Tuesday 29 April 2014

e-novel : Pearl Episode 3


EPISODE 3

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda yang baik-baik (halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,” tutur Tan Sri Lutfi perlahan. Buku agama di tangan ditatapnya. Firmah Allah dalam Surah al-baqarah ayat 172 itu dibaca berulang kali.

“Minum, bang,” Puan Sri Zana meletakkan dulang berisi seteko air teh panas dan sepinggan donut yang masih panas lagi.

Tan Sri Lutfi tersedar dari lamunannya. Pertama kali dia sedar akan kesilapannya dulu apabila arwah kawan baiknya, Fauzi sempat berpesan agar selalu membaca buku-buku beunsurkan keagamaan. Dan arwah Fauzi mencadangkan Surah al-Baqarah. Sejak itu, Tan Sri Lutfi mula bertaubat dan mengubah gaya hidupnya.

“Abang teringatkan arwah Fauzi. Pasti dia yang paling bahagia tengok kebahagian kita… kesenangan kita, kan?”

“Iya, bang. Zana pun rindukan gelak ketawa dia. Kita terhutang budi dengannya,” Tan Sri Lutfi terangguk-angguk.

“Di mana agaknya Mutia sekarang ni? Merata abang hantar orang suruh cari Mutia. Tapi, langsung tak ada perkembangan,” Puan Sri Zana menghulurkan secawan air teh kegemaran suaminya itu.

“Kita doakan saja agar dia baik-baik, bang. Insha Allah, satu hari nanti Allah pasti temukan kita dengan Mutia,” ujar Puan Sri Zana.

Tan Sri Lutfi membuang pandang ke kolam ikan yang sengaja dibina untuk mengingati kenangannya bersama arwah Fauzi. Mereka sama-sama minat dalam dunia memancing. Dulu, pantang ada masa terluang… pasti mereka sering berkunjung ke tempat memancing. Menghabiskan masa bersama di situ. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan.

*****

Suasana ibu pejabat polis lengang pada waktu ini. Mungkin masing-masing sedang menikmati makan tengah hari. Bukan selalu ingin bersenang lenang begini. Selalunya nak makan tengah hari pun tak sempat. Nak pergi tandas pun, kelam kabut.

“Tak keluar makan ke, tuan?” Fariz mengangkat wajahnya. Mata dihala ke pintu biliknya. Tersembul wajah Lukman di muka pintu.

“Kena hantar report kat headquarters officer before 5.00 pm,” balas Fariz senada. Dia kembali menaip laporan kes penyeludupan di bawah kendaliannya itu.

“Oh, nak saya tolong?”

No, thanks. Nak siap dah ni. Hmmm, aku keluar awal hari ni. So, apa-apa hal report kat aku esok. Dah, jangan kacau aku,” Lukman hanya mengangguk dan berlalu ke mejanya.

Sepatutnya bukan Fariz yang perlu menyediakan laporan tentang kes tersebut. Tetapi, dia sendiri yang berkeras. Si kecil Didie membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk terus menyelidik. Boleh saja orang bawahannya melakukan semua kerja-kerja itu. Namun, biarlah dia yang siasat siapa ibu bapa budak kecil yang telah menarik perhatiannya itu.

*****

Buk!

Haryani bergegas ke bilik Adelin. Tiba-tiba dia terdengar bunyi benda jatuh dari dalam pejabat bosnya itu. Takut juga jika ada sesuatu yang berlaku. Pintu bilik Adelin terus dirempuh tanpa ketukan seperti selalu.

“Ya Allah. Cik Adelin!” Haryani terus mendapatkan bosnya yang sudah terduduk di tepi sofa.

“Ya… Yani,” Adelin bersuara lemah. Terasa perit tekaknya tika ini. Entah kenapa badannya terasa lemah sangat.

“Cik Adelin duduk dulu. Saya ambilkan air,” Adelin mengangguk lemah. Kepalanya yang terasa berat disandarkan ke sofa.

Niatnya untuk ke bilik air, membasuh muka. Biar terasa sejuk sedikit. Entah macam mana, matanya gelap tiba-tiba. Terus kakinya tersepak kaki meja kopi. Itu yang dia terjelopok jatuh. Tangan Adelin memicit dahinya lemah.

Haryani masuk kembali ke bilik Adelin dengan membawa air kosong dan juga Panadol.

“Cik Adelin dah makan?” soal Haryani. Jika Adelin belum makan lagi, dia tidak boleh memberikan Panadol kepada bosnya itu.

“Belum,” jawab Adelin.

“Tak apa. Cik Adelin minum air ni dulu. Basahkan tekak,” Haryani mendekatkan mug berisi air suam ke mulut Adelin. Adelin meneguk air suam itu perlahan. Sebu rasa perutnya. Kenapa ni? Dia jarang sakit begini.

Tok! Tok!

Pintu bilik Adelin diketuk. Haryani menjengukkan kepalanya ke pintu. Pasu bunga besar menghalangnya untuk terus melihat gerangan yang datang ke pejabat Adelin.

“Oh, Inspektor Fariz. Nak jumpa Cik Adelin ke?” Haryani mengulas senyuman kepada lelaki yang berdiri di depan pintu itu.

Mendengar sahaja nama Inspektor Fariz disebut Haryani, Adelin cuba menegakkan badannya. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Fariz. Tak pasal saja nanti kena cop nak menagih simpati lelaki itu.

“Bos awak ada?”

Errr… ada. Masuklah,” Haryani memberi laluan kepada Fariz.

Mata Fariz terpandang susuk tubuh Adelin di sofa. Haryani menyembunyikan senyumannya. Nampak gayanya bosnya itu tidak perlukan Panadol. Adelin berpura-pura membaca majalah yang entah tahun bila punya pun tak tahu. Tengah coverlah tu.

“Saya minta diri dululah,” kata Haryani. Setiausaha Adelin itu membiarkan pintu bilik Adelin terbuka. Tidak mahu ada fitnah pula yang timbul nanti.

Setelah pasti Haryani keluar, Fariz menghampiri Adelin di sofa. Dia duduk berhadapan dengan gadis itu.

“Tak keluar makan ke?” Adelin hanya menggeleng. Dia masih menunduk, tak mahu Fariz nampak wajah sugulnya.

“Kenapa tiba-tiba pakai baju kurung?” Adelin mencemik. Nak pakai baju kurung pun salah? Haish, pelik sungguh mamat sorang ni.

“Ibu dengan baba ada kat rumah,” Badan Fariz terus menegak. Tidak menyangka langsung mertuanya akan bertandang ke Kuala Lumpur.

“Bila?”

“Semalam. Balik sekali dengan saya,” balas Adelin. Pandangannya kembali terasa gelap. Urgh! Masa nilah nak buat hal. Macam tahu-tahu Inche Inspector ni nak datang.

So weird. Selalunya mulut kau tu pot pet pot pet. Mata tu selalu nak jeling muka handsome aku ni. Best sangat ke isi majalah tu?”

Adelin mengangkat wajahnya. Pandangannya terasa berbalam. Dipejam seketika matanya dan membuka kembali. Namun, keadaan masih sama.

“Yani!” jerit Fariz, memanggil Haryani.

Terkocoh-kocoh gadis itu masuk ke pejabat Adelin. Fariz sudah menerpa ke arah Adelin.

“Kenapa dengan Adelin?”

“Tadi Cik Adelin macam nak pitam. Elok aje saya masuk tadi, Cik Adelin dah kat bawah. Lepas tu saya pimpin duduk atas sofa. Nak bagi Panadol, Cik Adelin tak makan lagi,” terang Haryani. Gaya menjawab pertanyaan polis, tapi memang polis pun yang tengah menyoal kan. Cuma, secara tak rasmi.

Fariz menekapkan tangan kanannya ke dahi Adelin. Panas!

“Awak tolong ambil barang-barang Adelin. Saya nak bawak dia pergi klinik,” Haryani pantas bergerak mengikut arahan Fariz.

Fariz mencempung tubuh Adelin. Haryani mengekori di belakang Fariz. Kebetulan, lif sedang terbuka. Apa lagi, terus masuklah. Wajah Fariz nampak risau. Adelin pula separuh sedar. Badannya bagaikan lumpuh seketika.

Setelah sampai ke BMW M3 sport milik Fariz, dia terus meletakkan tubuh Adelin di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Haryani memberikan beg tangan Adelin kepada Fariz.

“Terima kasih, Yani. Nanti saya hantar MC Adelin,” Haryani mengangguk.

Fariz terus masuk ke dalam perut keretanya. Tanpa menunggu lama, kereta dua pintu itu terus memecut laju. Haryani berfikir seketika. Setahunya, Fariz dan Adelin bukannya rapat pun. Tapi, dia perasan wajah kacak Fariz kelihatan sangat risau dengan keadaan Adelin yang dah mamai itu.

“Buat apa aku nak fikir? Bukan hal aku pun,” omel Haryani sebelum melangkah kembali ke pejabat.

*****

Fariz menunggu dengan penuh sabar. Sekejap… sekejap matanya memandang curtain yang tertutup itu. Doktor masih merawat Adelin. Kenapalah dengan gadis itu? Takkan dapat balik kampung terus dapat penyakit? Fariz menggelengkan kepalanya. Menghalau anasir jahat.

Langsir yang tertutup itu dibuka. Doktor Lily menyimpan stethoscope yang digunakan untuk memeriksa pernafasan Adelin ke dalam poket bajunya. Adelin turun dari katil pesakit dan duduk di kerusi bersebelahan Fariz. Dia mengemaskan rambutnya yang dibiarkan lepas itu.

“Puan Adelin tak ada apa-apa. Cuma, mungkin selesema sedikit. Boleh saya tahu, Puan Adelin ada allergic dengan apa-apa ke?”

Allergic? Rasanya tak ada,” jawab Adelin jujur. Belum pernah dia sakit kerana alahan.

“Puan pasti?”

“Kenapa, doc?” Fariz pula menyoal.

“Cuba tengok pada leher Puan Adelin. Dan, saya pasti itu bukan perbuatan manusia,” Adelin dan Fariz saling berpandangan. Doktor Lily tersenyum-senyum.

“Ada apa?” Tangan Adelin mahu memegang lehernya. Namun, ditahan Fariz. Takut berjangkit ke tempat lain pula.

“Merah-merah. Kau curang eh,” Laju tangan Adelin menampar bahu Fariz.

“Rasanya puan ada alahan makanan. Cuma, puan tak sedar. Puan ada makan sesuatu yang tak pernah puan makan ke sebelum ni?”

Adelin berfikir seketika. Makan?

“Daging kerbau,” Meletus ketawa Fariz. Takkan tak pernah makan kot? Adelin mencubit pinggang Fariz. Namun, itu tidak mampu menghentikan tawa lelaki itu. Doktor Lily turut berasa lucu namum dia masih menghormati pesakitnya itu. Tak sampai hati nak ketawakan pesakitnya itu.

“Sebelum ni puan tak pernah makan daging kerbau?” Adelin menggeleng.

“Makan daging kerbau pun boleh alah ke, doc?” soal Fariz, separuh ketawa.

“Eh, boleh. Mungkin daging tu tak sesuai dengan Puan Adelin. And, maybe body Puan Adelin not immuned to that particular food. Are you have had a baby?”

No,” jawab Adelin sambil menggeleng. Fariz turut sama tergeleng.

“Mengidam?”

“Memang taklah, doc. Saja aje gatal nak rasa sebab tak pernah makan. Dah alang-alang balik kampung, bedal ajelah,” balas Adelin selamba.

“Itulah, gatal lagi siapa suruh. Nak menggatal pun janganlah dengan daging kerbau. Tak standard langsung,” Cari pasal betul si Fariz ni.

“Pandai Encik Fariz bergurau. Okey, saya akan bagi ubat selesema dan ubat alahan. Nanti bolehlah ambil kat kaunter depan…”

“Terima kasih, doc,” ucap Fariz dan Adelin serentak.

Fariz cuba memimpin Adelin, namun ditepis gadis itu. Dah sihatlah tu kalau dah macam itu gayanya. Fariz hanya mengangkat bahunya.

*****

“Balik rumah aku ajelah…”

“Dah nyanyuk ke apa awak ni. Saya yang sakit ni pun ingat. Ibu dengan baba saya ada kat rumah kan. Takkan nak tinggalkan dia orang pulak,” Fariz menepuk dahinya. Macam mana boleh terlupa ni?

“Kau cakap apa, kita tinggal asing-asing?”

Apartment awak dekat dengan office awak. Saya pun macam tu jugak. Weekend aje saya tinggal kat apartment awak,” Adelin tersengih kecil.

Huh, pandai menipu,” Fariz tersenyum senget.

“Bukan selalu. Nak kena sembur dengan baba cerita benda betul?”

“Eh, kejap. Parent kau dah tahu ke pasal kerja dengan hidup kau yang serba mewah tu?”

“Tahu lama dah. Awak aje yang ingat dia orang tak tahu. Tapi, ni first time dia orang datang rumah dan…” Adelin berjeda.

“Dan?”

“Saya bagitahu dia orang, rumah tu awak yang belikan…”

“Menipu lagi?”

Lorh, betullah. Saya guna duit hantaran awak bagi kan beli rumah tu. Kira awaklah yang beli,” Adelin yang sedang bersandar di cushion kereta mengambil peluang menatap wajah Fariz yang sedang memandu itu.

Tak lama lagi, habis berjambanglah wajah itu. Malas sangat nak bercukur. Tapi, kalau wajah itu bersih pasti ada yang nak menempel. Bagi Adelin, dia lebih suka jika lelaki ada kumis nipis. Baru nampak… manly. Tsk.

“Aku nak singgah apartment kejap,” beritahu Fariz lantas memusing stereng ke kanan.

“Buat apa?”

“Nak ambil barang,” balas Fariz tanpa menyedari si isteri sedang menilik wajahnya.

Lima minit sahaja sudah tiba di kawasan kondo. Laju juga Fariz memandu. Adelin menilik jam di tangan kirinya. Baru pukul 4 petang.

“Nak naik sekali ke tunggu sini?” soal Fariz.

“Tunggu sinilah. Tak larat nak jalan,” jawab Adelin. Fariz membuka pintu keretanya. Memang sesuai jadi polis, berdesup dia menghilang di bangunan mewah itu. Adelin pantas mengunci pintu kereta. Takut pula ada penjahat ke nak culik dia. Mana tahu.

Tangan Adelin laju menekan ipod yang dipasang pada BMW M3 sport itu.

Starring at the bottom of your glass

Hoping one day you’ll make a dream last

But dreams come slow and they go so fast

You seek her when you close your eyes

Maybe one day you’ll understand why

Everything you touch slowly dies

Adelin menghayati bait lagu Let Her Go yang dinyanyikan Passenger. Dia melihat ipod itu kembali. Dan Adelin mengerutkan dahinya. Hanya lagu itu yang terdapat di dalam ipod itu. Fariz suka lagu ni? Kenapa?

Adelin tersentak apabila pintu kereta diketuk. Mungkin Fariz sudah turun. Namun, sangkaannya meleset. Matanya dijamu dengan seorang perempuan bertubuh ramping dan tinggi lampai. Siapa pula ni? Adelin hanya membiarkan perempuan itu terkumat kamit di luar.

Entah perempuan gila mana yang tiba-tiba muncul. Mana Fariz ni, getus Adelin. Tadi bukan main laju lagi dia naik ke apartmentnya.

“Sayang,”  Sofea mendapatkan Fariz yang sedang berjalan ke keretanya. Terperanjat lelaki itu dibuatnya.

“You buat apa kat sini?” tanya Fariz, tidak senang.

Alah, I rindukan you. Malam ni I ingat nak bermalam kat rumah you. Tapi, you nak pergi mana dengan beg baju you ni?”

“I nak balik rumah family I,” Fariz berjalan pantas. Dia membuat isyarat kepada Adelin agar membuka bonet kereta.

“Tak boleh pergi hari lain ke? Why not… I ikut you?” Adelin macam nak termuntah mendengar suara gedik minah itu. Sempat dia terdengar sedikit perbualan mereka dek Fariz membuka bonet keretanya.

Nonsense. Lain kali aje you datang. I kat sana seminggu atau lebih. So, please,” Fariz merungkai jari jemari Sofea yang melekat pada lengannya. Sofea mencebik. Baru nak melepaskan rindu setelah hampir dua minggu tidak bersua muka.

“Abang, cepatlah. Dah lapar ni,” Adelin memanggil Fariz. Sofea menjeling Adelin dengan jelingan maut. Adelin hanya buat tak tahu. Tahu sangat mistress si Fariz itu cemburu.

“Sofea, lepaskan I. If not, I takkan layan you lagi lepas ni,” Sofea pantas melepaskan lengan Fariz yang dipegang erat.

“Kali ni I lepaskan you. Lain kali, jangan harap,” Fariz merengus. Kau siapa nak halang aku? Bukan bini aku pun. Bini aku pun tak kisahlah, gumam Fariz.

Tanpa berlengah, Fariz terus memboloskan diri ke dalam kereta.

Don’t ask anything,” tegas Fariz sambil mengenakan sit belt.

“Tak nak tahu pun,” See! Memang Adelin takkan ambil tahu punyalah. Kisah apa dia.


Adelin Annisa

*****

Mereka sampai di hadapan rumah dua tingkat milik Adelin tepat jam 4.45 petang. Tahulah kalau Fariz memandu kereta. Menciluk sana sini. Tak padan dengan diri tu polis. Buat macam tak ada kereta lain atas jalan raya tu.

“Nak tidur sini ke?”

“Boleh ke?”

“Ikut suka,” Adelin bersiap untuk keluar dari kereta. Baru sahaja bergerak sikit, dah pening kepala balik. Fariz pantas keluar dari keretanya dan terus membuka pintu untuk Adelin. Acece. Sengaja nak bermanja Inche Hubbylah tu.

“Aku pimpin kau sampai kat dalam,” kata Fariz perlahan. Adelin hanya membiarkan sahaja. Jangan dicempungnya sudah. Malu dicempung tadi pun tak hilang lagi.

“Assalamualaikum,” suara garau Fariz memberi salam.

“Waalaikumsalam,” Muncul Puan Aida di muka pintu. Riak wajah cerianya berubah melihat anak perempuannya dipimpin oleh menantunya itu.

“Ya Allah. Kenapa ni?” kalut Puan Aida menyarung selipar.

“Tak ada apalah, ibu. Penat sikit aje,” Adelin cuba menghilangkan kerisauan ibunya. Itu belum muncul baba lagi. Habis disoal siasatnya nanti.

“Jom masuk…”

“Nak masuklah ni. Ibu keluar buat apa?”

“Risaulah tengok anak ibu ni. Patut ibu rasa semacam aje tadi,” Puan Aida turut membantu memimpin Adelin masuk ke dalam rumah.

Fariz mendudukkan Adelin di sofa. Pertama kali dia menjejakkan kaki  di rumah gadis itu. Sebelum ini, dia hanya menghantar Adelin di pintu pagar saja jika mereka bertemu janji. Suami isteri dah nama pun. Pastilah kena berjumpa. Paling tidak pun, Fariz perlu juga bersua muka dengan mertuanya.

“Kamu duduk dulu. Dah pergi klinik?” tanya Puan Aida risau.

“Dah, bu. Baru balik dari klinik ni,” jawab Adelin sambil menyandar di belakang sofa. Ah, selesanya. Dia menoleh ke kanannya. Fariz hanya terdiam di sebelahnya. Adelin mengerutkan dahinya. Dah kenapa dengan mamat ni?

“Iyalah. Ni mesti tak makan lagi. Ibu pergi dapur, siapkan bubur. Lepas makan, bolehlah telan ubat pulak,” Adelin hanya mengangguk perlahan. Puan Aida terus berlalu ke dapur.

“Encik Fariz Ian, are you okay?”

Fariz bagaikan tersedar. Cepat-cepat dia betulkan duduknya.

“Okey. Eh, mana baba? Tak nampak pun…”

“Ada dalam biliklah tu. Solat Asar kot. Awak nak air ke? Saya ambilkan,” Fariz mendengus.

“Dah sakit pun, ada hati nak ambilkan air. Duduk aje diam-diam. Aku nak air, aku ambil sendirilah. Ni kan rumah aku jugak,” Adelin hanya mencebik. Malas nak bertekak.

“Haih, Fariz… bila sampai?”

Muncul Encik Thohier dari bilik utama yang bersebelahan dengan ruang tamu. Dia duduk di sofa berangkai dua di hadapan Adelin dan Fariz. Fariz bersalam dengan bapa mertuanya itu. Sudah lama mereka tidak berjumpa rasanya. Kali terakhir, raya tahun lepas. Dah lama sangat tu.

“Baru aje, baba,” jawab Fariz.

“Tu dah kenapa, Adel? Tadi pagi sihat aje,” Encik Thohier menegur anak perempuannya yang kelihatan sugul.

Fariz tergelak kecil. Adelin menjeling insan di sebelahnya itu. Nasib baik dia tengah tak sihat, kalau tak… selamat dah rasanya si Fariz itu.

“Doktor cakap Adelin allergic, ba. Allergic daging kerbau,” Encik Thohier ketawa kuat. Adelin buat muka.

“Alah, baba ni. Tak kelakarlah…”

“Itulah. Ibu dah pesan jangan makan, nak makan jugak. Inilah jadinya,” sampuk Puan Aida sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan seteko air milo susu panas.

“Adel makan bubur ni dulu. Lepas tu, makan ubat,” Puan Aida menghulurkan mangkuk bubur Knorr kepada Adelin.

“Terima kasih, bu,” ucap Adelin. Dia mengulas senyuman kepada ibunya. Suka kerana dilayan begitu. Sudah lama dia tidak bermanja dengan ibunya begini.

“Sama-sama. Minumlah, Fariz. Tak kerja ke hari ni?”

“Untuk hari ni dah habis, ibu. Itu yang pergi cari Adelin tadi,” Encik Thohier dan Puan Aida mengangguk. Tahulah mereka… hubungan pasangan itu baik.

“Emmm, baba ada baca berita pasal kes seludup budak tu. Dah selesai?”

“Buat masa ni, dahlah. Tapi, otai dia still tak boleh kesan lagi. Budak-budak yang diseludup pun tengah tunggu ahli keluarga dia orang datang tuntut,” jelas Fariz. Puan Aida dan Adelin saling berpandangan.

Memang kamcinglah Fariz dengan bapa mertuanya itu. Encik Thohier merupakan pesara polis. Tinggi juga jawatan Encik Thohier dulu. Itulah penyebabnya Fariz diberi kepercayaan untuk menjaga Adelin. Pemikiran mereka pun lebih kurang sama. Tahap ketegasan pun, hundred and fifty percent sama!

*****

Adelin membuka matanya perlahan. Dia memandang jam di meja sisi. 6.30 pagi! Cepatnya, dah pagi. Rasanya baru saja dia tidur. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Fariz sedang elok tertiarap di sebelahnya. Dia mengeluh kecil. Semalam, sebelum tidur… sempat dia melihat Fariz sedang menaip sesuatu di laptop. Entah pukul berapa lelaki itu tidur pun tak tahu.

“Fariz,” Adelin menampar lembut bahu Fariz yang terdedah itu. Lelaki itu memang suka tidur tak pakai baju. Buat malu Adelin sahaja.

“Awak, bangunlah. Dah subuh. Tak nak solat ke?” kejut Adelin lagi. Fariz bergerak sedikit, namun masih belum membuka matanya.

“Fariz Ian Tan Sri Lutfi, awak ada perjumpaan dengan Interpol kan hari ni…”

Pantas Fariz terduduk. Dia memegang kepalanya yang terasa pening dek bangun tiba-tiba. Adelin tergeleng. Mesti dah lupalah tu.

“Kenapa tak kejut awal-awal?” Aik, kita pula yang kena. Orang dah kejut lama, dia yang tak bangun.

“Kejut awal pun, bukan nak bangun. Dahlah, awak pergi mandi dulu. Kang lambat pulak subuhnya,” Fariz bingkas bangun dan mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air di luar bilik.

Adelin terpandang uniform Fariz yang sedia tergantung di dinding. Buat pertama kalinya, dia sendiri yang mengejutkan lelaki itu untuk bekerja. Sebelum ini, tinggal asing-asing… jadi dia tak tahu waktu kerja Fariz. Semalam, Fariz minta Adelin kejutkan dia awal kerana ada temu janji dengan pihak Interpol.

Baru hari ni, Adelin rasa dia adalah seorang isteri. Kalau dulu, jangankan tidur sekatil… tidur sebilik pun dah rasa janggal. Kini, dia sudah membiasakan diri. Dia masih teringat peristiwa yang membawanya ke sebuah alam perkahwinan yang pada ketika itu, tidak langsung terlintas di fikirannya.

*****

Dua tahun lalu…

“Adel kena jugak bernikah dengan Inspektor Fariz,” Encik Thohier bersuara tegas.

Adelin yang menekur ke lantai, mendongak memandang babanya.

“Baba, kenapa mesti Adel? Adel dengan dia bukan buat apa-apa pun. In fact, we are not in a relationship,” kata Adelin sambil menahan tangis. Dia menjeling Fariz yang sedang bersandar di pintu.

“Tak kisahlah. Kamu berdua mesti bernikah untuk menutup semua kata-kata buruk yang orang kampung sebarkan pasal tok wan dan tok Adel. Adel nak orang kampung mencemuh tok wan dengan tok?” Adelin menggeleng lemah.

Hatinya pedih melihat tangisan tok. Hanya kerana dia membantu Inspektor Fariz yang terluka dek terkena tembakan itu, dia menjadi mangsa tohmahan buruk orang kampung. Niat baiknya disalah erti. Salahkah dia ingin membantu? Itukan kewajipan sesame manusia.

“Maafkan kami, inspektor sebab terpaksa buat macam ni. Demi menjaga maruah keluarga kami, kami terpaksa kahwinkan kamu dengan anak kami,” Fariz mengeluh perlahan.

“Baba, kita tak buat salah pun. Orang kampung sendiri tahu, Inspektor Fariz ni tercedera. Kenapa pulak dia orang nak lemparkan cemuhan tu kat tok dengan tok wan? Tak berasas langsung…”

“Masalahnya, mereka ingat Adel dengan Inspektor Fariz ada hubungan. Malam yang Adel bawa Inspektor Fariz balik sini, ada orang nampak korang berdua bercium,” Adelin buat muka pelik. Dia dan Fariz saling berpandangan.

“Maaf, pak cik. Tapi, kami tak pernah buat semua tu. Orang kampung tersalah tengok tu, pak cik,” kata Fariz yang sejak tadi hanya diam. Adelin mengangguk setuju.

“Kahwin sajalah, Adel, Fariz. Untuk tok dengan tok wan. Kalau boleh, kami tak mau ahli keluarga yang lain tau pasal masalah ni,” Tok Jah bersuara. Adelin menalakan pandangan pada Tok Jah.

“Tapi, tok…”

“Adel, dengar ajelah cakap tok tu. Adel tak sayang tok dengan tok wan?” Adelin terkaku.

Fariz pula terdiam. Salahnya juga menyebabkan keluarga itu jadi begini. Dia yang tertembak semasa bertugas terserempak dengan Adelin yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Disebabkan dah tengah malam, Adelin membawa sahaja Fariz ke rumah toknya. Dia sendiri tak tahu nak buat apa.

“Emmm, saya setuju untuk berkahwin dengan Adelin,” Membulat mata Adelin memandang Fariz di muka pintu. Terus jatuh air mata yang ditahannya sejak tadi.

Dia tidak mahu berkahwin lagi. Minggu depan, dia kena melaporkan diri di syarikat yang telah menerimanya bekerja di situ. Lagipun, dia masih belum bersedia untuk berkahwin dalam usia yang baru menginjak ke dua puluh empat tahun. Kini, masanya untuk membalas jasa kedua orang tuanya. Bukan untuk berkahwin. Ingin sahaja Adelin meraung di situ.

Asal nak jaga maruah saja, kena kahwin. Macam dah tak ada cara lain. Sekiranya mereka berkahwin pun, belum tentu mulut-mulut busuk itu akan berhenti mengumpat. Pening… pening. Bahkan, mereka sendiri tahu, fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“Adelin Annisa?”

Adelin mengangguk perlahan. Dia perlu berkorban untuk orang-orang kesayangannya. Sepanjang hidupnya, inilah kerja paling gila yang pernah dia lakukan. Kecil besar saja dia tengok Fariz.

*****

“Adelin. Hey,” Fariz mengetip ibu jari dan jari hantunya.

Adelin tersedar. Dia memandang Fariz yang hanya bertuala itu kosong. Di hadapannya kini adalah suaminya. Bukan orang lain. Selama dua tahun, dia abaikan suaminya sendiri. Banyak sungguh dosanya kepada Fariz. Jika ingin disenaraikan, mahu tak cukup buku diari dia yang tebal tu.

“Saya dah hamparkan sejadah. Awak solatlah dulu,” kata Adelin sebelum berlalu ke bilik air.

Fariz hanya mengangkat bahu. Perangai orang alergik memang macam tu kot. Angin semacam pagi-pagi ni. Singlet putih disarungkan dan kain pelekat yang terlipat di atas katil diambil. Seronok juga ada isteri yang tolong mengejutkan tidurnya. Tak adalah dia sering terbabas subuh. Erk?

*****

Puan Aida mencedok mee goreng ke dalam mangkuk besar sebelum dihidangkan ke meja makan. Seteko nescafe sudah siap dibancuh. Adelin muncul di dapur. Dia mengeluarkan pinggan dan sudu dari almari. Meriah pula sarapan pagi ni. Jarang dia bersarapan di rumah. Ada hikmahnya juga baba dan ibunya bertandang ke rumahnya.

“Wah, macam sedap mee goreng awak ni, Da. Lapar tahap tak boleh bangun abang tengok,” Adelin tergelak.

Ada-ada sahaja seloroh Encik Thohier pepagi ni.

“Bukan macam, abang. Memang sedap pun. Haih, dah berpuluh tahun makan pun takkan tak tahu,” balas Puan Aida sambil meletakkan mee ke pinggan Encik Thohier.

Adelin ternampak kelibat Fariz di anak tangga.

“Awak, breakfast dulu,” Fariz meletakkan beg bimbitnya di atas sofa sebelum melangkah ke meja makan.

“Meh, duduk makan, Fariz,” panggil Encik Thohier. Mulutnya penuh mengunyah mee goreng kegemarannya. “Adel, serve your husband,” Hampir nak tergelak Adelin mendengar arahan babanya.

“Ya. Ini arahan ketua polis daerah manalah,” Puan Aida menampar lembut lengan anak perempuannya sambil ketawa.

“Ibu baru nak cakap,” Encik Thohier buat muka.

Fariz yang duduk di sebelah Adelin membiarkan sahaja isterinya melayannya bersarapan. Muncul satu perasaan bangga kerana dilayan begitu. Rindu pula dia pada mamanya. Dah lama rasanya dia tidak pulang ke rumah keluarganya.

“Ada kes luar negara ke, Fariz?”

“Ha’ah. Tapi, bukan kes besar. Cuma, Interpol nak jumpa dengan anggota yang terlibat,” kata Fariz sambil menyisip nescafe panas.

“Segak ibu tengok Fariz dalam uniform. Adel tak terpikat ke? Dulu bukan main tercongok depan semata-mata nak tengok perarakan uniform,” Terbatuk Adelin. Ibu ni.

“Nama pun dulu. Sekarang lain. Bosan dah tengok baba, hari-hari pakai uniform,” Pandai dia pesong ikut jalan desa. Padahal, berdebar juga jantung dia tengok Fariz bersiap tadi. Siap tolong butangkan baju lagi.

Fariz senyum nipis. Bosan konon. Depan baba dan ibu dia, bolehlah Adelin kelentong. Tadi pun dah kantoi, tengok dia tak berkelip. Adelin gigit bibir. Janganlah si Fariz ni menyampuk. Malulah.

“Fariz pergi kerja dululah, ibu, baba. Takut lambat pulak sampai,” Puan Aida membuat isyarat agar Adelin menghantar Fariz ke kereta.

Aduh, macam-macam arahan sungguh ibu dan baba dia ni. Naik sebal dia. Sebelum ni, mana pernah hantar Fariz sampai ke pintu. Dalam dok protes pun, dia melangkah juga mengekori Fariz. Encik Thohier dan Puan Aida tersenyum sesame sendiri. Sengaja mereka berbuat begitu. Barulah, keduanya sedar bahawa mereka sudah berkahwin.

Tiada istilah suami isteri yang tidak perlu menjalankan tanggungjawab. Setidaknya, makan pakai pasangan perlu dijaga. Tambahan pula, Fariz ada pakej suami pilihan. Petik jari, beribu yang nak buat jadi menantu. Mereka sendiri tidak mahu kehilangan menantu seperti Fariz.

“MC kau mana?” tanya Fariz sambil membuka pintu keretanya.

“Ada dalam kereta awaklah. Saya tak bawa keluar pun semalam. Nak pergi hantar dulu ke?”

“Tengoklah dulu kalau sempat. Tak pun, bagi terus aje kat papa,” Adelin buat muka sengal. Tahulah papa dia bos kita. Tak payahlah nak jumpa Tan Sri Lutfi semata-mata nak bagi MC.

“Gila ke apa. Tak pasal aje masalah lain yang timbul. Dah lewat ni, karang lambat pulak,” Fariz kerutkan dahi. Betul juga cakap Adelin. Papanya sememangnya tahu mereka tak ngam.

“Tak keluar pergi mana ke hari ni?”

“Memang taklah nak keluar. Kereta saya kan kat office. Saya bukan macam awak yang banyak kereta,” Sempat lagi Adelin memerli Fariz.

Tanpa sedar, Fariz meluku kepala Adelin. Mengaduh Adelin, sakit.

“Tak apalah. Aku pergi dulu. Nak apa-apa, sms aku. Nanti aku belikan,” ujar Fariz sebelum masuk ke dalam kereta.

“Tengoklah dulu. Dah, dah. Bye,” Adelin menutup pintu kereta Fariz.

Seperti isteri mithali dia menghantar pemergian Fariz. Siap melambai lagi. Mak cik sebelah rumah pun dah tengok semacam. Mana pernah lelaki masuk rumah dia sebelum ni. Habislah satu taman kecoh pasal aku, desis Adelin. Diberi senyuman manis kepada mak cik itu sebelum membawa diri ke dalam rumah.

*****

KLIA – 10.15 pagi

Troli yang berisi tiga buah beg besar ditolak perlahan. Pandangan diliarkan mencari seseorang. Cermin mata hitam di batang hidung dibetulkan. Tatkala matanya terpandang seseorang yang dikenalinya, laju kakinya melangkah mendekati orang itu.

Welcome home, Mutia Imani. Miss you so much,” Tubuh ramping itu dipeluk.

Miss you too, Soffi,” Pelukan mereka dilepaskan.

Lima tahun dia meninggalkan bumi Malaysia, banyak perubahan yang berlaku. Termasuklah Soffi yang sudah berhijrah ke arah kehidupan islamik. Seperti dirinya juga. Soffi membantu Mutia membawa beg-begnya.

So, what’s your next plan?”

“Nak balik rumah, tidur. Penatlah, Soffi,” balas Mutia.

“Okey, jom,” Mereka beriringan ke parkir kereta.

Pemandu Soffi sedang elok menunggu di sisi Camry hitam milik Soffi. Mutia tersenyum sedikit.


I’m coming home, Malaysia. Nice to see you again. See you soon, Inspektor Fariz Ian,” Mutia bersuara seakan berbisik.

to be continued...


Mutia Imani


p/s : yeay, siap untuk episode 3. sory kalau tak best. episode 3 more kepada personal life. no case for today. :D. chill. SELAMAT MEMBACA!

6 comments:

  1. waaa... ada girl baru ke? no no no

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ya. tapi, girl lama. :D. cepat adik balqiz baca ya. :)

      Delete
    2. hahahaha... stiap Jam dok kja bka blog akak je sbb kot kot la ada new n3? Hehe.. btw tq na sbb kasi ari2.. ecok or mlm ni kalau baik bagi lagi.. :)

      Delete
    3. hehe. terima kasih, dik. ni yang semangat nak menulis. akak punya posting unpredictable. tak ada specific time. sorry. :(. thanks again. :D

      Delete
  2. Kak cepat sambung hehehe suka sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. terima kasih, edina sofea. Insha Allah, nanti akak sambung. :D

      Delete