Wednesday 30 April 2014

Cerpen : Menanti Jodoh 3 (akhir)


Sabda Rasulullah SAW :

“Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku bukanlah ia dari golonganku.”

(Riwayat Ibn Majah)

Selendang putih berlace dililit kemas di kepala Balqis. Penuh berhati-hati mak andam mengenakan jarum. Berdarah pula kepala pengantin nanti jika tidak berhati-hati. Balqis memandang dirinya di cermin. Penantiannya sudah tiba ke penghujung. Sebentar lagi dia akan bergelar isteri. Harapannya agar suaminya dapat menerima dirinya seikhlasnya.

Hari bahagia kini tiba

Pelaminan jadi saksi

Kau dan aku telah bersanding

Dalam ikatan yang suci…

Selaksa cinta tumbuh bergelora

Anugerah Pencipta…

Berpadu asa dalam janji

Alam pun ikut berseri

“Pengantin dah siap? Pengantin lelaki dah sampai. Jomlah turun,” Terjengul Tiyah di pintu bilik Balqis.

Balqis menalakan pandangannya ke arah Ai Ling yang cantik dalam persalinan baju kurung. Gadis itu tersenyum. Memberi semangat dalam diam. Ai Ling menghampiri sahabat baiknya dan membantu bakal isteri itu bangun. Cantik sekali Balqis mengenakan busana kurung moden berona putih. Perinciannya tidak terlalu sarat.

“Kuatkan hati. Terima dia seadanya. Doa kau dah dimakbulkan. Jodoh yang kau tunggu, dah datang. Walaupun agak lambat, jadikanlah ini yang pertama dan terakhir,” Terharu Balqis mendengar bicara lembut Ai Ling. Dipeluk gadis itu.

“Terima kasih, Ai Ling…”

Dengan lafaz basmallah, Balqis yang diiringi Ai Ling melangkah ke ruang tamu di tingkat bawah di mana majlis akad nikah akan diadakan. Serentak itu, jantung Balqis berdegup laju seiring langkahnya. Saat itulah matanya terpandang seorang lelaki yang duduk elok di tempat duduk pengantin lelaki. Berhadapan tok kadi.

Qalief!

Balqis umpama sudah tidak bersama jiwanya. Umpama roh terpisah dari jasadnya. Fikirannya kosong sekosongnya. Apa semua ni? Baru minggu lepas, dia menemani Qalief membeli barangan hantarannya. Kenapa Qalief yang berada di situ? Persoalan demi persoalan mula menerjah ke minda.

Hati terus berucap rasa

Syukur yang tiada terkira

Bertasbih memuji kuasa ilahi

Sang pemilik cinta

Sujud syukur atas karunia

Penantian inipun berujuung sudah, oooh

Demi pemilik jiwaku ini

Ku jaga sepenuh cinta hingga akhir nanti

*****

“Tahniah, Lif, Qis. Kami doakan perkahwinan korang kekal hingga akhir hayat,” Balqis senyum nipis.

Dia langsung tidak punya mood. Dia memerlukan penjelasan. Qalief di sisinya juga kelihatan bingung. Pada siapa dia ingin bersoal jawab? Sudah pasti, walid dan ammi. Umi juga.

Thank you, guys. Terawal pulak dari korang,” kata-kata Qalief kedengaran hambar.

Qis, are you okay?”

Ai Ling menyentuh bahu Balqis yang mendiamkan diri.

“O… okey. Penat. Nak naik bilik,” Tanpa menunggu balasan, laju sahaja Balqis melangkah.

Sanak saudara yang berselisih dengannya juga tidak dilayan. Sekarang ini, dia perlukan ketenangan. Sampai sahaja di bilik, dia melangkah ke balkoni. Hilang sedikit gundah di hati tatkala tasik dan kehijauan singgah di matanya. Untung sahaja Tuan Wahid membeli rumah yang menghadap tasik dan pokok-pokok yang menghijau.

“Balqis?”

Tanpa melihat pun, Balqis sudah kenal dengan pemilik suara itu.

“Balkoni,” jawab Balqis sepatah dan tidak bersemangat.

Mahkota yang terletak di kepala sudah ditanggalkan awal-awal lagi sejenak majlis pembatalan air sembahyang berakhir.

So, any confession?”

Qalief dipandang Balqis pelik. Patutnya dia yang menyoal. Bukannya lelaki itu.

I don’t have any confession or whatever. And, I also need an explanation,” Qalief mengeluh.

Nasi sudah menjadi bubur. Sekarang ini, mereka sudah sah sebagai suami isteri. Sama ada suka atau tidak, mereka harus terima. Hanya satu saja jalannya. Mereka perlu meminta penjelasan dari keluarga masing-masing. Patutlah, bukan main susah nak tahu pasal pasangan masing-masing. Ada rahsia yang disembunyikan di sebaliknya rupanya.

Daddy! Mummy!”

Afinna meluru memeluk kaki Qalief. Qalief menunduk dan mendukung puteri kesayangannya. Balqis bingung satu saat. Mummy? Maksudnya Afinna tahu rancangan keluarga mereka. Tahap sengallah jika budak sekecil Afinna mampu menipu mereka berdua.

Tell me the truth. D want to know,” Afinna menggaru kepalanya.

Errr… I don’t know, D. Nanny give me… big teddy bear,” Tangan Afinna dibuka luas menandakan teddy bear itu sangat besar.

Bribe? Nice. I nak jumpa walid…”

“Tunggu, Balqis,” Balqis tidak jadi melangkah. “Malam nantilah. Ramai saudara kita kat bawah,” Langkah di bawa ke katil. Balqis melabuhkan punggungnya di birai katil.

Afinna keliru dengan situasi yang berlaku dihadapannya. Dia meminta agar Qalief menurunkannya. Dia berlari mendapatkan Balqis di katil.

“Nanny cakap, Fin boleh panggil auntie, mummy. Mummy?” Balqis merenung wajah mulus Afinna.

Hatinya yang panas ditipu, mulai sejuk. Diangkat tubuh kecil itu dan dibawa ke riba.

Welcome to my life, teddy bear mummy,” Dipeluk erat Afinna diriba.

Qalief hanya mampu memandang adegan ibu dan anak itu. Balqiskah jodohnya? Gadis yang memeluk Afinna di dalam mimpinya beberapa hari ni, Balqiskah? Tika itu, mata Qalief dan Balqis dan bertembung. Masing-masing sarat dengan tanda tanya. Balqis melarikan anak matanya dari terus menatap anak mata coklat milik Qalief.

*****

Afinna sudah terlelap di katil. Teddy bear kesayangannya dipeluk erat. Sebaik sahaja selesai mandi dan berpakaian, terus dia terdampar di katil bersaiz King itu. Penat kerana bermain dengan sepupu-sepupunya petang tadi. Balqis bersandar di pintu gelongsor. Tak habis-habis mengelamun di balkoni.

“Solat sama?” Ditoleh ke belakang. Qalief sudah siap dengan sejadah di tangan. Balqis hanya menggeleng. Dan, Qalief faham akan sebabnya.

Tanpa lengah, Qalief mula bersolat isya’. Penuh kusyuk dia mendirikan solat. Balqis berfikir seketika. Sepanjang perkenalannya dengan Qalief, hari pertama pertemuan mereka sahaja dia melihat Qalief memakai rantai silver yang memberinya pandangan negatif terhadap lelaki itu. Hari-hari yang berikutny, tidak pula dia nampak rantai itu.

Hilang mana dah rantai tu? Ah, kisah apa aku, omel Balqis sendiri. Ketukan di pintu bilik mengganggu ketenangan Balqis. Dengan langkah yang malas, dia membuka daun pintu.

“Keluarga pak ngah dah sampai. Issa dengan Qalief turunlah jumpa dia orang. Biar Kak Gee yang tengokkan Fin,” maklum Puan Fatiah.

“Ramai ke yang datang, ammi?”

“Pak ngah, mak ngah dengan keluarga abang Mi aje. Yang lain datang kenduri nanti,” Balqis mengangguk.

“Kejap lagi Issa dengan Qalief turun. Qalief tengah solat…”

“Yalah. Ammi turun dulu,” Sempat diusap kepala Balqis sebelum melangkah ke tingkat bawah.

Balqis menutup pintu bilik. Keluarga pak ngah? Abang Mi? Mampus aku. Sudahlah dia orang tu mulut becok tak ingat dunia. Mahu aku kena hentam malam ni. Qalief melipat sejadah dan diletakkan di atas almari di sudut solat. Balqis yang masih di pintu dipandangnya pelik.

“Kenapa?”

“Ammi panggil turun. Family pak ngah baru sampai. Jomlah,” jawab Balqis sambil melangkah ke almari.

Sehelai tudung printed yang sudah siap diseterika dikeluarkan. Nasiblah selepas mandi tadi, dia terus mengenakan jubah cotton rona biru tua. Tidak perlulah dia menukar bajunya.

“Fin?”

Kerja Qalief malam ni, menyoal sahaja. Nak tergelak pun ada Balqis yang sedang memakai tudung itu.

“Kak Gee ada. Nanti dia naik,” jelas Balqis.

Qalief menutup pintu gelongsor yang terbuka. Takut sangat anak dia kena culik. Balqis merenung Qalief yang sudah bersedia di muka pintu. Biar benar Qalief ni?

“Tak payah buat muka senget macam tu. Bukannya I tak pakai baju,” Balqis sengih nipis. Tahu pula dia apa yang aku fikir, desis Balqis.

Kalau tahu Qalief nak pakai baju T dengan kain pelekat, baik dia pakai baju tidur terus. Ahaks. Balqis mengekori langkah Qalief yang terlebih dahulu berjalan di hadapannya. Bibirnya mula mengulas senyuman. Dia punya senyuman hari ni lain macam sikit. Tak boleh nak ikhlas walaupun melebar dia senyum.

*****

“Turun pun pengantin. Ingat dah berdengkur,” tegur Shuhaimi, sepupu Balqis iaitu anak kedua Pak Ngah Syid. Pak Ngah Syid adalah abang kepada Puan Fatiah.

“Abang Milah kacau kami berdengkur,” Shuhaimi ingat Balqis tak boleh balas? Silap besar.

Qalief bersalam dengan Pak Ngah Syid dan juga Shuhaimi. Disebabkan segala perabot di ruang tamu masih belum dikemaskan, mereka hanya duduk bersila di atas permaidani. Bak kata Pak Ngah Syid tadi, sekali sekala datang bandar duduk cara kampung. Balqis pula bersapa dengan Mak Ngah Bi dan juga isteri Shuhaimi, Dianah.

“Maaflah, Issa, Qalief. Tak sempat nak datang pagi tadi. Pak ngah ada hal. Abang Mi pulak baru balik outstation,” Pak Ngah Syid tidak mahu anak saudaranya menyangka mereka tidak sudi hadir.

“Tak apalah, pak ngah. At least datang jugak malam ni kan. Majlis nanti jangan tak datang pulak,” Sememangnya Balqis agak rapat dengan keluarga Pak Ngah Syid sejak kecil lagi.

“Insha Allah. Qalief cuti lama ke? Jarang bos dapat cuti lama,” Pak Ngah Syid beralih pula pada Qalief yang bersila di sebelah Shuhaimi. Masakan dia tidak kenal akan jejaka itu.

Mereka pernah berurusan. Pak Ngah Syid cukup kenal dengan Tengku Muazzam yang komited dengan kerjanya itu. Kini, Qalief pula menyambung sikap itu.

“Lama pun tak lama jugaklah, pak ngah. Seminggu aje. Tak boleh nak cuti lama,” balas Qalief.

“Issa, nanti bawak Qalief datang rumah. Bukannya jauh pun,” kata Mak Ngah Bi.

“Insha Allah, mak ngah. Abang Mi, tak bawak Fisya dengan Naufal ke?”

“Tak. Abang Mi tinggal budak-budak tu kat rumah mak kak Dianah,” Dianah tersengih sedikit.

“Abang Mi kamu ni, Issa takut sangat anak-anak dia kacau kak Dianah ni…”

“Kenapa pulak dah?”

Shuhami buat muka malu-malu. Qalief yang ternampak riak itu tersenyum. Lelaki ni, kalau sudah berumah tangga, dua perkara sahaja yang dia risaukan. Isteri dan anak-anak. Jika risaukan anak, pasti dibawa ke mari. Pasti si isteri yang menjadi isu.

“Kak Dianah mengandung lagi,” beritahu Mak Ngah Bi.

“Oh, tahniah. Abang Mi dok tersipu tu dah kenapa? Macamlah first time kak Dianah pregnant,” Dianah tergelak kecil.

“Tu namanya mengada-ngada. Kesian budak-budak tu nak ikut tadi. Kak Dianah pujuk pun, tak jalan,” Shuhaimi buat muka comel. Tak comel sangat pun.

“Biasalah tu. Orang sayang bini,” sampuk Tuan Wahid yang terjengul di muka pintu. Baru balik dari surau. “Lama dah sampai, Ngah?”

“Baru aje. Tak panas punggung lagi,” Tuan Wahid dan Pak Ngah Syid berpelukan seketika. Sudah lama tidak bersua mukalah katakan.

Dan, selepas itu mulalah hal perniagaan mengambil alih perbualan mereka. Memang masuk otak semuanya. Kaum perempuan pula lebih berminat berbual tentang hantaran dan juga persiapan majlis kenduri nanti. Lagi dua hari, majlis di sebelah pihak Balqis akan diadakan di dewan Pusat Asuhan Karissa. Keesokan malamnya pula di sebelah pihak Qalief yang akan berlangsung di dewan hotel.

*****

Qalief melepaskan penat di sofa biliknya. Syukur kerana majlis di kedua belah pihak mempelai sudah selesai. Tidak sangka penat juga rupanya orang kahwin ni. Semua benda kena ambil tahu. Bila sudah selesai dengan jayanya, barulah boleh bernafas lega. Dapat lelapkan mata sebentar pun dah cukup.

“Qalief, pergilah mandi dulu nak rehat pun,” Mata Qalief yang tertutup, terbuka perlahan.

“Fin mana?”

Balqis tergelak. “Ada kat bilik dia. Dah tidur,” beritahu Balqis.

“You gelak kenapa?”

“Dari hari first you jadi suami I, you asyik tanya soalan aje. You tak rasa kelakar ke? Dan, I akan jawab soalan you macam I kena interview,” Balqis duduk di birai katil.

Then? Dah you tak tanya, I tanyalah. Orang selalu kata, tak bertanya sesat jalan. I tak nak tersesat,” Bijak punya alasan.

“Okey, I terima. You pergilah mandi dulu. Actually, ada something yang I nak bincang dengan you,” Qalief bangkit dari sofa dan mengambil tuala di penyidai kayu.

“I pun ada benda nak bincang,” kata Qalief sebelum berlalu ke bilik air.

Balqis meliarkan pandangan di sekitar bilik. Mewah dan simple. Bilik inilah yang akan didudukinya mulai hari ini. Mengingatkan esok dia perlu menghantar Tuan Wahid dan Puan Fatiah pulang ke Abu Dhabi, sedih pula. Umi Sainah sudah pulang ke kampung selepas maghrib tadi. Hampir dua bulan juga, ibu angkatnya itu berada di sini membantu menguruskan perkahwinannya.

Sebaik sahaja keluarga Pak Ngah Syid pulang pada malam itu, Tuan Wahid minta Qalief dan Balqis ke bilik bacaan. Di situlah kebenaran di sebalik kisah perkahwinan mereka terungkai. Rupa-rupanya, segalanya sudah dirancang sejak awal lagi. Qalief dan Balqis hanya mampu terdiam dan menerima segala yang berlaku dengan redha.

*****

Malam pernikahan Qalief dan Balqis

Tuan Wahid menghela nafas perlahan. Dipandang pasangan suami isteri yang baru bernikah itu. Sudah dimaklumkan kepada Puan Fatiah dan Umi Sainah tentang perjumpaan ini. Dan, dia meminta agar dia sahaja yang menjelaskan segala-galanya kepada pasangan itu. Tuan Wahid tidak mahu ada banyak campur tangan.

“Qalief, Issa, terlebih dulu walid nak minta maaf sebab merahsiakan semua ni dari pengetahuan kamu berdua. Walid minta maaf bagi pihak ammi, umi, Tengku Muazzam dan juga Ku Ainur. Sebenarnya, sudah lama kami merancang semua ni. Issa ingat tak hari pertama Issa bertemu dengan Qalief?”

“Ingat, walid. Di restoran,” jawab Balqis. Dia mana boleh lupa kerana pertemuan itu bukanlah yang terakhir.

“Ya. Issa terserempak dengan kak Gee kan. Kak Gee salah faham. Dia ingat Qalief adalah teman lelaki Issa. Jadi, dia hubungi umi dan umi beritahu walid dan ammi. Masa tulah walid dapat tahu Qalief ni anak Tengku Muazzam. Kebetulan kak Gee kenal dengan Qalief, jadi tak susah untuk walid cari siapa Qalief. Mungkin jodoh sudah tertulis untuk kamu berdua. Jadi, memudahkan lagi rancangan kami,” Tuan Wahid berjeda.

Nafas Qalief sudah tidak teratur. Balqis perasan tatkala matanya menangkap dada suaminya itu berombak laju. Seperti sedang menahan amarah. Riak Qalief juga serius.

“Rancangan bermula apabila Issa bertemu dengan Afinna. Afinna banyak bercerita pasal Issa pada Tengku Muazzam dan juga Ku Ainur. Esoknya selepas malam penyatuan hati di Karissa, Tengku Muazzam jumpa walid. Tengku Muazzam suarakan hasrat untuk melamar Issa. Walid memang terkejut sebab kami memikirkan hal yang sama. Kalau Tengku Muazzam tak datang jumpa walid pun, walid dan ammi sendiri akan bersua dengan keluarga Qalief. Masa tulah, kami mula menyediakan persiapan perkahwinan. Tanpa persetujuan daripada kamu berdua. Tapi, kami tahu, kamu akan bersetuju,” jelas Tuan Wahid lagi, panjang.

“Jadi, pertemuan kami sebelum majlis akad nikah, dirancang?”

Tuan Wahid menggeleng.

“Tak, Qalief. Setiap pertemuan kamu berdua, kami langsung tak tahu. Mungkin sudah jodoh kamu, Qalief, Issa. Sejauh mana pun kamu lari, tetap akan bersatu jugak. Mustahil, kamu berdua tak ada perasaan langsung selepas pertemuan demi pertemuan,” Qalief dan Balqis terdiam.

Sebenarnya, tidak pernah terlintas langsung tentang perkara itu. Qalief hanya menganggap Balqis sebagai teman. Balqis pula hanya menyenangi lelaki itu atas dasar dia adalah ayah kepada Afinna, kanak-kanak yang berjaya mencuri tumpuannya. Selain dari itu, tak timbul soal suka ke cinta.

*****

Qalief dan Balqis sama-sama diam. Tidak tahu bagaimana nak memulakan perbincangan. Seorang membelek telefon bimbit, yang seorang lagi pula membelek kuku. Sampai ke lusa, tak selesai masalah. Itulah padahnya apabila semuanya berlaku secara tiba-tiba. Memang tak terjangkau dek fikiran mereka.

“I mulakan. You suka I?” Straight to the point, Qalief menyoal. Telefon bimbit diletakkan di atas sisi sofa.

Balqis yang duduk bersila di atas karpet mendongak sedikit. Qalief di atas sofa merenungnya. Gulp! Jawapan apa nak bagi ni?

“I… I sendiri tak tahu. You?”

Sudah, soalan berbalas soalan.

“I terus terang eh. So, please. No heart feeling. Seriously speaking, I langsung tak expect semua ni. I kagum dengan you yang bijak menjaga kanak-kanak, pandai menyanyi… dan yang paling penting, you dah curi hati anak I. She love you very much. Bagi I, you terlalu sempurna untuk I. Ramai lagi lelaki di luar sana yang layak untuk you, Balqis. Banyak yang you tak tahu tentang I, kisah hidup I. You sanggup hidup dengan I yang tak dapat nak sayangkan you seperti mana yang you nak?”

Balqis terkedu. Dia menunduk. Tidak berani untuk melawan panahan mata Qalief yang tajam itu.

“Maksudnya, you ada orang lain yang you sayangkan. Ibu kandung Fin?”

Qalief mengangguk perlahan.

“Takkan ada yang boleh gantikan dia dalam hidup I, Balqis. Termasuk you,” Pedihnya hati Balqis saat itu. Namun, dia harus bertolak ansur dalam hal ini.

“Terima kasih, Qalief sebab sudi berterus terang dengan I. I tak paksa you terima I. Jadi, terserahlah pada you. I tak kisah apa pun keputusan you,” No, Qalief… I kisah, detik hati Balqis. Ya, dia kisah. Pasti Afinna juga akan berpisah dengannya.

“Cepatnya you mengalah, Balqis,” Balqis senyum nipis. Diberanikan diri untuk melawan pandangan Qalief.

“I tak mengalah, tapi I bagi you peluang untuk membuat keputusan. Kalau you benarkan I untuk memberikan kata putus, you mungkin menyesal,” Terangkat kening Qalief.

“Maksud you?”

“You ingat I nak tinggalkan you dan Fin macam tu aje? Tak mungkin, Tengku Qalief. I seorang perempuan yang berpegang pada janji. Sebaik sahaja you lafaz akad, tanggungjawab I dah bermula. Tanggungjawab I pada you, Fin, dan keluarga you,” Qalief terpaku pada wajah bersih isterinya. Balqis teringat akan hadis yang pernah dia tulis dalam buku notanya.

Sabda Rasulullah SAW :

“Kalaulah aku boleh memerintahkan seseorang supaya sujud kepada seseorang, sudah pasti aku perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya.”

(Riwayat al-Tarmizi)

“Jadi, you terima suami yang sayangkan perempuan lain? You sanggup nak teruskan semua ni?”

“You nak I goda you ke, buat you jatuh hati pada I? Sorry, not for now until you accept me. I nak you ceritakan pasal Fin. Macam mana Fin boleh wujud dalam hidup you. As your wife, tak salahkan I nak tahu,” Buat pertama kalinya Qalief tergelak senang hati.

“Tak perlu goda I untuk dapatkan apa yang you nak. The past is past. I ada perjanjian yang perlu I tunaikan. Untuk itu, I tak menyesal berkahwin dengan you. Alhamdulillah, akhirnya langsai jugak hutang I dengan arwah ibu kandung Fin,” Balqis merenung Qalief pelik.

Perjanjian apa pula?

“You hutang apa dengan ibu kandung Fin?”

“Duduk sebelah I, Balqis,” Qalief menepuk sofa sebelahnya. Nak tak nak, Balqis menurut. Buat kali pertamanya, mereka berkedudukan rapat sebegini. Sehinggakan dia boleh mendengar nafas Qalief.

“I kenal Lanna, tujuh tahun yang lalu. Masa tu kami study sama-sama kat London. I jatuh hati dengan dia dan kami couple. Habis aje study, I balik Malaysia. Berat hati I nak tinggalkan dia seorang kat sana. Tapi, I terpaksa. Tak mungkin I terus menetap di sana sedangkan ayah dan ibu menanti kepulangan I,” Tekun Balqis mendengar cerita Qalief.

Kepulangan Qalief ke Malaysia menjarakkan lagi hubungannya dengan Lanna. Kesibukan menguruskan Gemini Holding membatas masa untuk mereka berkasih. Sehinggalah Lanna membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia. Pada mulanya, agak payah Lanna yang merupakan anak jati London untuk membiasakan diri di negara ini. Hanya kata-kata semangat dari Qalief menguatkan dia untuk terus berada di bumi Malaysia.

Setahun di sini, Lanna mengejutkan Qalief apabila gadis itu ingin memeluk agama Islam. Qalief menerima baik keputusan itu memandangkan Lanna bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ku Ainur dengan baik hatinya mengajar adab-adab melayu dan juga ilmu agama. Adakalanya, mereka sama-sama ke masjid untuk mengaji. Lanna semakin seronok untuk mendalami Islam.

Seiring dengan itu, Qalief semakin sibuk dengan kerja-kerjanya sehingga Lanna terabai. Puas Tengku Muazzam dan Ku Ainur memujuk Qalief dan Lanna untuk bernikah. Tapi, kedua-duanya masih belum bersedia. Sehinggalah satu hari, sejarah hitam berlaku dalam kehidupan Qalief dan seluruh ahli keluarga Tengku Muazzam.

“Lanna dirogol oleh sepupu I sendiri. Bodohnya I masa tu, I langsung tak pandang Lanna. I salahkan dia sebab melayan sangat sepupu I tu. I tak fikir langsung perasaan dia. Sakitnya hati I bila pak long suruh Lanna kahwin dengan anak dia. Nak tak nak, Lanna kena jugak berkahwin dengan sepupu I tu. Sejak tu, I dah tak berhubung dengan Lanna. Hancur hati I,” Balqis mengusap lengan Qalief. Pasti hati suaminya terlalu sakit sehingga dia tidak mencari pengganti Lanna sebelum mereka berkahwin.

“You memang tahu Lanna kena rogol atau you ingat dia orang ada hubungan di belakang you?”

“I ingat dia orang ada hubungan sebab Lanna ada puji sepupu I depan I. I tak tahu pun Lanna kena rogol sampailah sepupu I beritahu kebenarannya. I nak buat apa lagi dah, dia orang dah kahwin pun. Tapi, I tak pernah lupakan Lanna. Tak semudah tu I nak lupakan dia. Hidup sepupu I tak panjang. Dia meninggal dunia lepas dua bulan kahwin, kemalangan. Nasib baik pak long masih boleh terima Lanna. Mungkin dia dah tahu apa yang jadi…”

“Jadi, Fin… anak Lanna dengan sepupu you?”

“Ya. Anak yang sah. Lanna meninggal dunia dua hari selepas lahirkan Fin. Tak lama lepas tu, pak long pula meninggal dan dia minta I jaga cucu dia. Sejak tulah, I jaga Fin. It was nice when she called me, D,” Qalief melepaskan nafas lega.

Memandangkan arwah pak long Qalief, Tengku Mustaza adalah duda beranak satu, tiada siapa lagi yang boleh dia harapkan selain keluarga adiknya iaitu Tengku Muazzam. Qalieflah yang dipertanggungjawabkan untuk membesarkan Tengku Afinna Lee, anak kepada Tengku Irfan dan Alanna Lee.

Such a long story. Sweet too. You masih sudi membesarkan anak bekas kekasih you dan bagi dia kasih sayang,” komen Balqis.

Sudah lama rasanya tak mendengar bedtime story. Mengenangkan Qalief masih sudi menjaga Afinna, dia kagum. Walaupun dikhianati oleh sepupu sendiri, Qalief masih menyayangi Afinna seperti anaknya sendiri.

“Walau apapun, Fin tu keturunan Tengku Maliki, atuk I. Sepanjang I jaga Fin, banyak benda yang I belajar,” kata Qalief sambil menguap.

Sudahlah penat seharian melayan tetamu. Malam ini boleh pula dia bercerita panjang. Macam dah tak ada hari esok.

“Atau you bayangkan arwah Lanna dekat Fin? Mesti ada iras-iras. Kan?”

“Tak ada maknanya. Lanna special untuk I, tak ada yang boleh ganti sebab Lanna adalah Lanna. Lanna adalah ibu Fin. Dan…”

Qalief memegang dagu Balqis. Didongakkan sedikit wajah itu. Kini, mata sudah bertentang mata. Balqis kaget.

“Balqis adalah Balqis. You memang tak boleh gantikan arwah Lanna sebab you lain. You tak mungkin sama dengan arwah. You juga special untuk I, Nur Balqis Karissa,” Balqis tergamam.

Dia mencari ketulusan di sebalik renungan anak mata coklat Qalief.

Lets create our own love story, my wife. I want to grow old with you, Fin, and Insha Allah, our kids. Can you give me the chance?”

Balqis menelan air liur kasar. Romantik semacam dah si Qalief ni. Tak nampak ke aku dah gabra ni, getus Balqis. Harap-harap, selamatlah dia malam ni.

Yes. Thank you, abang for accepting me,” Qalief tergelak.

Thank you. I’ll try to love you,” Dipeluk Balqis erat.

Boleh kena heart attack Balqis kalau hari-hari macam ni. Tindakan Qalief diluar jangkaannya. Mulanya tadi, dia ingat mereka tidak akan hidup bersama. Qalief akan melepaskan dia. Terfikir juga dia ingin menjadi perigi mencari timba. Nasib baik, timba pandai nak cari perigi.

*****

Setahun enam bulan kemudian

Qalief membuka matanya yang memberat. Tak cukup tidur punya pasal. Lepas subuh tadi, terus tidur balik. Jari jemari kecil yang memaut lengannya erat dipandang. Lena sungguh Afinna tidur. Qalief bergerak perlahan agar tidur Afinna tidak terganggu. Dia meregangkan sedikit ototnya. Suara anak kecil di sebelah Afinna menarik perhatiannya.

“Anak D tak tidur ke?” Diusik bayi lelaki berusia enam bulan itu.

Qalief menggeselkan hidung di pipi gebu Tengku Muhammad Alfian. Mengekek bayi itu ketawa. Dicium pula hidung Alfian. Suka benar Alfian diusik daddynya.



“Abang dah bangun? Eh, baby pun dah terjaga,” Balqis meletakkan botol susu Alfian di atas meja sisi.

“Baru aje bangun, nampak baby main sorang. Sayang pergi mana?”

“Jemur baju kat bawah. Tadi, bukan main lagi Fin nak tolong. Baru aje jemur sehelai baju, terus masuk. Tak tahan panas,” Qalief tergelak kecil.

“Fin ni puteri albino. Tak boleh kena panaslah, sayang,” Jahat betul Qalief mengata kanak-kanak yang sedang tidur lena itu.

“Orang normal, panggil albino pulak. Fin dengar nanti, bergustilah abang dengan dia. Jadi tak, nak balik rumah ibu?”

“Jadilah. Abang nak mandi kejap. Lepas lunch, kita gerak,” Tubuh kecil Alfian diangkat. Diagah bayi itu.

Balqis tersenyum lebar tanpa sedar. Rahsia hatinya yang tidak pernah dia beritahu Qalief, jantungnya akan berdegup laju setiap kali melihat lelaki itu. Lelaki yang juga merupakan suaminya. Sehinggalah sekarang, hampir dua tahun perkenalan mereka… jantungnya masih mengalirkan rasa yang sama.

Biarlah ia menjadi rahsia. Dia sudah terbiasa. Berjuta-juta kali jatuh hati pada Qalief juga dia sanggup. Qalief yang telah menghentikan penantiannya. Saat itu, mereka bertentang mata. Dan, Qalief turut merasakan hal yang sama. Rahsia tetap akan menjadi rahsia. Hanya mereka dan Allah sahaja mengetahui rahsia hati mereka.

Jodoh Qalief ditentukan untuk seorang perempuan yang masih belum wujud ketika dia dilahirkan. Manakala, jodoh Balqis untuk seorang lelaki yang pada ketika itu sedang belajar membaca. Indah sungguh aturan Allah s.w.t. Itulah jodoh, sejauh mana pun kita pergi, jika telah tertulis itu adalah jodoh kita, pasti akan bertemu juga. Tidak semestinya, duduk bersebelah adalah jodoh dan duduk berjauhan adalah jodoh. Semuanya rahsia Allah s.w.t. Subhanallah.

I love you more and more. Never end,” ucap Qalief tulus. Balqis tersenyum dan menghadiahkan ciuman di pipi suaminya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 :


“Dan di antara tanda-tanda Ia yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

p/s : alhamdulillah. siap!. sory kalau tak best. CIA dah tak double check. kalau ada yang salah tolong betulkan eh. SELAMAT MEMBACA!

lagu pengiring : Ujung Penantian - Suby & Ina

4 comments: