Wednesday, 2 April 2014

Cerpen : She's My Doctor aka My Wife 2

Assalamualaikum... Hye!

hari ni part 2 pulak. harapnya okeylah. ending dia tak berapa nak ada idea sangatlah. hehe. mati kutu dah bila sampai bab ending. :(. hope semua sukalah. SELAMAT MEMBACA!


“Selamat pagi,” ucap Irdina ceria sebaik Isqandar muncul di dapur.
“Pagi. Haih, ceria semacam nampak. Ada apa-apa ke?” Isqandar menarik kerusi di meja island. Bukan main ceria lagi Irdina menyediakan sarapan mereka pagi itu.
You guess,” Sengaja Irdina ingin bermain tarik tali dengan encik pelakon.
Syukur kerana hubungan suami isteri mereka yang sudah masuk ke minggu yang ketiga masih bertahan. Setakat ini, tiada lagi pertikaman lidah yang berlaku. Mungkin kerana masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya. Oleh itu, masa bersama akan mereka hargai.
I guess? Hmmm, mesti good news kan? Awak naik pangkat?” Irdina menjuihkan bibir.
Sebenarnya, Isqandar masih lagi berteka teki tentang kerjaya Irdina. Puas dia memancing si isteri agar memberitahu. Namun, semuanya hanya sia-sia. Irdina masih lagi mahu berahsia.
Good news tu dah betul. Tapi, naik pangkat tu memang salah. Saya tak suka naik pangkat tau. Okeylah, saya bagi hint…” Isqandar menunggu penuh sabar. “Hmmm, saya suka quote,” sambung Irdina.
Quote? Mencabar minda jugak eh. Saya ni, kalau sebut pasal quote… satu aje yang ada dalam kepala otak saya ni. Yasmin Mogahed,” Irdina tersentak.
Seriously?” Isqandar mengangguk sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. “Awak, I love her too. And, you guess what? She will be in Malaysia soon. I want to see her,” Irdina berkata penuh kegembiraan.
I know. And, I have the ticket too,” ujar Isqandar bersahaja.
Padahal di dalam hati bergurindam. Mana tidaknya, isteri meminati orang yang sama dengannya. Jadi, mereka ada persamaan yang boleh dikongsi.
“Nak pergi sama?”
Sure. I’m okay with that,” setuju Isqandar. Apa salahnya dia keluar dengan isteri sendiri?
“Harap-harap tak adalah wartawan,” kata Irdina selamba. Dia meletakkan mug berisi milo panas di hadapan Isqandar.
I hope so. Hah, since you’re fan of Yasmin Mogahed. Share me the best of her quote that you like…”
Irdina mengambil tempat duduk di hadapan Isqandar. Ini yang seronok. Akhirnya, ada juga yang dapat berkongsi sesuatu yang sudah menjadi minatnya itu.
“Okey. Emmm, don’t worry if your heart hurts today. Hearts change everyday. And, He is the turner of hearts,” Isqandar mengoles senyuman lebar. Sukanya dia!
Yeah, I love it too. Listen this, the blaze of dunya still fills our hearts because we don’t really see the strom coming,” tutur Isqandar perlahan.
Irdina mengukir senyuman.
“Tak sabarnya nak pergi nanti. Awak janji eh pergi dengan saya. Kawan-kawan saya bukannya minat dia,” cebik Irdina.
“Insha Allah. Saya lagi suka ada orang yang teman,” Isqandar berkata mesra.
Semakin hari, semakin banyak perkara yang berjaya merapatkan mereka. Hubungan mereka tidak seperti suami isteri tetapi lebih kepada kawan baik. Isqandar ada untuk Irdina. Dan, begitulah sebaliknya. Irdina juga sudah tidak pulang lewat. Seboleh mungkin dia cuba pulang awal untuk memasak.
Kadangkala jika Isqandar tidak keluar bekerja, dialah yang menjadi tukang masak mereka pada hari itu. Dan, Irdina memang suka jika Isqandar yang memasak. Sedap!
*****
“Hai, Dr Tasnim. Lama tak nampak you. Asal I pergi bilik you, mesti you dah balik. Curious jugak I,” tegur Dr Ezwan ketika ternampak kelibat Irdina di kaunter lobi.
“Hai, Dr Ezwan. Iya ke? Maaflah. I memang sibuk. Sibuk dengan hal keluarga. Kenapa ya, you cari I?” Seperti acuh tak acuh sahaja Irdina membalas.
“Oh, ingatkan sibuk dengan boyfriend. Susah nak jumpa you sekarang ni. Nak ajak lunch pun bukan main lagi kena buat appointment. Busy mengalahkan perdana menteri,” tembak Dr Ezwan.
“Macam nilah, Dr Ezwan. I tak ada masa nak layan you. Of course, kena buat appointment kalau nak jumpa I. You tak boleh sesuka hati nak bawa keluar anak dara orang. Lagipun, patients come first. Not the doctor,” bidas Irdina sebelum menghilang ke biliknya.
Dr Ezwan senyum sinis. Tidak berpuas hati dengan sikap doktor menawan yang sudah mencuri hatinya itu. Pernah dia bergaduh dengan sahabat baiknya yang juga seorang doktor di hospital itu kerana masing-masing ingin memikat Irdina. Tak ramai doktor perempuan yang cun dan masih bujang di hospital itu yang boleh membuatkan mereka melepaskan Irdina. Bak kata Dr Ezwan, belum cuba belum tahu.
Give up sajalah, Dr Ezwan. Saya rasa Dr Tasnim dah berpunya,” Pandangan tajam Dr Ezwan menikam mata Muna.
“Tak semudah tu, Muna. Hari ini, dia boleh lari. Esok hari belum tentu lagi,” sinis Dr Ezwan berkata sebelum berlalu.
Muna tercengang. Langsung dia tidak menyangka seorang doktor yang mempunyai kredibiliti seperti Dr Ezwan adalah seorang pendesak dan tidak mahu tewas. Lebih menakutkan, lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berputus asa dalam mendapatkan cinta Irdina. Nasib baiklah dia bukan di tempat Irdina.
*****
Taufiq mundar mandir sendiri. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tika ini. Sesekali dia membuang pandang ke arah Isqandar yang sedang sibuk di set pengambaran. Isqandar memang profesional apabila tiba bab lakonan. Sebaik mungkin dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada lakonannya. Dia paling tidak suka jika perlu melakukan adegan yang sama berulang kali.
“Hoi, Fiq. Mengelamun,” Taufiq tersentak. Jauhnya dia mengelamun. Sehinggakan tidak sedar Isqandar sudah habis shooting.
“Mana ada. Lepas ni kau nak pergi mana?”
“Aku nak pergi supermarket. Beli barang dapur. Kenapa?”
Isqandar mengemaskan barang-barangnya.
“Aku nak bincang sikit dengan kau boleh?” Nada Taufiq sudah berubah serius. Isqandar menghentikan kerjanya. Dia melabuhkan punggung di sebelah Taufiq.
Sure. Apa dia?”
“Macam ni, bro. Kau tahukan yang aku ada buat bisnes sikit kat Singapore?” Isqandar sekadar menganggukkan kepala.
“Bisnes aku down. Tak ada supplier tetap. Jadi, buat masa sekarang… aku rasa tak boleh nak selalu dengan kau. Tapi, kau jangan risau pasal jadual. Aku boleh settle. Cumanya, aku kena banyak ada dekat sanalah. They need me, bro,” jelas Taufiq. Lega rasanya setelah menjelaskan kedudukan sebenar. Namun, masih ada perkara yang disembunyikan dari pengetahuan Isqandar.
“Kau ni, Fiq. Aku ingatkan apalah tadi. Itu kau jangan risaulah. Aku boleh handle sendiri. Kau tumpukan aje dengan bisnes kau. Dah settle nanti, kau balik sini,” Isqandar menepuk perlahan bahu Taufiq.
Thanks, bro. I’ll be back,” Taufiq mendabik dada.
Choylah kau. Dah, tolong aku kemas. Lambat pula aku sampai rumah nanti,” Isqandar kembali menyambung kerjanya tadi.
*****
Isqandar mengukir senyuman nipis. Dari luar, dia boleh nampak cahaya terang di dalam rumah. Pasti Irdina sudah pulang. Dibawa langkah ke dalam rumah.
“Eh, dah balik?”
Irdina terlebih dahulu menyapa Isqandar. Kebetulan dia ingin ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
“Ha’ah. Awal pulak awak balik hari ni,” balas Isqandar sambil meletakkan beg-beg plastik barang dapur yang dibelinya tadi.
“Tak ada pat… Habis kerja awal, baliklah awal,” Irdina menggigit bibirnya. Hampir sahaja dia terlepas cakap. Fuh, semangat.
“Oh. Okey, kejap lagi kita masak sama-sama. Saya mandi dulu…”
Isqandar menghilang ke bilik. Dup dap dup dap dah jantung Irdina. Nasib baik Isqandar tak perasan dan tidak bersoal panjang. Irdina mengalihkan pandangnya ke kaca televisyen. Hampir jam sembilan, berita pun sudah nak sampai penghujungnya. Irdina hanya sekadar menonton sahaja tanpa diberi perhatian.
“Berita tambahan, seorang lelaki dijumpai mati di lorong gelap di sebuah kawasan terbiar. Mangsa ditemui oleh seorang pengutip tin yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Disebabkan ketakutan, pengutip tin yang merahsiakan identitinya itu pantas ke balai polis berdekatan. Pihak polis meminta agar sesiapa yang mengenali mangsa, menghubungi nombor tertera. Dan, pihak polis telah mengesahkan mangsa dikenali sebagai Ahmad Taufiq bin Jalal melalui kad pengenalan diri yang dijumpai mereka. Mengikut penemuan mereka, mangsa merupakan pengurus kepada seorang pelakon terkenal, Isqandar Ryan. Kejadian berlaku satu jam selepas menemani artis lelaki tersebut di set pengambaran. Berita tadi mengakhiri berita utama malam ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera…”
“Awak!” Jerit Irdina kuat. Rasanya, hantu pun melarikan diri mendengar jeritan itu. “Awak!”
“Kenapa? Saya tengah mandilah,” Muncul Isqandar di ruang tamu dengan hanya bertuala. Risau jika ada apa-apa yang berlaku kepada Irdina.
Terhambur tawa Irdina. Berita sedih tadi bertukar lucu tatkala melihat wajah suami yang penuh dengan pencuci muka. Macam perempuan! Badan juga masih lencun. Nasib baik reti nak pakai tuala.
Sorrylah. Awak ada dapat call tak? Emmm, pasal manager awak, Taufiq,” Isqandar mengerutkan dahinya.
“Kenapa dengan Taufiq? Dia ada kat Singaporelah,” Isqandar menyambung mencuci mukanya di sinki yang terdapat di ruang tamu.
“Awak sabar eh? Relaks. Errr… ada orang terjumpa mayat dia dekat lorong kawasan terbiar. Polis dah pastikan mayat. Memang sah, manager awak,” beritahu Irdina dalam nada tenang. Lagipun, memang kepakaran dia dalam hal-hal sebegini.
“Apa awak cakap ni? Jangan merepek boleh tak?” Nada suara Isqandar sudah berubah. Hidup mati bukan boleh dibawa main.
“Awak call number ni. They have the answer. Trust me,” Irdina menghulurkan telefon bimbitnya kepada Isqandar.
Teragak-agak Isqandar ingin menghubungi nombor yang sudah Irdina simpankan. Baru tadi dia dan Taufiq berborak mesra. Taufiq juga memaklumkan dia akan bertolak ke Singapura malam ini. Tapi, tidak mungkinlah Irdina ingin menipunya.
*****
Prestasi Isqandar sejak pengurus merangkap sahabatnya itu meninggal dunia, kian merudum. Penampilannya juga sedikit kusut. Hampir seminggu juga dia bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat kes pembunuhan Taufiq. Isqandar langsung tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku terhadapnya. Dia sedia maklum bahawa arwah Taufiq ada menjalankan perniagaan di Singapura.
Namun, arwah Taufiq sama sekali tidak memaklumkan tentang kegagalan sepenuhnya urus niaga itu. Lebih mengejutkan Isqandar, arwah Taufiq turut terlibat dalam sindiket penipuan dan juga Ah Long. Sukar untuk Isqandar mempercayai kebenaran itu. Kini, semuanya sudah terungkai. Dia harus juga mempercayai itulah kebenaran dan juga hakikat.
“Awak… awak. Yuhuuu,” panggil Irdina. Naik kebas bibirnya memanggil Isqandar sedari tadi.
“Isqandar Ryan bin Umar. Are you okay?” Irdina mencuit bahu Isqandar. Barulah lelaki itu tersedar.
“Okey,” balas Isqandar sepatah.
“Okey apanya macam ni. Kusut teruk. Dah berapa hari awak tak bercukur? Saya dah siapkan makan malam. Jom makan,” ajak Irdina.
“Awak makanlah dulu. Nanti saya makan,” Alamatnya memang tidak makanlah gayanya.
“Okey. Awak tak nak makan, saya pun tak naklah. Tak ada selera nak makan seorang,” Irdina memeluk tubuhnya.
Isqandar yang sedang bersandar di pintu gelongsor balkoni mengerling ke sebelah. Boleh tahan keras kepala juga Irdina Tasnim ni.
Whatever,” Irdina mencebik.
Sudahlah perutnya lapar. Seharian dia kena jaga ER hari ini. Dia hanya sempat mengambil sarapan sahaja pagi tadi. Jika ditunggu juga Isqandar, selamat bergurindamlah wahai perut. Aku dah tak heran lagu apa kau mainkan.
“Wahai encik pelakon, jomlah makan. Saya laparlah,” Isqandar mendengus.
“Pergilah makan. Tak suruh awak tunggu saya pun…”
Irdina ketap bibir.
Whatever,” Isqandar menjeling Irdina. Pulang paku buah keras nampak.
“Jangan degil boleh tak? Pergi makan,” Ditolak tubuh Irdina perlahan.
Sama-sama keras kepala. Elok sangatlah dikahwinkan. Sekepala. Degil Isqandar, degil jugalah Irdina. Marah Isqandar, marah jugalah Irdina. Kira satu jiwa, satu hatilah senang cerita.
“Tak nak! Awak tak makan, saya pun tak makanlah. Masuk tidur dulu. Goodnight,” Isqandar mengeluh kasar.
*****
Isqandar membuka pintu bilik perlahan. Diletakkan dulang makanan di atas meja sisi. Dia duduk di birai katil. Biarpun lapar, isterinya itu masih mampu  untuk tidur lena. Berbeza dengan dirinya yang memang tak boleh tidur jika perut sedang lapar. Boleh berangin satu badan.
“Irdina, bangun. Hey, sleeping partner, wake up,” Isqandar mengejutkan Irdina lembut.
Irdina langsung tidak terkutik. Nyenyaknya dia tidur.
“Irdina Tasnim, wake up,” Encik suami masih bersabar melayan kerenah puan isteri.
“Kenapa? Saya kerjalah esok,” Irdina menyahut perlahan. Suaranya juga kedengaran serak-serak basah.
“Bangun makan. Tak elok tidur dengan perut kosong. Bangun, wash your face first,” Isqandar membantu isterinya bangun.
“Esok pagilah makan,” kata Irdina yang masih mamai. Orang dah nyenyak tidur, dikejutkan. Beginilah jadinya.
No. Ini arahan, bukan cadangan,” Dengan langkah malas, Irdina berlalu ke bilik air. Isqandar tergelak kecil.
Malam itu, Isqandar pula yang melayan kerenah Irdina. Isqandar Ryan, pelakon terkenal bertukar menjadi nanny dengan jayanya. Romantik Isqandar bukan sekadar di dunia lakonan sahaja. Dengan isteri pun boleh tahan romantik juga sebenarnya.
*****
Sejak kali pertama mereka menghadiri talk show Yasmin Mogahed bersama, Isqandar kerap kali mengajak Irdina keluar. Tidak kiralah keluar makan ke, membeli belah atau menemaninya di set. Sehinggakan banyak kontroversi yang melanda pelakon berbakat itu.
Namun, Irdina masih belum bersedia untuk membenarkan Isqandar mendedahkan hubungan mereka. Macam-macam alasan yang diberikan Isqandar demi menutup hubungan suami isteri mereka. Dia sendiri juga masih belum bersedia untuk memberitahu umum. Masih belum sampai masanya untuk membongkar statusnya itu.
*****
“Dr Tasnim, they need you in ER. Privasi status,” maklum Muna kepada Irdina yang sedang menjalankan rawatan terhadap pesakitnya.
Give me five minute. Muna, please inform me again the next five minute,” Muna hanya mengangguk.
Irdina cuba merawat pesakitnya secepat mungkin. Kenapalah dia pula yang kena handle ER? Macamlah tiada doktor lain. Nasib baik pesakit minor saja. Setelah selesai merawat pesakitnya, Irdina bergerak laju menuju ke ER. Takut pula pesakit yang menanti dalam keadaan parah. Tapi, apa yang privasi status tu?
“Haida, apa yang berlaku?”
Accident. Pesakit luar. Luka di tangan dan bahu kanan. Kesan dari geseran,” beritahu jururawat yang bernama Haida itu.
Irdina memakai sarung tangan getah dan juga safety mask. Haida juga sudah bersiap sedia untuk membantu. Dia melangkah ke katil yang menempatkan pesakit. Kelihatan pesakit yang duduk di sisi katil itu sambil menundukkan wajahnya sedang menahan kesakitan.
“Maaf, encik. Saya kena potong bahagian lengan baju encik ni. Encik tahan sakit sekejap ya? Haida, tolong guntingkan…”
Haida melakukan proses pengguntingan. Irdina bersiap sedia dengan kapas di tangannya untuk mencuci luka. Agak teruk juga kerana seluruh bahu dan tangan kanan yang cedera. Namun, tidak perlu dijahit kerana ia hanya luka di permukaan kulit. Banyak juga darah yang mengalir dari luka besar itu.
“Tahan sikit ya, encik…”
“Auchhh,” Pesakit itu mengaduh pedih.
Pergerakan Irdina terhenti. Dia yang sedang membongkok, berdiri tegak. Diperhatikan lelaki yang masih menunduk itu. Keluhan dilepaskan perlahan sebelum menyambung kembali kerja pembersihan luka.
“Haida, antiseptic,” Haida menurut arahan.
Irdina sedaya upaya bersikap profesional dan menahan perasaan. Sakit hatinya mendengar pesakit itu mengaduh sakit setiap kali dia mencuci darah di seluruh bahagian tangan dan juga bahu kanan lelaki itu. Tangan yang berotot itu penuh dengan darah yang mengalir. Pesakit lelaki itu langsung tidak panggung kepala. Dia hanya menunduk menahan kesakitan. Sekuat mungkin tangan kirinya mencengkam tilam.
“Macam mana boleh accident?”
Just an accident. Please, just do your job, doctor. I can’t take it anymore,” Dingin pesakit itu menjawab. Irdina terdiam. Sakit sangat ke?
Car crashed, doctor. Kereta Encik Isqandar kena langgar dengan lori ais yang nak keluar simpang,” Haida pula menjelaskan bagi pihak pesakit lelaki itu.
“Oh, driver tidur kot. Tak nampak lori ais punya besar tu keluar,” tempelak Irdina. Haida memberi isyarat agar Irdina tidak melanjutkan lagi amarahnya.
Isqandar mengangkat wajahnya. Seorang doktor bertudung rona turquoise yang sedang membalut tangannya berjaya membuatkan jantungnya berdegup pantas.
“Irdina?”
Ya, it’s me. Talk to you later, Encik Isqandar…”
*****
Tan Sri Haidhar, Puan Sri Azyan dan juga Puan Jeslina menunggu bicara dari Isqandar penuh sabar. Terkejut juga mereka apabila menerima panggilan daripada Isqandar menyatakan dia mengadakan jamuan sedikit di apartmentnya. Tetapi, mereka sudah dapat mengagak akan perkara yang bakal Isqandar utarakan. Awal-awal lagi Irdina sudah memaklumkan kepada mereka.
“Jemput minum, daddy, mummy, mama,” Dulang berisi minuman diletakkan di atas meja kopi.
So, what’s the matter?” soal Tan Sri Haidhar.
“Dina?” Puan Sri Azyan cuba mendapatkan jawapan dari anak perempuannya.
Irdina menjongket bahu. Dikerling suami di sebelah. Masih beriak beku tanpa suara. Dia sendiri tidak mengetahui tujuan sebenar suaminya memanggil ibu bapa dan juga ibu mertuanya.
“Ryan, kenapa ni? Jangan buat mama risau,” Puan Jeslina pula yang bersuara.
“Maafkan Ryan. Ryan dah nekad nak buat press conference. Ryan akan maklumkan dan kenalkan Irdina pada semua. I really mean my words,” tegas Isqandar bersuara.
“Awak serius ke ni? Jangan main-mainlah…”
Dua hari juga Isqandar tidak bercakap dengan Irdina semenjak lelaki itu terlibat dalam kemalangan tempoh hari. Irdina sendiri buntu mahu memujuk Isqandar yang berkecil hati  dengannya itu. Salahnya juga kerana merahsiakan perkara penting itu. Dan, yang paling membuatkan Isqandar berjauh hati tatkala menonton rancangan televisyen yang dihadiri oleh bapa mertuanya.
Tidak pernah dia membayangkan bapa mertuanya juga seorang public figure sepertinya. Pandai mereka merahsiakan hal itu. Termasuk mama kesayangannya. Dia cuba bersikap terbuka tetapi gagal. Isqandar berasa terhina kerana dipermainkan oleh isteri yang sudah mula dia sayangi, mamanya dan juga mertuanya.
I’m serious with my word. No more compromise,” kata Isqandar serius sebelum berlalu ke bilik.
“Dina okey ke?”
“Jangan risaulah. Dina okey. Salah Dina. Daddy, mummy, mama… makan tengah hari kat sini eh,” Sunyi pula jika dia seorang di apartment ini.
Daddy dengan mummy tak bolehlah, sayang. Daddy ada jemputan. Jes boleh?”
“Boleh. Mama temankan Dina,” Irdina mengukir senyuman lega. Takut juga dia ingin memujuk Isqandar seorang diri. Dengan adanya ibu kandung Isqandar, pasti mudah sedikit kerjanya. Puan Jeslina lebih memahami anak lelakinya.
*****
“Awak, saya nak cuci luka awak ni. Benarkan saya ya?”
Tiada jawapan. Isqandar yang sedang duduk di birai katil sambil membelek handphonenya tidak menghiraukan kehadiran isterinya.
“Saya cuci sekejap aje,” Irdina memberanikan diri mendekati suaminya.
Walaupun Isqandar masih dingin, dia langsung tidak bergerak ketika Irdina mencuci lukanya. Sesekali kedengaran juga pelakon popular itu mengaduh. Mungkin pedih kerana kawasan yang tercedera terkena dengan air. Irdina kembali membalut luka itu penuh berhati-hati. Dalam dua tiga hari lagi, keringlah luka itu. Harapannya, luka di hati si suami juga akan turut sembuh.
“Awak dah nekad ke nak buat conference? Karier awak boleh jatuh…”
I’m done my word. Nothing can change my decision. Even, you. Whether you like it or not, you have to accept it,” tegas Isqandar. Tiada nada mesra ditonjolkan.
Irdina mengeluh kecil. Nampaknya, dia tidak boleh mengubah keputusan suaminya. Inilah yang ditakutinya sejak awal perkahwinan dulu. Dia cuba memberitahu Isqandar. Namun, gagal. Entah apa yang menghalangnya pun dia sendiri tidak tahu.
“Okey. Saya keluar dulu. Nanti dah siap masak, saya panggil awak…”
Peritnya hati tatkala insan yang disayangi tidak mengendahkan dirinya yang semakin lemah ini. Sepanjang dua hari ini, Irdina tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya. Pesakit yang datang, diminta rakannya yang mengambil alih. Tidak mahu ada kesilapan yang berlaku jika dia yang merawat.
*****
Puan Jeslina membantu Irdina memasak di dapur. Sayu juga hatinya melihat rumah tangga anak menantunya bergolak. Pedih hati wanita separuh umur itu apabila terlihat layanan beku yang diberikan anak kesayangannya kepada Irdina. Baginya, Isqandar semakin keterlaluan. Kerap kali dia menasihatkan Isqandar bahawa kehidupan rumah tangga memerlukan toleransi. Namun, begitu juga sikap Isqandar. Tiada perubahan.
“Ma, Dina tak pandailah nak masak tom yam yang sedap. Mama tolong Dina eh,” Puan Jeslina menghadiahkan senyuman manis.
“Iya, mama tolong. Dina masak makanan yang Dina pakar. Teringin juga nak merasa air tangan menantu mama ni,” Irdina tersenyum.
“Dina bukannya pakar di dapur pun, ma. Kalau mama suruh bedah dapur ni, mungkin boleh kot,” seloroh Irdina.
“Amboi, kenakan mama ya. Alah, tak payah nak tipu mama. Mummy Dina selalu cakap Dina suka buat experiment memasak kat rumah. Siap dia kena jadi juri lagi…”
Mummy punya kerjalah, ma. Ada ke patut dia cakap, kalau Dina tak pandai masak, tak ada orang masuk meminang. Itu yang Dina belajar juga memasak. Even, takut jugak tangan dengan muka terpercik minyak,” Puan Jeslina ketawa.
Pandai besannya memancing menantunya itu untuk belajar memasak. Jika dibandingkan dengan anak bongsunya itu, memang payahlah nak minta tolong di dapur. Macam-macam helah dia reka untuk mengelakkan diri ke dapur. Mahunya meletup dapur itu jika melangkah ke situ.
“Memasak ni, kita dah tahu asas pun dah cukup. Janji ada niat nak belajar, Insha Allah, akan dipermudahkan,” tutur Puan Jeslina. Irdina mengangguk setuju sambil memotong sayur.
*****
Malam itu, Puan Jeslina terpaksa bermalam di apartment Isqandar gara-gara anak lelakinya tidak membenarkan dia pulang ke rumah sana. Tidak sanggup ingin membantah. Kasihan pula dengan keadaan Isqandar yang memerlukan bantuan untuk makan. Tangan kanannya masih teramat sakit untuk bergerak aktif. Harapkan Irdina seorang untuk melakukan semua itu, menantunya itu sibuk di hospital.
Lagipun, dia kasihankan Irdina. Mana nak layan kerenah pesakit di hospital. Kerenah suami di rumah lagi. Tetapi, Irdina langsung tidak mengadu keletihan. Jika boleh, Irdina sendiri ingin merawat suaminya. Dia ingin mengambil hati Isqandar semula.
“Ryan masih tak boleh maafkan Dina?”
“Susah, ma. Ryan dah cuba, tapi entahlah. Ryan terkilan sebab keluarga Dina sanggup merahsiakan hal ni,” Puan Jeslina mengusap rambut Isqandar lembut.
“Mama pun terlibat sama, Ryan. Dina seorang yang low profile. Bukan Ryan seorang yang tak tahu tentang daddy tapi hampir kesemua kawan Dina juga begitu. Seboleh mungkin Dina rahsiakan. Dia tak mahu orang kenal dia sebagai anak hartawan. Ryan cubalah faham. Adik-adik pun ada perasaan yang sama bila Ryan mula jadi pelakon dulu,” ujar Puan Jeslina.
“Tapi, ma. Dia rahsiakan juga pekerjaan dia. Memanglah tak penting. At least, tell me. Ryan bukannya nak marah pun. Setiap kali Ryan tanya, asyik mengelak,” Isqandar meluahkan amarahnya.
“Dina dah minta maaf, kan. Dia bukan sengaja nak rahsiakan. Cuma, belum bersedia untuk beritahu Ryan saja. Mama tak kisah Ryan nak kenalkan Dina. Tapi, pastikan Dina rela. Mama tak mahu Dina terbeban. Boleh terganggu kerja dia,” Isqandar ketap bibir.
Bukan senang ingin memaafkan seseorang. Acap kali dia cuba berbaik dengan Irdina. Namun, hatinya walang. Tiada apa yang perlu dirahsiakan antara mereka. Bukannya Isqandar tidak faham akan karier isterinya. Lebih dari faham memandangkan dia pernah membuat kajian tentang itu ketika ingin menggalas watak sebagai doktor.
“Entahlah, ma. Biar masa aje yang tentukan. Minggu depan, Ryan akan adakan press conference. Mama tolong support Ryan ya. Ryan tak sanggup lagi nak menipu semua orang yang Ryan masih single. They need to know my status,” putus Isqandar.
“Saya akan ikut rancangan awak,” kata Irdina sebelum berlalu ke bilik.
Serentak Isqandar dan Puan Jeslina tercengang. Irdina setuju?
*****
Kecoh satu Malaysia apabila sidang media diadakan oleh Isqandar Ryan. Hampir kesemua wartawan dan blogger tergamam akan pengakuan yang diucapkan oleh pelakon lelaki itu. Dek terkejut akan berita itu, suasana dewan mini yang ditempah khas oleh Isqandar hingar bingar. Semuanya ingin mengetahui yang selanjutnya.
Tanpa rasa gentar, Isqandar tenang mengulas lanjut tentang isu perkahwinannya. Puan Jeslina, Tan Sri Haidhar, Puan Sri Azyan dan Irdina turut menghadirkan diri. Keempatnya telah bersedia mental dan fizikal. Pasti ada pihak yang akan menghentam mereka.
“Kenapa awak bertindak untuk merahsiakan hal ini? Bukankah perkahwinan itu lebih baik diuarkan agar tidak akan menimbulkan fitnah? Apa penjelasan awak, Isqandar Ryan?”
“Maafkan saya kerana terpaksa menyembunyikan hal perkahwinan saya. Bukan niat saya untuk merahsiakan dari semua. Tapi, perkara ni berlaku secara tiba-tiba. Hanya majlis akad nikah saja yang dilakukan. Saya perlu hormati kebajikan keluarga saya dan juga keluarga mertua. Sekali lagi, saya meminta maaf,” jelas Isqandar.
Irdina di sebelah suaminya hanya diam dan mengulas senyuman kecil. Tidak mahulah dia dicop sombong pula nanti oleh wartawan dan juga peminat-peminat Isqandar.
“Adakah Puan Irdina sengaja ingin membiarkan perkahwinan puan dengan Isqandar dirahsiakan agar privasi puan terjaga?”
Isqandar cuba membuka mulut. Namun, Irdina lebih pantas mengambil tindakan.
“Bukan sengaja. Tapi, terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu. Seperti yang suami saya cakap, perkara ni berlaku tiba-tiba. Jadi, untuk menguarkan kedudukan sebenar memerlukan masa,” Irdina berkata sopan.
Sudahlah dia langsung tidak menyukai akan wartawan yang seakan sedang menyindir mereka. Seboleh mungkin dia cuba memaniskan muka. Kelipan lensa mula merimaskan dirinya. Ingin sahaja dia bangun dan beredar dari situ. Namun, demi Isqandar… dia harus bertahan.
“Rasanya saya dan isteri dah jelaskan apa yang sepatutnya. Saya harap tiada lagi isu yang timbul selepas ni. Jika ada yang masih belum terjawab, saya minta janganlah disoal demi menghormati keluarga kami. Mungkin, di lain kali kita jumpa lagi. Maafkan saya,” Isqandar memberi isyarat kepada Irdina dan juga yang lain.
Tidak betah lagi dia berada di sini. Tangannya sudah terasa mencucuk cucuk sakitnya. Jika lebih lama lagi di sini, mungkin pengsan dia menahan kesakitan. Para wartawan mula bising kerana mengingatkan Isqandar cuba melarikan diri.
“Isqandar, ada lagi persoalan yang perlu kami tahu,” Seorang wartawan wanita cuba menahan Isqandar daripada beredar.
Irdina memandang suaminya. Kerutan dan peluh di dahi Isqandar menarik perhatiannya. Matanya terpandang sedikit darah menitis di bahagian jari suaminya. Pasti Isqandar terlalu tertekan sekarang.
“Maafkan kami. Kami terpaksa beredar. Maaf,” Irdina memohon maaf kepada wartawan yang hadir.
“Dina bawa Isqandar keluar. Biar daddy yang uruskan hal di sini,” Tan Sri Haidhar faham akan situasi menantunya.
Thanks, daddy,” Irdina membantu Isqandar meloloskan diri dari sidang media ini. Luka di tangan suaminya perlu dirawat.
Tan Sri Haidhar mengambil alih setiap persoalan yang disoal media. Puan Sri Azyan dan juga Puan Jeslina turut membantu. Mereka tidak mahu ada persoalan yang timbul di kemudian hari. Tambahan pula, karier Isqandar dan juga Irdina perlu dijaga agar tidak terjejas oleh perkara. Mereka yang meminta kedua-duanya bernikah. Risikonya haruslah ditanggung bersama.
*****
Irdina membawa Isqandar ke hospital tempatnya bertugas. Senang sedikit jika dirawat di rumah sakit. Semua peralatan pun sedia ada. Tidak mahu ada gangguan, Isqandar dibawa ke biliknya.
“Awak relaks sikit. Don’t put pressure on your hand, please. You’re bleeding,” Isqandar melepaskan nafas perlahan. Dibiarkan Irdina membuka kemejanya.
“Dr Tasnim panggil saya?”
“Ya. Can you please help me, Muna?”
Sure…” Muna mendekati Irdina di sebalik tirai yang menutup bahagian untuk Irdina memeriksa pesakitnya.
“Tolong ambilkan yang saya dah senarai ni,” Irdina menyerahkan sehelai kertas kepada Muna.
“Baiklah. Sekejap ya,” Muna pantas bergerak ke bilik penyimpanan untuk mengambil barang yang diperlukan Irdina.
Isqandar merenung isterinya yang ralit mencuci darah di tangan kanannya. Riak Irdina tenang. Walaupun kebelakangan ini di dingin dengan Irdina, isterinya itu langsung tidak merungut. Hatinya teringin sekali mengetahui perasaan isterinya ketika ini. Seluruh pelusuk Malaysia sudah mengetahui kehadiran Irdina Tasnim di sisinya.
Tan Sri Haidhar begitu menjaga hak asasi Irdina yang memerlukan privasi hidupnya, sedangkan dia? Dengan senangnya membuka hak itu. Kini, pasti Irdina sudah menjadi topik bualan di luar sana. Haruskah dia meminta maaf kepada Irdina di atas kesilapannya?
I’m sorry,” ucap Isqandar perlahan.
“Untuk apa?”
For today’s event. I know you’re stressed. Privasi awak sudah terkoyak,” Irdinia senyum nipis.
“Tak kisahlah. Janji awak sudi maafkan saya. Itu pun saya dah bersyukur. Awak tak payahlah risaukan hal ni. Sampai bila kita nak berahsia. Jujur lebih baik,” balas Irdina perlahan. Tangannya masih sibuk di tangan kanan Isqandar.
“Sama-sama, kosong?”
“Ya. Jadi, awak dah maafkan saya?” Isqandar mengangguk.
“Alhamdulillah. Terima kasih, awak,” ucap Irdina sambil mengulas senyuman. Lega hatinya kini.
“Terima kasih juga sebab sanggup biarkan saya kenalkan awak sebagai isteri saya,” Isqandar sudah mampu tersenyum kembali.
Irdina menoleh ke belakang apabila tiba-tiba pintu biliknya dibuka kasar. Isqandar turut terjenguk ke pintu.
“Patutlah I ajak you keluar, you tolak. Rupanya dah kahwin senyap-senyap. Hebat sunggu permainan you, Irdina Tasnim,” tempelak Dr Ezwan sinis.
“You rempuh pintu bilik I sebab ni aje, Dr Ezwan? Ingatkan hal penting apalah yang you nak cakapkan,” Apa dia ingat, aku ni bini dia? Getus Irdina.
“Huh, tak sangka you ni gila glamor. You tolak I mentah-mentah disebabkan pelakon ni aje? Sungguh tak layak,” Isqandar diam tanpa berkata apa. Malas dia mahu masuk campur. Dia tahu, Irdina mampu untuk membidas doktor muda itu.
“Tak payahlah you nak salahkan sesiapa, Dr Ezwan. Tak ada sesiapa pun yang menjadi penyebab I tolak you. Sebenarnya I yang tak layak untuk you. Tak mungkin seorang doktor biasa macam I layak untuk anak jutawan seperti you,” Irdina berkata sambil membalut kembali luka suaminya. Sempat dia menyindir Dr Ezwan.
“Dr Tasnim, keluarga doktor ada di luar,” maklum Muna sambil meletakkan barang-barang Irdina minta.
“Terima kasih, Muna,” Muna hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum berlalu keluar.
So, ini suami you? Pelakon terkenal yang orang puja sangat tu,” sinis Dr Ezwan berkata.
“Hai, saya Isqandar Ryan. Suami Irdina Tasnim,” Isqandar memaniskan mukanya. Tanda dia langsung tidak berminat untuk mencari gaduh. Buang masa.
“Sudahlah, Dr Ezwan. Tak perlu you nak kacau I lagi. Sekarang you dah tahu, I ni isteri orang. You carilah orang lain yang lebih layak untuk bergandingan dengan you,” Irdina mengemaskan peralatannya.
Dia tidak mahu keluarganya menunggu lama di luar. Lagi pula, dia tidak mahu bertekak dengan Dr Ezwan. Menyakitkan hatinya sahaja.
Bro, bunga bukan sekuntum. Soal jodoh bukan di tangan kita, tapi Allah. Ask Him to guide you to the right woman. Insha Allah, you ease your life also your heart,” Sempat lagi Isqandar berpesan kepada Dr Ezwan yang masih berdiri di pintu.
“Jomlah, awak. Daddy dan mummy dah tunggu…”
Tanpa berkata apa-apa, Dr Ezwan berlalu keluar dari bilik Irdina.
“Kenapa tolak dia?” Isqandar menarik lengan Irdina. Irdina mendongak sedikit.
He had mother who always take care of him. She has a right woman for her son. Saya kan dah ada awak?” Ternampak sebaris gigi putih Irdina yang tersenyum lebar.
“Oh, gitu. Ni mesti mak dia jumpa awak, kan?”
“Siapalah kita ni untuk anak dia. Eh, dahlah awak ni. Malas nak ungkit cerita lama,” Isqandar mengecilkan matanya.
“Ala, sekejaplah. Nak pergi mana cepat sangat? Daddy mummy faham punya kenapa lambat,” Dikenyitkan matanya.
Irdina melarikan pandangannya. Ditolak perlahan tangan yang melingkar di pinggangnya.
“Memanglah faham. Tapi, ni hospital ya, encik hubby. Please behave. Come to your sense,” Terletus tawa Isqandar.
Comel pula dia melihat telatah Irdina. Ah, hati. Mulalah nak terpaut. Nasib baiklah hati ni pandai terpaut pada si isteri. Bukannya pada orang lain.
“Iyalah. Kiranya kat rumah bolehlah ya?”

Irdina menampar perlahan ke tangan kanan Isqandar yang berbalut. Nasib baik tak bersilat si suami dia yang kacak ni. Mereka beriringan keluar ke lobi hospital. Sengaja Isqandar memaut pinggang Irdina. Biar orang tahu mereka sedang bahagia.

~THE END~

2 comments:

  1. Sis why ending mcm ni ke? Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ending tak rasmi, dik. official punya ending nanti akak update. hehe

      Delete