“ Mama, kita nak masak apa?” soal Arianna kepada Datin Katrina.
“ Pagi tadi papa ada beli ikan bawal dengan sayur kangkung,”
beritahu Datin Katrina.
“ Kita buat kari ikan bawal ajelah, ma…”
“ Hah, sedap jugak tu. Biar mama cuci ikan tu. Rianna siapkan
bahan-bahan ya,” Datin Katrina mengeluarkan ikan bawal dari dalam peti sejuk.
“ Mama makan sambal belacan?” tanya Arianna sambil mengupas bawang
kecil.
“ Dah namanya orang kampung, makan aje. Papa dengan Fariq pun
suka. Memang tak sahlah kalau makan nasi tak ada sambal belacan ni,” beritahu
Datin Katrina.
“ Kalau macam tu, nanti Rianna buat sambal belacan dengan sayur
kangkung goreng belacan ya, ma,” cadang Arianna.
“ Eh, boleh aje. Teringin jugak nak rasa air tangan menantu mama
ni,” Datin Katrina memandang menantunya sejenak.
“ Alah, tak boleh kalahkan masakan mama punyalah. Masakan mama kan
superb. Sebab tu papa sayang,” puji Arianna.
“ Ish, pandailah kamu ni. Selalunya mak cik Biah yang masak. Mama
tolong aje,” Datin Katrina meletakkan ikan bawal yang sudah siap disiang itu di
atas meja.
“ Yelah tu. Entah-entah mak cik Biah yang tolong mama masak,” teka
Arianna. Datin Katrina mengenyitkan mata. Arianna tergelak.
“ Kita sebagai isteri kena pandai jaga perut suami, Rianna. Nanti
tak pasal-pasal dia orang cari lain,” kata Datin Katrina.
“ Selalu jugak Rianna dengar pasal tu. Tapi kalau dah namanya
suami tu gatal, cari lain jugak, mama,” Arianna memberikan pendapatnya.
“ Yang tu mama tak nafikan,” Datin Katrina turut menyetujui
pendapat Arianna.
“ Masak apa tengah hari ni?” tanya Datuk Rasyid yang tiba-tiba
muncul di dapur.
“ Saya masak kari ikan bawal. Menantu abang ni buat sayur kangkung
goreng belacan. Dan yang penting ada sambal belacan ya hari ni,” jawab Datin
Katrina. Dia menuangkan air kopi ke dalam cawan dan diberikan kepada suaminya
yang sudah duduk di kerusi rotan di tepi pintu dapur.
“ Wah, sedap tu. Dah lama tak makan masakan kampung ni,” bercahaya
sahaja mata Datuk Rasyid.
“ Hari ni kita makan ya, Datuk Rasyid,” Arianna tersenyum melihat
kemesraan pasangan tua itu.
“ Fariq dengan Zarra mana, Rianna?” soal Datuk Rasyid.
“ Dia kata nak bawa Zarra pusing kampung,” jawab Arianna.
“ Pusing kampung? Jalan kaki?” Arianna mengangguk.
“ Pergi rumah kawan-kawan dia sekalilah tu. Lama tak balik kampung
ni,” sambung Datuk Rasyid.
“ Yelah tu agaknya. Bukan selalu dapat balik kampung,” Datin
Katrina mengiakan kata-kata suaminya.
Ramai juga kawan-kawan Fariq di kampung ini. Kawan-kawannya pula
tidak mengira usia. Tidak kira tua atau muda. Semua dibuat kawan.
“ Saya nak keluar kejap,” beritahu Fariq. Dia menukar pakaiannya.
“ Pergi mana lagi ni?” soal Arianna sambil mendodoikan Zarra.
“ Pekan. Jumpa kawan,” jawab Fariq. Arianna melihat Fariq dari
atas ke bawah. Fariq yang sedang menyapu gel di rambutnya mengangkat kening.
Pelik dengan pandangan isterinya itu.
“ Nothing. Ramai pula kawan awak dekat sini,” Arianna bangun dan
menutup sedikit langsir tingkap. Zarra tak boleh tidur kalau cerah sangat.
“ Ramailah jugak,” Fariq membetulkan rambutnya.
Arianna terpesona sebentar. Dia belum pernah tengok Fariq bersiap
sedemikian. Tinggal pun asing-asing. Nak tengok macam mana. Fariq kelihatan
segak sekali dengan kemeja lengan panjang berkotak-kotak yang disinting hingga
bawah siku dan jeans hitam.
“ Dah alang-alang awak pergi pekan, kan. Tolong belikan sabun
mandi dengan syampu baby Johnson. Saya lupa nak belikan,” pinta Arianna.
“ Hmmm. Baby punya ke?” soal Fariq. Dia sememangnya tak pernah
beli barang kelengkapan bayi.
“ Ha’ah.”
“ Yelah. Nanti saya belikan. Pergi dulu,” Fariq menutup pintu
bilik.
Arianna berbaring di sisi Zarra. Diusapnya rambut Zarra yang
lembut itu. Dia mula memikirkan masa hadapannya dengan Fariq. Kadang-kadang dia
pening dengan sikap Fariq. Adakalanya lelaki itu senang dibawa berbual. Namun,
apabila mereka berjauhan, dingin pula sikap Fariq. Dek kerana penat berfikir,
Arianna tertidur.
Petang itu Datuk Rasyid dan Datin Katrina bersantai di pondok yang
terletak di bawah pokok besar yang rendang. Keluar sahaja dari pintu dapur dah
nampak pondok itu. Pondok kayu yang masih kukuh itu nampak cantik. Pokok-pokok
kecil di tanam di sekeliling pondok itu.
Arianna memakaikan Zarra kasut. Dia memegang tangan Zarra dan
membiarkan anak kecil itu bertatih. Terhuyung-hayang Zarra berjalan. Pertama
kali Zarra menjejakkan kaki ke tanah.
“ Cucu atuk dah boleh jejak tanah, ya. Esok-esok dah pandai cakap,
minta adik pulaklah ya,” usik Datuk Rasyid. Arianna tersenyum nipis. Malu pula
mendengar usikan bapa mertuanya.
“ Nenek sokong. Arianna bagi kami cucu lelaki eh,” Datin Katrina
turut mengusik. Semakin merahlah pipi Arianna.
“ Insya Allah, ma,” jawab Arianna pendek. Cuak juga apabila soal
anak disentuh.
“ Bawa Zarra jalan dekat kawasan rumput tu. Nanti jatuh tak
sakit,” Datuk Rasyid menghirup air kopi panas. Petang-petang macam ni memang
sedap kalau tekak dibasahkan dengan air kopi. Tambah pula kalau ada cucur
pisang. Fulamak…
“ Rumput buatan ke ni, papa?” tanya Arianna. Kakinya terasa lembut
apabila memijak kawasan berumput itu.
“ Ha’ah. Fariq punya kerjalah tu. Habis dipasangnya rumput tu kat
halaman ni,” jawab Datuk Rasyid.
Arianna membiarkan Zarra berjalan sendiri. Dia berpaling ke
pondok. Tok Majid juga ada. Entah bila lelaki tua itu datang pun dia tidak
sedar. Ralit sangat memerhatikan Zarra. Semakin rancak anak kecil itu berjalan.
Semakin laju.
Sebuah motorsikal masuk ke halaman rumah kampung itu. Pasangan
suami isteri agaknya kerana perempuan di belakang pembonceng sedang memegang
seorang kanak-kanak kecil. Lebih kurang sebaya Zarra.
“ Hai,” sapa wanita itu. Tangan dihulur untuk bersalam. Entah bila
wanita itu berada di sebelahnya pun tidak tahu.
“ Hai,” Arianna menyambut huluran tangan wanita itu.
“ Saya, Nazirah. Orang kat sini panggil Irah ja. Tapi rasanya saya
lagi tua kot,” ramah sekali wanita yang bernama Nazirah itu.
“ Oh, saya Arianna. Dua puluh lima tahun,” Arianna tersenyum
manis.
“ Hmmm, memang akak lagi tua pun. Isteri Fariq kan,” Arianna
mengangguk.
“ Akak tinggal kat mana?” tanya Arianna.
“ Kat hujung kampung tu. Yang duduk sebelah bapa mertua Arianna
tu, suami akak, abang Man. Akak ni sepupu Fariq. Anak kepada mak long Fariq,” beritahu
Nazirah dengan terperinci.
“ Sepupu rupanya. Maaflah, kak. Fariq tak pernah kenalkan pun,”
balas Arianna lembut.
“ Biasalah dia tu. Tapi pagi tadi Fariq ada datang rumah akak bawa
Zarra ni. Sempat jugak Zarra main dengan Adam,” balas Nazirah.
“ Patutlah…sakan aje main dengan anak akak ni,” Mata Arianna jatuh
kepada Zarra yang sedang leka bermain dengan Adam.
“ Budak-budak, Arianna. Senang berkawan,” Nazirah turut
memerhatikan anak lelakinya.
“ Ha’ah. Asal boleh main sekali. Kira okeylah tu,” Kedua-duanya
ketawa.
“ Fariq mana? Tak nampak pun. Selalu petang-petang macam ni dok
bagi lembu-lembu dia makan. Tak pun tebas lalang kat bendang tu,” Mata Nazirah
melilau mencari kelibat adik sepupunya.
“ Dia keluar, kak. Pergi pekan katanya,” beritahu Arianna.
“ Jumpa Nasrul kot,” teka Nazirah.
“ Nasrul?”
“ Kawan sekolah dia dulu. Sebelum pindah KL dulu, Fariq belajar
dekat sekolah kat kampung sebelah tu,” jelas Nazirah. Arianna mengangguk.
“ Hmmm, panjang umur dia, kak,” kata Arianna sebaik BMW 7 series
milik suaminya masuk ke perkarangan rumah.
“ Baru dok sebut-sebut dah muncul,” balas Nazirah. Arianna
menunduk sedikit apabila terasa kakinya dipeluk.
“ Kenapa ni sayang?” Arianna mengambil Zarra ke dukungannya.
Nazirah turut mendukung Adam.
“ Bergaduh tak,” Nazirah tergelak kecil.
“ Gaduh? Tak kot, akak. Dua-dua tak nangis pun,” sangkal Arianna.
“ Dah lama akak kat sini?” soal Fariq tiba-tiba. Dia malas
menyertai penghuni pondok di sana. Pasti hal tanah dan perniagaan yang
dibualkan. Tak pun pasal saudara mara yang lain.
“ Hang ni. Kalau tak bagi akak terkejut memang tak sah noh,” Fariq
tersengih.
“ Tak cukup hari Riq, kak,” balas Fariq selamba. Nazirah menampar
lembut bahu Fariq. Zarra menyuakan tangannya untuk didukung Fariq.
“ Amboi, pantang nampak awak. Laju je dia nak awak dukung.
Patutlah nampak aje kereta awak masuk, terus berhenti main,” Fariq mendukung
Zarra.
“ Dia dah boring dengan mama dia. Nak buat macam mana. Nak main
dengan papalah pulak. Kan, Zarra sayang,” balas Fariq. Zarra meloncat kecil.
Seronok kerana didukung oleh Fariq.
“ Hmmm, Adam pun samalah. Siang malam nak melekat dengan abah
dia,” adu Nazirah.
“ Dah nama pun anak ayah. Haruslah rapat dengan ayah,” Nazirah
mengetuk bahu Fariq yang separas dengan
kepalanya. Arianna ketawa kecil.
“ Anak ayah saja? Ni mak dia yang mengandungkan dia sembilan
bulan. Penat tau,” tukas Nazirah.
“ Alah. Kalau tak ada ayah mana nak adanya budak ni,” Pandai Fariq
memutar belit cerita. Arianna berdehem perlahan.
“ Menang kat hanglah, Fariq oi. Ni tadi akak dengar Arianna berawak-saya
dengan Fariq. Panggil abang…baru namanya laki bini. Sweet saja,” Arianna
membulatkan matanya. Fariq memalingkan mukanya ke bendang.
“ Hah? Kadang-kadang aje
panggil macam tu,” Arianna menelan air liurnya perlahan. Malu!!!
“ Yelah tu. Akak ni menyesal tau sebab kahwin lambat. Kalau akak
kahwin awal macam hampa ni, rasanya lima enam orang dah anak akak. Menyesal
gila ni,” Arianna dan Fariq ketawa sakan.
“ Gatal jugak akak ni. Dulu mak long suruh kahwin awal tak nak.
Sekarang ni baru padan muka.”
“ Hoi, bukan tak naklah. Tapi masa tu otak tengah fikir kerja.
Akak ni tak macam hampa berdua ni. Anak orang kaya. Tak payah dah susah-susah
cari duit. Dah tersedia berkepuk dalam beg duit,” Nazirah meletakkan Adam ke
bawah. Anaknya itu merengek ingin turun.
“ Anak orang kaya pun kena cari duit sendiri jugak, kak. Nak beli
BMW tu pun jenuh Riq kumpul duit tau. Papa suruh cari duit sendiri kalau nak
pakai kereta lawa,” balas Fariq panjang.
“ Yelah. Gaji tinggi. Bolehlah nak kumpul beli BMW tu. Terbeliak biji
mata orang kampung ni tengok Riq pakai kereta tu. Uish, bukan senang nak dapat
kereta macam tu,” Nazirah memandang BMW putih milik Fariq.
“ Arianna tak kerja?” Arianna pula menjadi mangsa Nazirah.
“ Kerja, kak. Tapi jadi freelance ajelah. Tak suka kerja dengan
orang. Rimas,” jawab Arianna jujur.
“ Freelance? Bisnes dekat internet?”
“ Taklah. Interior design,” jawab Arianna. Fariq agak terkejut.
Sepanjang mereka berkahwin dia belum mengetahui akan pekerjaan isterinya.
Segala benda mengenai Arianna dia tak tahu sebenarnya.
“ Uish, mahal jugak upah nak design-design tu. Bukan senang nak
design rumah orang ni. Nak pulak kalau ada customer yang cerewet,” kata
Nazirah.
“ Alhamdulillah. Tak ada lagi customer yang cerewet setakat ni,”
balas Arianna.
“ Baguslah kalau macam tu. Ni kenduri kahwin hampa bila nak buat?”
Nazirah memandang Fariq.
“ Entah,” jawab Fariq acuh tak acuh.
“ Kenduri kahwin sendiri pun tak mau buat ka? Orang kat kampung ni
bukan pernah tengok Arianna lagi. Arianna ni sama cantik dengan arwah Airis
akak tengok,” kata Nazirah selamba.
“ Ye ke?” Fariq merenung
Arianna dari atas ke bawah. Kemudian naik semula ke atas.
“ Ya Allah. Saya cungkil biji mata tu baru tahu,” Arianna menampar
bahu Fariq.
“ Tengok aje pun…”
“ Sengaja tau cari pasal,” Arianna bersuara manja.
“ Dia tak perasanlah tu yang Arianna ni cantik,” celah Nazirah.
“ Saya tak kisahlah akak,” balas Arianna.
“ Yelah tu tak kisah,” Fariq memandang Arianna dengan ekor matanya.
Arianna bercekak pinggang. Nazirah hanya tersengih melihat kedua suami isteri
itu bergaduh manja.
“ I think you should call me abanglah,” Fariq menepuk bantal
sebelum meletakkan kepalanya di situ. Zarra sudah tidur lena. Awal-awal sudah
tidur.
“ Panggil awak abang?” Arianna menyapu toner diwajahnya.
“ Yelah. Sopan sikit,” jawab Fariq.
Arianna menghampiri katil dan berbaring. Dia membetulkan selimut
Zarra yang tidur di sebelah kanannya.
“ Tengoklah kalau lidah saya lembut nak panggil awak abang,”
Arianna cuba mengusik Fariq. Sebenarnya dia boleh sahaja memanggil Fariq dengan
panggilan abang. Tetapi sengaja ingin menduga suaminya itu.
“ Huh. Panggil Daniel, abang boleh pulak,” dengus Fariq.
“ Cemburu ke, abang?” Sengaja ditekankan perkataan ‘abang’. Pantas
Fariq menoleh ke sebelah kirinya. Walaupun samar-samar sahaja wajah isterinya,
dia masih boleh melihat senyuman manis Arianna.
“ Cuba sebut abang lagi sekali,” pinta Fariq. Seronok pula
mendengar bibir isterinya itu memanggilnya abang.
“ Abang?” Mesra sekali kedengaran di telinga Fariq. Fariq
tersenyum lebar.
“ Macam ni baru best,” kata Fariq.
“ Ada-ada ajelah. Saya nak tanya abang something boleh?” Arianna
mengiring menghadap Fariq.
“ Tanya apa?”
“ Masa arwah Airis dikebumikan, abang ada kat situ tak?” tanya
Arianna. Tiba-tiba pula dia teringat akan persoalan yang pernah mengganggu
fikirannya itu.
“ Hmmm, ada. Kenapa?” tanya Fariq kembali.
“ Saja. Masa kat hospital…buka mata aje dah nampak muka abang,”
jelas Arianna. Mana tak terkejut. Buka-buka mata dah nampak seorang lelaki yang
tak dikenali. Selepas itu, terus ajak kahwin pula tu.
“ Abang terus pergi hospital lepas selesai pengkebumian,” balas
Fariq jujur. Disebabkan hatinya yang membara dengan amarah yang terlampau,
dijejakkan kakinya ke wad Arianna.
“ Oh, masa accident tu sempat jugak saya tengok wajah kekasih hati
abang tu. Cantik,” puji Arianna. Memang gadis bernama Airis Qalisya sangat
cantik. Manis sahaja wajahnya.
“ Hah. Wajah arwah rosak teruk pun awak boleh tengok. Amazing,”
Arianna bangkit dari pembaringannya.
“ Rosak teruk? Pelik,” Fariq memandang Arianna pelik. Dia pula
yang pelik melihat isterinya itu bangun secara tiba-tiba.
“ Apa yang peliknya. Bukan kereta arwah meletup ke? Tak mustahil
wajah dia terkena,” Fariq menalakan
pandangan ke syiling.
“ Abang ni merepeklah. Kalau muka dia teruk, mesti muka saya pun
teruk jugak. Kami tak jauh pun masa tu,” tukas Arianna. Dia dapat merasakan ada
sesuatu yang tidak kena.
“ Ish, awak tu yang merepek. Cakap abang pulak,” Fariq pula yang
bangun duduk.
“ Serious. Saya tak tipu abang. Memang muka arwah elok aje masa
tu. Mana nak sempat kena letupan tu. Kalau arwah kena, saya pun akan kena
jugalah,” Arianna cuba menegakkan kebenaran.
“ Habis tu siapa pulak yang kami kebumikan lapan bulan lepas?
Susuk tubuh dia serupa dengan Airis. Lagipun dia ada pakai cincin yang abang
hadiahkan masa melamar dulu,” Fariq juga cuba memberitahu kebenarannya kepada
si isteri.
“ Kalau abang tak percaya, abang tanya abang Murad dengan kak
Lijah,” Arianna mengambil telefon bimbitnya.
“ Awak nak call dia orang malam-malam ni? Tak payahlah,” Fariq
cuba merampas handphone Arianna. Namun tak berjaya.
“ Eh, taklah. Saya nak sms Shiha. Dia kan doctor yang handle kes
kemalangan tu,” Tangan Arianna laju menekan keypad. Beberapa minit kemudian,
bunyi beep menandakan ada sms yang masuk.
“ See. Orang dah cakap abang tak nak percaya,” Arianna menunjukkan
sms yang dibalas oleh Shiha.
“ Tak mungkinlah. Abang tengok wajah arwah masa orang bawa dia
balik rumah keluarga dia,” Fariq masih belum mempercayai bukti dari isterinya.
“ Eee, ikut abanglah. Orang dah tunjuk bukti pun tak nak percaya
lagi. Entah-entah kekasih hati abang tu still hidup lagi,” Arianna
menghempaskan badannya ke tilam lembut. Takut mengganggu tidur si kecil pula.
Fariq terkebil-kebil. Terkesan juga hatinya untuk mempercayai
bukti sms itu.
‘ Yes. Cantik aje aku tengok muka dia. Tapi aku
tak tahu dia still hidup or dah tak ada sebab bukan aku yang handle dah.’
nak jadi apa pulak lps niii... haha, x sbr nak tunggu lepa berbaik and dpt baby... ♥
ReplyDeletetggu surprise utk bab2 setreusnya ya...:)
ReplyDelete