Friday 4 April 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 6

Assalamualaikum... Hye!

dalam malas malas pun, CIA cuba juga update BCP. enjoy tau. :D. SELAMAT MEMBACA!


Nur Dini menghempaskan badannya yang keletihan ke tilam empuknya. Ah, selesanya dapat berbaring di atas katil yang lembut begini. Dicabutnya tudung bawal di kepalanya. Terasa ringan dan bebas sedikit rambutnya yang panjang itu. Dipandang syiling dengan fikiran penuh berselirat.

Sesiapa yang melihatnya, pasti akan mengatakan dia baik-baik sahaja. Padahal, mereka langsung tidak mengetahui dia sebenarnya mempunyai fobia dengan air. Tak kiralah laut, tasik, swimming pool atau sungai. Di hadapan matanya sendiri, dia melihat ibunya lemas kerana menyelamatkan seorang kanak-kanak ketika mereka bercuti di sebuah pulau.

Disebabkan itulah, dia nekad untuk tidak belajar berenang. Masih terbayang di ingatannya saat ibunya pergi jauh meninggalkannya. Nasib baiklah ada Datin Sophia yang sanggup menghabiskan masa bersamanya. Fobianya terubatlah sedikit. Di rumah banglo mereka pun, sengaja Datuk Mubin tidak menyediakan kolam renang.

“Assalamualaikum,” Tersembul wajah Sabrina di pintu bilik Nur Dini.

“Waalaikumsalam. Kakak! Bila sampai?” Nur Dini terus meluru ke pintu. Dipeluknya kakak kesayangannya itu erat. Sabrina mengusap belakang adiknya.

“Baru aje sampai. Sorrylah, papa mama tak dapat jemput adik kat kolej tadi. Dia orang pergi jemput kakak kat airport,” Nur Dini menarik Sabrina ke katil.

“Alah, small matter. Abang dah jemput adik pun, dah okey. Patutlah papa mama tipu adik. Dia orang cakap ada dinner dengan kementerian. Rupa-rupanya, nak pergi jemput kakak,” Sabrina tersenyum. Adiknya yang seorang ini, kalau dah boleh bercakap… memang susah nak berhenti.

“Inilah namanya surprise. So, how was your trip? Best?”

Sabrina seorang kakak yang sangat mengambil berat tentang adik-adiknya. Setiap apa yang berlaku, pasti dia akan tahu dahulu. Dialah tempat mereka mengadu selain papa dan mama. Anak sulunglah katakan.

Best. Damn best. Tapi…”

Nur Dini menunduk.

“Adik dah selamat kan? Mama dah bagitahu kakak pasal adik lemas kat sana. Ada prince charming yang selamatkan katanya,” Sabrina mengerling adiknya itu.

Nur Dini mengangkat kening. Siapa punya angkara yang beritahu ahli keluarganya ini? Setahunya, dia belum beritahu perihal dia lemas tempoh hari. Jangan-jangan, Keyra dan Pija yang maklumkan tak?

Prince charming apanya, kak. Gangster charming adalah. Malaslah adik nak cakap pasal dia. Buat sakit hati aje. Kakak balik ni, cuti lama ke?”

“Yupp, tahu tak kakak cuti sebab apa?” Nur Dini menggeleng.

“Manalah adik tahu. Kalau kakak tak bagitahu, macam mana adik nak tahu?” Nur Dini memang suka cakap berbelit.

“Jangan terkejut tau. Kakak balik sebab nak kahwin!” Sabrina dan Nur Dini bergabung jerit. Bukan main teruja lagi.

“Amboi, sakannya depa menjerit,” Datuk Mubin melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya.

“Eheh, tak perasan pulak…”

“Mana nak perasan kalau dah seronok sangat nak kahwin. Dah besar panjang rupanya anak-anak papa ni. Dah nak kahwin pun,” ujar Datuk Mubin sayu.

Sabrina dan Nur Dini memeluk Datuk Mubin serentak. Sesibuk mana pun Datuk Mubin, pasti dia akan meluangkan masa untuk anak-anaknya. Jika dia terlalu sibuk, isterinya yang akan mengambil alih tugas-tugas itu. Sejak isteri pertamanya meninggal dunia, anak-anaklah tempat dia mengadu sebelum mengahwini isterinya yang sekarang.

“Alah, papa ni. Mulalah tu nak touching bagai. Papa tetap number one di hati Reen tau. Suami Reen nanti, number two,” kata Sabrina bagi menyedapkan hati papanya.

“Salah tu. Ingat pesan papa… sekarang ni memanglah papa number one. Tapi, selepas kahwin, Reen kena utamakan suami. Apa-apa hal pun, mesti atas keizinan suami. Faham? Adik pun, kena ambil tahu jugak. Ada orang masuk meminang aje nanti, papa terus nak terima…”

“Terima tau, jangan tak terima. Adik pun nak kahwinlah,” Nur Dini meloncat riang. Mengalahkan dia yang nak kahwin.

“Gatalnya adik ni. Calon pun tak ada, ada hati nak kahwin,” Sabrina menampar bahu adiknya lembut. Nur Dini mencebik.

“Biarlah. Kalau papa dengan kakak nak tahu kan. Dalam kelas adik, ada married couple tau. Masa camping tu, adik jealous aje tengok dia orang. Sweet sangat. Tapi, sweet dia orang tu tak boleh lebih-lebihlah sebab orang lain tak tahu dia orang dah kahwin,” Sakan Nur Dini bercerita.

“Ooowww, kiranya kalau papa bagi adik kahwin sekarang, adik terimalah? Aduh, miangnya anak papa ni. Ikut perangai siapalah ni,” Datuk Mubin menggeletek Nur Dini.

Sampai meleleh air mata gadis itu dibuatnya. Sabrina turut sertai papanya mengenakan Nur Dini. Datin Sophia yang sedari tadi melihat adegan mesra itu, tersenyum lebar. Dia mengharapkan hubungan mesra itu akan berpanjanganlah. Dia sukakan suasana begitu. Mesra.

*****

“Hai, Dini,” sapa Pija ceria. Nur Dini yang sedang mengemaskan barang-barangnya mendongak.

“Pija, I thought… awak tak datang,” kata Nur Dini, terkejut.

“Datanglah. Tapi, aku duduk sit atas. Tadi, aku sampai lewat,” Pija membantu Nur Dini bangun. Dewan kuliah yang tadinya sesak dengan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan mulai surut.

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Selepas ini, bermulalah cuti semester selama sebulan. Dan, sebulan kemudian sudah semester akhir bagi pelajar  diploma multimedia dan senireka. Macam sekejap sahaja masa berlalu. Dah nak habis belajar.

“Hai, korang,” sapa Keyra. Azman turut berada di situ. Pasangan itu kan sentiasa bersama. Mana boleh berenggang.

“Hai. Eh, alang-alang dah jumpa ni… jom kita gi makan kat restoran abah aku,” ajak Pija.

“Boleh jugak tu. Kami pun cadangnya nak pergi makan,” setuju Keyra. Azman mengangguk laju.

“Dini?”

“Boleh. Tapi, saya kena tumpang awaklah Pija. Saya mana ada transport,” balas Nur Dini.

No hallah. Jom…”

Mereka berempat beriringan keluar dari dewan. Setibanya di tempat letak kereta, mereka terserempak dengan Amar. Kebetulan, lelaki itu sedang bersandar elok di Satria Neo hitamnya.

“Tak balik lagi, Mar? Tunggu awek ke?” tegur Azman. Amar menggeleng.

“Tak adalah. Tengah panas enjin kereta. Haba kat dalam kereta tengah matahari tegak ni tak hilang lagi,” Memanglah berhaba. Keretanya pula berwarna hitam. Maunya tak hangat.

“Mana geng kau? Tak nampak dia orang pun…”

“Dah sampai mana hala dah budak berdua tu, Man oi. Jumpa aweklah. Kan dia orang dah nak balik kampung,” Azman mengangguk.

Achmemm! Pija terperanjat. Keyra membulatkan matanya. Nur Dini memejam matanya sekejap. Dah kenapa pula penyakit bersin dia ni datang tiba-tiba? Asal Amar muncul saja, pasti akan terbersin. Amar tengah fikirkan dia ke? Erk? Perasan juga si Nur Dini ni.

“Mek, kau demam lagi ke?” Pija meletakkan telapak tangannya di dahi Nur Dini.

“Tak adanya. Gatal hidung tetiba,” jawab Nur Dini sambil membelek telefon bimbitnya. Achemm! Lagi? “Pija, sorrylah. Tak boleh nak ikut korang pergi makan. Ada urgency,” sambung Nur Dini.

“Alah, kau ni. Time macam nilah nak ada urgency bagai. Merajuklah macam ni,” Pija memeluk tubuh. Nur Dini tergelak. Keyra juga begitu. Amar dan Azman hanya memandang. Malas nak masuk campur hal perempuan.

Sorrylah. Aku kena balik sekarang. Papa dengan mama aku tiba-tiba ada hal. So, kena jadi nanny kejap,” maklum Nur Dini. Dia sudah beraku-kau. Maknanya dia dah serasi dengan teman-teman barunyalah tu.

“Nanny? Kau ada adik kecil lagi ke? Atau nanny untuk anak sedara?”

“Eheh, adik-adiklah. Yang kedua bongsu dan paling bongsu, dah lapan dan  enam tahun pun. Atau, korang nak pergi makan kat rumah aku aje?” Pija dan Keyra berpandangan. Macam menarik saja.

“Boleh ke?” tanya Azman pula. Macam berminat pun ada.

“Apanya tak boleh. Jomlah,” ajak Nur Dini. Sabrina ada tulis di dalam pesanan mesej tadi, dia ada sediakan makanan banyak. Jadi, bolehlah jemput kawan-kawan datang rumah.

“Amar, jomlah join…”

“Orang tak jemput, nak join buat apa,” gumam Amar perlahan. Nur Dini mengecilkan matanya. Sengal punya mamat. Sejak balik dari camping hari tu, hilang terus perangai gangster-playboy dia tu. Tak ada lagi dah isu pasal awek-awek dia tu.

“Saya dengar. Saya jemput semua. So, ikut suka nak join atau tak…”

Terangkat kening Amar. Dia berfikir seketika. Jika pulang ke rumah pun, bukan ada sesiapa. Daddy, mummy dan kakak… confirm tak ada. Opah Yam dah pergi rumah auntie Hani. Hmmmph!

“Bolehlah,” setuju Amar. Semua di situ tersenyum.

*****

“Bella, they all are my friend. Salam,” Kanak-kanak berusia enam tahun itu menyalami setiap seorang yang dikenalkan kakaknya.

Keyra mencubit pipi Anabella geram. Comel sangat adik bongsu Nur Dini itu. Sudahlah bermata biru, dengan rambut panjang ditocang satu… ditambah pula teddybear yang terlekat tangannya itu tersangkut di bahu Anabella. Memang comel!

“Ini pula abang kepada Bella, Mikael,” Mikael yang berusia lapan tahun turut menyalami sahabat-sahabat kakaknya.

“Comelnya adik-adik kau, Dini. Jealous aku,” kata Pija.

“Iya ke comel?” Nur Dini mengerling adik-adiknya. Keduanya tersengih. Malulah tu. “Kita makan teruslah. Mesti korang dah lapar,” Nur Dini membawa mereka ke ruang makan yang agak luas itu. Mereka mengambil tempat di meja yang boleh memuatkan dua belas orang itu.

“Hai,” sapa Sabrina yang baru turun dari tingkat atas. Dia nampak anggun dengan gaun berona turquoise berperincian simple di bahagian pinggang dan lengan. Dia turut mengenakan lilitan selendang bercorak.

Nur Dini meletakkan pinggan yang diambil dari almari di atas meja makan.

My older sister, Sabrina,” Pija dan Keyra bersalaman dengan Sabrina. Di dalam hati masing-masing memuji kecantikan Sabrina.

“Layan diri eh. Kak Reen tak boleh join. Ada hal kat luar,” kata Sabrina ramah. Senyuman tidak lupa diberikan. Pertama kali rakan-rakan adik kesayangannya bertandang ke rumah mereka, pastilah dia suka.

“Kakak jangan balik lambat tau,” Sabrina mengusap kepala Anabella lembut. Diciumnya ubun-ubun kanak-kanak itu.

“Iyalah. Kakak pergi dulu. Korang buat macam rumah sendiri tau. Adik, jaga rumah dengan dua budak nakal tu. Papa mama balik lambat sikit. Petang nanti abang balik, buli dia,” Nur Dini senyum nipis.

Di dalam hati dah membebel pada kakaknya. Dia malu kerana digelar adik di hadapan rakan-rakannya. Tambahan pula, Amar yang suka mengacaunya turut berada di situ. Lagilah dia segan.

“Holah. Dating tu agak-agak sikit ya,” Sabrina sengih nipis dan terus berlalu. Pasti tunangnya sudah menunggu di luar rumah.

“Kawan-kawan, jemput makan eh. Makan sampai kenyang,” jemput Nur Dini.

“Itu yang kita orang tunggu,” Dengan pantasnya Pija mencapai bekas nasi. Yang lain hanya menggeleng.

“Kak Dini, Bella don’t want nasi,” Nur Dini yang sedang berdiri di sisi Pija mendekati Anabella di kerusi hujung.

Then, nak makan apa?”

Apricot pie. Mama have had baked that and put it in the fridge,” beritahu Anabella. Nur Dini mencebik. Tak habis-habis dengan pai dia tu. Tak lama… tembamlah badan si Anabella ni. Hari-hari nak makan keklah, pailah. Semuanya berasaskan keju pula tu. Lemak semua tu.

Okay. Kael?”

I’m okay with the nasi. I don’t want to be a chubby boy…”

Anabella menjeling abangnya. Ada dia kesah?

Nur Dini ke dapur dan membuka pintu fridge. Dia mengambil beberapa potong pai apricot yang dicampur krim keju itu. Dan, dibawa ke meja makan.

Your apricot pie, dear…”

Thank you. Love you,” ucap Anabella ceria. Nur Dini melabuhkan punggung di kerusi hujung. Bersebelahan dengan Anabella.

“Dini, sedaplah semua masakan ni. Ala-ala Melayu pun ada. Western pun ada,” puji Pija. Pija kalau bab makan, memang laju.

“Makanlah lebih. Ada banyak lagi kat dapur. Kak Reen tengah test power cooking dialah ni,” balas Nur Dini. Dia hanya melihat rakan-rakannya makan sahaja. Dia masih kenyang kerana sebelum ke kolej tadi, Sabrina ada menyediakan nasi lemak untuk bersarapan.

Sejak dia nak berkahwin ni, kerap sangat Sabrina memasak di rumah. Mencuba pelbagai masakan Melayu dan Western. Nak pikat perut bakal suami katanya.

“Kau kenapa tak makan?” soal Amar tiba-tiba.

“Hah? Diet…” Terkejut juga Nur Dini kerana lelaki itu bercakap dengannya.

“Kering macam lidi pun nak diet,” tukas Amar. Yang lain sudah mengerling. Ada bunga-bunga orang nak bergaduh saja gayanya.

Compliment or perli?”

“Ikut suka. Tapi, kau memang kering pun. Aku angkat…”

Ops, stop. Yeah, I’m just a light girl,” Amar senyum nipis. Pasti gadis itu sudah malu kerana dia mengungkit kes lemas hari tu.

“Mar, kau ada buat apa-apa ke kat Dini masa dia lemas hari tu?” Azman bertanya selamba.

“Buat apa?”

“CPR?” Keyra memandang suaminya. Dia tak tahu apa-apa pun. Cerita panas ni.


Uhuk! Amar dan Nur Dini tersedak serentak. Pija mengecilkan matanya memandang Nur Dini. Macam betul saja andaian Azman itu. 

p/s : part 6 panjang sikit. alang-alang dah buat entry hari ni. :D

3 comments:

  1. Aiggooooo! malluunyaa.. bleh plak die tanye direct camtuuu.,,  blushng macm sye plak nurdini, cpt sambng taauuuu!!!!!!!!"""!!""

    ReplyDelete