Friday, 4 April 2014

Cerpen : She's My Doctor aka My Wife 3 (last)

Assalamualaikum... Hye!

epilog SMDAMW in da house. SELAMAT MEMBACA!


Epilog
Tiga tahun kemudian

“Dina, mana stoking abang?”
Terhenti pergerakan Irdina yang sedang memakaikan pampers untuk bayi perempuannya. Anak kecil itu asyik bermain dengan botol bedaknya sambil mengomel sendiri.
“Cuba tengok dalam laci biasa. Ada Dina letak dalam tu,” Pelik pula dengan kerenah Isqandar pagi ini.
Segala benda ingin ditanya pada Irdina. Sedangkan, benda yang dicari masih di tempat biasa. Sampaikan bercukur wajah pun dia meminta si isteri yang uruskan. Dah macam budak kecil. Sengaja ingin mencantas kerenah Mya, anak merekalah itu.
“Hah, ada,” Isqandar berkata ceria.
Irdina menyambung memakaikan seluar Mya yang sudah berusia sembilan bulan. Bukan main merengek lagi tidak mahu dikacau ketika dia sedang bermain. Sambil itu, Irdina turut melarikan pandangan pada si suami di birai katil.
“Abang punya schedule penuh ke hari ni?”
“Tak surelah. Siap kerja awal, habis awallah. Kenapa?”
“Saja tanya…”
Isqandar tersengih sedikit. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan Irdina.
“Dah siap?” Irdina mengangguk. Isqandar mendukung Mya yang sudah siap berpakaian sambil mengusik anak kecil itu.
Sudah menjadi rutin Isqandar membawa kedua orang tersayangnya ke set pengambaran. Bukanlah niatnya ingin menunjuk. Tetapi, dia ingin isteri serta anaknya biasa dengan kariernya. Tambahan pula, dia ingin Irdina percaya akan kesetiaannya. Jika ada apa-apa berita yang tidak enak didengar, Irdina mampu nak menangkisnya.
“Mya punya beg mana?”
“Takpa, Dina pegang,” Irdina mencapai beg yang sudah disediakan barang-barang si kecil mereka di sofa. “Menggedik pulak dia dengan abang ya,” Isqandar tergelak.
“Anak abang kan. Menggedik dengan abang tak apa. Dina jealous ke?” Irdina mencebik.
“Tak heranlah. Nak jealous pun, anak sendiri. Tak mencabar langsung…”
“Eh, abang menggedik dengan perempuan lain, mencabar tak?” Sengaja Isqandar ingin mengusik. Selama ini, dia melihat Irdina selamba sahaja dia bergandingan dengan artis wanita.
Real or acting?”
“Dina nak yang mana?”
Mereka beriringan ke garaj kereta. Sejak hubungan mereka diketahui ramai, Isqandar telah membawa Irdina tinggal bersamanya di rumah baru. Puan Jeslinalah paling gembira melihat perubahan itu. Tambahan pula, kini mereka sudah mempunyai anak. Tidak sesuai pula jika masih tinggal di apartment.
“Emmm, better acting. Abang jangan nak menggatal secara real eh. Dina lari baru tahu,” Isqandar ketawa sambil memasukkan beg pakaiannya ke dalam booth kereta.
“Alah, abang tak takut. Jauh mana pun Dina lari, pasti abang boleh jumpa punya. You can’t simply leave your patient out there. I know you’re very commited with your carier, darling,” Irdina tersenyum senang.
Isqandar sudah terbiasa dengan sifat dan juga kerenahnya. Dan, dia sangat suka akan sikap mengambil berat Isqandar yang sentiasa mengikuti perkembangan kariernya. Isqandar siap meninggalkan pesanan agar Irdina tidak lagi berahsia dengannya walau apa jua keadaan.
“Tahu aje. I trust you, hubby. I know you’re in love with me everytime,” kata Irdina penuh yakin.
Kepalanya diusap Isqandar lembut. Mereka saling berbalas pandangan. Mya di dalam dukungan Isqandar langsung tidak mengendahkan suasana yang tiba-tiba menjadi romantik.
“Amboi, pasangan romantik ni. Dah pukul berapa ni, tak pergi lagi. Jammed pulak nanti,” tegur Puan Jeslina di pintu.
Irdina tersengih.
“Nak pergilah ni. Mama duduk rumah elok-elok. Jangan dok pergi mengurat pak cik sebelah rumah pulak,” Puan Jeslina buat muka.
“Ada aje benda dia kenakan kita balik…”
“Kami pergi dulu, ma,” Isqandar meminta diri. Diserahkan Mya kepada Irdina.
“Iyalah. Bawak kereta elok-elok. Ingat orang tersayang,” Terhambur tawa Irdina. Puan Jeslina mengenyitkan mata kepada menantunya.
*****
“Allah selamatkan kamu…”
Nyanyian lagu bersempena menyambut hari kelahiran kedengaran di pelusuk rumah. Kehadiran cahaya lilin mengejutkan Isqandar. Usai nyanyian, adik bongsu Isqandar membuka lampu. Puan Jeslina menerpa ke arah Isqandar.
“Selamat hari lahir, sayang. Mama sayangkan Ryan dunia akhirat. Doa mama sentiasa iringi Ryan dan keluarga. Jangan pernah tinggalkan suruhan-Nya. Hidup berkeluarga memerlukan kesabaran dan tolak ansur. Ryan kena kuat untuk semua yang sayangkan Ryan,” Jatuh air mata Isqandar saat Puan Jeslina memeluknya erat.
“Terima kasih, ma sebab dah melahirkan Ryan. Ryan bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak mama. Ryan akan ingat setiap pesanan mama. Terima kasih jugak sebab dah temukan Ryan dengan Dina. Ryan sayang mama,” Puan Jeslina turut mengalirkan air mata.
Suasana tiba-tiba menjadi hiba melihat pelukan anak dan ibu itu.
Happy birthday, angah. Love you as always,” ucap Nina, adik bongsu Isqandar. Pelukan turut diberikan kepada abang kesayangan.
“Sudah-sudahlah tu. Ryan, cepat potong kek. Lapar dah ni,” Khairul, abang Isqandar mengembalikan suasana ceria.
“Iyalah. Bismillah,” Isqandar meniup lilin, ditemani tepukan gemuruh oleh ahli keluarganya.
Hoyeah, dah boleh makan,” Nina menjerit keriangan. Ahli keluarga Isqandar mula mengerumuni meja makan.
Isqandar menapak ke ruang tamu. Irdini sedang mendodoikan Mya di dalam baby cot.
“Patutlah tanya schedule abang hari ni eh. Rupanya, ada udang di sebalik mee…”
“Eheh, surprise tak?”
I was dazed for a while. Thank you for stay by my side even you have to face all the media,” Irdina menggenggam jemari suaminya.
“Apalah sangat yang Dina mampu buat selain sentiasa berada di sisi abang. You’re always easing me. Selamat hari lahir, abang. Ni hadiah untuk abang,” Isqandar menyambut kotak yang dibalut cantik.
“Apa ni?”
“Hanya hadiah ni yang mampu Dina bagi,” kata Irdina sambil menepuk Mya perlahan.
“Buku?”
“Yupp. Kalau rajin, abang bacalah. Banyak hadiah lain yang boleh Dina hadiahkan. Tapi, hadiah ni tak boleh dibeli. Kisah kita sepanjang tiga tahun ni semua di dalam buku ni. Dina bukanlah seorang penulis, tapi untuk abang… Dina mampu menulis pahit manis perkahwinan kita. Dina harap abang suka,” Isqandar beku.
Irdina tersenyum apabila suaminya tiba-tiba merangkulnya erat.
“Terima kasih, sayang. I love you,” Dikucup dahi isterinya penuh kasih sayang.
I love you more and more,” balas Irdina sambil membalas pelukan suaminya.
I know. Mya tak wish pun birthday papa dia,” Irdina tergelak. Isqandar melepaskan pelukannya. Dicium pula dahi si kecilnya itu, Qaseh Mya binti Isqandar Ryan.
“Esok Mya wish ya, papa,” Mereka sama-sama menepuk Mya lembut. Tidur Mya langsung tidak terganggu dengan keadaan yang hingar bingar itu. Mungkin keletihan bermain dengan krew-krew di set tadi kot.
Puan Jeslina melihat anak menantunya dengan senyuman bahagia. Alhamdulillah, hasrat arwah suaminya untuk bermenantukan Irdina Tasnim tertunai dan anak lelaki mereka bahagia dengan pilihan itu. Mereka sekeluarga terhutang budi dengan Irdina dan keluarganya. Tidak terbalas jasa menantunya itu.
Irdina telah menyelamatkan arwah Encik Umar yang pada ketika itu tenat. Walaupun arwah mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja selepas itu, ahli keluarganya tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bersama arwah.
Sempat arwah menitipkan pesan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya agar menyatukan pasangan itu. Arwah ingin Irdina menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Hanya Puan Jeslina dan ibu bapa Irdina sahaja yang mengetahui tentang perjanjian untuk menyatukan Isqandar dan Irdina. Biarlah ianya tersimpan sebagai rahsia.
Irdina Tasnim, gadis impian yang Isqandar Ryan ingin jadikan sebagai isteri. Seorang doktor, peminat Yasmin Mogahed. Keseluruhannya memang memuaskan hati Isqandar. Alhamdulillah.

~The End~

p/s : Alhamdulillah. settle jugak She's My Doctor aka My Wife. :D. leganya hati. kali ni betul-betul 'the end' tau. hope semua suka dengan ending ni. CIA punya idea dah ke laut. hehe. rasa ringan bahu ni. dah lama sangat cerpen ni terbengkalai. apa pun, terima kasih pada yang sabar menunggu cerpen ni sepenuhnya. :D

4 comments: