudah sampai masa dia, Mutia. Orang tembak arwah uncle Fauzi dah pun terima hukuman dia. Kau kena belajar terima hakikat, Mutia. Tak semua benda dalam dunia ni kekal. Kau tembaklah aku, Mutia. Kalau bukan ditakdirkan aku mati malam ni, kau selamat dari hukuman berat. Tapi, kalau sebaliknya yang berlaku, aku redha. Sekurang-kurangnya, kau berjaya bunuh perogol yang dah merogol kau dulu,” Hilang senyum sinis di bibir Mutia.
Kemarahannya semakin meluap-luap, mendengar omongan Fariz itu. Iya, dia memang berniat ingin membunuh lelaki itu. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Fariz. Cinta dalam diamnya tidak pernah berubah. Dia memang berdendam kerana Fariz bertindak untuk memperkosanya walaupun dia berjanji akan mengalah. Namun, Fariz tetap juga menyeksanya.
Tapi, dia sendiri tidak faham. Kenapa masih ada rasa cinta untuk lelaki itu meskipun lelaki itulah merosakkan hidupnya sebegini? Kenapa?
“Aku benci kau, Fariz Ian!” jerit Mutia sepuas hati, melepaskan segala kemarahannya. Serentak itu, kedengaran juga bunyi dua das tembakan dilepaskan.
Semua di situ terpana dan tercengang. Mutia mengangkat wajahnya, mata yang terpejam dibuka. Tubuh Fariz sudah terbaring di atas jalanraya. Pistol di pegangannya dilemparkan, dia menerpa ke arah Fariz. Dipangku kepala lelaki itu. Air matanya laju mengalir di pipi.
“Ian… Ian… bangun!” teriak Mutia sambil tangannya menampar pipi Fariz. Namun, Fariz masih kaku.
“Fariz!” Hadi pula menghampiri Fariz yang sudah tidak sedarkan diri itu. Ditampar pipi sahabatnya itu berulang kali. “Bangun, Fariz. Adelin dengan Chiya tengah tunggu kau. Kau dah janji kan nak balik jumpa dia orang. Bangun,” Tanpa jemu Hadi cuba menyedarkan Fariz.
“Bukan aku… bukan aku yang tembak,” Kedua belah tangan Mutia menekup telinganya. “Tidak! Aku tak bunuh dia… aku tak bunuh!” jerit Mutia seperti orang tidak siuman.
Siren polis mula kedengaran. Carl yang sedang duduk di badan dua orang pembantu Mutia melepaskan nafas lega. Lukman juga berjaya menangkap dua orang lagi pembantu Mutia itu. Digari tangan kedua-duanya ke pemegang pintu kereta. Sebaik sahaja anggota polis menahan penjahat-penjahat itu, mereka terus melangkah mendekati Hadi.
Lelaki itu masih berusaha untuk menyedarkan Fariz.
“Fariz, bangunlah. Tak payahlah nak tidur sangat,” Kepala Fariz diribanya sambil tangannya tak berhenti-henti menampar pipi sahabat dunia akhirat dia tu.
“Tuan, ambulans pun dah sampai tu. Elok kita hantar Tuan Fariz ke hospital dulu,” kata Lukman. Dia sendiri terpaku melihat betapa bersungguh-sungguhnya Hadi cuba mengejutkan Fariz.
Dia sudah memeriksa nadi dan juga degupan jantung Fariz, lelaki itu masih bernafas. Cuma, orang atasannya itu tidak sedarkan diri. Darah Fariz sudah mengalir di atas jalanraya. Pakaian Hadi juga penuh berlumuran dengan darah. Mutia meraung kuat tatkala seorang anggota polis perempuan cuba mendekatinya. Matanya tidak lepas memandang sekujur tubuh Fariz.


*****
Deringan telefon yang nyaring mengejutkan Adelin yang terlena di sisi Chiya. Dicapai telefon bimbitnya di meja sisi katil.
Hello,” jawab Adelin, masih mamai.
“Adelin, mama ni,” Adelin bingkas duduk. Mama? Puan Sri Zana?
“Ya. Ada apa, mama?” Baru kini dia berani memanggil wanita itu, mama memandangkan Puan Sri Zana sendiri yang membahasakan panggilan itu kepadanya.
“Fariz ada di rumah? Mama call dia, tak berangkat. Risaulah mama…”
“Mama, Fariz tak balik lagi. Adel ada jugak call dia malam tadi, tapi itulah. Dia tak angkat. Adel rasa dia on duty kot, mama. Dah lewat ni, kenapa mama tak tidur lagi?”
Adelin pandang jam di dinding. 5.15 pagi! Subuh semakin menjelang rupanya. Entah bila dia terlena pun dia tak tahu. Penat melayan kerenah Chiya seharian agaknya.
“Mama rasa tak sedap hatilah. Ni pun mama terjaga sebab mimpi buruk. Tak senang duduklah mama macam ni. Fariz tak hubungi Adelin ke, mana tahu dia nak berbual dengan Chiya…”
“Tak, mama. Semalam lagi Chiya merengek rindukan Fariz. Emmm, macam nilah. Biar Adel call office Fariz. Mana tahu, dia orang tahu di mana Fariz,” Putus Adelin.
“Iyalah. Apa-apa nanti, bagitahu mama. Assalamualaikum,” Puan Sri Zana mematikan talian.
“Waalaikumsalam,” Adelin termenung seketika. Apa yang berlaku sebenarnya? Tidak mahu fikiran buruk mengganggunya, Adelin berlalu ke bilik air. Lebih baik dia menunaikan solat sunat sebelum masuk waktu subuh, ada juga baiknya. Chiya masih lena, siap senyum-senyum lagi dalam tidur. Mimpi jumpa daddy dialah tu.

*****
Tak dapat ku sangkal, tak dapat berpaling
Dari kesucian cinta dan takdir
Sepenuhnya aku manusia
Yang lahir dengan sebuah perasaan
Ku serahkan pada sang pencipta
Kemana kakiku melangkah
Sepenuhnya aku tak sempurna
Yang penuh khilaf dan kelemahan
Ku serahkan pada sang pencipta
Ke mana kakiku melangkah, ke mana kakiku melangkah
Direnung bingkai-bingkai gambar Fariz yang tersusun di atas almari yang terletak di ruang tamu. Fariz di majlis konvokesyen, Fariz di majlis pelancaran model perumahan Eclipe’s Holding, Fariz yang menerima sijil pengiktirafan polis Malaysia… Fariz yang dianugerahkan kenaikan pangkat, Assistant Supritendent of Police (ASP).
Hampir seminggu, Fariz menghilang tanpa khabar. Adelin sudah cuba menghubungi rakan-rakan Fariz, namun semuanya tidak mengetahui kedudukan Fariz. Ke mana Fariz menghilang sebenarnya? Dia juga sudah menemui Hadi, lelaki itu hanya berdiam. Carl yang turut bersama dengan Fariz pada malam itu juga disoalnya. Namun, jawapan yang sama sahaja dia dapat, tidak tahu.
“Mummy, Chiya want daddy,” Adelin cuba mengukir senyum. Dia mendukung Chiya dan melangkah ke jendela.
“Chiya nampak tak tasik tu?” Chiya angguk. “Cantik kan. Daddy pesan, kalau Chiya rindukan daddy… Chiya kena tengok tasik tu puas-puas. Sebab, daddy macam tasik tu… sentiasa ada. Tak pernah hilang. Daddy pun sama, selalu ada untuk jaga Chiya,” Hampir sahaja air mata Adelin menitis. Ah, rapuhnya hati.
Really? Nanti mummy bawak Chiya turun bawahlah. Chiya nak jumpa daddy,” pinta Chiya, polos. Oh, Chiya. Mummy sendiri pun tak tahu di mana daddy Chiya.
“Tapi, Chiya kena janji dengan mummy dulu,” Chiya pandang mummynya. Adelin mengisyaratkan agar pipinya dicium dahulu.
“Sayang mummy,” Dilekap bibir ke pipi mulus Adelin.
“Mummy pun sayang Chiya jugak. Sekarang ni, jom kita makan. Anak mummy tak lapar ke?”
“Lapar. Nak yogurt…”
No yogurt, nasi. Okey?”
“Okey!” jerit Chiya, kembali ceria. Adelin meletakkan Chiya di sofa. Dia berlalu ke dapur.
Ting tong! Ting tong!
Terhenti pergerakan Adelin yang sibuk mencedok bubur nasi ke dalam mangkuk itu. Siapa pula yang datang? Takut pula dia hendak membuka pintu. Sudah tentu bukan Mak Jinah kerana wanita itu sudah kembali bekerja di banglo milik Tan Sri Lutfi semula. Dipandang Chiya di sofa, kanak-kanak itu sibuk dengan Barneynya sambil mulut berceloteh meniru iklan di televisyen.
Yogurt di dalam peti ais diambil.
“Chiya, eat yogurt first,” Disuakan bekas yogurt itu kepada Chiya. Bukan main ceria lagi kerana mendapat yogurt kesukaannya. Dicapai selendang di sofa dan menutup kepalanya.
Adelin bergerak ke pintu. Perlahan-lahan tangannya membuka pintu itu.
“Adelin?” Senyuman diukir kepada wanita di hadapannya itu. Mama rupanya. Lega sedikit hatinya.
“Masuklah, mama,” Puan Sri Zana pandang Adelin lama sebelum melangkah masuk. Dia terus menghampiri Chiya. Tersengih Chiya menerima kehadiran neneknya.
Kini, mata Adelin menangkap pula insan-insan lain yang turut berada di situ. Laju jantungnya berdetak. Senyumannya mati. Tan Sri Lutfi dan Hadi merenung Adelin seketika.
“Masuklah,” Diberi ruang kepada mereka.
“Daddy!” Chiya sudah menerpa Fariz yang dipapah Tan Sri Lutfi dan Hadi. Mereka mendudukkan Fariz di sofa. Chiya mula terpinga-pinga. Kenapa badan daddynya berbalut?
Adelin melepaskan keluhan perlahan. Ditutup pintu rumah. Entah mengapa, dia tidak punya perasaan ketika ini. Kepulangan Fariz memang dinanti. Tetapi, bukannya kepulangan yang seperti ini. Jadi, ibu dan bapa mertuanya mengetahui keberadaan Fariz selama ini. Hampir dua minggu, Fariz menghilang. Kini, dia muncul dalam keadaan yang sangat lemah.
Badan Adelin menggeletar sedikit dek kejutan yang sedang berlaku ini. Satu kelemahannya adalah dia tidak boleh menerima kejutan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran. Mulalah emosinya terganggu. Namun, dia cuba menahan dirinya dari meletuskan kemarahannya.
Daddy, what’s going on? Where are you all this time?”
Semua mata memandang Chiya di sisi Fariz. Sayu pula hati mereka melihat tangisan Chiya itu. Pasti terkejut dengan keadaan Fariz sekarang ini.
Hey, daddy’s here. Cium sikit,” kata Fariz lemah. Tanpa tertangguh Chiya mengucup pipi daddy yang dirinduinya, lama. Tetapi, dia mula menjauhkan diri dari Fariz. Fariz pandang Chiya pelik.
“Mummy,” Chiya memberikan isyarat agar Adelin mendukungnya. Adelin senyum nipis. Hailah, anak. Daddy awak dah balik pun, masih nak manja dengan mummy?
Tidak mahu menghampakan Chiya, didukung juga kanak-kanak itu. Nampak sahaja tubuh itu kelihatan tinggi dan boleh tahan tembam juga, tetapi ringan sahaja sebenarnya. Chiya memeluk leher Adelin erat.
“Kenapa dengan Chiya tu, Adelin? Selalunya membebel daddy dia tak balik-balik. Daddy dah ada depan mata ni, tak nak pulak,” Adelin senyum lagi.
“Terkejut kot. Kejap lagi okeylah ni,” Saat itu matanya bertaut dengan mata Fariz. Dilemparkan senyuman yang tak berapa nak manis. Nasib baik ada tetamu. Kalau Fariz seorang sahaja, memang dia dah terkam lelaki itu.
Biar luka di dada kiri Fariz kembali berdarah. Baru padan muka! Semasa pergi hari itu, baik-baik sahaja. Hari ini, habis berbalut badan itu. Seronok sangat tayang body dia yang tough tu kat orang. Hish! Geram pula hati kita ni.
“Riz, aku balik dululah. Dah lama sangat aku keluar ni. Uncle, auntie, saya minta diri dulu,” Hadi bersalam dengan Tan Sri Lutfi.
Thanks, Di. Jangan lupa jenguk aku kat sini lagi. Kau tak cerita lagi kat aku pasal malam tu,” Walaupun lemah, masih lagi mahu berbicara.
“Haish, kamu ni Fariz. Cuba bawak berehat sama. Tak payah nak fikir lagi pasal semua tu. Perkara tu selesai. Jaga diri kamu tu,” bebel Puan Sri Zana. Hambik kau!
Fariz cebik. Dia bukannya sakit sampai tak mampu hendak mendengar dan bercakap.
“Lain kali aku singgah lagi. Balik dulu,” Adelin menghantar sahabat baik suaminya sehingga ke pintu.
“Terima kasih, abang Hadi. Tapi, lain kali jangan berahsia lagi tahu. Mulut ni dah kebas kena menjawab soalan-soalan Chiya ni,” Hadi sengih. Tahulah salah dia.
Sorrylah, Adelin. Fariz yang mintak abang Hadi rahsiakan dari semua. Dia balik ni pun sebab terkantoi dengan uncle Lutfi. Kalau tak, dah sembuh nanti baru dia nak balik,” Hadi menjelaskan perkara sebenar. Puas jugalah dia memujuk Fariz pulang, namun lelaki itu masih berkeras.
Alih-alih, terkantoi dengan Tan Sri Lutfi yang mengugutnya. Jika dia tidak memberitahu di mana keberadaan Fariz, ahli korporat itu akan melaporkan kepada orang atasannya. Ish, tak mahulah dia digantung lesen kerjanya. Umpama lumpuh sebelah badan jika dia hilang pekerjaan yang sememangnya adalah impiannya itu.
“Tak apalah, abang Hadi. I heard about Mutia. Is she who shot Fariz?” Hadi menggeleng.
“Orang suruhan dia. Mutia takkan sanggup nak tembak Fariz, Adelin. Sesekali tu bawalah Chiya pergi jumpa Mutia. Semakin hari, keadaan Mutia semakin teruk,” balas Hadi sambil menyarungkan kasutnya.
“Insha Allah. Drive safely,” Hadi senyum sebelum berlalu meninggalkan apartment Fariz. Jika Adelin bertemu dengan isterinya, pasti riuh kerana isterinya itu boleh tahan ramah juga. Adelin juga boleh dikategorikan sebagai peramah orangnya.
“Chiya, meh sini kat atuk,” panggil Tan Sri Lutfi. Chiya mengangkat wajahnya yang tersembam di bahu Adelin. Kemudian, dia menggeleng.
“Manja macam daddy dia kecil-kecil dulu. Asyik nak berkepit aje dengan mama,” ujar Puan Sri Zana sambil mencuit lutut Fariz.
“Ha’ah. Dengan papa ni tak nak langsung,” tambah Tan Sri Lutfi pula sambil tergelak. Lucu apabila mengimbau cerita-cerita lama.
Fariz terdiam. Memanglah sikap Chiya sedikit sebanyak mengikutnya, sudah Chiya itu adalah anak kandungnya. Ke mana lagi tumpahnya kuah jika tak ke nasi. Harapnya, Chiya tidak mewarisi perangai jahatnya dan Mutia. Anak perempuannya itu sangat bijak dan cerdik. Sayang jika dibesarkan dalam keluarga yang penuh kebencian dan kemarahan.
“Chiya duduk sini eh. Mummy nak buat air kejap. Kejap aje,” Chiya mengeratkan lagi pelukannya, tanda tidak mahu dilepaskan.
Adelin pandang Fariz yang turut memandangnya itu.
“Mummy, tolong ambilkan t-shirt daddy kat bilik,” suruh Fariz. Pasti Chiya takut melihat balutan yang melilit bahagian bahu dan perutnya itu. Disebabkan itulah Chiya tidak mahu dekat dengannya.
“Hah? Oh, kejap,” Adelin berlalu ke bilik.
“Kenapa tak beli rumah teres ke semi-D, Fariz? Tak sesuai lagi dah duduk di apartment ni. Terbatas Chiya nak bermain. At least, boleh jugak dia bermain basikal ke. Tak adalah terperap aje dalam rumah,” Tan Sri Lutfi melihat sekeliling ruang tamu. Memang agak besar, tetapi orang bujang sesuailah tinggal di sini.
“Membazir ajelah, papa. Adelin ada beli rumah lain. Boleh tahan besar jugak. Lagipun, kami bertiga aje…”
“Sekarang ni memanglah bertiga. Ke depan pun masih nak bertiga ke? Tak mahu ada anak sendiri?” tukas Puan Sri Zana.
“Adelin?” Terpinga-pinga Adelin dibuatnya. Tiba-tiba sahaja namanya disebut. Disuakan t-shirt kepada Fariz. Tan Sri Lutfi bangkit dan menghampiri anak lelakinya itu.
Perlahan-lahan t-shirt itu disarungkan ke badan Fariz. Berkerut sakan lelaki itu dek menahan sakit yang teramat. Demi anak tersayang, sakit pun dia tidak kisah. Saat ini, dia mahu Chiya berada dekat dengannya. Hampir dua minggu, mereka tidak bersua. Rindu dia pada anaknya itu.
“Sayang, come to daddy,” Adelin memalingkan tubuhnya agar Chiya boleh melihat Fariz yang sudah dibaluti baju itu.
Tetapi, Chiya masih begitu. Merajuklah tu. Fariz hampa.
“Chiya sayang mummy tak?” Chiya mengangguk perlahan. “Daddy?” Diangguk lagi. “Daddy pun dah rindu Chiyalah. Chiya kan rindu kat daddy sangat-sangat,” Barulah Chiya mengangkat wajahnya.
Adelin meletakkan Chiya di sebelah Fariz. Terukir senyuman Fariz yang sedang bersandar di sofa itu.
Chiya miss daddy. Hari-hari Chiya tengok gambar dengan video daddy. Daddy pergi mana? Lama Chiya tunggu,” Petah Chiya berbicara. Fariz usap kepala Chiya.
Daddy sorry. Lain kali, daddy tak buat lagi. Promise,” Fariz angkat sumpah.
Setelah pasti Chiya ralit dengan daddynya, Adelin bergerak ke dapur. Jug air di dalam almari dikeluarkan. Apa pula kata ibu bapa mertuanya nanti jika menantu mereka ini tidak menghidangkan air. Ish, tidak mahulah dia digelar menantu sombong. Elok sahaja Puan Sri Zana sudah boleh menerimanya, mahunya kena reject balik.
*****
Usai sahaja Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana beredar, Adelin mengemaskan meja makan yang berselerak dan mencuci pinggan mangkuk kotor di sinki. Fariz pula sibuk melayan telatah Chiya di ruang tamu. Dari tadi lagi, mulut itu tidak berhenti berbicara. Habis dia ceritakan segala aktiviti yang dilakukannya sepanjang ketiadaan Fariz.
Dua minggu Fariz tiada umpama bertahun lelaki itu menghilang. Fariz pandang Adelin di sebalik meja island. Serius sahaja wajah Adelin ketika ini. Pasti isterinya sedang menahan amarahnya. Sejak dia pulang tadi, Adelin langsung tidak menyapanya. Jangankan menyapa, hendak menghadiahkan senyuman pun susah.
“Chiya, give this to mummy,” Chiya menyambut sejambak bunga ros merah yang dihulurkan oleh daddynya.
“Daddy love mummy eh,” usik Chiya. Fariz angguk perlahan.
Sebelum pulang tadi, dia meminta Hadi membelikan bunga ros merah yang dibalut kemas itu. Disembunyikan bunga itu di dalam beg pakaiannya. Surprise kononnya. Entahkan si Adelin terima atau tidak. Dia sekadar mencuba nasib.
Chiya berlalu ke dapur.
Mummy, daddy gives this to you. He said, he love you,” Fariz menepuk dahinya. Menyesal dia mengangguk tadi. Ah, malunya!
Adelin mengelap dahulu tangannya yang basah sebelum mengambil jambangan bunga ros merah itu. Chiya kembali ke ruang tamu. Dinaikkan ibu jarinya sambil tersengih. Bergeliga juga otak si kecil ni.
Daddy, is this roses for your sorry?”
“Ya,” Adelin menghampiri suami dan anaknya di ruang tamu. Tidak suka berbual sesuatu yang peribadi berjauhan.
Jambangan bunga ros itu diletakkan di atas meja kopi. Dia duduk di sebelah Fariz. Berjarak jugalah. Marah, kan.
“Saya tak terima maaf awak,” kata Adelin tegas.
“Adelin, bukan niat aku nak rahsiakan pasal keadaan aku. Aku cuma tak nak kau dengan Chiya risau. Lagipun, aku dah okey sekarang ni kan,” Fariz cuba capai tangan Adelin, namun pantas sahaja isterinya itu mengalihkan tangannya.
Chiya yang berbaring di atas permaidani sambil menonton rancangan kartun kesukaannya itu bingkas berdiri. Terkejut Fariz dan Adelin melihat anak mereka itu.

No no no. Daddy… mummy,” Budak nilah. Siap bercekak pinggang lagi. Marah sangatlah tu.
“Iya, iya,” Chiya kembali berbaring. “Aw…. Let’s talk about this later,” Adelin mengeluh kecil.
Tidak bolehlah dia hendak berdaddy-mummy ketika ini. Tambahan pula, Chiya pasti mendengar pergaduhan yang bakal tercetus ini. Disabarkan dirinya sehingga Chiya tidur. Masa tu, bolehlah dihamburkan segala rasa yang ditahannya ini. Bukannya dia tak kasihan akan keadaan Fariz. Cuma, kemarahan yang terbuku ini tidak mampu disimpan lagi.
“Mummy, daddy… hmmm…”
Adelin pandang Fariz dengan kerutan di dahi. Sejak bila lelaki ini gagap. Muka pula serius.
“Apa?”
Let’s get married,” Terangkat kening Adelin. Married? Bukan mereka dah berkahwinkah? Hai, hilang ingatan ke apa suami aku ni? Dilekap tapak tangan ke dahi Fariz, okey sahaja.
Fariz menyambar tangan Adelin di dahinya.
I mean, officially marriage which we have a wedding ceremony. All this time, we just had akad nikah feast. Itu pun kecil-kecil aje. I thought we should at least have one ceremony to tell everyone that we’ve married,” Penuh perasaan Fariz memujuk Adelin.
Tersedar sahaja dari koma selepas empat hari kejadian itu, dia terus terfikir tentang hubungannya dengan Adelin. Peluang kedua yang diberikan Allah untuknya harus dihargai. Oleh itu, dia mahu hubungannya dengan Adelin berlangsung secara terbuka, tidak perlu dirahsiakan lagi.
Are you proposing me?”
“Ya. The answer must be, yes,” Adelin tenung mata Fariz, inginkan kepastian.
Adelin senyum.
I’m waiting for this… two years, daddy. I don’t think I can reject you anymore,” Pantas Fariz memeluk isterinya itu.
“Argh!”
Adelin kelam kabut.
“Daddy, okey tak ni?” tanya Adelin, risau. Berkerut sungguh muka Fariz menahan sakit. Itulah akibatnya kalau tak menyempat.
“Sikit aje,” Dia kembali bersandar ke sofa. Adelin tergelak kecil.
“Dah tahu diri tu sakit, gatal lagi. Duduk diam-diamlah. Jaga Chiya pun tak seteruk jaga daddy, tahu?” Fariz jelling Adelin tetapi kemudian dia turut ketawa kecil. Dicuit pipi isterinya.
“Mummy, Chiya dah ngantuk,” Chiya naik ke riba Adelin sambil menenyeh kedua matanya.
“Nak tidur dah? Okey, okey,” Ditepuk belakang Chiya lembut. Chiya menyandarkan badannya ke badan Adelin. Manjanya si ciut miut ni.
I think she miss her mama. Beberapa malam ni, dia asyik mengigau pasal mama dia. Let’s take her to Mutia, nak?”
Fariz mengeluh.
She’s destroyed her own daughter’s life. I don’t want Chiya meet her. Even, once…”
Adelin pandang Chiya, tidur sudah anak kesayangannya itu. Bolehlah dia berbicara macam biasa dengan Fariz.
Do you still love her?” tanya Adelin tiba-tiba.
No. I do love her before but now I know my heart have changed. I only love you,” Adelin terkaku. Fariz love me? Oh… my… God! Did he? Nak pengsan boleh?
“Jangan main-mainlah,” Fariz mengengsot, merapati Adelin. Tangannya memegang dadanya seketika.
Untung sahaja peluru yang dilepaskan oleh salah seorang pengikut Mutia itu tidak mengenai betul-betul di jantungnya. Sipi saja lagi, dia pasti tidak dapat diselamatkan lagi. Alhamdulillah. Dia masih bernafas dan dia ingin degupan jantungnya ini hanya akan berdegup tatkala matanya memandang Adelin Annisa sahaja.
I really love you, Adelin Annisa. Long time ago, you’ve stole my heart. Setiap kali daddy terluka, mummy orang yang akan menjaga daddy. You always stayed by my side to supporting me whenever I need a comfort. Daddy nak mummy terus support daddy whenever I need it. Two years, more than enough for us, right?” Adelin angguk.
Tangan kanan Adelin ditekap ke pipi kiri Fariz.
Because of you, I don’t need any other superman outside. I only need you to be my superman. Two years, I’m waiting for this. Like you said, it’s more than enough for us. I just want you, daddy,” Dihadiahkan sebuah ciuman di pipi suaminya.
“Sini?” Fariz meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Adelin buat muka.
Not this time, until I’m forgiving you. You cheated me, anyway,” Padan muka!
“Oh, tak berbaik lagi ke? Ingatkan dah keluar ayat power ni, bolehlah bermanja sikit. Hampeh,” Tanpa sengaja, Adelin terrr… tampar dada Fariz.
Memang taklah Fariz nak diam kan.
Sorry sorry sorry,” Adelin usap bahu Fariz cuba menghilangkan sedikit kesakitan suaminya itu.
“Agak-agaklah nak tampar pun. Banyak lagi tempat lain. Berdarah balik luka kat dada daddy ni macam mana?” bebel Fariz, tangannya ditekap ke dada.
Sorry. Tak sengaja,” Muka bersalah ditayangkan. Chiya yang berada dipangkuannya membataskan pergerakannya.
Tetapi, bibirnya mengulas senyuman.
“Apa senyum-senyum?” soal Fariz, tidak puas hati. Orang tengah sakit, dia boleh senyum pula.
“Comellah muka awak tahan sakit. Saya tumbuk sekali lagi, nak?” Adelin mengacah Fariz. Mahu terkeluar suara besar lelaki itu. Ehek.
Adelin, I’m hurt. So, please,” rayu Fariz dengan mengecilkan matanya yang sepet itu.
“Alolo, dah lama tak jumpa awak. Rindu. Considerlah sikit,” Dicubit pipi suaminya lembut.
“Banyaklah kau punya consider, aku yang sakit tahu tak,” tukas Fariz. Tangannya masih di dada.
“Alah, gurau aje. Oh, luka. Sembuhlah kau. Kesian suami aku ni,” Diusap dada Fariz lembut. “Four years in cyber crime team, only once I got involved in a big operation. We’ve lost our boss as in our dad. Awak tahu apa yang terlintas di kepala saya waktu tu?” Fariz angkat bahu.
“Apa agaknya perasaan family saya kalau apa-apa yang berlaku pada saya masa tengah operasi. For example, get shot or injured. So, I make an extreme decision to leave my lovely job. So that, they won’t worrying me anymore. Now, I know how the feeling of worrying someone,” Adelin menggenggam jari jemari Fariz erat. “Promise me, this is your last time getting hurt. It hurt me too, daddy,” Fariz sapu air mata si isteri yang mengalir.
That’s why I love to get hurt,” Adelin tenung Fariz pelik. Bukan main lagi suaminya itu mengadu kesakitan. Air matanya termasuk balik. Ahah.
You’re screaming like you never get hurt. And you said that you love to get hurt?”
“Ya. Because, I know that someone will worrying me. That someone is you, my love wife. You have your own caring side, sayang. I just can’t stop to make you worrying me,” Adelin tergamam. Kenapa romantik sangat ni? Lemah dah ni. Uhuk!
But, you got shot is too much. Nasib baik sipi aje, bukannya betul-betul jantung,” Fariz gelak kecil. See, she start to worrying me.
“Ditembak tanpa berbuat apa-apa. I’m just chatting with Mutia at that time. Hadi, Carl and Lukman were the hero of the night. I’m doing nothing,” Terkilan juga kerana dia tidak berpeluang membantu rakan-rakan seperjuangannya ketika itu.
Because of the chatting, they got those penjahat, right?”
But…”
“Dahlah. Benda dah lepas, selesai dah pun. Apa yang penting, life must go on. Everytime, you’re coming home after protecting our country, I’ll hug you. No matter what,” Adelin sengih. Okey tak hint dia, untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Isk.
I want that hug. Now!”
Diangkat kening berulang kali.
Not this time, daddy. Your daughter too soundly asleep. Her heart must at ease now…”
Let her sleep. Put her on bed first,” Fariz cuba berdiri sendiri. Namun, dia kembali terduduk. Kakinya masih belum kuat tanpa sokongan.
I put her on bed first. Wait here, I’ll help you,” Pantas Adelin mendukung Chiya dan membawanya ke bilik.
Fariz senyum sendiri. Hatinya berasa sangat tenang tika ini. Dia gembira berada di samping Adelin dan Chiya. Tiada yang lebih penting daripada mensyukuri nikmat Allah ini. Selama ini, dia tidak berani mengungkapkan perasaan sayangnya pada Adelin kerana perasaan bersalahnya terhadap Mutia masih menggunung. Namun, segalanya kini sudah menjadi sejarah. Mutia sudah menerima akibat di atas dendamnya.
I won, Mutia. Our revenge game has ended. It’s time to live our life just like we’re never meeting before. I owe you that precise daughter. She’s mine forever,” bicara Fariz sambil matanya dibawa ke jendela.
*****
Chiya sengih comel memandang daddy dan mummynya. Adelin membetulkan tali leher suaminya.

I love the handsome you, daddy,” Kening Fariz terangkat. Kenapa?
This is first time you said that you love me, mummy. Besides the hugging, I want to hear this precise word too,” Adelin senyum manis.
You got me, my dear husband,” Fariz menghadiahkan ciuman di bibir Adelin. Tangannya sempat menutup mata Chiya. Uhuk! Budak kecik tak boleh tengok.
Daddy, mummy, let’s go. Everyone is waiting us…”
Fariz memimpin tangan Chiya. Adelin pula melingkarkan tangannya ke lengan suaminya. Mereka beriringan menuju ke ball room di mana majlis resepsi Fariz dan Adelin berlangsung. Oh, yeah… they’re officially married!


p/s : CIA tak letak apa-apa(tobecontinued@theend). so, decide... wanna continue some moment or just ended it. semuanya di tangan anda. :D. mood; sayang nak tamatkan lagi. huhu. apa-apa pun, inilah ending Pearl setakat ni. if ada yang tak puas lagi dengan Pearl, tell me. ngeee. CIA dah ready nak kena debush sebab dia orang tak ada anak. haha.

9 comments:

  1. Alaaa...dh abis.....xpuas lagi....Swett moment diorang sikit sgt....nak lagi swettt2.... hehehe....lau ada baby lagi best kan....pape pun hepy ending.....thank u...muahh2.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. dah habis. most welcome. muah2. inshaAllah meybe ada kot. hihi. :D

      Delete
  2. Akak buat la cerpen sambungan ni kasi Fariz sweet sweet skit dgn Adel. Eh eh eh ...bolehlahh *muka cute* A

    ReplyDelete
  3. Buat special n3 ke bg lg swetttttt....;)....xpuas je rasa....plzzzzzzz...

    ReplyDelete
  4. Special n3 ples akak :) hehe..oh yah..who's that guy akak?? Handsome ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. inshaAllah. on progress. :D. that's guy? xian lim, philiphine actor. handsome kan. haha

      Delete