Wednesday 2 April 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 5


Amar berpusing ke kanan dan ke kiri. Matanya langsung tidak boleh dilelapkan. Hidungnya pula sedikit tidak selesa. Mukanya terasa panas. Jika dia demam begini, Opah Yam yang selalu menemaninya. Di sini? Dia memandang dua orang rakannya yang sedang nyenyak tidur.

Fikirannya kembali terlayar kejadian petang tadi. Kenapalah Geena sanggup menolak Nur Dini ke sungai? Ditinggalkan pula gadis itu. Macam orang tak ada hati perut. Walaupun dia selalu mencari pasal dengan Nur Dini yang disangkanya sering mengganggu hubungannya dengan teman-teman wanitanya, dia langsung tak terniat nak buat begitu.

Tangan kanannya di bawa ke bibir. Macam mana dia boleh buat begitu pada Nur Dini? Sepatutnya, dia meminta pertolongan pada yang lain. Ini tidak, dia sendiri yang berusaha menyelamatkan gadis itu sendiri. Urgh! Kan, dah lain jadinya.

“Macam mana aku nak berdepan dengan dia esok? Argh! Stress!”

“Apalagi yang dibebel tu? Kau tak reti tidur ke? Dahlah demam…”

Amar menoleh ke kirinya. Daniel membuka matanya sedikit. Amar mengetap bibir.

“Nak tidurlah ni…”

Daniel kembali menutup matanya. Penat sangat badannya hari ni. Sudahlah terpaksa gendong tubuh tough si Amar tadi. Selepas tu, kena pula berjaga sehingga sahabatnya itu sedar. Sejahat-jahat mereka pun, masih memikirkan keselamatan orang lain.

Memang hobi mereka adalah membuli. Tetapi masih ada batasnya. Kadang-kadang mereka terfikir. Apalah yang rakan sekelas lain takutkan sangat dengan mereka ni. Gertak sikit-sikit tu biasalah. Ada lagi pelajar kolej lain buat lebih teruk dari mereka.

*****

Camping… Hari Terakhir

Azman memberikan arahan agar semua peserta camping berada di rumah Pak Dollah iaitu tuan rumah yang mengadakan kenduri tepat jam lapan pagi. Sesiapa yang lambat, perlu mencuci periuk belanga. Apalagi, semuanya sudah terpacak di depan rumah Pak Dollahlah.

“Pelajar lelaki ikut Pak Dollah. Kita hiris daging. Pelajar perempuan pulak boleh ikut Mak Biah. Kerja-kerja kamu semua di dalam rumah,” Pak Dollah yang sudah biasa menerima tetamu seperti mereka memberi arahan.

“Apa lagi, jomlah!”

Laju saja Azman dan Syafiq serta pelajar lelaki yang lain mengikut Pak Dollah. Mak Biah pula mengajak semua pelajar perempuan naik ke terataknya. Dengan ramahnya dia menceritakan itu ini. Mereka ditemukan dengan pengantin perempuan di dalam rumah.

“Dini,” panggil Amar perlahan. Ketika itu, Nur Dini berjalan di belakang sekali.

“Ada apa?”

“Kau okey ke?” Selamba Amar bertanya. Nur Dini mengerutkan kening.

“Sejak bila awak ambil tahu pasal saya?”

Nur Dini tidak selesa mereka berbual di tangga batu rumah Pak Dollah. Takut ada yang tersalah sangka pula.

Never mindlah. Kau pergilah naik,” Amar terus berlalu ke bangsal yang di belakang rumah kampung itu.

Nur Dini mengeluh kecil. Pasti lelaki itu masih belum sembuh kerana suara Amar agak sengau. Nur Dini pula hanya selesema sahaja. Dia, kalau demam memang cepat kebah. Asalkan tidurnya tidak diganggu dan rehat secukupnya, cepat sahaja dia sembuh.

Dia sangat berterima kasih kepada Amar tetapi apabila teringatkan perbuatan lelaki itu yang slumber badak di saja, melakukan CPR padanya. Sudahlah bukan muhrim. Boleh sahaja lelaki itu memanggil kaum perempuan untuk membantu. Lebih membuatkan Nur Dini geram, si teman wanita gedik mamat tu yang punya angkara menyebabkan dia lemas.

Majlis perkahwinan di rumah Pak Dollah berlangsung tanpa sebarang cacat cela. Semuanya berjalan dengan lancar. Para pelajar pula harus berkemas sebelum malam kerana mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. Sebaik sahaja selesai majlis kenduri itu, masing-masing kembali ke khemah. Mereka mula sibuk mengemaskan barang-barang.

*****

Dua buah bas sudah sedia menunggu di tepi jalan besar. Para pelajar naik bas mengikut kelas masing-masing. Setelah siap mengemas tadi, mereka berjemaah di surau. Sekaligus, pensyarah memberikan sepatah dua kata kepada penduduk kampung yang terlibat. Pihak fakulti turut menyediakan sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di kampung itu.

Tidak lupa juga, barang-barang persekolahan untuk anak-anak penduduk memandangkan persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Setiap seorang diberi sebuah beg dan juga alat tulis. Bukan main gembira lagi mereka meloncat. Budak-budak kan memang suka barang-barang begitu. Nak bersekolah pun bersemangat.

Sudah tiba masanya para pelajar mengucapkan selamat tinggal. Orang-orang kampung di situ memang baik belaka. Sampaikan mereka sanggup berembun malam bagi menghantar semua pelajar naik bas. Ada juga beberapa orang pelajar yang sudah rapat dengan penduduk kampung berat hati untuk meninggalkan kampung itu.

Untuk melanjutkan tempoh bercamping, memang tak boleh dah. Dalam masa tak kurang seminggu lagi, mereka akan menghadapi peperiksaan akhir. Aktiviti camping ini pun terpaksa diadakan di hujung semester dek terlalu sibuk dengan pembelajaran dan projek-projek setiap subjek.

Nur Dini melabuhkan punggungnya di sebelah Pija. Mereka memilih untuk duduk di kerusi di bahagian tengah bas. Kebetulan, Amar duduk bersebelahan dengan tempat duduk mereka. Nak sahaja Pija menukar tempatnya di sebelah tingkap dengan Nur Dini. Tapi, dia kasihan dengan gadis itu. Takut Nur Dini sejuk pula.

Dia memang sudah lama meminati Amar. Cuma, dia takut untuk mendekati lelaki itu. Sudahnya, Pija hanya memerhati dari jauh. Dia betul-betul cemburukan Nur Dini kerana jejaka pujaannya sudah menyelamatkan gadis itu. Namun, dia tahu jejaka kacak seperti Amar tidak mungkin akan memandangnya yang hanya anak orang biasa. Bukannya orang kaya.

“Pija, awak okey ke? Saya tengok macam gelisah aje,” Pija cepat-cepat mengaslihkan pandangannya yang asyik merenung Amar.

“Okey. Kau janganlah risau. Sejuk lagi tak? Aku dah adjust air cond tadi,” Nur Dini tersenyum.

“Sejuk sikit aje. Terima kasih, Pija,” ucap Nur Dini ikhlas.

Small matterlah, beb. Kita kan kawan. Kawan kenalah tolong kawan kan,” balas Pija sambil senyum.

“Awak dengan Keyra dah macam mak saya dah. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. I think I have to bring both of you… jumpa dengan mama saya. Dia mesti suka…”

“Mama awak? Minah saleh yang cun tu? Opps!” Pija menekup mulutnya kerana terlepas cakap.

“Mama sayalah tu kot. Dia mama tiri saya. Ibu kandung saya dah lama meninggal dunia. Tapi, mama saya memang suka kalau ada kawan-kawan saya yang take care pasal saya. Semua dia nak buat kawan,” cerita Nur Dini.

Eyh? Kalau macam tu, aku naklah jumpa mama kau. Manalah tahu boleh tersangkut dengan mana-mana saudara dia,” seloroh Pija selamba.

“Okey aje. Awak nak kenal ke dengan mana-mana mat saleh? Let me introduce you to my best friend. His name, Mattew. Single lagi tau,” Terus berbunga si Pija tu dibuatnya.

Handsome tak? Muka dia ada ala-ala Zayn Malik tak?”

“Entahlah handsome ke tak. Awak kenalah jumpa dia dulu. Nanti saya kenalkan eh,” balas Nur Dini. Pija senyum ceria. Tak sabarnya dia ingin berjumpa Mattew yang dimaksudkan oleh Nur Dini itu.

Mattew adalah satu-satunya sahabat lelaki Nur Dini. Lelaki itu baru sahaja convert Islam. Itu pun atas minat dia sendiri untuk mendalami agama Islam. Sedikit demi sedikit, penglibatan Mattew dalam keluarga Datuk Mubin telah membuka matanya untuk belajar tentang Islam.

Amar yang terdengar perbualan Nur Dini dan Pija buat muka. Inilah perempuan. Macam tak ada bab lain saja nak berbual. Sembang punya sembang, bab lelaki juga yang menarik perhatian. Huh! Amar hanya duduk seorang di tempat duduk itu. Awal-awal lagi dia sudah meminta Geena jauhkan diri darinya. Kalau boleh, dia tak mahu lagi berhubungan dengan Geena. 

p/s : enjoy AmarDini part 4. AmarDini still tak ada official title & cover picture. nantilah CIA cuba fikirkan tajuk apa yang sesuai. :D. SELAMAT MEMBACA. (tak pasal jadi e-novel jugak cerpen ni. hehe)

2 comments: