Dua
hari sudah berlalu, namun Fariq dan Arianna masih belum memberi kata putus.
Masing-masing tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan hal itu. Sehinggalah,
Arianna membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan itu. Dia tidak
mahu menyusahkan Fariq dengan keadaannya yang tidak boleh berjalan. Pasti
lelaki itu masih bersedih dengan pemergian kekasih hati tersayang.
Namun
tidak bagi Fariq. Dia harus bertanggungjawab akan percakapannya. Dia sudah
berjanji dengan ibu bapa Arianna. Fariq bukanlah seorang yang kejam untuk
melepaskan tangan begitu sahaja. Mungkin Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina
akan memikirkan yang bukan-bukan terhadapnya dan keluarga. Itulah orang kata
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Diri sendirilah yang menanggung.
Setelah
kedua belah pihak bersetuju, majlis akad nikah yang hanya dihadiri saudara dan
rakan-rakan terdekat berlangsung di wad Arianna. Tak pernah dibuat orang.
Arianna masih belum dibenarkan pulang memandangkan keadaannya masih perlu
dipantau.
Walaupun
sederhana sahaja, masing-masing meluahkan rasa bersyukur. Pada mulanya, Encik Halim dan Puan Sarimah
agak terkilan. Namun, setelah Fariq menceritakan hal yang sebenar, mereka
berserah. Mungkin itu yang terbaik. Mereka turut hadir ke majlis serba
sederhana itu kerana mereka sudah menganggap Fariq sebagai anak mereka sendiri.
Arianna
agak gementar kerana tiba-tiba akan bergelar seorang isteri kepada seorang
lelaki yang mahu membalas dendam padanya. Dia redha. Arianna manis dengan
mengenakan busana pengantin berwarna putih yang agak ringkas. Main tangkap muat
saja.
Itu
adalah baju yang sengaja ditempah untuk menghadiri majlis makan malam syarikat
daddynya yang bertemakan ala-ala raja sehari. Apa yang penting lafaz akad
daripada Fariq. Fariq juga kelihatan segak dengan baju melayu warna senada.
Namun, hanya Allah yang tahu apa yang berada di minda Fariq dan Arianna.
Dengan
sekali lafaz, Nur Risya Arianna Bt Kasyfi sah bergelar isteri kepada Muhammad
Fariq Rayyan Bin Rasyid. Fariq bangun lalu menuju ke arah katil yang
menempatkan Arianna dan menyempurnakan majlis batal air sembahyang. Sejuk
tangan kedua-duanya. Masing-masing bersalaman pula dengan ibu bapa dan mertua.
Tiada kata-kata yang terungkap memandangkan masing-masing tidak mengetahui ke
mana arah tuju hubungan itu. Tanpa kasih sayang. Cuma yang wujud antara Fariq
dan Arianna adalah rasa bertanggungjawab dan saling menghormati.
Setelah
selesai semuanya, saudara mara dan rakan-rakan yang hadir beransur pulang.
Majlis menyambut menantu serta kenduri akan ditetapkan apabila Arianna sihat
sepenuhnya.
“
Babe, tak sangka kau dah kahwin. Sayangnya Shiha kena tukar. Kalau tak mesti
dia paling happy sekali, kan,” becok suara Amani berbicara. Macam tak percaya
pun ada. Arianna hanya tersenyum. Dia sendiri tidak menyangka dia akan bergelar
isteri pada hari ini. Tiba-tiba dia berasa rendah diri dengan keadaannya yang
belum pasti bila akan sembuh. Fariq hanya duduk di sofa selepas menghantar
tetamu-tetamu pulang.
“
Shiha kena tukar dekat mana?” soal Arianna. Ketika itu Fariq memohon diri untuk
pulang menukar pakaian.
“
Tak silap aku dekat Sarawak,” jawab Amani. Dia merenung tajam ke anak mata
Arianna. Seperti ada benda yang tak kena saja.
“
Amani, aku rasa tak sedap hatilah,” Arianna bermain dengan carinya. Dia
membelek cincin yang tersarung dijarinya. Cantik. Macam yang dia impikan.
Cincin emas yang bercampur dengan emas putih. Simple saja. Tapi membawa banyak
maksud kepadanya. Juga persoalan yang masih belum terungkai.
“
Eh, kau ni kenapa pulak? Dahlah, jom aku bawak kau pergi tukar dekat bilik
rehat sana. Selesa sikit,” Amani sudah bersedia dengan kerusi roda untuk
Arianna.
Enam
bulan sudah berlalu, namun Fariq masih tercari-cari. Dia sudah buntu. Khilafnya
juga kerana tidak mengambil nombor telefon Arianna. Sekarang dia sendiri tidak
tahu bagaimana mahu menjejaki isterinya. Dia cuma pulang kerumah sekejap
sahaja. Sekembalinya dia ke wad itu, dia diberitahu Arianna sudah dibawa ke
hospital lain. Pihak hospital tidak mengetahui di mana Arianna dimasukkan.
Kawan Arianna yang pernah merawat Arianna dan merangkap kawan baik isterinya
itu juga sudah berpindah.
Dia
tidak percaya kalau Arianna ingin menipunya. Walaupun dia baru sahaja mengenali
Arianna, dia tahu Arianna tidak macam itu. Arianna yang dia kenal adalah
seorang yang baik hati dan tak pandai menipu. Andai gadis itu menipu, cepat
sahaja terbongkarnya. Arrrgggghhhh! Boleh pengsan kalau setiap hari memikirkan
masalah ini. Keluarga Fariq juga turut menyesal kerana tidak meminta alamat dan
nombor telefon besan mereka.
“
Hoi!” sergah Khairil, sahabat baik Fariq. Mahu terbalik kerusi dibuatnya.
Bertuah punya kawan.
“
Assalamualaikum,” perli Fariq. Tersengih macam kerang busuk dah hah si Khairil.
“
Waalaikumsalam, ya pak ustaz,” gurau Khairil lalu melabuhkan punggung di kerusi
berhadapan dengan Fariq.
“
Anak sapa la ni? Baguihnya,” kata Fariq dalam loghat Kedah.
“
Of course la anak...mak bapak aku, bro. Apa kes CEO dok termenung. Ingat kat
buah hati la tu,” balas Khairil sambil tersenyum mengusik.
“
Hah! Hang tau tak pa. Aku risau je. Kalau apa-apa jadi kat dia macam mana. Aku
ni suami dia, bro. Tapi...,” kata Fariq separuh mengeluh. Dia penat memikirkan
cara apa lagi dia mahu mencari Arianna.
“
Haih. Takkan jatuh hati kot. Dah tak tertulis nama Airis kah kat hati kau tu.
Sudah bertukar, Arianna, huh,” ujar Khairil selamba. Pelik juga kawan dia yang
seorang ni. Cepat benar bertukar hati.
“
Aku risau aje. Yang kau melalut tu kenapa. Lalok la,” kata Fariq sambil membuka
sebuah fail di atas mejanya.
“
Lalok, lalok jangan main okay. Aku backhand kang baru hang tau. Apa pun tadak,”
balas Khairil sambil menunjukkan gaya ingin backhand Fariq. Kelakar. Khairil
berasal dari Kedah. Mereka merupakan sahabat sejak dari kecil lagi. Maklumlah
rumah arwah nenek dan atuk Fariq tidak jauh dari rumah Khairil.
“
Okay. Ni hang mai buat apa. Nak cari pasal ka apa?” pelik juga dia apabila
Khairil muncul diofficenya tiba-tiba.
“
Aku nak bincang sikit dengan kau. Pasal tanah pusaka aku dekat kampung. Kot-kot
la company kau berminat nak berjasa pada tanah tu,” jelas Khairil.
“
Apa ke halnya dengan tanah pusaka kau tu?” tanya Fariq.
“
Mak and ayah aku dah tak tau nak buat apa dengan tanah tu. Kami sendiri pun dah
ada tanah sendiri. So, aku cadangkan nak promote kat kau la. Cuba nasib,” jelas
Khairil lagi. Fariq mengetuk-ngetuk dagunya. Berfikir.
“
Macam ni lah, Ril. Aku bincang dengan papa aku dulu. Nanti apa-apa aku bagitau,
okay,” balas Fariq.
“
Alright. Jom makan. Lunch time kan?” ajak Khairil sambil menjeling jam besar di
dinding pejabat Fariq.
“
Ha'ah. Jomlah. Lama tak makan dengan kau. Busy sangat. Orang tu nak kahwinlah
katakan,” setuju Fariq. Sempat dia mengusik sahabat baiknya itu. Fariq bangun
dari kerusinya. Khairil juga begitu.
“
Ada-ada je lah kau ni. Malu cek tau dak,” tersipu-sipu Khairil dibuatnya.
Tergelak Fariq dengan lawak cicak Khairil. Hilang sebentar masalahnya tadi.
Meriah
sekali majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat Datuk Rasyid. Setiap
tahun pasti syarikat itu akan mengadakan majlis makan malam untuk meraikan
pekerja-pekerja yang sudah bekerja keras untuk syarikatnya. Setelah habis
ucapan daripada Datuk Rasyid dan Fariq yang merangkap CEO syarikat itu,
pengacara menjemput mereka sekali lagi
untuk menyampaikan hadiah kepada staf-staf yang dinaikkan pangkat dan juga
bonus untuk pekerja-pekerja yang lain.
Selepas
selesai acara penyampaian hadiah dan bonus, tiba acara persembahan daripada
pekerja-pekerja yang mempunyai bakat-bakat terpendam. Selain itu, pihak hotel
itu sendiri sudah menyediakan sekumpulan penyanyi untuk meraikan majlis makan
malam itu. Apabila tiba sahaja persembahan penyanyi yang ditaja oleh hotel,
masing-masing terpegun dengan keunikan suara mereka. Fantastic! Bombastic!
Vavavoom...
“
Okay, mari kita berhibur pula dengan lagu yang bertajuk dengan sekali lafaz.
Macam lagu kahwin aje. Lagu ini istimewa untuk saudara Raffi iaitu rakan kita
yang baru sahaja diijabkabulkan minggu lepas,” umum pengacara majlis.
Penyanyi
lelaki mula memainkan peranannya. Pemilik suara itu muncul dari belakang
pentas.
Jika hati
jujur menyayangi
Terima daku
seadanya nanti
Kemudian
muncul penyanyi perempuan. Suara lunak itu datang dari pintu masuk dewan.
Aku
pun juga berharap demikian
Diri serba
kekurangan
Penyanyi
lelaki perlahan berjalan menuju ke bawah pentas dan berdiri di sebelah kiri
pentas kecil yang berbentuk bulat di sisi pentas utama.
Hanya dengan
satu nafas
Dengan sekali
lafaz
Jelas cintaku
ikhlas
Penyanyi
perempuan turut menuju ke pentas kecil sebelah kanan dewan.
Dan
dengan debar ini
Ku redha
bergelar isteri
Seandainya
datang ribut dan taufan
Genggam erat
tanganku jangan kau lepaskan oooh sayang
Andai malam
gelap gelita panduku mencari arah
Tabahlah
bersama
Penyanyi
asal lagu ini iaitu pasangan artis Khai dan Rosma patut berbangga kerana bukan
sebarang suara yang menyampaikan lagu syahdu yang dituju khas untuk pasangan
suami isteri.
“
Encik Fariq, are you okay?” tanya Dayana, setiausaha Fariq. Sedari tadi, Dayana
perasan Fariq asyik sangat merenung ke arah penyanyi perempuan itu. Cantik.
Hidung mancung. Muka putih merah. Tampak simple dengan gaun labuh yang berwarna
hitam yang bertutup berserta tudung bunga sesuai dengan imejnya sebagai seorang
muslimah.
Tersentak
Fariq ditegur begitu. “ I'm okay. Don't worry,” jawab Fariq. Mahu saja dia
berlari ke arah penyanyi perempuan dan menariknya keluar. Tapi kenapa?
“
Sayang, apa Arianna buat kat sini?” soal Datin Katrina. Dia perasan akan
kelibat menantunya itu. Walaupun agak kurus sedikit namun dia cukup kenal
sekali dengan satu-satunya menantunya itu.
“
Mama pun perasan? Riq pun tak tahu, ma,” keluh Fariq. Dia hanya menunggu
isterinya itu habis kerjanya dan dia akan mencari gadis itu. Mereka perlu
berjumpa dan berbincang.
“
Make sure after this event end, you'll get her. I want she's in our house
tonight. No objection anymore,” tegas Datin Katrina. Dia tidak mahu Arianna
lari lagi. Dia ingin mendengar apa alasan gadis itu. Fariq hanya mengangguk.
Lemah
lutut Arianna apabila dia perasan akan susuk tubuh Fariq yang sedang memandang
ke arahnya. Adakah takdir yang membawa dia ke sini? Arrrggghhh! Dia sendiri tak
pasti. Sebaik lagu yang dibawakan olehnya dan Daniel, abang susuannya itu
berakhir, dia cepat memaut lengan Daniel.
Arianna
sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Nasib baik Daniel tidak menepisnya. Kalau
tak memang malulah. Perlahan mereka berjalan menuju ke meja yang tidak jauh
dari situ. Amani sudah mengangkat ibu jarinya. Mungkin memberi semangat kerana
telah berjaya menghiburkan penonton pada malam ini.
“
Amani,” lemah Arianna bersuara. Daniel mendudukkan Arianna dikerusi di sebelah
Amani.
“
Eh, babe. Kenapa ni?” cemas Amani apabila perasan dengan keadaan Arianna. Pucat
sangat.
“
A...aku nampak Rayyan,” jelas Arianna lambat-lambat. Dia sudah tidak mampu
bersuara. Jantungnya seperti mahu terkeluar sahaja.
“
Weh, mana? Aku tak nampak pun,” kepala Amani sudah berpusing-pusing mencari
Fariq.
“
Aku tak tahu. Abang Daniel, Rianna nak balik sekarang, please,” Arianna sudah
menarik lengan Daniel.
“
Sekarang? Kejap la. Majlis dah nak habis ni. Kejap lagi kita balik okay?” pujuk
Daniel. Tujuan sebenarnya adalah untuk menunggu buah hatinya, Dayana.
Setiausaha Fariq? Yes. Oh no. Impossible to believe. Rupanya jarak antara Fariq
dan Arianna dekat sahaja.
“
Abang,” rengek Arianna. Dia sudah tidak betah mahu menunggu lagi. Dia harus
cepat beredar. Walaupun hatinya gembira kerana dapat berjumpa semula dengan
suaminya, namun dia masih belum bersedia. Fikirannya bercelaru. Mungkin Fariq
akan menuduhnya melarikan diri. Atau Arianna akan dituduh menipu Fariq
sekeluarga.
“
Hai. Boleh duduk?” sapa satu suara. Arianna, Daniel dan Amani serentak
memandang ke arah suara itu. Fariq! Arianna sudah menggelabah. Tak nak!
“
Sure. My pleasure,” jawab Daniel. Arianna memandang Daniel tajam. Tak puas
hati. Tanpa disuruh Daniel memberi ruang kepada Fariq untuk duduk disebelah
Arianna. Oh no! Terasa ingin menjadi halimunan saja.
“
Thanks,” ucap Fariq. Dia sudah melabuhkan punggungnya dikerusi itu. Amani hanya
tersengih. Apa lagi yang nak dihalang. Seorang suami datang mencari isterinya.
Tak salah rasanya.
“
Makin handsomelah Abang Rayyan,” Amani sempat memuji suami sahabat baiknya itu.
Ikhlas.
“
Thanks. Terima kasihlah dekat kawan awak ni. Kalau bukan sebab dia, berserabai
agaknya abang ni,” balas Fariq selamba sambil tersenyum. Arianna seperti sudah
hilang dari dunia nyata. Keras saja disitu.
“
Apa kaitan pulak dengan mek ni?” soal Amani pelik.
“
Ye la. Takut kawan awak ni tak kenal abang kalau terjumpa. Kalau dah berserabai
aje, mana nak perasan, kan,” perli Fariq. Amani tersengih. Memahami maksud yang
ingin disampaikan.
“
Owh. Abang Daniel, jom teman Amani pergi toilet. Takutlah pergi sorang-sorang,”
Amani cuba untuk memberi pasangan yang baru bertemu itu ruang. Daniel dan Amani
bangun serentak. Lalu mereka beriringan menuju ke luar dewan.
Fariq
dan Arianna menghantar mereka dengan pandangan sehinggalah kelibat mereka
hilang. Fariq memandang Arianna tajam. Arianna sudah menunduk. Tidak mampu
untuk membalas pandangan tajam suaminya. Ya Allah.
“
How are you? Long time no see,” lembut Fariq bersuara. Arianna gelisah.
“
I'm fine. You too. Errr, long time no see,” terketar Arianna menjawabnya.
“
Good. Tak rindu kat saya ke, Puan Arianna?” soal Fariq. Dia masih belum
melepaskan pandangannya daripada Arianna yang sudah gelisah itu. Sengaja
ditekankan Puan Arianna. Biar isterinya sedar bahawa dia adalah isteri kepada
Fariq Rayyan. Nobody can't change the status. Melainkan mereka bercerai.
“
Errr, saya...no...bukan...can you just back to your sit. I...I feel
uncomfortable,” tergagap Arianna dibuatnya. Dia masih menunduk. Takut.
“
No. I want you. I will make sure that you'll be in my parent house tonight.
Mama want to talk to you. Tak ada alasan,” tegas Fariq. Dia tidak akan benarkan
Arianna lari lagi. Tidak akan. Arianna memandang Fariq sayu. Berani pula. Redah
sajalah.
“
Tak boleh. Lain kali, eh,” tolak Arianna.
“
Sorry to say, no. I won't let you go for this time. Never. Please, Arianna.
Kita perlu berbincang,” balas Fariq. Dia cuba bertenang untuk memujuk Arianna.
“
Encik Rayyan, please. Saya tak bersedia lagi untuk jelaskan semuanya,” kata
Arianna. Masih berkeras untuk tidak mengikut Fariq pulang.
“
No. Sampai bila baru awak bersedia? Sooner or later, awak still kena jelaskan
jugak. Maybe inilah peluang untuk awak beritahu kami mana awak pergi selama
enam bulan ni, Arianna. Kalau awak tak jelaskan, mungkin my family will give a
negative view to you,” pujuk Fariq. Dia sudah nekad untuk tidak melepaskan
Arianna. Mereka sekeluarga perlu tahu apa yang terjadi sehinggakan Arianna
sanggup melarikan diri tanpa sebarang jejak.
“
Ikutlah suami Ria balik. Ria kena jelaskan apa yang berlaku. Abang akan
bagitahu mummy and daddy. They will understand it,” muncul Daniel memujuk
Arianna untuk mengikut Fariq pulang.
“
Tapi...abang. Ria tak ready,” Arianna masih berkeras.
“
Nur Risya Arianna! You should obey to your husband. Sepatutnya dari dulu lagi,”
tegas Daniel. Namun suara masih dikawal. Mereka masih berada di dalam dewan.
Tidak mahu menganggu tetamu yang hadir.
“
Bukan salah Ria,” keluh Arianna perlahan.
“
Kalau awak tak salah, awak kena jelaskan pada mama dan papa. Saya tak nak dia
orang salah faham, Arianna. Please, ikut saya balik,” pujuk Fariq lagi. Arianna
mengangkat mukanya dan memandang Fariq disebelahnya. Akhirnya Arianna
mengangguk.
“
Macam ni baru adik abang,” Daniel menggosok lembut kepala Arianna yang berlapik
dengan tudung.
“
Selama ni bukan adik ke, Encik Daniel?”
Arianna berpura-pura merajuk.
“
Choylah. Dah jadi bini orang pun nak merajuk lagi. You'll be my younger sister
forever, dear. You the only one sister that I have,” kata Daniel jujur.
“
Yelah. Jangan lupa bagitau mummy and daddy,” pesan Arianna.
“
Holah, don't worry, darling,” balas Daniel. “ Uit, adik ipar. Jauh menungnya. Bini
dah ada kat sebelah pun,” Daniel melambai-lambai tangannya untuk menyedarkan
Fariq yang sedang mengelamun.
“
Hah, sorry. Saya pelik aje. Apa yang saya tahu abang Arianna dah meninggal dan
Arianna cuma ada dua beradik aje,” jelas Fariq. Dia sudah pening memikirkannya.
“
Lah, patutlah berkerut kening tu. I'm Daniel. Abang susuan Arianna. Ummi saya kakak
kepada bapa mertua Rayyan,” ujar Dainel sambil menghulurkan tangan untuk
bersalam. Arianna ditengah-tengah tidak beriak. Macam mimpi dia dapat bertemu
semula dengan Fariq.
“
Oh, I see. Kat sini orang panggil saya Fariq. Tapi dengan Arianna, Rayyan,”
kata Fariq.
“
Erm, patutlah. Kita orang pun tak perasan tadi. Time Rayyan bagi ucapan, kita
orang tak masuk dewan lagi,” ujar Dainel.
“
Amani mana, abang?” soal Arianna. Hanya Daniel yang kembali ke meja ini.
“
Ada dengan Dayana and parent Rayyan kat meja sana,” jawab Daniel. “ Dahlah,
abang pun nak pergi sana. Take time, yo,” Daniel bangun dari kerusinya lalu
menuju ke meja Datuk Rasyid dan Datin Katrina.
Masing-masing
mendiamkan diri. Kadangkala, Arianna mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Pengacara masih belum membubarkan majlis ini.
“
So, where do you go?” soal Fariq tiba-tiba. Arianna tersentak.
“
Tak pergi mana. Ada aje kat sini. Mungkin baru sekarang kita berpeluang untuk
jumpa balik,” jawab Arianna.
“
Setiap hari saya tunggu kat hospital tu dengan harapan awak muncul,” beritahu
Fariq.
“
Sampai sekarang?” Arianna cuba menduga suaminya.
“
Huh? Saya pun ada kerja lain, Arianna. Saya cuma minta pihak hospital hubungi saya
kalau awak muncul kat situ,” jelas Fariq. Sedikit sebanyak Arianna tersentuh.
Lelaki itu sangat bertanggungjawab.
“
Hmmm, terima kasih. Saya jugak nak minta maaf. Daddy dah suruh orang cari awak
tapi mungkin belum ditakdirkan kita bertemu lagi. Seorang pun tak berjaya cari
awak. Saya berserah. And now, awak dah ada di depan saya pun,” kata Arianna.
Fariq menarik tangan Arianna.
“
Masih di jari awak. Cincin ni,” kata Fariq sambil jarinya mengelus cincin
dijari manis Arianna.
“
Saya sedar saya sudah bersuami. Walaupun single sekejap,” Arianna cuba
bergurau. Dia sebenarnya gementar kerana Fariq memegang tangannya. Malu pun
ada.
“
Hmmm, nasib saya tak kahwin lain. Kalau tak, bermadulah awak,” kata Fariq
sambil tersenyum. Dia gembira kerana dapat berjumpa semula dengan isterinya.
Namun, otaknya galak merencanakan sesuatu. Habislah Arianna dikenakan Fariq
nanti.
“
Tak salah pun. Lelaki kan boleh berkahwin empat,” balas Arianna. Dia turut
tersenyum. Matanya kadangkala dihalakan ke arah mertuanya di meja sebelah sana.
Macam tak manis pula kerana tidak berjumpa dengan mereka terlebih dahulu.
“
Yupp. But, for me one is enough. Itupun, dah terseksa,” ujar Fariq selamba.
Arianna tersenyum.
“
Ada-ada ajelah awak. Saya nak pergi jumpa ibu bapa awak, boleh tak? Tak eloklah
kalau duduk sini saja,” kata Arianna.
“
Ala, balik kejap lagi jumpalah. Kat rumah nanti jumpa lagi,” balas Fariq
selamba. Sebenarnya dia takut Arianna lari. Arianna memandang Fariq lama.
Ditiliknya wajah kacak itu tanpa rasa malu. Tak tentu arah pula Fariq
dibuatnya.
“
Saya tahulah saya handsome. Tak payah la tengok sampai macam tu,” usik Fariq.
Arianna mengalih pandangan ke arah pentas.
“
Awak takut saya lari, kan. Sebab tu awak tak bagi saya bergerak,” duga Arianna
sambil tersenyun. Kelakar pula.
“
Eh, mana ada,” dalih Fariq. Mampus aku.
“
Habis tu kenapa tak nak lepas tangan saya ni, Encik Fariq Rayyan?” Arianna
memandang tangan kirinya yang dipegang Fariq.
Fariq
tersengih. Dia melepaskan tangan Arianna. Naik kebas tangan Arianna dipegang Fariq.
Arianna menggeleng perlahan.
“
Ehem, sempat lagi Encik Fariq kita ni dok mengurat awek ni. Cantik. Patutlah Encik
Fariq tertarik. Kan, girls,” usik salah seorang stafnya. Usikan disambut oleh
tiga orang staf perempuan yang ikut dibelakang lelaki itu. Terkejut Fariq dan
Arianna dek disapa begitu.
“
Tak adanya nak ngurat bagai. Nak pergi mana? Majlis tak habis lagi kan?” balas
Fariq.
“
Saja bawak dia orang ni jalan-jalan. Katanya nak berkenalan dan nak bergambar
dengan Encik Fariq,” jelas lelaki itu.
“
Owh, boleh je. Tapi sebelum tu saya nak kenalkan isteri saya,” Fariq bangun dan
menghulurkan tangannya kepada Arianna. Terkejut Arianna kerana suaminya ingin
memperkenalkannya kepada staf-stafnya. Lambat-lambat menyambut huluran itu.
“
Isteri? Melepaslah korang. Encik Fariq kita dah kahwinlah,” usik staf lelaki
itu. Staf-staf perempuan mencebik dengan usikan itu.
“
Ini wife saya, Arianna,” Fariq memperkenalkan Arianna kepada empat orang
stafnya itu. Arianna bersalaman dengan tiga orang staf perempuan itu dan hanya
mengangguk sahaja kepada staf lelaki itu.
“
Cantiklah Puan Arianna ni. Suara pun sedap. Untung Encik Fariq,” puji salah
seorang staf perempuan itu.
Mereka
turut mengambil peluang itu untuk bergambar kenangan bersama Fariq dan Arianna.
Pada mulanya, Arianna agak janggal kerana dia tidak pernah dilayan begitu.
Peramah sekali staf-staf suaminya. Hampir semua staf yang berada di dalam dewan
tahu akan statusnya sebagai isteri bos mereka. Datuk Rasyid dan Datin
Katrinalah paling gembira kerana anak mereka sudah bersatu kembali dengan
isterinya.
No comments:
Post a Comment