Thursday 29 May 2014

Cerpen : Si Amor Me Si Amor 1



Prang!!!
“Kau buat apa ni?! Menyusahkan orang saja. Kutip balik semua tu,” Dengan lantangnya seorang wanita memarahi seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
Kanak-kanak itu menggeletar ketakutan. Tiada langsung belas kasihan yang ditunjukkan oleh wanita itu sejak dia tinggal bersama. Tangannya menggeletar mengutip serpihan kaca dari cawan yang pecah. Dia tidak sengaja menjatuhkan cawan itu ketika mencucinya.
“Ma… maaf, mak,” Mohon kanak-kanak itu perlahan.
“Hoi, berapa kali kau nak minta maaf hah? Kau ingat maaf kau tu boleh kembalikan semua barang aku yang dah kau rosakkan? Samalah macam mak kau tu. Perosak rumah tangga orang!” Wanita itu memulas telinga kanak-kanak lelaki itu kuat. Hatinya sangat sakit ketika ini.
“Mak, jangan. Sakit,” Semakin laju air mata yang keluar.
“Mak? Siapa mak kau? Mak kau dah matilah. Sedar sikit,” tengking wanita itu sambil menunjal-nunjal dahi kanak-kanak lelaki itu.
Tersedu sedan kanak-kanak itu menangis. Setiap hari pasti air matanya akan menitis. Sama ada kerana dimarahi atau badannya dipukul. Kerap kali dia merayu agar tidak dipukul namun… emak tirinya tetap memukulnya. Badannya yang kering, berselirat dengan bekas-bekas rotan.
*****
Order, encik?”
“Teh ais kurang manis dengan mee goreng,” Pelayan kedai mamak mengambil pesanan pelanggannya.
Rifqi memandang sekeliling. Selalunya, ramai yang mengunjungi kedai mamak kegemarannya ini. Tapi, malam ini nampak suram sahaja. Mungkin semua sudah pulang ke kampung. Kebanyakan syarikat memberi cuti kepada pekerja-pekerja mereka bersempena Chinese New Year.
Cuma, dia saja yang masih tertinggal di ibu kota. Dia manalah ada keluarga di kampung. Biarpun ada, itu bukanlah keluarganya. Lagipun, dia masih bujang. Lebih baik dihabiskan masanya melepak di kedai mamak. Boleh juga mengisi masa lapangnya. Tak pun dengan dunia sosialnya.
“Hai,” sapa Yusra, kawan Rifqi.
“Dah habis ke kerja kau?”
“Dah habislah, aku datang sini. Kalau tak, jangan haraplah,” balas Yusra. Dia memanggil pelayan dan memesan makanan dan minumannya.
“Orang lain cuti, kau pulak kerja. Ada lagi ke pelanggan yang nak pakai kau?” Yusra senyum sinis.
“Sebab adalah aku kena kerja, Rifqi oi. Aku pun macam kau jugak. Manalah ada tempat nak pergi kalau ada cuti pun. Anak terbuang. Siapa aje yang peduli?” Rifqi senyum.
Beginilah hidup mereka sebagai anak terbuang. Tiada yang ingin mengambil tahu. Menjalani kehidupan seharian sendiri. Makan pakai yang tak teratur, tiada yang peduli.
“Aku kan ada. Main hoon na,” Yusra gelak besar.
Ya, Rifqi. Hanya lelaki itu sahaja yang sanggup berteman dengannya. Lelaki itu bekerjaya tapi hidup kosong. Rifqi sentiasa tampil dengan imej serabutnya. Rambut lebat yang berserabai. Jambang-misai sudah penuh di muka. Namun, dibiarkan sahaja. Badan pula kurus kering macam lidi. Uhuk!
Berapa kali sudah dia putus cinta kerana kehidupannya yang tak tentu arah itu. Kebanyakan gadis yang berteman dengan Rifqi cuma inginkan duitnya sahaja. Rifqi boleh dikatakan tiada rupalah. Entah siapalah yang berminat dengan muka serabutnya itu. Hanya Yusra sajalah kot yang sanggup berkawan dengan lelaki itu.
“Aku free malam ni. Nak pergi mana?”
“Hotel. I need you, tonight,” Melebar senyuman Yusra. Rifqi mengenyitkan matanya. Nakal!
*****
“Amni Darwisya!”
I’m done. Wait a minute…”
Pemilik nama Amni Darwisya menyarungkan stiletto hitamnya. Sempat dia menilik diri di cermin. Gaun paras lutut berona peach yang agak seksi itu sudah tersarung di tubuh. Dihadiahkan senyuman untuk diri sendiri sebagai tiupan semangat. Setelah berpuas hati, clutch di atas meja solek dicapai. Dia menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati.
What a beautiful lady you are? Amazing,” puji Nasya akan housematenya itu. Pujiannya betul-betul ikhlas. Darwisya memang cantik.
I like a ‘beautiful’ word, dear. Give me lovely hug, please,” Nasya mendepangkan tangannya. Mereka berpelukan seketika.
“Jomlah gerak. Karang jammed, susah…”
“Nak jammed apanya. Kan ke ramai yang balik kampung. Lenganglah sikit dunia metropolis kita ni. So, kita enjoy,” Darwisya meloncat riang.
Let’s go!”
Darwisya membunyikan alarm Mini Coopernya. Anak orang kaya, biasalah. Tapi, sayang. Duit mak bapak dihabiskan ke jalan yang salah. Muda mudi sekarang lebih sukakan hiburan. Yang penting, mereka gembira. Dengan duit, apa sahaja yang mereka nak… main petik saja.
*****
Cheers!” Wine glass dilagakan beramai-ramai. Aura mabuk sudah kelihatan.
Wah, your dress look gorgeous, pretty lady,” Bukannya ikhlas pun pujian itu, cuma ingin ‘memancing’ sahaja.
Thanks, darling. I bought it in Perth, weeks ago,” balas Darwisya sambil ketawa. Nasya sudah hilang dengan pasangannya.
Darwisya sibuk melayan seorang jutawan yang sudah tua. Asalkan dia dapat enjoy, faktor umur tak jadi masalah. Janji orang itu pandai melayannya. Tapi, hubungan Darwisya tak akan sesekali berakhir di bilik tidur. Mampus dia dikerjakan Datuk Adnan, papanya.
“Hey, Rifqi. What are you doing here? Who is this?” Lokman menegur rakan perniagaannya.
“Hey, Lokman. Datang sini, enjoylah. Kenalkan, Yusra,” Yusra dan Lokman bersalaman mesra. Siap cium pipi kiri kanan lagi. Mat saleh sangat.
You look so cute, Yusra,” Lokman mula bermulut manis. Tubuh Yusra yang mengancam itu mula buat dia tertarik.
Thank you,” jawab Yusra bangga.
Is that your girl, Lokman?” Rifqi merenung seorang gadis yang melekat dalam pelukan Lokman.
Ya, meet my gorgeous lady… Wisya,” Darwisya hanya memberikan senyuman. Dia geli geleman melihat wajah Rifqi yang penuh jambang itu. Dia selalu juga menonton banyak cerita Hindustan yang hero dia simpan jambang begitu.
Nice to meet you, miss,” Rifqi membawa tangan Darwisya ke bibir. Hanya senyuman plastik yang diberikan.
Mereka berempat melagakan gelas mereka. Masing-masing sudah terleka dengan pasangan sendiri. Meliuk lintuk si gadis menari ikut rentak. Si lelaki pula seronok dilayan begitu. Tunggu masa saja nak ngap. Apa nak jadilah pada manusia-manusia ini?
*****
Pang!
Satu tamparan kuat mengenai pipi gebu Amni Darwisya. Butiran permata mulai membasahi pipinya. Tersedu sedan dia menangis. Nafas Datuk Adnan turun naik. Dia tidak menyangka satu-satunya anak perempuannya yang tinggal sanggup memalukan dia sebegini. Dia sangkakan dunia sosial Darwisya akan terbatas. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Dia tidak akan membutakan matanya kali ini.
“Papa…”
“Kau diam, Amni Darwisya. Sanggup Awisy malukan papa dan mama. Awisy tak sayang kami?” Darwisya terpana.
Datuk Adnan melabuhkan punggung di sofa yang terletak di dalam bilik hotel yang telah melakarkan perbuatan terkutuk anak perempuannya dengan pasangannya itu. Dihela nafas panjang. Jijik dia memikirkan perkara yang telah berlaku.
“Awisy minta maaf, papa. Awisy janji tak buat lagi,” rayu Darwisya. Dia melutut di hadapan papanya.
“Benda dah jadi baru Awisy nak berjanji. Dah tak ada gunanya, Awisy. Maruah keluarga kita sudah tercalar. Belum pernah lagi keturunan Elias berkelakuan begini. Papa nak Awisy dengan budak lelaki tu kahwin. I don’t want to listen any excuses. Keputusan papa muktamad!”
Terasa lemah sendi Darwisya mendengarkan arahan yang diturunkan oleh Datuk Adnan. Kalau itulah keputusan papanya, dia memang tidak boleh membantah. Jika dibantah, hidupnya pasti musnah. Arwah kakaknya, Amna dulu hidup sengsara gara-gara Datuk Adnan tidak sukakan pilihan arwah Amna itu. Sudahnya, Datuk Adnan sanggup membiarkan arwah Amna hidup susah. Hidup bagaikan pengemis, menderita. Sedangkan papanya seorang jutawan.
“Maaf, Datuk Adnan. Saya bantah!” Dengan beraninya Rifqi membantah keputusan Datuk Adnan. Lelaki tua itu tidak layak menentukan semuanya.
“Huh! Aku memang pantang orang bangkang cakap aku. Aku suruh kau kahwin dengan anak aku pun dah kira kau terselamat,” Datuk Adnan bangun. Marahnya meluap-luap. Ditajamkan mata merenung wajah serabai Rifqi.
You don’t have any right to control the entire thing. Saya tak akan sesekali berkahwin dengan anak Datuk. Harap Datuk faham!” bentak Rifqi.
No. Papa, Awisy setuju. Awak, please. Tolong kahwin dengan saya,” Darwisya mula merayu Rifqi.
Dia sudah tidak kisah siapa Rifqi. Yang penting, dia dapat melarikan diri daripada cengkaman Datuk Adnan. Setidaknya, lelaki yang baru dikenalinya itu akan terselamat dari seksaan papanya. Rifqi memandang Darwisya tajam. Siapa mereka untuk memaksanya? Takkan setakat dia meniduri gadis liar seperti Darwisya, dia harus bertanggungjawab? Ramai lagi perempuan yang pernah dia noda. Tak ada pula macam ni.
“Kau dah gila? Huh! Memang patutlah gila. Dah bapak pun gila, tak mustahil anak pun dapat penyakit yang sama,” Pang! Datuk Adnan menampar pipi Rifqi kuat. Rifqi senyum sinis.
“Aku tak mahu dengar apa-apa excuse bodoh kau tu. Kau jangan ingat kau akan terlepas macam tu saja lepas terlanjur dengan anak aku. Bob, kau settlekan budak ni,” Bob yang berbadan besar pantas menumbuk perut Rifqi.
“Papa, please. Awisy setuju, pa…”
Berapa banyak lagi insan yang papanya nak hancurkan? Dia dah muak dengan perangai Datuk Adnan yang suka memaksa itu. Bob masih belum puas membelasah Rifqi. Sehingga lembik tubuh Rifqi dia kerjakan. Rifqi langsung tidak diberi peluang mempertahankan diri.
Darwisya pula semakin lemah dengan semua yang berlaku. Dia sendiri masih gagal mengingati apa yang berlaku semalam. Bagaimana dia boleh berada bersama dengan Rifqi? Malah, mereka ditemui dalam keadaan mengaibkan. Angkara siapa? Dia harus menyalahkan siapa? Kusut!
*****
Tiga bulan kemudian
“Kau still nak simpan perempuan tu ke, Rifqi?” soal Yusra, sekadar ingin tahu sahaja.
“Entahlah, aku sendiri tak tahu. Hati aku ni sakit lagi dengan cemuhan bapak dia. Dasar orang kaya tak sedar diri. Dia ingat aku tak mampu nak lawan dia balik. Ingatkan bila aku diamkan diri, dia dah tak masuk campur urusan aku. Rupanya, semua benda dia nak control,” luah Rifqi, tidak berpuas hati.
“Orang kaya memang macam tu. Budak terbuang macam kita ni, bukannya nak dilayan dengan baik. Tapi, kau lainlah. Kau ada harta. Even, tak ada rupa…”
“Amboi, mulut kau. Mengata aku nampak. Tak ada rupa pun, kau dok menggatal dengan aku jugak,” Yusra tersengih.
“Yalah, kau tu sahabat dunia akhirat aku tau. Aku ni dah tak ada siapa kat dunia ni selain kau. Dengan siapa lagi aku nak berpaut kalau bukan kau,” Rifqi senyum.
Benar kata Yusra, mereka saling memerlukan. Sejak dia berkahwin dengan Darwisya, belum pernah dia melayani isterinya itu sebaiknya. Jangankan layan, nak tengok muka pun dia meluat. Tambahan pula, si Datuk Adnan yang suka menyibuk tentang perniagaannya. Ada sahaja yang dia nak Rifqi uruskan.
“Kau nak ikut aku balik ke?”
“Emmm, tak kot. Aku ada hal sikit,” Yusra tersenyum sungging. Rifqi pula senyum senget. Faham sangat agenda sahabatnya itu.
“Okeylah. Take care. Apa-apa hal, call aku,” kata Rifqi sebelum menghilang ke parkir kereta sebuah restoran mewah.
Sehari suntuk menguruskan projek baru syarikat membuatkan badannya terasa penat. Sekarang ini, hanya katil yang ada di kepalanya. Dapat tidur sekejap pun jadilah. Sekurang-kurangnya, tidaklah dia lesu keesokannya.
*****
Darwisya menyarung tudung segera yang tersangkut di penyidai kayu. Pesanan SMS dari sahabatnya ingin bertemu diterimanya. Resah pula dia memikirkan jika Rifqi ternampak pertemuan itu. Namun, tidak mungkin dia akan menghampakan permintaan rakannya itu.
“Assalamualaikum,” Darwisya tersenyum kepada seorang lelaki di sebalik pintu pagar.
“Waalaikumsalam. Sorrylah, tak boleh bagi kau masuk. Suami aku tak ada,” Arif mengangguk faham.
It’s okay. Aku pun sekejap aje ni. Nasya yang minta aku datang rumah kau. Dia nak bagi ni,” Arif menghulurkan sebuah bungkusan kecil kepada Darwisya.
“Untuk apa ni? Kenapa dia tak datang sendiri?” tanya Darwisya, hairan. Boleh sahaja gadis itu menziarahnya.
“Bukan dia tak nak datang. Tapi, dia kena pergi Johor. Ada hal penting. Aku pun tak tahu dia bagi ni untuk apa,” jelas Arif. Tidak mahu Darwisya salah faham.
“Oh. Dia tak ada pulak beritahu aku pasal kau nak datang,” Pelik juga Darwisya.
Selalunya, Nasya akan memberitahunya jika dia mahu memberi apa-apa. Ketika mereka membalas mesej semalam, tak ada pula Nasya mengungkit pasal barang yang dititipnya kepada Arif ini.
“Dia lupa kot. Eh, okeylah. Aku tak boleh lama ni. Buatnya suami kau balik, mati aku,” Darwisya tergelak.
Entah apalah yang dia orang takutkan dengan Rifqi pun dia tak faham. Kalau dia yang takut, tak mustahil sebab dia tahu macam mana sikap Rifqi yang baran itu. Pasti Nasya ada memberitahu Arif tentang baran Rifqi. Tak boleh simpan rahsia sungguh Nasya ni.
“Iyalah. Terima kasih tau. Nak jemput minum air pun, tak sopan pulak,” Arif pula yang ketawa.
“Aku tak kisahlah. Aku balik dulu. Bye,” balas Arif sebelum berlalu ke keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta Arif meluncur laju meninggalkan rumah mewah Rifqi.
*****
Rifqi merenung Darwisya tajam. Bagaikan harimau sedang kelaparan. Darwisya hanya diam sambil menahan tangis di kepala katil. Dia langsung tidak berani mengangkat wajahnya. Wajah bengis Rifqi lebih menakutkan dari papanya. Ingatkan setelah berkahwin dengan Rifqi, dia tidak akan dilayan dengan teruk. Rupanya sama sahaja. Malah, lebih teruk!
Walaupun Datuk Adnan tidak selalu dingin dengannya, kecut juga perutnya jika papanya memarahinya. Setidaknya, Datuk Adnan masih ada side dia yang baik dan caring. Tidak seperti Rifqi yang sentiasa memandangnya seolah-olah dia adalah sampah yang jijik.
Rifqi mencapai jaket kulitnya di dalam almari.
“Aku tak balik. Pandai-pandailah kau hidup. Macam tak biasa. Lain kali jangan cabar aku. Aku nampak ada lagi lelaki yang masuk rumah aku, siap kau aku kerjakan. Lagi teruk dari ni. Faham?!”
Terangkat sedikit badan Darwisya mendengar tengkingan suaminya.
“Fa… faham.”
Rifqi terus membawa langkah keluar dari bilik. Dia perlu menenangkan jiwanya yang sudah serabut. Darwisya hanya merenung tubuh suaminya sampailah hilang dari pandangan mata. Serentak itu, air mata yang ditahan mula membanjiri pipi gebunya.
Dipandang dirinya yang hanya ditutupi selimut tebal. Disebabkan cemburu kepada Arif bertandang ke rumah, Rifqi sanggup memperkosanya. Wujudkah suami perkosa isteri? Bagi Darwisya, ia wujud. Itu kerana dia langsung dia tidak merelakan perbuatan Rifqi padanya.
Arif hanya singgah sekejap sahaja. Itu pun mereka berbual di luar pintu. Darwisya sendiri takut ingin membawa masuk Arif ke dalam rumah. Tambahan pula, hubungan dia dan Arif sama seperti hubungan Rifqi dengan Yusra. Malah, dia tahu yang Rifqi dan Yusra bukan sekadar berteman.
Acap kali juga, Rifqi membawa pulang Yusra. Bukannya mereka berborak di ruang tamu, tetapi di dalam bilik! Tanggapan apa lagi yang boleh Darwisya simpulkan? Sepanjang berkahwin dengan Rifqi sejak tiga bulan lalu, semalam merupakan kali pertama Rifqi menyentuhnya secara sah.
Herdikan dan hinaan dari Rifqi, ditelan sahaja. Segala perkara yang Rifqi tidak berpuas hati dengan Datuk Adnan, dilempiaskan kepadanya. Namun, lelaki itu masih belum sampai ke tahap memukul. Dia juga cemburukan Yusra yang sering Rifqi manjakan. Sekadar cemburu sebagai isteri terbiar.
*****
“Minum, ma. Air biasa aje…”
“Tak apalah, Awisy. Janji boleh diminum. Mana Rifqi?”
 “Entahlah, mama. Keluar jumpa kawan kot,” balas Darwisya, acuh tak acuh.
Datin Emma mendekati Darwsiya. Diusapnya bahu anak perempuannya itu.
“Mama tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Awisy. Ingat pesan mama ni. Awisy jangan pernah tinggal solat. Selalu baca Al-Quran… berdoa. Insha Allah, hidup Awisy akan tenang. Awisy minta petunjuk dari-Nya. Dia akan membantu Awisy. Insha Allah…”
Darwisya memeluk mamanya erat. Dihamburkan tangis yang selama ini terpendam. Dia bukanlah jenis yang suka menangis. Tapi, apabila memikirkan dirinya yang sering menjadi mangsa keaadaan, dia tak sanggup lagi ingin bersabar.
Iya, dia memang seorang gadis liar sebelum ini. Tapi, setelah berkahwin dengan Rifqi… dia nekad ingin berubah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatinya untuk menuju ke jalan-Nya. Setiap kali lepas bersolat, dia sering berdoa agar Allah sentiasa memberikan dia petunjuk dan juga membuka pintu cahaya untuknya. Amni Darwisya ingin berubah!
*****
Rifqi dan Yusra berjalan terhuyung hayang ke Naza Italia yang diparkir tidak jauh dari kelab. Mabuk mereka terlebih pula hari ini. Selalunya, salah seorang akan berjaga kerana akan memandu pulang selepas bersuka ria. Namun, lain pula jadinya hari ini. Ini semua kerana ingin meraikan kejayaan Rifqi yang telah mendapat projek besar untuk syarikatnya.
“Kau boleh drive ke, Rifqi?” tanya Yusra dalam keadaan mamai.
“Bolehlah, sayang. Aku dah biasa,” Ditekan alarm kereta. Dia membuka pintu untuk Yusra sebelum ke tempat pemandu. Jalannya terumbang ambing.
“Kita nak pergi mana ni? Rumah kau ke hotel?”
“Rumah akulah. Hotel tak bestlah. Sekarang ni JAIS selalu buat rondaan. Aku tak nak cari pasal,” Rifqi menghidupkan enjin kereta sportnya.
Naza Italia mula meluncur perlahan di atas jalan raya. Keadaan jalan raya agak lengang bila dah lewat malam. Memang senanglah si Rifqi yang sedang mabuk itu memandu kerana tidak banyak kenderaan yang bertali arus. Tambahan pula, kawasan rumah elitnya terletak di pinggir bandar. Memang jarang kereta nak lalu lalang di sekitar itu.
*****
“Astaghfirullahalazim,” Darwisya beristigfar panjang. Gelas fresh orangenya terlepas ke lantai. Habis berderai.
Darwisya mengeluh. Itulah jadinya jika selalu sangat berangan. Memang sudah menjadi hobinya mengelamun sejak berkahwin. Mengenang nasib dirinya. Rifqi pula melayannya dengan teruk. Namun, jauh di sudut hatinya… dia mula terpikat dengan suaminya. Walaupun tak kacak, tapi Rifqi bijak mencari duit. Satu hal yang baru sahaja Darwisya ketahui. Rifqi sering menghabiskan duitnya dengan menderma kepada anak-anak yatim.
Semua itu, dia tahu dari orang gaji lelaki itu, Bik Hus yang selalu datang bekerja setiap hujung minggu. Bik Hus tak pernah memburukkan Rifqi. Pujian yang diberi kepada lelaki itu melambung tingginya. Macam tiada langsung cacat celanya. Mungkin Bik Hus masih belum nampak perangai playboy dan mabuk Rifqi agaknya.
“Kenapa ni, Amni?” Darwisya yang sedang bertinggung mengutip serpihan kaca mendongak. Melirik senyumnya melihat Bik Hus. Memang setiap hari sabtu dan ahad, Bik Hus akan bermalam di rumah banglo ini.
“Gelas air Amni terjatuh, Bik Hus. Tak apa, Amni dah siap kemaskan,” Darwisya membuang kaca-kaca gelas ke dalam tong sampah. Pertama kali, dia menjejakkan kaki ke banglo ini… Bik Hus yang banyak membantunya. Bik Hus senang memanggil Darwisya dengan panggilan, Amni. Lebih manis dan lembut katanya.
“Iyalah. Mana Rifqi? Tak balik lagi? Dah lewat malam ni,” Bik Hus melihat jam di dinding dapur.
Amni yang sedang mencuci tangannya di sinki, berpaling. Dia turut memandang ke jam di dinding. 2.00 pagi! Dikerutkan dahi. Selalunya, waktu macam ni… Rifqi sudah tercegat di depan rumah. Menanti dia membuka pintu.
“Entahlah, Bik Hus. Selalunya, time macam ni dah balik. Dia pergi hantar kekasih hati dia dulu kot,” Bik Hus tergelak. Macam berjauh hati sahaja nada Darwisya.
“Amni cemburu? Sekeras mana pun hati isteri, mesti ada perasaan sayang. Bik Hus yakin, satu hari nanti Rifqi akan berubah. Macam Amni jugaklah. Dulu, Amni orangnya liar. Tapi, tengoklah Amni sekarang. Dah pandai pakai tudung. Aurat pun dah terjaga. Ada hikmahnya Amni terlanjur dengan Rifqi,” Darwisya terdiam.
Cuba menganalisa setiap kata-kata Bik Hus. Betulkah dia dah sayangkan Rifqi? Tapi, Rifqi bukan lelaki idamannya. Pada pendapatnya, Rifqi langsung tak menepati ciri-ciri lelaki idaman setiap gadis. Selain berduit, dia tak ada apa-apa. Tubuh kurus kering. Muka serabai. Pakaiannya hanya kemas ketika ke pejabat sahaja.
“Amni mengaku Amni cemburu. Tapi, cemburu Amni sebab dia layan Yusra dengan baik. Tak macam dia layan Amni. Dingin, kasar,” luah Darwisya. Dia duduk di kerusi meja makan di dapur.
“Amni, memang patut isteri cemburukan perempuan lain yang rapat dengan suami. Amni kenalah bertegas pada Rifqi. Dia perlu lebihkan Amni dalam segala hal. Lagi pulak, Rifqi mana ada keluarga lain selain Amni,” hujah Bik Hus. Darwisya angkat kening.
“Bukan Bik Hus selalu puji Rifqi ke? Kenapa malam ni berbakul pulak Bik Hus kutuk Rifqi?” kata Darwisya sambil gelak.
“Hal lain, Bik Hus pujilah. Bab suami isteri ni yang Bik Hus marahkan. Dengan orang lain, bukan main baik lagi. Tapi, isteri sendiri… tulang rusuk dia tu, nak tak nak saja dia layan,” balas Bik Hus.
Dia memang tak berkenan dengan perangai Riqfi yang satu ini. Sejak mengenali lelaki berusia dua puluh lapan itu lima tahun yang lalu, dia seorang yang baik. Sentiasa menghargai orang sekeliling. Walaupun agak nakal, tapi masih terkawal. Namun, Rifqi jarang menyentuh hal keluarganya. Bik Hus pula malas ingin bertanya. Tidak mahu Riqfi melenting.
“Entahlah, Bik Hus. Mungkin ini dugaan yang perlu Amni lalui. Amni redha. Amni pun bukannya baik sangat. Ada juga buat salah,” ujar Darwisya, cuba merendah diri.
“Tak apa, Amni. Janji Amni ada usaha untuk berubah. Bik Hus suka dengan perubahan Amni,” Darwisya memeluk tubuh wanita separuh umur itu.
Laju air mata terbit membasahi pipinya. Dulu, orang gaji seperti Bik Hus… dia layan seperti sampah! Kini, orang yang dikeji kerjanyalah yang memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup. Dia berjanji akan memohon maaf kepada dua orang gaji di rumah Datuk Adnan. Dia sudah insaf. Bik Hus mengusap lembut belakang badan Darwsiya.
*****
Ting Tong! Ting Tong!
Darwisya pantas menanggalkan telekungnya. Dicapai selendang abstrack di penyidai. Siapa pula yang datang? Sudahlah Rifqi belum pulang sejak semalam. Takut pula dia ingin membuka pintu. Tapi, hatinya teringin tahu siapa yang menekan loceng banglo Rifqi.
Darwisya memulas tombol pintu utama. Dia menjengulkan kepala. Kelihatan seorang wanita 50-an dan seorang budak perempuan sedang berdiri di tepi pagar. Darwsiya mengambil remote control dan ditekan. Pintu pagar terbuka perlahan. Dia berjalan ke pagar.
“Assalamualaikum. Boleh saya jumpa dengan Rifqi?”
“Waalaikumsalam. Maaf, puan. Rifqi tak ada. Puan siapa ya?”
“Oh, maaflah mak cik mengganggu. Mak cik cuma nak cari Rifqi. Tak apalah kalau tak ada. Mak cik balik dulu, nanti mak cik datang lagi,” Wanita tua itu berura-ura ingin berlalu.
“Mak cik, kejap. Masuklah dulu. Panas ni,” Memang matahari sedang menegak di atas kepala pun. Dia boleh nampak renek-renek peluh di dahi wanita itu.
“Eh, tak apalah. Mak cik tak nak mengganggu,” elak wanita itu. Tangannya erat memegang budak perempuan di sisinya.
“Tak ganggu pun, mak cik. Masuklah. Kita boleh berbual panjang kat dalam. Kesian kat anak mak cik. Berpeluh dah,” Darwisya cuba memujuk.
“Mak, panaslah,” adu budak perempuan itu. Ibunya mengeluh. Akhirnya, dia mengangguk setuju.
Darwisya membawa wanita dan budak perempuan itu masuk. Terlopong wanita itu melihat kemewahan rumah banglo yang dijejaknya. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah yang serba mewah. Sebelum ini, manalah dia berpeluang ke rumah orang berada. Lagi pula, dia hanyalah orang kampung.
“Jemput duduk, mak cik. Saya ke dapur sekejap…”
*****
“Siapa tu, Amni?” tanya Bik Hus kepada Darwisya yang sibuk mengacau air di dalam jug.
“Entahlah, Bik Hus. Dia cari Rifqi. Tak tahulah pulak pasal apa,” jawab Darwisya jujur.
“Ada apa-apa nanti, Bik Hus kat dapur. Amni pergi hidang air dulu. Mesti dah dahaga…”
“Okey…”
Darwisya menghidangkan air teh ais kepada tetamunya. Tertanya-tanya juga dia akan gerangan yang mencari Rifqi. Sebelum ini, mana ada sesiapa yang datang bertandang ke sini.
“Jemput minum, mak cik, adik…”
“Maafkan, mak cik. Anak ni siapa? Orang gaji kat rumah ni ke?”
Darwisya senyum nipis. Orang gaji? Sama sajalah statusnya di fikiran Rifqi. Isteri tak macam isteri langsung.
“Orang gaji pun boleh, mak cik. Mak cik cari Rifqi kenapa ya? Saya tak pernah pula nampak mak cik sebelum ni,” Sejak tadi lagi persoalan itu bermain di fikirannya.
“Errr, Rifqi… anak tiri mak cik. Dah lama mak cik tak jumpa dia,” Darwisya terkedu. Anak tiri? Maksudnya, wanita ini ibu mertuanya?
“Anak tiri mak cik?”
“Nama mak cik, Fauziah. Ini anak mak cik, Athirah. Dah lama kami terpisah dengan Rifqi. Salah mak cik yang menyebabkan Rifqi bencikan mak cik. Mak cik menyesal, nak,” Mak Cik Fauziah sudah berendam dengan air mata. Darwisya menarik tisu di atas meja dan dihulurkan kepada Mak Cik Fauziah.
“Maaflah, mak cik. Saya tak berani nak masuk campur. Mak cik duduk sini dululah, tunggu Rifqi balik. Dari semalam lagi, Rifqi tak balik. Mungkin dia singgah di rumah kawan kot,” Mak Cik Fauziah mengangguk.
“Siapa nama anak ni?”
“Eh, lupa pulak saya. Saya, Amni Darwisya. Mak cik boleh panggil Amni. Wisya pun okey,” Terlupa pula dia nak kenalkan diri. Sebelum ini, manalah dia ada hati nak berkenalan bagai dengan golongan bawahan. Tak standard baginya. Betapa kolotnya dia dulu. Suka sangat menyombong tak tentu pasal.
“Sedap nama Amni. Amni tak nampak macam orang gaji. Teman wanita Rifqi ke?”
“Emmm, saya… isteri Rifqi, mak cik,” Nyata Mak Cik Fauziah terperanjat.
“Isteri? Kahwin juga anak mak. Alhamdulillah. Menantu maklah ni ya,” Darwisya terpaku dengan pelukan Mak Cik Fauziah.
“Athirah, ni kakak ipar Athirah. Athirah tak salam lagi kan tadi,” Athirah pantas menghampiri Darwisya dan menyalami kakak iparnya. Dihadiahkan senyuman manis kepada Darwisya.
“Umur berapa ni?”
Mak Cik Fauziah mengangguk kepada Athirah. Anak gadisnya itu jarang bercakap dengan orang luar. Jika ada yang ingin berbual dengannya, dia akan meminta izin emaknya terlebih dahulu.
“Sepuluh tahun, kak,” Lembut sungguh suara Athirah. Darwisya tersenyum. Ada adik rupanya Rifqi. Comel pula tu. Langsung tiada iras Rifqi.
“Athirah ni anak mak dengan ayah Rifqi. Dialah peneman mak selepas ayah meninggal dunia lima tahun lepas. Rifqi pulak dah lama tinggalkan rumah sebab marahkan arwah ayah. Mak menyesal sebab selalu dera Rifqi dulu. Mak sedar, Rifqi anak yang baik. Cuma, mak yang jahat dengan dia. Mak pukul dia. Mak benci dia sebab ibu kandung Rifqi dah rampas suami mak. Mak tak dapat terima kenyataan ibu Rifqi mampu berikan arwah ayah anak. Anak lelaki! Mak betul-betul cemburu,” cerita Mak Cik Fauziah panjang. Darwisya mengusap bahu ibu mertuanya.
“Mak, janganlah nangis,” Tangan kecil Athirah menyapu air matanya maknya. Darwisya terpegun melihat adegan itu. Tulusnya kasih Athirah untuk Mak Cik Fauziah.
“Mak tak nangis, sayang. Mak cuma rindukan abang Athirah. Dah lama sangat mak tak jumpa dia. Rifqi pun tak pernah cari mak. Mungkin, dia trauma dengan mak. Mak selalu pukul dia. Suruh dia buat kerja rumah sedangkan masa tu dia kecil lagi…”
“Mana ibu kandung Rifqi?”
“Mak dah halau masa Rifqi kecil lagi. Mak tak sanggup nak tengok arwah ayah dan ibu Rifqi mesra,” balas Mak Cik Fauziah, penuh kesal.
“Maksudnya, ibu Rifqi masih hidup?”
“Ya, Amni. Cuma, mak beritahu pada Rifqi ibu dia dah tak ada. Jadi, Rifqi tak pernah tahu ibu kandung dia masih hidup. Mak datang ni pun sebab hal nilah. Tak sanggup lagi mak nak menanggung dosa menipu Rifqi. Dia berhak tahu,” Darwisya terdiam.
Memang patutlah Rifqi langsung tidak membuka cerita mengenai ahli keluarganya. Rupa-rupanya, hati dia terluka kerana keluarganya. Darwisya mula mengasihani nasib Rifqi. Walaupun Datuk Adnan agak tegas, tidak pernah pula papanya menderanya.

to be continued...

4 comments:

  1. macam Bestttt je....sambung lg...hehe: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh, mona. :D. akan disambung. hehe

      Delete
  2. seriusly best! bwu terjumpe blog ni hr2 ni..tp mcm2 nk bce. semua best!
    dtggu smbungannye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, afiqah. :D. hee, biasa-biasa saja. jemput2 baca. :). inshaAllah akan disambung segera.

      Delete