Sunday, 27 April 2014

e-novel : Pearl Episode 2 Part 1


EPISODE 2

Adelin menekan alarm Gen 2 kelabunya. Pintu belakang kereta dibuka dan dia meletakkan beberapa buah fail yang terpaksa dibawa pulang untuk disiapkan. Nasib baik esok cuti. Bolehlah dia menghabiskan masa dengan menyiapkan kerja-kerjanya. Tiba-tiba, dia terasa ada yang memegang bahunya.

“Oh mak aku!” latah Adelin separuh kuat. Dia terloncat sedikit.

“Hoi, agak-agaklah nak jerit pun,” Adelin menjeling orang yang mengejutkannya itu.

Hello, lain kali jangan dok terjah orang macam ni boleh tak? Daripada sihat walafiat, terus masuk ICU,” leter Adelin. Dia menutup kembali pintu keretanya.

Hesy, kau ni macam mak nenek. Membebel aje dua puluh empat jam,” Fariz menyandarkan badannya di kereta Adelin.

“Awak nak apa, Inche Inspector? Nak interview apa?”

“Apa, ingat aku datang jumpa kau ni sebab nak interview aje ke? Macam tak ada kerja lain…”

Then, awak nak apa?” Macam Adelin pula yang dok interview si Fariz tu.

“Makan,” Fariz tersengih. Ini dah macam nak minta penumbuk sulung Adelin Annisa. Belum pernah lagi rasanya penumbuk ni sampai kat muka orang.

“Motif sangat. Cer ajak salah seorang mistress awak tu. Ajak saya buat apa?”

“Amboi, sombong kau sekarang ni kan? Aku ajak makan nasi aje pun. Bukan nak makan kau,” Adelin menghempuk bahu Fariz dengan handbag jenama Jimmy Choonya.

Emmm, okey. Tapi, dengan satu syarat,” Fariz mengangkat keningnya.

“Syarat? Just name it. One thousand syarat pun aku sanggup tunaikan,” Ceh, buat drama boleh.

“Satu aje. Tak payah nak tamak sangat. Tell me about… Pearl,” Fariz terus berdiri tegak.

Why Pearl?”

Just want to know. Yani punya cerita tak detail. So, saya nak awak yang cerita pada saya. No matter what,” Mata Adelin merenung wajah Fariz yang sudah berkumis nipis itu. Malas nak bercukurlah tu.

Fariz melepaskan keluhan berat. Dia membalas pandangan Adelin dan gadis itu mengangkat keningnya berulang kali. Hendak menolak, pasti akan menimbulkan kepelikan pada gadis itu.

Okay. Tapi, teman aku makan dulu,” setuju Fariz setelah menimbang baik buruknya.

Drive,” Adelin memberikan kunci Gen 2nya kepada Fariz. Tanpa menunggu lelaki itu masuk, dia terlebih dahulu memboloskan dirinya ke tempat duduk di sebelah pemandu.

*****

Fariz dan Adelin beriringan masuk ke dalam sebuah restoran yang menyediakan makanan western. Mereka memilih untuk duduk di meja jepun sahaja. Baru selesa sikit nak makan. Makan makanan western ala Melayu gitu.

Give ustwo apple juices, one spaghetti meat balls and…” Fariz memandang Adelin yang sedang tunduk membelek menu.

One chicken slices bread,” Pelayan itu mengangguk dan terus berlalu.

“Diet ke?”

Nolah. Kenyang lagi makan dengan client tadi,” jawab Adelin sambil mengeluarkan handphone dari handbag. Dia membuka beberapa pesanan mesej yang belum sempat dibuka.

“Dengan papa?” Adelin hanya mengangguk. Tumpuannya masih pada handphone.

“Yani ada bagitahu, awak pernah jadi tahanan Pearl seminggu,” Tanpa memandang Fariz, Adelin berbicara.

Fariz hampir tersedak. Mulut Yani ni tak boleh nak control langsung.

Emmm, so what?”

Huh, is that supposed to be your question? And I don’t even know that my secret husband was kidnapped before,” Fariz terkelu. Urgh! Masa nilah otak dia lembab semacam.

Since I’m just your secret husband, buat apa nak bagitahu? Tak penting pun kan?”

Ahah, tak penting pun. Dan, memang pelik. Kenapa bukan kak Mya or kak Zia yang diculik?”

“Pelik apanya. Aku pun anak Tan Sri Lutfi jugak,” Adelin tersenyum sinis.

“Ya, you’re right. Kinda weird. Anak lelaki Tan Sri Lutfi adalah seorang polis lima tahun dulu. Macam pelik aje si Pearl tu nak culik buat tebusan,” tembak Adelin.

Yes. Sampai pun makanan kita,” Terasa bernafas sedikit jantungnya yang sedang berdegup kencang itu.

Adelin hanya membiarkan sahaja Fariz menjamu seleranya. Bukan main berselera lagi lelaki itu. Gaya macam tak makan setahun.

Seminit… dua minit… lima minit. Fariz masih belum bersuara. Spaghetti meat balls pun dah nak hampir habis. Adelin menunggu juga jika lelaki itu ingin bercerita mengenai Pearl. Tapi, hampeh!

“Tak nak cerita ke?”

Just eat,” Adelin mengeluh.

Kerana menyelamatkan seorang inspector polis, dia terjebak dalam perkahwinan yang memang sengaja dirahsiakan. Itu permintaan kedua-duanya. Hanya keluarga Adelin sahaja yang mengetahui tentang itu. Fariz sendiri masih belum bersedia untuk memaklumkan kepada orang tuanya.

“Kenapalah saya setuju nak berkahwin dengan awak dulu, Inspector Fariz? Do I look dumb at that time?”

Kini, Fariz pula yang mengeluh. Mesti ada something wrong somewherelah tu jika si isteri sudah mengungkit kisah lama.

Just finished your bread. I will tell you all about Pearl as you want,” Yeay, mengena juga jerat dia. Adelin menyembunyikan senyuman gembiranya.

But in one condition,” sambung Fariz lagi.

What?”

“Tidur rumah aku malam ni,” Terjegil mata Adelin.

Sejak menjadi isteri Fariz dua tahun yang lalu, dia belum pernah bermalam di rumah Fariz. Dan sekarang, hanya kerana ingin mengetahui mengenai Pearl, dia harus bermalam di rumah lelaki itu? Sigh!

Other choice…”

Just want you to know, no choice,” Fariz meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. Dia menyisip jus epal perlahan.

Then, forget it. I’ll ask your father ajelah,” Fariz mengukir senyuman sinis.

Try it,” Adelin memandang pinggannya yang masih berbaki dengan pandangan kosong. Dia nak tahu pasal Pearl, tapi tak nak bermalam di rumah lelaki itu. Macam mana kalau terserempak dengan mistress Fariz. Urgh!

Your mistress?”

Stand by. No mistress for one weeks,” Patutlah semak semacam aje wajah lelaki di hadapannya itu.

Your dad case?”

Naaaa, my case,” Adelin mengangkat bahunya. Tak berminat. Tapi tanya buat apa? Semak jugak si Adelin ni pun.

Mereka terdiam seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Apa nak jadilah dengan pasangan rahsia ini? Seorang ke barat, seorang lagi ke timur.

*****

Mata Adelin meliar memandang sekitar kondo mewah, tempat tinggal Fariz. Aik! Tadi bukan main dia menolak. Alihnya, tetap juga di sini. Dah kenapa?

“Yang tercegat kat situ lagi buat apa? Jomlah,” Fariz bersuara tegas.

“Ya. Kejaplah. Nak ambil barang kejap,” Adelin mengambil fail-failnya dan terus menghampiri Fariz yang terlebih dahulu melangkah. Tak gentleman langsung! Bukannya nak tolong dia angkat. Hurm.

Mereka beriringan masuk ke lif untuk ke tingkat lapan. Fariz hanya mendiamkan diri sepanjang berada di dalam lif. Adelin pula, buat muka selamba malas nak layan dia itulah.

“Ian?” Mak Jinah, pembantu rumah Fariz menegur apabila ternampak Fariz keluar dari lif.

“Lah, tak balik lagi ke?”

“Nak baliklah ni. Mak Jinah tertidur tadi. Tak sedar hari dah malam,” jawab Mak Jinah lembut.

“Mak Jinah balik dengan apa ni?” tanya Fariz, prihatin.

“Naik teksilah nampak gayanya. Mak Jinah terlupa nak pesan dengan Khairul suruh ambil tadi…”

Fariz mengeluarkan kunci di dalam poket seluarnya. Dan kemudiannya diletakkan di atas fail yang dipegang Adelin.

“Kau masuk dulu. Aku nak hantar Mak Jinah kejap,” Adelin tercengang.

“Eh, tak payahlah. Mak Jinah boleh balik sendiri,” tolak Mak Jinah.

“Mana boleh. Bahaya Mak Jinah balik seorang malam-malam ni,” pujuk Fariz. Sudah lama Mak Jinah bekerja dengannya. Takkanlah nak hantar sekejap pun tak boleh.

“Mana satu?”

“Apa?” tanya Fariz garang. Gaya macam nak makan orang ada. Nak marah kat siapa entah mamat ni? Adelin hanya menjuihkan bibirnya menunjukkan pintu apartment di hadapannya.

“Yang hujung tu. Pergilah,” Adelin terus berlalu dengan perasaan sebal. Tadi bukan main lagi suruh kita tidur rumah dia. Lelaki pun datang period ke?

“Siapa tu, Ian?” soal Mak Jinah setelah Adelin berlalu.

Hmmm? Kawan,” bohong Fariz. “Jomlah, Mak Jinah. Nanti risau pulak Khairul kat rumah tu,” Fariz menarik lengan Mak Jinah masuk ke dalam perut lif.

*****

Adelin menjengulkan kepalanya sedikit. Dah hilang pun dua makhluk tu. Bukannya nak kenalkan pun dengan pembantu rumah dia.

“Mak ai, mewah jugak rumah mamat ni,” Adelin meletakkan handbag dan fail-failnya di atas sofa yang berbentuk L.

Langsir yang tertutup, diselaknya. Terserlah gemerlapan cahaya yang datang dari tasik di kawasan perumahan mewah itu. Melirik senyuman Adelin. Dia berpaling ke belakang. Satu set TV LCD, set sofa kulit, dapur dilengkapi dengan meja island. Dan, kebanyakan perabot berwarna putih. Ala-ala Korean style.

Setelah puas menilik ruang tamu dan dapur, Adelin membawa diri ke bahagian bilik. Apartment itu mengandungi tiga buah bilik. Satu persatu bilik dia terokai. Pandai Mak Jinah mengemas. Semuanya nampak teratur. Adelin tertarik dengan hiasan bilik tidur utama. Tampak mewah dan unik.

Adelin berdiri di hadapan bilik terakhir. Hanya pintu bilik itu yang tertutup. Tangan Adelin memegang tombol pintu dan cuba memulasnya. Namun, pintu itu berkunci.

“Kenapa berkunci?” Adelin bersoal sendiri. Rambut yang menutup dahinya ditolak ke belakang.

Penat meneroka apartment milik Fariz, Adelin ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa dan mengambil remote control di atas meja. Punat ‘ON’ ditekan. Sedari tadi, hanya lampu malap yang dibuka. Air cond pula awal-awal lagi sudah terpasang.

Hampir terlelap Adelin menunggu Fariz. Tangannya menukar ke siaran lain. Terus segar matanya. Rancangan kegemaran sedang bersiaran. Apa lagi kalau bukan rancangan Two Days And One Night yang famous juga selain Running Man. Ingat minah ni tak minat ke dengan cerita-cerita Korea?

Ting tong! Dengan malasnya Adelin bangun membuka pintu. Balik pun mamat ni. Ingatkan nak tidur terus kat rumah Mak Jinah dia tu.

“Tak mandi lagi?” Adelin pantas mengangkat tangannya. Dia berjalan malas kembali ke sofa.

“Nak pakai apa kalau mandi?” tanya Adelin perlahan. Entah dengar ke tidak si Fariz tu.

“Kenapa buka curtain tak tutup balik?” Fariz melangkah ke jendela.

Adelin memandang Fariz kosong. Kenapa kalau dia tak tutup curtain tu?

“Tak ada jawapan,” gumam Adelin. Macam dah nampak aura bosan saja tinggal dengan Inche Inspector ni.

“Dah, pergi mandi,” suruh Fariz sambil duduk di sebelah Adelin. Dia merampas remote control dari tangan Adelin.

Hesy, baklah balik. Awak lupa ya? Saya datang sini sehelai sepinggang. Ulangan, sehelai sepinggang. Nak pakai apa lepas mandi?”

“Apa ke sengal sangat kau ni? Aku suruh kau mandi tu maknanya adalah pakaian untuk kau. Kalaupun tak ada, kau boleh apa tak payah pakai apa-apa. Aku kan suami kau. Halal apa,” Adelin terkebil-kebil.

Huh! Halal? Yang haram jugak awak cari,” Fariz merenung Adelin tajam. Macamlah dia bodoh sangat, tak tahu si Adelin tu tengah perli dia.

“Apa kau cakap? Ulang sekali lagi. Aku tak dengar…”

“Saya ada cakap apa-apa ke?” Adelin berpura-pura seperti orang tengah berfikir.

“Jangan sampai aku guna kuasa veto aku. Jangan cuba cabar aku, Adelin,” Tulang pipinya sudah bergerak. Menahan geram.

Hmmm, mana bajunya. Nak mandi,” Adelin bangun dari duduknya. Dia mencapai beg tangannya.

“Ada dalam wardrobe kat bilik aku. Almari warna coklat…”

Adelin terus berlalu meninggalkan Fariz di ruang tamu. Dia masuk ke dalam bilik tidur utama. Kakinya dibawa ke wardrobe yang berdekatan dengan bilik air. Almari coklat dibuka. Dan, saat itu mata Adelin terbuka luas. Diselaknya satu persatu. Ini adalah pakaian yang ditinggalkan di rumah ibu bapanya.

“Ibu kau yang suruh aku ambil baju-baju kau kat sana. Dia takut kau tak ada baju nak pakai kat rumah sini,” Adelin terpaku.

“Ibu tahu?”

No. And thank to me for covering you from your family,” Fariz bersandar si almari sambil menyilang tangan ke dada.

Thanks,” ucap Adelin. Fariz tersenyum sungging.

“Kesian family kau kan. Ditipu hidup-hidup. Anak yang disangkakan hidup susah ditengah kotaraya rupanya kaya. Barangan yang dipakai semuanya berjenama,” perli Fariz.

Adelin terdiam. Matanya jatuh pada baju-baju di dalam almari. Kebanyakannya adalah baju kurung. Pakaian yang dulunya dia pakai ketika di kampung. Dia kemudiannya memandang tubuhnya yang bersalut kemeja berkot dan seluar slack.

Towel…”

Fariz menolak pintu almari di sebelah almari baju Adelin. Dia mencapai sehelai tuala yang terlipat elok dan dihulurkan kepada gadis yang bergelar isterinya itu. Adelin menyambut huluran Fariz dan mencapai baju tidur kelawar serta ‘anak-anak kecil’nya. Dia terus masuk ke dalam bilik air. Adelin tersenyum nipis di sebalik pintu bilik air. Apa Fariz ingat, dia ni anak tak kenang jasa ibu bapa ke? Isk.

*****

Deringan telefon yang bingit mengganggu tidurnya, diangkat. Siapalah yang mencarinya pagi-pagi macam ni? Mata dibuka sedikit dan melihat jam di atas meja sisi. 7.30 pagi!

Hello,” Fariz menjawab panggilan, separuh sedar.

“Tuan, suspek kita dah muncul,” maklum Lukman, orang bawahan Fariz.

“Korang ekori dia. Jangan terlepas lagi. Aku datang sekarang,” Fariz memutuskan talian. Dia meloncat turun dari katil. Dicapai tuala dan menghilang ke dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, Fariz keluar dari kamar mandi. Dia hanya bersiap ala kadar. T-shirt berkolar warna putih dan seluar jeans hitam. Dia menyambar jaket kulit hitam dari penyangkut dan terus keluar dari bilik.

Breakfast?”

No,” jawab Fariz sambil membuka pintu peti ais. Dia mengambil sebotol air mineral.

Good luck,” ucap Adelin. Fariz hanya mengangkat tangannya sebelum menghilang di sebalik pintu.




Fariz Ian-meet-Adelin Annisa

2 comments: