Monday 31 March 2014

Cerpen : Realiti Hidup Lebih Indah

Assalamualaikum... Hye!

malam ni CIA post entry cerpen yang CIA hantar untuk contest. :D. the result was not in my side. bukan rezeki CIA lagi. masih banyak kekurangan yang perlu CIA betulkan. since, dah habis contest. CIA postkan kat sini ya. hanya karya biasa. tak ada feeling-feeling pun. hehehe. ada pasal keluarga, cinta mesti terselit punyalah. :). CIA kan? heeee.



KELUHAN demi keluhan terbit dari bibir comel Airina sejak tadi. Matanya pula asyik merenung ke laut yang terbentang luas di hadapan. Panggilan telefon dari sahabat-sahabatnya amat meresahkan jiwa. Semuanya menyoalkan perkara yang sama. Sesungguhnya, hati Airina sangat kecewa tika ini. Bagai tersayat kulitnya. Hatinya mula berdetak hebat. Cuba melawan perasaan yang tidak elok yang ingin mula menapak di hati.
“Kak Rin, mak panggil balik,” Airina berpaling ke belakang. Masam sungguh riak wajahnya ketika ini. Senyuman pun tidak mampu mencuri watak gadis lepasan diploma itu untuk lebih ceria.
“Kejap lagi Kak Rin baliklah. Dik Qin balik dulu,” Asyiqin, adik Airina merenung kakak sulungnya. Selalunya wajah itu happy. Tetapi, hari ini masam mencuka pula. Mata kakaknya juga bengkak. Macam baru selepas menangis sahaja.
“Alah, jomlah. Nanti mak membebel, Dik Qin balik seorang,” Airina mendengus. Orang hendak tenangkan fikiran pun tidak boleh. Airina bangun berdiri dengan malasnya. Jika boleh, ingin sahaja dia duduk bertenggek di batu besar ini sampai lewat petang.
“Jom,” Mereka berjalan beriringan pulang ke rumah yang tidak jauh dari pantai.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, ada pula jiran-jiran yang menegur Airina. Semuanya bersoal tentang keputusan kemasukan pengajian ke peringkat ijazah yang dipohon oleh Airina. Airina hanya membalas dengan senyuman. Malas menjawab lebih. Hatinya kini sudah ralat dengan semua itu. Asyiqin hanya diam. Dia faham sangat dengan perangai Airina yang tidak suka menghebohkan hal-hal yang dia sedihkan.
*****
Malam itu, Airina membantu emaknya memasak makan malam. Tanpa sepatah kata, dia menghidangkan lauk pauk yang sudah siap dimasak ke meja. Puan Syatirah hanya menunggu anak sulungnya itu membuka mulut. Namun, sudah hampir tiga puluh minit dia di dapur… sepatah perkataan pun belum keluar dari mulut gadis berusia dua puluh satu tahun itu. Puan Syatirah tahu anak daranya itu kecewa dengan keputusan kemasukan pengajian ke peringkat ijazah yang menunjukkan Airina gagal menyambung pengajiannya.
Hati mana yang tidak kecewa. Pelbagai dugaan juga dihadapi Airina sebelum menamatkan program diplomanya itu. Apa sahaja yang tak dialami Airina? Gagal satu subjek hampir setiap semester, sudah menjadi perkara biasa. Bukannya dia tidak berusaha, mungkin belum rezeki. Itulah yang sering membebankan fikiran Airina. Semester terakhir juga, dia gagal dalam salah satu subjek. Nasib baiklah ada sesi peperiksaan khas yang masih boleh diambil untuk membetulkan kembali keputusannya.
“Airina, mak tak sukalah tengok kamu diam macam ni. Rezeki kan ada di mana-mana. Mungkin bukan rezeki Rin lagi nak sambung study. Rin kenalah berdoa, minta dimurahkan rezeki. Insha Allah, Allah akan permudahkan cara,” ujar Puan Syatirah lembut. Tangannya sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan.
“Memanglah, mak. Rin cuma cemburu tengok kawan-kawan yang lain dapat sambung belajar. Tapi, Rin tidak. Masih di sini,” Puan Syatirah menggelengkan kepalanya. Sungguh lemah fikiran anak daranya saat ini.
“Imam Syafi’i pernah berkata, tidak ada satu pun yang lebih utama setelah menunaikan kewajipan selain menuntut ilmu. Airina faham, apa maksud mak?”
Airina menggeleng. Diambilnya gelas-gelas dirak. Dan, disusun di atas meja makan.
“Dengar sini, ilmu yang kita tuntut tidak semestinya hanya ilmu untuk digunakan di  alam pekerjaan sahaja. Bahkan, ilmu-ilmu lain juga harus dijaga. Cuba Rin positifkan pandangan. Insha Allah, Allah akan buka jalan untuk Rin bangun. Tapi, kalau Rin dah lemah macam ni disebabkan satu dugaan. Macam mana dengan dugaan-dugaan lain yang belum kita ketahui?”
“Tapi, mak. Rin dah banyak kali gagal. Rin kesiankan mak dengan abah. Mesti malu sebab Rin selalu failed satu subjek hampir setiap semester. Sekarang ni pula, Rin tak dapat sambung degree. Rin takut orang-orang kampung melekehkan mak dengan abah,” Puan Syatirah mengusap kepala anak perempuan sulungnya.
“Dah banyak kali mak pesan pada Airina. Ingat lagi apa pesan mak?” Airina mengangguk perlahan.
Masakan dia akan lupa setiap patah perkataan yang sering Puan Syatirah bebelkan hampir saban hari. Niat emaknya hanya ingin anak-anaknya sentiasa berada di landasan yang benar. Puan Syatirah sering kali mengingatkan anak-anaknya tentang surah al-Nahl, ayat 78.
‘Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui apa pun, dan Dia mengurniakan kepada kamu kebolehan mendengar, kebolehan melihat, dan akal fikiran, supaya kamu bersyukur.’
“Rin ingat mak,” Airina kembali tersenyum. Ya, dia perlu bersyukur. Mungkin, rezekinya ada di tempat lain.
“Bagus. Dah, pergi panggil abah dengan adik-adik kat ruang tamu. Sejuk pulak lauk-lauk ni nanti,” suruh Puan Syatirah.
Membebel panjang pun tidak guna. Waktu makan, kenalah makan. Perut pun satu nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan untuk diisi supaya manusia lebih bertenaga dalam melakukan segala ibadat dan suruhan-Nya. Insha Allah.
*****
Airina meniarap di atas katil sambil menatap laptopnya. Tak habis-habis dengan ‘mukabuku’nya itu. Selepas sahaja solat subuh berjemaah tadi, terus dia kembali ke bilik dan membuka laman sosialnya itu. Nak mandi, masih awal. Pasti air di bilik mandi masih sejuk. Sudahnya, dia menghabiskan masa menghadap perkara-perkara yang boleh membawa kelalaian itu.
Tok! Tok! Tok!
“Kak Rin!”
Airina mengeluh kecil. Siapa pula yang mengacau pepagi ni?
“Masuklah. Pintu tak kunci,” laung Airina separuh menjerit. Ditalakan kepala ke muka pintu. Ingin melihat gerangan yang sibuk mengacaunya pagi-pagi ini. Padahal, dah pukul lapan pagi pun. Matahari pun dah nak meninggi. Eheh!
“Kak Rin, jom keluar,” ajak Amani, adik bongsu Airina.
“Keluar pergi mana? Naik apa?”
Amani menggaru kepalanya. Tak pula dia terfikir. Mereka hendak keluar bagaimana? Abah dah pergi kerja. Mak pula pergi mengajar mengaji di surau hujung kampung, tak balik lagi. Hmmm, hendak suruh Airina yang memandu. Memang payah! Sudahlah, lesen memandu pun tiada. Entah apalah yang dilakukan Airina sepanjang bercuti panjang ini. Tidak lain, menghabiskan masa melayan facebooklah tu. Sekejap ketawa, sekejap menangis. Semuanya gara-gara melayan cerita Korea. Tidak pun, Running Man! Korealah juga itu kan?
“Hmmm, pergi naik baslah. Apa susah?”
Eeuuww, no class,” Amani mencebik. Airina buat muka kegelian. Sebenarnya, sekadar meniru seorang sahabatnya yang baru pulang dari oversea tempoh hari. Hendak tergelak juga dia, mengingatkan ajakannya untuk menaiki bas. Memang buruk sungguh rupa sahabatnya itu.
“Amboi, tak payah nak sombong sangatlah. Dulu, kak Rin pergi balik asrama naik bas tau. Tak payah nak ‘eeuuww’ sangatlah,” tukas Amani. Airina menjeling Amani yang baru masuk tingkatan tiga itu.
“Biarlah. Low standardlah naik bas. Ingat senang ke nak naik bas. Lepas tu, adik bukannya jenis beli barang sikit-sikit. Takkan nak angkut naik bas?” Airina bukannya mengutuk perkhidmatan bas awam, cuma hanya ingin mengenakan Amani sahaja.
Amani tersengih. Memang benar kata kakaknya itu. Sekali dia beli barang, memang tak cukup tangan nak memegangnya. Rakan-rakan di sekolahnya sering menggelarnya shopaholic dan mendapat sandaran  Shopping’s Queen. Tapi, apa ada hal. Dia guna duit sendiri apa. Hasil perniagaan online yang diusahakan bersama ibu saudaranya, memang lumayan.
“Alah, baru ingat nak belanja kak Rin. Hari tu, adik dah belanja kak Qin dengan abang Shah,” Kemain lagi kau Amani. Airina mencebik. Untunglah orang berniaga. Dah ada duit sendiri. Mulalah nak menunjuk.
It’s okay, dik. Kak Rin tak kisah kalau adik tak belanja kak Rin pun. Siapalah kita ni, kan?”
Amani menapak naik ke katil Airina. Nampaknya, rajukan Airina berjaya membuatkan adik kesayangannya itu berasa bersalah. Airina berpura-pura memandang desktop. Nak juga dia melihat, bagaimana Amani ingin memujuknya? Selalunya, bukan main pandai lagi dia menarik perhatian customer dengan muka cute dia itu.
“Kak Rin, sorrylah. Ini yang adik ajak kak Rin keluar. Kak Rin cakap saja nak apa. Nanti adik belikan. Janji,” Amani memegang lengan Airina manja. Taktik memujuk kenalah betul. Dia tahu, Airina memang susah terpujuk.
Pernah dulu Shahid, adik bawah Airina tersalah cakap dan menyinggung perasaan Airina. Seminggu juga Airina tidak bertegur sapa dengan satu-satunya adik lelakinya itu. Nasib baik abah dan mak mereka masuk campur. Kalau tidak, mahu berbulan Airina merajuk. Nama sahaja anak sulung, tapi manjanya bukan main lagi. Mengalahkan Amani yang anak bongsu itu.
“Janji nak belikan apa yang kak Rin nak?” Amani mengangguk laju. Dia sanggup menghabiskan duit demi ahli keluarganya.
Di usia lima belas tahun, sudah pandai mencari wang sendiri. Tidak seperti Airina yang hanya terperuk di dalam rumah. Kehidupan seharian dihabiskan dengan berangan, laptop, music dan tidur serta novel-novel. Eh, makan pun termasuk juga. Bak kata Airina, kak Rin dah lama duduk luar, biarlah kali ni tinggal kat rumah lama sikit.
“Janji. Kak Rin nak adik belikan apa?”
“Ini yang kak Rin nak dengar,” Airina bingkas duduk. Senyuman mula terukir di bibir. “Kak Rin dah survey dan dah order pun. So, adik sajalah yang bayar semua novel yang kak Rin order tu. Kak Rin dah tak payah minta kat abah lagi,” Amani angkat kening. Tak habis-habis dengan novel dia.
“Okey. Tapi, kali ni saja adik belanja. Lain kali, kak Rin cari duit sendiri,” Airina buat muka.
“Iyalah. Sekarang, adik pergi keluar. Kak Rin nak mandi. Go!”
Airina menolak adiknya keluar dari biliknya. Dia kembali ke katil dan mula melalaikan diri dengan dunia sosialnya. Alang-alang, ramai pula rakan-rakan sekelasnya dulu sedang online. Boleh juga berborak. Rindu pula dengan telatah-telatah mereka semua. Bila pulalah ingin bertemu kembali? Airina memang susah hendak keluar rumah. Pasti abah dan maknya tak benarkan. Akhirnya, banyak masa dihabiskan di dalam biliknya sahaja.
*****
Beberapa bulan kemudian
Puan Syatirah menghidangkan minuman untuk suaminya, Encik Azhar. Malam-malam begini, anak-anak yang pulang bercuti sudah masuk bilik. Buat hal masing-masing. Kesempatan inilah diambil Encik Azhar dan juga Puan Syatirah untuk berkongsi cerita mengenai anak-anak. Isu paling panas, ramai saudara sudah bertanya tentang Airina yang masih menganggur dan belum menyambung pengajian.
“Minum, bang,” Encik Azhar mengangguk. Matanya ralit menonton aksi Jackie Chan di kaca televisyen.
“Dah bincang dengan Rin?”
“Dah. Abang bukan tak tahu perangai anak manja abang tu. Selepas kes kemalangan kawan dia tu, bukan main payah lagi nak memandu. Saya ada jugak ajar dia drive. Sudahnya, beku kat tempat duduk. Kereta langsung tak bergerak,” Encik Azhar tergelak.
“Tak cuba pujuk dia? Mula-mula memanglah takut. Nanti dah biasa, kereta kita pulak yang lesap,” ujar Encik Azhar.
Kesibukannya di pejabat, menghadkan masa untuk keluarga. Tambahan pula, sekarang ini syarikatnya akan membuka cawangan baru. Lagilah sibuk.
“Abang cari sajalah mana-mana agensi lesen. Manalah tahu, tergerak hati dia nak mencuba. Tak pun abang izinkan Rin kerja dekat office abang tu. Bukannya tak ada jawatan kosong,” cadang Puan Syatirah.
Sejak Airina berada di rumah, gadis itu asyik terperap dalam rumah sahaja. Tak ada hendak keluar pergi ke mana-mana. Salah satu masalahnya, Encik Azharlah. Airina hendak mencari kerja, tidak dibenarkan. Dia ingin bertemu rakan-rakan seuniversiti, lagilah Encik Azhar tidak beri keizinan. Puan Syatirah pun tidak faham dengan sikap suaminya yang terlalu melindungi anak daranya itu. Airina sudah besar panjang pun. Dua tiga tahun lagi, dapat menantulah mereka.
“Ish, tak payahlah. Abang tak mahu ajar anak-anak pegang duit sebelum habis belajar. Nanti pelajaran ke mana, duit ke mana,” kata Encik Azhar.
“Amboi, adik sibuk buat business online dengan mak su… abang benarkan pulak. Abang jangan buat hal. Kang tak pasal, anak-anak yang lain rasa cemburu sebab abang manjakan sangat Rin,” balas Puan Syatirah sambil membulatkan matanya kepada Encik Azhar.
Memang tidak disangkalkan, perhatian kepada Airina… kadang-kadang melampaui batas. Sehinggakan anak-anak yang lain terasa. Tetapi, Nur Airinalah anak sulung mereka. Umur Airina dan Shahid selang empat tahun. Sepanjang empat tahun itu, Airina yang menjadi tunggak kebahagiaan mereka. Sanggup berhabisan demi anak perempuan mereka itu. Semuanya berpunca daripada Puan Syatirah disahkan tidak boleh melahirkan anak lagi selepas itu. Namun, percaturan Allah lebih hebat kerana empat tahun kemudian… Puan Syatirah hamil anak kedua. Dan seterusnya anak ketiga dan yang bongsu.
“Sebab abang tahu adik jenis yang berjimat. Tak macam Rin. Dia boros sikit. Nanti dah pegang duit, mulalah nak beli itu ini. Sekarang ni pun, berapa banyak novel dah dia beli sepanjang dok menganggur ni,” Puan Syatirah tergelak kecil. Airina satu-satunya anak yang melencong jauh minatnya. Terlalu addicted dengan novel-novel. Pantang ada iklan novel terbaru. Digetusnya kita membelikan untuk dia.
“Nak buat macam mana, dah minat dia. Biar sajalah. Cuma, kadang-kadang saya perhatikan anak abang tu… dia macam ada sorokkan sesuatu. Selalu juga saya perasan mata dia merah. Macam baru lepas menangis. Bila saya tanya, dia cakap tak ada apa-apa,” Encik Azhar mula menunjukakan minat. Dikuatkan sedikit suara televisyen, takut anak-anak di dalam bilik terdengar perbualan mereka.
“Sorokkan apa?” Puan Syatirah yang duduk di karpet, bangkit melabuhkan punggung di atas sofa. Di sisi suaminya.
“Saya pun tak tahu. Kadang-kadang tu, tengah masak pun air mata dia keluar. Kalau nak kata pedih asap, kita pakai dapur elektrik. Rin bukan jenis pedih mata masa potong bawang. Dia macam menangis tiba-tiba saja,” jelas Puan Syatirah.
“Mesti ada sebab. Takkanlah menangis tanpa sebab. Entah-entah, bergaduh dengan pakwe ke? Mana kita tahu,” Encik Azhar menjongketkan bahunya.
Puan Syatirah menampar bahu suaminya.
“Anak kita tu mana ada pakwe. Kalau ada, dah lama dia beritahu kita. Rin mana boleh berahsia dengan kita. Semua benda dia nak cerita. Nak tengok dia menangis pun susah,” Puan Syatirah berkata penuh yakin. Encik Azhar diam. Dia memikirkan masalah anak sulung mereka.
Tidak mungkin Airina menghidap hypophrenia. Sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu bersedih tanpa sebab. Ia berlaku tiba-tiba. Tanpa berasa apa-apa. Encik Azhar dan Puan Syatirah menggelengkan kepala mereka serentak. Mungkin mereka sedang memikirkan perkara yang sama.
*****
Airina senyum nipis sendiri. Tangannya sibuk menaip di dada handphonenya. Dia mula merasakan hidupnya terlalu bosan. Sehinggakan dia sering terfikir nasib dirinya. Cop ‘pengangur terhormat’ sudah mula menampakkan wajah. Pernah juga dia terfikir ingin membuat sesuatu yang akan membanggakan kedua ibu bapanya. Namun, ia sekadar angin lalu. Hanya umpama angan-angan kosong. Kini, bilik sudah menjadi tempat persembunyian.
Ada satu hari itu, ketika Airina keluar menjenguk Puan Syatirah yang sedang membakar sampah di luar rumah. Jiran-jiran sebelah sudah tentulah akan nampak kelibatnya. Sampaikan dia terdiam apabila ada seorang jiran bertanyakan perihalnya.
“Bila cuti?” soal Mak Cik Esah, jiran keluarga Encik Azhar. Puan Syatirah hanya tersenyum. Dia tidak berapa ngam sangat dengan jiran mereka itu atas sebab-sebab tertentu.
“Lama dah cuti,” Airina memberi jawapan selamat. Selepas itu, Mak Cik Esah membuka cerita anak-anak saudaranya yang pulang bercuti.
Airina hanya mendengar. Mungkin dia selalu terperap di dalam bilik tanpa menjengah ke luar rumah, jadi jiran-jiran tidak mengetahui status dirinya sebagai penganggur sudah hampir setahun. Setahun, okey! Bukannya sebulan dua. Orang lain ada juga kemajuan apabila dapat bercuti panjang ini. Tetapi, tidak bagi Airina.
Tiba-tiba telefon bimbit Airina berdering. Sebelum diangkat, dia melihat dulu gerangan yang menelefonnya. Bibirnya mengulas senyuman.
Hello, Assalamualaikum,” Airina memberi salam terlebih dahulu dengan nada ceria.
“Waalaikumsalam. Amboi, cerianya kau. Ada good news nak story-story dengan aku ke?”
“Tak ada maknanya. Ceria sebab ada juga orang ingat kat kita ni,” Si pemanggil tergelak.
“Kau buat apa kat rumah tu? Tak bosan ke?”
“Buat apa lagi. Duduk terperuk dalam rumahlah. Aku tak bernasib baik macam kau. Memang bosan tahap boleh mereng dah aku dekat rumah ni. Hari-hari menatap laptop. Tak pun tengok movie. Kau faham-faham sajalah pe’el aku, Anis…”
“Jangan cakap macam tu. Maybe, kau dapat… for the next intake. Don’t worrylah. Rezeki ada di mana-mana, dear. Antara nak dengan tak nak saja,” Airina senyum nipis. Macamlah si Anis itu nampak perlakuannya.
“Insha Allah, doakan aku dapat ya?”
“Amin. Doa tu, doa jugak. Tapi, jangan lupa usaha ya. Doa tanpa usaha, useless,” Anis cuba memberi nasihat dan juga sokongan untuk sahabat baiknya itu.
“Iyalah, dear. Kau bukan ada exam ke? Sempat lagi kau call aku kan,” Airina sedia maklum dengan jadual Anis kerana sahabatnya itu kerap meninggalkan status di Twitter. Sebenarnya, dia ingin menukar topik perbualan mereka. Dia sendiri berasa terbeban kerana masih di takuk lama. Tanpa ada sebarang perubahan.
Yupp. Stress, sis. So, this is the right decision. Calling someone to resist my stressful,” Airina ketawa. Rindu pula detik-detik menghadapi tekanan perasaan dalam pelajaran.
Do the best, dear. Always pray for you, Insha Allah,” kata Airina sebagai pendorong semangat. Siapa lagi yang ingin mendoakan sahabat seperjuangan jika bukan kita sebagai teman baik?
“Okeylah. Lain kali kita borak lagi. Suzana dah panggil aku. Kita orang nak keluar makan dengan classmates,” balas Anis lembut. Dia tidak mahu Airina terasa.
“Okey. Have a nice dinner,” Perbualan mereka terhenti di situ. Airina termenung sendiri.
Kadangkala, dia berasa terpinggir dengan teman-temannya dahulu. Walaupun, ada internet di hadapan mata… dia masih buta dengan dunia sekeliling. Fikirannya langsung tidak berkembang. Jika ada sesuatu tawaran, Airina hanya buat endah tak endah sahaja. Macam orang putus harapan. Acap kali ahli keluarganya memprovoke sikap pemalasnya itu. Tubuhnya bagai digam di atas katil. Keluar bilik hanya sekadar untuk makan dan mandi.
*****
Hujung minggu itu, Airina mengikut Encik Azhar dan Puan Syatirah ke pusat membeli belah. Hanya mereka bertiga sahaja yang mempunyai masa terluang. Syahid, Asyiqin dan juga Amani pula masih di asrama memandangkan sekarang adalah musim peperiksaan. Syahid sedang belajar di salah sebuah IPTA terkemuka, semester pertama. Asyiqin sibuk dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Amani pula dengan PMRnya. Masing-masing sudah ada jadual mereka sendiri.
Sesekali keluar begini, Airina mengambil peluang untuk membeli barangannya. Kali terakhir dia keluar ke mall adalah dua bulan lepas. Itu pun kerana menguruskan keperluan majlis convocationnya. Baik pula hati abahnya ingin berbelanja lebih untuknya hari ini. Memandangkan Encik Azhar sudah menawarkan bantuan kewangan yang lumayan, bolehlah dia membeli barang yang sudah dia listkan beberapa bulan yang lepas.
Bukan main lama, baru dia dapat peluang begini. Mestilah dia menghargainya. Bukan senang, Encik Azhar mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaannya. Di dalam hatinya sudah nekad untuk membalas jasa kedua ibu bapanya. Itu salah satu impiannya. Senarai pertama yang tercatat di dalam wish list Airina iaitu berbelanja untuk ahli keluarganya dengan wang hasil titik peluh dia sendiri.
Dia paling terharu kerana Encik Azhar sanggup mengeluarkan wang untuk membayar pinjaman pelajarannya. Syukur Alhamdulillah. Dia berjanji akan melakukan perkara yang akan membanggakan kedua ibu bapanya. Semua perkara yang dia ingin lakukan, awal-awal lagi tertulis di dalam diari peribadinya.
“Rin nak apa lagi?” soal Encik Azhar. Puan Syatirah hanya tersenyum.
“Tak ada dah kot. Tapi, sekarang ni perut Rin dah berbunyi. So, Rin nak makan,” Encik Azhar dan Puan Syatirah tergelak. Mereka kemudiannya berjalan beriringan ke restoran kegemaran mereka sekeluarga jika berkunjung ke pusat membeli belah itu.
Tujuan pasangan suami isteri itu mengajak Airina keluar adalah kerana mengikut tips yang diberikan oleh seorang doktor psikologi yang mereka temui beberapa hari lepas. Doktor itu menyarankan agar mereka menggembirakan hati Airina. Cuba bermain dengan emosinya. Puan Syatirah pernah terbaca wish list Airina tanpa sengaja.
Disebabkan itulah dia memberi cadangan kepada Encik Azhar agar suaminya itu membelanja Airina membeli barangan kesukaannya. Semoga emosi Airina lebih stabil dan ceria. Mereka boleh melihat betapa cerianya Airina ketika ini. Barang yang dia impikan sudah berada di dalam tangan.
Kamera, novel terbaru, barang-barang peribadi Airina dan juga beberapa helai pakaian Muslimah. Pada mulanya, terkejut juga Encik Azhar dan Puan Syatirah dengan perubahan Airina yang membeli barangan yang lebih terarah kepada kehidupan seorang gadis Muslimah. Penampilan gadis itu ketika keluar dari rumah tadi pun, sudah memeranjatkan mereka. Namun, mereka bersyukur melihat perubahan itu. Semoga penampilan sopan itu kekal selamanya.
Tudung yang dulunya singkat, sudah dilabuhkan. Baju yang mengikut potongan badan juga sudah ditinggalkan. Airina mula mengenakan handsocks dan juga stoking. Dia kelihatan lebih ceria dan manis dengan imej terbarunya. Namun, ada satu rahsia yang ahli keluarganya tidak tahu. Hanya Airina sahaja yang tahu.
*****
“Amboi, anak dara ni. Dok memerap dalam bilik, tak keluar dah,” tegur Mak Su Aqilah yang baru tiba di rumah Encik Azhar.
Airina mengerutkan hidung. Dia memahami maksud mak sunya itu.
“Bukan selalu dapat berfoya-foya macam ni. Degree’s result for the second intake is around the corner. Nanti Rin nak concentrate study. Tak boleh nak lepak gini lagi,” balas Airina. Dia memberi ruang kepada Mak Su Aqilah di katil queennya.
“Iyalah. Mak su tengok semakin berseri Rin sekarang. Ada apa-apa ke?” Airina senyum manis.
“Mana ada apa-apa. Saja nak happy macam ni, tak boleh?” Mak Su Aqilah menggeleng.
“Boleh. Untuk you apa pun boleh,” kata Mak Su Aqilah. Akhirnya terlepas juga rindunya ingin melihat wajah ceria dan gembira Airina. Sebelum ini, muka gadis itu cemberut sahaja. Ingin juga dia tahu rahsia Airina menjadi happy go lucky begini.
“Ada something nak share dengan mak su ke?” Airina angkat kening. Benda apa pula ni? Dia sendiri pun tidak faham akan maksud sebenar Mak Su Aqilah.
Something? What is that ‘something’?”
No. I’m just asking you, my pretty niece. Your face wrote everything, darling. You have something that make me feel ease. Actually, I’m the one who have something to tell you. That was the important thing. Dengar betul-betul,” Airina hanya mengangguk. “Ada someone yang nak jumpa Rin. Rin free tak hujung minggu ni?”
Someone? Siapa?”
“Nak tahu siapa, kena tunggu hujung minggu ni. Mak su dah minta izin dengan your parent,” Mak Su Aqilah tersenyum penuh makna. Persoalan yang bermain dibenak Airina dibiarkan.
Memang dia sengaja meninggalkan seribu persoalan. Gadis itu pasti tidak menyangka akan seseorang yang ingin bertemu dengannya itu adalah seseorang yang dinantikan Airina sendiri. Mugkin Airina sudah lupa dengan kehadiran insan itu setelah sekian lama dia menyepikan diri.
*****
Pagi keesokannya, Airina mengenakan dress labuh yang longgar rona peach dan turut diserikan dengan selendang lebar yang dibeli secara online. Senang hati Puan Syatirah melihat perubahan anak sulungnya itu. Wajah itu nampak bahagia dan sudah tentu kebahagiaan itu turut terkena tempias padanya dan suami.
“Amboi, cantiknya. Nak pergi dating dengan siapa?” Airina tersenyum manis. Mak Su Aqilah yang baru tiba di meja makan mengangkat kening. Puan Syatirah menjuihkan bibirnya kepada Airina.
“Orang tengah happy, kak Ti. Biarlah,” kata Mak Su Aqilah.
“Wah, sejak bila jadi good girl ni, mak su?” Mak Su Aqilah tersengih. Usia mereka hanya berbeza setahun. Jadi, hubungan mereka memang rapat sejak kecil lagi.
Good girl macam Rinlah. Nak keluar ni, balik pukul berapa?”
“Haih, keluar pun belum. Dah tanya pasal balik? Tak sure lagi. Ikut keadaan someone yang nak jumpa anak kak Ti ni,” balas Mak Su Aqilah.
Airina menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya sambil mindanya melayang memikirkan ‘that someone’. Siapa sahajalah yang ingin bertemu dengannya? Setahunya, tiada rakan-rakan yang terdekat sedang bercuti. Semuanya sibuk dengan exam. Pelik sungguh! Penting sangat ke ‘that someone’ tu. Anonymous!
*****
Mak Su Aqilah membawa Airina ke sebuah restoran yang agak terkenal di bandar. Airina hanya mengekori mak sunya tanpa bersoal apa-apa. Sewaktu melalui sebuah meja, Airina terpaku. Kakinya bagaikan tergam di situ. Mak Su Aqilah menghentikan langkahnya. Mereka sudah tiba ke destinasi sepatutnya. Dia pasti anak saudaranya sudah dapat menangkap, siapakah yang ingin bertemu dengannya?
Degupan jantung Airina mula berdetak laju. Pemilik jantung itu sendiri tidak mampu lagi untuk mengawalnya. Susuk tubuh tinggi lampai dan agak berotot milik seseorang yang sangat dikenalinya menjengah ke ruang mata. Boleh ke dia pusing ke belakang dan terus berlalu pulang? Rasanya itu tindakan yang tepat. Paling tepat!
“Airina! Stop!” Halang satu suara garau. Mak Su Aqilah menganggukkan kepala tanda membenarkan lelaki itu mengekori langkah Airina.
Pantas sahaja kaki panjang itu menyaingi langkah Airina yang sudah keluar dari restoran. Nampaknya perkiraannya silap. Sangkanya Airina akan menerima kehadirannya setelah sekian lama dia menghilang. Rupanya, sama sahaja sikap gadis itu terhadapnya. Airina langsung tidak memberi ruang untuknya berterus terang.
Please, Airina. If you do love me beforedon’t leave me like this,” Langkah Airina terhenti.
Pandangan garang dihadiahkan kepada Hezry Ariff, insan yang pernah mendapat tempat di hatinya. Kerana lelaki itu juga, pelajarannya terganggu. Ya, lelaki itu! Hezry berdiri betul-betul di hadapan Airina. Namun, gadis itu menjarakkan tubuh mereka. Tidak manis dilihat orang. Dia tidak mahu menjejaskan imej baharunya itu.
So, you do love me, huh?”
Airina mengecilkan matanya. Muka sengal ditayangkan. Tiada segaris senyuman dilontarkan. Biarlah apa pun tanggapan Hezry, dia langsung tidak kisah. Dan, tidak mahu ambil kisah!
“Ada saya cakap macam tu ke? Elok pergi jumpa doktor sebelum masalah pendengaran encik lebih teruk,” Hezry senyum sinis. Dia tahu, jauh di sudut hati Airina… masih mengharapkan kehadirannya.
Hezry Ariff, lelaki pertama yang berjaya memikat Nur Airina yang sombong ketika di sekolah menengah. Atas cabaran rakan-rakan, dia terpanggil untuk membuatkan gadis sombong itu jatuh ke tangannya. Dan, akhirnya dia berjaya. Dia meninggalkan Airina setelah puas bermadah cinta dengan gadis itu. Airina ditinggalkan Hezry ketika gadis itu sudah mula mempercayai lelaki. Tanpa sekelumit perasaan bersalah, dia mengundur diri ke luar negara.
Namun, kepuasan hatinya hanya sementara. Ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, timbul rasa kesal di dalam dirinya kerana telah mempermainkan hati seorang perempuan. Kaum yang sama seperti ibu dan kakaknya. Sejak itu, dia mula mencari jejak Airina. Syukur kerana Mak Su Aqilah masih menggunakan alamat e-mel yang sama. Melalui Mak Su Aqilahlah dia mengetahui keadaan Airina.
Kemurungan Airina. Kegagalan Airina. Jatuh bangun Airina. Semuanya Mak Su Aqilah sudah memberitahunya. Hezry bersyukur sangat ketika ibu saudara Airina memaklumkan akan penghijrahan Airina.
I want you to be my wife,” Airina terpempan. Wife?
“Kerja gila…”
No. Siapa ajar awak yang perkahwinan itu satu kerja gila?”
Pandai pun bercakap dalam bahasa ibunda. Ingatkan sudah lupa asal usul.
Nobody. Excuse me,” Airina berkata sambil senyum nipis sebelum kembali meneruskan langkah.
Sorry for all the mistake that I’ve made before. I’m truly sorry,” Sekali lagi langkah Airina terhenti mendengar suara itu memohon kemaafan darinya.
Airin menoleh ke belakang. Hezry sedang elok berdiri memandangnya. Wajah lelaki itu semakin segak. Tidak seperti dulu, nerd! Namun, cermin mata masih menjadi peneman setia. Apa yang pasti, bukan lagi cermin mata bulat tanpa bingkai yang tersangkut di hidung mancung itu dulu. Sudah diupgrade!
“Siapa saya untuk menghukum awak? Awak dah berjaya mengubah hidup saya. Terima kasih sangat-sangat.  Seperti yang tertulis di dalam novel untuk lamaran yang macam awak buat ni, saya masih ada ibu bapa. Meet them,” kata Airina sebelum berlalu meninggalkan Hezry yang terpinga-pinga.
Mak Su Aqilah yang memandang dari jauh, mendekati Hezry yang seperti terkaku itu.
“Nur Airina Azhar dah bagi green light. What are you waiting for?” ujar Mak Su Aqilah sebelum menuju ke arah keretanya.
Hezry tersedar. Senyuman mula terukir di bibirnya. Alhamdulillah. Doanya selama empat tahun, akhirnya termakbul. Kahwin mudalah jawabnya.
*****
Rasulullah s.a.w. bersabda :
‘Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai Allah dari orang mukmin yang lemah. Rebutlah perkara yang mendatangkan manfaat dan mohonlah pertolongan Allah, jangan lemah semangat. Jika engkau ditimpa kesusahan, jangan engkau berkata, ‘Kalau aku buat begini, tentu jadi begini’. Tetapi katakanlah, ‘Ini takdir Allah’. Segala apa yang dikehendaki-Nya terlaksana. Ini kerana perkataan ‘kalau’ beerti engkau membuka peluang kepada syaitan untuk menghasut.’
– Hadis diriwayatkan Muslim.
Hadis inilah yang memberikan Airina kekuatan. Sebuah hadis dijadikan status di laman Facebook oleh Hezry Ariff. Dia mula nampak cahaya untuk meneruskan perjuangan hidupnya. Segala perubahan di dalam dirinya berlaku tanpa dirancang. Ianya berlaku secara tiba-tiba. Airina bersyukur kerana dia diberi peluang untuk mengubah cara hidupnya sebelum terlambat.
Apa yang paling membanggakan, dia berjaya mendapat hak penerbitan hasil karya sulungnya, ‘Dunia Hambar Seorang Gadis’. Terlaksana tanggungjawabnya sebagai seorang anak yang mampu membahagiakan kedua orang tuanya. Dikala hidupnya terumbang ambing dari jalan-NYa, Allah menghadirkan insan-insan seperti Encik Azhar, Puan Syatirah, adik-adiknya, Mak Su Aqilah dan juga Hezry Ariff untuk membantunya.
Airinalah yang paling bersyukur. Wish list rahsianya sudah menjadi realiti. Mendapat gelaran rasmi sebagi penulis, seorang pelajar di peringkat ijazah dan juga seorang isteri kepada suami yang mampu menjadi imamnya dan bakal anak-anak mereka. Segalanya bagaikan mimpi, tetapi itulah kebenarannya.
Memang benar tekaan Encik Azhar dan Puan Syatirah mengenai anak perempuan mereka. Airina menghidap hypophrenia kerana terlalu tertekan. Untuk menghalang daripada memikirkan masalah umpatan sanak saudara dan orang sekeliling, dia hanya mampu menangis. Sehinggakan perasaan itu terbawa-bawa.
“Nur Airina happy?” soal Hezry sambil tersenyum.
Happy sangat. Rasa macam ringan bahu ni. Fikiran pun tenang,” jawab Airina lembut.
“Iya ke? Tahniah,” Airina mengerutkan dahi. Tahniah? Untuk apa?
Hezry yang faham akan kerutan di dahi isterinya, tersengih.
“Tahniah sebab berjaya dapat best student SPM batch kita. Maaf, sebab abang… diploma Airina selalu kantoi,” Airina mencebik.
“Tak hairanlah,” balas Airina tegas. Kemudiannya, dia senyum mengusik. Pantas dia berlari anak ke persisiran pantai. Hezry yang terasa dipermainkan, mengejar isterinya itu. Lega hatinya kerana sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk mengembalikan semangat Airina yang hilang disebabkan dirinya.
Firman Allah s.w.t dalam surah ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah, Dia menciptakan untuk kamu daripada jenis kamu, pasangan-pasangan(isteri) bertujuan untuk melahirkan perasaan tenang, tenteram, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan simpati serta belas kasihan…”
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan daripada kedua-duanya lahirlah zuriat keturunan yang ramai lelaki dan perempuan…” – (Surah an-Nisaa’:1)

p/s : SELAMAT MEMBACA. cerpen untuk pengakiran bulan mac. InshaaAllah, esok CIA akan update new entry for cerpen. maybe, SHE'S MY DOCTOR AKA MY WIFE. :D

4 comments:

  1. Cerpen ni best banyak pengajaran kalau awak panjangkan sikit pasal hezry dengan airina maybe ia akan jadi lebih menarik good job writer... Keep Calm & stay writing... =)

    ReplyDelete
  2. Boleh dijdikan pengajaran utk ku......

    ReplyDelete