Wednesday, 30 April 2014

Cerpen : Menanti Jodoh 2



Ai Ling merenung sahabat baiknya yang ralit mengacau minumannya. Resah sungguh dia melihat Balqis seperti orang mati laki. Entah apalah yang mengganggu fikiran gadis itu pun, dia tidak tahu. Sepanjang perkenalan mereka, Balqis jarang mendiamkan diri begini. Selalunya, ada sahaja yang nak dibualkan.

“Ai Ling, kau kenal Tengku Qalief kan?”

“Ya. Why?”

“Sejauh mana kau kenal dia? I mean, his life. Maybe, Bernard ada cerita kat you pasal dia ke,” Balqis memandang tepat ke anak mata Ai Ling.

“Emmm, aku tak berapa kenal dia sangat. Cuma, Bernard adalah juga kadang-kadang tu bercerita pasal Qalief. His life was simple. Kalau kau nak tahu, he is family man. Dia still tinggal dengan parent dia. As anak sulung Tengku Muazzam dan belum berkahwin, dia tak sanggup nak berjauhan dengan family dia…”

“Belum kahwin?” sampuk Balqis.

“Ya. Tapi, Bernard cerita Qalief ada anak perempuan. Empat tahun umur dia, tak silap aku,” Bertambah bingung Balqis.

“Belum kahwin, tapi dah ada anak?”

“Yupp. Tapi, bukan anak kandung dialah. Mungkin anak angkat ke aku tak tahu. Eh, yang kau tanya ni kenapa? Kau minat dia eh?”

Balqis tersedak. Hish, Ai Ling ni. Kot ya pun, perlahanlah sikit volume tu, desis Balqis. Buat malu saja, pengunjung restoran di sekitarnya sudah menjeling.

“Tak adalah. Aku nak tahu aje. Dia pernah jadi VIP jemputan kat Karissa. Itu yang aku tanya,” Balqis masih belum bersedia untuk menceritakan pertemuannya dengan Qalief dan Afinna. Masak dia kena usik dengan Ai Ling.

“Manalah tahu. Lagipun, Qalief tu handsome. Memang padanlah kau orang berdua. Kalau aku tak couple dengan Bernard, maybe aku pilih Qalief. Ada rupa, poket dia pun penuh,” kata Ai Ling selamba.

Balqis menjegilkan matanya.

“Banyaklah kau. Gatal jugak ya kau. Ada hati nak tackle si Qalief tu,” Ai Ling mencebik.

“Alah, suka-suka aje. Bernard tetap di hati aku,” Balqis buat gaya nak termuntah.

Dulu bukan main lagi merajuk dengan Bernard. Sampai tak ingat dunia. Hari ni lain pula. Sayang juga Ai Ling pada Bernard.

So, what about you and Bernard? Dah settle?”

Ai Ling tersengih sedikit.

Qis, I wanna be his wife less than three month…”

What?!” Tidak percaya Balqis akan perkhabaran itu.

Ai Ling menunjukkan riak malu.

“Aku dah terima dia, Qis. Mungkin ini jalan penyelesaian untuk kami. Family aku pun sokong keputusan kami. Lagipun, kami bukannya muda lagi,” Balqis menggenggam erat jemari Ai Ling.

“Tahniah! Happy for both of you. Nanti korang jemput aku tak?” Ai Ling menampar lembut tangan Balqis.

“Apa pulak tak jemput? Kau tu best friend aku tau. Susah senang kita bersama even berlainan agama. Aku sayang kau sangat-sangat, Qis. And, guess what? Our wedding theme is… perkahwinan tradisional melayu,” Sekali lagi Balqis terkejut akan kenyataan itu.

Serious? Terharunya aku. Sayang kau plus-plus,” Ai Ling mengangguk. Persahabatan mereka lebih erat dari hubungan adik beradik.

Ai Ling banyak belajar tentang budaya masyarakat melayu dan juga Islam. Mungkin hatinya masih belum terbuka untuk convert. Ketika belajar di Cambridge dulu, setiap hari dia melihat rutin Balqis. Solat, mengaji, puasa. Jika ada yang dia keliru, Balqis akan memberikan penjelasan. Balqis sendiri banyak belajar tentang budaya Cinanya. Mereka saling bertukar pandangan.

*****

Kehadiran Umi Sainah menggembirakan Balqis. Rindunya dia pada wanita itu. Entah mimpi apa, Umi Sainah sudah tercongok di hadapan rumah. Nasiblah Tuan Wahid dan Puan Fatiah ada di rumah. Tidaklah bosan jika Balqis keluar bekerja. Lama juga Umi Sainah akan berada di sini. Balqis agak pelik kerana Umi Sainah bukannya jenis boleh meninggalkan rumah sesuka hatinya.

“Nak pulak umi tinggal kat lama eh. Dulu, bukan main payah nak datang,” Umi Sainah mencubit lengan Balqis.

“Eh, ini pun umi ada masa nak datang tau. Kalau tak, raya nanti barulah nampak muka Issa. Lama Ati dengan Wahid balik sini?”

“Boleh tahan lama jugaklah, kak Nah. Banyak kerja nak settle kat sini. Sementara tu, boleh juga tengokkan Issa ni. Balik sana awal pun, hati tak tenang teringat dia seorang kat sini,” balas Puan Fatiah.

“Apalah, ammi, walid, umi ni. Issa okey aje kat sini. Ai Ling kan ada temankan Issa,” Balqis mengambil sepotong epal dan dibawa ke mulutnya.

Petang itu mereka bersantai di balkoni bawah berdekatan dengan halaman rumah.

“Memanglah. Tapi, sekarang ni Ai Ling sibuk nak uruskan majlis perkahwinan dia. Mestilah jarang datang sini,” Balqis cebik bibirnya.

Gaya dia tidak biasa tinggal seorang. Nak dekat setahun sejak Tuan Wahid dan Puan Fatiah berhijrah ke Abu Dhabi atas urusan kerja, dia bersendirian di rumah semi-D yang besar ni. Lagipun, jika dia takut, dia boleh sahaja ke Pusat Asuhan Karissa. Ada juga teman untuk berbual bermain.

Tuan Wahid mengerling isterinya dan Umi Sainah. Mereka berdua yang perasan, menganggukkan kepala.

“Issa, apa pandangan Issa tentang perkahwinan pilihan keluarga?”

Balqis buat muka pelik. Dah kenapa tanya dia?

“Emmm, no comment. Tapi, pilihan keluarga ni berkat. Dah tentu-tentu dapat persetujuan keluarga. Pilihan sendiri ni, belum tentu dia orang approve. Kenapa walid tanya?”

No comment konon. Berjela jugak komen dia. Kalau kami cari calon suami untuk Issa, macam mana?”

Dah macam monyet kelaparan muka Balqis tika ini. Epal yang dikunyah terus ditelan kasar. Dia tak salah dengarkan?

“Apa… apa maksud walid?”

“Issa kisah tak kami carikan calon suami untuk Issa. Walid, ammi dan umi dah bincang. Kami dah bersepakat dan sebulat suara bersetuju dengan calon pilihan kami. Cuma, tinggal Issa nak setuju aje,” Balqis rasa badan dia macam nak melayang.

Untung sahaja dia sedang duduk elok di atas permaidani. Jadi, tidaklah sakit jika jatuh.

“Umi dah tengok calonnya. Alhamdulillah, umi berkenan. Orangnya bukanlah baik, tapi dia tak jahat,” Erk?

Balqis terkaku. No respons. Tuan Wahid, Puan Fatiah dan Umi Sainah sudah serba salah. Tidak sukakah Balqis akan keputusan spontan mereka? Anak gadis itu hanya diam. Selalunya, kalau diam tu tandanya setuju. Tapi, lain dengan kes Balqis. Diamnya umpama tidak bersetuju dan tidak menyukai tindakan mereka.

*****

‘Orangnya bukanlah baik, tapi dia tak jahat…’

Kata-kata itu mengganggu fikiran Balqis. Dia berdiri di balkoni biliknya. Mata mendongak memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit. Bulan sabit turut kelihatan. Walaupun malam masih muda, kawasan perumahan sunyi. Memberi ruang untu berfikir dengan rasional. Jawapan apa yang patut dia berikan kepada walid, ammi dan umi? Mereka seperti berharap dia bersetuju dengan pilihan mereka.

Seketika kemudian, telefon bimbitnya berdering. Dengan langkah malas, dia menghampiri katil dan mengambil handphonenya. Private number? Walaupun tidak kenal, dia masih menjawab panggilan itu.

Hello, assalamualaikum. Balqis?”

“Waalaikumsalam. Ya, saya Balqis. Siapa ya?”

“I ni, Qalief. Sorrylah I ganggu you malam-malam ni. Tapi, I cuma nak you datang hospital. Fin admit hospital, food poisonous,” bicara Qalief terus kepada niat sebenar dia menelefon gadis itu.

“Ya Allah, teruk ke?”

“Alhamdulillah, dah kurang sikit. Tapi, dari tadi asyik merengek panggil you. Kalau you tak busy, boleh you datang sini?”

I will. Tapi, lambat sikitlah. You bagi detail hospital,” Tidak sampai hati dia membiarkan sahaja kanak-kanak itu menantinya.

Thank you, Balqis. We’re waiting you,” Balqis tersenyum sendiri.

Talian dimatikan. We’re waiting you? Sekali Qalief ke yang menanti dia? Senget kot bapak budak ni. Tanpa lengah, dia membawa langkah ke dapur.

*****

Pintu wad yang menempatkan Afinna dibuka perlahan. Tangisan Afinna mencuri pendengarannya. Kelihatan Qalief sedang memujuk anak perempuannya.

“Assalamualaikum,” Serentak Qalief dan Afinna berpaling ke pintu.

“Waalaikumsalam, Balqis. Masuklah,” Balqis menghampiri Afinna yang sedang sendu. Qalief membiarkan Balqis melayan Afinna sementara dia duduk di sofa. Takut Balqis tidak selesa pula dia di situ.

“Kenapa ni? Sakit lagi?”

Afinna memeluk Balqis erat. Ya Allah, terseksakah kanak-kanak ini? Sembuhkanlah dia, Ya Allah. Doa Balqis tulus. Jam sudah menginjak ke pukul sebelas malam, anak kecil ini masih berjaga.

Mummy,” rengek Afinna.

“Dia rindukan ibu dialah, Qalief,” Qalief yang sedang duduk di sofa berdekatan katil mengangkat wajahnya.

“Kalaulah I boleh bawakan ibu dia, Balqis. She’s died. Mummy Fin dah tak ada,” Tersentak Balqis di atas katil. nafas dihela perlahan.

I’m sorry. Fin dah makan ke?”

“Belum. Puas I pujuk dia tadi. Sebab tak makan tulah, tak boleh tidur. Lepas tu, asyik merengek panggil you. Ibu I suruh I call you terus. Takut melarat pulak keadaan Fin,” tutur Qalief.

Tenang sedikit hatinya melihat Afinna selesa dalam dakapan Balqis. Tidak seperti tadi, asyik meracau dan menangis.

“Fin, auntie suap Fin makan, nak? Auntie bawakan bubur untuk Fin. Sedap tau,” Afinna mengangkat wajahnya. Dia mengangguk perlahan.

Balqis mengambil beg kertas yang berisi bekas bubur dan juga susu suam. Dibuka Tupperware bubur. Baunya sahaja mampu membuatkan Afinna lapar. Penat menangis agaknya. Qalief hanya melihat Afinna disuap oleh Balqis. Tersentuh hatinya tatkala Afinna membuka mulut kecilnya. Berselera sekali Afinna makan bubur yang dibawa Balqis.

“Ni mesti overdose snek, kan?” Qalief mengangkat kening.

“Fin jarang makan nasi. Nampak aje nasi, terus dia lari. Bukan senang nak pujuk dia makan. Kadang-kadang, kena ugut barulah nak makan. Tapi, kalau bagi snek, laju aje dia makan,” jelas Qalief.

“Jadi, Fin kena habiskan bubur ni tau. Kalau tak, auntie tak nak jumpa Fin lagi,” Afinna mengangguk perlahan.

Shining eyes milik Afinna membuatkan Balqis jatuh kasihan. Pasti Afinna rindukan belaian seorang ibu. Bukan semua benda yang mampu bapa lakukan. Qalief pula bukanlah sepanjang masa bersama Afinna. CEO syarikat besar seperti Qalief, manalah ada masa terluang.

*****

Semenjak kes keracunan Afinna, Balqis sering melawat kanak-kanak itu di rumah Tengku Muazzam. Tengku Muazzam dan Ku Ainur menerima baik kehadiran Balqis. Afinna lebih ceria dari dulu. Kini, Afinna sudah mula makan nasi. Balqis juga mengajar Afinna untuk mengambil kismis. Jadi, senang sahaja kanak-kanak comel itu meninggalkan snek dan makanan yang tak sihat lain.

Cuma, kebelakangan ini sahaja Balqis jarang bertandang ke rumah keluarga Qalief. Dia perlu menumpukan perhatian pada persiapan perkahwinannya. Kahwin? Ya, Balqis sudah bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya. Jika ingin menunggu dia membawa calon menantu untuk Tuan Wahid dan Puan Fatiah, mahunya berjanggut mereka ternanti-nanti.

Balqis bersyukur kerana jodoh yang dinantinya sudah tiba. Walaupun, bukan pilihan hatinya, Insha Allah dia akan berusaha untuk menyayangi bakal suaminya sepenuh hati. Dia berharap bakal suaminya dapat menerima baik buruknya. Tak sangka, majlis akad nikahnya akan berlangsung lebih awal dari Ai Ling.

“Qalief?”

Qalief yang kusyuk melihat deretan jam tangan, mengangkat wajah.

“You buat apa kat sini?” tanya Qalief.

“Cari barang sikit. You pulak? Cari hadiah untuk girl you ke?”

“Eh, tak adalah. I cari barang hantaran. Lupa nak bagitahu you, I dah nak kahwin,” Senada sahaja Qalief berkata. Seperti tidak menyukai perkahwinannya yang bakal berlangsung.

“Wah, great. Dapat mummy barulah Fin. Mesti dah tak nak jumpa I,” Sedih pula Balqis.

“Insha Allah, tak. Dia kan sayang you lebih dari I,” Balqis tergelak kecil. Nampak sangat lelaki itu berjauh hati.

“Mana ada. You pernah dengar tak? A father is his daughter’s first love. Tak semua bapa macam you. Empat tahun you besarkan dia sendiri. She’s rely on you, Qalief. Dia banyak bercerita pasal you masa I jenguk dia. She admired you,” Qalief tersenyum.

I know that. But, very hard for me to say that… she need a mother too. Untuk itu, I terpaksa berkahwin…”

At least, she will not lonely anymore. Jiwa kanak-kanak ni lain. They think very hard,” Qalief mengangguk setuju.

“Terima kasih, Balqis. Nanti I kirimkan kad jemputan kahwin. Datanglah ya,” Seperti tak ikhlas saja Qalief menjemput Balqis. Tidak pula Balqis teringat untuk menjemput Qalief ke perkahwinannya. Atau, Balqis tidak mahu lelaki itu hadir?

“Insha Allah…”

Balqis memilih seutas jam tangan lelaki jenama Chanel. Entahkan sesuai atau tidak dengan bakal suaminya itu. Qalief turut memilih jam tangan yang sama. Sempat Qalief meminta agar Balqis membantunya memilih handbag yang sesuai. Dia manalah tahu taste orang perempuan.

Sengaja Ku Ainur membiarkan Qalief menyediakan sendiri barang-barang hantaran. Barulah Qalief tahu susah senang untuk menjaga seorang perempuan. Arwah Lanna jarang membeli belah, jadi agak susah untuk Qalief meneka barang apa yang harus dibelinya. Alihnya, dia meminta adik bongsunya, Qalisha untuk menyenaraikan segala barang hantaran.

p/s : baru siapkan cerpen ni. tak boleh nak pendekkan lagi. so, muncullah versi panjang gini. daripada nak buat 2 part, terus jadi 3 part. apa pun, syukur sangat sebab siap jugak. boleh cover yang lain pulak. cerpen ni selingan ja. harap semua suka. :D. SELAMAT MEMBACA!

1 comment: