Tuesday 1 April 2014

Cerpen : She's My Doctor aka My Wife 1

Assalamualaikum... Hye!

Selamat petang. setelah berkurun, akhirnya muncul juga SMDAMW ni. hehe. CIA update part 1 dulu ya. nak buat full version. macam  panjang sikitlah. so, CIA separate jadi 2 part. SELAMAT MEMBACA!


Prolog
“Comellah wife you.”
“Cantiklah isteri abang.”
“Sepadan sangat korang. Like coke and sundae.”
Jealous beb tengok ko. Wife ko tuh, fuhhh. Cantik.”
Pujian demi pujian dilemparkan saat Isqandar Ryan, pelakon terkenal memperkenalkan isterinya kepada dunia. Opsss! Malaysia aje kot. Gila tak kecoh. Tup tup terus bawa ke sidang media mengaku dia punya scandal tu wife dia. Dulu, bila ditanya media. Yang keluar hanya jawapan cliché. Ayat sembunyi diri atau ayat selamat yang diberi.
She’s my bestfriendlah.”
Indeed, dia anak kawan mama. Sebab tu kita rapat.”
No. Kami cuma kawan. Tak tahulah ke depan macam mana.”
Dan sekarang? Ambik kau, Isqandar Ryan. Kau sendiri yang kenalkan isteri yang kononnya bestfriend kau, anak kawan mak kau kat seluruh Malaysia ni. Beb, peminat kau ramai kot. Kecewa sudah hati mereka. Nasib baik dia orang semua puji. Bukan mengeji.
*****
Isqandar Ryan punya cerita….
“Dah kenapa senyum macam tu? Mama takkan tarik balik pinangan mama untuk Ryan. No,” tegas Puan Jeslina. Mati terus senyuman lebar Isqandar.
“Mama memang tak sayang anak mama, kan? Sampai hati mama,” rajuk Isqandar. Puan Jeslina menjeling anak keduanya itu.
Whatever. Yang mama tahu, next two weeks, you will be a husband for this cuties girl. Indeed, I just want her to be my daughter in law. Fullstop,” putus Puan Jeslina.
Dia keluar dari bilik anak terunanya itu. Isqandar menghempas tubuh sasanya kuat ke atas katil. Ini memang kerja gila. Tak pernah terlintas langsung dia akan menghadapi hal sebegini. Kalau dia peminat Yasmin Mogahed, maybe it’ll be consider. If not? Goodbye then. No way, man. Anak dara orang tu. Bukannya anak kucing, boleh dibuang sesuka hati.
Can I just be alone? Teman mama sampai tua. Pergi umrah balik umrah.  Buat haji. Just me and mama. Wife? Can be my wife is not a doctor? How about my hopes. Harapan palsu. Impian kosong. Doktor, huh,” Isqandar bermonolog sendiri. Jari telunjuk kanan ditunjal ke dahi sendiri.
*****
Irdina Tasnim’s story telling
“Dina boleh terima dia sebagai suami Dina kalau dia suka Yasmin Mogahed. If not, no consideration, daddy,” Irdina cuba membantah perkahwinan yang diatur keluarganya. Ditekankan perkataan ‘kalau’ supaya daddynya memahami akan alasannya.
“Dina kahwin dengan dia dulu. Then, you ask him about your Yasmin Mogahed. Maybe he like it,” Tan Sri Haidhar tidak jemu memujuk anak tunggalnya.
Maybe he like it, daddy? If not? What about me, daddy? Terus jadi wife dia? Exactly, daddy. We have nothing to share in the end,” telagah Irdina. Dia tidak mahu kalah.
Then you choose. Your marriage or daddy expose you, Irdina Tasnim as my only child. You’ll be hate it, darling,” ugut Tan Sri Haidhar.
Bulat mata Irdina saat daddynya mengugut mahu mendedahkan identiti yang selama ini disimpan kemas. Yes. Irdina Tasnim binti Haidhar. Atau, Tan Sri Haidhar. Jutawan terkemuka. Everybody knows him. Punyalah dia sembunyikan hal yang satu itu dari pengetahuan kenalan-kenalannya. Tidak semudah itu, dia akan mendedahkannya begitu sahaja.
Irdina menelan air liur kasar. “Then I choose… marriage,” Tan Sri Haidhar tersenyum lebar. Nah, ini baru cun. Dipeluk anak daranya itu. Irdina senyum nipis. Tak ikhlas langsung. Sanggup mengorbankan masa depan sendiri demi menutup rahsianya itu. Irdina… Irdina.
*****
“Berbesan juga kita ya, Yan,” Puan Sri Azyan mengangguk.
“Itulah. Bukan main payah lagi abang Haidhar nak pujuk Dina tu. Siap kena ugut baru setuju,” Puan Jeslina ketawa perlahan.
“Anak teruna Jes pun samalah, Yan. Kena ugut juga. Kalau tak, kempunan Jes nak tengok dia kahwin dengan Dina,” Mereka sama-sama ketawa.
“Apa yang dibincangkan ni? Bukan main seronok lagi,” sampuk Tan Sri Haidhar.
“Gelakkan anak-anak, abang. Bukan main masam lagi anak-anak kita tu. Nasib baik bukan majlis sanding,” Ketawa Puan Sri Azyan masih bersisa.
“Alhamdulillah. Selesai juga tugas kita. Amanah arwah Umar dah kita lunaskan. Nak tengok budak berdua tu kahwin,” kata Tan Sri Haidhar sayu.
“Insha Allah. Doakanlah tahun depan dapat jugak kita cucu, bang,” seloroh Puan Sri Azyan.
“Jes cakap jujur. Memang seronok bila pertama kali dapat mendukung cucu sendiri. Tak tergambar macam mana rasanya. Indah sangat,” ujar Puan Jeslina. Sekadar berkongsi perasaan ketika pertama kali dia menyambut cucu.
“Ini yang buat saya tak sabar,” Tan Sri Haidhar mencuit bahu Puan Sri Azyan.
“Ha’ah. Kita sama-samalah berdoa. Teringin sangat nak pegang baby. Comelnya,” Puan Sri Azyan sudah berangan.
“Macam mana kalau Isqandar tahu pasal hal sebenar?” soal Puan Jeslina. Mereka bertiga mengeluh serentak. Ada sesuatu yang disembunyikan mereka daripada pengetahuan Isqandar.
*****
Usai majlis akad nikah yang serba ringkas dan hanya dihadiri keluarga paling terdekat sahaja, Irdina mengikut Isqandar pulang ke rumahnya. Puas juga Irdina memujuk kedua ibu bapanya agar mereka tinggal asing. Namun, awal-awal lagi sudah dibantah. Maka dengan itu, tersadailah dia kini di apartment milik Isqandar Ryan.
Apartment aje awak mampu beli? Ingatkan dah boleh duduk banglo tadi. Apalah yang orang suka sangat puji awak ni pandai cari duit,” tempelak Irdina. Suka hati dia sahaja berkata begitu.
“Mulut awak tu jaga sikit, eh. Kalau tak tahu apa-apa, diam. Saya nak awak duduk sini diam-diam. Saya tak nak orang tahu awak keluar masuk rumah saya. Masalah besar boleh timbul. Tahu?” Isqandar meletakkan beg-beg Irdina diruang tamu.
Irdina meneliti setiap genap apartment milik Isqandar itu. Dinding yang berwarna hitam, merah dan krim itu menarik hatinya. Gambar-gambar Isqandar tergantung di dinding ruang tamu. Ada juga kabinet bercermin yang diletakkan khas di ruang tamu dan dihiasi dengan pasu bunga kecil serta bingkai-bingkai gambar keluarga.
“Dah puas tengok? Dapur tak nak tengok? Tak pun bilik air ke,” sindir Isqandar.
Irdina mengecilkan matanya memandang Isqandar. Nasib baik kau laki aku. Kalau tak dah lama aku debik. Eh, silap. Kalau aku dah lama kenal kau, mesti aku dah hancurkan muka kau yang menjadi pujaan kat luar sana. Biar tak ada orang yang dok menggatal dengan pelakon  handsome ni. Erk. Terpuji pulak. Tarik baliklah.
“Ehem. Yang tengok saya macam nak makan tu kenapa? Maaf, you’re not my taste,” kata Isqandar selamba. Irdina tersentak seketika. You’re not my taste? Irdina menghentak kaki. Tanda protes. Aku yang punya comel ni, dia cakap bukan taste dia. Takkan taste dia perempuan yang tak cukup kain kot? Hush.
Whatever. Okay, where’s my room? Nak mandi. Rimas sangat dah ni,” Matanya meninjau ke kanan dan ke kiri. Mencari-cari bilik yang bakal didiaminya.
Your room? Here,” Isqandar berjalan menuju ke bilik tidur utama.
“Ni bilik saya?” soal Irdina. Pelik.
“Uhuh, this is your room. With me,” jawab Isqandar senada. Irdina mengerutkan dahinya.
Pardon? I’ll share this room with you?” Irdina kaget.
Yes. Okay what? We’re husband and wife anyway. Why do you need another room?” soal Isqandar kembali. Beg-beg milik Irdina diletakkan di hadapan almari pakaian.
Yeah, sure. Why not?”
Dia kisah apa. Asalkan ada tempat untuk dia merehatkan badan setelah penat seharian, sudah cukup bagus. Irdina menghenyakkan punggungnya di katil. Dia sangat penat ketika ini. Kalau boleh, ingin sahaja dia melelapkan mata. Tapi, macam tak boleh sahaja.
“Awak boleh kemaskan barang awak. Saya dah kosongkan almari sebelah sini. You can put your thing anywhere you want. No harm. Saya tak kejam,” kata Isqandar. Walaupun dia tidak suka akan perkahwinan ini. Dia harus terima demi mama. Dia nak mamanya gembira.
Then, I’ll unpack happily,” balas Irdina tanpa riak. Senyumannya masih berharga untuk dijual kepada lelaki yang baru bergelar suaminya itu. Isqandar berlalu ke ruang tamu. Memberikan ruang untuk Irdina mengemaskan barang-barangnya.
*****
Mendengar bunyi sudip berlaga dengan kuali, Irdina menjengahkan kepalanya ke dapur. Mendengar sang suami yang sedang sibuk berkeletang keletung itu, dia membawa diri ke dapur. Dia duduk di kerusi tinggi paras pinggangnya.
Bravo. You did cook all the thing,” Irdina memulakan bicara. Isqandar tidak berpaling. Dia kusyuk menyediakan makanan kegemarannya. Tom yam campur! Paprik ayam!
“Lain hari, awak yang masak…”
No problem. But, please. Just eat and don’t complaint anything,” Irdina senyum nakal. Dia bukanlah sepakar chef kat depan dia ni.
Emm, we wait and see,” Isqandar masih tidak memandang Irdina dibelakangnya.
“Saya pernah baca articles pasal awak kat magazine. You said that your wife mesti kena pandai masak, faham kerja awak dan kalau boleh mama awak suka. Then, sekarang awak dah kahwin. Dan, cuma satu aje yang saya ada. I guess,” Irdina cuba menarik Isqandar untuk berbual dengannya. Isqandar menutup dapur elektrik. Dia berpaling.
Zap! Comelnya dia. Rambut dia. Mahu terbuntang mata Isqandar melihat Irdina tanpa mengenakan tudung itu. Jelas wajah itu manja dan polos. Dengan sweater labuh di tubuh. Nampak comel.
Hmmm, nice hair,” puji Isqandar tanpa sedar.
Thanks,” ucap Irdina sepatah. Tiba-tiba si suami puji dia. Kembang juga hatinya. Ehek!
“Apa yang awak ada dalam tiga point tu?” soal Isqandar ingin tahu. Sebenarnya, ingin menutup keterlanjurannya memuji Irdina tadi. Dia duduk berhadapan dengan Irdina.
Your mum like me. Can I just said that she love me,” jawab Irdina mesra. Betul ke apa aku cakap? Arh, lantaklah.
Then, I should love you too. Awak tak perasan ke ada yang keempat?” Isqandar mengangkat keningnya.
Irdina mengerutkan hidungnya.
Shoot. You will love whoever your mum love…”
Exactly. So, sekarang awak boleh anggap… I love youlah,” Irdina menjegilkan matanya.
You said that you love me in the kitchen? Uhuh, you’ve no sense at all, Mr Actor,” Isqandar tersenyum nipis. “Hey, chill. No heart feeling. Just kidding,” Irdina ketawa lucu.
I know. Could you please help me? Tolong ambilkan pinggan kat almari belakang tu,” pinta Isqandar. Irdina menurut. Bukannya susah pun arahan suaminya itu.
*****
Thanks. Such a superb dinner. Tak sangka dapat merasa air tangan Isqandar Ryan, pelakon kacak Malaysia,” Irdina mengambil bantal kecil bersegi empat. Dia memeluk bantal kecil itu.
Isqandar tersenyum sinis. “My pleasure.”
Irdina senyum hambar. Bangga nampak, encik pelakon. Malas melayan, dia menumpukan perhatian ke kaca televisyen. Rancangan Bersamamu sedang ditayangkan. Seminit, dua minit, lima minit. Irdina mula menguap. Dia memang pantang makan, pasti matanya juga akan membuat perangai. Sleepy-head! Gelaran yang diberikan rakan-rakannya ketika menuntut di Ireland dulu.
“Saya masuk tidur dulu. Mengantuk tahap cipan dah,” Irdina cuba membuka matanya. Namun gagal. Dibawa langkah dalam mamai ke bilik.
Goodnight,” ucap Isqandar. Macam menghalau aje. Whateverlah. Janji boleh tidur.
Nanti dia tidur dengan aku ke? Takkan kot. Hish. Buat apa aku nak fikir? Biar ajelah. Dia bukan boleh buat apa pun, kan? Dalam dok pertimbangkan hal yang tak logik, Irdina terlena juga.
Entah pukul berapa dia terjaga kerana terdengar bunyi guruh berdentum. Matanya dicelikkan. Dalam samar-samar dia ternampak Isqandar sedang tidur pulas disebelahnya. Lena macam sebulan tak jumpa katil. Mungkin kerana cuaca yang sejuk di luar membuatkan dia semakin lena.
Dia melihat jam di dinding. Pukul lima setengah pagi. Irdina berkira-kira mahu menyambung tidur tetapi apabila memikirkan mungkin terlajak subuh, dia bangun ke bilik air. Setelah mandi dan solat subuh, dia masuk ke dapur. Menggeledah bahan-bahan yang sesuai untuk dibuat sarapan pada pagi itu.
“Awalnya bangun,” tegur Isqandar. Matanya sekejap celik sekejap tutup. Masih mengantuk lagi.
“Dah mandi. Jadi, mata segar. Dah tak boleh tidur. Ingat nak buat breakfast,” balas Irdina. Matanya melingas mencari bahan yang dia inginkan.
“Yelah. Awak tengoklah apa yang ada,” kata Isqandar sambil menguap.
“Eh, awak,” Isqandar tidak jadi melangkah. “Awak makan apa-apa aje kan? Saya takut awak ada alahan ke apa ke,” Jari telunjuknya mengetuk meja.
No worries. Janji makanan tu tak bawa mudarat, okey je,” jawab Isqandar. Dia berlalu kembali ke bilik.
Setengah jam kemudian, sarapan sudah tersedia di atas meja. Nasi goreng tom yam dan air milo panas. Hujan masih lebat di luar. Irdina berdiri di sisi tingkap ruang tamu. Suasana di luar juga masih gelap. Tambahan pula, sekarang ini tengah hujan lebat. Bertambah kelamlah pagi itu.
“Saya kerja pagi ni. Awak buatlah apa awak nak buat. Kalau bosan, saya tinggalkan kereta. Guna aje,” Terangkat bahu Irdina. Dia menoleh ke belakang. Isqandar yang segak dengan kemeja merah gagal menarik perhatiannya.
“Bagi salam boleh tak? Ini main terjah aje,” Irdina berkata geram. Dia melabuhkan punggungnya di sofa panjang yang berwarna merah.
Sorry. Saya ingat awak sedar. Assalamualaikum,” Isqandar turut duduk di sofa itu. Namun jarak mereka agak jauh. Hujung dengan hujung. Dah macam musuh bertemu musuh sahaja.
“Waalaikumsalam. Guna kereta awak? Are you serious? Tak takut ke orang nampak saya bawa kereta awak?” tanya Irdina bertalu-talu.
“Nak takut apa? Don’t worry. Saya tak pernah guna lagi kereta tu. Simpan aje kat tempat parking bawah. Semalam saya dah panaskan enjin,” jelas Isqandar.
“Tengoklah kalau saya ada hati nak keluar. Tapi, saya rasa saya ambil teksi je,” kata Irdina. Isqandar merenung Irdina pelik.
“Awak tak pandai drive ke?”
“Boleh je. Tapi, dah lama tak memandu. Setahun lebih jugak. Kang saya drive tak pasal pulak kereta awak masuk longkang…”
“Apa-apalah. Selalunya tengah hari, mama datang sini. Itu pun kalau saya ada kat sini. Tak tahulah kalau hari ni dia datang atau tidak,” maklum Isqandar.
Can I ask you something?” Isqandar hanya mengangkat keningnya tanda membenarkan isterinya bertanya.
“Awak bukan tinggal kat sini, kan?” Soalan Irdina membuatkan Isqandar terbangun.
“Apa… apa maksud awak?” tanya Isqandar kembali.
“Hmmm,” Irdina bangun menuju ke tingkap. “This curtain, dah berbau hapak sedikit. Pokok kat luar tu dah layu. Pintu gelongsor ni agak ketat. Dan, barang dapur awak banyak yang kurang,” Irdina mematikan pandangan pada wajah bersih Isqandar.
“Maaflah. Saya tak dapat bawa awak balik rumah baru saya. Awak tahu, kan. Wartawan sentiasa memerhati tindak tanduk saya. Saya tak nak nanti timbul gosip. Kita pun dah janji akan rahsiakan hal ni,” jelas Isqandar.
“Saya terima alasan awak. Kalau macam tu awak akan jarang balik sinilah kan?”
“Selalunya saya akan balik sini kalau penat nak drive balik rumah sana. Lagipun, peminat saya dah tahu pasal rumah baru saya. Jadi, dia orang dah tak ambil tahu pasal rumah saya kat sini.”
“Okey. Rasanya pergerakan saya bebaslah kan buat masa sekarang? Hah, sebelum saya terlupa. Kerja saya tak menentu tau. Macam awak jugak. Jadi, saya harap awak tak kisah kalau ada hari yang saya tak terserempak dengan awak ke, tak masak ke. Awal-awal ni saya nak minta maaflah,” beritahu Irdina supaya Isqandar tidak akan memarahinya jika dia tiada masa untuk rumah tangga mereka.
“Ikut suka awaklah. Janji awak tahu yang awak tu isteri orang, sudahlah,” Isqandar mencapai kunci keretanya yang tersangkut elok di penyangkut khas untuk menggantung kunci-kunci.
“Eleh, cakap orang. Awak tu pun samalah. Orang lain bukannya tahu awak tu dah kahwin. Plus, dekat set bolehlah awak menggatal dengan heroin-heroin awak tu sesuka hati,” bebel Irdina tanpa sengaja. Laju sahaja bibirnya ingin mengingatkan Isqandar.
Isqandar senyum senget.
“Haih, takkan cemburu kot? I think, kita taklah serapat tu,” tukas Isqandar.
“Tak cemburu. Tapi, mengingatkan. Tak naklah saya terbaca surat khabar yang terpampang gosip pasal awak,” Irdina juga tidak ingin mengalah.
“Eyh? Tengoklah dulu macam mana. Saya pergi dulu. Semoga hari ni tak adalah wajah saya kat paper,” Isqandar berkata sebelum menghilang di sebalik pintu rumah.
Irdina hanya menghantar pemergian suaminya dengan pandangan. Untung dia tidak perlu bekerja hari ini. Bolehlah dia rehatkan badan yang letih. Sambil itu, dia akan mengemas rumah barunya itu. Walaupun apartment itu memang sudah kemas, namun masih ada yang dia rasa perlu dikemas.
Hari kedua menjadi isteri orang, not bad. Irdina masih mampu memberikan yang terbaik. Nanti dia sudah kembali bertugas, memang susahlah nak nampak muka dia bermaharajalela di rumah. Mahunya, si Isqandar minta cerai. Nauzubillah. Minta dijauhkan perkara itu. Tak mahulah dia jadi janda muda. Ngeri.
*****
Morning, Dr Tasnim,” sapa jururawat muda di kaunter lobi.
Morning, Muna. Ada yang cari saya?”
Sempat lagi dia bertempek di kaunter. Muna tersenyum. Semakin berseri pula dia melihat wajah doktor kegemarannya itu. Berseri macam orang baru selepas kahwin. Gotcha!
“Ramai, doc. Orang famouslah katakan. Kalah retis. Awal-awal pagi lagi, dah ada orang yang mencari,” balas Muna ramah.
“Iya ke? Siapa?”
“Siapa lagi kalau bukan Dr Ezwan?”
Terangkat kening Irdina. Motif sangat si Dr Ezwan ni. Kalau tak kacau dia sehari memang tak sah. Rimas juga dia dengan sikap Dr Ezwan itu yang sering mengganggunya jika tidak sibuk. Bosan!
“Hmmm, macam tak ada patient aje dia tu. Malas saya nak layan. Awak panggil patient selepas lima belas minit, ya. Need to review their details first,” Muna mengangguk faham.
Irdina menolak daun pintu biliknya. Sejambak bunga ros merah mencuri perhatiannya. Siapa pula yang bermurah hati menghadiahkan dia ros merah ini? Takkan Isqandar kot? Memang taklah kerana lelaki itu bukannya tahu mengenai kerjaya dan tempat kerja dia pun. Dibelek jambangan bunga itu. Terselit sekeping kad di sebalik rimbunan ros.
How I wish you’re mine, Tasnim. Will you be mine?
“Ezwan?”
Irdina melepaskan keluhan kasar. Dr Ezwan memang tak serik-serik menagih cintanya. Sejak dari zaman housemanship lagi. Jika diikutkan, Dr Ezwan cukup sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tambahan pula, lelaki itu bukannya calang-calang orang. Anak orang berada.
Cuma, Irdina sahaja tidak menyukai sikap suka mendesak lelaki itu. Dia bukanlah seorang gadis yang suka dikongkong. Yang membuatkan dia canggung untuk berteman dengan Dr Ezwan adalah kerana kedua ibu bapa lelaki itu. Mereka amat mementingkan darjat. Pernah sekali, Irdina diberi amaran agar tidak mendekati anak lelaki mereka.
Jambangan bunga itu dibuang ke tong sampah. Dia tidak mahu memberikan sebarang harapan kepada Dr Ezwan. Ingin sahaja dia memberitahu bahawa dia adalah isteri orang. Namun, dia cepat-cepat membuang niat itu. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kesian Isqandar pula. Terpaksa melayan kontroversi. Tsk!
*****
“Ryan, kau punya schedule hari ni seharian tau. Director nak last scene settle hari ni,” maklum manager Isqandar, Taufiq.
No problem,” balas Isqandar sambil menilik skrip di tangannya.
Hampir sebulan juga mereka bertungkus lumus menyiapkan sebuah drama yang dikategorikan sebagai drama cinta romantik itu. Akhirnya, sampai juga ke penghujungnya. Selepas ini, ada lagi sebuah drama yang menantinya. Nama Isqandar Ryan dalam industri hiburan semakin melonjak naik. Namanya juga semakin meniti di bibir para peminat dunia hiburan. Orang kacak memang selalu menjadi tumpuan. Tiada sangkalan lagi.
Disebabkan kepopularannya itulah, Isqandar takut untuk membuat onar yang boleh merosakkan kariernya. Apalah agaknya penerimaan para peminatnya jika mereka mengetahui artis kesayangan mereka sudah pun mendirikan rumah tangga secara rahsia? Bingung juga dia memikirkan masalah itu.
“Ryan, apa plan kau yang lain? Takkan nak berlakon aje?”
“Kau nak aku buat apa lagi?”
“Manalah tahu, kau nak cuba menyanyi ke? Ada jugak side income,” Isqandar mengerling Taufiq. Sengaja nak sindir dialah tu. Gaya macam si Isqandar ni reti menyanyi.
So, what’s the plan?”
Taufiq senyum lebar. Isqandar memang sentiasa memahami maksud percakapannya biarpun sebaik mungkin dia menggunakan bahasa yang berbunga. Berbelit-belit juga nak disampaikan.
Plan biasa. Tapi, lumayan beb. Ada mak datin nak taja kau…” Taufiq berjeda. “Dengan syarat kau selalu bagi commitment kat dia. Beb, bukan senang nak cari duit sekarang ni. Tambah pulak, ramai pelakon-pelakon baru sekarang ni. Kau nak karier kau jatuh ke, Ryan?”
“Fiq, aku masih boleh hidup lagi dengan income aku sekarang ni. Cukup untuk pakai baju mahal, kereta mewah, rumah besar. Buat apa aku nak terima suggestion kau ni? Tak payah nak merepeklah,” bidas Isqandar tegas.
Dia bukanlah seorang lelaki yang mengharapkan duit orang lain. Dia bukanlah orang yang susah. Hidupnya juga mewah. Lebih dari cukup. Apa lagi yang dia nak? Harta peninggalan arwah ayahnya juga cukup untuk dia dan adik beradiknya yang lain. Lebih dari cukup.
“Alah, Ryan. Chilllah. Aku cadangkan aje. Kalau kau tak nak, okey,” Takut juga Taufiq melihat wajah Isqandar sudah menyinga itu.
“Lepas ni, aku tak nak lagi dah dengar kau cakap pasal benda ni. Aku mampu lagi nak mencari rezeki dengan hasil titik peluh aku sendiri. Banyak lagi cara lain aku boleh buat untuk tambah income,” leter Isqandar.
Memang dia mencari nahas jika menerima tawaran Taufiq itu. Nama baik keluarga harus dijaga. Tambahan pula, sekarang ini sudah beristeri. Perasaan isteri dan keluarga mertua perlu juga dipelihara. Dia tidak mahu mamanya kecewa dengannya. Tidak sama sekali.
“Okey. Aku minta maaf. Aku janji lain kali aku tak buat dah. Kita kawan eh,” Isqandar tergelak.
Forever,” Mereka berdua berjabat tangan. Kira sudah berbaiklah tu even bukannya bergaduh teruk pun.
*****
Irdina bersandar di kerusi empuknya. Melepaskan lelah dek melayan ramai pesakit hari ini. Sebagai doktor pesakit luar, memang banyak juga kerjanya. Dia terpandang cincin emas putih di jari manisnya. Ada suami macam tiada. Macam masih bujang lagi sahaja lagaknya. Dia tidak menyangka akan menjadi seorang isteri di usia dua puluh tujuh tahun. Target Irdina untuk berkahwin adalah di awal usia tiga puluhannya. Sudah jodoh dia. Bukannya boleh dirancang. Ia datang sendiri.
Nasib baiklah rakan-rakan di hospital tidak bersoal tentang cincin di jarinya itu. Mungkin, sudah menjadi trend wanita sekarang yang gemar mengenakan perhiasan. Jadi, tidaklah ketara sangat perkahwinan rahsianya itu. Jam tangan ditilik. 10.00 malam! Sudah malam rupanya.
Tok! Tok!
“Masuk!”
“Maafkan saya, doktor. Shif saya dah habis. Suhana dah ready kat kaunter. Apa-apa hal, doktor inform dialah,” beritahu Muna.
“Baiklah. Terima kasih, Muna. Hati-hati ya,” Muna tersenyum.
“Iyalah. Balik dulu,” Pintu bilik Irdina kembali bertutup.  Suhana belum memaklumkan, dia perlu menemui pesakit. Maknanya, bolehlah dia berehat sekejap.
Belum sempat Irdina ingin bangun dari kerusinya, telefon bimbitnya berbunyi nada Viva by Bond. Dicapai Iphone 4s di atas meja.
Hello, assalamualaikum,” Irdina menjawab panggilannya.
“Waalaikumsalam. Tak balik ke malam ni?” jawab si pemanggil.
“Balik. Tapi, lewat sikit. Awak kat mana ni?”
“Saya dalam kereta. On my way nak balik rumah. So, should I go back to our home or the other?”
Irdina buat muka pelik. Nak balik rumah sendiri pun kena minta izin ke? Kedua-duanya adalah rumah Isqandar.
“Ikut suka awaklah. Kalau lewat sangat, saya tak baliklah. Tidur sini aje,” Isqandar di hujung talian terfikir sejenak.
“Awak kerja apa sebenarnya ni? Sampaikan tak boleh balik rumah…”
“Adalah. Nanti saya bagitahu awak. Okeylah, got to go. Urgency time is coming. Bye, take care. Assalamualaikum,” Irdina mematikan panggilan telefon.
Tiba-tiba Suhana membuka pintu biliknya dan memaklumkan ada kecemasan sedang berlaku di luar. Esok lusa dia akan jelaskan kepada Isqandar tentang pekerjaannya. Sepantas yang boleh Irdina bergerak ke ruangan lobi. Nasib baik dia cepat bertindak. Seorang pesakit wanita diserang angin ahmar secara tiba-tiba di lobi hospital.
*****
Pukul 1.00 pagi! Isqandar masih di ruang tamu di rumah barunya. Memandangkan Irdina mungkin tidak akan pulang, lebih baik dia pulang ke sini. Boleh juga bertemu dengan mamanya. Bab bermanja dengan Puan Jeslina, bagi dialah. Adik dia yang bongsu pun tidak semanja itu.
“Tak tidur lagi, Ryan?”
“Tak mengantuk lagi, ma. Mama pulak buat apa tak tidur lagi?”
Puan Jeslina menggelengkan kepala. Sudah menjadi suami orang pun, masih berperangai seperti orang bujang.
“Mama risaukan Ryanlah. Esok pagikan nak kerja. Tidur lewat pulak,” kata Puan Jeslina sambil merenung anak lelakinya.
“Alah, macam tak biasa. Ma, menantu mama tu kerja apa?”
“Siapa? Irdina ke? Lah, tanya mama kenapa? Pergilah tanya tuan punya badan sendiri,” Isqandar mengecilkan matanya.
“Mama ni. Ryan dah tanya dia. Tapi, dia kata nantilah…”
“Hah, tunggulah dia bagitahu. Ryan jangan risau. Dia bukannya buat kerja yang haram.  Kerja dia halal dan mulia di sisi masyarakat kita ni,” ujar Puan Jeslina.
Biarlah Irdina sendiri yang memberitahu Isqandar perihal pekerjaannya. Dia sendiri maklum dengan sikap menantunya itu. Irdina bukanlah seorang yang suka membangga diri. Tambahan pula, dia malas mahu masuk campur. Pasti Irdina ada sebab dia tersendiri. Macam manalah agaknya reaksi Isqandar apabila mengetahui isterinya itu seperti perempuan idamannya.
“Mama ni tak sporting langsunglah. Okeylah, Ryan nak tidur. Jom, mama pun kena tidur. Ada pulak yang mengadu tak cukup tidur nanti,” Puan Jeslina mencubit lengan sasa Isqandar.

“Pandailah nak kenakan mama. Tutup tv tu,” Isqandar pantas menekan punat ‘OFF’ pada remote controller. Tak pasal sehingga ke pagi dia mendengar bebelan mama kesayangannya itu.

p/s : hope semua sukalah. hehe. just tambah yang mana kurang. kurangkan yang terlebih.

3 comments: