Azaril
memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Trisha. Dia kemudiannya turun
untuk memasukkan beg-beg mereka ke dalam kereta. Trisha turut membantu
suaminya. Semakin kekok pula apabila Azaril hanya mendiamkan diri. Sebaik
selesai memasukkan kesemua barang mereka, Azaril terus memandu ke rumah kedua
ibu bapa Trisha.
Trisha
memandang ke luar tingkap dengan perasaan yang kosong. Azaril langsung tidak
mahu berbual dengannya kah? Aduh! Runsing fikiran den, omel Trisha. Lebih baik
dia melayan kawan-kawan sosialnya. Tak adalah bosan sehingga sampai ke
rumahnya. Sakit jiwa pula bila nak berjauhan dengan suaminya begini. Tetapi,
apabila memikirkan kebaikan daripada tindakan mereka ini…dia pasrah.
“
Aaaa!” jerit Trisha tiba-tiba. Telefon bimbitnya berdering ketika dia sibuk
melayan rakan-rakannya. Azaril hanya pandang kosong sahaja.
“
Assalamualaikum,” sapa Trisha dahulu.
“
Waalaikumsalam, Dania,” jawab si pemanggil.
“
Dania? Oh, okay. Nenek,” Trisha melihat kembali nama pemanggil yang
menelefonnya.
“
Neneklah. Nia ingat siapa?”
“
Nia terkejut tadi. Tiba-tiba aje ada orang call tengah Nia kusyuk main telefon.
Ada apa, nek?”
“
Patutlah. Ni, nenek nak tanya. Hujung minggu ni Nia dan Aril free tak?” Trisha
memandang Azaril yang sedang memandu sejenak. Aduh, nenek ni. Orang baru nak
jauh-jauh, getus Trisha.
“
Hujung minggu ni? Hmmm…Nia free kot. Cucu menantu nenek, Nia tak tahu. Nenek
tanyalah dia sendiri,” Trisha mendekatkan telefon bimbitnya di telinga Azaril.
“
Ya, nek…”
“
Aril free tak hujung minggu ni?” Nek Salima mengulang kembali soalannya.
“
Tak freelah, nek. Aril kena kerja,” jawab Azaril. Entahkan betul, entahkan
tidak.
“
Oh, ye ke…”
“
Nenek cakap dengan Trish, eh. Aril tengah memandu ni,” kata Azaril sopan. Takut
pula nenek Trisha terasa hati.
“
Nenek nak buat apa hujung minggu ni?” soal Trisha.
“
Nenek ingat nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk…”
“
Nanti Nia balik rumah nenek, eh. Nenek dah bagitahu semua ke?”
“
Dah. Tapi…itulah. Nenek buat mengejut sangat. Cuma ibu Nia dengan Cik Ani aje
yang boleh balik hujung minggu ni,” jawab Nek Salima sayu.
“
Okay. Nanti Nia pujuk…semua cucu-cucu nenek yang lain balik ya. Kalau tak ada
jugak…Nia bawak rombongan cik kiahlah,” Nek Salima tergelak.
“
Rombongan cik kiah mana pulak ni?”
“
Satu office Nia bawak pergi rumah nenek. Boleh gitu?”
“
Eh, boleh sangat. Lagi ramai…nenek lagi suka,” Trisha tersenyum nipis.
“
Iyalah…”
“
Okaylah. Nenek nak pergi rumah Mak Nab kejap. Hujung minggu ni jangan lupa
balik. Balik awal sikit. Bolehlah tolong nenek,” ujar Nek Salima.
“
Baik, nek. Nenek jaga diri tau.”
Trisha
memandang telefon bimbitnya kosong.
“
You kerja ke weekend ni?”
“
Hmmm…”
“
Tak boleh ponteng?” Pandangan mata Azaril yang tajam membuatkan Trisha gugup. Dia
menggigit bibirnya. Tanya pun salah ke? Malas layan orang macam ni, getus
Trisha geram.
Azaril
memandu dengan seribu satu perasaan. Semuanya bercampur jadi satu. Bukannya dia
tidak ingin mengendahkan Trisha. Tetapi, dia takut dia tak sanggup nak lepaskan
Trisha sebentar lagi. Biarlah Trisha menganggapnya kejam sekalipun. Itu lebih
baik daripada mereka terus berbaik dan ia akan menyebabkan hati mereka berat
untuk berpisah. Walaupun hanya seketika sahaja.
Tiga
puluh minit kemudian, Azaril dan Trisha tiba di rumah Tan Sri Amzan dan Puan
Sri Kamalia. Puan Sri Kamalia sudah bersedia menunggu di hadapan rumah. Trisha
kaku seketika sebelum melangkah keluar dari kereta. Azaril mengangkat
barang-barang Trisha dari bonet kereta dan meletakkannya di dalam rumah.
Puan
Sri Kamalia memeluk satu-satunya anak perempuannya erat.
“
Ibu, Aril balik dulu,” Azaril menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan
ibu mertuanya. Trisha hanya memandang.
“
Iyalah. Nanti kalau ada masa…singgahlah sini. Ini pun rumah Aril juga, kan,” kata
Puan Sri Kamalia. Walaupun berat untuk membenarkan anak menantunya berpisah
buat sementara waktu, Puan Sri Kamalia tahu hanya ini caranya yang dapat
membantu hubungan Azaril dan Trisha.
“
You,” panggil Trisha sebaik Azaril melangkah ke keretanya. Azaril berpaling dan
Trisha menghampiri suaminya. Trisha mencapai tangan kanan Azaril dan
disalaminya lama.
“
Nanti kalau you terserempak I dengan lelaki lain…you jangan marah tau. Think
positive and…I will do the same thing,” kata Trisha lembut. “ Jangan matikan
phone you. I need your permission…since I’m still you wife,” sambungnya lagi.
Azaril
mengusap kepala Trisha lembut lantas mencium dahi Trisha. “ Insya Allah. I
izinkan setiap apa yang you buat. Kecuali…perkara yang Allah tak suka. Faham?” Trisha
mengangguk.
“
Thanks. You may go now. I tunggu hari…kita boleh bersama balik,” Azaril
mengangguk perlahan.
Air
mata Trisha jatuh saat kereta Azaril hilang dari pandangan matanya. Puan Sri
Kamalia menghampiri anaknya dan memeluk bahu Trisha kuat.
“
He feel the same too. Bersabar dan ingat pesan ibu. Jodoh yang ditetapkan oleh
Allah…takkan pernah berubah. Kalau yakin Aril adalah jodoh Trish…he will back
to you, sayang,” pujuk Puan Sri Kamalia.
“
Terima kasih, ibu,” ucap Trisha sambil tersenyum. Dia tidak mahu ibunya turut
bersusah hati.
“
Jom masuk. Ibu dah siapkan banyak lauk untuk Trish tau…”
“
Trish tahu. Memang sengaja pun Trish simpan perut kosong…sebab nak makan
masakan ibu,” balas Trisha ceria.
note :
word by ---> Ansel Adams
"When words become unclear, I shall focus with photographs. When images become inadequate, I shall be content with silence."
No comments:
Post a Comment