Sunday, 6 April 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 8


Assalamualaikum… Hye!
actually, CIA punya line internet semakin slow. dah nak due date. hehe. so, memang lambat sangat nak menunggunya. sorry sangat-sangat. maybe ni last entry buat sementara waktu. nanti CIA cuba ya.
bukan cinta palsu

“Nampaknya adik kahwin lagi awal dari kakaklah ni,” Nur Dini senyum nipis.

“Awal sikit aje…”

“Banyaklah, adik. Lagi tiga hari, adik akan jadi milik Amar. Kesianlah papa lepas ni. Tak ada yang melayan dia,” kata Sabrina sambil ketawa. Ketika itu mereka bersantai di bilik yang direka khas untuk home theatre di tingkat bawah.

“Adik takutlah nak jadi isteri orang, kakak. I’m only twenty two years old, kakak,” Dua puluh dua tahunlah kan. Dah dua hari pun masuk tahun baru. Umur pun bertambahlah.

“Adik, you don’t have to worry. A married life more blessing than couple without a valid relationship. Sekarang ni pun kakak selalu dengar, ramai yang kahwin muda. Still study lagi pulak tu. Chill baby,” Sabrina memeluk bahu adiknya.

Ahah, married life with my gangster charming,” Nur Dini buat muka.

Sabrina tergelak. Dia tumpang gembira kerana adiknya akan berkahwin dalam masa kurang dari tujuh puluh dua jam saja lagi. Dia langsung tidak menyangka Nur Dini akan langkah bendul. Sabrina dan tunangnya tidak kisah jika Nur Dini menikah terlebih dahulu. Janji Nur Dini bahagia.

*****

Amar menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Songkok di atas meja belajar, di capai. Dengan jantung dok berdegup laju, dia memakaikan songkok dikepalanya. Disebabkan perasaan tidak normalnya, dia terpaksa menamatkan zaman bujang di usia awal dua puluhan. Memang dah nasib badan.

“Amar, dah siap?” tanya Tan Sri Riduan senada.

“Dah, daddy,” jawab Amar.

Dia tahu daddy dan mummynya langsung tidak menyokong perkahwinannya. Tetapi, selepas Opah Yam memujuk… barulah mereka setuju. Itu pun antara rela dan tidak.

“Jomlah gerak. Tak pasal ada yang nampak kita pulak,” Tan Sri Riduan berlalu dari bilik Amar.

Dia memang tak suka dengan keputusan anak lelakinya itu. Tambahan pula, dia sangat mengharapkan Amar berkahwin dengan anak rakan kongsinya. Alih-alih, gadis lain yang nak disunting anaknya. Rosak semua rancangannya itu.

*****

Hanya ahli keluarga masing-masing sahaja yang menghadiri majlis akad nikah Amar dan Nur Dini yang diadakan di masjid berdekatan dengan rumah Datuk Mubin. Di atas permintaan kedua mempelai, perkahwinan itu akan dirahsiakan. Tambahan pula, mereka masih ada satu semester lagi perlu dihabiskan.

Nur Dini gelisah di tempat duduknya. Jantungnya berdebar bukan main laju. Kalah Formula One. Dia menggenggam erat tangan Datin Sophia dan Sabrina. Dah macam duduk dekat dalam salji sahaja. Badannya memang sejuk gila. Dia memandang Puan Sri Syifa di sebelah mamanya. Wanita itu langsung tidak ceria. Dia pasti wanita itu tidak menyukai keputusan anak lelakinya untuk berkahwin di usia yang muda.

Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz, Nur Dini sah menjadi isteri Muhammad Amar. Pembatalan air sembahyang tidak diadakan. Lagipun, itu hanya adat… tidaklah wajib. Masing-masing segak dalam persalinan putih. Berseri sahaja wajah keduanya. Seri pengantinlah kot.

*****

Nur Dini memeluk tubuhnya di birai katil. Kening dia berkerut. Lagak memikirkan sesuatu yang berat. Sesekali tangannya menampar pipinya perlahan. Mengingatkan diri bahawa dia sudah berkahwin. Air pancuran yang kedengaran dari dalam bilik air membuatkan darah menyerbu ke muka. Urgh!

Apa dia nak buat dalam bilik ni? Berduaan dengan seorang lelaki pula tu. LELAKI! Sesungguhnya dia bingung. Setiap perlakuannya sejak pulang dari masjid, semuanya bagaikan tidak kena. Fikirannya asyik melayang entah ke mana. Dia juga yang beria-ia nak kahwin awal. Kononnya, malas nak bercinta.

Bila dah kahwin, begini pula jadinya. Nur Dini mengembungkan kedua pipinya. Bukan perkahwinan yang begini yang dia dambakan. Setidak-tidaknya, biarlah suaminya itu seorang yang baik, soleh. Ini, gengster celup! Sarkastik sangat. Tetapi, bila terfikir… mungkin ini adalah jodohnya, dia berserah.

“Ehem…” Amar berdehem di muka pintu bilik air.

Nur Dini memandang Amar tanpa perasaan. Keluhan terbit dari bibir merahnya.

“Kenapa?”

Do me a favor…” Nur Dini mengangkat keningnya tanda dia bertanya ‘apa?’. “Ambilkan tuala lain. Aku nak lap rambut,” Lah, itu sajakah?

Lambat-lambat Nur Dini bergerak ke almari. Dia mencapai tuala kecil yang selalu digunanya untuk mengeringkan rambut. Dihulurkan tuala bersih itu kepada Amar yang masih berdiri di pintu bilik air.

Amar mengeringkan rambutnya sambil merenung Nur Dini. Gadis itu masih bertudung. Baju pajama pink yang membaluti tubuh gadis itu mencuit hatinya. Barbie? Dia terpandang pula selipar bunnies di kaki gadis itu. Lagilah dia rasa nak tergelak. Macam budak-budak.

“Nak apa-apa lagi tak? Air ke?” Nur Dini sekadar bertanya. Dia manalah tahu habit Amar sebelum tidur.

“Aku nak kau buka tudung kau tu, boleh? Aku dah jadi muhrim kau pun,” kata Amar. Dia melangkah ke katil dan dilabuhkan punggungnya di birai katil. Tangannya masih sibuk mengelap rambut.

“Err… nanti-nantilah. I’ll do it naturally. So, awak ada nak minum apa-apa? Saya tak tahu apa habit awak sebelum tidur. Macam saya, wajib minum milo panas. Awak?”

Nur Dini menunggu jawapan dari Amar. Dia masih takut untuk menggelar Amar, suami walaupun lelaki itu memang sah suaminya.

“Emmm…” Amar bangkit. Dia mengelilingi Nur Dini yang sedang berdiri tegak di penjuru katil. “Habit aku? Actually, sebelum tidur… aku memang wajib kena kiss opah. So, disebabkan opah tak ada kat sini… kau ajelah jadi mangsa aku,” Nur Dini membulatkan matanya.

Aku bukan opah kaulah, gengster celup! Tak boleh… tak boleh! Tak nak! Nur Dini tergeleng-geleng. Amar menyembunyikan senyumannya. Macam kelakar pula dapat mengenakan gadis itu.

“Mengarutlah. I’ll make you, hot chocolate,” Nur Dini terus berlalu keluar dari bilik dan menghalakan langkah ke dapur.

Ahli keluarganya yang lain sudah masuk ke bilik masing-masing. Dah lewat malam pun. 12.30 malam! Amar berbaring di katil Nur Dini. Didepakan tangannya luas. Hidungnya terhidu haruman Nur Dini. Lembutnya bau. Macam baby.

Amar memerhatikan setiap susun atur bilik itu. Berdekatan dengan pintu bilik, dua penyidai kayu tegak berdiri. Satu untuk telekung dan sejadah. Satunya lagi untuk tuala. Disebelah penyidai pula, ada almari yang memuatkan baju-baju Nur Dini. Ruang itu agak luas. Mungkin sudah dikhaskan untuk gadis itu bersiap. Sudut berhadapan dengan almari baju, ada meja solek.

Selepas itu, katil pula di tengah-tengah. Antara ruang bersiap dan ruang belajar. Di dalam bilik itu tiada televisyen. Nur Dini memang tidak gemar jika ada barang eletronik seperti televisyen atau radio di dalam bilik tidur. Cukuplah laptop sahaja. Kalau boleh, bilik tidur hanya untuk merehatkan badan sahaja.

*****

Morning, Amar,” sapa Datuk Mubin. Dia meregangkan ototnya yang keletihan.

Morning, papa. Nak pergi jogging ke?”

“Ha’ah. Nak join?”

“Boleh ke?”

Datuk Mubin senyum.

“Apanya tak boleh. Amar pun macam dah bersiap nak pergi jogging jugak. Kita jogging sekalilah,” Amar mengangguk.

Datuk Mubin mengambil kasut sukannya di dalam almari. Selalunya, Ikhwan yang akan menemaninya berjogging. Cuma, hari ni anak terunanya itu terpaksa ke pejabat awal. Ada emergency katanya. Amar yang sudah siap, menunggu bapa mertuanya.

Dia beruntung kerana mempunyai seorang bapa mertua yang penyayang seperti Datuk Mubin. Lelaki separuh umur itu tidak sombong. Jika dibandingkan dengan Tan Sri Riduan, jauh panggang dari api. Jangankan nak berjogging sekali, bersua empat mata pun susah. Inikan hendak beriadah bersama. Dalam mimpi, bolehlah.

Jogging ke?” Muncul Nur Dini di pintu. Dah macam model di berdiri di situ.

Yes. Nak ikut ke?” Datuk Mubin bertanya.

“Boleh. Dengan my Barbie pyjama ni,” Nur Dini menguap kecil.

“Hmmm, tak payah. Awalnya bangun. Selalunya, cuti macam ni… tengah hari baru nampak batang hidung,” tebak Datuk Mubin. Amar senyum sinis.

“Kakak dengan abang, awal-awal lagi dah hilang. Mama, nak buat breakfast. Papa and Amar, nak jogging. So, Nur Dinilah yang kena menghantar Kael dengan Bella pergi sekolah. Are you forget, pa?”

“Astaghfirullahalazim. Papa lupalah sayang. Sorry. Adik bolehkan tolong hantar adik-adik?” Datuk Mubin mengusap lembut kepala Nur Dini.

No biggies. I am the best,” Ceh, puji diri sendiri.

Good girl. Jom, Amar. Kang dah cerah… tak best pulak jogging,” Datuk Mubin menampar lembut bahu menantunya. Mereka beriringan keluar dari kawasan rumah banglo dua tingkat itu.

“Awak jangan layan kalau ada perempuan nama Diana tegur tau,” pesan Nur Dini kepada Amar yang semakin menjauh. Amar hanya buat tak dengar.


Setelah bayang Datuk Mubin dan Amar hilang dari pandangan, barulah Nur Dini kembali ke biliknya. Dia perlu bersiap untuk menghantar adiknya ke sekolah. Sekejap lagi pasti adik-adiknya itu bising jika terlambat. Maklumlah keduanya sangat teruja untuk ke sekolah.

p/s : sorry tau. kalau line laju sikit, CIA post laju laju ya. Open-mouthed smile . SELAMAT MEMBACA! rasanya kena di tukar ke page enovel ni. hehe. panjang pulak. Surprised smile.

























































7 comments:

  1. Salam sis, You are the best... serius ckp, Kali ni enovel best dan best... Haha, kalau sis nk uat panjng2 pun, harap ENDING dia terbaik lah ye sis... Serius sya suka gila, nilah E novel yg paling best ada dlm BloG sis.. jngn brhenti mnulis ye, Hope ecok ada new n3 ye sis.. sya setiap kali on9, mesti cek blog sis.. Hehehe ♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, dik. terima kasih banyak banyak. hehehe. biasa jalah. akak lemah bila sampai ending. sedih nak tamatkan cerita. hehe. InshaaAllah akan teruskan menulis. :D. kalau tak ada hal, akak cuba update setiap hari. terima kasih tau sebab sudi sokong akak. you're the best. :D

      Delete
  2. Akak, term ajnabi adalah untuk bukan muhrim. Jika seseorang itu sudah berkahwin, maka mereka adalah muhrim. Harap akak boleh tukar term yang akak gunakan. Anyway, cerita akak semua best. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, stylobaby. :D. tak perasan. thanks again. :)

      Delete