Saturday, 5 April 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 7



Uhuk! Amar dan Nur Dini tersedak serentak. Pija mengecilkan matanya memandang Nur Dini. Macam betul saja andaian Azman itu.

“Mana ada. Mengarutlah kau,” sangkal Amar. Nur Dini terangguk setuju.

“Tapi, kenapa aku nampak macam kau tengah buat bantuan pernafasan aje? Baik korang cerita…”

Azman masih tidak mengalah.

“Amar cuma tengok saya batuklah. Lepas tu, dia tolong tarik tudung yang jerut tengkuk saya,” tipu Nur Dini.

Dia baru saja nak lupakan peristiwa Amar memberikan bantuan pernafasan mouth to mouth kepada dia hari tu, Azman pula pergi ungkit. Dia malu! Takkanlah dia nak aibkan perbuatan tidak senonoh Amar padanya. Takut pula dia berdosa.

“Hah, gitulah cerita. Minah ni susah nak bernafas sebab tudung belit tengkuk dia. Apalah kau ni…” Sokong Amar.

“Manalah tahu buat CPR ke? Eh, kalau kau ada buat CPR… kesian Dini. First kiss untuk future husband dia… kau dah bedal,” Keyra mencubit lengan Azman.

Semakin merah muka Nur Dini dibuatnya. Amar merasakan nasi yang ditelannya macam batu. Bukan sekali dia buat, tapi dua! Lambat-lambat dia menoleh ke arah Nur Dini. Muka gadis itu yang putih melepak bagaikan disimbah cat merah. Blushing gila!

Nur Dini menggigit bibirnya.

“Apalah abang Man ni. Kak Dini punya first kiss dah lama hilanglah,” Mikael berjeda. Terbeliak mata Nur Dini memandang adiknya itu. Semua di situ sudah berfikir bukan-bukan. “Hilanglah. Kan ke papa mama selalu kiss kak Dini,” Apada.

“Mikael ni bikin suspenlah. Dah, makan cepat. Lepas tu, pergi buat homework yang abang bagi semalam,” Mikael menayang sengih. Dia suka tengok Nur Dini blushing. Mesti macam pakai blusher saja pipi Nur Dini.

“Kak Dini, I want to play outside. With my teddy,” minta Anabella manja.

No, darling. You stay here. Kejap lagi kak Dini teman Bella. Panas lagilah kat luar,” Anabella menjuih bibir. Namun, tidak lama. Dia melihat Amar sudah membasuh tangannya.

Please. Abang Amar will accompany me, right?” Amar tersentak. Tetiba saja namanya disebut Anabella.

Yeah, sure. But, this…”

“Tinggal aje. Nanti saya basuh. Bella jangan nakal-nakal eh,” pesan Nur Dini.

“Okey, daaa,” Anabella sudah menarik tangan Amar ke beranda. Adalah tu lukisan yang dia nak tunjuk.

“Geramnya aku tengok adik kau, Dini,” Hah, baru dengar suara Pija. Kusyuk sangat dia makan, sampai tak boleh nak bercakap.

“Kau jangan, Ja. Anak orang tu,” kata Keyra sambil membasuh tangan Azman. Isteri mithalilah katakan.

“Tahulah. Tapi, tak bolehlah aku tengok dia. Rasa macam nak peluk-peluk aje,” Bukan main geram lagi hah.

Dek terlalu geram, dia tak sedar jarinya laju mencubit pipi Mikael di sebelahnya.

“Yang kau cubit tu pipi Kael kenapa, Pija?” Mikael menjeling Pija. Sudahlah dia tidak suka orang pegang pipinya.

“Kak Dini, Kael naik dulu,” Mikael terus menghilang ke tingkat atas.

“Merajuk dah budak tu…”

“Tak adalah, Keyra. Pipi dia tu exclusive. Bila ada yang pegang, mulalah dia blushing. Itu nak sembunyikan pipi dia yang dah merahlah tu…” Mengata orang, dia pun sama… dua kali lima.

“Patutlah,” Pija mengutip pinggan-pinggan kotor dicuci.

Pija sengaja mengusik Nur Dini dengan menghulurkan pinggan yang digunakan Amar kepada gadis itu. Bertambah blushinglah dibuatnya. Azman dan Keyra sudah keras perut ketawakan Nur Dini. Usik sikit, dah merah pipi. Ada hati dengan Amarlah tu.

Sesudah makan, Azman menyertai Amar dan Anabella di beranda. Manakala, Nur Dini, Keyra dan Pija mengemaskan meja makan dan mencuci pinggan. Selepas itu, mereka turut membawa langkah ke beranda. Sampai lewat petang jugalah mereka di rumah Nur Dini.

*****

Amar duduk bersantai di kerusi di tepi kolam renang. Kata-kata Azman di rumah Nur Dini tadi masih terngiang-ngiang di telinga.

‘Manalah tahu buat CPR ke? Eh, kalau kau ada buat CPR… kesian Dini. First kiss untuk future husband dia… kau dah bedal.’

‘Aku tahu, Mar. Aku nampak apa kau buat untuk tolong Dini. Tak salah cuma aku rasa kau macam terleka sekejap. Hanya kau dengan Dini aje yang tahu apa yang berlaku. Haram, Mar buat benda yang menjurus kepada maksiat.’ – Azman berkata ketika di beranda.

‘Walaupun Dini tak ada kata-kata apa, kau kena ambil tindakan. Kau tak takut dia berasa bersalah kat future husband dia nanti? Kita memang tak tahu apa yang dia fikir. Dini tu perempuan. Pemikiran dia tak sesimple kita, Mar. Kau fikir-fikirkanlah kata-kata aku ni.’

Amar melepaskan keluhan berat.

“Apa yang dikeluhkan tu?” Opah Yam muncul di muka pintu ke kolam renang.

“Opah. Bila sampai?”

“Petang tadi lagi. Amar sampai tadi, opah tengah mengaji. Itu yang opah tak tegur Amar,” Amar mengangguk. Opah Yam menghenyakkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Amar.

“Opah, Amar nak tanya pendapat opah sikit, boleh?” Amar menegakkan badannya. Dia mengadap Opah Yam.

“Tanyalah, Amar. Opah tak minta bayaran pun kalau bertanya…”

“Amar cakap ni, opah jangan marah tau. Amar tak terniat langsung,” Opah Yam mengangguk faham. Amar menceritakan dari A sampai Z kepada Opah Yam. Tak ada satu pun yang tinggal.

Opah Yam menghela nafas.

“Macam nilah, Amar. Perbuatan Amar tu haram. Tak elok walaupun perkara tu berlaku hanya sesaat sekalipun. Minta ampun dengan Allah. Dan, yang paling penting, Amar kena minta maaf pada Nur Dini. Dia perempuan, memang tak boleh nak buat apa-apa. Tambah pula, hubungan kamu berdua yang tak ngam…”

“Tapi, opah. Amar tak sedar langsung sampailah dia tolak Amar. Dikira berdosa ke kalau kita tak sedar. Nur Dini sendiri tak melawan,” Opah Yam bangun dan duduk di sebelah Amar.

“Tak kiralah sedar atau tidak. Keadaan yang menimpa Nur Dini tidak dikira darurat jika masih ada yang boleh Amar minta bantuan. Bukan Amar seorang yang berada di situ. Lagipun, mesti Nur Dini masih lemah waktu tu. Jika ketika itu, Nur Dini tidak menghalang kelalaian Amar… apa akan jadi?” Amar terdiam.

“Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Isra’ ayat 32, dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan. Amar kena ingat tu. Opah nak Amar selesaikan sendiri dengan Nur Dini,” sambung Opah Yam. Dia meninggalkan cucunya untuk berfikir sendiri di situ.

Amar buntu. Dia membawa langkah ke biliknya di tingkat tiga. Sebaik tiba di bilik, dia terus ke bilik air dan mengambil wudhuk. Dia ingin meminta ampun dan petunjuk dari-Nya. Mungkin sedikit sebanyak akan membantunya.

*****

Seminggu selepas itu…

Amar bertandang ke rumah Nur Dini. Gadis itu sudah tentulah terperanjat kerana lelaki yang sering bertikam lidah dengannya tiba-tiba muncul di rumahnya. Disebabkan Amar meminta agar pertemuan mereka agak privasi, Nur Dini membawa Amar ke gazebo di tepi pagar rumah.

Amar menunggu dengan sabarnya sementara Nur Dini masuk ke dalam rumah. Kata gadis itu, dia ingin memaklumkan pertemuan mereka kepada orang tuanya. Takut timbul fitnah pula nanti.

“Air,” Nur Dini meletakkan dulang berisi sejag air oren sejuk dan juga cookies. Dituangnya air ke dalam gelas.

Datuk Mubin dan Datin Sophia pula melihat dari jauh. Mereka bersantai di beranda sambil memerhatikan Nur Dini dan Amar di gazebo.

“Maaflah kalau aku datang kacau kau cuti-cuti macam ni. Tapi, apa yang aku nak bincangkan dengan kau ni penting,” Amar memulakan bicara.

It’s okay. Hal apa yang penting sangat tu?”

About us?” Nur Dini pelik. Kenapa pulak dah dengan gengster celup ni? Getus Nur Dini.

What about us?”

Amar menghela nafas panjang.

“Kau tahukan apa yang jadi masa aku selamatkan kau dari lemas hari tu?”

“Maksud awak?”

“Aku rasa tak sedap hati kalau tak minta maaf dengan kau. Aku minta maaf sangat-sangat sebab aku lalai masa selamatkan kau,” Nur Dini terkaku. Rasanya dia sudah dapat mengagak apa yang cuba Amar sampaikan.

“Saya dah maafkan awak,” kata Nur Dini perlahan. Amar terpempan. Semudah itu Nur Dini memaafkannya? Tidakkah gadis itu berasa dia sudah mencabul dirinya?

Just like that?” Amar bagaikan tidak percaya. Selama ini, hanya dia yang berasa bersalah? Sedangkan gadis itu biasa-biasa sahaja.

“Apa maksud sebenar awak, Amar?”

Amar berlagak tenang. Dia perlu lakukan seperti yang dirancang. Dia sudah berbincang dengan ahli keluarganya. Walaupun daddy dan mummy membantah keputusan dia, Opah Yam tetap ada untuk menyokongnya.

“Aku nak kita kahwin,” Nur Dini terpaku. Kahwin? Sampai begitu sekalikah Amar berasa bersalah?

Pada mulanya, dia pernah terfikir untuk suarakan perbuatan tak senonoh Amar padanya ketika melakukan CPR. Tetapi, apabila difikirkan kembali… dia macam sedang membuka aibnya sendiri kerana membiarkan lelaki itu terleka walaupun dia masih lemah ketika itu.

“A… apa maksud awak ni? Awak hanya membantu saya. Tak lebih dari tu…”

“Tapi, kau kena tahu sesuatu, Nur Dini. Aku lelaki normal dan setiap kali aku nampak kau, aku tak boleh nak tahan diri aku. Kau fahamkan maksud aku,” Sebuah kenyataan bagaikan terhempap tubuh Nur Dini.

Dia menganggap lelaki itu sudah melupakan peristiwa itu kerana keadaan mereka yang sering bergaduh. Nur Dini langsung tidak menyangka sebegitu sekali perasaan Amar. Patutlah setiap kali bertembung, Amar menunduk atau pura-pura tidak nampaknya.

Nur Dini terasa sebak. Kenapa dia tak pernah terfikir akan akibat dari bantuan Amar hari tu? Cepat-cepat Nur Dini bangkit dari duduknya.

“Awak jumpalah dengan parent saya. Dia orang ada kat beranda,” kata Nur Dini lantas dia menghilangkan diri ke dalam rumah. Amar terkedu. Jumpa parent dia?

Amar berpaling ke beranda. Datuk Mubin dan Datin Sophia mengukir senyuman kepadanya. Dengan tekad di dada, dia melangkah ke beranda. Nur Dini bersembunyi di sebalik langsir pintu. Nak curi-curi dengarlah tu.

Dia sendiri terkejut apabila lelaki itu dengan beraninya berhadapan dengan papa dan mamanya. Amar cuma menjelaskan dia ingin berkahwin dengan Nur Dini kerana telah jatuh cinta dengan gadis itu. Pada hakikatnya, dia ingin menjaga maruah keduanya.


Datuk Mubin dan Datin Sophia menerima hasrat Amar dengan tangan terbuka. Tapi, Datuk Mubin mengharapkan Amar menghantar kedua orang tuanya untuk melamar Nur Dini. Amar telah berjanji akan menghantar kedua ibu bapanya dalam masa terdekat.

p/s : CIA sorry kalau ada statement yang tak berapa nak betul eh. kalau ada yg salah tolonglah tegur ya. :D. SELAMAT MEMBACA!

5 comments: