Tuesday, 8 April 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 9

Assalamualaikum... Hye!

maaf, lambat sikit entry hari ni. try to finish the part very fast. tapi, tak dapatlah. since, busy dengan gangguan di rumah. tak dapat nak concentrate dengan writing. sorry. :D. SELAMAT MENBACA!


Amar melepaskan lelah di gazebo. Ya Allah, sungguh tenang hatiku kini. Tiada lagi gusar, Amar berfikiran sendiri. Adakah keputusan mengahwini Nur Dini merupakan pilihan yang terbaik? Bahagiakah mereka berkahwin tanpa sekelumit cinta pun?

“Amboi, berangan apa?” Amar tersentak sedikit. Dijeling Nur Dini tajam. “Saya tak takutlah kalau setakat nak jelling maut gitu. Nak makan apa? Nasi atau roti?”

Datin Sophia yang meminta agar Nur Dini membawa sarapan untuk Amar di gazebo. Menjadi seorang isteri haruslah bijak mengambil hati suami. Sedaya yang mampu, Datin Sophia cuba mengajar anak perempuannya itu untuk melayani suami sebaik mungkin. Tambahan pula, usia pasangan baru berkahwin itu masih muda dan masih banyak lagi perkara yang harus mereka pelajari.

“Apa yang perlu aku makan?”

“Hah? Tanya saya dah kenapa? Awak yang nak makan. Bukannya saya,” Amar mengikut rentak bibir Nur Dini.

Kuat membebel juga minah ni, omel Amar sendiri.

“Saja. Aku tengok kau ni dah macam langau. Mulut tak reti nak tutup. Satu aku tanya, sejuta kau jawab,” Nur Dini mencebik. Biarlah! Mulut saya, getus Nur Dini geram.

Hello, cakap banyak tak apa. Janji terang dan nyata. Dah tak payah nak tanya banyak-banyak kali. Buang masa…”

“Aku nak makan nasi. Tadi jual mahal sangat dengan Dian…”

“Apa? Awak jumpa Diana?!”

Nur Dini mengecilkan matanya. Elok mood dia baik ingin melayan Amar seperti raja, kini sudah hancur. Berkecai!

“Hoi, agak-agaklah nak menjerit pun. Takkan nak biar satu taman ni dengar,” marah Amar. Tapi, marah biasa-biasa saja. Tengok wajah comel itu, nak marah pun hati sudah menjadi lebur.

“Kan saya dah pesan, kalau jumpa Diana… jangan layan. Hish, tak faham bahasa betullah awak ni,” Nur Dini memeluk tubuh.

“Eh, dia ni. Ikut suka akulah nak tegur siapa pun. Yang kau nak buat muka macam biawak kena lapah tu dah kenapa?”

What?! Biawak kena lapah? Bertambah bengang Nur Dini dibuatnya.

“Awak pernah tengok ke biawak kena lapah macam mana?” Amar menggeleng. Nur Dini ketap bibir. Bercakap bukan main lagi, mengalahkan biasa melihat biawak kena lapah.

Dicapai pinggan nasi dan sesudu nasi dibawa ke mulut. Jika menunggu si isteri yang menyuapnya, tahun bilalah dia akan makan? Gaya Nur Dini sanggup ingin menyuapnya makan. Eheh.

“Kenapa kau nak benci sangat kat si Diana tu? Aku tengok dia okey aje,” kata Amar selamba.

Di dalam geram pun, Nur Dini menuangkan juga jus oren ke dalam gelas dan dihulurkan kepada Amar. Tercekik karang, dia juga yang kena. Kalau kena bebel dengan keluarga dia, okey lagi. Yang ditakutkannya, keluarga Amar. Mahunya berperang antara dua keluarga. Eheh!

“Okey. Tapi, gedik sikit,” jawab Nur Dini malas.

Didongak kepala ke dada langit. Mendung pula cuaca hari ini. Tetapi, tiada pula tanda-tanda bumi akan disimbah hujan. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Keadaan taman sekarang ini, tersangatlah sunyi. Kebanyakan penghuni rumah keluar bekerja dan ke sekolah.

Nur Dini, don’t judge a book by it cover. Kita bukan sesiapa nak menilai orang begitu begini. Jangan lupa, satu jari kita menuding orang, empat jari kembali menuding kita,” Ternganga sebentar mulut Nur Dini.

Muhammad Amar Datuk Riduan berfalsafahlah.

“Fa… ham. Tapi…”

“Jadi diri sendiri lebih baik daripada menjadi seseorang yang langsung kita tak kenal. Mungkin itu sifat semula jadi Diana, menegur sesiapa yang dia berselisih. Jangan buruk sangka dengan orang, Nur Dini. Such a simple minded person you are,” Sekali lagi Nur Dini terdiam.

“Iyalah. Dah habis makan?” Malas memanjangkan isu Diana. Alihnya, dia yang kena.

“Dah. Aku nak kau siap. Pack baju sekali. Aku nak bawa kau jumpa seseorang,” Nur Dini kerutkan dahi sambil mengemas sarapan Amar.

Seseorang? Teman wanita dia ke? Nak packing baju, buat apa pula? Nur Dini bersoal sendiri. Setelah Nur Dini siap berkemas, mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

*****

Satria Neo yang dipandu tenang oleh Amar membelah lebuhraya yang agak lengang. Lagu berentak rancak menemani perjalanan Amar dan Nur Dini.

“Awak, kita nak pergi mana sebenarnya ni?”

Honeymoon…”

“Hah? Ho… honeymoon?” Nur Dini menelan air liur kasar. Dah gila ke apa, Mr. Amar ni?

“Tak payah nak ke laut sangatlah fikiran kau tu,” Nur Dini mengerling Amar di sebelah.

“Apa pulak ke lautnya? Betullah awak cakap tadi, honeymoon kan? Apa lagi saya boleh fikir? Ada ke orang pergi honeymoon kosong aje?”

“Habis, kau nak bawak balik ‘isi’ ke?” tukas Amar. Teringin pula dia melihat reaksi Nur Dini.

“Orang lain seronok mimpi indah di malam hari. Awak jangan nak menempah mimpi buruk di siang hari pulak ya,” Nur Dini bersuara geram. Orang serius, dia main-main pula.

“Tak adalah, kau yang mula dulu kan? Aku mana tahu, apa yang ada dalam kepala otak kau tu,” Amar berkata sambil ketawa kecil.

Then, just tell me the truth. Where we’re heading to?”

“Balik kampung opah,” maklum Amar.

Sekali lagi Nur Dini bingung. Mahu menyoal, takut pula tersalah sangka lagi. Akhirnya, dibiarkan sahaja persoalan itu di benaknya. Nanti dia akan tahu juga.

“Opah dah bertolak balik kampung selepas subuh tadi. She asked me to take you there. She want to introduce you to our village,” beritahu Amar tanpa dipinta. Dia pasti, Nur Dini mesti mahu mengetahui tujuan mereka pulang ke kampung.

“Tak tanya pun…”

“Kau tak tanya pun aku tahulah. Aku kan, sua…” Kata-kata Amar tergantung. Suami kau, desis Amar di dalam hati. Ingin menyebut secara realiti, dia masih segan. Macam terlalu muda sahaja untuk bergelar suami.

Nur Dini buat muka pelik. Kenapa pula tak dihabiskan ayat itu?

“Sua apa?”

“Tak ada apa-apalah. Dah, diam. Nanti dah sampai baru cakap balik,” Erk? Pelik sungguh perangai suami Nur Dini ini.

*****

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya tiba juga mereka ke destinasi. Amar bersandar sebentar. Ditoleh ke kirinya. Nur Dini sedang nyenyak tidur. Tadi bukan main jual mahal lagi Nur Dini ketika dia meminta agar gadis itu berehat. Sudahnya, ke alam mimpi juga.

Tanpa membangunkan Nur Dini, Amar membuka pintu keretanya. Di bawa langkah ke tangga rumah papan Opah Yam. Walaupun papan, mewah jugalah rumah kampung itu.

“Assalamualaikum. Opah!” Laung Amar kuat.

Terkocoh-kocoh Opah Yam membuka pintu rumah kayunya.

“Waalaikumsalam. Sampai pun cucu opah. Meh, naik. Eh, Dininya mana?” Opah Yam memanjangkan leher, mencari kelibat cucu menantunya.

“Ada dalam kereta, opah. Membuta lagi. Kereta dah berhenti pun tak sedar,” Amar turut memandang ke keretanya.

“Lah, penat kot. Amar pergi kejut dia. Hari dah lewat petang ni,” suruh Opah Yam sebelum menghilang ke dalam rumah.

“Penat? Sepatutnya aku yang penat sebab aku yang drive. Ini, dia yang melebih. Hmmmph!” bebel Amar perlahan.

Amar berlalu ke Satria Neo hitamnya. Nur Dini masih belum bangun juga. Kuat tidur betul cik kak ni. Aku letak mercun kang, masuk hospital pulak, bebel Amar. Disandarkan tubuh ke pintu kereta di sebelah tempat duduk penumpang. Tangannya mula memainkan peranan. Diketuk cermin tingkap beberapa kali.

Terpisat-pisat Nur Dini menenyeh matanya. Matanya mula menangkap susuk Amar di sebalik cermin. Digelengkan kepala seketika.

“Dah sampai ke?” soal Nur Dini sambil membuka pintu kereta.

“Kau rasa?”

Nur Dini menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Manalah dia tahu jika mereka sudah tiba di rumah Opah Yam atau tidak. Nyenyak sangat tidur sehingga tidak sedar mereka berada di mana.

“Opah dah tunggu kat atas. Pergilah naik,” Nur Dini menutup pintu kereta.

Saat itu matanya mula meluas. Dilihat keadaan sekeliling. Senyuman mula terukir di bibir comel Nur Dini.

“Awak, ni ke rumah opah?”

Amar mengerling si penyoal. Eh, dia ni. Aku cepuk karang baru dia tahu, getus Amar.

“Okey, tak tanya dah. Naik dulu. Saya redah aje eh…”

“Bagi salam dulu!”

Nur Dini membentuk simbol ‘O’ menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Amar mula mengeluarkan beg pakaian mereka. Beg plastik berisi buah buahan juga dibawa keluar. Puan isteri punya pasallah tu. Tiba-tiba nak makan buah delima. Katanya, sudah lama tidak makan buah delima di Malaysia. Sudahnya, bukan setakat buah delima… segala jenis buah diangkutnya.

*****

Dikesempatan yang ada, Nur Dini mengemaskan pakaiannya dan juga Amar. Diletakkan semua pakaian ke dalam almari. Memandangkan seminggu jugalah mereka akan berada di kampung Opah Yam, banyak juga persalinan yang dibawa. Seperti mahu tinggal berbulan-bulan.

Amar pula sudah terbongkang di katil. Penat sangat dia memandu jauh. Nur Dini ada juga menyuruhnya untuk berhenti berehat sekejap tadi. Tapi, dia tidak mahu. Kalau berhenti, alamatnya lambatlah mereka tiba di kampung nanti. Nur Dini memandang encik suami sekilas. Dengkuran halus mula kedengaran.

“Dah siap kemas, Dini?”

Muncul Opah Yam di pintu bilik yang terbuka luas.

“Nak siap dah, opah…”

“Nanti dah siap, turun dapur ya. Achik Kiah dan Ateh Nab datang rumah. Dia orang nak kenal-kenal dengan Dini. Jangan lupa kejut Amar sekali. Dah nak masuk maghrib ni,” Nur Dini tersenyum.

“Okey, opah. Kejap lagi Dini turun,” Opah Yam mengangguk sebelum berlalu ke dapur di bahagian bawah rumah.

Nur Dini berfikir sebentar. Namun, fikirannya terjeda. Dilihatnya Amar bangkit duduk. Terletus tawa gadis itu. Baru saja dia berfikir, bagaimana ingin mengejutkan Amar. Kira ada telepatilah tu, encik suami bangun sendiri.

“Awak mamai ke apa? Hello, assalamualaikum,” Digerakkan tangan di hadapan wajah Amar.

Amar menepis lembut tangan itu.

“Tuala,” Pinta Amar sambil menghulurkan tangan kanannya. Nur Dini di birai katil terkaku.

Seksinya suara awak. Nak dengar lagi, desis Nur Dini. Haish, dah angau dengan suami sendiri ke?

“Awak nak apa? Tak dengarlah,” Bagai mahu terburai tawa Nur Dini akan helahnya sendiri.

“Tuala. Aku nak mandi,” Amar mengulang dengan mata tertutup. Nur Dini senyum senget. Seronoklah tu dapat mendengar suara Amar baru bangun tidur.

Nur Dini meletakkan tuala yang terlipat elok ke tapak tangan Amar tanpa memandang lelaki itu. Dia kemudiannya bingkas berdiri. Niatnya ingin turun ke dapur. Tak elok membiarkan ibu-ibu saudara Amar menunggu lama untuk bersua muka dengannya. Amar membontoti langkah puan isteri.

*****

“Hah, muncul pun pengantin baru ni. Meh sini, Achik Kiah nak cium sikit,” Achik Kiah bangun dari kerusi.

Dia bergerak ke anak tangga yang menghubungkan dapur dan ruang atas. Amar menghadiahkan senyuman lebar kepada ibu saudara kesayangannya itu. Achik Kiah memeluk anak saudara lelakinya. Nur Dini terkejut akan perbuatan selamba Achik Kiah. Tak terlintas langsung dibenaknya Amar akan dilayan sebegitu. Manja!

“Inilah, Nur Dini?”

Amar mengangguk perlahan. Tuala mandi tersangkut dibahunya.

Welcome to our family, Dini,” Giliran Nur Dini pula dipeluk Achik Kiah. Amar pula menghampiri Ateh Nab di meja makan. Dia membongkok sedikit. Wanita di awal empat puluhan itu turut dipeluknya mesra.

“Rindunya Ateh Nab dekat Amar. Lama sangat tak jumpa,” Ateh Nab mengusap belakang anak saudara kesayangannya lembut.

Kali terakhir mereka bertemu pun, hari raya aidiladha tahun lepas. Hampir setengah tahun jugalah mereka tidak bersua. Ateh Nab tidak boleh berjalan sejak dia disahkan lumpuh dek terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Sebelum ni, pantang nampak kelibat Amar… pasti laju sahaja dia melangkah.

Kini, dia hanya perlu menunggu Amar dan saudara yang lain menerpa ke arahnya dahulu. Nur Dini mengukir senyuman senang. Sungguh mesra suasana ketika ini. Harmoni sangat. Dia seperti berada di dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. Masing-masing tidak lokek untuk tersenyum kepadanya. Mereka seperti menerima kehadirannya sebagai isteri Amar.

“Yang awak peluk tadi tu, Achik Kiah. Ini pulak, Ateh Nab,” Amar memperkenalkan ibu-ibu saudaranya secara rasmi.

Nur Dini mendekati Ateh Nab di kerusi roda. Dia menyalami wanita itu dengan senyuman paling manis. Ateh Nab turut membalas senyuman itu ikhlas. Dia seakan berpuas hati dengan pilihan Amar. Sempat dia memuji kesopanan Nur Dini di dalam hati.

Glad to see you, Nur Dini. Baru dua hari jadi isteri Amar kan?” Lambat-lambat Nur Dini mengangguk.

Neng! Malu pula dia mendengar perkataan isteri. Amar menggaru belakang kepalanya. Sengaja dia berpura-pura tidak mendengar kata-kata Ateh Nab. Dia terpandang wajah Nur Dini. Mak ai, merahnya. Macam kena simbah air panas.

“Amar nak mandikan? Pergi mandi cepat. Kejap lagi Achik Bab datang nak ajak pergi surau, lambat pulak,” Opah Yam bersuara sambil menutup dapur gas.


Sepantas mungkin Amar bergerak ke bilik mandi. Lambat dia gerak, semakin banyak pula Opah Yam berleter nanti. Pot pet pot pet! Mengalahkan ayam berkokok. Tapi, dia suka mendengar Opah Yam membebel. Sekurang-kurangnya, tidaklah sunyi hidupnya. Kini, Nur Dini pula yang membebel menggantikan Opah Yam.

p/s : ini ja yang termampu untuk tengah malam ni. hope okeylah ya. :D. mood writing tak berapa nak active. tapi, CIA akan cuba concentrate. InshaaAllah.

3 comments: